Wednesday, December 8, 2010

BERSAMA GENGTERS BEIRUT



Wajah 2 gengters VCD Di Byblos

Kawe bersua dengan 2 orang gengster setelah selesai menjelajah souk di Byblos dan "lambang" yang kawe bawa pun sudah bertukar atas nasihat seorang wanita Lebanon yang pernah menetap sebulan di Pulau Langkawi.

Kali ini kawe akan cerita lagu mana "lambang itu" menjadi bahaya di Beirut.Kawe mula kan dengan lawatan kawe untuk melihat kejadian batu di Jeita Grotto .Setelah turun dari menikmati keindahan batu ciptaan ilahi kami meminta Naamat menuju ke arah bukit yang tinggi untuk kami naik ke puncaknya .Syadet Libnan merupakan destinasi kami . Untuk sampai ke puncak bukit kami terpaksa menaiki cable car ,walaupun ada jalan untuk naiki dengan kereta tapi kawe berpendapat Naamat hendak jimatkan minyak keretanya kerana harga minyak petrol di Lebanon bukanlah semurah harga minyak di Malaysia .

Bergambar kenangan denga saudara Ibrahim

Tiada apa yang menarik diatas sana melainkan pandangan yang indah menghadap laut .Di sini kawe berjumpa dengan seorang rakyat Lebanon yang pernah berkhidmat di Dubai sebagai Engineer satu ketika dulu,kini beliau sudah pencen tapi mempunyai syarikat sendiri yang buat projek projek kecilan di Lebanon .Seronok berbual dengan Ibrahim ini banyak cerita mengenai Lebanon yang di ceritakan dan beliau mencadangkan beberapa tempat yang mesti di lawati  terlanjur sampai di lebanon.Ibrahim merupakan seorang kristian yang tinggal di Harissa.

Setelah turun dari bukit ini kawe singgah di kedai souvenir di kaki bukit ,sudah menjadik satu tabiat kawe bila melawat mana mana negara satu benda yang takkan lupa kawe beli adalah T-Shirt yang berindentitikan negara tersebut.Dalam memilih beberapa helai t-Shirt untuk di beli kawe tertarik dengan satu t-shirt dan bertanya pada si penjual di mana fitting room ,malangnya dikedai tersebut tiada tempat untuk mencuba dan dengan selamba gadis Lebanon yang menjual baju tersebut suruh kawe cuba didepan dia. Kawe pun dengan selamba buka T-Shirt Kelate kawe  dan bagi dia pegang untuk cuba baju dia ( opss baju yang dia jual ..hahahaha) ..Setelah puashati dengan saiz kawe suruh dia masukkan T-shirt Kelate kawe dalam plastik bag .Dari saat itu kawe mula membawa lambang CEDAR yang menjadi kebanggaan rakyat lebanon itu .

Setelah selesai beli apa yang kami nak beli dalam kedai itu kami meminta Naamat mencari restoren untuk kami isu perut.Sebuah restoren tepi laut yang Naamat bawa kami . Sesambil makan perbualan kami terjurus kepada kemana pula hala kami selepas makan ,ada beberapa tempat yang dicadangkan dan beberapa tempat yang kami tanya Naamat jarak dan masa perlu di ambil kerana waktu siang di Beirut singkat.
Hidangan pencuci mulut kami 

Setelah perut kenyang kami ambil keputusan untuk melawat Byblos kerana itu yang terbaik pilihan yang kami ada ,jikalau ke |Saidar atau Baalbeck  mengambil masa 2 jam untuk sampai dan sudah tentu bila sampai hari sudah gelap.Byblos pilhan terbaik kerana terdapat Souk di sana .Sesampainya kami di kawasan Souk tidak ramai orang yang ada pada waktu itu. Sedang kawe berjalan sambil meninjau barang barang yang di jual ,kawe terperasaan banyak mata orang Lubnan yang memerhati ,dalam hati kawe mungkin orang Lubnan rasa pelik kerana orang luar pakai baju berlambangkan pokok kebanggaan mereka ,kawe tidak peduli.Sehinggalah seorang wanita Lubnan menyapa dan bertanya samada kawe tahu apa makna "lambang" yang kawe pakai itu ,kawe jawab dengan yakin bahawa lambang bendera negara Lubnan. Beliau kata bukan itu lambang "lubnan Force" dan kata kata beliau berakhir dengan DANGER ...kawe hanya gelak mendengar kata kata dia dan dia tersenyum dengan seribu makna...

Setelah kawe masuk satu kedai untuk melihat lihat barang yang dijual ,perempuan Lebanon yang berumur lewat 40an ini bertanya kawe dari mana dan kawe jawab dari malaysia dan beliau teruja bila dengar kawe dari malaysia dan terus beritahu beliau pernah bercuti selama sebulan di Langkawi beberapa tahun yang lalu. Dalam keghairahan dia menceritakan mengenai Langkawi tiba tiba beliau bertanya di mana kawe beli T-Shirt yang kawe pakai itu ,pantas kawe cakap dari Harissa dan dia menganguk faham . Kawe tanya dia pula kenapa? Soalan kawe beliau tidak jawab sebaliknya bertanya kawe samada tahu tak apa makna lambang itu.Sekali lagi pantas kawe jawab " Lubnan Force" sambil ketawa . Dia tersenyum dan berkata jangan pakai di kawasan Bandar Beirut atau Tripoli , kawe tanya lagi kenapa? 

