Wednesday, June 29, 2011

SIAPA YANG AKAN "DIIKAT" DALAM POLITIK "BERSIH"?

                                    SENYUMAN SETELAH CINCIN PERTUNANGAN DIIKAT

BERSIH atau dalam istilah lainnya bermaksud cuci,tidak cemar,tidak kotor atau "'suci"" bagi sesetengah orang.Tetapi BERSIH yang akan berlaku di bulan Julai ini dimaksudkan sebagai kotor,ditafsirkan sebagai cemar oleh sesetengah pihak.Kenapa di Malaysia ini BERSIH boleh ditafsirkan dengan 2 makna yang berbeza ? Tidak kelirukah anak anak kita yang dialam persekolahan?

Apakah dengan rancangan untuk ''MemBERSIHkan'' sistem yang ada di negara malaysia yang akan melibatkan kos kerugian anggaran kasar pendapatan negara dari industri pelancongan sebanyak satu billion ringgit malaysia pada hari tersebut perlu di terjemahkan satu kekotoran.Jika benar kerana kerugian yang digunakan sebagai kayu pengukur maka rakyat malaysia harus akur bahawa sekiranya sesuatu yang kotor seperti rasuah,salahguna kuasa dan perkara yang seangkatan dengannya perlu diterjemahkan sebagai BERSIH jika ianya menguntungkan negara. Jujur dan ikhlas itu rugi maka kotorlah orang yang amanah. Menipu itu untung maka BERSIH lah orang yang pecah amanah.

Siapa yang akan dapat untung dan rugi dalam isu BERSIH ini? Kawe meletakkan TPM sebagai orang paling beruntung. PM orang yang tersepit. Braheng Ali mahu dapat tempat dan KJ mahu hebahkan bahawa taringnya masih ada walaupun bisanya sudah tiada.Rakyat yang ingin melihat KEBERSIHAN negara dijaga dengan baik akan menjadi MANGSA.

Kawe memilih TPM orang yang akan mendapat keuntungan adalah kerana berdasarkan kenyataan beliau baru baru ini bahawa BERSIH ini adalah satu rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan sedia ada melalui jalanraya. Samada dangkal atau tidak benar kenyataan  beliau itu bukan perkara untuk diperhitungkan sekarang tapi keuntungan jangkamasa depan yang beliau tagihkan.Mungkin ramai diluar sana yang akan mengatakan kawe mempunyai niat buruk kepada TPM tetapi adakah anda diluar sana BERANI menegaskan bahawa Muhyidin tidak ada cita cita untuk duduk kerusi PM?Jika tidak berani menegaskan sedemikian maka bacalah apa yang kawe nak mengarut ini hahahaha.Diandaikan BERSIH berjaya dan dalam PRU 13 BiniNajib menerima kesan yang teruk .Maka adakah ahli UMNO masih lagi akan menerima Najib sebagai Presiden mereka ? Bukankah Najib sebagai PM dan Presiden Umno mempunyai kuasa penuh untuk membendung BERSIH pada masa itu.Bukankah secara tidak langsung menampakkan kelemahan Najib sebagai PM untuk menyelesaikan satu masalah demi  perkuatkan parti,manakala dalam senyum Muhyidin boleh berkata beliau sudah memberi amaran yang jelas TAPI kuasa bukan berada ditangan beliau untuk bertindak pada waktu itu. Ini akan menampakkan Muhyidin lebih bijak dari Najib. Adakah ahli UMNO mahu mengekalkan seorang Presiden yang lemah dan tak mampu untuk berfikir akan perkara yang melampaui masa? Kawe tak tahu sebab kawe bukan ahli UMNO..

Manakala jika Najib berkeras dengan kumpulan BERSIH ini pula ,kesan yang buruk juga akan dipikul oleh bahu najib sebagai PM. Slogan ciptaan Najib seperti, Malaysia adalah untuk semua rakyat dan rakyat didahulukan sudah menjadi slogan memakan diri Najib. Semburan air gatal ke tubuh rakyat dengan kuyup maka air BERSIH akan memercik di muka Najib.Jika tindakan Najib ini ditakdirkan dapat menyelamat kerajaan BiniNajib dari tewas dalam PRU 13 ,si Muhyidin masih lagi boleh mendabik dada bahawa amaran awal datang dari beliau bukan dari PM.Kesian Najib bukan sahaja kena ikut kata Rosmah bahkan Muhyidin pun tumpang tui Rosmah dikala seluruh mata rakyat malaysia menumpukan ke muka Najib yang terpaksa memejam mata untuk menolak BERSIH dan  menerima KEKOTORAN demi kuasa.

Apa yang Braheng kejar dalam isu BERSIH ini? Apakah jawatan menteri penuh impian Braheng? Kenapa Braheng sanggup berperang sesama Melayu? Perhatian dari Najib kah matlamat Braheng? Jawapan mudah adalah kerusi Parlimen Pasir Mas bukan lagi kerusi yang selamat untuk Braheng membawa lambang "'katak"" sebagai tiket beliau untuk memasuki perlawanan tiga penjuru.Braheng sudah amat yakin PAS tidak akan mengerahkan lagi penyokong2nya untuk menyokong Braheng di Pasir Mas .Braheng perlu membuktikan kepada najib bahawa kemenangan beliau di Pasir Mas adalah atas dasar kekuatan diri beliau bukan kekuatan PAS. Jaddik mesej yang Braheng nak sampaikan kepada najib adalah berilah laluan kepada beliau di pasir Mas jika BiniNajib mahu menang di Parlimen itu.Untuk itu Braheng tiada pilihan lain lagi selain dari menyokong Najib dan perlu kelihatan lebih dari orang UMNO sendiri sokong Najib.

Bagaimana dengan KJ? Budak hingusan yang mempunyai taring berbisa satu ketika dulu ini telah hilang bisa ditaringnya dikala hingus mengering.KJ kini sudah tersedar hingusnya sudah kering serta bisanya juga sudah hilang. Jaddik kini beliau hanya mencuba nasib untuk mencari bisa baru sementara menunggu saat saat giginya dipatahkan bila masanya  tiba.

Tuesday, June 28, 2011

KEGILAAN SOBERI


Setiap manusia mempunyai kegilaan masing masing dalam mewarnai kehidupan mereka.Begitu jugalah orang politik mempunyai kegilaan mereka yang tersendiri dalam menjalani pahit getir menempuhi dunai politik.Ada orang politik yang kegilaannya membantu rakyat ,ada yang kegilaannya menipu rakyat ,ada yang kegilaannya main anak perempuan rakyat,ada yang kegilaannya berjuang demi membuncitkan perut sendiri,ada yang kegilaannya sanggup berhabis pitis jaris kerana rakyat dan ada yang kegilaannya bermacam macam lagi kegilaan yang di gilai oleh ahli ahli politik ini.

Ada kegilaan ahli politik yang "'MELOMPAT"' parti dan ini satu kegilaan yang hebat bagi kawe kerana tidak ramai ahli politik yang sanggup ''MENGKATAKKAN"' diri mereka dengan tujuan hanya mereka sahaja yang tahu .Apakah definisi yang tepat untuk membolehkan seseorang ahli politik "'mengkatakkan'' diri mereka,kawe ada definisi  kawe yang tersendiri untuk golongan yang suka MELOMPAT parti ini.Dalam definasi kawe jika seseorang yang bertukar dari parti asal kepada parti baru itu bukan melompat tapi HIJRAH. Yang dikatakan melompat adalah apabila sudah HIJRAH dan mahu lagi hijrah buat kali kedua ,ketiga dan seterusnya ,itu kawe sifatkan sebagai MELOMPAT atau MENGKATAKKAN diri dalam kegilaan berpolitik.Jelas??? Kalau ada yang masih kabur sila rujuk kepada Braheng Ali untuk penjelasan..hahaha.

