Wednesday, October 29, 2008

DARUL RAHMAT



Kokokan ayam jantan di pagi yang hening di Darul Rahmat adalah suatu yang indah dan merdu tentulah mengubati kerinduan insane yang bergelar anak kampong seperti kawe.

Kicauan muzik alam yang indah setelah fajar menyinsing yang dilagukan oleh makhluk tuhan yang mula mengepakkan sayapnyu ntuk mencari rezeki dipagi itu menjadi ganti kepada deruman enjin kenderaan yang mengotorkan alam untuk manusia mencari nafkahnya dikota telah melunakkan telinga kawe di Darul Rahmat.

Bila melihat mesin rumput semulajadi memakmur dan menjaga bumi tuhan ini menyedarkan kawe betapa kerdilnya diri kawe dibumi sementara ini.

Kedamaian dan keindahan di bumi Darul Rahmat ini adalah persinggahan sementara jua bagi kawe kerana laungan sang musafir bergema di telinga mengatakan hujan emas akan menimpa ditanah gersang.

Bumi hijau Darul Rahmat akan disisihkan lagi bagi memenuhi perjalanan hidup kawe yang tak pasti dimana penghujungnya,.kokokan si jantan akan dipinggirkan lagi,muzik indah si murai akan digantikan lagi …..kerinduan ini akan kawe pikul disepanjang perjalanan.

Malam terakhir kawe bermalam di Darul Rahmat pada tahun ini adalah sesuatu yang indah ……kerana malam esok kawe tidak lagi akan dapat menikmati sinaran bulan yang di pagari bintang bintang indah di Darul Rahmat.

Ribuan terima kasih kepada keluarga dan handai taulan yang berkesempatan untuk menzirahi kawe di Darul Rakhmat walaupun untuk seketika yang singkat……senda Kappok,gurauan Tuak,seri Matt Boo bersama dengan kawe di Darul Rahmat adalah lambang ikatan sahabat yang terbina .

Sahabat ku nippon terima kasih kawe ucapkan diatas kesanggupan demo untuk menyusahkan diri demi untuk melegakan dan memudahkan perjalanan seorang sahabat.

KEPADA SAHABAT SAHABAT YANG MENGENALI DIRI KAWE ……KEKALKANLAH TALI ITU SUPAYA TIDAK PUTUS

Sunday, October 12, 2008

BALIK ASAL

Seorang pengkelana telah memikul satu beg pakaian 15 tahun yang lampau meninggalkan kampong halaman dan tanah kelahiran menuju ke kota metropolitan mungkin dengan satu tujuan atau tanpa tujuan ,mungkin dengan satu harapan atau secara kebetulan untuk menjalani satu arus kehidupan di kota yang mencabar yang terlalu asing bagi seorang budak kampong yang masih mentah dalam pergolakan kehidupan yang mencabar berjauhan dari sanak saudara.

Keperitan dan kesusahan sang pengkelana menjalani kehidupan di kota di tempuhi dengan gaya dan cara tersendiri yang segala rahsianya hanya dikongsi dengan penciptanya sebagai tempat berlindung.

Kawan kawan adalah keluarga sang pengkelana,teman teman adalah adik beradik sang pengkelana.

Kegagalan dan kejayaan dalam menempuhi perjalanan hidup di kota adalah pengalaman yang amat bernilai yang terpaksa ditempuhi kerana sebuah beg yang di pikul semasa kaki melangkah meninggalkan tanah tumpah darah kelahiran bukan bebanan yang berat berbanding dengan ada tujuan yang dibawa dalam otak si pengembara ketika melangkah pergi.

Kini sang pengkelana telah mempunyai keluarga sendiri,mungkin telah tercapai apa yang di hajati,mungkin matlamatnya sudah habis dinikmati,mungkin cabaran hidup di kota sudah hilang taringnya,mungkin telah tewas dengan duri duri kehidupan dikota,mungkin merasakan kehidupan di kota mensia siakan,mungkin jiwanya sudah tidak sesuai lagi jadik penghuni kota.

