Tuesday, September 27, 2011

HUDUD KELANTAN DAN HUDUD PUSAT ATAU HUDUD ALLAH??

APAKAH HUDUD SATU PENYELESAIAN POLITIK DI MALAYSIA?

Keriuhan manusia di bumi Malaysia mulai reda membicarakan soal hudud.Pemimpin pemimpin besar negara pun sudah menyatakan pendirian mereka mengenai hudud ini .Terlalu ramai rakyat Malaysia yang beragama islam rasa kecewa dengan pemimpin pemimpin ISLAM yang menguasai tampuk pemerintahan negara.bila Perdana Menteri Malaysia dengan tegas menyatakan hukum hudud tidak akan ditegakkan di bumi Malaysia.

Keputusan Kerajaan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan dari seluruh masyarakat Islam di malaysia. Ada yang bersetuju dengan pihak Kerajaan bersetuju dengan keputusan pihak kerajaan itu tanpa sebab tetapi golongan terlalu kecil.Golongan yang bersetuju bersebab juga ramai TETAPI yang paling ramai adalah golongan yang tidak setuju kerana pihak kerajaan tidak berusaha kearah itu.

Kawe tidak mahu meletakkan isu ini terlau luas ruang yang mahu dibicarakan kerana yang ingin kawe fokuskan hanya di kelantan sahaja kerana pencetusnya adalah TGNA yang berasal dari Kelantan.17 september 2011 adalah hari hudud yang disambut oleh Kerajaan dan Rakyat Kelanatan setiap tahun .Sambutannya tidak meriah ,tiada jamuan besar besaran diadakan ,tiada bedilan bedilan mercun yang dibakar.Sambutannya hanya dengan mengadakan seminar sehari suntuk untuk membincang ,mengulas,mengupas,mengkaji dan segala macam ''meng'' yang berkaitan dengan hudud oleh pakar pakar dari dalam dan luar negara.Setiap kali tamatnya seminar TGNA dikerumuni oleh wartawan untuk bertanyakan pendiriannya mengenai hudud. Jawapan TGNA dari dulu sehingga hari ini adalah sama iaitu hukum hudud mesti di tegakkan di bumi malaysia.

Jawapan TGNA tahun ini berbeza dimana sambil menegaskan pendiriannya mengenai hudud beliau juga turut ''menjemput'' Tun M untuk bercakap dan mempromosikan hudud.di seluruh negara . Seperti dalam posting yang lalu kawe katakan Tun M hanya mencari jalan dan ruang untuk kenakan Najib dengan apa cara sekalipun kerana benci pada Rosmah.Bila satu malaysia di gegarkan oleh Tun M ,TGNA  kejutkan Karpal Singh pula untuk sama sama memasuki arena keriuhan.Bila keriuhan berlaku diseluruh negara maka rakyat menjadi hingar dan bingar. Bila rakyat sedang membicarakan sesuatu dengan hangat pihak kerajaan sudah tentulah bertanggungjawab untuk meredakan isu ini dengan pantas.

Seperti yang kita maklum di negara kita ini pihak kerajaan tidak mampu membuat keputusan segera sebelum kenyataan kenyataan dari kepala parti politik .Setelah semuanya selesai memberi kenyataan maka ketua kepada segala ketua perlu membuat rumusan sebagai kata putus .Maka keputusan diputuskan seperti yang kita semua maklum. Maka selesailah berkenaan keputusan dipihak kerajaan yang tidak selesai adalah keputusan disebelah pihak yang dikatakan akan menjadi pengganti kepada kerajaan sedia ada.

Seperti yang kita semua maklum untuk memberi kebaikan kepada kerajaan maka pihak kerajaan perlu mewarnakan wajah pihak pembangkang dengan warna yang mereka anggap boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada pihak pembangkang.Maka pita dari piring hitam lapuk dimainkan kembali iaitu pihak pembangkang khususnya PAS dikatakan menggunakan islam (hudud) demi kepentingan meraih undi mereka.Pelbagai cara dimainkan oleh media media kerajaan untuk meberi gambaran ini kepada rakyat dibawah ..Berkesan atau berjaya usaha ini hanya mereka yang terlibat sahaja tahu setara mana keberkesanannya ..kawe tidak tahu ..Tapi kawe yakin pihak kerajaan menganggap mereka telah berjaya dan mungkin dalam PRU 13 nanti BN akan menang besar ..SYABAS.

Bagaimana pula dipihak pembangkang khususnya PAS? Kenapa mereka biarkan diri mereka diserang,dituduh dengan tuduhan pergunakan islam demi politik mereka.? Kenapa mereka sengaja cetuskan isu ini? Kenapa mereka bertindak lambat untuk tutupkan isu? Kenapa mereka membiarkan ahli ahli mereka diserang begitu hebat sekali oleh pihak lawan tanpa membekalkan input input yang sepatutnya untuk mempertahankan parti mereka? Hanya kenapa dan kenapa sahaja yang mampu kawe lontarkan ...

Untuk mencari jawapan kenapa dan kenapa ini kawe rasa yang paling sesuai untuk mencari jawapan ini adalah dengan ''membelah otak'' TGNA adalah paling baik.Jikalau ramai manusia diluar sana masih tidak lupa satu kenyataan TGNA yang mendapat kritikan dan cemuhan hebat dari pihak lawan adalah melalui kenyataannya bahawa Kerajaan Kelantan tidak bina Masjid untuk rakyat TETAPI kerajaan kelantan akan bantu rakyatnya yang mahu bina Masjid. Kenyataan ini menjadi kemarahan daripada golongan ''pembina'' masjid mungkin kerana peluang untuk mereka mendapat projek bina masjid di kelantan tiada TETAPI tidak menjadi masalah kepada golongan yang suka pergi ke masjid.Begitu jugalah soal HUDUD yang riuh rendah ini.

Soalan soalan seperti kenapa lebih 20 tahun Kelantan diperintah PAS hudud tidak dilaksanakan? Adakah PAS hanya guna hudud untuk kepentingan politik sahaja bukan ikhlas untuk tegakkan hudud itu?Sudah berpuluh puluh tahun soalan soalan ini diajukan oleh pihak pihak tertentu tehadap PAS bila isu hudud disesansikan.Jawapan yang selalu diberikan oleh pihak PAS adalah dengan melontarkan semula kepada kerajaan pemerintahan dan kengkangan perlembagaan negara.Jawapan yang diberikan oleh PAS ini telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada kebanyakkan orang islam di Malaysia samada dari penyokongnya sendiri terhadap pihak kerajaan dan sebaliknya dari pihak penyokong kerajaan kepada PAS. Puluhan tahun perkara ini membara di hati .

Satu lagi persoalan dan pertikaian berlaku iaitu kenapa PAS TRG telah menggubalkan hukum hududnya dan dikanunkan tetapi PAS kelantan hanya menggubalkan sahaja? Kenapa PAS Kelantan membiarkan persoalan persoalan ini bermaharajalela bertahun tahun lamanya sedangkan dari sudut politiknya keadaan ini merugikan pihak mereka?Dalam satu pertemuan diantara kawe dengan Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan yang berkebetulan juga terlibat dengan kerangka persediaan undang undang hudud di kelantan ini kawe ada bertanya kenapa masalah gazet dan tak gazet diantara Kelantan dan Terengganu ini berbeza.?Jawapan yang beliau beri kepada kawe adalah setelah hukum hudud siap digubal dan sebelum diputuskan untuk dikanunkan pihak Kerajaan Negeri telah memanggil pakar pakar perundangan untuk memberi pandangan dan nasihat termasuklah bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan setelah semua aspek perundangan diambil kira maka keputusan tidak gazet telah diputuskan untuk kelantan. Bagaimana dengan Terengganu kawe bertanya soalan yang sudah diagak oleh beliau ,sambil senyum beliau berkata Terengganu ni lain sikit ..Ore Kelate kata gaakk jenih berlorat tak tentu kalu .Hati kawe tidak puas dengan jawapan beliau tersebut dan terus mendesak dengan cara provokasi berhemah. Dalam senyum lagi beliau memberi satu jawapan yang meninggalkan kesan untuk kawe fikir sendiri akan jawapannya . Jaddik disini kawe juga mahu yang diluar sana juga berfikir dengan sendiri bila kawe kata ...Cara nak berdakwah pun mempunyai pelbagai strategi untuk mencapai matlamat dakwah...hahaha

Sekarang kawe mempunyai dua cerita yang menarik untuk kawe mulakan kerja ''membelah otak'' TGNA mengenai hudud ini .Kawe mulakan dengan cerita yang UMNO tidak tahu mengenai apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh PAS di Kelantan mengenai hudud ini.PAS di Kelantan mendidik dan mengajar rakyat Kelantan dengan menerangkan kenapa perlunya hukum hudud di tegakkan melalui ceramah ceramah agama yang sentiasa diadakan samada oleh TGNA atau ustaz ustaz lain di Kelantan . Mengadakan seminar seminar mengenai hudud di Kelantan . Ringkasnya PAS memberi penerangan dan keperluan hukum tersebut dalam kehidupan manusia .PAS sibuk menerangkan kepada rakyatnya di Kelantan mengenai hudud BUKAN sibuk hendak membalas surat pertanyaan mengenai hudud yang ditulis oleh Tun M 17 tahun yang lalu .Selama 17 tahun TGNA membiarkan Tun M merasakan dirinya hebat kerana beranggapan  soalan beliau mengenai hudud tidak mampu di jawab oleh TGNA...Apakah berlaku pengurangan ilmu di dada TGNA kerana tidak menjawab soalan Tun M ? ....Kawe tanya demo yang diluar tolong jawab pada diri masing masing..