Apakah  kegilaan Soberi yang BERHIJRAH dari UMNO kepada PAS ini?? GILAKAH Soberi yang berada digedung mewah /rumah banglo besar yang serba lengkap UMNO tiba tiba mengambil langkah untuk BERHIJRAH ke pondok buruk PAS yang serba kekurangan? Untuk menyelami rahsia sebenar kenapa Soberi mengambil langkah yang "'memiskinkan'' diri , kawe bersemuka dengan beliau beberapa hari yang lalu. .Pelbagai persoalan yang kawe lontarkan kepada beliau mengenai perihal tersebut.Soberi dengan tenang menjawab segala persoalan kawe dengan tutur kata yang berhalus dan senantiasa membahasakan dirinya ""AMBO"" dalam setiap bicara yang dipertuturkan.Adakalanya kawe berkurang ajar dalam membangkitkan persoalan yang diajukan tetapi sebagai orang lama dalam politik Soberi tetap tenang memberi jawapan dan dapat membezakan soalan soalan provokasi dengan baik  untuk mengelak dari tersasul kata mengikut perasaan marah.

Walaupun terdapat beberapa jawapan dari Soberi yang tidak memuaskan hati kawe tapi kawe tidak mendesak KERANA apa yang kawe mahu adalah jawapan yang IHKLAS dari hati Soberi bukan jawapan yang memuaskan hati kawe.Tidak perlu bagi kawe untuk tulis disini apa yang dipertuturkan oleh Soberi kepada kawe secara detail kerana ianya bukan menjadi tanggungjawab kawe untuk menjelaskan kenapa Soberi HIJRAH kepada PAS dalam mencari wadah perjuangannya untuk ""bersaing"" dan mendengar rintihan denyut nadi rakyat dibawah.Biarlah Soberi menjelaskan dan menerangkan dalam siri ceramah seluruh Kelantan yang dibuatnya sekarang ini.Umno dan pemimpin UMNO bukan lagi harapan tempat bergantung untuk orang Melayu dan rakyat susah itulah antara petikan kata kata Soberi ...Kawe tidak tanya kenapa dan mengapa beliau ungkapkan demikian. Anda diluar sana berhak memikirkan kenapa dan mengapa?

Kenapa Anuar Musa mencantas Soberi dalam UMNO suatu ketika dahulu? Persoalan yang menarik untuk anda diluar sana tahu dan dalami puncanya kenapa? Kawe juga tidak mahu menulis disini TAPI anda diluar boleh buat ukuran batang tubuh untuk mencari jawapan. Anuar Musa kelayakannya adalah menjadi PM malaysia jika ukuran kecerdikan yang beliau dakwa yang beliau miliki.Soberi tiada kecerdikan seperti Anuar Musa untuk auta wang rakyat,Soberi hanya ada "'kegilaan"" besaing dengan rakyat dibawah yang ditipu oleh kecerdikan anuar musa.Soberi hanya ada "'kegilaan"" untuk bersila lendik di "'jemore"" rumah orang orang kampung untuk bertanya khabar sakit demam mereka.Perbezaan yang ketara antara Soberi dan Anuar Musa adalah ...Anuar Musa mempunyai rakyat bawahan untuk ditipu dengan kelebihan kecerdikan yang beliau miliki MANAKALA Soberi pula ada ''ggu ggu"" atau sahabat dengan ore kampung untuk beliau ''besaing'' ggi mari dalam istilah kelatenya.

Dengan dua sifat yang berlainan ini sudah tentulah jalan untuk menuju ke matlamat perjuangan terpaksa melalui jalan yang berbeza.Logiknya Anuar Musa akan sewenang wenangnya akan menipu rakyat dibawahnya dengan tidak perlu ada apa apa belas kasihan kerana yang beliau tipu itu rakyatnya bukan sahabatnya.Soberi pula sudah tentulah tidak sanggup melihat dan berasa kasihan terhadap sahabat2 beliau ditipu oleh pemimpin yang cerdik.Pilihan yang Soberi ada ,adalah samada bersama sama Anuar Musa untuk mencerdikkan diri menipu ggu ggu atau sahabat sahabtnya ATAU memilih untuk bersama ggu ggu atau sahabat beliau untuk melawan  penipuan dan penindasan yang dilakukan oleh Anuar Musa terhadap rakyat. Anda diluar sana berhak menilai pilihan yang Soberi pilih ,samada hendak mencemuh beliau atau menyokong belaiu itu HAK anda ,kawe tak campur dalam urusan itu.

Apa pendekatan yang paling sesuai untuk Soberi mengajak sahabat handainya didalam UMNO untuk berhijrah kepada PAS?? Hahaha...mungkin ramai yang diluar sana mahu tahu apakah kelebihan bagi ahli ahli UMNO untuk menyertai PAS. Dalam satu ceramah baru baru ini di Pasir Mas Soberi menyeru kepada ahli ahli PAS supaya bertandang kerumah rumah orang UMNO ini .Mengikut Soberi gelora didalam hati orang UMNO untuk menolak kerajaan BiniNajib dalam PRU 13 ini mungkin lebih hebat dari gelombang merah Anuar Musa. Tinggal lagi sudah menjaddik perangai azali puak umno ini mempunyai EGO yang tinggi .Mahu diri mereka disembah dan diraikan masih menebal.Sejauh mana kebenaran kenyataan Soberi ini kawe tidak ketahui.



UGUTAN SAMAN

Bahagian belakang tiket 
                                                           Bahagian depan Tiket

salam...i don care who u are but pls kindly remove this video from this youtube ....this video belong to my event..i did sue all the paper and club due to the misunderstanding...pls...don put urself in this trouble tht created by others,,,,tq"'

Tulisan beramaran diatas adalah dari "'makhluk"" asmatissa1 yang dihantar kepada "'makhluk"' Napitis.Makhluk Napitis diberi amaran seperti yang tertera diatas kerana menyiarkan satu video di youtube yang boleh dilayari DISINI sekiranya makhluk Napitis tidak gentar dengan amaran dari makhluk asmatissa1 itu  maka dapatlah melihat rakaman video yang dikatakan HAKMILIK makhluk asmatissa1.

Dalam akhbar  Sinar Harian juga melaporkan satu serbuan di majlis tarian .Jika diterjamahkan dari bahasa penjajah kepada bahasa ore kampung, makhluk asmatissa1 membayangkan telah menyaman surat2 kobar yang menyiarkan berita tersebut termasuklah tuan punya pentas tarian tersebut dan berkemungkinan BESAR pihak penguatkuasa majlis tempatan pun makhluk asmatissa1 mempunyai rancangan untuk saman barangkali.Memang patut untuk makhluk Napitis berasa ketar lutut kerana makhluk asmatissa1 ini bukan calang calang makhluk lagaknya.