Beliau mula bercerita panjang lebar kepada kepada kawe mengenai logo tersebut katanya "Lubnan Force" adalah satu pasukan tentera yang di ketuai oleh seorang bekas pegawai tentera Lubnan semasa perang saudara dulu yang berasal dari Harissa beragama kristian . Lubnan Force ini membunuh orang islam dan kristian Lubnan dengan cara amat kejam.Ramai dikalangan rakyat Lubnan di Beirut dan Tripoli menjadi mangsa kekejaman Lubnan Force ini.Perempuan ini mencerita dengan detail kepada kawe macam mana cara pembunuhan yang di lakukan oleh Lubnan force ini pada waktu itu....amat menyayat hati mendengarnya.

Kawe bertanya sekali lagi apa makna logo itu sebenarnya? Beliau berita tau ..lambang cedar itu maksudnya  rakyat lubnan dan bulatan merah yang melingkungi Cedar itu maknanya mesti di bunuh.Jaddik beliau kata eloklah baju ini jangan di pakai di Lubnan kerana mungkin akan melukakan hati anak anak lebanon yang mana ibubapa mereka yang menjadi mangsa kekejaman Lubnan force ini.

Barulah kawe faham cerita sebenar dan kenapa banyak mata memandang kawe dengan penuh makna semenjak masuk restoren makan tengahari tadi hahaahha.Kawe bagi tahu kepada perempuan ini samada dalam kedai dia ada jual baju atau tidak ? Beliau tanya kawe kenapa? kawe jawab ..kawe tak nak mati di Lubnan sambil ketawa dan dia pun ikut ketawa sama dan berkata perkara ini sudah lama berlaku ada orang yang dah lupa tapi kesannya tetap ada.

Dia jawab lagi kepada kawe dia tidak jual baju tapi dia akan cari untuk kawe tukar baju itu kepada baju lubnan yang tidak memudaratkan kepadai pemakai, beliau suruh kawe tunggu dia pergi cari untuk kawe di kedai sebelah .Tidak lama kemudian dia datang kemabali dengan beberapa T-Shirt Lubnan untuk kawe pilih.Setelah pilihan kawe buat dan beberapa barangan di kedai dia kawe beli dan minta diri untuk pulang ...Dia kata kepada kawe T-Shirt tu kawe boleh di Malaysia tiada masalah katanya TAPI jangan di Lubnan.

Samada benar atau tidak cerita perempuan ini tidaklah kawe ketahui dan kawe juga tidak bertanya kepada Naamat mengenai perkara ini.Mungkin perempuan itu hanya ingin menjual T-Shirt dia kepada kawe atau ceritanya benar kawe tak pasti . Yang pasti kawe tak nak mati di Beirtut hanya kerana sehelai tshirt. 
Kawe tinggalkan semua yang baca cerita kawe diatas dengan "Lebanese Forces" untuk menilai kebenaran cerita perempuan Lubnan tersebut.

Tuesday, December 7, 2010

MASJID SULTAN IBRAHIM



                                          Bersama Imam Masjid di Pintu masuk

Byblos adalah satu daerah di Lebanon yang pernah di kuasai oleh empayar Rome dan kesan kesan peninggalan tembok kerajaan Rome masih di pelihara sebahagiannya.Dalam program asal kawe Byblos bukanlah tempat yang menjadi keutamaan kawe tetapi disebabkan masa siang yang singkat tempat yang kawe ingin lawati tidak dapat ditunaikan hari ini .Perjalanan yang memakan masa 2 jam dari Beirut ke Saidar yang akan mengakibatkan bila kawe sampai disana hari sudah gelap.

Sesampainya kawe di Byblos sudah masuk waktu maghrib dan hari sudah gelap dan pemandangan kesan kesan peninggalan lama telah membatas penglihatan kawe .Perlu di sebutkan disini kawe kesana berdua  dan di temani oleh seorang tempatan Lebanon yang merupakan pemandu kami yang bernama Naakmat Allah Francis Aoun seorang kristian. Beliau merupakan pemandu teksi di Lebanon. Sudah menjadi kebiasaan bagi kawe bila kemana mana negara Arab tiada perancangan terperinci dan program khusus yang ditetapkan semuanya dirancang secara spontan . Cuma perkara utama selepas check-in di hotel adalah cari driver teksi orang tempatan untuk berbincang harga .Kali ini Naakmat pilihan kami setelah beberapa orang kami temuduga .


