Monday, October 12, 2009

PAK DIN DALAM KENANGAN













Tanggal 10-10-2009 satu lagi berita sedih kawe terima di perantauan ini,al-fatihah kepada seorang sahabat/abang/teman/saing semoga roh Pak Din ditempatkan bersama sama orang yang disayangiNya.

Walaupun kawe tidak mengenali Pak Din dari kecil ,walaupun kawe tidak pernah menaiki keretapi bersamanya ,walaupun kami tidak pernah keluar dan masuk hutan bersama tapi kami dari satu warga/kelompok/persaudaraan/masyarakat yang amat unik dan hanya boleh dinikmati hanya dikalangan kami sahaja,golongan kami sahaja memahami keunikan hubungan ini.

Prof Dr Kamaruddin Mohd salleh adalah satu nama besar /termasyhur/dikenali diseluruh pelusuk dunia kepada pencinta bunga yang termasyur didunia ini.Kini seorang yang hebat telah meninggalkan warisannya,seorang guru meninggalkan pengajaran kepada muridnya,

,

Friday, October 9, 2009

MENANGIS NABI S.A.W KERANA MASJID INI







Besar....indah...cantik...canggih...itulah perkataan yang terpacul dari mulut kawe walaupun hanya kawe saja yang mendengar kata kata itu.....

Mussala yang terletak di GF Blok B yang ditempatkan di sebuah bangunan 3 tingkat yang di pagari "kerawat berduri" didalam kawasan yang berpagar di satu daerah di sebuah negeri yang sering dikatakan paling miskin di di Malaya adalah lebih bermanfaat bagi kawe,lebih berguna bagi kawe walaupun didalamnya bau hapak permaidani yang lusuh semerbak menusuk lubang hidung.

Setiap kali kawe melangkah masuk ke kawasan Masjid Putih /Masjid Besar/Big Mosque ...entah apa nama resminya kawe pun tak tahu dan tak mustahak untuk kawe tahu...Tapi yang kawe tahu adalah sebanyak tiga kali kawe melangkah masuk masjid ini ingatan kawe terhadap Mussala usang itu menerjah kedalam kotak kenangan kawe yang masih baru ini.Ingatan kawe dan rasa terima kasih kawe kerana pernah berada dalam mussala itu lebih indah dan lebih hebat dari berada ditengah dewan solat masjid yang tersergam dengan segala kemegahan ini.

Walaupun suara kawe tak pernah disedekahkan kepada Mussala itu untuk melaungkan memanggil sahabat sahabat menyembah Pencipta,walaupun kawe bukan penunggu setia dalam majlis usrah di mussala itu.Tapi kini kenangan menghidu hapaknya hamparan permaidani usang dalam Mussala usang itu adalah lebih harum dari segi maknanya,dari segi manfaatnya ,dari sumbangannya,dari segi fadhilatnya,dari kesannya kepada diri kawe untuk menyusuri jalan-jalan kehidupan sebelum bertemunya simpang kematian.

APAKAH INI BENTUKNYA SEBUAH MASJID YANG NABI S.A.W MEMERINTAHKAN PARA SAHABAT MEMBAKARNYA?....KAWE TAK ALIM

APAKAH INI SALAH SATU DARI MASJID MASJID PAMERAN YANG AKAN WUJUD DIAKHIR ZAMAN SEPERTI PESANAN NABI?..KAWE TAK PASTI...

APAKAH INI RUMAH ALLAH UNTUK PAMERAN MANUSIA ATAU RUMAH ALLAH UNTUK MANUSIA BERIBADAT?...KAWE JAHIL PASAL NI...

Saturday, October 3, 2009

BERPUAKA KAH BAPA BOREK ANAK RINTIK?






Kawe terpanggil untuk meneliti dan cuba memahami erti perkataan ini setelah di beri peringatan oleh seorang sahabat mengenai diri kita sebagai seorang bapa.Kawe sebenarnya tidak paham dengan istilah ini sehingga sekarang samada ianya betul betul atau satu kiasan bahasa untuk menyindir kelakuan manusia sahaja.

Apakah perangai manusia ini satu PUSAKA?Kalau betul ianya satu putaran pusaka memang berpuakalah peel.Apakah "pusaka" ini wajib diwarisi seperti harta mesti dimiliki oleh seorang anak dari seorang bapa dengan perkiraan yang telah ditetapkan oleh Pencipta akan kadarnya?Apakah "pusaka" ini berpuaka seperti HARTA dek kerana haloba manusia mengikut nafsu tamaknya?Apakah "pusaka" ini satu warisan melalui jambatan takdir?Apakah "pusaka" ini satu ajaran yang perlu diperturunkan kepada genarasi seterusnya?

Persoalan ini perlu dicarikan dimana isinya,dimana kulitnya,dimana lorongnya ,dimana jalannya ,dimana tapak mulanya.Anak ber BIN kan bapa semasa lahirnya dan ber BIN kan ibunya semasa jasadnya menghadap Ilahi.Selesai seorang ibu menghantar seorang anak untuk kenali DUNIA cepat cepat disambut oleh si BAPA lalu dibisikkan supaya mencari PENCIPTA dalam kehidupan si ANAK nanti.Apakah ini kebetulan?Apa hikmahnya?Tidakkah ini boleh dikatakan seorang bapa sedang meRINTIKkan seorang anak......kawe fakir dalam ilmu ini...

Apa harapan seorang bapa pada anaknya?Bukankah seorang nelayan mengharap anaknya menjadi tekong bukan awak awak sepertinya walaupun seorang pemborong harapannya.Tidak terlintas dibenak seorang penoreh getah untuk anaknya mewarisi pengalamannya mengajar batang getah bukankah melihat anaknya menjadi guru adalah kepuasaannya.Apakah cita cita seorang pencuri ingin melihat anaknya nanti menjadi seorang ketua perompak dan berita kematian anaknya mati ditembak kerana merompak adalah yang ditunggu tunggunya?Adakah seorang pengamal dadah yang tegar memikirkan hanya cukup bagi anaknya menjadi seorang penagih sahaja ,tiadakah dalam lamunannya untuk melihat anaknya penjadi seorang pengedar dadah yang berjaya?Apakah keghairahan seorang BAPA merenung masa depan ANAK nya ini boleh dianggap satu kegilaan?..Kali ini fikiran kawe jadi pendek.....mohon yang panjang akal membantu...

Seorang anak akan melalui pelbagai proses sebelum bergelar seorang bapa.Setiap manusia mempunyai idola dan ikon .Anak yang belum baligh ibubapa idola dan ikon mereka selepas melepasi tahap ini ikon dan idola mereka mula berubah ada kepada arwah p.ramlee,gemulah Micheal jackson,penyanyi rock,bintang filem,jaguh bolasepak ...kenangkan kembali zaman kita dahulu kala untuk lebih jelas.Anak yang baru kenal dunia perlukan kasih sayang kita dan kita sememangnya kasih dan sayang pada anak kita.Demi tanggungjawab kita tinggalkan anak yang berusia 60 hari kepada jiran sebelah"JAGA" untuk kita keluar mencari setitik susu untuk anak kita.Kita rasa bertanggungjawab dan bangga bila melihat anak kita sihat walafiat,kita merasa puas bila dapat beli pakaian yang cantik cantik untuk dipakai oleh anak kita di pagi raya..terdetik dihati kecil kita inilah hasil penat lelah kita keluar pagi balik malam untuk mencari nafkah untuk anak gembira dan senang.

Dalam keghairahan kita mencari nafkah dan tunai tanggungjawab membesarkan anak,hari saban hari susu yang anak kita minum bukan dari tangan kita walaupun kita yang cari,nasi bukan tangan kita yang suap walaupun kita yang beli,basuh berak dan kencing bukan tangan kita walaupun pampers yang mahal kita yang sediakan.Apakah tidak terlintas dihati kita bahawa kasih sayang anak kita telah tertumpah kepada jiran kita yang bersama 8 jam sehari itu?Atau kita mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan kitalah bapa yang paling bertangungjawab dan paling dikasihi oleh anak kita dalam dunia ini....masing masing ada alasan untuk diri masing masing ...percayalah dengan apa yang anda percaya...

Setelah anak kita meningkat remaja kita menghantar anak kita ke sekolah berasrama penuh dengan alasan untuk mendidik anak kita menjadi manusia yang berguna,pandai,berdikari dan macam2 alasan lain untuk menyatakan bahawa kitalah bapa yang paling bertanggungjawab,hebat,pandai dalam mendidik dan merencanakan masa depan anak kita.Siang dan malam kita bekerja ,siang dan malam kita berdoa akan kejayaan anak kita supaya anak kita berjaya.Kasihankan kita Pencipta memakbulkan doa kita dengan penuh rintahan siang dan malam dan anak kita berjaya menyambung pelajaran di universiti samada didalam atau luar negara .Sekali lagi perasaan bangga dan gembira menhujani lubuk hati kita ,doa kesyukuran untuk menyambut kejayaan anak kita.Manusia mudah lupa diri masa gembira,manusia lalai pada tuhan bila gembira.Termasuklah pada waktu itu kegembiraan kita sambut itu dalam tak sedar kita sedang gembira menjauhkan diri anak dengan kita.....Aaaahhh orang yang tak pandai merencana masa depan anak,orang yang tak ingin tengok kejayaan anak,orang yang tak mahu anaknya maju dan bla bla...akan berfikiran begitu kata hati kecil kita bila mana ada ketika kerinduan kita pada anak kita menerpa...

Sekali lagi doa kita dimakbul Pencipta anak kita berjaya mendapat ijazah ,hati kita puas ,bangga walaupun bayaran untuk kita merasa puas dan bangga itu adalah anak kita hanya mempunyai beberapa bulan saja masa bersama kita dalam setahun.tapi itulah pengorbanan seorang bapa untuk melihat kejayaan anaknya dan pengorbanan seorang anak untuk melihat bapanya merasa bangga dengan kejayaannya. Apakah itu satu pengorbanan?....

Kini anak kita berjawatan besar dan bekerja di bandar besar dan bergaji besar setanding dengan kelulusan yang tinggi.Bangga jua yang menerjah jiwa kita kerana anak kita adalah manusia berguna pada masyarakat dan mempunyai kedudukan yang tinggi.Kini rambut kita sudah berubah warna,gigi sudah mulai gugur,kaki sudah berat untuk melangkah,mata sudah perlu bantuan.Anak kita semakin sibuk dengan tugas seharian sebagai orang besar ,orang penting dalam syarikat ,masa untuk jenguk kita hanya tinggal beberapa minggu sahaja dalam setahun.Sebagai anak yang mengenangkan jasa kita ,setiap bulan anak kita tidak lupa untuk menghulur wang untuk membalas budi kita kerana membesar dan mendidik beliau.Apakah wang dan ringgit satu ukuran bagi seorang anak untuk membalas budi orang tuanya?Apakah wang dan ringgit yang kita mahu dari anak kita untuk mengatakan mereka menghargai penat lelah kita membesarkan mereka?....Renungkan lah....fikirkanlah....

Masa berlalu ,kini anak kita telah mempunyai keluarga sendiri,masa anak kita terpaksa dibahagi untuk kerjaya,keluarga sendiri dan diri kita.Kini hari paling gembira dalam hidup kita adalah hariraya kerana pada hari ini sahaja anak dan cucu kita mempunyai masa dan peluang untuk bersama sama dengan kita...SEKALI DALAM SETAHUN...Tapi sebagai bapa yang mithali hati kecil kita berkata "biasalah anak kita dah mempunyai keluarga sendiri,mempunyai kehidupan sendiri dan perlu merencanakan pula masa depan anak anaknya" Apakah ikhlas hati kita pada masa itu berkata demikian?....Tunggulah masa akan tiba.....

Usia tembaga kita bertukar menjadi emas,tongkat yang pimpin kita untuk berjalan,kerenah dan perangai kita bertukar menjadi kebudakan.Makan dan pakai kita perlu orang lain uruskan.Nasib kita masih baik kerana anak kita mampu untuk menyediakan seorang pembantu khas untuk kita.Apakah tidak terasa dihati kita untuk menerima suapan sesudu nasi dari anak kandung kita?Apakah kita tidak mahu merasai setitis air jatuh ke tubuh kita dari tangan anak kita untuk membersihkan diri kita?Dapatkah lagi hati kecil kita berkata anak kita terlalu sibuk dengan urusan dunianya dan tiada masa untuk mengurus kita?Mungkinkah terpacul keluar dari mulut kita "Anak derhaka,anak tak kenang budi" bila kita di hantar kerumah Kenangan oleh anak kita sendiri?....Boleh kah kita terima KEBOREKAN kita menghantar anak dirumah jiran dulu untuk melapangkan dada kita bila KERINTIKKAN anak menghantar kita kerumah orang orang tua?....Aaahhhh fikiran mattblacqkk sudah gila atau mattblacqkk gila berfikir.......

