Thursday, March 31, 2011

BERAKHIR DAN BERMULA



Tamat..selesai ..berakhir...sudah ..habis ...Pelbagai ungkapan tapi maknanya tetap sama....Tarikh  31-03-2011  adalah hari PENGAKHIRAN dan Tarikh 01-04-2011 adalah hari PERMULAAN.

Keterbetulan yang amat menarik mengenai tarikh PENGAKHIRAN dan PERMULAAN amat BERMAKNA dalam hidup kawe....Syukur Alhamdulillah itulah sahaja kata kata yang kawe mampu UNGKAPKAN.

Wednesday, March 30, 2011

ISTIKOROH ANAK SULAIMAN PALESTINE


Perletakan jawatan  Ketua Wirawati Raihan Sulaiman  di dalam PERKASA mungkin satu kejutan kepada pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan NGO Melayu yang boleh dikatakan agak hebat dalam abad ini.Tetapi ini bukan satu KEJUTAN bagi Braheng setahu kawe kerana "permintaan/keluhan" dari Raihan ini sudah berkali kali di sudahi/didiamkan dengan "JERKOH" sahaja oleh Presidennya ." ada yang tidak mampu dan ada yang mempunyai prioriti sendiri,"petikan dari Presiden Perkasa seperti yang disiarkan oleh   MALAYSIAKINI  hari ini bagi kawe adalah satu kenyataan yang penuh politik untuk menampung impak sahaja.


Dalam perbualan kawe dengan seorang sahabat yang kini mula berjinak jinakkan diri dengan PERKASA, kawe ada membayangkan ketua wira PERKASA juga akan mengikuti jejak langkah "KEKANDANYA". Kawe juga beritahu akan sebab musabab yang munasabah pada pandangan kawe  kepada sahabat kawe ini tapi kawe tidak tahulah sejauhmana penerimaan beliau terhadap cakap 
cakap kosong kawe itu.


Kenyataan dari Ketua Wira Perkasa dalam memberi alasan perletakan jawatannya ,"Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya".sekali lagi kawe petik dari MALAYSIAKINI .Pada kawe kenyataan ini membayangkan PERKASA semata mata menitikberatkan untuk memartabatkan keupayaan politik Braheng sahaja BUKAN sebuah badan NGO untuk menampung kepincangan orang melayu kepada apa yang perlu.Jikalaulah benar PERKASA hanya berjuang untuk keselesaan politik Presidennya maka BENARLAH keupayaan politik Perkasa itu tiada. Tapi boleh  dikatakan benar juga PERKASA tidak mempunyai keupayaan politik kerana PERKASA hanya sebuah NGO bukan parti politik.Jaddik Ketua Wira hanya memberi satu alasan untuk mengesahkan perletakan jawatannya bila Presidennya berkata tiada apa apa yang berlaku dan dia tidak tahu menahu tentang desas desus sehinggalah satu kenyataan resmi diumumkan.


Apa yang sebenarnya berlaku? Braheng tahu ,Raihan tahu dan Armand juga tahu serta orang no 2 PERKASA amat mendalam mengetahuinya ATAU sesiapa yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk mendapat jawatan jawatan tertentu dalam PERKASA mungkin lebih arif akan sebabnya. hahahaha ..kawe tak tahu ..


Kebanyakan rakyat Malaysia tahu dimana negara Palestine dan mungkin sebahagian besar juga tahu semangat melayu Sulaiman.Yang ramai tidak tahu adalah Sulaiman mengambil contoh semangat Yahudi untuk membajai jiwa melayu anak anaknya,apakah Braheng tidak sedar semangat melayu berdenggung  yang ada pada jiwa Raihan melebihi apa yang ada pada bapanya? hahaha Kawe meneka dan bertanya sahaja tidak lebih dari itu ...


Kebanyakkan melayu berdenggung tidak akan menerima isu kitab injil dan isu PARIA semudah seperti yang telah diselesaikan .Tapi itu bukan sebabnya kepada isu pengunduran diri kedua duanya. PRINSIP adalah alasannya hahahaha...PRINSIP yang mana satu? Prinsip cari makan atau prinsip tak boleh cari makan? Apakah Braheng ada prinsip bila cari makan? kawe tak kata sesiapa yang "mencuri makan" atau pun cuba cuba untuk curi makan hahaha.


Berapa ramai yang sanggup ikat perut keluarga sendiri kerana perjuangan melayu? Berapa ramai yang sanggup bergolok bergadai kerana mahu tolong melayu?  Siapa sanggup untuk memimjam wang untuk isi minyak kereta untuk kemajlis perhimpunan melayu? hahahaha...RAIHAN sanggup itu kawe tahu dan kawe yakin dengan apa yang kawe ketahui.


Kawe gantung setakat ini sajalah kerana mecceh RONSON kawe telah hilang yang tinggal hanyalah BATU RONSON ...hahaha



                             MECCEH Zippo BATU Ronson


Harap harap kali ni kalau kawe terjatuh/hilang dan dijumpai oleh sesiapa amat berharap dikembalikan kepada nama yang tertera itu..hahahaha.


MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK MEMAHAMINYA TAPI ADA YANG MENGETAHUINYA ....


Monday, March 28, 2011

DIARI UMUM


Beberapa hari yang lalu kawe ada menerima satu permintaan dari seorang kenalan di FB untuk merekomenkan kawe untuk di interview oleh sekumpulan penyelidik mengenai blogger politik di Malaysia.Kawe beritahu ggu FB tersebut bahawa kawe bukan seorang blogger dan tidak berminat untuk menjadi seorang blogger lebih lebih lagi menerjunkan diri dalam dunia blogger POLITIK.Segala penulisan yang kawe tulis disini adalah semata mata untuk mencapai KEPUASAN  diri sendiri .Tak perlu tanya atau persoal gerangan apa yang sedang kawe MENCARI.