Semasa kami mendaki bukit menuju ke Souk di sini ,kami terpaksa melalui sebuah surau atau madrasah lah standard ore kampung kita panggil.Di perkarangan surau ini terdapat seorang lelaki sedang duduk diatas kerusi .Bila lihat sahaja kelibat kami lelaki ini terus bangun dan menyapa kami untuk singgah solat maghrib di Masjid ini.Setelah selesai solat maghrib kami berbual bual dengan imam tersebut dan menurut cerita dari imam tersebut masjid ini telah di bina oleh seorang Turki 500 tahun yang lalu.

Setelah bersalaman tanda perpisahan dengan dengan imam tersebut kami meneruskan perjalanan kami . "Lambang itu" masih  kawe bawa dan tiada teguran khusus yang diajukan oleh Imam tersebut ,mungkin juga kerana memahami kawe seorang pelancong bukan orang tempatan dan sudah tentu tidak mengetahui apa ertinya walaupun didalam hatinya mungkin sedikit terasa hirisan luka lama......

Monday, December 6, 2010

BAHAYA DI BEIRUT

Hati hati jangan pakai lambang ini sesuka hati di Beirut

Sudah menjadi perkara biasa bagi kawe bila disoal oleh imigresen dan pihak polis untuk memasuki sesuatu negara yang kawe lawati tapi pengalaman kawe di Beirut kali ini amat berlainan sekali kali ini.Di airport agak terperenci juga kawe di soal oleh imigresen dan polis Beirut tapi tidak sampai mengatakan kawe ambil Marijuana seperti di Oman.Bagi kawe bila memasuki sesuatu negara sudah menjadi tidak seronok lagi jikalau polis negara tersebut tidak beritahu di mana hotel tempat kawe akan menginap  nanti ...hahahaha ..Nasihat kawe jangan amalkan kerana ianya bukan sesuatu yang menyeronokkan bila di soal siasat oleh polis mana mana negara pun.Keseronakan kawe adalah kerana kawe tidak bersalah dan ruang untuk dipersalahkan tiada .Di Beirut tidak banyak kerenah tapi semua beg yang kawe bawa buka untuk di periksa.

Semasa dalam perjalanan dari airport ke hotel kawe menginap terdapat ramai askar didalam bandar Beirut lengkap dengan senjata ,kawe tidak tahu apa yang mereka jaga dan bukan masalah bagi kawe pun untuk ambil tahu tugas mereka.Sesampai di hotel kami rehat seketika sebelum keluar untuk makan malam ,makan di hotel penginapan pun bukan perkara yang menarik bagi kawe walaupun di Beirut amat mesra kepada perokok kerana tiada tempat larangan untuk merokok secara khusus.

Setelah mendapat sedikit maklumat dengan kakitangan hotel kami keluar untuk mencari restoren mengisi perut ,tiada arah yang khusus melainkan menyusuri jalan di Hamra Street.Pilihan kami adalah KFC hahaahha...selesai melapah dinner plate kami terus berjalan tanpa tujuan yang khusus selain menikmati keindahan bandar Beirut seperti pekan Golok hahahah ..Kenapa pekan Golok? Disini melanggar lampu merah dan jalan sehala dijadikan 2 hala adalah perkara biasa dan terdapat juga 3 orang menaiki satu motosikal tanpa helmet.

.Dalam menyusuri jalan jalan ini terdapat jalan yang gelap dan terang dan di kebanyakan jalan yang agak gelap akan ada 2 orang askar yang lengkap bersenjata bertugas terutamanya di downtown yang berdekatan dengan bangunan  Parlimen Lebanon.Sedang asyik kami berjalan sambil berbual tiba tiba satu suara dari belakang memanggil suruh berhenti dalam bahasa Arab dan bila kami menolah ke belakang 2 orang askar Lebanon melambai kami. Tanpa membuang masa kami terus berpatah balik dan menuju kearah mereka.

Setelah passport dan badan kami di periksa dan beberapa soalan diajukan kepada kami dan akhirnya mereka ucapkan “AHLAN” kepada kami.Kawe ambil kesempatan didalam kemesraan tentera ini untuk bertanya beberapa perkara yang menarik di Beirut untuk dilawati.Dengan mesra dan bangga anggota ini memberi penerangan kepada kawe .
Setelah penat berjalan tanpa tujuan kami ambil keputusan untuk kembali ke hotel kerana besok pagi ada agenda yang perlu kami penuhi.

Untuk mendapat teksi bukanlah perkara yang susah di Beirut ,perlu dijelaskan disini boleh dikatakan semua pemandu teksi di Beirut adalah dari penduduk tempatan dan jenis kenderaan yang paling banyak dijadikan teksi adalah kereta berjenama MERCEDES seperti KERETA SEWA dari Kota Bharu ke Rantau panjang .
Setelah selesai minum pagi di hotel penginapan dan seperti yang di janjikan tepat jam 9.30 pagi pemandu teksi sudah terpacak di depan hotel kami untuk membawa kami ke destinasi yang hanya beliau tahu jalannya.Destinasi pertama kami adalah untuk melawat dan melihat batu didalam gua yang amat indah ciptaan TUHAN ini.Disepanjang perjalanan kesana kami melewati beberapa bangunan yang masih ada kesan tembakan peluru akibat peperangan saudara di Beirut beberapa tahun yang lalu.Didalam perjalanan menuju ke gua tersebut kawe terpandang satu gereja di atas bukit yang tinggi dan kawe bagi tahu pada Naamat bahawa kami mahu kesana selepas keluar dari gua nanti.