17 tahun lamanya TGNA membiarkan dirinya menjadi bodoh untuk MENCERDIKKAN rakyat Kelantan mengenai hudud.17 tahun TGNA bersabar untuk dirinya dituduh menggunakan isu hudud untuk kepnetingan politik PAS.Soalan kawe kepada Tun M adalah selepas selesainya beliau menandatangani surat pertanyaan tersebut kepada TGNA adakah beliau mempunyai jawapan atau mencari jawapan untuk diberikan kepada TGNA sekiranya TGNA gagal jawab? Jika beliau tiada jawapan memang patutlah kerana hudud bukanlah hukum yang beliau mahu tegakkan,manakala jika beliau ada mempunyai jawapan tetapi tidak diberikan kepada TGNA untuk menegakkan hudud juga bukanlah satu perkara yang pelik kerana beliau seorang ahli politik yang lebih mementingkan kedudukan  politik dari agamanya sendiri.Hari ini bila Tun M menyuruh TGNA meminta kepada Najib untuk laksana  hudud di Kelantan , bolehlah kita katakan Tun M tidak mempunyai jawapan kepada soalannya ATAU beliau telah menyerahkan jawapan tersebut kepada Najib untuk menjaga kepentingan politik UMNO dari menegakkan hukum yang dituntut agama.Mungkin yang diluar sana berfikir bahawa beban untuk menjawab itu keatas TGNA bukan Tun M atau Najib ...Kawe setuju dengan pendapat itu ..

Kenapa 17 tahun TGNA tidak menjawab surat Tun M? ...Untuk menjawab soalan ini kita semua perlu memikirkan dimanakah letaknya diri kita samada kita seorang yang ambil upah bina masjid atau kita seorang yang suka mengimarahkan masjid ..tepuk dada tanya selera. Najib mahu mansuhkan ISA kerana undang undang tersebut bukanlah keperluan dan tidak diterima  oleh  rakyat walaupun menjadi sangat perlu kepada kerajaan yang memerintah.Jaddik tidak susah bukan untuk kita berfikir kenapa selepas 17tahun barulah TGNA mahu mengkanunkan hukum hudud di Kelantan. Kini rakyat kelantan yang mendesak undang undang hudud dilaksanakan kerana mereka sudah faham dan jelas akan keadilan dalam islam .Merka sudah sedia untuk menerima BUKAN terpaksa terima seperti mana undang undang ISA .Bagi mereka yang masih jarang memijak kaki di masjid mungkin akan berkata ini semua masih lagi permainan politik PAS .Kawe tidak membantah pandangan tersebut CUMA kawe hanya mampu berkata berhentilah dari menjadi pencari projek projek bina masjid itu.

Hari ini pula dalam sidang media pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat meminta para pemimpin dan ahli berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud sehingga selesainya perbincangan khas antara pemimpin pemimpin tertinggi parti pada 28-09-2011 nanti.Kawe bukan ahli mana mana parti politik maka kawe tidak terikat dengan amaran tersebut..Pada kawe ini sangat yang paling genting bagi TGNA dalam perjuangannya menegakkan hukum hudud di Kelantan.Beliau telah keluarkan kenyataan bahawa beliau sangup jika DAP mahu keluar dari pakatan rakyat jika tidak bersetuju hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.Beliau juga telah keluarkan kenyataan bahawa undang undang hudud akan dikanunkan. Kini seluruh orang melayu/islam diseluruh malaysia menaruh harapan yang amat tinggi keatas keikhlasan TGNA menegakkan hukum hudud .TGNA sengaja meletakkan dirinya dalam keadaan tersepit diantara Agama dan Politik keatas dirinya untuk di nilai oleh seluruh rakyat malaysia.Jika selepas 28-09-2011 TGNA gagal mendapat persetujuan mengekkan hukum hudud di kelantan selepas PRU 13 dari PR dan PAS masih bersama sama dengan DAP menghadapi PRU 13 amat wajarlah TGNA meletakkan segala jawatannya dalam kerajaan dan parti selepas keluar dari bilik mesyuarat.

APAKAH TOPENG YANG AKAN UMNO PAKAI SEKIRANYA TGNA BERJAYA MENDAPAT PERSETUJUAN DARI PR UNTUK MENJADIKAN  KELANTAN NEGERI CONTOH KEPADA NEGERI NEGERI LAIN DI MALAYSIA DALAM PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD?

Monday, September 26, 2011

JEMPUTAN RAMAH MESRA WARGA KOTA BHARU BERSAMA MP KOTA BHARU


Ahli Dewan Rakyat Kota Bharu iaitu Yang Berhormat Dato Haji Wan Rahim berhasrat untuk bertemu mata dengan seluruh warga Kota Bharu yang berada di sekitar Lembah Kelang bulan Oktober ini .Disini beliau ingin menjemput semua warga Kota Bharu untuk ke majlis tersebut:

TEMPAT : Dewan Serbaguna Perumahan Pantai Dalam Kuala Lumpur.

TARIKH ; 09-10-2011  (AHAD)

ATUR CARA MAJLIS ; Dimulakan dengan solat zohor , Jamuan makan tengahari dan ramah mesra.

KEPADA WARGA KOTA BHARU YANG MEMPUNYAI KELAPANGAN PADA TARIKH TERSEBUT DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA MASING MASING.

Saturday, September 24, 2011

ISLAMKAN PERLEMBAGAAN NEGARA


Geger gegok sekali lagi seluruh hamba rakyat segenap cerok kedai kedai kopi di kampung dan kopitiam dibandar dok berkeccek pasal undang undang Islam dan negara Islam.Seperti kebiasaannnya yang lepas lepas berpuluh puluh tahun isu ini dibangkitkan maka semua rakyat akan tertumpu kepada PAS dan DAP.Mungkin hanya dalam PAS sahaja ada orang Islam dan dalam DAP sahaja orang bukan Islam berkumpul .Rakyat Malaysia yang lain lain menganut agama apa?

Kawe ingin tinjau sedikit samada ahli ahli MCA,UMNO dan lain lain parti politik di Malaysia ini juga mempunyai agama anutan mereka atau tidak .Kawe tidak berhasrat untuk memperhalusi hukum hudud dan Qisas ini secara terperinci kerana kawe bukanlah seorang ahli agama untuk merungkaikan permasalahan ini .Kita serahlah kepada ulamak ulamak yang ada di bumi Malaysia ini untuk mengurangkan atau menambahkan dosa keatas diri mereka . Apa yang menarik perhatian kawe adalah bila orang orang hebat dan ternama di Malaysia membuka mulut mengenai isu ini.

Kawe mulakan bila Tun M menyuruh TGNA menjalankan hukum hudud di Kelantan setelah beliau tidak lagi menjadi PM. Lantas di sambut oleh TGNA supaya Najib memperkenalkan hukum Islam di Malaysia serta di perakui oleh Anuar Ibrahim bahawa undang undang islam tidak menzalimi orang bukan Islam.Kenyataan dari TGNA dan Anuar  ini membuatkan  Karpal Singh bingkas bangun dari kerusi rodanya untuk mempertahankan perlembagaan negara .Muhyidin dengan pantas menjelmakan diri untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa sebagai orang islam tidak boleh menolak hukum hudud TETAPI buat masa ini rakyat Malaysia belum bersedia lagi untuk menerima hukum hudud.Dikala Najib dan Rosmah masih lagi terkial kial mencari persetujuan bersama untuk dinyatakan kepada rakyat malaysia mengenai pendirian mereka ,PORNSTAR MCA dan GERAKAN tidak memerlukan masa yang panjang untuk memberitahu Muhyidin bahawa sampai bila bila pun rakyat Malaysia tidak akan bersedia untuk menerima hukum hudud dan ditambahkan lagi dengan AMARAN pasangan Najib dan Rosmah boleh terus melupakan sokongan MCA dan GERAKAN  dalam Kerajaan BiniNajib sekiranya pasangan ini mahu menerima hudud sebagai amalan mereka...hahaha.

Kawe juga tidak mahu mengulas disini mengenai mana satu yang salah dan mana satu yang betul mengenai isu hudud ini kerana kawe yakin penyokong penyokong parti parti tertentu dan orang orang tertentu sudah bersiap sedia dengan hujjah hujah dan fakta masing masing untuk mempertahankan kenyataan kenyataan ketua mereka ini .Kawe tidak mahu terlibat dalam penghujahan totok mempertahankan anutan politik masing masing .Tapi kawe lebih suka untuk membawa ke satu sudut yang lebih menyeluruh mengenai kepentingan banyak pihak bila orang orang ternama dan hebat hebat ini buka mulut untuk bercakap sesama mereka di meja yang berlainan. Jangan harap orang orang ini akan duduk semeja untuk membincangkan hal ini .KERANA jika mereka duduk semeja untuk berbincang maka POLEMIK tidak akan timbul .

Tun M seorang ahli politik yang hebat di Malaysia ,beliau mempunyai satu daya fikir yang sukar untuk orang lain baca dengan jangkaan mereka. Ada desas desus liar mengatakan Tun M sudah berkompromi dengan Muhyidin untuk menjatuhkan najib kerana tidak suka kepada Rosmah .Sebagai seorang yang bijak Tun M tidak akan menghalau Najib seperti beliau menyahkan Pak Lah dulu .Seorang ahli politik yang bijak juga perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mempergunakan musuhnya demi kepentingan dan kebaiakan berganda untuk dirinya . Tun M amat amat sedar akan ketokohan dan kebijakkan TGNA berpolitik dan jikalau beliau serang TGNA mengenai isu ini sudah tentulah TGNA tidak akan memperbodohkan dirinya untuk menyerang kembali Tun M yang kini hanya bersatus rakyat biasa yang tidak mempunyai apa apa kuasa secara resmi.

TGNA tidak perlu memegang terlalu lama bola  hantaran dari Tun M dikakinya sebaliknya dengan pantas beliau melorongkan kepada Najib untuk dikepung oleh pihak lawan.Bila Najib lambat bertindak dan bola lolos dari kawalan maka najib akan dikutuk dan dicemuh oleh pihak rakan sepasukan.Bijak bukan permainan politik orang lama memperli Najib?"

Satu lagi episod yang menarik untuk kawe susuli adalah mengenai MENGHALAU dan UNDUR DIRI.TGNA menghalau DAP kerana Islam ,manakala MCA dan GERAKAN mahu undur diri kerana islam.Ada keberaniankah pada Najib membiarkankan PORNSTAR terlepas dari pelukannya  kerana Islam? Arrgghhh Najib bukan striker yang baik bagi Tun M.

Dalam politik kebiasaannya bila pemimpin mereka bercakap maka rakyatnya akan menaruh harapan .Dalam situasi begini apalagi HARAPAN yang boleh orang Melayu /Islam sandarkan HARAPAN pada Najib? Sedangkan TGNA dengan tegas bahawa dalam memartabatkan ISLAM beliau tidak akan tunduk kepada sesiapa saja yang menentang di Malaysia walaupun dari sekutunya sendiri.Pilihlah wahai orang Melayu /Islam malaysia...