Hari ini bila membaca sebuah blog dari bekas veteran UMNO yang telah meninggalkan parti yang usang tersebut.Beliau melahirkan satu perasaan marah mengenai satu isu dikalangan blogger blogger politik yang TERSOHOR di Malaysia ketika ini.Walaupun dalam tulisannya nampak sebagai satu nasihat kepada golongan yang lebih muda TAPI kawe pilih  istilah MARAH untuk memberi maksud yang sebenar bila orang tua memberi nasihat yang keras kepada orang muda. Sila LAYARI blog tersebut untuk mengetahui kisah yang sebenarnya.

Pada kawe untuk menulis atau mencatat apa apa didalam sebuah buku diari secara peribadi tidak perlu kepada apa apa ETIKA yang perlu dipatuhi.Anda boleh catat apa saja yang anda suka ,anda boleh tulis apa saja yang anda tak suka .Itu jikalau menulis dalam diari peribadi yang sudah tentu anda akan mengunci dengan kemas didalam peti besi dengan tujuan tidak mahu di baca oleh orang lain.Bagaimana pula penulisan didalam DIARI UMUM  atau dengan lebih tepatnya penulisan di BLOG yang dapat dibaca serata dunia tanpa halangan?

Apakah etika yang patut dipatuhi oleh seorang blogger POLITIK? Kawe tidak tahu ...Apakah etika yang perlu dipatuhi oleh blogger EKONOMI? Kawe tidak pasti...Apakah etika yang perlu diikuti oleh blogger CACARMERBA? Setahu kawe tiada ETIKA yang bersifat cacarmerba. Apa definisi atau klafikasi yang diberi untuk membolehkan seseorang penulis blog itu digelar sebagai blogger politik pun kawe tidak mengtahui justifikasinya. Yang kawe tahu dan sentiasa dengar adalah telah ramai blogger2 politik yang terpaksa bermalam dilantai simen dan berpintukan jaringan besi di kamarnya kerana penulisan di blog. Ada juga yang pintu rumah mereka di ketuk dimalam hari untuk dibawa ke stau tempat untuk disiasat mengenai penulisannya dengan pihak berkuasa menggunakan akta akta yang tertentu untuk menghalalkan kerja mereka.Kawe juga tidak tahu sejauhmana kekuatan para blogger EKONOMI memperkayakan atau memiskin sesebuah negara dengan penulisan mereka. Sejauhmana kekuatan petikan jari mereka di komputer dapat mempengaruhi pasaran saham dunia juga diluar pengetahuan kawe.

Apa yang kawe tulis dan catat disini adalah bukan diari peribadi kawe tapi kawe rasa lebih sesuai istilah DIARI UMUM diguna pakai.Kawe tulis dan catat apa apa saja yang kawe suka nak tulis.Samada orang suka atau tidak suka dengan apa yang kawe tulis ITU tidak menjadi satu minat kawe untuk tahu dan peduli.Kawe catat dan tulis apa yang berlaku hari ini pada kawe bukan untuk mengatakan apa yang berlaku pada orang lain hari esok itu salah .Kawe nyatakan sesuatu yang pada fikiran kawe samada benar atau salah BUKAN bermakna orang lain kena terima itu satu kebenaran atau kesalahan  MUTLAK yang harus diterima.

Jikalau kawe catat atau tulis sesuatu yang BEREMOSI  itu emosi diri kawe ,tak perlu orang lain ikut BEREMOSI  sama kerana ini DIARI UMUM  kawe jaddik hak mutlak kawe lah samada nak marah atau gembira dalam penulisan kawe.Tidak sekali kali kawe mengajak sesiapa untuk gembira atau menyukai apa yang kawe catat dalam DIARI  kawe .TETAPI jikalau ada yang terasa atau marah atau tidak senang hati, kawe tidak tidak boleh buat apa apa kerana itu HAK UMUM.

Saturday, March 26, 2011

APAKAH NAJIB SEDANG DIJATUHI?



Sekali lagi dunia filem lucah di Malaysia mendapat perhatian yang hebat dari segenap lapisan masyarakat kerana di promosikan oleh VVIP negara. Sudah tentulah yang mendapat sedikit keuntungan mungkin penayang penayang filem lucah atau penjual penjual vcd lucah hasil dari promosi secara besar besaran yang percuma ini.

Dari segi politiknya siapa yang mendapat untung pasal pencarian siapa VIP yang beraksi didalam filem itu ? Anuar yang akan di hina oleh rakyat ATAU Najib yang akan di kecam oleh rakyat Malaysia? Kerana gendang dan rentak kearah itu amat jelas dah sekarang ini.

Yang pasti Anuar dan Najib akan mendapat kesan secara langsung bila perkara ini berlaku dan itulah PERSEPSI kebanyakan orang akan nampak pertarungan antara Ketua Kerajaan dengan Ketua Pembangkang dalam politik.Apakah kesan kepada TPM mengenai isu ini mungkin tidak diperkatakan orang bila pihak pihak tertentu didalam UMNO dengan cepat memberi amaran rakyat  supaya isu ini tidak di KAITKAN dengan penglibatan UMNO.

Jika kita imbau sejarah lalu dalam politik Malaysia yang berlaku secara halus dan tidak diterangkan dengan jelas sebaliknya perlu sedikit daya fikiran untuk mentelaahnya.Sejarah mencatatkan dizaman TUN M menjadi PM isu yang dibawa untuk mencalarkan atau dalam bahasa mudahnya MENJATUHKAN .Isu yang di bawa dalam UMNO ketika itu adalah RASUAH dan KRONISME .Siapa perancang dan apa kesudahannya semuanya orang tahu.