Sunday, December 5, 2010

GERANIUM DU LIBAN

Pokok Cedar hanya sebatang pokok yang dicipta oleh sang \pencipta dan ianya menjadi satu kebanggan bagi seluruh penduduk lebanon.





Sebulan lagi batang Cedar ini akan ditenggalami oleh salji setinggi 6 kaki atau lebih

Bunga Cedar

Buah Cedar

Mungkin pokok ini berusia lebih dari 6000 ribu tahun?

Saturday, December 4, 2010

MOUSSA CASTLE



"BEHIND EVERY GREAT MAN,THERE IS A WOMEN" Itulah kata kata dari pemilik Moussa Castle melalui jurubahasanya kepada kawe hari ini semasa kawe singgah di istana beliau dalam perjalanan kawe untuk melihat hutan simpan CEDAR yang dikatakan berusia beribu tahun.

Walaupun usia sudah menjangkau 80 tahun orang tua ini masih kelihatan gagah dan terus gigih membina istana idamannya. Untuk mengenali siapa beliau sila lawati  beliau http://www.moussacastle.com .Suka bercerita tentang istananya ,tapi sayang kawe takder masa yang panjang untuk terus berbicara dengan beliau kerana tujuan kawe bukan untuk berjumpa dengan beliau kerana matlamat dan tujuan kawe adalah menuju ke tempat lain. 

Thursday, November 25, 2010

MELAYU NIKAH YAHUDI

                                          Gambar ini hanya hiasan sahaja.

Perkahwinan campur kini bukan lagi perkara asing dalam kehidupan kita orang melayu bahkan telah menjadi satu trend atau kebanggaan pula.Kalau dulu bukan sahaja kahwin dengan berlainan bangsa bahkan berlainan suku dalam satu bangsa pun menjadi satu keganjilan. Kalau kita perhati kebanyakkan Sultan Sultan di Malaysia ini berkahwin dengan kerabat dikalangan mereka atau kerabat kerabat di Raja di negeri lain ,bahkan ada juga yang mengatakan seseorang anak Raja yang sepatutnya mewarisi tahta sebagai Sultan akan hilang haknya jika berkahwin dengan orang keluaran yakni bukan berdarah Raja.

Tapi adat dan peraturan yang di buat oleh manusia boleh ditukar dan dihapuskan bila bila masa mengikut keperluan dan kehendak manusia yang berkuasa dengan seleranya. Kini kita akan lihat bakal Sultan Perak dan Terengganu bukan lagi 100% berdarah raja. Bakal Sultan Selangor berdarah campuran USA dan Sultan Johor kini pun berdarah orang putih sebahagiannya.

Majmuknya masyarakat Malaysia sehinggakan Raja dan Sultan pun majmuk dalam pernikahan mereka.Melayu kahwin cina atau India kahwin cina adalah biasa kita dengar dan berlaku di malaysia dan mungkin mereka salah seorang dari ahli keluarga kita ,Jaddik slogan Satu Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri terkini bukanlah suatu omongan kosong kalau di nilai dari sudut pernikahan majmuk masyarakat Malaysia kini.Tapi kawe tidak minat untuk bincang slogan 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib yang bertulang belakangkan Rosmah ini.

Bila bekeccek pasal nikah dan kahwin satu perkataan yang tidak mungkin dapat di hindari adalah perkataan "CINTA".Banyak pepatah melayu digunakan untuk mewarnai nilai cinta ini. Kerana cinta lautan api ku sanggup renangi. Kerana gelora cinta ada orang yang sanggup buang keluarga.Kerana cinta ada yang sanggup bunuh diri dan mati dalam kesesatan....Hebatnya perkataan "CINTA" ini sedangkan mungkin ada bagi setengah daripada kita tidak tahu apa definisi CINTA itu sebenarnya TAPI semua orang tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan cinta atau memberi cinta.Hehehe kawe pun toksir nak bercerita panjang mengenai cinta ini .

Apakah kebanggaan bila berkahwin dengan lain bangsa selain dari faktor CINTA dan jodoh yang sukar untuk dipertikaikan itu?. Apakah terdapat bangsa bangsa yang tertentu yang menjadi kebangaan orang melayu bila mereka memilih untuk di jadikan pasangan hidup. Mungkinkah ada orang melayu berpendapat jika berkahwin dengan Cina standard lebih tinggi dari nikah dengan india? Atau bila kahwin dengan mat saleh maka boleh dikategorikan sebagai tahap tertinggi? Kalau ditinjau dari segi untuk glamour memanglah Mat Saleh menjadi pilihan golongan golongan artis di Malaysia ,jarang sekali atau tiada langsung kita dengar artis artis malaysia berkahwin campur dengan orang Asli ..hahahahhaa.