Apakah penentangan Karpal ini boleh dijadikan senjata oleh UMNO untuk mengatakan PAS itu lemah dan takut kepada DAP? Mungkin boleh diperkatakan begitu atau diulangi kata kata itu bertubi tubi jikalau mahu mengamalkan ilmu yang di ajarkan oleh Tun M aiaitu sesuatu yang tidak benar tetapi bila banyak kali dikatakan benar oleh banyak orang maka ianya akan kelihatan benar ..Namun apakah ianya memang BENAR?Kelemahan PAS akan berlaku jikalau UMNO berani untuk menyatakan bahawa PAS itu benar .Namun UMNO tiada keberanian untuk berkata BENAR.

TGNA sudah memberi isyarat yang jelas kepada Najib untuk menghancurkan PAS kali ini . Jikalau UMNO setuju dengan pendirian PAS maka hancurlah PAS dibumi malaysia ini selamanya. Masih PENAKUT kah parti yang bangga denga KETUANAN Melayu ini?

Kawe tidak mahu mengulas panjang mengenai Karpal ini kerana bagi kawe tokoh ini sudah usang dan tidak bertaring lagi .Cuma ditakuti oleh orang orang UMNO yang tidak mempunyai jatidiri sahaja .Ada pihak pihak tertentu samada dari PAS atau UMNO mengatakan bila isu hudud di bangkitkan maka kelebihan akan berpihak kepada BiniNajib dan perpecahan besar akan berlaku dalam pakatan rakyat.Mungkin hujah hujah dan pandangan mereka ada betulnya kepada mereka tetapi TIDAK kepada kawe .

TGNA dan PAS pada bila bila masa pun takkan tergugat dengan isu hudud yang cuba dimainkan oleh mana mana pihak sekalipun dengan apa cara sekalipun .Perlukah kawe memberi penjelasan bila kawe kata begitu? Atau kawe juga boleh menerima kutukan dari pembaca di luar sana bahawa kawe membuat satu andaian yang tidak berasas..TERPULANG....Cuba renung apakah tiada ketakutan dari segi strategi politiknya kepada diri TGNA bila menghalau keluar DAP dari Pakatan Rakyat ? TGNA halau DAP tapi MCA dan GERAKAN yang mahu keluar dari BN ..Kenapa? Sepatutnya bila TGNA menghalau DAP keluar maka Kelab Penyokong bukan Islam PAS yang pertama sekali tidak menyokong PAS bukan MCA yang bersuara dulu .

Jika kita mempunyai minda yang masih cerdas dan cergas untuk berfikir maka secara tak langsung TGNA tahu dan sedar bahawa dirinya lebih berharga untuk disokong oleh orang bukan Islam mungkin mengatasi sokongan bukan islam terhadap Karpal sendiri.Mahukah  UMNO menerima DAP dalam BN sekiranya DAP benar benar berhasrat untuk keluar dari pakatan rakyat? Jika UMNO yakin kemungkinan itu akan berlaku maka UMNO patut mengumpulkan 3 juta ahlinya untuk munajat sembahyang hajat supaya terbuka hati Karpal Singh untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan menyertai BN dan PRU 13 gerenti 2/3 majoriti boleh diperolehi.Berani UMNO lakukan perkara itu atau UMNO akan tinggal Rosmah dan keluarganya mungkin dibuka keahliannya kepada Karpal Singh untuk bersama sama pertahankan perlembagaan negara   dalam BN?

Mungkin UMNO menyedari hakikat ini maka tiada pilihan lain lagi bagi UMNO untuk menarik sokongan orang melayu kepada mereka selain menyerang PAS dan TGNA mengenai hukum hudud sahaja yang mereka ada. Apakah kekuatan yang UMNO ada untuk menyerang PAS mengenai hukum hudud ini selain dari mengejek PAS Kelantan kerana gagal melaksanakan hukum hudud setelah 20 tahun memerintah kelantan? Mungkin juga persoalan kenapa PAS Trengganu telah gazet hukum hudud tapi PAS Kelantan tidak buat perkara yang sama ? hahahah....Mungkin PAS akan jatuh di Kelantan kali ini kerana isu ini ..Selamat mencuba UMNO .

Pada pandangan kawe yang tidak berapa cerdik ini PAS memang mengumpan UMNO untuk terjun dalam perangkapnya dalam isu ini .Mungkin bagi UMNO amatlah susah bagi PAS untuk menjawab persoalan ini kepada orang melayu bila ditanya dan di serang bertubi tubi oleh mereka . Apakah PAS tidak merancang dengan teliti untuk tidak gazetkan hukum hudud? Apakah PAS tidak mengkaji implikasi yang akan timbul dengan tindakan mereka itu samada dari kesan buruk dan baik serta kemungkinan sokongan berkurangan dari orang melayu?Kawe yakin PAS sudah mempunyai semua jawapan jawapan untuk memerangkap UMNO ini.Kawe juga memilih untuk tidak berkhayal mengenai kemungkinan jawapan jawapan yang diberi oleh PAS  demi untuk melihat perkembangan selanjutnya lebih menarik....Selamat berbicara mengenai hudud wahai orang melayu kerana berbicara mengenai perkara yang dituntut oleh agama boleh mendatangkan pahala TAPI batas tutur bicara mestilah berhati hati supaya akidah diri tetap lurus.

ANTARA HUDUD DAN KOMUNIS YANG MANAKAH LEBIH MENYENTUH JIWA ORANG MELAYU? hahaha...

Monday, September 19, 2011

NAJIB MANSUHKAN ISA ..STOPA AKAN DI ISA KAN 5 TAHUN LAGI


16-09-2011 yang lalu 2 sejarah besar telah berlaku di Malaysia dan di bumi kelantan .Kedua dua peristiwa ini memberi kesan yang mungkin agak berlainan kepada pihak pemerintah di Malaysia dan juga kepada rakyat Kelantan.Sepatutnya kawe memisahkan peristiwa ini kepada 2 kisah dalam penulisan TETAPI kawe memilih untuk camtum sekali kerana peristiwa berlaku dalam satu tarikh dan berkebetulan berlaku kepada 2 tokoh pemimpin yang berada dalam kerajaan yang sama.

Oleh kerana kawe berpijak di bumi Kelantan maka peristiwa di serambi mekah kawe akan rungkaikan dahulu.Dikala seluruh rakyat Kelantan berkobar kobar untuk menyambut hari kemerdekaan dan hari Malaysia dan segala persiapan rapi telah dibuat oleh pihak kerajaan Negeri Pelbagai agensi kerajaan pusat dan kerjaan negeri membuat persediaan dan latihan berminggu minggu sebelum tarikh Keramat tersebut termasuklah dari pelajar pelajar sekolah dan menengah di Kelantan.

Sehari sebelum majlis sambutan berlangsung jiwa budak budak sekolah yang terlibat telah direntap dengan begitu keras sekali oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan dengan mengeluarkan arahan kepada semua sekolah sekolah diseluruh kelantan memboikot majlis tersebut dengan alasan Stopa mamat tidak dijemput sama untuk turut serta.Apakah dosa yang dilakukan oleh pelajar pelajar sekolah yang berusia belasan tahun hinggakan jiwa patriotik yang baru hendak disuburkan untuk mengenang kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negara diragut begitu rupa?

Apakah manfaat yang didapati oleh Pengarah ini mengeluarkan arahan tersebut kepada rakyat Kelantan selain dari untuk menonjolkan dirinya sebagai PEMBODEK utama Kerajaan BiniNajib? Berapa lama beliau mampu untuk mencari nama dengan jalan BODEK ini? Sedarkah oleh beliau bahawa berapa ramai jiwa anak anak muda yang bakal memimpin negara ini sedang menyimpan dendam kepada sesorang kerana tindakan BODEK beliau?Mungkin benar sehari selepas tarikh tersebut beliau akan mendapat berjambak jambak bunga kepujian dari regim Bininajib kerana tindakan bersungguh sungguh beliau membantu Kerajaan Bininajib yang cuba memalukan kerajaan negeri Kelantan ..Adakah semua itu berbaloi untuk beliau untuk 5 tahun akan datang? Memang berbaloilah jika kontrak beliau akan disambung lagi selepas ini kerana berjaya meremukkan hati golongan muda belasan tahun yang cintakan Negara ini.

Apakah Pengarah ini menganggap pelajar pelajar sekolah ini mempunyai otak otak mesin seperti pembodek dan penjilat UMNO ? Apakah Pengarah ini tidak mempunyai daya minda yang baik untuk memikirkan kesan masa depan yang mungkin berlaku?Jika kepentingan politik kepartian yang menjadi taruhan Pengarah ini maka tidak salah jika kawe andaikan bahawa beliau memenangi pertarungan ini TETAPI pihak Kerajaan Bininajib yang tewas dalam peperangan sebenar.Khas kepada mereka yang mempunyai otak mesin seperti pengarah ini dan tidak mampu untuk memahami maksud kawe yang sebenarnya maka dengan rendah diri kawe akan mengupaskan andaian kawe tersebut.

Dalam masa 5 tahun akan datang pelajar pelajar sekolah yang direntap jiwanya oleh manusia berotak mesin ini akan beratur bersama sama rakyat lain disekolah lamanya untuk sama sama menunaikan tanggungjawab membuang undi untuk memilih kerajaan.Apakah belia belia ini mudah lupa apa yang berlaku 5 tahun yang lalu? Sekiranya berkebetulan pula Stopa Mamat yang bertanding pada masa itu apakah imbasan kembali kenangan kepada sekolah lama dan gambar calon yang dipertandingan untuk dipilih tidak cukup kuat untuk menyentap kembali jiwa mereka? Apakah 5 tahun satu jangkamasa yang panjang untuk mereka lupa segala galanya? Cuba pembaca diluar sana kenang dan imbas kembali kenangan kenangan manis sekiranya pernah terlibat dengan perbarisan di Hari Kemerdekaan di zaman sekolah dahulu ...Tentu masih ingat dan seolah perkara tersebut baru semalam sahaja berlaku bukan? Melaiankan anda mempunyai surat pengesahan dari hospital bahawa ingatan anda sedikit terganggu...hahaha.