Semasa Pak Lah PM sejarah telah mencatatkan sebagai PM paling lemah di Malaysia dan isu yang yang di BAWA adalah isu MENANTU iaitu KJ.Najib menaiki tahta sebagai PM pada ketika itu amat mudah hanya dengan alasan untuk selamatkan parti UMNO dari pupus dan Pak Lah seolah olah mengakui beliau adalah seorang PM paling lemah kerana setuju letak jawatan tanpa mengambil langkah langkah untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Manakala Najib pula hanya perlu merampas Perak dari pembangkang untuk membuktikan dirinya layak untuk dilantik sebagai PM baru yang mampu mengubah nasib UMNO dari pupus.Mungkin seluruh ahli UMNO akan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun M kerana kelihatan sebagai orang yang utama menjatuhkan Pak Lah dari kuasa. APAKAH Najib tidak memainkan apa apa peranan yang tersembunyi untuk memastikan kerusi PM menjadi miliknya? Memang betul di dalam umno Najib boleh dikatakan PONDAN dari segi semangat juangnya ,maksudnya Najib bukan seorang PEJUANG dalam politik TETAPI beliau adalah anak BANGSAWAN dari NEGARAWAN politik.

Kini bila Najib jaddik PM cerita PONDAN Najib ini terus dikaitkan dengan terlalu banyak BININYA dilihatkan mencampuri urusan pentadbiran negara.Benar ke tidak benar berlaku begitu tetapi dalam PERSEPSI politik itulah yang dibayangkan kepada seluruh rakyat Malaysia buat masa ini.Dan jika kisah dua PM terdahulu diambil kira PERSEPSI yang melibatkan keluarga ini amat merbahaya bagi kedudukan seorang PM. Jikalau 2 PM terdahulu hanya persepsi keluarga dikaitkan tetapi Najib ditambahkan satu lagi dengan persepsi kaitannya dengan kematian seorang gadis jelita Monggolia. Apakah Muhyidin buta atau buat buat tutup mata dalam hal ini?

Seperti yang dijangka apabila isu video seks keluar Najib akan dicuit untuk dikaitkan dan tiada jalan lain lagi bagi PM selain menafikan secara berhemah seperti yang disiarkan oleh AGENDA DAILY dan MALAYSIAKINI . Kenyataan Najib ini bolehlah dikatakan satu kenyataan yang sudah dijangka TAKKAN lah seorang PM akan mengatakan UMNO terlibat lebih lebih lagi kedudukan beliau sebagai orang no satu dalam parti.Jaddik benarlah UMNO tidak terlibat walaupun secara kebetulannya orang yang dipanggil polis untuk siasatan adalah orang yang mempunyai kedudukan dalam UMNO ,jaddik rakyat malaysia kena cerdik untuk membezakan antara individu dan parti itulah yang cuba di sampaikan oleh PM.

Seperti kata PM "Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara."


 Maknanya jika benar berlaku jawapannya semua rakyat akan tahu dan mungkin PRU 13 menjadik hak milik BN dan pelakunya perlu diambil tindakan melalui undang undang yang sedia ada. TAPI yang sedikit sukar bagi PM adalah bila ianya tidak BENAR berlaku ,apakah tidak memberi kesan kepada PRU 13? .Apakah menteri dalam negeri sekali lagi terpaksa keluarkan kenyataan supaya wanita CANTIK itu haram untuk DISEBUT?Apakah PERSEPSI kepada UMNO dan PM tidak tercalar sedikit pun ? Sedangkan kalau dilihat dekarang ini rata rata dikalangan penyokong dan pendokong UMNO sudah mengesahkan siapa pelakunya.


Mungkinkah MUHYIDIN akan menasihati Najib supaya berundur supaya imej UMNO dapat dipulihkan demi untuk pastikan PRU 13 berjaya? Mampukah Najib menolak permintaan Muhyidin ini dan mempertahakan dirinya ,sedangkan untuk mempertahakan isterinya di parlimen pertolongan Nazri diperlukan . ATAU Najib sudah bertukar dari PONDAN kepada PEJUANG dalam hal untuk mempertahankan kerusi PM? 


Wednesday, March 23, 2011

MU JUMUD BLACK,AKU OGHE MENANG..

                                                             Burung Yang Terkurung

Mula mula kita tengok apa makna JUMUD mengikut kata  DPB .Setelah jelas makna JUMUD tersebut sila baca dan hayati perbualan seorang sahabat dengan seorang sahabat dibawah ..



Mattblacqkk Napitis March 20 at 5:47pm
hahahaha...HAK rakyat tidak diberi dan di nafikan ,,itu dinamakan menjaga rakyat yang terbanyak dalam definisi mu? Parookk tuh istilah tu....Hak rakyat di nafikan kerana berbeza politik ...Perut kroni sendiri dibuncitkan kerana mendukung idealogi kaut harta rakyat utk kekayaan diri ...Zaman Hosni dan Gaddafi dah berakhir tu..

