Thursday, January 27, 2011

CARI DIRI ATAU BAWA DIRI JADI TUHAN?


ya kutubu ainul muslimatul anfaq anzat ankaf annur
ansob anyamun anyuti annama asun anridh assur amma
minahatun minahawasa waislama makrifatullah zikrillah
sirrullah annabiyun wali khuzumi kalmia qaibil anfusuru sir aku
 
* khawasun al iblis artika qulrbi jahannama
* summa umiyun fitraska akinun ptah
* aza samiru samirin sama toibin hablum min ababil kasran fil zulmati
 
* Hai air sulbiku hayatku ibuku sucikan aku dari segala noda dunia di atas selaput tubuhku anugerahMu
* Hai api cenderunglah engkau kepada hatiku jangan kau tegak membakar sulbiku walaupun arang jadinya   aku atas Ibrahim moyang kandungku, kau bersihkan sekalian darahku dari iblis yang dilaknat Tuhanku
* Hai cahaya manikam purba kau bentuk sekelian rupa benih Rasulullah, sucikan aku di dalam hatiku, pulihkan aku kembali ke arashmu agar bersih sekelian wujudku.
 
 Bait bait perkataan diatas hanya difahami maksudnya oleh mereka yang mempelajarinya sahaja .Bagi ore biasa serupa kawe beranggapan  lebih mirip kepada jampi serapah bomoh bomoh kampung untuk menghalau pelesit yang mengacau budak kecil menangis.Ini bukan ajaran Nabi yang menerima wahyu dari jibrail untuk dipesan dan amalkan oleh umat selepas muhammad.

Tapi ini adalah satu bentuk ajaran baru yang mungkin diamalkan atau mungkin karut bagi yang tidak percaya dan mengetahui berkenaan apa yang sedang berlaku di dalam Masyarakat melayu kita sekarang ini.Mencari diri untuk mengenali Tuhan itu bukanlah salah TETAPI mengkotorkan diri untuk dibersihkan semula demi satu kesucian ,pada kawe adalah perbuatan tidak BETUL.

Contoh mudah adalah seorang manusia yang belum pernah mengucap shaadat bolehlah dianggap kotor /kafir dari sudut islam dan setelah manusia tersebut bershaadat maka dianggap manusia tersebut dianggap sesuci bayi yang baru lahir kedunia. Kejahilan dan kekotoran manusia tersebut dibersihkan apabila beliau mentauhidkan Allah itu satu  dan muhammad adalah rasulnya.Dalam contoh mudah mengikut kefahaman kawe ini ajaran Islam menganjurkan penganutnya atau bakal penganutnya supaya mencari kebenaran islam terlebih dahulu dengan mentauhidkan Pencipta Agama yang suci ini dan memperakui bahawa kekasihNya adalah pembawa ajaran yang suci ini.Itu kefahaman biasa bagi kawe yang tahu setakat tauhid dan fekah sambil merangkak rangkak ini.
 
Bagi manusia yang setelah keluar ke dunia dan diperdengarkan azan ditelinganya dan setelah pandai bertutur dan  fasih bershaadat atau kawe boleh istilahkan sebagai Islam baka. Apakah patut bagi golongan ini mengkafirkan diri/mengotorkan diri /memurtadkan diri demi untuk mendapat kesucian diri seperti muaalaf yang baru memeluk islam??  Betul untuk mendekati diri dengan Tuhan diri kita kena bersih ...Mungkin benar untuk kenali Tuhan kena kenal diri kita terlebih dahulu .

Mencari Hakikat dalam Makrifat diri dengan Pencipta adalah elok untuk merpedalamkan ilmu agama . Membaca kitab kitab juga adalah baik tetapi memuliakan kitab kitab bukan dari langit melebihi kitab dari langit merupakan jalan pintas kearah KESESATAN diri.Setiap Kitab ada pembawa atau gurunya ,jaddik kalau nak baca kitab boleh beli dikedai TAPI kalau nak belajar kitab kena cari Pembawanya/Guru barulah hakikat yang sesat tidak tersimpul dalam makrifatnya.