Dikala Najib Razak memansuhkan akta kejam di hari Malaysia manakala Pengarah Pelajaran Kelantan pula menghantar Stopa Mamat ke kurungan ISA dalam masa 5 tahun akan datang .Pengarah sapu habuan jangka pendek Stopa terima kesan jangka panjang .

Peristiwa kedua adalah pemansuhan akta kejam ISA oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia . Secara peribadinya kawe bersetuju akta kejam ISA ini dihapuskan dan digantikan dengan beberapa kaedah yang baru dari segi perundangan yang tidak menzalimi mana mana pihak .Apakah pandangan rakyat Malaysia yang lain mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan peribadi seperti kawe ? Jikalau semuanya mempunyai pandangan yang sama seperti kawe MAKA Najib sudah buat satu keputusan politik yang tidak berapa selesa kepada partinya walaupun keputusan tersebut amat baik/bagus untuk meningkatkan imej peribadinya.

Pada kawe tindakan yang diambil oleh Najib ini adalah satu tindakan yang terlalu berani dalam politik UMNO.Najib sekarang sudah sedar bahawa UMNO sedang ditolak oleh rakyat Malaysia malah oleh penyokong penyokong UMNO sendiri .Kelihatan sekarang Najib sudah tidak yakin dengan UMNO untuk pulih seperti sediakala untuk diterima dan di restui oleh rakyat malaysia terbanyak.Persoalan kawe kepada seluruh Rakyat Malaysia diluar sana adakah Imej/susuk Najib itu lebih baik DARI imej UMNO ?

Anda tak perlu jawab sekarang tetapi ambiklah sebanyak masa mungkin untuk memikirkannya sedalam dalamnya . Pihak UMNO selalu mengatakan bahawa kekuatan PAS yang sebenarnya adalah TGNA ..rebah TGNA maka hancurlah PAS . Apakah UMNO juga mengalami nasib yang sama sekarang ? Mampukah Najib memperlihatkan imej dirinya  lebih BERSIH dari UMNO seperti mana ramai orang yang mengatakan imej TGNA itu lebih BERSIH dari PAS?  hahaha...Demo pakat pikirlah ..kawe tanya jjahh..

KEMUNGKINAN PRU 13 ADALAH PERTARUNGAN DIANTARA NAJIB RAZAK DENGAN TGNA BUKAN DIANTARA BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT?


Sunday, September 18, 2011

POLITIK PERSEPSI UMNO PASIR PUTEH

Keriuhan dibulan Ramadan ketika Syawal menjelma baru baru ini sudah mulai reda didalam rumah UMNO bahagian Pasir Puteh.Bermula dengan makan ccolek membawa kepada pemecatan dan disudahi dengan campurtangan keamanan oleh Stopa Mamat .Hanya reda dan dinampakkan selesai pada mata permenadangan rakyat .Hakikat sebenarnya kain sudah koyak,parut berbekas,kepuakan telah wujud namun PERSEPSI kasarnya sudah selesai.

Kawe ingin memilih 4 watak yang boleh dikatakan mempunyai kepentingan utama dalam pergolakan UMNO di bahagian Pasir Puteh baru baru ini .Kenapa 4 watak sahaja yang mejadi pilihan kawe untuk dinilaikan PERSEPSI keatas mereka ? hahaha...Lebih baik bertanya siapa mereka itu dari mengetahui kenapa mereka itu yang kawe pilih.

Watak utama yang kawe pilih adalah Ketua Bahagian sebagai watak pertama yang memulakan segala gegaran di UMNO bahagian Pasir Puteh .Sebagai seorang ketua beliau bertanggungjawab untuk melakukan apa apa ''penyelarasan semula'' apa apa jawatan yang ada di Bahagian Pasir Puteh jika difikirkan perlu untuk menguatkan kedudukan UMNO PP.Penyelarasan semula hasrat KB tetapi "'pemecatan" istilah yang digunakan oleh mereka yang terpaksa diketepikan dari jawatan sedia ada dalam ''penyelarasan '' semula oleh KB.Tindakan drastik oleh KB ini menimbulkan satu PERSEPSI yang terlalu banyak arah yang boleh dilihat.Bila terlalu banyak arah PERSEPSI yang timbul maka pengurusan untuk menjadikan wajah PERSEPSI umno PP ceria semula amat sukar sekali..

Persepsi yang telalu banyak arah ini perlu dikurangkan arahnya untuk menyelesaikan krisis yang timbul.Pihak yang melakukan ''penyelarasan'' perlu mengemukan sebab sebab penyelerasan perlu dilakukan ,manakala pihak yang satu lagi  meminta sebab kenapa pemecatan terhadap mereka dilakukan .Perlumbaan untuk menonjolkan persepsi imej baik kepada pihak pihak berkenaan ini amat menarik bagi kawe untuk melihat bagaimana ahli politik yang cerdik mencipta persepsi dan bagaimana ahli politik yang ada kuasa membentuk persepsi.Dianiayai adalah satu persepsi yang mudah untuk menawan hati manusia timbul rasa kasihan kepada yang menjadi mangsa.Menyedari hakikat ini kumpulan yang mahu dilihat sebagai golongan yang dianiayai mula memasang strategi untuk memerangkap golongan yang dikatakan mempunyai kuasa .Sudah menjadi resam manusia yang mempunyai kuasa seidikit ego akan terlekat pada diri mereka tanpa mengira padah yang menunggu untuk mereka kerana anggapan kuasa yang mereka ada akan mengekallkan kuasa kepada mereka.

Harapan pihak yang bergerak dengan otak berjaya memerangkap golongan yang bergerak dengan tenaga ,bilamana pihak yang mempunyai kuasa merasa amat yakin dengan kuasa yang mereka ada maka mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka.Kawe tidak mahu menulis disini apa alasan yang diberikan kerana satu Malaysia telah tahu mengenai alasan yang telah diberikan oleh pihak berkenaan lagi pun kawe tidak mahu memetik keyboard kawe untuk menulis satu alasan yang tidak dapat diterima oleh akal kawe ...buang masa dan tenaga ..hahaha. . Dalam senyum pihak yang dikatakan teraniayai menerima alasan tersebut dengan lapang dada tanpa apa apa bantahan yang bertenaga. Pihak yang ada kuasa juga merasa bangga kerana apa saja tindakan mereka tidak mampu dicabar oleh sesiapa pun.

Apa yang kawe pelajari dari kejadian ini adalah ,PERSEPSI yang tidak disangka telah timbul dan akan merosak imej UMNO pusat yang lebih besar kesan dari apa yang berlaku di Pasir Puteh itu.Penerimaan secara senyum dari golongan yang berjalan dengan otak mewujudkan satu PERSEPSI yang amat buruk kepada golongan yang berjalan dengan tenaga.Menyedari hakikat PERSEPSI yang buruk akan timbul terhadap parti ini maka pihak yang mempunyai kuasa lebih tinggi diperingkat negeri perlu turun untuk campurtangan untuk menyelesaikan krisis dengan membatalkan semua ''penyelarasan'' semula atau pemecatan yang di buat oleh KB sebelum ini.Masalah PERSEPSI kepada krisis dijelmakan sebagai telah selesai tetapi masalah kepada otak dan lutut  makin parah.Ibarat baju koyak yang dijahit semula walaupun disahkan boleh dipakai lagi setelah tempat koyak dijahit TAPI umum akan mengetahui secara zahir bahawa sipemakai sedang memakai baju yang sudah koyak.

Tokoh kedua yang menarik minat kawe untuk melihat PERSEPSI yang diletakkan dalam isu ini adalah KPPP. Kenapa beliau menjadi pilihan kawe ? hahaha ..Ini tulisan kawe maka watak watak yang akan kawe tonjolkan adalah bergantung kepada budibicara kawe ..tak suka baca boleh jangan baca .hahaha...

Kawe memilih KPPP kerana satu kesinambungan menarik berlaku di DUN Limbongan bagi pihak UMNO.Demam pilihanraya berlaku maka serangan selsema perebutan calon akan muncul dulu.Dalam politik sokongan dan penentangan kepada puak puak tertentu bukan lagi satu persepsi tetapi satu kewujudan. Ramai puak yang mahu menyokong golongan yang ada kuasa dan kuat.Dengan penyelarasan yang di lakukan oleh KB maka kekosongan akibat pemecatan berlaku dan tempat perlu diisi.KPPP ini memulakan langkah politik bijaknya dengan memainkan isu ''KEMUNCUP"" untuk mencipta persepsi dan menyokong tindakan penyelarasan yang dibuat itu adalah TEPAT demi untuk memperkukuhkan kedudukan Parti.Kawe tidak mahu mempersoalkan keihklasan beliau disini cuma apa yang kawe ingin perkatakan semata mata sebagai persepsi politik yang wujud akibat tindakan beliau bertindak sebagai pencuci ''kemuncup'' Anda berhak mencari sendiri siapakah kemuncup kemuncup itu YANG pasti kemuncup2 tersebut perlu dibersihkan untuk KPPP memulakan langkahnya sebagai wakil rakyat Limbongan yang baru ...ITU PERSEPSI.

Kedua dua KB dan KPPP ini kawe tidak kenali dan mereka tidak mengenali kawe secara peribadi cuma kawe ada melakukan kritikan kritikan terhadap mereka dalam FB di wall UMNOtumPAS.Samada penerimaan mereka positif atau negetif terhadap kritikan terhadap mereka juga kawe tidak ketahuai dengan jelas.Khabar angin yang kawe terima mereka tidak selesa dengan kritikan kawe TAPI sebagai seorang ahli politik mereka sudah tentunya masak dan khadam bahawa dunia mereka ceburi adalah satu dunia yang tidak boleh lari menerima kritikan dari mana mana pihak.

Kita tinggalkan dulu cerita ''penyelarasan'' yang dilakukan oleh KB dan disokong oleh KPPP ini.Walaupun apa alasan sekalipun kepada yang kena pecat diberikan pada mereka adalah satu ''malapetaka''.Didalam FB group UMNOtumPAS juga dua susuk iaitu Zukri dan Rujhan mendapat kritikan yang hebat dan menyayat hati jika dibaca tulisan tulisan dari setengah ahli group tersebut.Tiada kritikan yang lembut tapi semuanya keras dan pedas yang dihambur keluar kepada kedua dua susuk ini.Tiada belas kasihan melainkan kecaman seperti lembik dan penakut yang dilontar oleh pengkritik pengkritik FB UMNOtumPAS.Kedua dua susuk ini menerima tekanan kiri dan kanan dari dalam dan luar yang berkaitan dengan isu ini berhari hari lamanya.

Tiada jawapan balik dari mereka ,tiada kenyataan membela diri dari mereka melainkan menerima segala kritikan dan kecaman tersebut dengan berlapang dada.Apakah politik PERSEPSI yang mereka rancangkan dengan tindakan tidak mempertahankan diri ini?.Bagi kawe berjaya mengawal kemarahan dalam situasi didesak dan dihina dalam politik adalah satu kejayaan/kemenangan yang besar sebagai seorang ahli politik. Kedua dua mereka ini berjaya meletakkan satu PERSEPSI kepada diri mereka bahawa mereka lebih mementingkan kerukunan/kedamaian/kestabilan/keutuhan dalam parti lebih utama dari kepentingan diri mereka sendiri.Mereka berjaya meletakkan diri mereka sebagai mangsa ketidakadilan yang akur /patuh dimata rakyat terbanyak.Berjaya meletakkan diri mereka bukan mengejar sesuatu dalam parti melainkan ikhlas dan jujur untuk berkhidmat kepada rakyat.WOW Hebat pengurusan PERSEPSI yang dilakukan oleh Zukri dan Rujhan ini dalam menghadapi suasana kritkal didalam parti.

Manakala untuk mengurus kecaman daripada luar pula terutama dari pihak blogger dan rakan rakan mukabuku pula kedua dua susuk ini menggunakan akalan yang amat panjang menguruskannya.Mereka sedar bahawa di dunia maya adalah dunia yang tidak mempunyai sempadan ,kadangkala kita tidak tahu dengan siapa kita berhadapan di maya sana.Ugutan adalah bukan cara paling mustajab untuk mengurus golongan ini dan terkadang kala pendekatan yang berhemah juga akan bertukar menjadi senda dan guraun pula .

Dalam satu perjumpaan yang tidak disangka dengan kedua dua susuk ini baru baru ini dengan kawe di Kota Bharu . Mereka menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa mereka memilih untuk bertindak seperti apa yang mereka bertindak .Kawe tidak mahu menceritakan apa yang telah mereka ceritakan kepada kawe kerana kawe tidak mahu mengubah segala PERSEPSI yang telah terjadi dan akan terjadi selepas ini .Cuma satu yang kawe muskilkan adalah macamana pertemuan yang secara tidak sengaja itu berlaku ? Hahaha...sampai ke saat ini kawe masih memeikirkan macam mana pertemuan itu boleh berlaku ,untuk meletakkan mereka yang merancang pertemuan itu kawe tidak mahu menanggung dosa membuat tuduhan yang tidak benar .Jaddik pendekatan yang kawe ambil adalah kawe sedang berurusan dengan kepala otak manusia bukan dengan kepala lutut manusia maka masalah kemusykilan kawe selesai dengan tenteram dan aman ..hahaha.

Secara peribadinya bolehlah kawe katakan kedua dua susuk ini bakal menjadi seorang ahli politik yang hebat dimasa akan datang jika diberi masa dan ruang . Tenang menguruskan tekanan diri ,pandai mengurus konflik dari kedudukan yang kurang selesa kepada kedudukan yang lebih selesa,bijak mencipta PERSEPSI imej dikala imej mereka cuba dirosakkan atau hampir musnah.

PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERJALAN DENGAN OTAK BUKAN YANG BERFIKIR DENGAN LUTUT SEBAGAI PEMIMPIN KITA.

Friday, September 16, 2011

KUMPULAN ''ROMBONGAN 5 BUAH KERETA'' MAHU JATUHKAN MP KOTA BHARU???


Air yang tenang jangan disangka tidak berbuaya ..Kalau kail panjang sejengkal jangan menduga lautan dalam.
Bidalan ungkapan orang melayu dulu dulu adalah satu nasihat yang amat berguna untuk dihayati sehingga kini .Kedua dua bidalan diatas diyakini berlaku dalam masyarakat melayu sehingga hari ini .Jangan pilih kategori masyarakat atau pelbagai tahap pekerjaan TETAPI manusia yang secara diam diam untuk memusnahkan kawannya memang wujud .Keinginan manusia yang melangkaui batas kemampuannya juga masih banyak lagi bergerak dengan sihat dan cerdas dalam masyarakat melayu kita.

Gambar diatas menunjuk wajah dua orang yang bersahabat baik TETAPI terpaksa bermusuh dimedan tempur demi menegakkan fahaman masing masing. Kedua dua sahabat ini telah berjanji untuk menjatuhkan diantara satu sama lain demi mencapai cita cita perjuangan tanpa merosakkan jalinan persahabatan yang telah terjalin.Permusuhan dimedan politik tidak merosakkan hubungan akrab keduanya disebabkan kedua duanya mempunyai etika dalam berpolitik ,ada tokmatniknah dalam menjaga adat berperang serta tiada nafsu yang yang jahat untuk membaham pihak lawan.

Dalam senario politik malaysia hari ini telah banyak bukti dan terbukti bahawa pertarungan dalam medan politik dalaman lebih hebat daripada politik luaran. Dalam UMNO pertarungan politik dalaman bukan lagi satu rahsia sulit kepada ahli parti tersebut tetapi sudah menjadi kajian umum yang hebat .Kawe ambil contoh di Negeri Kelate sahaja sudah cukup untuk membuat kita rasa loya dengan sikap ahli ahli politik ini.Dalam bulan puasa yang lalu satu cetusan api kemarahan politik dalaman telah dicetuskan dengan hebat sekali di Umno bahagian Pasir Putih. Berbalahan hebat berlaku ,pecat memecat berlaku ,kepuakan berlaku,tidak puashati berlaku dan dirasai .Ada pihak yang untung ,ada pihak yang rugi ,ada pihak jatuh ditimpa tangga,ada pihak yang kecewa TAPI itu semua adalah kebodohan yang dilakukan oleh orang orang politik yang mahu dipandang cerdik dan hebat dalam masyarakat.Kini dalam umno diberitakan bahagian Pasir Mas juga dilanda pergolakan .Apa yang mereka rebutkan kawe tidak tahu ,apa yang mereka impikan kawe tidak tahu . Tapi di malaysia ini bila di sebut mengenai politik maka otak dan mata semua orang akan terarah kepada KUASA dan WANG.

Dikala kita simpati dan benci serta gembira dengan apa yang berlaku dalam rumah UMNO dari gelagat haloba barisan pemimpinnya itu . Kawe ada dengar desas desus dalam rumah PAS di Kota Bharu juga terdapat pintu jendela yang tidak ditutup rapat atau sengaja dibuka untuk membasahi penghuni didalamnya bila angin ribut yang membawa hujan menjelma.

Mengenali Ahli Parlimen Kota Bharu secara dekat adalah seperti mengenali seorang posman yang menghantar surat dari rumah ke rumah tanpa rasa jemu dan letih setiap hari ,saban bulan hingga bertukar tahun sehinggalah ditamatkan perkhidmatannya kerana sudah cukup tempoh berkhidmat.Gigih ,rajin,kuat ,bersemangat,rendah diri serta murah dengan senyuman ,begitulah lebih kurang yang kawe boleh gambarkan mengenai watak Ahli Yang Berhormat Kota Bharu atau Dato Wan Rahim yang juga lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rahim.Kawe bukan memuji atau menyanjung orang tua ini tetapi itulah hakikat yang kawe boleh nilai dengan mata dan kepala kawe sendiri selama berada semula di Kota Bharu beberapa bulan yang lalu.

Susuk tua ini menjadi sebutan dan bualan segenap peringkat rakyat di Kota Bharu ,sebut sahaja nama Cikgu Rahim semua peringkat umur akan mengenali beliau.Namun bidalan disangka panas sampai kepetang namun hujan mencurah disiang hari masih belum muncul di pagi hari.Tanpa disedari oleh susuk yang tekun bekerja ini bahawa ada satu pergerakan yang amat halus sedang membiak biji biji hujan diatas awan sana.

Ada berita yang memasuki telinga kawe bahawa ketua kepada rombongan 5 butir kereta sedang memasang strategi yang hebat untuk menempatkan dirinya bagi mengantikan Cikgu Rahim di kerusi parlimen Kota Bharu.Si ketua ini dengar khabarnya dalam PRU 12 namanya telah 2 kali naik diperingkat negeri untuk dicalonkan sebagai ahli parlimen tetapi beliau tidak mahu dengan kerusi tersebut yang kawe boleh andaikan beliau membuat pilihan yang bijak ketika itu kerana mungkin kerusi MB yang menjadi idamannya bukan menteri diperingkat pusat.Disebabkan 2kali namanya timbul untuk dicalonkan sebagai ahli parlimen memaksa siketua ini mengarahkan rombongan 5 butir kereta ke Terengganu untuk menagih simpati dan mempengaruhi Presiden PAS mengagalkan hasrat PAS negeri kelantan ,beliau berjaya dengan kehendaknya itu .

Kini dalam PRU 13 gema amat berlainan sekali dengan situasi PRU 12 dimana kali ini rata rata rakyat sedang mengimpikan kerajaan BiniNajib akan digantikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.Mungkin kali ini si ketua mengimpikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan Menteri Besar lagi .Maka 5 butir kereta mesti bekerja lebih keras untuk memastikan cita cita ketuanya berjaya tanpa mengira siapa yang akan mereka aniayai diantara sesama sahabat dalam saf pimpinan dalam satu jemaah.Tanpa mengira bahawa rakyat dibawah sudah membenci terhadap beliau seperti ulat tahik.Kenangan 2009 oleh rakyat yang diwakili oleh si ketua ini takkan dapat lupa mengenai kejadian dimusim banjir .Dikala seluruh pimpinan negeri dan wakil wakil rakyat yang lain bertungkus lumus bersama sama dengan rakyat menghadapi bencana banjir ,si ketua ini bersenang lenang di Kuala Lumpur bersama isteri tercinta.Namun kebaikan beliau rakyat tidak lupa kerana masih menghantar wakil untuk menguruskan rakyat yang susah menghadapi bencana banjir .Kenapa rakyat memerlukan wakil kepada wakil rakyat sedangkan yang dipilih oleh rakyat adalah wakil rakyat??