Apakah kahwin kerana glamor menjadi satu fenomena yang boleh mengantikan kahwin kerana CINTA? Samada kerana CINTA,kerana JODOH atau kerana GLAMOR atau kerana NAFSU satu lagi yang tidak dapat dielakkan oleh pasangan ini adalah pertukaran pegangan akidah salah seorang dari mereka.Mungkin bagi negara negara lain perkara ini tidak penting tapi bila bekecek mengenai Malaysia dan orang Melayu maka agama Islam dah sebati dan tidak dapat dipertikai lagi. Dalam perlembagaan negara mensyaratkan kahwin dengan Melayu maka secara langsung terpaksa menerima ajaran agama islam/bertukar dari agama asal kepada islam ,samada dengan rela hati atau tidak rela hati tapi itu adalah syaratnya.

Pernah disatu ketika heboh di Malaya mengenai kecenderongan anak anak gadis melayu yang suka kahwin dengan bangsa asing khasnya dari Pakistan,Bangla,Indon ,Ini mungkin faktor keagamaan yang mewujudkan satu kebimnangan di hati kalangan ibu dan bapa.Mungkin ibu bapa boleh berasa lega lagi kerana akidah anaknya tetap dengan agama islam.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian kawe dalam isu kahwin campur ini adalah bukan kahwin kerana cinta nafsu itu ,bukan kerana nak glamor diri itu.Apa yang kawe jarang jarang dengar adalah apabila seseorang bangsa asing atau bukan islam kahwin dengan orang melayu kerana CINTAKAN islamnya pasangan melayu itu. Apakah Mahathir yang kahwin dengan Anita Sarawak kerana terpegun/terpesona/jatuh cinta akan kerana betapa taatnya Anita kepada agama islamnya? Kenapa Broery tidak mati dalam islam? Murtad kecewa dengan Anita atau kecewa dengan Islam? hehehehe ..kak Anita jangan marah ..satu contoh untuk mudah paham sahaja ...

Mungkin ramai di luar sana yang masih setia dengan ISLAM walaupun kecewa dengan CINTA melayu tidaklah kawe pasti akan jumlahnya.Persoalan yang kawe ingin timbulkan disini mengenai nikah majmuk ini adalah samada CINTA pada islam datang dulu atau CINTA pada batang tubuh penganut ISLAM itu dating dulu?

Satu lagi perkara yang kawe kira menarik untuk dihalusi ialah mengenai bangsa mana yang paling sesuai untuk dipilih dijadikan pasangan nikah berlainan bangsa ini .Sekiranya kawe letak sebagai pilihan untuk dimiliki dari seorang anak dara berbangsa india, seorang dara berbangsa Ingeris,seorang dara sunti berbangsa China, seorang anak dara berbangsa Yahudi dan seorang janda berbangsa Arab untuk  jejaka melayu terakhir di Malaya membuat pilihan .Apakah anak dara Yahudi akan menjadi ANDARTU sampai mati?? 

Berapa ramai jejaka jejaka tampan melayu di Malaysia akan memilih anak dara Yahudi sebagai pilihan pertama? Mungkin majoritinya tidak akan memilih langsung anak gadis Yahudi yang sejelita Paula Abdul ini.Kenapa begitu hina sekali bangsa yahudi ini kepada pemikiran orang melayu? Sedangkan agama yang dianuti oleh melayu tidak memuliakan sesuatu bangsa dan kemuliaan disisi agama islam adalah ketaqwaan manusia tersebut kepada ALLAH S.W.T bukan kerana hebatnya ketuanan sesuatu bangsa itu.

Sebelum orang melayu yang di luar sana ingin mengatakan kawe sudah hilang akal kerana menulis sesuatu yang bertentangan dengan selera orang melayu terbanyak ,sila baca sebuah kisah yang berlaku 25 tahun dahulu .Anda bebas untuk menilai samada kisah ini satu cerita donggeng dari kawe atau satu kejadian yang benar benar berlaku ..yang penting satu pengajaran dan pendirian mesti diambil dari cerita ini dan bagi kawe kisah ini benar benar berlaku.

Pasir Puteh adalah satu daerah di Kelantan dan hanya orang yang pernah melawat ke sana benar benar tahu keadaan pasir putih 30 tahun yang lalu.Seorang anak muda melayu dari Pasir putih yang cerah otaknya telah ditawarkan untuk menyambung pelajarannya diluar Negara dan Germany adalah Negara yang akan menjadi tempat pemuda ini menyambung pembelajarannya.Kawe andaikan sudah tentu satu kampong bangga dengan kejayaan anak muda ini dan mungkin juga wujud kebimbangan di hati orang tua si pemuda ini ,maklumlah akan bermastautin di luar Negara dan sebuah Negara kafir .Macam mana dengan halal haram makan minum ,macam mana dengan sembahyang dan ibadat puasa ,mungkin itu yang bermain di kotak pemikiran keluarga anak muda ini.Tapi kalau hendak diambil kira istilah orang jawa yang datang cari makan di Malaysia satu ketika dulu pernah berkata kepada kawe ..katanya “ Orang jawa kalau tidak penuh ilmu didada tidak akan datang cari makan di Malaysia” .Jaddik kawe andaikan pemuda Pasir Putih ini mempunyai penuh ilmu agama yang diisi oleh ibubapanya sebelum melangkah kaki untuk memijak bumi yang terkenal dengan penyembelihan bangsa Yahudi satu ketika dulu.