Siapa makhluk asmatissa1 dan siapa makhluk Napitis bukanlah menjadi minat kawe untuk tahu akan batang tubuhnya.Hak kawe terujanya adalah kerasionalan makhluk asmatissa1 memberi amaran kepada mahkluk Napitis.Sepatutnya makhluk asmatissa1 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada makhluk Napitis kerana membuat promosi secara percuma terhadap seni dan budaya yang di bawa masuk dari luar negara ke negara kita.Bagi kawe sebagai ore kampung ni adalah suatu perkara yang mustahil untuk membawa penari gelek dari Brazil untuk beraksi di Malaysia lebih lebih lagi di Negeri Kelantan.Apakah sebab musababnya  makhluk asmatissa1 ini melompat seperti seperti hantu raya tak dapat telur mentah kepada makhluk Napitis yang menolong mempromosikan kelebihan/kepakaran makhluk asmatissa1 ini dalam Youtube secara percuma?

Hak dan berhak ,mungkin ada kaitan yang rapat dalam kemarahan makhluk asmatissa1 kepada makhluk Napitis ini. Kawe ambil contoh tiket kapalterbang atau tiket bola yang kita beli. HAK pengeluaran tiket adalah jatuh kepada syarikat penerbangan dan pihak yang menganjur perlawanan bolasepak tersebut.Manakala tiket tersebut telah menjadi BERHAK kepada bakal penumpang dan bakal penonton.Sebelum kapal terbang berlepas atau perlawanan bola bermula HAK dan BERHAK masih dimiliki oleh kedua dua belah TETAPI setelah kapal terbang tersebut sudah selamat sampai ke destinasinya atau perlawanan bola sudah tamat tak kira pasukan mana yang kalah atau menang ""cebisan"" tiket yang disimpan oleh penonton dan penumpang telah menjadi HAK dan BERHAK kepada mereka yang membeli. Jaddik penumpang dan penonton ini bebas untuk menyimpan atau membuang "'cebisan"" tiket tersebut kerana ianya sudah tidak mempunyai nilai lagi kepada syarikat penerbangan atau penganjur bola tersebut. Kepada penumpang dan penonton mungkin bernilai kerana wang mereka telah digunakan  untuk mendapatkan tiket tersebut. Samalah juga kotak rokok yang dikeluarkan oleh B.A.T telah menjadi hak kawe setelah kawe beli rokok dan setelah isinya habis maka kawe sudah jaddik HAK kawe dan kawe BERHAK untuk membuang dalam tong sampai atau digunakan untuk menutup nama apa apa yang nama yang kawe mahu tutup diatas tiket yang tiket lagi menjadi HAK pihak penganjur.

Apa akan terjadi kepada makhluk Napitis jikalau makhluk asmatissa1 mengeluarkan saman seperti apa yang dikata dan atas alasan yang hanya beliau sendiri tahu? Jawapannya kawe tak tahu dan tidak perlu ambik tahu ..hahahaha.

Jika itu benar benar berlaku kawe ingin cadangkan kepada makhluk Napitis supaya mendapatkan khidmat guaman dari kerajaan negeri yang membangun bersama islam dan menjanjikan kebajikan kepada rakyat yang dalam kesusahan.RASIONALNYA cadangan kawe kepada makhluk napitis itu adalah ,kawe andaikan makhluk putar ranggoh asmatissa1 ini marah yang amat terhadap makhluk napitis kerana segala usaha dan rancangannya untuk merosakkan akhlak muslimat muslimat di negeri serambi mekah ini sudah tergugat dan terencat bila makhluk Napitis membongkarkan tarian yang tidak boleh diterima sebagai satu budaya kepada orang melayu dan islam di Malaysia.Kenapa makhluk putar ranggoh asmatissa1 ini memilih negeri Kelantan untuk menganjurkan tarian zaman jahilliah ini? Seribu satu misteri yang perlu diperhalusi oleh pihak MPKB dan kerajaan negeri kelantan .

Kepada makhluk asmatissa1 ,sungai golok tu taklah lebar sangat untuk diseberangi dan orang dipekan golok itu sudah tentu tak segan dan tidak silu untuk menerima tarian jahilliah ini .Risiko tiada ,tiada MPKB yang akan datang ganggu majlis tarian anda,masyarakat tidak peduli ,imej negeri pun tidak tercemar .Kalau berisiko pun mungkin hanya letupan BOM sahaja yang sering berlaku digolok tu TAPI takde masalah jika perkara itu berlaku anggaplah sang pencipta tidak merestui niat buruk anda untuk merosakkan moral ummat.

Sunday, June 26, 2011

""BAPAK GULA'' SANGGUP BERI BIASISWA KEPADA LEPASAN SPM

                                                                MANISNYA GULA

Bila Perdana Menteri Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan mengumumkan tiada lagi bantuan biasisiwa  kepada pelajar pelajar lepasan SPM baru baru ini .Kita sebagai rakyat Malaysia patut rasa bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang amat cekap menrealisasikan pencapaian kepada rakyat Malaysia.Kehebatan PM ini memang tiada tandingnya di dunia kerana beliau hanya perlu menyambung mandat rakyat kepada Pak Lah sahaja dan telah berjaya melahirkan pelajar pelajar lepasan yang amat bijak dan ramai sehinggakan pihak kerajaan tidak lagi mampu untuk membantu lepasan SPM ini kerana semuanya bijak dan pandai dalam pelajaran .TAHNIAH kepada Najib kerana telah berjaya membuktikan Pencapaian Diutamakan bukan sebagai cakap cakap kosong.

Sedang para ibubapa dipanah petir halilintar dari JAGUH rakyat Didahulukan Negara ini ,anak anak disekolah masih tekun mentelaah buku pelajaran supaya pencapaian mereka dalam mata pelajaran nanti tidak mengecewakan PM yang amat mementingkan pencapaian TANPA mereka sedari bahawa pencapaian baik mereka tidak lagi diutamakan oleh PM yang sayang bininya ini.Apa saja alasan yang PM ini beri ianya tetap rasional dan perlu nampak rasional kerana slogan keramat Rakyat Diutamakan menjadikan Najib amat disayangi oleh rakyat terbanyak.Kawe tidak mahu membantah atau mempertikai apa apa alsan dari Najib.Cuma kawe ada cerita  dongeng untuk Najib baca mengenai kisah rakyat yang Najib mahu dahulukan akibat tindakan beliau ini.

Kisah ini akan menjadi benar kepada mereka yang telah melihat kejadian ini dengan mata kepala mereka sendiri dan akan menjadi donggeng kepada yang mempercayai alasan Najib.Kisah ini berlaku sekitar tahun 90-an disalah sebuah intitusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.Seperti amalan biasa bila kemasukan baru pelajar pelajar baru ke universiti maka anak dan ibubapa yang dari kampung akan mengalami sedikit kesulitan kewangan untuk pengurusan kemasukan untuk memulakan pembelajaran.Mungkin ada ibubapa yang sanggup bergolok bergadai untuk memastikan anak anak mereka mendapat ilmu yang sepatutnya standingan dengan kecerdasan otak yang dimiliki oleh anak anak mereka..

Seorang gadis sunti yang sedap mata memandang atau dalam istilah klasik melayu mengenai kecantikan wanitanya selalunya akan melakarkan keayuan seseorang gadis cantik dengan ungkapan, bibirnya bab delima merkah ..pipinya bab pauh dilayang yang bernama Nurmalis (bukan nama sebenar) juga mendaftar diri sebagai pelajar baru diuniversiti tersebut.Tahun pertama pengajian tiada apa apa perubahan yang pelik berlaku kepada gadis tersebut.Gadis desa yang ayu dan anggun ini pandai menyesuaikan diri dengan suasana kota samada dari segi penampilan diri atau pergaulan sesama pelajar yang tinggal diasrama.

