Saturday, July 11, 2009

999

agak lama doh kawe tidak jenguk sini ...bukan sibuk tapi ada kijo hok kena buat ,sibuk cari nafkah,lorat buat tanggungjawab hok kena jawab.

kawe dok sibuk kejar 999 ......kalu di malaya ore pakat toksir kalu bunyi 999,tapi di tanah gersang tempat kawe cari nafkah ni kawe kena sibuk kejar 999.

Dunia ni sudah gilo ada ore toksir ko 999,ada ore perlu 999 nasib kawe lebih teruk dari ore nok dan ore toksir kerana kae kena hambat 999 ni....gila gila ...


tarikh keramat 09-09-09 di Dubai ni buat kawe gelepar kerana tok arab nak buat gemparan di dunia ....Arab gilo kawe letih,arab glamor kawe peluh ppah ko keting...

Gilo tok arab negara kaya rakyat hidup senang....Malaya lagu mano negara kaya anak beranak ambo hidup susah....melayu gilo cino untung....najib senang ...babi boleh rumah baru...

Orang melayu ramai hok sesat....mulo ayah pin jjah sesat lonni semua ore sesat...saing kepada saing2 kawe report ko 999 kerana toksir sesat...mula lembu kuba jjah hok sesat loni ore pung ramai hok sesat..

Saturday, February 7, 2009

Rakyat Malaysia Di Tahan Di Dubai Dituduh Bos Rompak Syarikat Sendiri





Surat Bapa kepada rakyat Malaysia yang teraniaya yang telah tersiar dalam yahoogroups Malaysian-in-UAE dan berada dalam public domain:-

Urutan peristiwa adalah seperti berikut :
1) Abu Bakar bin Razali telah dipinjamkan oleh Syarikat LCL Coorporation Berhad yang beralamat Lot 2123 Jalan BA/3 Kawasan Perusahaan Bukit Angkat 43000 Kajang Selangor kepada LCL INTERIORS L.L.C, DUBAI UAE sejak awal 2007 sebagai Site Supervisor yang berkaitan dengan Interior Design.

2) Pada 12 Januari 2009, Abu Bakar bin Razali mulai bercuti di Malaysia kerana melangsungkan perkahwinan pada 24 Januari 2009, dengan perbelanjaan penerbangan pulang ke Malaysia seperti kebiasaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

3) Pada 27 Januari 2009, beliau telah menghantar email kepada syarikat di Dubai bertanyakan tiket penerbangan pulang yang masih belum diperolehi. Setelah tiada respon dari pihak syarikat, beliau telah mengulangi email di atas perkara yang sama pada 28 Januari 2009.

4) Memandangkan tiada jawapan, beliau telah menghubungi pihak syarikat di Dubai dan mendapat jawapan CEO syarikat ( Charoonsak Leevutinun - warga Thailand ) sedang bercuti di Thailand dan tiada siapa yang berkuasa untuk meluluskan tiket penerbangan pulang Abu Bakar ke Dubai.

5) Pada 31 Januari 2009, Abu Bakar dengan perbelanjaan sendiri telah pulang ke Dubai bersama isteri ( Nurul Fahadha binti Hamim +971503074679 juga seorang pekerja syarikat yang sama ) bagi meneruskan kerja beliau sebagai Site Supervisor di syarikat tersebut.

6) Pada 2 Februari 2009, lebih kurang jam 11 pagi waktu Malaysia, saya sebagai bapa kepada Abu Bakar telah menerima panggilan daripada Abu Bakar yang memberitahu beliau telah ditahan oleh pihak polis Dubai atas peristiwa berikut:

a - Sekembali dari Malaysia, Abu Bakar dipanggil oleh CEO syarikat yang memberitahu bahawa beliau ditamatkan perkhidmatan di Dubai atas alasan cuti beliau mulai 12 Januari 2009 hingga 31 Januari 2009 tidak diluluskan dan dianggap telah tidak hadir bertugas secara berturut-turut melebihi 7 hari.

b - Abu Bakar bin Razali memohon pihak syarikat mengeluarkan surat akuan pemberhentian kerja tersebut tetapi tidak dilayan oleh CEO syarikat sebaliknya Abu Bakar diminta supaya menyerahkan passport dan dokumen peribadi kepada syarikat bagi tujuan pembatalan semua permit kerja dan yang berkaitan.

c - Memandangkan ketegasan Abu Bakar, pihak CEO telah merampas semua dokumen peribadi beliau dan melaporkan kepada pihak polis Dubai bahawa Abu Bakar disyaki terlibat di dalam satu kejadian kecurian dalam pejabat yang berlaku pada 24 Januari 2009 ( hari perkahwinan Abu Bakar di Malaysia ).

d - Sehingga email ini ditulis, Abu Bakar bin Razali masih berada di dalam tahanan pihak polis Dubai.