Kenangan terhadap tanah tumpah darah yang di tinggalkan dengan usang puluhan tahun dahulu kini menjadi satu lambaian syurga yang merentap jiwa,yang menjadi mimpi indah,yang menjadi panggilan bahagia kepada sang pengkalana untuk meneruskan perjalanan hidup manusia mencari nesannya.

Sang kelana pasrah dengan takdir,akur dengan ketentuan ilahi,patuh kepada tuntutan usia,turuti dengan gelodak jiwa budak kampong yang dari kampong akan kembali ke tempat asal usulnya.

Tanggal 13 October 2008 adalah hari terakhir sang kelana berkelana di ibu kota Kuala Lumpur .Sang Kelana akan meninggalkan kota ini dengan membawa segala kenangan suka,duka,sedih,gembira,bahagia yang akan dibawa bersama untuk KEMBALI ASAL di tempat tertumpahnya darah si kelana di dunia ini.

Si Kelana membawa balik sebuah masjid yang dibina di ibu kota,Si Kelana membawa balik harta yang tak ternilai kepada setiap ibu dan bapa ke tempat asalnya.Ketiga tiga pendoa mustajab si kelana ini akan diajarkan untuk mengenali rupa tahi lembu yang berusia 2 jam mencecah bumi,akan diajar bagaimana memalu gedduk di surau,akan diajar bagimana untuk memilih pucuk paku yang sesuai untuk diambil sebagai ulam cicah budu.

Berakhirlah kisah pengembaraan sang kelana di ibu kota …..Apa yang sang kelana cari semasa pengembaraannya tiada siapa yang tahu.

Saturday, October 11, 2008

Juppo Saing




Hari ini kawe dibangunkan oleh gu kawe untuk makan tengah hari bersama di sebuah restoren kelate tersohor di kuala lumpur yang terletak di depan bangunan zakat di kl.

Gu kawe yang sorang nih baru kembali ke tanah air setelah berkhidmat di Negara Sudan ,seperti biasa budu ikan tawar,ulam raja,rozita dan rashidah tidak dilupakan beserta ikan singam,daging bakar dan gulai udang menu pilihan kawe dan gu gu kawe hari ini.

Setelah kami puas berperang dengan rozita bercicah budu dan udang hanya tinggal kulit serta menhgirup Teh O Beng kegemaran kawe di MZ nih…..kami bertiga mula menyedup asap kegemaran kami diselang seli dengan cerita cerita dari gu kawe semasa di Sudan.


Rahmat tuhan turun dari langit boleh dikatakan lebat juga dan kami dikejutkan oleh seorang tetamu yang tak di undang di dalam majlis kami …..


Seorang wanita jelita berketurunan tionghua ini telah mendekati meja kami dan menawarkan barangan yang dijualkan oleh beliau.

Kami bertiga yang terkenal diantara lelaki yang paling peramah dan bersopan santun di Malaya ini dengan sukahatinya mempersilakan gadis ini duduk di meja kami untuk bagi peluang kepada beliau untuk mulakan kelentongnya kepada kami.

Apa yang kawe kagumi pada wanita ini kerana berani menawarkan harga yang tak asli kepada barangan yang dikatakan asli oleh beliau.

Apa pun yang hadir dalam fikiran kawe berapa keratkah orang melayu kita yang berani/yang mampu/yang sanggup untuk menjalankan perniagaan seperti wanita tionghua dari tanah besar ini……

Friday, October 10, 2008

Sayang ko Bini

KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles.



Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan. Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008.

Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya.

"Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya," kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.



Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan. Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.

Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan. Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.

Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India. Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang 'menjalar' hingga ke sinki. 'Health level', aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.

Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia. Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk 'W' mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.

Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh. Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.

Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya. Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya.

Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, "Pulau Naga", disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab. Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik.

Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.


Fakta Menarik Antilla

· Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

· Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

· Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

· Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

· Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.


HEHEHEHE,

Lagu tu cara ore kayo sayang ko bini dio......Ore sesok pulok dia beli payung emas bui ko bini dio tanda dia sayang ko bini ......pusing kut kut mana pung ore puan jugok hok untung kalu tok laki sayang gakkk.....