Bila masuk tahun kedua Nurmalis tidak dibenarkan lagi tinggal diasrama universiti kerana katil beliau perlu diberikan kepada pelajar baru yang memasuki universiti itu peraturan .Ini bermakna Nurmalis terpaksa mencari rumah sewa diluar.Pada peringkat permulaan Nurmalis terpaksa berkongsi sebuah rumah 3 bilik dengan 10 orang pelajar yang lain .itu perkara biasa yang berlaku kepada pelajar pelajar yang menyewa diluar .Sesiapa yang pernah belajar diuniversiti dan menyewa diluar tentu tahu keadaannya macamana TAPI Najib, kawe yakin beliau tidak tahu kerana dizaman beliau berada di Universiti bapanya adalah seorang Perdana Menteri.

Dua bulan pertama Nurmalis terpaksa menaiki bas untuk ulangalik  ke kuliah setiap hari .Setelah masuk bulan ketiga Nurmalis telah membawa motokar untuk kedewan kuliah .Kehairanan menjelma dibenak teman teman serumah beliau tentang dari mana beliau dapat wang untuk membeli kereta .Pertanyaan diajukan kepada beliau ,dengan selamba Nurmalis mengatakan bahawa bapanya seorang kontraktor di Johor Bharu dan baru mendapat satu projek yang besar dan telah menghadiahkan sebuah kereta sempena harijadinya.Kawan kawan Nurmalis terlopong mendengarnya mungkin percaya atau tidak percaya kawe tidak tahu teteapi itulah hakikat yang mereka dengar jawapannya.

Sebulan kemudian Nurmalis telah berpindah ke rumah   sewa yang baru yang mempunyai 3 bilik jugak tetapi beliau tidak lagi berkongsi dengan 10 orang kawannya yang lain.Untuk tidak merasai kessik tinggal keseorang beliau telah mengajak 2 orang kawan yang lain untuk memenuhi 2 lagi bilik yang kosong .Melihat kemewahan yang kepelikan dan sentiasa tidak pulang kerumah pada hari minggu atau selalu tiada dirumah menimbulkan tanda tanya yang mencurigakan pada teman serumah.Setelah habis gedung alasan diberi kepada rakannya akhirnya Nurmalis menceritakan perkara yang sebenar mengenai dirinya.

Kenapa rakannya ini nurmalis menceritakan perkara duduk yang sebenar bahawa beliau bukannlah berasal dari keluarga yang berada ,bapanya hanya pemandu teksi di Johor Bharu dan beliau merupakan anak sulung dari enam orang adik beradik yang mana adik adik beliau masih bersekolah dan terpaksa ditanggung oleh ibubapanya.Beliau juga mahu capai cita citanya dalam pelajaran tapi dalam masa yang sama tidak mahu pelajaran adik adik beliau terbengkalai kerana cita citanya.Akhirnya Nurmalis menceritakan bahawa segala kemewahan yang beliau perolehi adalah pemberian seorang "'Sugar Daddy"' aiitu seorang ADUN di lembah Klang. Percaya atau tidak itulah cerita sebenar Nurmalis kepada rakan rakannya dan meminta rakan beliau tidak memberitahu/membocorkan rahsia beliau kepada orang lain.

Kesempitan wang dan mengejar cita cita telah menjerumuskan diri Nurmalis kejalan yang hina dengan dipimpin oleh seorang pemimpin masyarakat.Samada Nurmalis berjaya mencapai impian dalam bercita atau berjaya menjadi isteri nombor 2 kepada sugar daddynya kawe tidak tahu ,sehingga hari ini pun kawe tidak tahu apa episod seterusnya dalam hidup Nurmalis.

Semasa awal awal duduk di kerusi PM ,Najib telah melakukan satu perkara yang tak pernah dilakukan oleh PM PM lain sebelum ini .Dengan semangat rakyat didahulukan najib telah mencemarkan kakinya untuk melihat rakyat2 yang hidup di sekitar Chow kit road Kuala Lumpur tak lama dahulu.Prihatin sungguh PM Najib terhadap kehidupan rakyat .Apakah Najib menyelak tirai bilik bilik lampu merah di sekitar chow Kit itu untuk menyelami masalah keperitan hidup rakyat? Mungkin bilik lampu merah di Chow kit amat kotor untuk Najib melangkah masuk .Kawe syorkan Najib menyelak pintu pintu bilik di bukit bintang yang klasnya lebih tinggi sedikit.Eloklah Najib luangkan masa sejam didalam bilik tersebut sambil menghilangkan lenguh lenguh dibadan kerana seharian menguruskan negara. Kesempatan ini bolehlah najib bertanya khabar apa,kenapa,mengapa penghilang lenguh badan najib ini memilih pekerjaan tersebut .Apakah kerana kerja untuk glamour? Untuk keseronakan? untuk berkenal kenalan dgn VVVIp yang mempunyai wang banyak.

Setelah mendapat jawapan dari penghilang lenguh tersebut eloklah Najib renung kembali akan keputusan beliau menghilangkan bantuan biasiswa kepada pelajar2 lepasan SPM. Melaiankan NAjib berhasrat untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang "penghilang lenguh badan"" yang berpendidikan tinggi didunia untuk dieksportkan ke luar negara ?

Friday, June 24, 2011

BELA VIDEO LUCAH JIHAD TERBARU PERKASA


Amat teruja dan teruja teruja teruja bila membaca paparan berita dan gambar sepanduk penunnjuk perasaan di depan mahkamah hari ini yang disiarkan oleh MALAYSIAKINI . Ungkapan kata kata dari sepanduk yang berwarna kuning lemak ketam seperti gambar diatas amat menarik perhatian kawe ."'BERANI KERANA BENAR ...PERKASA MENYOKONG DATUK T''...Apakah penulis sepanduk dan pemegang sepanduk tersebut faham apa yang mereka tulis dan pegang dan adakah mereka mengerti kenapa mereka kena berdiri disitu sambil menjerit jerit?

Apakah Braheng telah mengeluarkan"" FATWA jihad"' yang terbaru kepada ahli ahli PERKASA supaya berjihad menyokong PENAYANG filem lucah ????Apakah logik yang ada diakal Braheng dan ahli ahli PERKASA mengenai ''jihad'' mereka kali ini ,dalam nas mana dan hadis mana yang mengatakan sokongan atau pembelaan perlu diberikan kepada manusia yang mendedahkan AIB manusia lain?

Malas kawe nak menulis panjang perihal Braheng yang pergunakan PERKASA untuk kepentingan politik dirinya ini.CUMA  kawe hanya ingin bertanya adakah PERKASA sekarang ini mahu dilihat sebagai sebuah NGO Melayu yang memperjuangkan nasib nasib orang Melayu yang ditangkap/didakwa oleh undang undang kerana memiliki atau menayang filem filem lucah kepada orang ramai di Malaysia ini.

FARISAINS APA CERITA?


Sudah agak lama kawe tidak bertanya khabar mengenai persatuan yang amat dikasihi oleh penghuni penghuni "'penjara'' intelek dari Pengkalan Chepa ini.Sudah berada dipuncak kegemilangankah persatuan atau masih merangkak mendaki bukit kejayaan.Apakah kejayaan terbaru atau tiada kejayaan langsung pun kawe tidak ketahui kini .Apakah program program yang rancak sedang berlangsung atau dirancangkan untuk berlangsung pun kawe tidak tahu kini.Hanya mohon maaf sahaja kawe mampu pinta kepada persatuan kerana ''ketidakbicaraan'' kawe terhadap persatuan ini TAPI semenjak dari dulu pun kawe tidak peduli pada persatuan JIKA ada penglibatan kawe pun sekadar memberi kritikan kritikan yang tidak membina sahaja.

