Friday, August 19, 2016

AIR




Dinegara seperti Maldives bekalan air bersih adalah satu masalah yang Amat besar tambahan pula dengan jumlah beribu ribu Pulau yang mereka miliki 

Rata rata penduduk diibu negara itu sangat berpuashati dengan bekalan  air bersih yang disediakan oleh pihak kerajaan mereka Di bandar Male 

Namun begitu terdapat juga rungutan oleh rakyat mereka tentang bekalan bersih di pulau pulau yang tidak membangun seperti Male.

Tekanan air dari pihak yang menyalurkan air kepada pengguna adalah setinggi 5 tingkat bangunan.

Tahap kebersihan air yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Maldives adalah bila buka paip air boleh terus diminum tanpa perlu ditapis Dan ditapis lagi.

Maldives tidak mempunyai sumber air asli seperti negara negara lain yang bertuah seperti memiliki Tasik Galilee sebagai punca air asli.

Mereka terpaksa memproses air laut untuk dijadikan air kegunaan seharian Rakyat mereka.

Thursday, August 18, 2016

Mencari Kembali



Bertahun kawe menyepi dari laman ini.Tiada sebab apa apa yang diperlukan bagi Kawe untuk nyatakan disini kenapa laman Ini dibiarkan usang dan berdebu kerana laman ini adalah milik kawe secara mutlak.

Kini Kawe kembali untuk menyapu debu debu dilaman ini. Pembukaan tirai laman ini adalah dengan merobohkan bangunan tiga tingkat hakmilik Kementrian Kewangan Kerajaan Republik Maldives Di ibu negara yang Bernama Male .

Maldives sebuah negara yang berpulau Pulau Dan sumber utama negara adalah industri pelancongan Dan perikanan.

Diatas tapak yang sedang dirobohkan ini akan dibina sebuah bangunan baru setinggi 25 tingkat yang akan dimegahi oleh rakyat Maldives bahawa ini lag bakal bangunan paling tinggi di negara mereka  nanti .

Cukuplah dulu sebagai pembuka tirai kerana kawe terpaksa bergegas ke Ibrahim Internasional Airport untuk pulang ke tanah air setelah 2 minggu berada disini.