Monday, June 17, 2013

HUSAM PENCETUS

 
 
Sedikit keriuhan dalam kecarikan suasana telah berlaku di Kelantan dan telah menarik minat ramai untuk melihat kecarikan itu terjahit dan bercamtum semula walaupun ada juga yang mahu melihat kecarikan itu terputus dua menjadi 2 perkara yang perlu dipisahkan.
 
Kawe lama sudah tidak mencatat apa apa warisan disini kerana kesuntukan waktu yang terbeban dengan usaha untuk menjaga kepentingan orang lain supaya imbuhannya  tidak tergugat.Kali ini kawe menulis bukan kerana Husam menjarakkan ungkapan BLACK dan OUT.Kawe terpanggil untuk menghidupkan jari jemari kawe disini kerana sudah merasa MUAL dengan permainan sesetengah pihak yang cuba menjahit kain terkoyak.Walaupun kawe bukan kaya raya tapi kesanggupan kawe hanya untuk pakai seluar "ssoyok" bukan baju koyak yang dijahit atau ditampal.
 
Merenung dalam ketenangan kata kata Husam dalam video diatas terdapat beberapa percanggahan dengan prinsip kawe.Antaranya kawe tidak bersetuju dengan cara keluar kejalanraya untuk buat huru hara untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dimana mana Negara pun.Tetapi diawal ucapannya Husam telah menutup ruang untuk kawe kritik perhimpunan tersebut dengan Husam melafazkan ucapan terima kasih kepada pihak polis kerana mengeluarkan permit perhimpunan secara aman seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan Negara.Husam juga menegaskan perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan TETAPI satu perhimpunan rakyat untuk menyatakan rasa tidak puashati kepada kerajaan mengikut saluran undang undang yang dibenarkan.
 
Dalam menilai ucapan Husam juga kawe dengan ANGKUH nya akan membuang jawatan Husam sebagai Naib Presiden PAS Malaysia ,gelaran Ahli Yang Berhormat yang melekat pada Husam juga kawe akan pinggirkan,Darjah kebesaran yang diberi Sultan juga kawe rentapkan pada diri Husam dalam ucapanya ini.Tengoklah Husam sebagai seorang pengembala kambing,cerminkan Husam sebagai seorang pengayuh beca,campakkan Husam sebagai seorang petani yang membanting tulang disawah atau seorang nelayan yang gigih melawan gelora laut ganas demi mencari rezeki sesuap nasi.
 
Sebagai seorang nelayan yang sanggup tidak turun ke laut semata untuk bersama sama dengan rakan rakan lain dalam satu perhimpunan untuk tunjukkan perasaan tidak puashati secara aman TIDAK bolehkah untuk melontarkan satu pertanyaan kepada pemimpin yang martabat dewa dalam PAS akan ketidakhadiran mereka?Apakah seorang petani tidak mempunyai perasaan dihati mereka untuk bertanya adakah pemimpin mereka sendiri telah khianat kepada perjuangan yang mereka pimpin?Apakah seorang pengembala kambing tidak boleh berasa bimbang akan pemimpin mereka akan tidak  GAGAH dari sebelum menang setelah menang dalam pilihanraya?
 
Kata kata Husam ini akan meresap disetiap jiwa hamba rakyat yang tahu erti apa itu keringat perjuangan dalam hidup mereka ,setelah dinilai secara lebih dalam lagi maka bukan kawe yang ANGKUH untuk membuang segala jawatan dan darjah kebesaran yang Husam ada TAPI Husam dan diri Husam sendiri yang menghinakan dirinya untuk ditempatkan dirinya  bersama sama merasai denyut nadi rakyat yang daif di Kelantan yang ditipu oleh kerajaan yang rakus berkuasa.Seorang pemimpin rakyat harus memahami keresahan jiwa rakyat ,harus tahu pengorbanan rakyat untuk martabatkan seorang pemimpin untuk pimpin mereka.Harus tahu untuk bawa dan menghala kemana suara yang dikehendaki rakyat.
 
Husam juga dalam ucapannya bangkitkan QArdawi untuk dijadikan contoh ,teladan Qardawi Husam ambil untuk dijadikan sempadan oleh para pembesar PAS di Kelantan .Samada perlu atau tidak Husam menceritakan kisah penerbangan Qardawi dari Qatar ke Mesir untuk bersama sama rakyat Mesir suatu masa dahulu kawe tidak peduli. Kerana yang patut peduli adalah pemimpin pemimpin PAS Kelantan yang sama sama berserban seperti Qardawi.
 