Hidup atau matinya persatuan ini bukanlah terbeban kepada kawe yang berstatus ahli yang bernilai ''serial'' ini.Seperti yang semua ahli maklum dan fahami bahawa hidup dan mati persatuan ini seluruhnya akan ''dihandaskan'' ke dahi Presiden yang dilantik ,adil memanglah tidak adil  kerana yang sepatutnya semua ahli perlu dipertanggungjawabkan atau dibebankan dengan hidup atau mati persatuan ini .Tetapi perjalanan dalam lumrah persatuan ini agak songsang dari yang sepatutnya kerana hanya Presiden yang diplih untuk menderita..

Pengkhabaran yang bertiup jauh dari Kuala Lumpur yang singgah di serambi mekah ini mengatakan Presiden terkini akan cukup tempoh 'peram'' tidak lama lagi ini bermakna pemilihan Presiden baru untuk menerajui persatuan perlu dilakukan dan keseluruh AJK perlu dipilih dan rombak untuk mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh perlembagaan persatuan.Samada sebelum puasa atau selepas hariraya tarikhnya tidaklah kawe ketahui .Samada presiden sedia ada mahu mempertahankan jawatannya atau tidak hanya batang tubuh dia sahaja yang tahu.Siapa yang terpilih dan siapa yang dipilih tetap kawe sokong sebagai ahli bernilai serial.

Mungkin juga kali ini tiada pemilihan yang akan berlaku jika Presiden terkini mahu mengekalkan jawatannya yang mungkin direstui oleh ahlinya ATAU mungkin juga penyerahan kuasa dari Presiden kepada Timbalannya dalam semangat kekeluargaan juga akan berlaku ,sesungguhnya kemungkinn kemungkinan sahaja yang kawe mampu jangkakan.Mungkin presiden sekarang mempunyai alasannya tersendiri untuk terus memimpin Persatuan ini ATAU mungkin Timbalannya mempunyai hujah hujah yang baik untuk mendesak Presiden menyerahkan jawatan Presiden dalam keadaan harmoni..SEMUAnya TAK pasti bagi kawe.

Mesyuarat agung tahunan pada kebiasaannya akan dilangsungkan di Kuala lumpur yang mana pada kebiasaannya peratusan ahli ahli yang hadir hanya ahli yang hadir sahaja tahu akan jumlah sambutan kehadirannya.Apakah ada rancangan kali ini mesyuarat ini akan diadakan di Kota Bharu atau diluar Kuala Lumpur ? Hanya barisan AJK pentadbiran yang tahu ,tetapi secara peribadi kawe rasa kali ini patut diadakan di SEKOLAH untuk membangkitkan kembali semnangat nostalgia dikalangan ahli ahli .Apa pun itu hanya sekadar dari ahli yang bernilai serial sahaja yang selalu memerhati dari jauh .

Ada juga desas desus yang membinyit ditelinga seperti suara nyamuk mengatakan bahawa terdapat satu kumpulan akan melonjakkan salah seorang dikalangan mereka untuk dilantik sebagai Presiden baru dan akan mentadbir persatuan kali ini dari Kota Bharu bukan lagi di Kuala Lumpur.Sejauhmana benarnya nyanyian nyamuk ini tidaklah dapat kawe pastikan.Apa pun kawe sebagai ahli yang bernilai serial ini amat amat ingin melihat persatuan ini menempa kejayaan dan berada dalam kesejahteraan sepanjang masa dalam mendaki tangga tangga kejayaan.

Saturday, June 18, 2011

TARIAN GELEK MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DI KOTA BHARU

Video yang akan anda saksi dibawah adalah satu kebudayaan yang tidak ada malaysia apatah lagi di negeri kelate,mungkin ada yang terkejut atau terpesona dengan kebudayaan yang amat masyhur ditanah arab ini.Samada anda boleh terima atau tidak boleh terima persembahan ini namun ianya tetap satu kebudayaan yang tidak dijwai oleh orang orang Melayu.

Rakaman video tarian gelek ini diambil dari sebuah Parti Kelab Persendirian di Kota Bharu malam tadi yang mana kesemua penonton yang hadir lebih kurang 300 orang yang semuanya  terdiri daripada kaum perempuan pelbagai bangsa.Penari kebudyaan ini diterbangkan khas dari timur tengah untuk membuat persembahan .

Samada anda hendak mengkritik tarian  kebudayaan ini itu HAK anda...Jikalau anda berhasrat untuk menuding jari telunjuk anda kepada pihak pihak tertentu kerana persembahan kebudayaan ini diadakan di Kota Bharu ..itu pilihan anda...

Kawe mengengahkan video ini bertujuan untuk memberitahu kepada pihak pihak tertentu bahawa wanita Kelate kini tidak lah kolot sangat dalam menghayati budaya pusat dan punggung ...hahahahha.

SELAMAT MENONTON ..PUJILAH SEKIRANYA SUKA TAPI DIKEJI JANGAN KERANA MENONTON ITU PUN BUKANLAH SIFAT TERPUJI...




PENGALAMAN DI WAD ICU KOTA BHARU

Mayat menunggu pemandu Van Jenazah "BANGKIT' dari tidur.

Pengalaman adalah satu pengajaran yang tidak akan diperolehi dikelas kelas pembelajaran untuk dipelajari tetapi perlu ditempuhi untuk mendapat pengajaran dari pengalaman tersebut..Pengalaman juga boleh dikongsi secara diceritakan tapi bukan untuk dirasai cuma boleh dijadikan sempadan bila menghadapi teladan.Kali ini kawe ingin berkongsi pengalaman kawe mengahadapi satu suasana yang berlaku di hospital tanpa bersedia dan pengetahuan yang jelas mengenai proses prosesnya.

Minggu lepas setibanya kawe dirumah lebih kurang pukul 10 malam diatas satu urusan diluar rumah sepanjang hari ,belum pun sempat isteri kawe menghidang minuman telefon kawe berdering . Berita yang kawe terima adalah sepupu kawe yang mendapat rawatan dihospital beberapa hari yang lalu disebabkan penyakit yang dialaminya kini telah dimasukkan ke wad ICU.Tanpa membuang masa kawe terus menuju ke hospital untuk melihat sendiri keadaan beliau .Setelah tiba dihospital dan bercakap sepatah dua dengan keluarga terdekat sebelum menuju ke WAD ICU untuk melihat keadaan beliau yang tidak sedarkan diri.Perlu dituliskan disini bahawa kawe tidak mengikat rambut kawe yang panjang itu dengan kemas semasa kawe membuka pintu WAD ICU ini . Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana seorang lelaki yang berambut sepanjang rambut kawe akan keadaannya bila tidak diikat atau disisir dengan rapi ..Bayanglah macam mana pun untuk menghiasi wajah imaginasi anda.Kenapa kawe simpan rambut panjang? Simpan soalan itu tak penting untuk anda tahu ..hahahha

Setelah beberapa minit memerhati keadaan si sakit kawe bertanya kepada seorang "'misi"' yang bertugas di wad tersebut.Seorang perempuan muda ini menjawab semua soalan yang kawe ajukan dengan baik dan kawe amat berpuashati penjelasan yang beliau berikan . Maka fahamlah kawe serba sedikit tentang keadaan si sakit tersebut,walaubagaimanapun "'misi"tersebut menyarankan kepada kawe supaya bercakap dengan doktor sendiri untuk mendapatkan keterangan yang lebih jelas.Kawe bersetuju dengan saranan "'misi'' tersebut dan minta tolong beliau tunjukkan kepada kawe mana satu doktor yang berkenaan.Sebentar kemudian ""misi"" yang peramah itu memaklumkan kepada kawe bahawa doktor berkenaan tiada di dalam wad ketika ini dan bertanya kepada kawe samada nak bercakap melalui telefon ker tak dengan doktor berkenaan ,kawe setuju untuk bercakap menerusi telefon dan beliau berjanji akan memanggil kawe bila panggilan telefon yang menggunakan telefon didalam wad tersebut berjaya menghubungi doktor berkenaan.