BYT March 22 at 12:57pm Report
NK JAGA HOK RAKYAT MCM NUAR ALJUBURI PIII LAH BLACK
Mattblacqkk Napitis March 22 at 12:59pm
Jgn jumud dan tutup Kotak pemikiran tu...
               MU JUMUD BLACK, AKU OGHE MENANG..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 1:02pm
Hahaha.. Bukan alah menang jaddik ukuran .. Tu politik budak2 berebut cokelat..
BYT March 22 at 1:04pm Report
POLITIK MU GGAPO BLACK, POLITIK SALOK BUKIT.. ORG LAIN DOK BINA PUAK MU DOK TEBUK..
BYT March 22 at 1:06pm Report
MU JGN MIMPI NOK MENang black... caro politik desparado.. tk kemana... aku kesian ko puak2 pemikiran cara mu..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 1:08pm
Hahaha... Bila masa Aku terlibat dgn politik? Kena bbetul fakta mu tu ... Ada bukti ko Aku ahli mana2 parti politik? Sempit tehh pemikiran ..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 1:16pm
Simpan jerlah Kesian mu tu .. Takdok nilai Kalu Dok sokong ore hak tindas hak ore Melayu sendiri gaakk..
BYT March 22 at 7:16pm Report
memang patut tindas pun, jika ada warganegara yg tk bersyukur supo mu ni black.. tk rugi ckit pun malaysia kalu tk ada manusia bmasalah supo nuar aljuburi dn kuncu2 supo mu.. salak lah..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 7:20pm
Hahaha.. Cuba perjelas sikit lagu mana peel warganegara hak bersyukur tu bila HAK rakyat di nafikan? Bila harta kekayaan negara di pergunakan sesuka Hati? Menindas hak rakyat tu Satu kesyukuran Bagi mu?
BYT March 22 at 7:48pm Report
puak2 mu hanya segelintir je black.. mu dok kato hok rakyat ditindas.. hok rakyat diberi pulak lagu mano?.. aku pelik dgn puak2mu yg segelintir je ni.. bila ceramah hentam kerajaan maka ramai lh audien,
mari pilihan raya puak2 mu kalah.. PRU13 ni..K O puak mu black
Mattblacqkk Napitis March 22 at 7:58pm
Hahaha... Sapo menang atau kalah PRU tidak jaddik kepentingan Bagi Aku .. Hak pentingnya Kerajaan hak memerintah tu tidak menindas Dan menafikan HAK rakyat atas kepentingan politik semata mata2 ...
Puluhan ribu rakyat kelate hadir ko stadium utk dgr penjelasan dari KU Li mengenai HAK Mereka mungkin boleh di istilah sebagai segelintir..
Diatas adalah sebahagian petikan perbualan kawe dengan Burung Yang Terkurung atau singkatannya BYT seperti yang kawe gunakan itu. BYT ini adalah sahabat kawe yang dulu ,kini dan mungkin akan selama lamanya akan mendukung dan mencintai UMNO. Kawe guna istilah BYT untuk mengantikan nama sebenar sahabat kawe ini adalah kerana biarlah kawe seorang sahaja yang tahu siapa dirinya yang sebenar serta  demi tidak untuk mencalarkan imejnya dalam politik jika dia BERNAFSU besar.Keduanya kawe rasa memang sesuailah gantinama BYT digunakan kerana cara sahabat kawe ini berfikir tidak lebih apa yang terdapat dalam SARANG Umno sahaja.

BYT adalah salah seorang penyokong kuat Nuar Aljuburi (pinjam istilah yg di gunakan oleh BYT) satu ketika dulu sebelum Anuar di pecat dan seketika selepas Anuar di pecat . Mengikut pengakuan BYT kepada kawe didalam perbualan yang lain ,dia menyokong Anuar ketika itu kerana beliau  DIFAHAMKAN Anuar dikhianati TETAPI menurut BYT juga setelah beliau sedar dan terus BERTAUBAT dari menjadi penyokong Anuar .Kawe tidak tanya siapa yang MEMAHAMKAN kepada beliau Anuar di khianati samalah juga kawe tidak bertanya siapa yang MENYEDARKAN beliau sehingga beliau BERTAUBAT. Yang kawe pasti BYT telah mengistiharkan dirinya telah suci dari dosa menyokong Anuar setelah beliau BERTAUBAT.Kawe juga tidak bertanya samada BYT sudah bertaubat atau tidak kerana bersekongkol dengan Anuar untuk menjatuhkan Tun M pada waktu itu ...hahahaha

BYT juga beritahu kepada kawe bahawa dia lebih rela ditipu oleh NAJIB dari di tipu oleh ANUAR.Kawe tidak merasa pelik dengan pengakuan BYT ini kerana kebanyakkan amalan orang UMNO adalah menjadi POKKOR kepada pemimpin mereka .Kawe ingin menasihatkan kepada sahabat kawe BYT ini ,sepatutnya sebagai MANUSIA yang mempunyai akal fikiran tidak sepatutnya  sanggup DITIPU oleh sesiapa pun dalam apa apa keadaan sekalipun .Sebagai manusia juga BYT tidak sepatutnya menjadi seperti burung tiong yang menghafal kata kata TUANnya untuk dilafazkan dan di pertuturkan.

Kawe ingin bbari kisah seekor burung tiong yang tinggal didalam sangkar emas yang diasuh untuk bertutur oleh tuannya dengan seorang manusia yang pencinta haiwan.

M ; Woit tiong kenapa ko di penjarakan?

T ; Aku syukur tuan aku baik hati.

M ; Ko patut terbang bebas seperti burung2 lain itu HAK ko.

T ; Aku syukur tuan aku bagi sangkar yang besar untuk aku bebas terbang.

M ; Ko patut menikmati pelbagai pilihan makanan dan buahan di luar sana.

T ; Aku syukur tiap tiap hari tuan aku sediakan buah papaya kegemaran aku.

M ; Ko sepatutnya terbang bebas didalam kehijuan pokok pokok di luar sana.

T ; Aku syukur kerana tuan aku tempatkan sangkar aku ini di taman bunganya dan setiap pagi aku dapat melihat kehijuan pokok pokok

M : Wahai tiong alam dunia di luar sana adalah milik ko .

T ; Aku syukur kerana disediakan sangkar Emas oleh tuan aku dan aku pasti di luar sana aku tidak akan mendapat sangkar sebegini mahal.