Pesanan kawe kepada siketua kepada kumpulan rombongan 5 butir kereta ini supaya hentikan kegiatan kurang sihat yang boleh merosakkan imej kerajaan kelantan dengan rakyatnya ..AWAS rakyat sedang memerhatikan segala tindak tanduk ini dengan terperinci.

Kepada TGNA yang telah dimaklumkan akan tabiat buruk siketua ini supaya mempertimbangkan segala kewajaran yang sepatutnya untuk menonjolkan semula siketua ini untuk dipilih oleh rakyat .Membiarkan lalat menyinggahi tubuh ikan masin yang belum kering akan menyebabkan ulat ulat akan membiak.Rakyat Kelantan mempunyai mata yang amat terang untuk tidak memilih ikan kering yang berulat untuk dimakan.

Ambo pohon kepada Dato Wan Rahim berhati hatilah dan ambo amat yakin rakyat Kota Bharu akan tetap menyebelahi YB. Jangan tanya ambo siapa susuk si ketua tersebut kerana bukan niat ambo untuk mengeruhkan segala keadaan TETAPI niat ambo jujur untuk menyuarakan sesuatu yang tidak baik berlaku yang berkebetulan didalam pengetahuan ambo...siasatlah dan carilah secara jujur dari pihak pihak lain .Ambo tidak akan berhenti disini jika siketua tersebut masih terus dengan agenda buruknya, itu JANJI ambo kepada pelaku pelaku yang buruk kepada rakyat kelantan.

Wednesday, September 14, 2011

DAP KUDAKAN PAS ATAU RAKYAT KUDAKAN PR??


Sekian lama riuh rendah di bumi malaysia ini ramai pihak yang memperkatakan DAP memperkudakan PAS dalam perebutan kuasa diantara parti parti politik di Malaysia.Sehingga ke saat ini kawe masih memikirkan apakah ada kebenaran seperti yang didakwa oleh pihak pihak teretntu tersebut? Sekali fikir mungkin kebenarannya ada TAPI menerima satu perkara dengan  berfikir secara sepintas lalu bukanlah perkara yang kawe suka amalkan.

Kita perhalusi satu persatu isu ini kepada beberapa isu pokok bukan isu isu remeh yang sering dilontarkan oleh otak otak mesin upahan UMNO dengan kepelbagaian keremehan yang ditimbulkan.Pertama yang kawe rasa isu yang perlu diperhalusi adalah mengenai jumlah kerusi PAS dan DAP di dewan rakyat . Memang jelas sekali diatas kertasnya dan didalam dewannya kerusi DAP melebihi kerusi PAS setelah pilihanraya ke 12 diumumkan.Jaddik hujjjah mengenai mengatakan PAS menjadi kuda tunggangan DAP menjadi nampak benar jika faktor ini diambil kira dan berkemungkinan suatu hari nanti negara malaysia ini jatuh ke tangan bukan melayu menguasai tampuk kekuasaan negara.Apakah faktor yang tidak diambil kira yang perlu kita lihat  dalam memahami permasalahan penjumlahan kerusi ini PAS ini?

Kita jengok tengok mengenai kadar pertumbuhan penduduk diantara Melayu dan lain lain bangsa di malaysia berapakah kadar perbezaannya dengan setiap kaum. Apakah 20 tahun akan datang kadar pertumbuhan penduduk Melayu akan berkurangan berbanding kaum kaum lain di malaysia? Sila semaklah dan sekiranya perangkaan boleh menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan kaum Melayu tidak subur memproses benih Melayunya maka kawe terimalah pendapat mengatakan PAS menjadi kuda DAP.

Mungkin ada yang diluar sana bertanya jikalau Majoriti Melayu lebih besar dari sudut ukuran pertumbuhan penduduk kenapa DAP mempunyai lebih kerusi di Parlimen berbanding PAS? Itu mungkin satu soalan yang agak menarik atau soalan tiada apa apa makna ..kawe tak tahu . Tapi jawapannya mudah sahaja iaitu PAS tidak memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi jaddik disebabkan oleh PAS gagal memenuhi sasaran untuk memenangi kerusi kerusi yang mereka tandingi maka Kerajaan Pakatan Rakyat gagal dibentuk namun begitu kerusi melayu masih lagi menjadi majoriti dalam parlimen walaupun dari PAS sedikit.Apakah jika diandaikan PAS menang kesemua kerusi yang dipertandingkan dan PKR menang semua  kerusi yang dipertandingkan dan DAP menang semua kerusi yang dipertandingkan maka masih lagi kah kerusi bukan melayu melebihi jumlah kerusi melayu didalam Parlimen? Sila kaji dan semak jika kemungkinan itu berlaku ....Yaaa kawe setuju kemungkinan tersebut mustahil untuk berlaku kesemua parti dalam PR menang semua sekali TETAPI yang perlu diperhalusi adalah jumlah kerusi yang dipertandingakan diantara kerusi melayu dan bukan melayu yang menjadi perkiraan . PKR bukan parti Melayu? Parti campuran semua bangsa secara lebih tepatnya TAPI majoritinya masih Melayu bukan?

Kita tengok pula dari sudut kekuatan Pakatan Rakyat yang mengikat ketiga tiga parti ini . Dalam persetujuan  dalam pakatan ketiga tiga parti ini adalah adil dari segi perlaksanaannya tiada mana mana Parti yang mendominasikan ahli pakatan yang lain dari segi mengamalkan dasar parti masing masing. Ada pihak mengatakan kerana ketidakseragaman ini memungkinkan DAP boleh memperkudakan PAS atau terpaksa mengikut kehendak dan telunjuk DAP dalam apa apa tindakan mereka.Pandangan ini boleh dipertikaikan dengan jelas kerana PAS tidak berhasrat untuk membentuk sebuah Kerajaan yang samada PAS berada dibawah DAP atau sebaliknya TETAPI PAS bersetuju untuk membentuk satu Kerajaan Pakatan Rakyat dan bersedia untuk diperkudakan oleh majoriti rakyat yang memilihnya. Apakah Rakyat Malaysia lebih selesa menjadi KUDA kepada kerajaan BiniNajib ATAU memperkudakan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan mereka? Rakyat Malaysia terbanyak yang BERHAK tentukan perkara ini.

Ada juga golongan golongan yang kuat Agama merasa gusar terutamanya dari ulamak ulamak UMNO yang mengatakan bahawa jika adanya DAP dalam pakatan rakyat maka cita cita PAS untuk menubuhkan Negara Islam tidak akan tercapai . Kawe secara jujurnya mengakui bahawa pendapat ini adalah benar dan betul sama sekali bahkan bukan setakat DAP sahaja yang berada dalam pakatan rakyat yang akan mengagalkan hasrat PAS untuk menubuhkan Sebuah Kerajaan Islam yang berlandaskan hukum islam di malaysia ini . Selagi adanya parti parti politik seperti MCA,DAP,GERAKAN,UMNO,PPP,MIC dan lain lain parti komponen dalam barisan nasional maka usaha PAS akan terus digagalkan. hahaha...Jaddik kenapa PAS lebih memilih untuk bersama dengan DAP dari untuk bersama UMNO dalam pembentukkan sebuah kerajaan di Malaysia? Itu soalan yang selalu kita dengar oleh pihak pihak tertentu TAPI sebelum lagi pihak berkenaan dapat menjawab ada pihak2 tertentu dalam kumpulan yang sama akan mengatakan PAS kuda tunggangan DAP untuk memastikan soalan tersebut tidak berjawab.

Mengenai perkara ini kawe ingin membawa pembaca diluar sana mengenai apa yang dijaminkan pleh perlembagaan negara mengenai kedudukan agama islam disetiap negeri negeri di malaysia dan dalam negara malaysia itu sendiri.PAS tidak perlu untuk bersama sama dengan UMNO yang juga terdiri dari orang melayu /islam yang telah menghalang cubaan perlaksanaan hukum hudud di kelantan yang disandarkan dengan alasan melanggar Perlembagaan negara sedangkan pada waktu itu kerusi melayu yang majoriti di Parlimen mampu untuk mengubah/menggubal undang undang tersebut untuk membolehkan perlaksanaan hukum tersebut dilaksanakan di kelantan. Persoalan mungkin timbul apakah DAP setuju ? Yaaa ..betul Karpal Singh kata langkah mayat beliau dahulu jikalau ingin adakan sebuah negara Islam di malaysia ,Apa yang patut ditafsirkan oleh kata kata karpal singh itu adalah bukan sahaja  beliau menolak islam tetapi beliau juga  mempertahankan perlembagaan negara  . Karpal tak perlu menolak islam hingga menjadi mayat kerana dalam islam sendiri pun tidak ada paksaan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan anutan islam kepada mereka . Jaddik jikalau majoriti yang ada dalam parlimen bersetuju untuk pinda perlembagaan masih relevan lagi kah karpal untuk menjadi mayat kerana tidak mahu sebuah negara islam?

Kawe andaikan satu senario yang berlaku selepas PRU 13 nanti ,Dikatakan PR berjaya memerintah Malaysia dan kerusi UMNO lebih banyak didalam dewan rakyat dari PAS walaupun berada di pihak pembangkang .Rakyat pula menekan PAS supaya menjalankan hukum hudud di Kelantan .Apakah PAS masih lagi mempunyai pilihan untuk mengatakan bahawa untuk laksanakan hukum hudud memerlukan ehsan/kelulusan dari kerajaan pusat? Keadaan ini akan kelihatan PAS menjadi kuda tunggangan DAP menjadi kenyataan jikalau  PAS gagal melunaskan janjinya kepada rakyat kelantan. Senario logik seperti yang didakwa akan berlaku dan Karpal Singh akan membaringkan badannya untuk dibakarkan abu mayatnya demi mempertahakan keutuhan Perlembagaan Negara .Dalam mimpi andaian kawe juga bahawa PAS akan bertegas dengan dasar perjuangan parti untuk menegakkan Islam dibumi Malaysia .