Sementara menunggu panggilan semuala dari ''misi'' tersebut kawe kembali semula ke katil si sakit dan memberi "'hadiah"' dengan sekadar yang kawe mampu..Tidak lama kemudian datang seorang wanita muda menghampiri kawe ,dan sebelum beliau sempat membuka mulut kawe terus bertanya adakah dia doktor yang merawat si sakit dengan menyebut nama penuh beliau ,doktor berkenaan hanya mengganguk kepala . Kawe memperkenalkan diri kawe dan memaklumkan kepada beliau bahawa kawe adalah sepupu kepada si sakit.Dan kawe juga dengan bahasa orang kampung telah bertanya kepada doktor berkenaan mengenai keadaan sebenar si sakit. Beliau hanya menjawab segala penerangan telah diberikan kepada isteri si sakit dan meminta kawe rujuk kepada isteri si sakit untuk keterangan lanjut.Kawe tidak berpuashati dengan cara doktor tersebut menjawab soalan dan terus mendesak untuk beliau menceritakan keadaan sebenar si sakit kepada kawe.(Harus dilihat kawe sebagai orang kampung yang ingin maklumat mengenai penyakit si sakit dari seorang doktor yang merawat si sakit) Bila orang kampung bercakap dengan doktor sudah tentulah adab dan beradab dimiliki oleh orang kampung dan segala kecerdikan dan pengetahuan adalah milik doktor.Mungkin kerana tidak selesa dengan kawe terus mendesak untuk tahu doktor berkenaan mula memberi penerangan dalam keterpaksaan dan kawe mendengar dengan penuh perhatian penjelasan sehinggalah sampai kepada satu perkara yang mana penjelasan dari doktor berkenaan pada fikiran kawe ianya perkara yang boleh mengguris hati keluarga si sakit.Kali ini kesabaran orang kampung yang ada didalam diri kawe sudah sukar untuk dikawal.

Untuk menyatakan kepada doktor berkenaan bahawa kawe bukanlah orang kampung yang boleh dianggap sebagai kutu yang sepak kertas di tepi jalan oleh beliau  ,kawe telah menggunakan bahasa "'penjajah"' untuk menyatakan ketidakpuasan hati kawe mengenai penjelasan beliau mengenai ''perkara'' tersebut tapi masih lagi kawe memilih ayat ''penjajah'' yang penuh hemah.Bila bahasa ''penjajah'' disuap ke telinga doktor berkenaan barulah mulut beliau kelihatan manis bila berbicara dengan kawe.Mulut manis kerana bahasa ''penjajah'' adalah amat masam dihati kawe namun demikian ucapan terimakasih dalam bahasa ''penjajah'' tetap kawe suapkan ke telinga beliau untuk mengenyangkan halwa pendengaran beliau tanda penghargaan dari kawe sebelum kawe sudahi dengan salam untuk menyatakan bahawa kawe ,dia dan si sakit sama sama mampu bawa sehelai kain putih kosong sahaja untuk penghakhiran hayat didunia ini.

Setelah selesai berbicara dengan doktor berkenaan dan kawe sudah tahu keadaan sebenar maka kawe keluar dari wad tersebut untuk berbincang dengan keluarga si sakit untuk langkah selanjutnya.Oleh kerana tiada apa apa lagi rawatan yang mampu dibuat oleh pihak hospital terhadap sisakit atau dalam bahasa kasarnya hanya menunggu saat kematian sahaja (itu ukuran diatas kertas pengajian perubatan) bukan lagi kata pemutus yang mungkin dilakukan oleh tuan punya ROH.Walaupun pada hati kawe biarlah segalanya berakhir di hospital jikalau itulah kehendakNYA namun perasaan keluarga sisakit kawe hormati yang mahu jika ajal itu satu TAKDIR si sakit biarlah dirumah. Sekali lagi kawe masuk ke dalam wad berkenaan dan kali ini untuk mendapatkan maklumat bagaimana caranya jika mahu bawa keluar dari hospital untuk dibawa pulang kerumah .Sekali lagi ''misi'' yang peramah itu kawe kunjungi dan beliau menerangkan proses prosesnya kepada kawe dengan jelas.Jam ketika itu menunjukkan pukul 12.30 am dan dalam jangkaan kawe untuk memenuhi semua proses proses tersebut bermakna hampir subuh barulah si sakit dapat dikeluarkan dari wad tersebut.Jaddik kawe mennyarakan kepada keluarga si sakit supaya permohonan dibuat sekarang dan pagi esok selepas subuh atau setelah adanya ambulan barulah keluarkan si sakit dari wad.

Setelah semuanya bersetuju dan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi maka kawe diri untuk pulang kerumah dan berjanji akan datang semula pagi besok untuk pengurusan membawa balik si sakit ke rumah.Setelah tiba di rumah dan membersihkan apa yang patut pada diri sebelum melenakan diri dengan nyaman.Setelah fikiran kawe bersedia untuk memasuki alam mimpi terdengar sayup sayup deringan telefon kawe di kepala tidur .Setelah memeriksa nombor si panggil dalam hati kawe berdetik bahawa ucapan INNALILLAH perlu diucapkan .Tekaan kawe tepat bila sipemanggil memberitau kawe bahawa si sakit telah menghembuskan nafas terakhir beberapa saat yang lalu.Tanpa membuang masa kawe telah mempersiapkan diri untuk bergegas semula ke hospital dan jam pada waktu itu menunjukkan pukul 2 pagi.

Setibanya di hospital dan suasana mata merah dan berair adalah satu perkara yang dijangka dikalangan keluarga terdekat adalah lumrah bila kehilangan seseorang yang disayangi .Kawe tidak membuang masa untuk memujuk perasaan itu kerana kerana kesedihan perlu diluah bila bersedih tetapi keterbatasannya perlu dijaga.Sekali lagi kawe masuk ke wad ICU untuk berjumpa dengan doktor bertugas untuk bertanya proses proses yang perlu dilalui bila berlaku kematian didalam wad.Kali ini seorang doktor lelaki muda yang mempunyai wajah iras keturunan tionghua . Berdasarkan pengalaman kawe pertama dengan doktor perempuan tadi kawe memulakan pertanyaan kawe dalam bahasa ''penjajah'' yang disambut dengan jawapan dalam loghat kelantan 'pelek'' dari doktor muda ini.Mungkin doktor muda tersebut sedar bahawa bahasa 'penjajah'' beliau lebih baik dari kawe dan loghat kelate adalah bahasa komunikasi yang sesuai dengan kawe sebagai orang kampung. Sebagai ore kampung kawe berasa amat selesa dengan cara doktor ini melayan kawe sebagai ore kampung yang memerlukan pertolongan didalam perkara yang kawe tidak tahu.Setelah segala penjelasan diberikan kepada kawe akan proses dan peraturannya ,kawe kemukakan soalan terakhir kawe iaitu dimanakah mayat simati boleh dituntut oleh keluarga simati samada didalam wad atau di rumah mayat?. Jawapan dari doktor tersebut adalah peraturan memerlukan mayat melalui rumah mayat untuk proses terakhir walaupun kematian didalam wad yang dituntut segera oleh tidak memerlukan kendalian dari rumah mayat.