Kedengaran khabar yang bertiup halus di Tanah Malaya ketika ini terdapat seorang Mahaguru yang bakal Agung di seluruh dunia sedang mencari pengikut/atau murid untuk bersama samanya menakluk dunia .Apa kitab yang di bawa oleh Mahaguru ini tidaklah kawe ketahui ,siapa murid kepada mahaguru ini tidaklah kawe ketahui ,siapa pengikut kepada Mahaguru ini kawe juga tidak ketahui. Mungkin ajaran dan kitab yang dibawa oleh Mahaguru ini ada kebenarannya itu pun kawe tidak berapa PASTI. Cuma ada desas desus mengatakan untuk menjadi murid kepada Mahaguru yang bakal Agung ini perlu mengotorkan diri untuk disucikan.

Jika benar sungguh wujudnya Mahaguru yang bakal Agung ini yang mendakwa dirinya mendapat ilham terus dari langit ,memang hebat sungguhlah mahaguru ini kerana berjaya menjadi manusia yang kedua selepas Musa yang boleh berintraksi terus dengan Sang Pencipta....Apa pun sejauh mana kebenaran berita yang singgah ditelinga kawe ini terpulanglah kepada orang melayu di Malaya untuk menilai.

Kepada Mahaguru berkenaan jika ditakdirkan benar benar wujud kembalilah ke pangkal jalan mengikut jalan yang lurus . Jikalau jalan lurus sudah dianggap jalan mati tapi diri masih bersemangat untuk mencari diri diharap tidaklah sampai ke tahap CARI DIRI UNTUK BAWA DIRI JADIK TUHAN KEPADA ORANG LAIN.

Hakikat bukanlah makrifat kepada senjata lelaki untuk menawan senjata perempuan yang hakikatnya nafsu perempuan mudah dilemaskan dengan makrifat lelaki...Hanya ajaran songsang Sang Laksamana saja yang menyamakan nafsu lelaki dan perempuan dalam mempelajari ilmu Hakikat dan makrifat antara tuhan dan hambanya.....Sila layari laman  ini dan jangan terkejut dengan apa yang anda jumpa ...bukan kawe yang mendakwa tapi menulis blog berkenaan yang mendakwa. Apa pun bagi kawe MSO adalah seorang manusia yang hipokrit dan agah sebagai manusia ...itu pendapat peribadi kawe .


Wednesday, January 26, 2011

JUALAN RAHSIA WANITA

Bila membicarakan topik wanita ianya amat menarik untuk ditinjau apakah rahsia disebalik jantina yang menjadi penghuni paling ramai didunia dan akhirat ini.Ada pendapat mengatakan jantina ini adalah kaum yang lemah diantara manusia ...Ada juga yang mengatakan tangan lembut dari jantina yang di sifatkan lemah ini mampu mengoncangkan dunia.

Asalnya jantina ini dilahirkan oleh Adam untuk menjadi teman kessiknya di syurga ,setelah Hawa dilahirkan maka tugas melahirkan jantina2 manusia sehingga kini diambil alih oleh hawa dan kaum sejenisnya.Hanya Adam satu satunya  manusia lelaki didunia ini yang dianugerahi untuk melahirkan wanita.

Setelah pengambilan tugas melahirkan manusia ini oleh Hawa maka manusia membiak dengan pesat yang berpunca dari rasa cinta antara dua jiwa ...ada juga kerana kemuncak nafsu 2 manusia berlainan jantina.Apa pun sejarah tetap mencatatkan para nabi2 dilahirkan oleh wanita ,para firaun dilahirkan oleh wanita,para wali dilahirkan oleh wanita,para penderhaka kepada Si Pencipta dilahirkan oleh wanita,para pemimpin dilahirkan oleh wanita dan para pengikut dilahirkan oleh wanita.