M : Wahai tiong tuan ko telah berlaku zalim pada ko kerana mengurung ko dalam sangkar emas.

T ; Wahai manusia yang tak tahu bersyukur ko yang sepatut di penjarakan kerana menuduh Tuan aku yang baik hati itu sebagai ZALIM.

Kawe juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat kawe BYT kerana mempunyai rasa belas kasihan dan simpati kepada kawe serta segelintir yang lain seperti yang BYT ucapkan kepada kawe "aku kesian ko puak2 pemikiran cara mu." hahahaha


Soalan kawe disini kepada BYT adalah apakah beliau memahami cara pemikiran kawe? Nampaknya BYT telah banyak membuat andaian berlandaskan untuk menegakkan idealogi politik yang beliau dukungi sahaja .BYT akan melabelkan sesiapa saja sebagai penyokong Anuar atau menyokong pihak pembangkang jika seseorang tersebut mempersoalkan ,mempertikai sesuatu tindakan pihak kerajaan yang di kuasai oleh parti yang beliau sertai.Maknanya BYT mahu semua orang bersetuju dengan apa tindakan partinya tanpa banyak soalan atau bantahan walaupun perkara yang dilakukan itu bersifat menindas kepada rakyat .BYT juga mahu sesuatu keburukan yang di buat oleh pihak partinya/kerajaan itu diterima dengan membandingkan dengan kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan tersebut.Apa beza BYT dengan burung diatas? Bezanya adalah burung tiong itu dilatih untuk membela Tuannya manakala BYT pula adalah manusia yang dilatih untuk menjadi otak burung tiong untuk menjaga kepentingan diri sendiri.


Kawe akan biarkan BYT dengan andaiannya mengenai PEMIKIRAN kawe buat sementara waktu kerana kawe masih tidak mahu hilang keseronokan untuk bermain main dengan MANUSIA yang dilatih untuk menjadi otak burung tiong ini. 


Kepada BYT sampai bila bila pun demo tetap sahabat kawe dan demo boleh memilih untuk menjawab disini atau inbox ko kawe sekira demo terbaca tulisan kawe ini. Kepada manusia lain di luar sana anda adalah BEBAS untuk menyokong atau tidak menyokong BYT tapi untuk mengutuk BYT dengar kata kata yang tidak baik atau menyentuh peribadi beliau kawe tidak boleh bersetuju dengan sesiapa pun yang HINA sahabat kawe.

Tuesday, March 22, 2011

KEMARAHAN ORANG MESIR


Hari ini kawe dihidangkan dengan makanan tradisional orang Mesir untuk makan tengah hari bersama dengan sahabat kawe yang bernama Mahmood dari Mesir  .Kebiasaannya jika Mahmood menziarahi kawe atas urusan kerja SEMESTI nya pada waktu makan tengah hari kami akan mengalas perut di sebuah restoren Yemeni yang terletak tidak jauh dari tempat kawe mencari rezeki. Makanan kegemaran Mahmood di restoren ini adalah "chicken mandhi" dan kawe biasanya akan makan ikan bakar dan nasi beriani  dan di sudahi dengan "sulamani" yang direndam daun pudina.Hari ini pun kami bercadang untuk mengunjungi restoren tersebut ,dalam perjalanan menuju ke restoren itu kami di sapa oleh 2 orang Mesir yang berkebetulan kawan kepada Mahmood yang juga sedang mencari restoren untuk mengisi perut .

Setelah bersalaman dengan kedua dua kawan Mahmood dan beritahu kawe berasal dari mana maka mereka berdua mempelawa kawe untuk menikmati makan tengahari dengan makan tradisi Mesir ,kawe kata takder masalah cuma Mahmood sahaja yang suka sangat makan chicken mandhi .Setelah didesak oleh kawannya Mahmood pun setuju untuk tidak menikmati makanan kegemarannya di restoren kesukaannya hari ini.

Setelah tiba di restoren tersebut yang letaknya tidak berapa jauh daripada restoren kegemaran Mahmood ,mereka bertiga yang menguruskan/memilih  semua pesanan makanan untuk di hidangkan dan kawe hanya memilih air mineral sahaja untuk kawe.Setelah hidangan sampai dan dihidangkan mereka bertiga mula menerangkan kepada kawe berkenaan hidangan tersebut kerana kawe tanya satu persatu mengenai apa yang di hidangkan.Sesambil menikmati makanan kami berbual bual kosong yang topiknya menjurus apa yang bergolak di Mesir sekarang ini.

Restoren ini mempunyai dua bahagian dan 2 pintu masuk yang berlainan ,satu bahagian untuk mereka yang ingin menikmati makanan dan tidak boleh merokok didalamnya dan satu bahagian lagi dikhususkan pengemar SHISHA .Setelah selesai makan tengah hari kedua dua kawan Mahmood minta diri kerana mereka sebenarnya sedang menunggu kereta mereka siap di baiki di salah sebuah workshop yang berdekatan.Setelah mereka beredar tinggallah kawe dan Mahmood berdua.Seperti biasa kami memesan "sulamani" sebagai penyudah.Sementara menunggu "sulamani" dihidangkan Mahmood beritahu kawe dia hendak ke bilik air sebentar. Kawe pula keluar dari restoren tersebut untuk menikmati sejenis asap  kegemaran kawe selepas makan, diluar restoren .

Sedang kawe tengah sedap menyedut dan menghembus puas asap beracun itu tiba tiba keluar seorang arab dari bahagian yang di khususnya untuk penggemar shisha dalam restoren tersebut dan mengejar seorang india yang juga keluar dari pintu yang sama . Setelah sampai dekat si india tersebut si arab ini memarahi yang kawe tidak tahu apa sebab dan puncanya dan bukan urusan kawan untuk ambil tahu pun.Setelah hembusan asap terakhir kawe selesai maka kawe kembali ke kedalam restoren untuk menikmati "sulamani" yang sudah terhidang.Tidak lama kemudian Mahmood kembali dari tandas dan kami sama sama menikmati "sulamani".