7) Sebagai rakyat Malaysia Negara Berdaulat, saya merayu kepada pihak Yang Mulia membantu anak saya Abu Bakar bin Razali yang saya yakini sepenuhnya tidak terlibat dalam sebarang jenayah samaada di Malaysia mahupun di Dubai.

8) Saya juga memohon nasihat dari pihak Yang Mulia apakah tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak saya bagi mempercepatkan proses pembebasan anak saya Abu Bakar bin Razali yang dianiaya sebegitu rupa oleh pihak syarikat tempat beliau bekerja.

Sekian, wassalam.


Kalu ada sahabat sahabat atau anak beranak dapat tawaran kerja ngan company ni hati hati sikit coz dari cerita yang kawe dengar dan tengok sendiri ramai doh kita ore malaysia sini kijo dapat basic jjah .....

Tuesday, November 4, 2008

Salam Dari dubai

Terlebih dahulu kawe ingat ucap terima kasih ko semua gu gu hok terlibat dalam mengiringi kawe dari airport kb ke lcct dan dari lcct ke klia dan klia ke dubai tempoh hari...kappak,nippon,wan li,ewank dan ashuaimi terima kasih banyok banyok hehehe

Wednesday, October 29, 2008

DARUL RAHMAT



Kokokan ayam jantan di pagi yang hening di Darul Rahmat adalah suatu yang indah dan merdu tentulah mengubati kerinduan insane yang bergelar anak kampong seperti kawe.

Kicauan muzik alam yang indah setelah fajar menyinsing yang dilagukan oleh makhluk tuhan yang mula mengepakkan sayapnyu ntuk mencari rezeki dipagi itu menjadi ganti kepada deruman enjin kenderaan yang mengotorkan alam untuk manusia mencari nafkahnya dikota telah melunakkan telinga kawe di Darul Rahmat.

Bila melihat mesin rumput semulajadi memakmur dan menjaga bumi tuhan ini menyedarkan kawe betapa kerdilnya diri kawe dibumi sementara ini.

Kedamaian dan keindahan di bumi Darul Rahmat ini adalah persinggahan sementara jua bagi kawe kerana laungan sang musafir bergema di telinga mengatakan hujan emas akan menimpa ditanah gersang.

Bumi hijau Darul Rahmat akan disisihkan lagi bagi memenuhi perjalanan hidup kawe yang tak pasti dimana penghujungnya,.kokokan si jantan akan dipinggirkan lagi,muzik indah si murai akan digantikan lagi …..kerinduan ini akan kawe pikul disepanjang perjalanan.

Malam terakhir kawe bermalam di Darul Rahmat pada tahun ini adalah sesuatu yang indah ……kerana malam esok kawe tidak lagi akan dapat menikmati sinaran bulan yang di pagari bintang bintang indah di Darul Rahmat.

Ribuan terima kasih kepada keluarga dan handai taulan yang berkesempatan untuk menzirahi kawe di Darul Rakhmat walaupun untuk seketika yang singkat……senda Kappok,gurauan Tuak,seri Matt Boo bersama dengan kawe di Darul Rahmat adalah lambang ikatan sahabat yang terbina .

Sahabat ku nippon terima kasih kawe ucapkan diatas kesanggupan demo untuk menyusahkan diri demi untuk melegakan dan memudahkan perjalanan seorang sahabat.

KEPADA SAHABAT SAHABAT YANG MENGENALI DIRI KAWE ……KEKALKANLAH TALI ITU SUPAYA TIDAK PUTUS

Sunday, October 12, 2008

BALIK ASAL

Seorang pengkelana telah memikul satu beg pakaian 15 tahun yang lampau meninggalkan kampong halaman dan tanah kelahiran menuju ke kota metropolitan mungkin dengan satu tujuan atau tanpa tujuan ,mungkin dengan satu harapan atau secara kebetulan untuk menjalani satu arus kehidupan di kota yang mencabar yang terlalu asing bagi seorang budak kampong yang masih mentah dalam pergolakan kehidupan yang mencabar berjauhan dari sanak saudara.

Keperitan dan kesusahan sang pengkelana menjalani kehidupan di kota di tempuhi dengan gaya dan cara tersendiri yang segala rahsianya hanya dikongsi dengan penciptanya sebagai tempat berlindung.

Kawan kawan adalah keluarga sang pengkelana,teman teman adalah adik beradik sang pengkelana.

Kegagalan dan kejayaan dalam menempuhi perjalanan hidup di kota adalah pengalaman yang amat bernilai yang terpaksa ditempuhi kerana sebuah beg yang di pikul semasa kaki melangkah meninggalkan tanah tumpah darah kelahiran bukan bebanan yang berat berbanding dengan ada tujuan yang dibawa dalam otak si pengembara ketika melangkah pergi.