Dalam ketamaddunan manusia golongan wanita ini umpama roda ,ada ketika wanita ini dihormati sebagai ibu sehinggakan diibaratkan syurga itu hanya dibawah tapak wanita manakala didalam keadaan yang lain pula bayi bayi dibunuh hanya kerana dilahirkan sebagai wanita.Dalam masyarakat Melayu golongan ini kebiasaannya digambarkan tempatnya hanya di dapur walaupun dalam mitos mitos melayu yang agung memuja Hang Tuah dan Tun Perak di selitkan juga kehebatan Tun Teja dan Tun Fatimah .

Di era pra kemerdekaan tanah Melayu seorang wanita Melayu yang berjiwa kental telah bangun untuk membela tanah air dari penjajah ,beliau bukanlah isteri kepada Bapak kemerdekaan Malaysia mahupun isteri kepada Bapak Perpaduan Malaysia .Beliau adalah isteri kepada Yasin Kina yang di lahirkan di sebuah kampung di Kuala Pilah negeri Sembilan.Selepas era Bini Yasin Kina ini wanita2 melayu di tanah melayu mula membuka mata untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki .Jikalau Bini Yasin Kina ini berhempas pulas sehingga peluh sampai ke keting untuk memartabatkan/membuktikan  golongan wanita sebagai lemah dizaman dulu zaman kini pun sama yang berbeza mungkin cara untuk mencapai hasrat itu berbeza.

Di negeri kawe satu ketika seorang wanita amat berkuasa ,di negara kawe seorang wanita juga amat berkuasa ,di dunia luar pula Raja  England adalah seorang wanita dan pada satu ketika di England diperintah oleh 2 wanita yang amat berkuasa ....Hebat kuasa wanita2 ini di dunia terkini bukan hanya setakat mengandung dan melahirkan bakal2 Raja sahaja tetapi berjaya memPerajakan diri.

Apakah rahsia rahsia sebenarnya kejayaan demi kejayaan golongan ini ? Tiada siapa yang tahu akan kebenaran yang sebenarnya walaupun terdapat banyak kedai kedai yang menjual rahsia rahsia wanita ini kadang kala dijual dengan harga murah sahaja....hahahha.

Marcos yang memerintah Filipina selama puluhan tahun dengan penuh bergaya ,apakah boleh dikatakan kejayaan Marcos ini kerana kehebatan beliau mentafsir rahsia rahsia wanita yang di miliki oleh Imelda??hahahaah...Bukti yang nyata adalah setelah Marcos jatuh beratus ribu rahsia rahsia Imelda dijumpai dan ada setengahnya dilelong .Bagaimana dengan Evita Peron?? haahahah

Apakah Sukarno lebih hebat dari Marcos dalam menggali rahsia wanita?Mungkin setengah pendapat akan mengatakan Sukarno memang hebat menundukkan wanita mematuhi kehendaknya tetapi bagi kawe beliau bukan seorang yang benar benar pakar dalam RAHSIA WANITA ,pilihan kawe adalah Marcos jika dipertandingkan dengan Sukarno.Bagaimana pilihan anda??

Kehebatan Tun Mahathir sebagai arkitek malaysia tersohor serata dunia tetapi beliau gagal dalam mencungkil Rahsia Wanita ,beliau gagal meletakkan bininya sebagai 1st lady Malaysia ,beliau gagal untuk menjadikan bininya model kepada pakaian Islam,beliau gagal untuk menjadikan bininya sebagai kebanggaan pemimpin2 negara luar bila bertemu dengan isteri Perdana Menteri Malaysia,beliau gagal untuk menjadikan bininya sebagai duta malaysia untuk pemimpin negara luar menjemput beliau untuk bertandang setelah lawatan di buat oleh bininya keseorangan.Beliau gagal untuk menjadikan bininya sebagai bini kepada barisan nasional.

Kekecewaan dari hasil kegagalan Tun M ini walaupun tidak diluahkan secara terbuka tetapi ada dikiaskan didalam majlis majlis tertutup mengakui kelemahannya dalam menyelak Rahsia Wanita ini.Kegagalan yang dialami oleh Tun M bukanlah bermakna kegagalan yang dialami oleh seluruh rakyat malaysia .Sekali lagi negeri sembilan telah melahirkan seorang wanita untuk meletakkan PM Malaysia setahap dengan Marcos dalam memahami Rahsia Wanita.Kini Bini Najib merelakan dirinya menjadi bini juga kepada Barisan Nasional demi kecintaan yang mendalam kepada suaminya.