Setelah berada di German beberapa tahun pemuda ini sudah menjadi pelajar senior kepada pelajar junior di university berkenaan.Lelaki tetap lelaki keinginan yang waras adalah kepada perempuan bukan berkehendak kepada lelaki untuk didampingi dan berteman tidur. Tapi pemuda ini bukan jenis seorang lelaki yang tidak memperdulikan halal haram dalam perhubungan sesama manusia .Perkenalan pemuda Pasir putih ini dengan seorang gadis jelita yang seiras Paula Abdul yang berketurunan Mizrahic ini telah membawa bibit cinta di hati gadis berkenaan. Harus di jelaskan disini bibit bibit cinta yang kawe sebut ini bukan CINTA gadis berkenaan kepada batang tubuh pemuda ini tetapi kecintaan gadis ini untuk mendalami agama yang di anuti oleh pemuda dari sebuah kampong di Pasir Putih yang tidak pernah diketahui di mana letaknya lokasi tersebut oleh gadis berkenaan.

Pemuda yang memiliki ilmu agama hasil yang dibekalkan oleh kedua orang tuanya ini menerangkan serba sedikit mengikut kemampuan ilmu agama yang beliau miliki.Penerangan dan penjelasan dari pemuda ini telah menimbulkan minat yang mendalam dari gadis yang mana berfikiran bangsa beliau adalah semulia mulia manusia di muka bumi ini dan agama beliau lah yang paling agung di dunia dan islam itu adalah musuh utama. Sebuah buku yang berjudul “To Be A Muslim “ hasil tulisan Dr Fathi Yakan telah di hadiahkan oleh pemuda ini kepada gadis yang minat untuk mendalami islam sempena hari jadinya telah mengubah segala dan dengan takdir ALLAH gadis ini telah memeluk islam.

Setelah agama ISLAM di peluk, batang tubuh pemuda ini pula di peluk oleh gadis ini maka terciptalah satu sejarah seorang pemuda dari bangsa melayu berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Yahudi.Apa perasaan kedua dua ibubapa pemuda ini bila mengetahui menantu mereka YAHUDI?? Boleh terimakah masyarakat kampong Pasir kerana kampong mereka di masuki orang YAHUDI ? Apa yang telah ditakdirkan berlaku telah berlaku ,jaddik kawe serahkan kepada masyarakat kampong Pasir putih 25 tahun yang lalu untuk menerima atau menolaknya serta juga PERSEPSI masyarakat melayu terkini darihal pernikahan yang dihalalkan oleh agama islam ini.

Setelah 3 bulan perkongsian hidup dan perkongsian bantal berlaku diantara yahudi  dan melayu ini satu perkara amat menakjubkan telah berlaku kepada gadis yahudi ini .Mengandung untuk mendapatkan anak sulung bukan perkara yang utama dalam pemikiran wanita Yahudi ini .Kenal erti budi dan adat resam si suami adalah lebih keutamaan serta dalami ilmu agama islam yang lebih dan perlu di dahulukan.Selagi berdarah kelate budu adalah perkara yang tidak dapat di pisahkan dengan sinonim dalam amalan pemakanan orang Kelate.Wanita Yahudi ini sudah pandai panggang ikan untuk dijadikan pasangan budu demi untuk buka selera mereka suami isteri ,sudah pandai memilih ulam di pasar untuk di cicah dengan budu.Bila seni makan budu sudah dihafal maka bekecek Kelate dalam bahasa ore Pasir Putih bukanlah perkara asing bagi wanita Yahudi ini .Apakah orang melayu boleh begitu cepat mempelajari bahasa yahudi atau bahasa Arab dalam tempoh 3 bulan bersama adat resam sekali?? 

Mungkin ramai yang berandaian keajaiban wanita yahudi mempelajari adat resam dan budaya melayu suaminya ini kerana rasa CINTA yang amat mendalam dan mungkin tiada apa apa lagi dalam hidup beliau selain dari suaminya.Andaian sebegitu mungkin ada benarnya kerana ada falsampah CINTA mengatakan “ Demi cinta lautan api sanggup di renangi” inikan pula memakan BUDU yang sudah tentu nikmat dan enaknya tuhan sahaja yang tahu .hehehee..