Apa yang dijelaskan oleh doktor berkenaan kawe sampaikan kepada keluarga simati dan jika ada yang ingin mengiringi mayat dari hospital ke rumah boleh lah menunggu di rumah mayat .ITU ADALAH KEFAHAMAN DARI PENJELASAN DOKTOR WAD ICU. Manakala apa yang berlaku didalam wad pula sementara menunggu mayat di bersihkan dan 'dibungkus' dengan elok sebelum dibawa kerumah untuk dimandikan dan dikafankan sebelum ditanam .Persoalan atas kertas juga perlu diselesaikan dengan pihak hospital yang melibatkan bahagian lain yang tidak terletak didalam wad icu tersebut.Pembayaran untuk tambang jenazah van mayat perlu di jelaskan terlebih walaupun segala urusan makluman kepada unit penghantaran mayat dan rumah mayat dilakukan oleh kakitangan dalam wad icu tersebut.Semasa menemani adik kepada simati untuk menyelesaikan urusan kertas di tingkat bawah .Setelah selesai urusan dengan seorang pegawai yang bertugas kawe sekali lagi bertanya tentang tempat untuk menuntut mayat simati samada terus dari dalam wad atau di rumah mayat. Jawab pegawai ini dengan bertanya kepada kawe samada mayat tersebut hendak dimandikan di hospital atau dirumah ? Kawe jawab dirumah ...Maka jawab pegawai tersebut sekiranya mayat tidak dimandikan di hospital BIASA nya tidak perlu lagi untuk dihantar/melalui bilik mayat untuk proses tuntutan mayat MAKNA para petugas dari bilik mayat akan membawa turun mayat dari wad  untuk dimasukkan ke dalam van jenazah dan terus akan dihantar kerumah keluarga simati. Akibat dari PERTANYAAN kawe kali yang kedua ini maka satu KEKELIRUAN telah timbul iaitu tempat menunggu ahli keluarga yang ingin mengiringi mayat ini samada perlu tunggu di rumah mayat atau ditempat mayat dinaiki kedalam van jenazah.

Kawe membiarkan kekeliruan itu hanya bercelaru dibenak pemikiran kawe sahaja dan kawe tidak memaklumkan ahli keluarga yang lain ,ini bermakna kawe membiarkan mereka menunggu di rumah mayat sepertimana yang diterangkan oleh doktor dalam wad tadi.Kawe juga telah menyuruh adik kepada simati naik semula ke wad untuk melihat samada persiapan mayat dari pihak wad sudah selesai ke belum.Untuk menenangkan celaru yang bermain kotak pemikiran kawe itu maka satu sudut kawe cari untuk menyedut asap beracun masuk kedalam dada kawe . Benar tiada tempat yang dibenarkan untuk merokok di dalam kawasan hospital TAPI ore kampung seperti kawe sukar untuk mematuhi hanya arahan yang tertulis di papan tanda .Tabiat merokok itu buruk dan tidak mematuhi arahan juga satu sifat yang tidak baik jaddik pembaca diluar sana jangan ikut tabiat kawe bila berada dikawasan hospital.Setelah sedutan terakhir kawe nikmati telefon kawe berdering dan bila dijawab adik kepada simati memberitahu kawe bahawa mayat sudah sedia untuk dinaikkan kedalam van jenazah MASALAH nya drebar van jenazah belum sampai manakala mayat sudah berada ditanah menunggu ketibaan drebar van.Kawe hanya jawab OK ..nanti kawe cari driver van dan memutuskan talian telefon.Masalah kawe adalah DIMANA kawe nak cari driver van? Kawe berjalan menuju ke KECEMASAN hospital Kota Bharu untuk bertanya perihal ini.

Kawe bertanya dimana untuk kawe jumpa driver van mayat? Jawab pegawai berkenaan kematian berlaku di wad mana? kawe beritahu di wad icu dan beliau memberitahu kawe bahawa kakitangan dalam wad akan menguruskan driver dan van jenazah . Kawe kata masalah sekarang adalah mayat sudah berada dibawah tapi driver van belum muncul .Mendengar penjelasan kawe tersebut pegawai berkenaan meminta kawe pergi tengok ditempat driver van mayat ditempatkan yang tidak jauh dari unit KECEMASAN hospital kota bharu .Tanpa membuang masa kawe terus menuju ke tempat yang diberitahu . Sampai sahaja dimuka pintu bilik driver van mayat ditempatkan kawe dapati dibahagian dalamnya gelap tanpa ada lampu yang dipasang hanya lampu dipintu sahaja yang dipasang.Tanpa banyak soal kawe terus membuka pintu bilik berkenaan dan kawe dapati terdapat 6 tubuh manusia sedang nyenyak tidur. Mungkin kerana mereka hanya tidur tidur ayam maka salah seorang daripada mereka terjaga bila kawe mengetuk pintu dari dalam bilik.

Kawe terus bagi tahu bahawa mayat sudah siap ..Dalam keadaan terpinga pinga beliau terus menjawab ..ya dia sudah tahu dan ada driver sudah pergi ...Kawe menambah lagi dengan bertanya mayat sudah berada dibawah tapi driver belum tiba...Beliau terdiam dan mula mengejut kawan beliau dan kawe terus meninggalkan bilik tersebut untuk menuju ketempat mayat yang sedang menunggu driver van BANGKIT dari tidur.Sampai ditempat mayat terdapat beberapa ahli keluarga simati yang menemani mayat dan 2 orang petugas dari hospital juga berada disitu. kawe hampiri petugas tersebut dan bertanya apa yang ditunggu lagi dan kenapa tak masukkan mayat kedalam van? Dengan perasaan serba salah seorang daripada petugas tersebut mendekati kawe dan dalam keadaan berbisik memberitahu tahu kawe bahawa driver van belum tiba dan beliau juga menambah "'biasalah bang malam malam ni"' kawe hanya mampu tersenyum sinis mendengar jawapan tersebut .Dalam keadaan demikian kawe menambah lagi untuk membuat keadaan petugas berkenaan rasa lebih serba salah dengan bertanya samada ada pihak yang telah memaklumkan kepada driver van dan pihak mana yang sepatutnya memberi maklum? Pantas petugas tersebut  menjawab bahawa driver van sudah diberitahu dan dalam masa yang sama juga telah meminta temannya untuk pergi melihat/mencari driver van tersebut. Kawe hanya berdiam diri sehinggalah 15 minit kemudian driver van tiba.

Setelah selesai mayat dinaikkan kedalam van mayat petugas tersebut memaklumkan bahawa salah seorang keluarga simati perlu pergi ke rumah mayat kerana sekali lagi urusan kertas perlu diselesaikan ,kawe menjawab bahawa ada keluarga simati menunggu disana dan kawe juga akan kesana.Setibanya di rumah mayat sementara menunggu urusan kertas diselesaikan kawe berbual bual dengan driver van . soalan mudah kawe adalah berapa jumlah van standby setiap malam ? Beliau menjawab 3 buah van. Kawe kata bermakna 6 orang driver akan bertugas setiap malam ..beliau mengangguk setuju. Kawe tanya lagi malam ini dah berapa kematian ..beliau menjawab ini adalah orang yang kedua pada malam ini ....

Sunday, June 5, 2011

KELANTAN TEWAS SEBELUM SEPAK MULA?


Kali ni kawe toksir menulis secara panjang dan lebar tetapi memilih untuk menulis terus dan tepat pada sasaran.Pasukan Bolasepak Kelantan telah "DIATURKAN" untuk tewas kepada Pasukan Terengganu di perlawanan akhir nanti di bukit Jalil.Jangan percaya apa yang kawe tulis ini jika ANDA yakin dengan penafian yang dibuat oleh Anuar Musa.

Kawe juga menyeru semua orang percaya  dan berharap apa yang di beritahu oleh Anuar Musa itu benar.Mungkin Anuar Musa jujur dan apa yang beliau tidak tahu adalah para pemainnya mudah dibeli untuk menjual permainan mereka.Kawe tidak menuduh pemain pemain bolasepak kelantan pada waktu ini tidak jujur tetapi ada sejarah lampau mencatatkan sememangnya ada pemain terdahulu menjual perlawanan.

Beberapa minggu yang lalu kawe telah diajak oleh beberapa sahabat untuk sama sama naik ke stadium bukit jalil untuk menonton perlawanan akhir ini. Ajakan yang bersemangat dari rakan rakan ini merujakan kawe kerana mereka bagitau kawe bahawa mereka tidak pernah ketinggalan untuk menyokong pasukan kelantan ini bila bertandang ke stadium bulkit jalil pada setiap perlawanan akhir.Itulah SEMANGAT ore Kelate kepada pasukan bola mereka ...



Friday, June 3, 2011

HENTAM UMNO SYARAT UNTUK KEKAL SEBAGAI PRESIDEN??

                                           APA YANG PRESIDEN PAS 'KAILKAN'?

"Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam dan tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," katanya.


Diatas adalah petikan ucapan dasar Presiden PAS  dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini.Kawe amat bersetuju dengan ucapan oleh Presiden PAS ini tiada yang tidak setuju melainkan setuju belaka .Cuma minda kawe tertanya tanya apakah ucapan ini lahir dari hati seorang Presiden PAS atau satu yang "ditulis" untuk dibaca oleh Presiden jika mahu kekal berjawatan Presiden PAS?


Kawe bukan tidak setuju TGHA kekal sebagai Presiden PAS kerana ilmu agama yang dimilikinya malah bagi kawe TGHA adalah salah seorang manusia yang kawe hormati kerana memiliki ilmu agama yang tinggi.Kawe tidak setuju dengan TGHA sebagai Presiden PAS adalah kerana beliau pada pendapat kawe sebagai seorang Presiden yang tidak mempunyai wawasan masa depan untuk menrealisasikan sebagai PAS sebuah parti yang mendapat sokongan orang Melayu terbesar di Malaysia. TGHA lemah dan kurang tajam pemerhatiannya dalam menyelami kehendak sebenar ahli ahli PAS. Kawe berkata demikian kerana beliau telah beberapa kali dikaitkan dengan isu PERPADUANG Umno dan Pas.


Kawe bukan anti kepada perpaduan/kerjasama/penyatuan orang melayu TETAPI kawe anti kepada PERPADUANG parti politik .Kawe akan lebih hormati TGHA dalam politiknya jikalau beliau mengajak Timbalannya serta penyokong penyokong keluar dari PAS untuk menyertai UMNO untuk PERPADUANG pangkat dan jawatan dalam kerajaan MELAYU daripada mewujudkan satu puak yang setuju dan satu puak yang tidak setuju kepada PERPADUANG parti politik ini dalam parti PAS.


Pendirian kawe mengenai PERPADUANG ini jelas dan mudah iaitu jika ditakdikan berlaku maka satu "MALAPETAKA" kepada umat Melayu di seluruh Malaysia.Pada kawe amat jelas sekali PERPADUANG yang dicanang dan dilunakkan ini bukan bertujuan untuk membela nasib dan HAK orang melayu supaya terbela TETAPI lebih terarah kepada PERPADUANG untuk merebut dan membahagi kuasa untuk merompak HAK orang Melayu.Contoh contoh jelas seperti yang terbongkar selama ini adalah hasil rundingan mengenai PERPADUANG ini lebih terjurus kepada jawatan jawatan tertentu yang akan diserahkan kepada orang orang tertentu sekiranya PERPADUANG itu menjadi kenyataan .Apa yang orang Melayu dapat? Samada pihak diluar sana hendak bersetuju atau tidak setuju dengan pandangan "daun kering" kawe ini bukanlah perkara yang kawe hendak tahu .


Apa yang kawe hendak tahu adalah apakah dengan PERPADUANG parti politik ini akan membawa kepada HAK Melayu itu dikembalikan? Contoh mudah adalah HAK ROYALTI minyak Kelantan,apakah geng PERPADUANG meletakkan syarat ini pada UMNO? Apakah juga diletakkan syarat oleh Geng PERPADUANG ini supaya mana mana negeri yang majoritinya melayu perlu diberi perhatian nombor satu dalam arus pembangunan negara seperti dijaminkan pelaburan pelaburan asing yang besar dari luar ?Dengan jaminan dari Kerajaan PERPADUANG ini maka secara tidak langsung negeri negeri yang majoritinya melayu ini akan mendapat pembangunan yang pesat dari segi infrastrukturnya untuk menarik minat pelabur asing yang sudah tentu akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada orang orang melayu dalam negeri tersebut.Apakah pernah dalam rundingan PERPADUANG ini disuarakan supaya pusat pusat pengajian tinggi yang baru perlu dibina didalam negeri yang majoritinya melayu atau mengambil kira majoriti pelajar yang berasal dari negeri melayu mana yang paling ramai berada di unirversiti?


Apakah 2 atau 3 perkara diatas pernah dibincangkan dalam perundingan GELAP TGHA dan Geng PERPADUANG ? Jika ada kenapa tidak dihebahkan dan berkenaan pembahagian jawatan sahaja yang di war warkan? Ooohh ..Mungkin tidak boleh dihebohkan kerana itu strategi politik melayu ATAU kerana hendak menjaga hati komponen komponen parti lain yang ada dalam pakatan masing masing?


Apakah strategi politik melayu yang ada didalam kedua kedua parti politik melayu ini? Yang jelas dan nyata bagi kawe adalah kedua dua parti ini ingin membela agama islam dan orang melayu .APAKAH agenda yang yang dibawa oleh kedua dua parti ini masih belum cukup untuk memberi kesejahteraan/perpaduan kepada orang Melayu sehinggakan kedua dua parti perlu bergabung? APAKAH Bangsa Melayu melayu terlalu HINA tidak boleh BERSATU kerana BANGSA mereka? APAKAH benar dalam tilikan seorang ulamak seperti TGHA bahawa hanya parti politik yang berbeza idealogi BERDAMAI sahaja yang akan membawa BANGSA Melayu di bumi malaysia ini bersatu padu?


Apakah orang Melayu di Malaysia begitu BODOH dan DUNGGU sekali sehingga tidak boleh berfikir bahawa PERBEZAAN pendapat adalah satu hasil yang terbaik untuk mencapai HASRAT yang lebih baik kepada pembelaan terhadap orang Melayu jika kedua dua belah pihak IKHLAS untuk BELA bangsa melayu?