Thursday, January 13, 2011

ADAKAH PERJUANGAN MELAYU LEBIH MULIA DARI PERJUANGAN YAHUDI?



Kawe tidak sokong Zionist mahu pun ISRAEL ataupun YAHUDI.Kawe juga tidak menolak dengan  mentah mentah jika dikatakan ada darah YAHUDI mengalir dalam diri kawe kalaulah fitrahnya begitu.Semua manusia benci dengan kezaliman dan kekejaman Zionist-Israel tidak terkecualilah kawe pun ikut serta dalam kebencian ini.Dari sudut agama islam  ada menceritakan betapa kurang ajarnya bangsa ini kepada manusia dan Penciptanya.Di dalam islam juga tidak diajar untuk membunuh bangsa yang kurang ajar ini selagi mereka tidak berlaku kurang ajar.

Dalam islam juga dilarang untuk membunuh binatang binatang yang berbisa selagi tidak memudaratkan diri kita ,sebagai mahkluk tuhan mereka juga berhak dan ada HAK untuk hidup.Kenapa bangsa ini merupakan satu bangsa yang kejam selain dari sudut pandangan ISLAM atau pandangan agama .Mengkaji sifat sifat/perangai  manusia satu tuntutan agama ......

Seekor yang berbisa akan menjadi jinak bila perut selesa dan tidak merasai diri terancam dengan ancaman ancaman yang akan memusnahkan dirinya.Tiada bezanya seekor ular dengan seorang manusia bila berada dalam situasi yang sama ,kawe memilih hidup dengan membunuh dari mati dibunuh jika itu hanya pilihan yang ada ....Jangan salah tafsir tapi fikir dulu ,,seorang yang mati syahid dimedan perjuangan/perang demi pertahankan Agama Islam adalah kerana dia memilih hidup dengan membunuh dari mati dibunuh...Jikalau dia tidak keluar untuk membunuh musuh maka musuhnya akan tetap bunuh dia ,jaddik pilihan untuk dia hidup adalah dengan membunuh musuhnya atau gugur sebagai syahid demi untuk membunuh musuh musuh Allah.Jaddik tunggu untuk dibunuh bukanlah ajaran yang digalakkan dalam Islam .

Sejarah Israel dan Palestine semua orang tahu dan mengerti akan sebab musababnya TAPI bagi kita yang beragama islam lebih suka menilai dari sudut agama islam semata mata.Jaddik bila tengok dari sudut agama islam sahaja maka HARAM bagi penganut agama islam untuk kata Israel itu benar.Dalam sejarah moden tercatat bahawa negara Israel itu diwujudkan di bumi Palestine itu oleh negara negara barat ,ini bermakna Yahudi itu sebagai pendatang di bumi Israel bukan penduduk asal.Apakah rela seorang Yahudi untuk menerima sejarah yang dicipta oleh negara barat ini dan segala sejarah keagungan nenek moyang mereka dahulu kala dilupuskan begitu sahaja ??? Biarlah yahudi dan zionist fikir perkara itu ...kita umat islam seluruh dunia akan tetap bersama dengan rakyat Palestine pertahankan tanah air mereka dari kekejaman Zionist.

Apa yang kawe tertarik untuk bertanya dengan laungan perjuangan Melayu di Malaysia sekarang ini adalah "PERJUANGAN APA YANG MELAYU SIBUK PERJUANGKAN INI" Apakah perjuangan Melayu semulia perjuangan rakyat Palestine mempertahankan tanah air dan nyawa mereka dari ancaman Zionist Israel atau Perjuangan mempertahankan sejarah keagungan nenek moyang kita sebagai Melayu ???