Dari segi pemakaian pula wanita Yahudi ini sudah tidak kekok untuk berhijab apabila keluar dari rumah .Busana muslim seperti yang di pertunjukkan dalam satu pameran pakaian islam yang dedah sana sani yang di naungi oleh Rosmah Mansor baru baru ini adalah haram bagi wanita yahudi ini bila di pakai di depan bukan muhrimnya.Rambut blondenya juga tidak didedah dengan ditutupi tudung serba salah seperti amalan tudung yang di pakai oleh Rosmah Mansor.Setahun berlalu dan kawe akan membiarkan khalayak di luar sana beranggapan gadis Yahudi ini amat mencintai pemuda Pasir Putih amat mendalam sekali kerana kawe rasa itu pilihan yang orang melayu suka pilih bila melibatkan perkahwinan melayu dengan bangsa asing.

Diriwayatkan juga usaha untuk mendidik atau mentarbiahkan wanita Yahudi oleh melayu kelate ini tidak lah susah sangat kerana perihal “mikvah” dan “kosher” telah ada dalam Taurat dan diperincikan dalam Quran.Bila sebut pasal Quran gadis yahudi ini tidak memerlukan masa setahun untuk mengenali alif ..ba..ta sebaliknya hanya memerlukan 11 bulan sahaja untuk membaca kitab Al-Quran dengan lancar ..hebat bukan???.3 bulan untuk adat resam melayu ,11 bulan untuk baca Al-Quran dan mungkin 2 tahun untuk mengajar Al-Quran kepada anak anak melayu islam yang mana mak dan bapa terpaksa menghantar kepada guru guru Quran untuk ajar anak mereka membaca Al-Quran.

Bagaimana orang melayu yang mengagungkan CINTA masih lagi nak pegang dengan pandangan kemetot anda bahawa gadis Yahudi ini mencintai batang tubuh pemuda melayu Pasir Putih atau hendak tukar pendirian bahawa gadis ini mencintai agama islam lebih dari segala galanya?? Jawapan ada dalam diri anda semua ,ego pun ada dalam diri anda semua TAPI kebenaran tidak memperdulikan tahap mana tingginya keegoan yang anda miliki.

Kawe tidak berminat untuk menjadi penglipura menceritakan kisah rumahtangga 2 insan yang berlainan bangsa ini dengan lebih lanjut TAPI persoalannya adakah jejaka melayu terakhir selepas ini akan membiarkan anak dara Yahudi menjadi ANDARTU sampai mati jika pilihan diberi??? Tepuk dada Tanya selera ..jangan bicara dengan nafsu …

Apakah teori ore  Kelantan atau melayu itu asalnya dari YAHUDI tidak boleh diterima pakai ?? Ya mungkin untuk hari ini masih lagi tidak diterima oleh orang Melayu yang berbangga dengan ketuanan Melayunya .Bagaimana 50 tahun akan datang? Apakah darah pemuda yang berusia 20 tahun hasil kacukan melayu –yahudi hendak dikatakan darah Melayu- German atau Arab? Perlu dijelaskan di sini bahawa Yahudi MIZRAHIC berakar umbi di Syria.

Hahahaha ..Mungkin ramai diluar sana akan kata kawe gila seperti mana saudara Sayuti Omar memarahi kawe kerana mengatakan ore Kelate adalah Yahudi Malaysia.Tapi bagi orang yang waras berfikir perkara yang MUSTAHIL adalah tidak MUSTAHIL akan berlaku.Jangan lupa ini satu cerita dari kawe sahaja ,kawe tidak minta untuk dipercayai akan kebenarannya …mungkin benar ..mungkin tidak  tetapi jika ada sesiapa diluar sana yang rasa ragu ragu dengan cerita kawe dan jika ada keberanian di dalam diri untuk menafikan qadar dan Qada tuhan kawe alu alukan kemukakan pandangan saudara .



Sunday, November 21, 2010

YAHUDI ASLI DAN YAHUDI PALSU

Dua tangan bersalaman tapi yang lebih menarik "HIDUNG" mana yang lebih ASLI

Amat menarik apabila melihat kedua dua tokoh ini bersalaman sambil tersenyum walaupun hidung tidak dilagakan .Apakah gambar ini satu lakonan atau benar benar ikhlas dari kedua dua makhluk yang tersohor ini tidaklah kawe ketahui. Yang kawe dan semua manusia tahu adalah kedua duanya pernah bermusuh ketat diantara satu sama lain di satu ketika dahulu kerana pertentangan dengan pekerjaan masing masing .Siapa yang benar dan siapa yang salah pun amat sukar untuk kita rumuskan TAPI yang nyata banyak pihak yang mendapat KESAN negatif kerana pertembungan dua kerjaya yang berlainan ini.

Setiap perbezaan mesti ada kesamaan samada yang tersembunyi atau dengan nyata ,dan dalam memilih kesamaan ini kawe memilih "HIDUNG" adalah kesamaan yang nyata mengenai persamaan fizikal kedua dua tokoh ini.Siapa manusia yang bernama Schwartz yang berasal dari Hungary dari keturunan Askenazic Jews ini?

