Tuesday, August 20, 2013

HUSAM TAK RETI BERJEMAAH



Husam hebat bila memimpin jemaah ,Husam juga setia berada dalam saf jemaah dan Husam pantas menegur kesilapan imam di saf depan jemaah.Begitulah lengkapnya adab duduk dalam saf makmum atau imam dalam sembahyang berjemaah.Semua orang Islam yang beriman memahami kaedah ini dalam kehidupan harian mereka.

Dalam jemaah politik PAS juga ahli ahlinya yang mengamalkan konsep politik Islam dari segi dasar dan tindak tanduk dalam parti.Dalam politik PAS selepas era Asri  tidak pernah berlaku imam ditarik turun melainkan sudah habis kudratnya untuk memberi salam .Adab PAS menegur imam yang salah dalam saf bukan menyuruh imam undur ke belakang untuk diganti.

Husam mungkin faham berjemaah dalam politik berbeza dengan berjemaah dalam sembahyang dan juga tidak menjadi kesalahan jika perlakuan dalam sembahyang berjemaah tidak dilakukan jemaah politik.Untuk menjadi Imam dalam sembahyang memerlukan makmum di belakang .Untuk memanggil makmum perlu kepada bilal.

Husam sedar kemampuannya untuk menjadi Imam dan berkelayakan untuk digelar sebagai Bilal. APakah Husam mahu beliau dikenali sebagai imam tapi dalam masa yang sama sebagai Bilal yang nyaring memanggil makmum untuk memenuhi saf saf hadapan. 

Bila berjalan atau musafir seorang diri maka peluang untuk menjadi makmum sentiasa terbuka setiap kali singgah di Masjid. Berbeza bila bermusafir secara berkumpulan maka salah seorang dari ahli kumpulan akan dipilih sebagai Imam untuk pimpin jemaah walaupun sembahyang dibawah pokok rendang.

Dalam menilai sejarah politik Husam di kelantan selama ini kawe melihat Husam lebih suka dan selesa dengan amalan ""sedap sedap cari makan" yakni satu program makanan yang memperkenalkan restoren restoren di Malaysia.Dalam perniagaan kedai makan memang terbukti jika sebuah restoren itu sedap masakannya maka sejauh mana lokasi restoren tersebut akan dikunjungi oleh pengunjung.

Jika Husam mahu berpolitik resam gula maka jaddilah sekilo gula bukan sebutir gula,semut pemakan gula tidak akan datang seekor untuk usung sebutir gula tetapi datang secara berjemaah untuk melenyapkan sebutir gula.Tapi sekumpulan semut akan leka untuk mengerumuni sekilo gula kerana resam makhluk akan leka dengan kemanisan.

Selama 23 tahun politik sebutir gula husam dijagai rapi oleh penjaga amanah PAS Kelantan.Kerana takut diperenyet  jemaah semut tidak menjauhi sebutir gula tersebut tetapi hanya pandang dengan penuh terliur untuk tidak usik.Sebutir gula yang tidak reti berjemaah dalam politiknya menyimpan rasa risau bila si penjaga telah tamat tempoh jagaan TETAPI mungkin kerana sudah terlalu lama dikeliling oleh jemaah semut tanpa diusik sedikit pun membuatkan sebutir gula sudah lupa bahawa jemaah semut tersebut adalah pemakan gula yang ganas.

SEMUT ADALAH MAKHLUK YANG BIJAK BERPOLITIK KERANA KEHEBATAN MEMBINA RANGKAIAN DAN KUMPULAN UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN RATU MEREKA 

Tuesday, August 13, 2013

PATUNG



Allah SWT memuji Ibrahim dalam flrman-Nya:

"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an- Nahl: 120)

Termasuk keutamaan Allah SWT yang diberikan-Nya kepada Ibrahim adalah, Dia menjadikannya sebagai imam bagi manusia dan menganugerahkan pada keturunannya kenabian dan penerimaan kitab (wahyu). Oleh kerana itu, kita dapati bahawa setiap nabi setelah Nabi Ibrahim as adalah anak-anak dan cucu-cucunya. Ini semua merupakan bukti janji Allah SWT kepadanya, di mana Dia tidak mengutus seorang nabi kecuali datang dari keturunannya. Demikian juga kedatangan nabi yang terakhir, yaitu Nabi Muhammad saw, adalah sebagai wujud dari terkabulnya doa Nabi Ibrahim yang diucapkannya kepada Allah SWT di mana ia meminta agar diutus di tengah-tengah kaum yang umi seorang rasul dari mereka. Ketika kita membahas keutamaan Nabi Ibrahim dan penghormatan yang Allah SWT berikan kepadanya, nescaya kita akan mendapatkan hal-hal yang menakjubkan.