Kawe bertanya kepada Mahmood di mana bilik air kerana kawe pun ada hajat untuk kesana ,Mahmood bagi tahu kawe tandas berada disebelah tempat penggemar SHISHA berkumpul.Semasa kawe sampai ke muka pintu restoren untuk ke bahagian yang sebelah lagi itu kawe berselisih dengan arab yang memarahi india tadi TAPI kawe tidaklah peduli kerana hajat kawe lebih utama lagi.Persekitaran di bahagian SHISHA ini ada beberapa meja dan di penuhi dengan pak arab yang asyik hembus asap shisha.

Bila selesai hajat kawe dan keluar dari tempat membuang hajat itu ,kawe terpandang Pak Arab tadi yang duduk keseorangan di meja yang tidak  dengan  tandas dan sedang memerhati kawe keluar dari tandas. Setelah kawe menutup kembali pintu tandas dan lelaki arab masih lagi memandang kawe dengan pandangan yang agak berlainan. Kawe angkat kening dan senyum kepada dia ,bila kawe senyum dia pun tersenyum dan berkata " your friend no manner ,not close the door" kawe gelak hahaha dan berkata " im sorry for that" Pak Arab itu ikut  gelak sama tetapi gelak dia adalah ketawa orang yang tak puas hati .Jaddik fahamlah kawe bahawa Pak Arab itu memarahi india tadi mungkin pasal tak tutup pintu tandas ,bagaimana dengan Mahmood?

Setelah kembali ke meja dan menghirup "sulamani" kawe mula buka topik untuk berbual dengan Mahmood dan tidak menceritakan apa yang berlaku diantara kawe dan Pak Arab tadi.Kawe tengok Mahmood takder mood untuk berborak dan  seperti orang yang tak puas hati kepada sesuatu  tapi kawe masih tidak bertanya kenapa atau apa yang telah berlaku walaupun kawe dah boleh agak apa yang berlaku.Akhirnya Mahmood bagi tahu kawe dia tidak puas hati dengan seorang EMARATI di bilik sebelah dan dia bingkas bangun dan bagi tahu kawe dia nak pergi gaduh dengan arab tersebut ,kawe kata tak perlulah gaduh tapi dia terus menuju ke bilik sebelah.Kawe tidak berganjak dari kerusi kawe untuk mengikut Mahmood kesana KERANA kawe tahu mereka akan bergaduh mulut sahaja takkan sampai ke tahap  bertumbuk lagi pun kawe takkan faham pertengkaran mereka nanti walaupun kawe tahu apa puncanya.Perlu kawe jelaskan di sini bahawa undang undang UAE menyentuh tubuh orang lain dengan niat untuk mencederakan walaupun tak cedera boleh dipenjarakan ITU sebab kawe yakin perbalahan mulut sahaja akan berlaku.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian Mahmood kembali ke meja ,kali ini kawe tanya Mahmood apa yang sebenarnya berlaku.Mahmood akui semasa keluar dari tandas tadi dia tidak tutup pintu dan pak Arab itu datang ke meja memarahi beliau dan beliau sudah minta maaf akan kesilapannya itu.Jaddik kalau dah akui kesilapan dan dah minta maaf buat apa nak gadug lagi? Dia royat ko kawe dia tak puas hati ...kawe tanya tak puas hati kenapa? Mahmood bagi tahu semasa dia keluar dari tandas tadi dia ada dengar seseorang memaki/keluarkan kata kata kesat tapi dia tak peduli dan tak ambil kisah ditujukan kepada siapa .Setelah Arab tu datang memarahi dia kat meja barulah dia sedar bahawa kata kata kesat itu di tujukan kepada beliau ,itu sebab dia tak puashati dan hendakkan pengesahan dari Pak Arab tersebut .Tetapi kata Mahmood lagi bila dia pergi tanya Pak arab itu tadi dia tak mengaku dia keluarkan kata kata itu . Kawe tidak tanya Mahmood kata kata kesat apa yang dikeluarkan oleh Arab tersebut.

Perlu kawe nyatakan juga disini bahawa mengeluarkan kata kata kesat yang boleh menghina orang lain juga satu kesalahan yang boleh membawa hukuman denda atau penjara di sini. Jaddik CSL kalau datang UAE ni tidaklah boleh sewenang wenangnya guna "4 letter word" kegemaran dia tu ...hahahaha

Kawe masih tak bagi tahu kepada Mahmood bahawa Pak Arab tu kata dia takder otak kepada kawe kerana  tidak mahu menambah lagi kemarahan di hati Mahmood.Sebaliknya kawe cuba menenangkan Mahmood dengan berkata tak payahlah layan orang yang takder otak penggemar SHISHA tegar dan lebih baik enjoy dengan "sulamani" kegemarannya itu.Mahmood kelihatan reda dan apabila selesai menikmati "sulamani" kami beredar dari restoren tersebut.

Setelah hampir separuh perjalanan kami Mahmood menyatakan ketidakpuasan hatinya semula dan kawe bertanya apa rancangan dia ?Mahmood menjawab dia akan bertanya sehingga Arab itu mengaku dia mengeluarkan kata kata kesat dan disaksikan oleh beberapa pelanggan di dalam restoren itu dan dia akan buat report polis. Dalam hati kawe berkata Arab Mesir ini pun sudah gila ..hahaha.Mahmood tanya pendapat kawe mengenai rancangan dia ,kawe menjawab tak perlulah buang masa dengan orang takder otak.Dan Mahmood berkata kepada kawe dia akan ke restoren itu semula dan bagi pilihan kepada kawe samada nak ikut dia atau kawe balik dulu sorang .Kelemahan kawe dalam bab ini memang tak boleh di selindung lagi kerana bukan sikap kawe untuk meninggalkan kawan dalam kesusahan walaupun mungkin kawe akan mengalami sedikit kesulitan kerana kesusahan seorang kawan. Kawe bagi tahu Mahmood kawe akan temankan/ikut dia tapi kawe takkan masuk campur campur dalam hal ni,kami patah balik menuju ke restoren tersebut.

Setibanya di restoren tersebut Mahmood terus meluru ke meja arab tersebut dan pertengakaran mulut kedua duanya berlaku . Kawe tidak ikut serta ke meja sebaliknya berada di muka pintu untuk melihat apa yang berlaku .Pertengkaran mereka ini telah menarik minat beberapa orang pelanggan SHISHA yang lain untuk cuma menenangkan mereka berdua . Sehinggalah datang seorang pekerja restoren itu menghampiri kawe dan meminta kawe ajak sahabat kawe itu keluar dari restoren kawe balas permintaan itu dengan senyum sahaja .

Setelah Mahmood selesai melepaskan kemarahannya dan mungkin telah berjaya mendapat seperti apa yang dirancangnya beliau meninggalkan lelaki arab itu dan menuju ke pintu untuk keluar dari restoren.Setelah bersua dengan kawe di muka pintu dengan kawe beliau tidak bercakap sepatah pun dengan kawe dan kawe pun tidak bertanya apa apa pada dia. Kami sama sama berjalan untuk pulang ke pejabat kawe semula.Setelah agak jauh dari restoren barulah kawe buka mulut untuk bertanya Mahmood "  So what next ,police station?" Mahmood jawab ringkas " Nope" kawe kata kepada Mahmood " All his friends inside there" ..Mahmood ketawa dan bagi tahu kawe lelaki arab itu tak mengaku dia keluarkan kata kata kesat dan semua yang ada didalam restoren itu pun nafikan Arab itu berkata demikian dan mereka tak dengar pun kata kata itu di keluarkan....Kawe kata kepada Mahmood " Arabic is big liar" dan kami sama sama ketawa untuk kembali meneruskan perjuangan mencari rezeki...


Saturday, March 19, 2011

NAZRI AZIZ YANG CELAKA !!!

Mungkin berbunyi kasar kata ore kelate atau kurang ajar bagi kebanyakkan rakyat malaysia fahami bila perkataan CELAKA di labelkan kepada seorang rakyat Malaysia yang bertaraf menteri penuh.Tapi bagi kawe itulah satu perkataan yang paling sesuai untuk membalas budi baik SICELAKA ini yang melemparkan satu tuduhan yang tak berasas di dalam PARLIMEN beberapa hari yang lalu.

Kenyataan dari SI CELAKA  ini telah membangkitkan kemarahan beberapa rakyat malaysia yang sedang mencari rezeki di UAE. Kemarahan mereka ini di luahkan di laman sosial FB Wall Malaysian in UAE , sila ikuti luahan rakyat malaysia di bawah ini ;


Redza Jamil
Prime Minister's Department Mohamed Nazri Aziz said in the Dewan Rakyat that Malaysians living abroad do not deserve the right to the postal vote as they do not love the country.

What say you?

    • Zolel Perkasa x per lar... kalu gitu gua da ngajuk nie... tukar warga negara jer ler mcm nie..
      Yesterday at 5:14pm ·
    • Syahril Ariffin we live abroad to feed our family..not bcz we did not love our country..what nazri said is bullshit..
      Yesterday at 5:18pm · · 5 peopleLoading...
    • Zul Ipower bakor je bakor je..
      Yesterday at 5:18pm · · 2 peopleLoading...
    • Fizzell Sizzle joking right? tah per per tah.....
      23 hours ago ·
    • Fizzell Sizzle total bullocks!
      23 hours ago ·
    • Antara Benua Kajaka where u got this? link pls?
      22 hours ago ·
    • Fizzell Sizzle kata orang melayu "tak nak ,SUDAH!"
      22 hours ago ·
    • Antara Benua Kajaka tenkiu
      22 hours ago ·
    • Antara Benua Kajaka well personally i do accept when they said in order to vote, one must be a resident of a constituency at the said time..but no need to say those unnecessary bullcrap things such as "They willingly went abroad and stayed there for five, six years and didn’t come back. It means they don’t love Malaysia.” & ".. they had lost trust in the country and are not loyal."..WTF????
      22 hours ago · · 2 peopleLoading...
    • Azizah A. Aziz of course I love my country but I love my job in overseas more:) Kesian tourism minister...penat2 dia promote Msia as holiday & shopping destination but they still go to overseas for holiday & shopping and tat includes POLITICIAN and MEMBERS OF PARLIMENT. tat is TAX PAYERS MONEY!!! Do they ever care about the people????
      22 hours ago · · 1 personLoading...
    • Raja Ezral Shafril sheet.. kepala double triple trap.. ini dah tahap mengarut..well.. screw them.. what do they know about m'sians living abroad..we hv more patriotism than them at home country..
      19 hours ago · · 2 peopleLoading...
    • Raja Ezral Shafril typical bullocks
      19 hours ago ·
    • Izwandy Ibrahim ahhh.. nazri.. xabis abis ngan politikus dia, p jga padang rengas elok2..
      18 hours ago ·
    • Zul Ipower haha dtg kg aku time pru je pastu hampeh
      17 hours ago ·
    • Airny Rahim seriously?? how stupid is dis guy? i used to have dis in my about me: "I love Malaysia and its people!"... dun talk about things dat u dun noe nazri aziz. u can't put everyone in one basket! generally judging ikut suka die plak!
      9 hours ago ·
    • Ezam Bin Abdullah
      This felle sah nak bagi orang marah , love for the country have got nothing to do with working or staying abroad , some of us do invest back in our home land Malaysia , after this fantastic statement from an UMNO man who are now desperately... need a comeback and winning back the voters , I will certainly go back home to vote for sure but not to this arrogant minister and party like this. Somebody in BN must kick this stupid bastard out from politics and power he holds because he just a pain in the ass for UMNO. Pilih lah lagi si nazri yang mulut cam sundal ni , macam takda orang lain. Pi mabok laaa Nazri .

      Ezam Bin Abdullah
      Chief Surveyor
      SPK Construction Abu Dhabi
      Mobile : 0505618582
      Email. : ezam@spk. ae
      See More
      9 hours ago via · · 1 personZolel Perkasa likes this.
    • Airny Rahim tu la... wonder whats his thinking giving out such statement! as if la those who live n work in Malaysia love the country more than us. theyre just there because they havent got the opportunity to work abroad. takde kaitan langsung with loving or not loving the country.
      9 hours ago ·
    • Shaniz Khan Wow... how judgemental and ignorant!
      9 hours ago ·
    • Airny Rahim exactly the 2 best words to describe him eh?
      8 hours ago ·
    • Antara Benua Kajaka Airny i saw what u did LOL
      8 hours ago ·
    • Mattblacqkk Napitis Cuba tgk dari sudut positif dulu...
      8 hours ago ·
    • Airny Rahim what did i doo????? =P sebok la u! shhhhh!
      8 hours ago ·
    • Antara Benua Kajaka i saw u did those chipsmore thing..sekejap ada sekejap xde..haha xD
      8 hours ago ·
    • Airny Rahim LOL! i noe la what i did dat u saw.... saje je buat bodoh... haiyaaa... btw, shudnt change the topic ok... this post is meant for us to talk about nazri aziz only! =P
      8 hours ago ·
    • Ezam Bin Abdullah
      Cik Airny , thanks for the interest but unfortunetly I am not a quantity survey I am a land Surveyor , please check on our website www.spk.ae for latest news on recruitement , you might try your luck there, ok
      Cheers

      Ezam Bin Abdullah
      Abu dha...biSee More
      8 hours ago via ·
    • Fahruddin Mohsin Hahahah.. Ezam.... nak ker crew best² dah kerja ngan Emirates Airlines kerja ngan SPK bro?
      8 hours ago ·
    • Airny Rahim waahhh... so formal... feels like im talking to Leopold. =P no la, i was merely trying to break the ice! im extremely happy with what im doing now. thanks for the infos tho. =)
      8 hours ago ·
    • Ezam Bin Abdullah Badin crew apa? Cabin crew ker haha jauh lari tajuk tuu

      Ezam Bin Abdullah
      7 hours ago via ·
    • Mohd Fuadre aku copy nk share yer
      4 hours ago ·
    • Zolel Perkasa bro mohon syer bro, gua da nyampah sangat ngan puak2 alif tendang wau jadi sarkas nie...
      3 hours ago ·
    • Oktobey Twozero mohon izin,, copy Capt..!!
      2 hours ago ·
Kawe amat bersetuju dengan kenyataan dibawah ini

"Azizah A. Aziz of course I love my country but I love my job in overseas more:) Kesian tourism minister...penat2 dia promote Msia as holiday & shopping destination but they still go to overseas for holiday & shopping and tat includes POLITICIAN and MEMBERS OF PARLIMENT. tat is TAX PAYERS MONEY!!! Do they ever care about the people????"

Apakah definisi yang tepat bagi Celaka nazri ini untuk dikatakan seorang warganegara setia pada negaranya? Apakah Nazri tidak sedar bahawa rata rata rakyat malaysia yang bekerja di luar negara ini menghantar kembali wang yang mereka perolehi ke dalam negara? ATAU istilah SETIA negara bagi Nazri aialah mengaut sebanyak mungkin kekayaan dalam negara untuk di belanjakan atau membeli aset aset di luar negara seperti yang di diamalkan oleh sebilangan besar pemimpin negara itu ADALAH sesetianya rakyat malaysia pada negara? Biarlah orang gila yang menilai kenyataan Nazri ini kerana  hanya orang yang tak siuman akan berkata si nazri ini siuman.

Satu pertanyaan kawe kepada Si CELAKA ini adalah , adalah Nazri sedar/tahu bahawa terdapat kaum keluarganya yang rapat telah menukar kerakyatan menjadi warganegara Australia? Apakah Nazri sudah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan anak saudaranya ini kerana tidak SETIA pada Negara? ATAU Nazri turut menjadi saksi perkahwinan anak saudaranya dengan seorang gadis jepun yang di jalankan di sebuah gereja di Australia? Kawe bukan berniat untuk menuduh Nazri tergolong dari kelaurga yang tidak SETIA pada negara dan AGAMA TAPI hanya ingin bertanya akan KEBENARAN mengenai SETIA pada negara sahaja. 


Satu lagi pertanyaan kawe kepada Nazri adalah , Apakah Nazri berpendapat negara Malaysia lebih maju dari Filipina? Apakah nazri tahu bahawa negara filipina telah menjalankan satu sistem yang membolehkan rakyatnya mengundi di luar negara ? ATAU Nazri sebagai Menteri yang gagal untuk menyediakan satu sistem untuk rakyat di luar negara menjalankan HAK mereka hanya mengambil jalan mudah untuk menutup kelemahan Kerajaan dengan menyalahkan rakyat yang berada di luar negara?