Singkaplah kisah Ibrahim dan bapanya.....Noh dengan anaknya.....Sesungguhnya kita mempunyai banyak dosa dengan kedua ibubapa kita....

Thursday, October 1, 2009

MEMIMPIN UNTUK BERSAMA ATAU BERSATU YANG MEMIMPIN UNTUK BERSAMA







Kenangan bila bersama sama dengan sahabat lama adalah kenangan yang paling indah tak kiralah dalam majlis lagu mana kita berada samada majlis resmi.majlis makan makan,duduk kedai kopi yang penting kita dapat berkongsi kenangan lampau bersama yang mana peristiwa itu hanya kita dan sahabat kita saja yang nikmati.

Berdasarkan kepada nikmat untuk bersama inilah beberapa orang dikalangan sahabat kita memulakan usaha untuk menjejak,mencari dan mengumpul kembali semua sahabat sahabat untuk dapat berkumpul dan duduk untuk bertanya khabar perkembangan terkini dan mengimbau kisah lampau untuk mendapatkan senyuman atau memecahkan hilai tawa .

Usaha yang tak reti puas dan asa yang tak reti putus dari beberapa sahabat ini akhirnya membuahkan hasil dan nikmat untuk kembali bersama dengan sahabat lama.Walaupun seketika saja untuk bersama kali ini tapi nikmat dan kesan kepada nostalgia lama terselah diraut wajah para sahabat ketika berbual dan mengusik sesama mereka.

Perlakuan ini,kemesraan ini,kemuafakatan ini dan keinginan ingin bersama hendak dikekalkan dan diteruskan tetapi HALANGAN adalah kita semua tidak lagi duduk sebumbung,tidak lagi tinggal setempat,tidak lagi bermukim di negeri yang sama ,tidak lagi berajakan kepada negara yang sama walaupun kita masih lagi menjunjung langit yang sama dan memandang kiblat yang sama.

Halangan ini perlu di robohkan ,masalah ini perlu di selesaikan ,kali ini semua sahabat bersetuju ,rela,bermuafakat untuk mencari jalan penyelasaian dan kata putus.Sifirnya mudah semua manusia kembali ke tempat asalnya .Yang berada diluar negari akan balik kekampungnya ,yang berada di luar negara akan kembali kenegerinya,yang berada dibandar akan pulang ke desanya.

Mesyuarat dibuat,kata sepakat dicari,cadangan dikemukakan,pandangan dilontarkan,idea didengar.Semangat muafakat jua yang menyelesaikan segala persoalan sebulat suara bersetuju dicapai HARI RAYA adalah waktu paling sesuai untuk majlis bersama sahabat lama berkumpul dan menyambung belitan silaturrahim yang sudah lama terjalin .

Tahun saban tahun majlis ini diadakan ,seorang demi seorang sahabat sahabat lama dapat ditemui dalam suasana yang amat meriah dengan penuh pautan rasa persaudaraan .Ada yang puluhan tahun tidak pernah berjumpa selepas keluar dari pagar itu,keiikhlasan bersalaman,kegembiraan berpelukan jelas kelihatan diwajah sahabat sahabat yang tak lekang seunyuman dan hilai tawa.

Salaman dan pelukan perpisahan dalam majlis 2008 adalah harapan untuk berkumpul semula dalam majlis 2009.Semua yang hadir mengundur diri dengan rasa puas berdasarkan kepada tujuan masing masing.

Berpisah dengan 2008 bermakna 2009 akan ditemui,ibadat dalam ramadan diselesaikan bermakna kejayaan di pagi syawal perlu dirayakan.Pencipta tidak pernah lupa untuk menhadiahkan kepada kita setiap tahun yang baru kepada kita ,tidak pernah terlupa untuk memasukkan ramadan dan syawal dalam setiap tahun baru yang diberikan kepada untuk dijadikan ukuran pada usia kita.