Seperti yang dijangka diatas kertas pihak kerajaan yang memerintah pada waktu itu kerajaan pakatan rakyat. PAS tidak akan mampu jika tidak mendapat sokongan dari ahli ahli yang berhormat melayu dan beragama islam yang lain termasuk pihak pembangkang .Didalam mimpi ini kawe tidak lagi mahu berandaian TETAPI memilih untuk bertanya ,Adakah ahli ahli yang berhormat pembangkang dari UMNO mahu membaringkan diri mereka untuk dikafankan sebelum dibakar bersama sama dengan mayat Karpal Singh demi untuk membuktikan kepada rakyat malaysia bahawa PAS adalah kuda tunggangan kepada DAP?? Hahahha...Kawe tanya jjah ..demo fikir dan jawab lahh..

Jika ahli yang berhormat UMNO mahu mayat mereka ditanam bukan dibakar maka SEJARAH negara akan tercipta bila perkara 4(1) di pinda dalam perlembagaan.Dari situ rakyat boleh menilai siapa menunggang siapa SERTA juga rakyat dapat melihat dan memahami apa itu perpaduan Islam dan KETUANAN Melayu yang dipertahankan oleh PAS .Apakah itu bukan satu strategi politik yang amat licik yang dibawa oleh PAS untuk mendaaulatkan kedudukan Islam ditempat yang paling tinggi di bumi Malaysia ini??

ANDA BERHAK UNTUK MEMILIH SAMADA MENJADI KUDA KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL ATAU MEMPERKUDAKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.PEMIKIRAN PERLU BERUBAH DARI MENJADI KUDA KEPADA KUDA BERTUKAR MENJADI TUAN KEPADA KUDA.




Sunday, September 11, 2011

UMNO AKAN MENANG BESAR DI KELANTAN DALAM PRU13

                                            3 orang ..3 zaman ..3 pandangan mengenai umno

Generasi muda kini mungkin tidak mengenali siapa Tan Sri Abdullah Ahmad atau juga di kenali sebagai Dollah Kok Lanas.Kawe tidak mahu untuk menjelaskan secara terperinci Dolah Kok Lanas ini kepada yang tidak mengenali beliau sesuailah dengan peranan beliau dibelakang tabir dalam pentadbiran kerajaan malaysia satu ketika dahulu.
Pertemuan kawe yang tidak dirancang dengan tokoh ini disebuah hotel terkemuka di Kota Bharu kelmarin amat menarik kerana tidak sengaja juga kawe dapat kenal dan dengar pandangan 3 zaman dari otak manusia mengenai masa depan umno.
Dalam perbualan santai ini Dollah yang lebih berbicara dari yang lain ,menceritakan pengalaman pengalaman beliau lampau kepada kami adalah sesuatu yang kelihatan menarik bagi beliau walaupun sebahagian yang beliau ceritakan itu kawe pernah mendengarnya sebelum ini.Kasih dan kekaguman tokoh ini kepada Tun Razak amat tinggi .
Beliau juga banyak menyatakan pandangan pandamgan beliau mengenai senario politik di kelantan melalui kacamata beliau .Mengenai parti mana yang akan memerintah Kelantan selepas PRU 13 Dollah berani untuk memberi ''tiket penerbangan pergi dan balik'' ke London kepada pihak UMNO.Dollah juga dengan nada tegas mengatakan perjuangan orang orang UMNO ketika ini adalah ''PERJUANGAN AP'' sambil menamakan beberapa individu yang ada kuasa dalam UMNO yang bersungguh sungguh berjuang demi AP ini.
Bila soalan isu Mat sabu cetuskan Mat Indera dibangkitkan dan kami meminta beliau untuk komen beliau dengan pantas mengatakan beliau tidak mahu menyentuh mengenai isu itu.Kenapa dan mengapa hanya beliau sahaja yang mengetahui sebabnya.Mungkin kerana beliau tidak mahu memperbodohkan dirinya sepertimana pemimpin pemimpin UMNO yang lain untuk mempalsukan fakta sejarah.Mungkin beliau lebih bijak membaca rentak cetusan politik yang dipercikkan oleh Mat Sabu.Mungkin juga beliau tidak berminat kepada sejarah kerana seorang yang suka mewujudkan pelbagai percaturan dalam pemikiran tidak akan membuang masa untuk kaji sejarah.
Pada kawe pula beliau tidak mahu menyentuh perkara itu kerana tidak mahu mengingati sejarah hitam dalam hidupnya yang terpaksa merengkok dalam penjara selama 5 tahun kerana dituduh bersekongkol dengan komunis oleh kerajaan UMNO .Dollah Komunis itulah satu lagi gelaran yang terlekat pada dahi beliau hingga kini selain dari Dollah kok lanas kepada mereka yang mengetahui sejarahnya.
Apakah sebab beliau dituduh sebagai Komunis oleh UMNO? Adakah beliau seorang manusia yang berjiwa seperti Mat Indera? Namun sampai ke hari ini pun beliau masih seorang ahli UMNO dan mempunyai pengaruh yang amat besar kepada pemimpin pemimpin veteran UMNO termasuk Tun M.Kenapa UMNO masih menyimpan Komunis /pengkhianat negara yang dituduh oleh UMNO satu ketika dulu?
Mungkin jawapannya akan diperolehi oleh seluruh rakyat malaysia jikalau Najib berani untuk menjawab satu surat peribadi yang dihantarkan oleh Tun M kepada Perdana Menteri Malaysia. Sama samalah kita tunggu jawapan tersebut dari Rosmah atau pun Najib.

Saturday, September 10, 2011

PESANAN DARI MIMBAR KEPADA YB TAKIYUDDIN



Sila Klik PETIKAN DARI KHUTBAH JUMAAT DI KOTA BHARU untuk mendengar pesanan dari mimbar.

Beberapa hari yang lalu kawe ada mengengahkan isu KEBERSIHAN di Kota Bharu di dinding mukabuku UMNOtumPAS yang boleh dibaca komen komen dan ahli ahli group yang lain DISINI.Melihat dari respon disana bolehlah kawe sifatkan rakyat Kelate amat prihatin dengan kebersihan .Komen kawe disana mungkin agak sedikit ''keras'' atau ''kasar'' terhadap exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab.Samada beliau gembira atau berterima kasih dengan komen komen kawe tersebut bukanlah perkara yang ingin ketahui.Kawe hanya menggunakan kedudukan kawe sebagai rakyat marhein untuk menyatakan HAK kawe secara bebas tanpa menyalahi apa apa dari sudut perundangan.Harap harap YB Taki tidak menyaman kawe kerana perkara tersebut..hahaha.

Semalam hari jumaat diatas mimbar masjid yang kawe menghadirkan diri untuk solat jumaat khatib menyampaikan khutbahnya mengenai KEBERSIHAN yang dituntut oleh agama islam.Yang paling menyentuh kalbu kawe adalah apabila khatib menyeru jemaah supaya meluangkan masa hanya 10 minit seminggu untuk atau bersamaan dengan 40 minit sebulan untuk memastikan persekitaran rumah setiap jemaah dalam keadaan bersih.Logiknya 10 minit seminggu tidak mampu untuk menjaminkan kebersihan atau keadaan rumah kita berada dalam keadaan kemas dan bersih.Tetapi sudah memadai 10 minit sahaja dalam seminggu untuk kita meninjau atau mencari idea untuk menjaga kebersihan rumah kita yang perlu dilakukan setiap hari oleh isi rumah. Maknanya khatib menyeru dari mimbar untuk semua ketua ketua keluarga supaya meluangkan masa hanya 10 minit seminggu untuk memastikan KEBERSIHAN itu terjaga dan dijaga dengan baik.

Sebagai orang islam kawe mengambil seruan dari khatib dari mimbar ini adalah suatu perkara yang amat serius dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak .Khatib tidak mengambil isu kenaikan cukai GST yang sedang hangat diperbincangkan oleh banyak pihak .Khatib tidak mengambil isu Mat Indera untuk berhati hati dengan fahaman komunis yang boleh menghancurkan islam.Bagi kawe bila khatib bersuara lebih lebih lagi di negeri kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah atau Kota Bharu sebagai bandaraya islam maka masalah SAMPAH dan kebersihan ini amat membimbangkan kepada masyarakat .

Bagi menghayati pesanan dari mimbar ini kawe sebagai makmum ingin bertanya kepada pihak kerajaan negeri Kelantan berapa tahun dalam 20 tahun pihak kerajaan memikirkan masalah kebersihan terhadap rakyat negeri Kelantan? Berapa bulan dalam 20 tahun YB Taki sebagai ahli exco yang bertanggungjawab meluangkan masa untuk menjelajah seluruh Kelantan untuk meninjau keadaan kebersihan? Berapa hari dalam 20 tahun pihak MPKB-BRI memecahkan kepala otak bijak mereka untuk mencari idea idea baru untuk mempertingkatkan mutu kebersihan di Kota Bharu?

Pihak pihak berkenaan boleh memilih untuk berdiam diri tanpa apa apa tindakan,boleh berdiam diri dengan mengambil tindakan tindakan tertentu,boleh menjawab atau melancarkan ceramah ceramah penerangan kepada rakyat walaupun tindakan tidak seberapa ATAU boleh juga menjawab beserta dengan disusuli dengan tindakan tindakan tertentu mengikut kemampuan yang ada.Kawe rasa ore kelate faham dan maklum mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak pihak bertanggungjawab berkenaan ..rakyat Kelate faham dan maklum ..amat faham ..mereka faham..kawe yakin mengenai perkara itu.

Kawe juga diberitahu bahawa pihak kerajaan pusat ada menawarkan sistem pungutan sisa pepejal secara PUSAT ,iaitu dikendalikan oleh kontraktor kontraktor untuk mengatasi masalah pungutan sampah di bandar bandar di kelantan .Berapa banyak tawaran kewangan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan pusat kepada kerajaan negeri setahun tidaklah kawe ketahui dengan tepat akan jumlahnya mungkin puluhan juta setahun.Apakah pihak kerajaan negeri mahu menerima atau menolak tawaran dari kerajaan pusat ini juga kawe tidak mengetahui statusnya.Rayuan kawe adalah PERTIMBANGANKAN sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

Kawe selalu berkata bila berbual bual dengan para sahabat mengenai politik di Kelantan ,UMNO mungkin akan dapat menakluk semula kelantan sekiranya Kerajaan yang sedia ada mengambil remeh mengenai SAMPAH dan KEBERSIHAN di Kelantan.Hujjah kawe amat mudah untuk menegaskan pandangan kawe itu berasas . Kemenangan PAS di Kelantan banyak dipengaruhi oleh pengundi pengundi yang berada diluar kelantan.Perbandingan akan berlaku bila para pengundi luar ini kembali Kelantan untuk menunaikan HAK mereka.Persekitaran ditempat mereka bermastautin dengan persikitaran tanah kelahiran mereka.Tetapi jikalau pihak Kerajaan PAS merasakan pandangan kawe ini tidak akan menjejaskan sokongan ore Kelate terhadap mereka malah akan lebih bertambah sila abaikan pandangan kawe ini.