Kini sang pengkelana telah mempunyai keluarga sendiri,mungkin telah tercapai apa yang di hajati,mungkin matlamatnya sudah habis dinikmati,mungkin cabaran hidup di kota sudah hilang taringnya,mungkin telah tewas dengan duri duri kehidupan dikota,mungkin merasakan kehidupan di kota mensia siakan,mungkin jiwanya sudah tidak sesuai lagi jadik penghuni kota.

Kenangan terhadap tanah tumpah darah yang di tinggalkan dengan usang puluhan tahun dahulu kini menjadi satu lambaian syurga yang merentap jiwa,yang menjadi mimpi indah,yang menjadi panggilan bahagia kepada sang pengkalana untuk meneruskan perjalanan hidup manusia mencari nesannya.

Sang kelana pasrah dengan takdir,akur dengan ketentuan ilahi,patuh kepada tuntutan usia,turuti dengan gelodak jiwa budak kampong yang dari kampong akan kembali ke tempat asal usulnya.

Tanggal 13 October 2008 adalah hari terakhir sang kelana berkelana di ibu kota Kuala Lumpur .Sang Kelana akan meninggalkan kota ini dengan membawa segala kenangan suka,duka,sedih,gembira,bahagia yang akan dibawa bersama untuk KEMBALI ASAL di tempat tertumpahnya darah si kelana di dunia ini.

Si Kelana membawa balik sebuah masjid yang dibina di ibu kota,Si Kelana membawa balik harta yang tak ternilai kepada setiap ibu dan bapa ke tempat asalnya.Ketiga tiga pendoa mustajab si kelana ini akan diajarkan untuk mengenali rupa tahi lembu yang berusia 2 jam mencecah bumi,akan diajar bagaimana memalu gedduk di surau,akan diajar bagimana untuk memilih pucuk paku yang sesuai untuk diambil sebagai ulam cicah budu.

Berakhirlah kisah pengembaraan sang kelana di ibu kota …..Apa yang sang kelana cari semasa pengembaraannya tiada siapa yang tahu.

Saturday, October 11, 2008

Juppo Saing




Hari ini kawe dibangunkan oleh gu kawe untuk makan tengah hari bersama di sebuah restoren kelate tersohor di kuala lumpur yang terletak di depan bangunan zakat di kl.

Gu kawe yang sorang nih baru kembali ke tanah air setelah berkhidmat di Negara Sudan ,seperti biasa budu ikan tawar,ulam raja,rozita dan rashidah tidak dilupakan beserta ikan singam,daging bakar dan gulai udang menu pilihan kawe dan gu gu kawe hari ini.

Setelah kami puas berperang dengan rozita bercicah budu dan udang hanya tinggal kulit serta menhgirup Teh O Beng kegemaran kawe di MZ nih…..kami bertiga mula menyedup asap kegemaran kami diselang seli dengan cerita cerita dari gu kawe semasa di Sudan.


Rahmat tuhan turun dari langit boleh dikatakan lebat juga dan kami dikejutkan oleh seorang tetamu yang tak di undang di dalam majlis kami …..


Seorang wanita jelita berketurunan tionghua ini telah mendekati meja kami dan menawarkan barangan yang dijualkan oleh beliau.

Kami bertiga yang terkenal diantara lelaki yang paling peramah dan bersopan santun di Malaya ini dengan sukahatinya mempersilakan gadis ini duduk di meja kami untuk bagi peluang kepada beliau untuk mulakan kelentongnya kepada kami.

Apa yang kawe kagumi pada wanita ini kerana berani menawarkan harga yang tak asli kepada barangan yang dikatakan asli oleh beliau.

Apa pun yang hadir dalam fikiran kawe berapa keratkah orang melayu kita yang berani/yang mampu/yang sanggup untuk menjalankan perniagaan seperti wanita tionghua dari tanah besar ini……

Friday, October 10, 2008

Sayang ko Bini

KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles.



Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan. Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008.

Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya.

"Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya," kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.



Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan. Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.

Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan. Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.

Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India. Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang 'menjalar' hingga ke sinki. 'Health level', aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.

Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia. Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk 'W' mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.

Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh. Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.

Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya. Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya.

Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, "Pulau Naga", disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab. Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik.

Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.


Fakta Menarik Antilla

· Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

· Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

· Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

· Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

· Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.


HEHEHEHE,

Lagu tu cara ore kayo sayang ko bini dio......Ore sesok pulok dia beli payung emas bui ko bini dio tanda dia sayang ko bini ......pusing kut kut mana pung ore puan jugok hok untung kalu tok laki sayang gakkk.....