Kalau tengok dari sudut sejarah moden kewujudan  negara Malaysia adalah kerana kemerdekaan dari British yang disyaratkan mesti menerima india dan cina yang mereka bawa masuk ke tanah melayu .Maknanya Cina dan india hanya Cina dan India pada bangsanya sahaja tapi bukan kepada negara asal mereka.

Jikalau perjuangan HAK melayu hendak digunapakai maka tanah melayu dan Malaysia itu kepunyaan orang melayu dan Cina dan India tiada HAK di Malaysia lagi ,mereka mesti di halau keluar dari Malaysia....

Saturday, January 1, 2011

NUAR BALLA DUNGGU LAGI

Pandangan Ketua Pemuda Umno Kelantan mungkin dipersetujui oleh kanak kanak yang belum "JJAWI" setelah menerima cokelat angin dari nuar Balla.

Kawe berhajat toksir ambil tahu doh ko Anak Jate Safian Bata yang pernah mengguris hati ggu ggu kawe satu ketika dulu TAPI bila baca berita yang ditulis oleh MALAYSIAKINI hari ni nampaknya anak Jate Safian Bata masih lagi berstatus Ketua Pemuda Umno Negeri yang paling dunggu di Malaysia. Kawe bukan tidak setuju dengan apa yang di persoalkan oleh Nuar Balla tapi cara persoalan yang dilontarkan oleh Nuar Balla itu yang kawe tidak berapa boleh bersetuju . Apakah seorang yang secerdik Nuar Balla tidak boleh faham apa yang tercatat dalam ENAKMEN HIBURAN 1998 ?

Kehairanan yang Nuar Balla hairan berkenaan dulu tak boleh ,kini boleh adalah kerana Otak Nuar Balla masih diperap oleh slogan UMNO dulu,kini dan selamanya? Atau otak nuar balla masih tidak cair yakni masih seperti otak "kerusi batu"? Apakah Nuar Balla tidak boleh faham konsep menghukum dengan konsep mengajar?

Nampaknya kenyataan dari  Nuar Balla ini seakan akan mengesahkan bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan Negeri 20 tahun yang lalu dengan melarang segala konsert yang berunsur maksiat telah diterima oleh semua rakyat kelantan dan yang lebih ironiknya telah menjadi satu perkara yang amat janggal bagi pemuda dan pemudi UMNO untuk menghadiri ke konsert konsert seperti itu. Dengan ini jelaslah bahawa pemikiran Nuar Balla ini ketinggalan 20 tahun terkebelakang.

Telahan kawe sedemikian kerana 20 tahun yang lalu golongan pemuda yang menentang keras pengharaman yang di buat oleh kerajaan negeri kelantan pada ketika itu adalah dari kelompok yang menyokong parti nuar balla. Kawe andaikan kerajaan negeri pada ketika bukanlah hendak menghukum muda mudi menikmati hiburan dalam hidup mereka tapi untuk mengajar /mendidik muda mudi ini untuk tahu bagaimana batas batas yang dibenarkan berhibur mengikut acuan islam.Kini setelah 20 tahun berlalu dan mungkin pihak kerajaan negeri telah yakin dengan cara dan asuhan minda kepada muda mudinya mengenai hiburan yang berbataskan secara islam ,bagi kawe tidaklah salah dibenarkan dalam masa yang sama untuk menilai tahap kefahaman yang dicapai.

Kalau Nuar Balla hendak nilai dari sudut politik dan hendak mempolitikkan perkara ini kawe rasa Nuar Balla adalah seorang ahli politik yang sentiasa kelemasan dalam tindakannya hahahaha. Bakpo kawe kata lagu tu ?? Jawapannya PRU 13 nanti adakah Nuar Balla ada keberanian untuk memilih slogan tutup segala hiburan kepada muda mudi ATAU Nuar Balla akan memulakan kempen dengan memansuhkan ENAKMEN HIBURAN 1998 dalam kempennya untuk menawan hati rakyat kelantan?