SAMPAH PERLU DISAPU MAKA PIHAK YANG TIDAK BERMINAT MENYAPU SAMPAH JUGA PERLU DISAPU SEBERSIH BERSIHNYA OLEH RAKYAT KELANTAN...HARAPAN KAWE ORE KELATE BIJAK MEMILIH ''PENYAPU'' DEMI KEBAIKAN MEREKA.

Wednesday, September 7, 2011

ANAK KEPADA BEKAS SAHABAT BAIK MAT INDERA KEMBALI KERAHMATULLAH

                            JENAZAH SEDANG DIUSUNG UNTUK DISEMADIKAN


""Sungguh sayu hati amba dapat solat Zohor di Surau Tokguru Hj Ibrahim Kg Jalah Bunut Susu. TG Hj Ibrahim, datuk kepada MYS bersahabat baik dengan Mat Indera waktu beliau mengajar agama selama 20 tahun di Muar Johor. Ibu MYS Puan Sepiah bt Hj Ibrahim yang meninggal dunia hari ni adalah anak ke 3 TG Hj Ibrahim daripada 16 orang anaknya daripada 5 Isteri. TG Hj Ibrahim merupakan Anggota Dewan Ulamak PAS tahun 1960an & 1970an. Beliau meninggal dunia pada tahun 1975. Terima kasih MYS kerana maklumat ini yang telah membawa diri yang hina ini lebih mendekati sejarah Mat Indera."" Petikan kata kata dari Yang Berhormat Dato Wan Rahim Ahli Parlimen Kota Bharu yang kawe petik dari satu catatan dinding mukabuku .




Sejarah adalah dituliskan berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku pada masa lampau itulah yang kita semua fahami. Tetapi sejarah di negara kita hari ini digemparkan kerana dikatakan telah ditulis mengikut selera pihak pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan atau berkepentingan diatas sejarah yang ditulis . Kawe tinggalkan kepada ahli ahli sejarah dan cerdik cerdik pandai di malaysia untuk membincangkan perihal sejarah yang telah tertulis itu.


Bila membaca kesayuan hati seorang pemimpin menyebabkan kekesalan timbul dibenak kawe kerana kealpaan kawe yang tidak menghiraukan satu peluang yang terhidang untuk menatap mata anak kepada seorang Tok Guru ketika beliau masih mampu berkelip.


Beberapa bulan yang lalu sahabat kawe Mohd Yusoff Solu yang menetap di Kuala Lumpur telah pulang ke negeri kelahirannya.Dalam satu pertemuan di kedai kopi kawe bertanya atas urusan apa beliau kembali ke kampung laman meninggalkan kesibukan perniagaannya di kota ,beliau memaklumkan ibu kesayangannya dimasukkan ke hospital kerana sakit tua.


Pada hariraya baru baru ini sekali lagi kawe berjumpa dengan sahabat ini bersama beberapa sahabat yang lain .Dalam perbualan itu kawe bertanya keadaan ibu beliau dan beliau menyatakan sudah keluar dari hospital.Bila perbualan kami menyentuh tentang isu pejuang kemerdekaan negara yang menjadi hangat diperbincangkan di seluruh negara apabila nama Mat Indera dibangkitkan oleh Mat Sabu sebagai pahlawan negara bukan komunis seperti yang dicatatkan oleh para penulis sejarah negara.Sahabat kawe ini buka satu rahsia besar tentang dirinya bahawa beliau adalah cucu kepada Tok Guru Ibrahim yang ada pondok di Pasir Mas pada zaman sebelum merdeka dahulu . Tok Guru Ibrahim ini bersahabat baik dengan Mat Indera dan beberapa orang sahabat yang lain semasa penentangan orang orang melayu terhadap penjajah British pada waktu itu.Amat terpegun kawe bila dengar cerita siapa Mat Indera ini dari cucu bekas sahabat karibnya.


Selanng beberapa hari kemudian semasa kawe dan beberapa orang sahabat yang lain minum teh dengan Ahli Parlimen Kota Bharu disebuah kedai kopi .Kawe ada menimbulkan isu Mat Indera ini dan memaklumkan bahawa sahabat ambo Yusoff Solu yang berkebetulan juga rakan mukabuku YB tersebut adalah cucu kepada bekas sahabat karib Mat Indera.Teruja dengan pengkhabaran itu YB ingin berjumpa dan bersemuka dengan Yusoff Solu untuk mendengar sendiri akan pengisahan Mat Indera ini.Kuasa tuhan itu besar janji Allah itu benar ,sedang kami rancak berbual tiba tiba telefon kawe berdering dan pemanggilnya adalah yusoff Solu dalam hati kawe berdetik ''panjang umur sungguh sahabat kawe ni''. Mungkin umur sahabat kawe ini masih panjang tapi umur anak kepada Tok Guru Ibrahim sudah tamat . Yusoff Solu memaklumkan kepada kawe bahawa ibunya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit yang di lalu di Hospital Besar Kota Bharu dan beliau meminta kawe memaklumkan kepada beberapa sahabat sahabat lain mengenai berita sedih tersebut . 


Orang pertama yang kawe beritahu adalah Dato Wan Rahim iaitu Ahli Parlimen Kota Bharu,bila berita tersebut beliau dengar kawe lihat satu kelainan diwajah beliau tidak seperti diwajah sahabat sahabat kawe yang lain yang berada di meja yang sama.innalillah terkeluar dari mulutnya dan lantas bertanya kepada kawe sembahyang mayat pukul berapa esok? Kawe sendiri tidak boleh menjawab soalan itu tapi dijawab dengan kawe akan hubungi yusoff Solu berkenaan perkara itu . DWR menyatakan hasratnya kepada kawe untuk turut serta sembahyang jenazah anak kepada Tok Guru ibrahim ini.


Semasa dalam perjalanan ke Bunut Susu untuk turut serta menyempurnakan sembahyang jenazah anak Tok Guru Ibrahim ini,beliau menyatakan rasa kekesalan pada dirinya  kerana belasan tahun beliau belajar tetapi ditipu oleh sejarah yang ditulis oleh pihak pihak yang berkepentingan tanpa mengira apakah kebenaran yang ditulis itu satu kebenaran peristiwa yang berlaku. Kawe hanya berdiam diri dan mendengarnya dengan penuh tekun .


Sesampainya kami di rumah anak kepada Tok guru Ibrahim ini cucu kepada Tok Guru Ibrahim menyambut kami dan YB Aziz sudah berada disitu dengan beberapa orang keluarga Tok Guru Ibrahim dan penduduk setempat.Bila masuk waktu zohor kami semua berjemaah disebuah surau lama di sebelah rumah anak Tok Guru Ibrahim ini .Menurut cerita sahabat ambo iaitu cucu kepada Tok Guru Ibrahim lagi madrasah tersebut dibina 40 tahun yang lalu dan beliau juga tunjuk kepada kami satu kawasan berdekatan dengan madrasah tersebut sebagai tapak pondok yang dibina oleh Tok Guru Ibrahim.






YB Aziz dan YB Dato Wan Rahim bergambar dengan cucu cucu Tok guru Ibrahim.




Sebahagian dari pemimpin pemimpin yang hadir termasuk Datuk Speaker.




Setelah segala urusan pengekebumian jenazah selesai kami berangkat pulang dan sekali lagi DWR menyatakan rasa kekesalan terhadap diri tentang apa yang telah berlaku mengenai sejarah yang ditulis .Kawe tidak banyak berbicara mengenai sejarah ini kerana kawe bukanlah ahli sejarah dan rasa tiada keberanian untuk menyokong atau menidakkan dakwaan yang dibuat oleh Mat Sabu itu .Cuma kawe mengambil sikap sejarah adalah satu peristiwa yang benar benar berlaku dan yang ditulis itu tidak semestinya benar jika menyeleweng dari apa yang sebenarnya berlaku.


Oleh kerana kekesalan yang mendalam dalam dirinya itu DWR beritahu kepada kawe beliau akan berusaha untuk mengadakan satu forum rakyat di Kota Bharu untuk membuka minda rakyat kelantan mengenai kebenaran sejarah yang berlaku dalam waktu terdekat dan akan menjemput Mat Sabu untuk menjelaskan apa sebenarnya yang ingin disampaikannya ,mungkin juga beliau akan menjemput beberapa ahli sejarah di malaysia untuk tujuan pendedahan ini.Kawe nyatakan pendirian kawe bahawa kawe setuju dengan rancangannya itu.


SEJARAH YANG DITULIS ADALAH SEPERTI TARIKH LAHIR YANG DICATATKAN DIKEPINGAN SURAT BERANAK SETIAP ORANG.DAHULU KITA SERING DENGAR ADA DIKALANGAN SAHABAT KITA YANG UMURNYA LEBIH TUA DARI TARIKH KELAHIRAN YANG DICATATKAN DI SURAT BERANAK. PERTIKAIAN UMUR SEBENAR AKAN SELESAI JIKA TERDAPAT SAKSI SAKSI YANG MASIH HIDUP UNTUK MENGESAHKAN ,BIDAN KAMPUNG ,JIRAN JIRAN DAN SAUDARA MARA BOLEH MENJADI SAKSI .NAMUN WALAUPUN DISAHKAN KETETAPAN TARIKHNYA JARANG YANG KITA DENGAR AKAN DIUBAH SEMULA DIHELAIAN SURAT BERANAK ..KENAPA? APAKAH PENULIS PENULIS SEJARAH KITA PUN MELAKUKAN KESILAPAN YANG SAMA?