Dalam syawal 2009 semua sahabat sahabat kita dikejutkan dengan berita sunyi dan sepi untuk menghadirkan diri dalam majlis yang ditunggu tunggu oleh semua pada setiap syawal .Sunyi dan sepi adalah berita yang tidak mengembirakan yang terpaksa diterima oleh sahabat sahabat kita yang berkobar kobar untuk bersalaman dan bermaafan dimajlis setelah melngkah keluar dari majlis yang sama setahun yang lalu.

Bermacam macam persoalan timbul dibenak kita semua ,kenapa majlis tahun ini ditiadakan,apa sebab,apa sudah jadi.Ada yang hanya bertanya pada diri sendiri sahaja,ada yang hanya membisu saja dan mengharap sahabat yang lain akan faham bahasa bisunya,ada yang bagi alasan untuk dirinya sahaja.

Apa pun alasan boleh diberikan TAPI kita harus ingat alasan alasan yang kita berikan itu untuk SIAPA....untuk ketenangan diri kita sendiri kaaa?SIAPA yang menuntut alasan itu daripada kita?Apa hak orang yang menuntut alasan itu dari kita?

Ada dikalangan sahabat kita yang mempersoalkan barisan kepimpinan puak kita.Patutkah kita persoal pemimpin?Kita mempunya pendirian masing masing mengenai soal ini ..Pemimpin patut disoal kalu pimpinan menuju kepada perpecahan....Adakah penyatuan semua sahabat untuk bersama patut diletakkan pada bahu seorang PEMIMPIN?...kawe tak tahu...mungkin pandangan dan berbezaan akan wujud lagi dalam isu ini...lagi sekali kawe tak tahu TAPI adakah kita semua ambil kisah dan ambil tahu....kawe pung tak tahu ...

Kawe pernah berada dibarisan hadapan akibat ditolak oleh sahabat sahabat ....Apa yang kawe dapat apabila ditolak kedepan ..imbuhan wang ringgit? tidak...gaji bulanan? tidak..elaun tahunan? tidak..penat lelah? tidak....ruang masa yang semakin sempit? tidak...

Semuanya tidak....jadik apa yang kawe dapat bila dikatakan memimpin satu puak yang takder untung dan rugi ini......

Semangat ingin bersama,semangat ingin bersatu,semangat ingin bermuafakat,semangat ingin kekalkan silaturrahim,semnagat ingin bekerjasa dari semua sahabat dalam puak ini yang MEMIMPIN kawe dan MENDORONG kawe untuk melangkah ke depan bila ditolak.Bagi kawe ...kawe tak pernah MEMIMPIN puak ini tapi semangat dari sahabat dalam puak ini yang MEMIMPIN kawe untuk terus bersatu dan bersama dalam puak ini,untuk terus terlibat dengan segala aktiviti puak ini,untuk terus menikmati salaman mesra dan usikan harmoni dalam puak ini.

Selagi semua semangat ini dapat dikekalkan puak ini akan tetap utuh ,akan tetap hebat dalam semua aktivitinya....Pemimpin hanya satu lambang tetapi yang menentukan keutuhan adalah ahli ahli dalam puak itu sendiri...

Pandangan kawe kepada pemimpin yang merelakan dirinya dilantik ambiklah tanggungjawab dan jalankanlah amanah supaya keharmonian,keutuhan dan jalinan kemesraan dikalangan puak kita dapat diteruskan serta diperkembangkan supaya jadi lebih hebat.

Kepada sahabat sahabat yang di pimpin kritik lah,kecamlah,perbetullah,tunjuk jalanlah,ajarlah ,nasihatlah pemimpin kita untuk manfaat kita bersama.

Tunjuk salah tanpa pembetulan adalah tak betul,kecaman dan kritikan tanpa jalan selesai adalah lebih menghancurkan....

Beranikan diri kita untuk menawarkan diri kita untuk jadi pemimpin jikalau kita rasa lebih layak dari orang lain.....sesungguhnya puak kita memerlukan seorang pemimpin yang layak untuk memimpin,layak untuk dilantik sahaja tidak mencukupi untuk memimpin puak ini....JIKALAU BETUL BETUL SAYANG PADA PUAK INI DAN TIDAK MAHU LIHAT MENUJU KEHANCURAN TAWARKANLAH DIRI ANDA UNTUK MEMIMPIN ....