Satu lagi kenyataan Nuar Balla yang mencuit hati kawe adalah bila Nuar Balla mempersoalkan kewajaran membenarkan kumpulan/pemuzik dari luar negara. Apakah salah bagi nuar balla bila ambil orang luar dan tidak salah bila ambik pemuzik tempatan? Pendirian apa yang nuar Balla nak tegaskan ini sebenarnya? Mungkin maksiat yang diimport lebih buruk dan maksiat tempatan adalah lebih baik untuk pasaran tempatan? hahahaa ..Masih berkerusi batu otak demo nuar balla..

Kenyataan ini juga
"Mengulas perkara itu, Anuar berkata ia juga seperti membenarkan persembahan pada malam tahun baru dan tidak ada bezanya dengan sambutan di tempat lain."

Bagi kawe membayangkan Nuar Balla amat bersetuju dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri 20 tahun yang lalu dan nuar Balla tidak setuju bila kerajaan negeri memberi sedikit kelonggaran sepeti yang termaktub dalam undang undang.

Pada kawe Nuar Balla sepatutnya letak jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Kelantan kerana dengan jelas sekali Nuar tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh negeri negeri yang di perintah oleh regim BiniNajib di Malaysia berkenaan dengan hiburan.Nuar lebih selesa dan setuju dengan apa yang telah di buat oleh kerajaan negeri kelantan 20 tahun yang dulu.hahahaha.

Kedudukan Nuar Balla dalam dunia politik nampaknya berstatus seperti "kerusi batu" sahaja masa kini .....woo woo kepada penyokong nuar balla jangan marah ko kawe dulu tapi fikirlah bakpo kawe kata lagu tu .Jawapan mudahnya di negeri kelate kenyataan2 yang di keluarkan oleh Nuar Balla ini hanya akan dibatukan sahaja oleh rakyat terbanyak manakala dalam UMNO pula Nuar Balla terpaksa membatukan diri dalam banyak perkara kerana takut kehilangan apa yang beliau ada.

JADDIK SELAMANYA NUAR BALLA AKAN MENJAGA "KERUSI BATU" NYA ...

SENI KAMASUTRA DI BAZAAR KU HANIS



Beberapa bulan yang lalu kawe ada menceritakan KISAH DISEBALIK BAZAAR KU HANIS yang berkisar mengenai kelesuan Bazaar ini dan sikap pihak pihak yang bertanggungjawab ,mungkin ada tindakan atau tiada tindakan yang telah diambil tidak lah kawe ketahui. Cuma apa yang kawe difahamkan pihak pengurusan ada buat perjumpaan  dengan peniaga peniaga yang berniaga disitu untuk membincangkan masalah mereka. Kawe tidak hendak bercerita details mengenai isikandung perjumpaan tersebut atau mengenai hasilnya lagi kali ini.

Apa yang kawe hendak cerita kali ini adalah mengenai kegiatan yang kalau dilakukan di lorong haji Taib atau Bukit Bintang bolehlah dikatakan sebagai perkara biasa tetapi jika berlaku di negeri yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap biasa atau lazim lagi.Difahamkan Bazaar ini diselengarakan dengan rapi dan baik oleh pihak pengurusan samada dari segi kebersihan atau keselamatan ,setiap tandas yang ada dibangunan tersebut di selenggarakan dengan baik serta pencuci pencuci ditugaskan serta dilengkapi cctv di lokasi lokasi strategik yang disambung terus ke bilik pengawal keselamatan.

Kesunyiaan dan kelesuan akviti perniagaan di Bazaar ini rupa rupanya menjadi satu daya tarikan kepada golongan golongan yang mencintai seni kamasutra .Biasanya para pencinta seni kamatsutra ini akan menyewa hotel hotel murah kalau di Lorong haji Taib atau Budget Inn di Bukit Bintang mengikut kadar harian atau jam untuk mempamerkan kehebatan mereka melakarkan kesenian kamatsutra.