Ucapan Husam ini kawe sifatkan sebagai satu ucapan "PENCETUS" secara berkasta. Rakyat bawahan yang berada dikasta bawah merasakan ucapan ini mewakili mereka MANAKALA para pemimpin atasan yang berada dikasta yang paling atas mungkin merasakan Husam sedang mengecam ,menyindir,memperli,menghentam mereka.
 
Memang tidak patut jika Husam salah seorang pemimpin PAS menyindir barisan pemimpin PAS yang lain dalam apa jua keadaan pun atas alas an menghormati rakan satu jawatan TAPI rakyat terbanyak akan lebih mengutuk Husam jika suara mereka Husam tidak endahkan semata mata untuk menjaga hati rakan rakan sejawatan.Pada kawe husam telah buat satu keputusan yang tepat untuk dirinya membawa suara rakyat dan menjadi tidak patut untuk rakan rakannya yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dibawah.
 
Keberanian Husam untuk berdiri dihadapan rakyat tanpa membelakangi pemimpin yang lain untuk menyatakan/hasrat rakyat kepada pemimpinnya adalah pekara yang patut dicontohi oleh para pemimpin PAS yang lain. Berdirilah dengan kebenaran ,berkatalah dengan benar didepan sesiapa sahaja tanpa gentar untuk kebaikan semua.
 
Pada kawe ucapan Husam ini tiada apa apa yang mengemparkan atau untuk digemparkan oleh pemimpin pemimpin PAS yang lain kerana mereka patut tahu sikap dan pendirian Husam melainkan mereka sudah terlalu masak dengan lakonan Husam .
 
Kawe tidak mengenali Husam seperti mana pemimpin pemimpin PAS yang lain kenali Husam TAPI kawe bernasib baik untuk berhujjah dan berdepan dengan beliau tentang beberapa perkara .Cukup sekadar kawe berkata disini bahawa Husam berpendirian secara peribadi sanggup melihat dan terima untuk kerajaan PAS Kelantan kalah dalam mana mana PRU jika kerajaan negeri sudah gagal atau tidak lagi mempertahankan hak hak rakyat atau membebankan rakyat kerana kerenah pemimpin yang lebih pentingkan diri sendiri dari rakyat terbanyak.
 
Oleh itu kawe berpendapat bahawa ucapan ini lebih menjurus kepada mencungkil keluar kehendak rakyat yang sebenar untuk didengari oleh barisan pimpinan atasan PAS.Mungkin ada yang boleh personal kenapa setelah Husam tidak dilantik menjadi Exco barulah melihat kehendak rakyat dibawah? Kawe berpandangan bahawa Husam melakukan perkara itu pada masa yang tepat kerana sebagai wakil rakyat biasa bermakna beliau sama taraf sahaja dengan rakyat biasa yang lain .Jaddik sebagai rakyat biasa Husam menyampaikan mesej bahawa pimpinan atasan sedang diperhatikan oleh rakyat dibawah .
 
Kawe pernah menyindir Husam secara berdepan setelah kawe tidak berpuashati dengan jawapan yang beliau beri kepada soalan kawe  usulkan kepada beliau dalam satu perkara yang melibatkan kepentingan rakyat Kelantan. Kawe tidak perlu ambil masa yang lama untuk melemparkan kata kata kepada Husam dengan ungkapan " Saya bertanya kepada salah seorang ahli Exco kanan Kerajaan negeri Kelantan dan saya beranggapan saya sudah tidak salah tempat bertanya" ....Samada Husam terusik hati dengan kata kata kawe tersebut bukanlah suatu perkara yang kawe pedulikan untuk kawe gunakan HAK kawe sebagai rakyat untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari seorang pemimpin yang ada jawatan dalam Kerajaan.Husam beri penjelasan kepada kawe mengenai isu tersebut dan walaupun kawe masih tidak berpuashati kepada penjelasan beliau TAPI cukuplah bagi kawe  untuk menilai bahawa keikhlasan dari dirinya untuk menjelaskan.
 
JANGAN MEMBUKITKAN SAMPAH DIBAWAH KARPET KERANA BUKIT ITU PENUH DENGAN ISI KEPALSUAN