Goerge Soros mungkin nama yang Di kenali ramai seantaro dunia ,Manusia Baka Yahudi ini mencari rezeki dengan gayanya yang tersendiri . Beliau seorang pedagang mata Wang yang Paling berjaya didunia dalam eranya. Banyak negara negara jatuh miskin terutamanya dari negara dunia ketiga kerana kelicikan dan kebijaksanaan beliau mengurus tadbir perniagaan beliau.Gelombang kerakusan Manusia dari keturunan Yahudi celup ini sangat hebat Dan menjadi igauan kepada setiap kepala negara bila nama Soros Di sebut.

Mungkin tiada siapa mengenali Mahathir a/l Muhammad a/l Kutty atau Mahathir Bin Muhammad Iskandar@ Mohammed yang dikatakan berasal dari Kerala India yang berperanakan suku kaum Malabari . Wujud atau tidak wujud Manusia ini tidaklah Kawe pasti secara fakta yang lengkap ,Mungkin JPN boleh membantu tapi tidaklah menjadi minat kawe untuk cari manusia itu.

Kehebatan Soros tidak akan menjadik hebat jika tidak bertembung dengan regu yang hebat jugak untuk mengadu Kehebatan atau dalam istilah tersohor bahasa Melayu Nya " Buku bertemu ruas" Telah Di takdirkan "ruas" bagi Soros dalam "Buku" ekonominya ialah Dr Mahathir Mohamad iaitu seorang Perdana Menteri dari bumi Malaysia yang amat lantang suaranya dalam negara dunia ketiga mengkritik budaya ekonomi barat dan negara negara maju berkuasa besar.

Dengan gelaran "Penyanggak Wang antarabangsa" anugerah/gelaran hormat yang diberikan oleh Dr M kepada Soros pada ketika itu ,kita dapati pertembungan hebat yang menarik diperhatikan oleh seluruh dunia akan kesudahannya. Kawe sebagai rakyat Malaysia sudah tentulah akan memihak kepada Dr M dan bagi Kawe Soros Telah kalah dalam pertembungan ini ,ore lain Kawe tak tahu mungkin yang anti Dr M mengatakan beliau kalah. Kenapa Soros perlu di jadikan pasangan Mahathir? Hahaha... Siapa yang memerlukan Siapa ? Mahathir memerlukan Soros utk popular atau Soros memerlukan Mahathir untuk menjadi manusia hebat di dunia? Semua orang Ada jawapan yang tersendiri mengenai perkara itu Dan Ada juga yang Tak ambil peduli pun sape mereka.

Mahathir yang terkenal dengan "keceluparan" yang berani  bermula dengan surat terbukanya kepada bekas Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku dalam surat terbukanya yang menyoal satu sudu darah siam yang mengalir didalam tubuh Tunku telah menyebabkan anak raja bapak kemerdekaan negara murka dan memecat beliau dari umno.Darah apakah yang mengalir didalam tubuh Mahathir ini sehingga begitu berani menggelarkan Soros yang berdarah Yahudi palsu sebagai perompak dan penyanggak.

Didalam negara mahathir di gelar Mahafiraun dari musuh musuh politiknya dan ada juga suara suara sumbang yang mengatakan beliau dialiri darah dari India...sejauh mana benarnya suara suara sumbang ini kawe tidak ketahui .Jaddik kawe rasa Mahathir tidak akan marah jikalau kawe mengambil kira suara suara sumbang yang berbunyi untuk menyoal beberapa sudu darah India Malabari yang mengalir dalam tubuh beliau dan berapa cawan darah melayu yang ada dalam diri beliau.

Chochini yang membahagikan Malabari dan Pardesi dan  yang ini lebih asli dari apa yang di miliki oleh Soros.Di riwayatkan juga Chochini ini sampai di India semasa keagungan Sulaiman yang fasih berbahasa dengan burung itu.Di percayai juga bertapak di Kerala yang menjadi tempat anak beranak Kutty beranak pinak .Apakah mahathir reti berbahasa urdu atau Malayalam? ...hahahha kawe tidak kata Mahathir Yahudi Palsu serupa Soros tapi berdasarkan dari suara suara sumbang yang mengatakan mahathir berketurunan Kutty jaddik kemungkinan besar Mahathir dari baka Yahudi asli amat menarik untuk difikirkan lebih lebih lagi bila disandarkan oleh kehebatan dan kebjijaksanaan beliau.

Andaian itu dibuat berdasarkan jika ada sesudu darah india yang mengalir dalam tubuh Mahathir. Jikalau andaian mengatakan seluruh darah mahathir dialiri oleh darah melayu masih lagi tidak terlepas dengan baka asli ini jikalau kajian kajian saintifik di ambil kira dan sikap segelintir orang melayu yang berfikiran terbuka di guna pakai.

Jaddik rumusan kawe mengenai pertentangan Mahathir dengan Soros lebih kepada yang "ASLI" mahu menumpaskan yang "PALSU" ...Mungkin di luar sana ramai yang tidak setuju dengan kawe ...tidak mengapa kerana itu pilihan masing masing . Tapi jikalau andaian kawe ini ditakdirkan betul !!! Maknanya hampir suku abad negara Malaysia ini di tadbirkan oleh seorang Yahudi Asli dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia .