Wednesday, May 9, 2012

AMANAH YANG MENSIAKAN HARAPAN

BEKAS TIMBALAN PRESIDEN AMANAH SEDANG MENELITI MENU

Beberapa hari yang lalu  kawe berkesempatan untuk duduk bersama beberapa jam dengan bekas Menteri TV UMNO satu ketika dahulu.Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil ini telah keluar dari UMNO kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan kepincangan dan rasuah serta penafian dan kezaliman UMNO terhadap rakyat malaysia.

Sepetang bersama beliau pada hari tersebut banyak juga yang kawe dapat cungkilkan dari minda dan perasaan bekas veteran UMNO ini.Kawe tidak mahu menulis tentang kebobokan UMNO yang diceritakan oleh beliau kepada kawe kerana bagi kawe kemungkaran UMNO tersebut bukan lagi satu rahsia tersembunyi bagi seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang menarik minat kawe adalah mengenai tokoh ini dengan AMANAH dan Ku Li ,sesuai dengan gaya hidup tokoh ini yang mementingkan kecantikan serba serbi dalam memilih jalan kehidupan dan putih yang bersih akan didekati untuk dicintai dalam kehidupan dan pilihan beliau untuk bersama AMANAH adalah satu pilihan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Terkedu tidak terkata kawe bila tokoh mengatakan beliau telah meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Amanah dan menyerahkan kepada Ku Li untuk dimilikinya.Agak lama juga kawe terdiam untuk mencari akal sebelum untuk mendapatkan ayat ayat yang sesuai sebelum bertanyakan beliau kenapa beliau melepaskan AMANAH kepada Ku Li.Akhirnya kawe mencelah dengan berkata Ku li lebih mementingkan dirinya dalam segala tindak tanduknya serta sentiasa mahu dirinya berada dalam kedudukan selamat .

Tokoh ini berkata beliau telah mensia siakan masa selama 3 tahun untuk bersama AMANAH dan Ku Li ...buang masa saya kata beliau. Tokoh ini juga pernah bagi tahu kepada Ku Li bahawa rakyat dibawah sana sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam negara ini ,tinggal lagi rakyat sedang menunggu untuk dipimpin oleh pemimpin2 yang boleh menyakinkan mereka untuk melakukan perubahan.Tan Sri juga beritahu bahawa beliau pernah mendesak Ku Li supaya AMANAH ini bergerak sebagai sebuah parti politik yang pro kepada rakyat yang mahu melakukan perubahan dalam pemenritahan negara tapi jawapan daripada Ku Li amat mengecewakan harapan rakyat ini.

Tambah beliau lagi bila beliau sudah jelas dengan matlamat Ku Li untuk menjadi PM Malaysia dengan cara menanti pihak pihak lain datang menyerahkan jawatan tersebut ke riba beliau tanpa mahu berjuang untuk kepentingan dan memimpin rakyat dari bawah untuk melakukan satu perubahan kepada pemerintahan negara amat amat mengecewakan beliau.

Maksudnya disini bahawa Ku Li berharap pihak BN akan menyerahkan kerusi PM kepada beliau sekiranya kedudukan parti UMNO sudah tenat dan juga Ku Li berharap supaya pihak PR akan memberi jawatan tersebut kepada beliau sekiranya pihak PR sukar untuk membentuk kerajaan setelah menang tipis dlam PRU 13 nanti .Mungkin sekarang telah mencapai cita citanya dan diberikan peluang oleh Najib untuk terus bertanding di Parlimen Gua Musang ...Mungkin juga Ku Li akan dilantik oleh najib sebagai PM Malaysia selepas PRU 13 nanti ..marilah sama sama kita tunggu detik bersejarah tersebut.

Bila mendengar cerita dari bekas Timbalan Presiden Amanah ini ,jelaslah kepada kawe bahawa Ku Li dengan AMANAH ini tiada bezanya PERKASA dengan Braheng Ali ,kedua duanya hanya mempunyai satu matlamat iaitu KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

KAWE INGIN TEGASKAN DISINI DASAR DAN MATLAMAT AMANAH DAN PERKASA KAWE SOKONG TAPI SELAGI KU LI DAN BRAHENG MAHU GUNAKAN PENTAS TERSEBUT UNTUK MENARIK SOKONGAN KEPADA PERIBADI MEREKA MAKA KAWE SERU DITOLAK OLEH SEMUA PIHAK ...CAMPAKKAN GOLONGAN PEMIMPIN SEPERTI INI KE LAUT.

Tuesday, May 8, 2012

''PENGACAU' PR KELANTAN KE PUTRAJAYA

























KLIK DISINI UNTUK KENALI PENGACAU

Lama sudah kawe tidak mencoret disini bukan kerana tiada isu yang mahu ditulis tapi kerana akhir akhir ini tiada mood yang baik untuk menulis ,bukan kerana sibuk tetapi kerana malas melanda diri sejak akhir akhir untuk menulis .

Malam tadi kawe menjadi pengacara di UTTV dalam program sembang santai uttv bersama 2 orang AMK Kelantan.Dalam strategi kawe untuk melakukan provokasi kepada anak muda tersebut kawe sengaja melontarkan satu persoalan kemungkinan bekas Jeneral /ketua PKR yang lari dalam PRU 12 akan kembali menawarkan diri sebagai calon di Kelantan.Walaupun kawe meletakkan soalan kawe ini satu khabar angin yang tidak mempunyai asas untuk memancing jawapan dari anak muda tersebut supaya menafikan dalam jawapan mereka.Seperti yang kawe jangka anak muda tersebut membalas soalan kawe yang bersifat khabar angin itu dengan menjawab bahawa khabar angin tersebut tidak betul TAPI jika benar mungkin kerana manusia tersebut ingin membetulkan perkara yang tidak betul dalam PKR Kelantan atau dalam istilah lain untuk membantu perkuatkan PKR Kelate. Sudah menjadi sifat kawe bila kawe bertanya soalan dan apa yang kawe perlu pada ketika itu adalah hanya satu jawapan sahaja. Jika kawe bersetuju kawe akan nyatakan tanda setuju ,jikalau tidak setuju kawe akan senyum sebagai tanda kawe menerima satu jawapan sahaja.

Kawe kira semua pembaca telah klik link diatas dan kawe tidak perlu menjelaskan siapakah penama pada gambar yang kawe sertakan itu.Mengikut maklumat yang kawe terima tokoh diatas yang dikatakan amat rapat dengan DSAI ini sudah hampir pasti akan bertanding diatas tiket PKR di Tanah Merah untuk mengantikan YB Amran dengan alasan itulah kehendak pimpinan tertinggi PKR .Kehendak pimpinan tertinggi disini kawe andaikan kehendak DSAI .Kawe tidak peduli siapa DSAI walaupun ramai yang mencanangkan beliau bakal PM Malaysia jika PR berjaya menawan Putrajaya atau dekat manakah tokoh diatas dihati DSAI.Yang kawe ambil peduli adalah kawe benar benar mahu melihat PR menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti.

Jika DSAI memilih tokoh pengacau PKR Kelantan ini sebagai calon kerana sahabat/kroni beliau semata mata tanpa ambil kira apa yang telah dibuat oleh pengacau yang mementingkan diri sendiri ini dalam PKR satu ketika dahulu ,kawe kira rakyat Kelate /ore kelate perlu menolak bukan sahaja pengacau tersebut malah DSAI sebagai PM jugak patut ditolak .DSAI mungkin boleh mengarahkan para pemimpin atau ahli ahli PKR di seluruh malaysia tetapi kawe tidak merasakan ore kelate atau rakyat kelate patut menjadi pokkor hangguk kepada DSAI mencapaikan cita citanya tersebut jika pandangan dan luahan rakyat Kelantan beliau tolak ketepi.

Sebabnya mudah untuk ore kelate menolak DSAI dalam hal ini ,jika DSAI boleh mengatakan ore melayu seluruh malaysia jangan menjadi hamba kerakusan kuasa pemimpin UMNO dalam mementingkan kroni dan sahabat handai mereka MAKA perkara yang sama yang mahu dituntut oleh rakyat Kelantan terhadap DSAI,jangan difikirkan kami ore kelate ini mudah mengikut telunjuk DSAI sehinggakan keterbukaan TGNA tersebut mahu digunapakai oleh DSAI untuk mempergunakan rakyat Kelantan mengikut kehendak hatinya .

Kami rakyat Kelantan tidak akan lupa apa yang telah dilakukan oleh pengacau PKR ini ketika PRU 12 dahulu ,dikala kami rakyat Kelate berhempas pulas menentang kerakusan parti durjana UMNO untuk menawan negeri kami dari PAS,Makhluk pengacau PKR ini telah memalingkan muka beliau terhadap kami rakyat Kelantan hanya satu sebab iaitu KEINGINAN/KEHENDAK hati beliau tidak dituruti oleh pihak pihak tertentu.

DSAI HARUS TAHU BAGAIMANA KAMI MENGHALAU DAA DARI MENJADI MB KAMI DAN KAMI JUGA TIDAK TERAGAK AGAK UNTUK MENGHALAU DSAI MENJADI PM KAMI JIKA MASIH BERKERAS UNTUK MENGEMBALIKAN SIPENGACAU INI UNTUK DIANGKAT MENJADI KETUA KAMI ....KAWE ORE KELATE ..DEMO PUN ORE KELATE ...ORE KELATE AKAN SENTIASA MENOLAK PENGACAU/PENGKHIANAT WALAUPUN DARI KALANGAN KAMI SENDIRI.