Rupa rupanya di Negeri yang di nafikan hak royalti minyak dan pengamalan syariat islam yang boleh dikatakan lebih baik dari negeri negeri lain di malaysia ini juga terdapat ramai pengamal kesenian kamasutra yang tak cukup modal untuk melahirkan hasil karya mereka.Mungkin kerajaan yang menafikan hak royalti kepada rakyat negeri kelate harus dipersalahkan mengenai perkara ini? Atau Kerajaan negeri yang mana ada desas desus bertiup kencang mengatakan terdapat wakil rakyatnya juga mengamal kesenian kamatsutra di dalam gerabak keretapi perlu di persalahkan ? Demo nilai dan fikirlah .....hehehehe

Di Bazaar Ku Hanis yang masih terdapat banyak lagi lot lot kosong tanpa penghuni ini terutama di tingkat 2 telah menjadi sarang penggiat kesenian kamasutra ini.Di beritakan beberapa bulan yang lalu di sebuah lot kedai yang kosong tanpa disedari sepasang pengamal kesenian Kamasutra telah merancang dengan teliti untuk mementaskan kesenian mereka dengan tidak perlu bayar apa apa bayaran untuk sewa pentas.Tepat seperti hari yang dirancangkan pasangan ini telah tiba tepat pada waktunya dan dengan yakin tiada siapa akan menyedari akan pementasan mereka . Salah satu lot kosong di Bazaar Ku Hanis dipilih oleh mereka ,seperti yang diketahui ramai untuk pementasan seni Kamasutra pakaian biasa nya tidak diperlukan .Sebelum kawe menceritakan lebih lanjut teknik mana yang akan dipilih oleh pasangan pengamal seni Kamasutra ini.

Apa yang tidak diketahui oleh penggiat seni tersebut  adalah kehadiran mereka di lot kosong tersebut disedari oleh pengawal keselamatan yang sedang berihat di biliknya.Pengawal keselamatan ini mungkin kawe boleh istilahkan sebagai seorang yang suka menonton kesenian Kamasutra kerana  beliau tidak menghalang pementasan seni tersebut dijalankan sebaliknya beliau dan rakan beliau tanpa membuang masa terus berkejar ke lot kosong tersebut untuk memastikan keselamatan penggiat seni Kamasutra tersebut terjamin .Pengawal keselamtan juga tolong menyimpan pakaian dan mengunci pintu lot kosong tersebut dan membiarkan penggiat seni tersebut mencapai klimaks dengan teknik Kamasutra yang mereka suka dengan selamat dan terjamin.

Pengawal keselamatan tugasnya adalah menjaga keselamatan dan tiada hak untuk memeriksa samada penggiat seni tersebut mempunyai lesen yang sah untuk pementasan mereka ,jaddik pegawai keselamatan telah menghubungi MAIK untuk tujuan pemeriksaan lesen tersebut.Setelah pegawai MAIK dan anggotanya datang kesana barulah pengawal keselamatan membuka kunci untuk pegawai pegawai MAIK pula menjalankan tugas mereka.Pasangan Penggiat seni Kamasutra amat bertuah pada hari itu kerana sewa pentas tiada bayaran ,mendapat kawalan keselamatan secara percuma dan juga dihadiri oleh penonton penonton yang tidak diundang untuk menilai dan menghargai kesenian mereka.

Itu satu cerita ,yang terbaru dalam minggu ini pementasan seni Kamasutra didalam tandas kawe rasa tidak perlu kawe jelaskan teknik mana yang mereka pilih kerana anda semua boleh bayangkan teknik Kamasutra yang mana satu paling sesuaikan didalam tandas.hahahaha

Mungkin ggu ggu kawe ada sangsi dengan cerita kawe ini tapi untuk kepastian kepada kesangsian yang melanda itu boleh lah berhubung dengan pihak MAIK untuk kepastian kepada segala kesangsian cerita kawe ini . Saranan kawe kepada pihak pihak yang berkenaan adalah supaya memberi lesen yang sah kepada penggiat penggiat kesenian KAMASUTRA untuk menjalankan kegiatan mereka secara berlesen dan ini mungkin akan menarik minat orang ramai untuk mengunjungi Bazaar ku Hanis yang lenggang itu.