Kita di hadapan seorang manusia dengan hati yang suci. Manusia yang ketika diperintahkan untuk menyerahkan diri ia pun segera berkata, bahawa aku telah menyerahkan diriku kepada Pengatur alam semesta. Ia adalah seorang Nabi yang pertama kali menamakan kita sebagai al- Muslimin (orang-orang yang menyerahkan diri). Seorang Nabi yang doanya terkabul dengan diutusnya Muhammad bin Abdullah saw. la adalah seorang Nabi yang merupakan datuk dan ayah dari pada nabi yang datang setelahnya. Ia seorang Nabi yang lembut yang penuh cinta kasih kepada manusia dan selalu kembali kepada jalan kebenaran.

Kisah Ibrahim dan patung adalah bukan satu kisah dongengan yang dipenglipurakan oleh manusia untuk berhibur TAPI satu kisah yang dikitabkan oleh manusia setelah diwahyukan kepada kekasih sang pencipta.Sampai kesaat ini pun masih ramai lagi manusia manusia yang setia menjadi penyembah kepada patung patung kaku ini .

Sifat patung adalah bisu ,pekak,buta,kaku,keras dan mempunyai rupabentuk. TEGUH berada dalam keadaan asal juga satu sifat patung yang azali.Tidak menjadi satu dosa jika mengutuk atau tidak mengutuk patung ini TAPI akan menjadi satu dosa yang amat besar jika menyembah dan memuja patung.Patung berupa bentuk mengikut citarasa pengukirnya tapi tidak berpeel seperti pengukirnya.

Setelah peristiwa Nabi Ibrahim memenggal kepala patung patung maka wujud kesedaran kepada segelintir manusia bahawa patung yang mereka puja dan sembah selama ini sebenarnya tidak berguna dan tidak mampu untuk menolong apalagi untuk menjaga kepentingan mereka.Menyedari hakikat ini dan manusia yang telah dijanjikan oleh pencipta bahawa mempunyai seketul otak yang amat kreatif dalam segala segi pemikiran dan akalan.

Orang Islam dilarang sama sekali menyembah dan memuja patung patung ini dan bagi orang islam juga mereka tidak perlukan apa apa pertolongan dari patung patung tersebut dalam segala segi .Namun harus diingat bahawa orang islam juga mempunyai akal sebagai manusia dan mempunyai nafsu sebagai makhluk serta mempunyai kehendak untuk memenuhi keinginan.

Jikalau zaman orang tua kita dahulu yang bercucuk tanam padi disawah mereka mempunyai akalan yang tersendiri tetapi tidaklah sampai merosakkan akidah mereka dalam penggunaan patung "orang orang" yang bertujuan untuk menakutkan binatang binatang dari merosakkan tanam mereka . Apakah patung ini lebih cerdik dari binatang?? Kawe berpendapat manusia itu lebih cerdik dari binatang dan binatang itu bodoh kerana takut kepada patung dan bukannya patung itu keramat.

Dizaman moden ini manusia semakin kreatif pemikiran mereka dalam penggunaan patung patung ini dalam memberi kemudahan kepada kehidupan mereka . Manusia mula mencipta robot robot atau patung patung yang mampu bergerak .Begitulah hebatnya akalan manusia dalam mempermudahkan proses kehidupan mereka.Apakah menjadi satu dosa kepada manusia yang bergantung kepada patung patung ciptaan mereka ini?


Orang Melayu agak ketinggalan sedikit dalam perlumbaan merekacipta patung patung besi bergerak ini berbanding dengan bangsa bangsa lain didunia pada hari ini.Mungkin tanpa disedari oleh bangsa bangsa lain didunia bahawa orang melayu telah mendahului mereka dalam perlumbaan merekcipta patung patung ini.Mungkin sekarang ini orang melayu sedang proses ujikaji patung patung ciptaan mereka sebelum dipasarkan untuk memasuki pasaran dunia.

Kurang lebih 3 tahun yang lalu kawe ada menulis dalam blog mengenai MESIN VS MANUSIA untuk melahirkan satu perasaan bahawa manusia pada masa kini sudah gagal mempergunakan pertimbangan fikiran yang waras kerana pengelabuan mata mereka dengan wang ringgit.Kerisauan kawe 3 tahun yang lalu kini menjadi satu kenyataan pada pandangan kawe tetapi ianya lebih parah dari apa yang kawe jangkakan.

Kini manusia membentuk patung dari kalangan mereka sendiri dan diberi kuasa tertinggi untuk membuat keputusan kepada  majoriti.Keputusan dari "patung manusia" ini perlu dipatuhi dan di wala oleh manusia lain tanpa boleh membantah kerana itu keputusan seorang ketua yang perlu dipatuhi dan dituruti."Patung manusia" ini hanya diperlukan membaca teks keputusan yang telah disediakan oleh pembentuk pembentuk yang mempunyai keinginan yang besar.Karismatik yang mesti dimiliki oleh "patung manusia ' ini amat mudah iaitu mesti dilihat sebagai seorang yang jujur,beriman,lurus serta bersih di mata orang ramai.

BERAPA LAMAKAH KITA SEMUA TELAH DITIPU OLEH PEMILIK PEMILIK "PATUNG MANUSIA '' INI TANPA KITA SEDARI ?? APAKAH SEGALANYA SUDAH TERLAMBAT BILA DISEDARI?