Monday, September 22, 2008

KELIK KAPPUNG


Kelik awal elak jammed dan akan dapat ;

1. Berbuka puasa dengan orang tua tercinta.

2.Cari air Tuak yang fresh.

3.Makan dan nikmati rasa sebenar kuih muih tradisional kelate.

Kelik waktu perdana akan dapat ;

1.Menikmati kemeriahan suasana balik raya ke kampung.

2.Merasai nikmat kemanisan jammed balik raya.

Kelik malam raya mungkin akan dapat;

1.Mendengar takbir pagi raya dalam kenderaan.

Sila pilih nikmat nikmat untuk dinikmati ,kawe pilih untuk menikmati air tuak fresh heheheh

SELAMAT KELIK KAPPONG KEPADA SEMUA DAN BERHATI HATI DI JALAN RAYA.

SELAMAT HARI RAYA

ZIARAH


Kemarin kawe sekeluarga berbuka puasa di Senawang kerana memenuhi jemputan seorang sahabat yang kawe kenali lebih 10 tahun yang lalu.

Kawe bercadang untuk bertolak awal lagi kerana berhasrat untuk menziarahi seorang lagi sahabat kawe yang tinggal di Ulu Langat kerana baru dapat zuriat yang baru tetapi terpaksa dibatalkan kerana sahabat kawe itu ada urusan lain.Apa pun tahniah kepada sahabat kawe yang dapat lagi seorang anak lelaki walaupun anak perempuan yang diimpikan ....Cuba lagi pujie tahun depan ....

Berkebetulan sahabat kawe di Senawang itu yang berdarah campuran Kelantan dan Melaka itu pun mengalami nasib yang sama semua zuriatnya lelaki .Namun kawe rasa amat bangga kerana sahabat sahabat lelaki kawe merupakan lelaki yang "kejantanan" mereka memang kuat.

Setelah sampai di rumah sahabat kawe di Senawang dan bertanya kabar ,kawe mengajak sahabat kawe untuk pergi ke Pasar Ramadan untuk mencari juadah berbuka puasa walaupun beliau berkeberatan kerana semua makanan telah disediakan termasuklah kuih dari kelate seperti buah tanjung,ketupat dan lain lain lagi .

Apa yang menarik mengenai sahabat kawe ini ialah walaupun loghat melaka yang sebati dengan beliau kerana isterinya dari melaka serta ibunya orang melaka,tetapi bila berjumpa dengan kami sekeluarga beliau akan cuba sedaya upaya untuk keccek kelate walaupun kadang kadang kawe dengar seperti ore siam Pattani keccek kelate sebutannya ....hahahahaha.Beliau bangga ada darah kelate yang mengalir dalam tubuh beliau...

Bagi kawe apa pun jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita tali persahabatan ini perlu dikekalkan dan dieratkan .

Terima kasih Haris dan Roha kerana sudi melayani kami sekeluarga seperti keluarga sendiri.

Sunday, September 21, 2008

BUKA POSA BERSAMA SAHABAT


Kemeriahan dan kemesraan di majlis berbuka puasa bersama sahabat sahabat kawe kemarin terpancar dari semua wajah wajah kami.Kalau dizaman persekolahan dulu kami hanya melayan kerenah diri sendiri dan gu gu hak lain di dewan makan.Tetapi di majlis buka puasa ini suasana dulu sudah berubah.

Kini kawe boleh tengok lagu mana kerenah gu gu kawe kena melayan anak anak dan isteri di tempat makan ,ya meriah,seronok dan lucu pun ada.

Namun seperti yang dijangka kehadiran dari kaum hawa kali ini amat mendukacitakan demi kekukuhan jalinan bersahabat bila mana tiada seorang pun yang dapat hadir.Mungkin teori kawe dalam posting kawe terdahulu betul atau teori sahabat kawe di dalam blog beliau hok betul,kawe tak tahu jawapan yang pasti ,tapi hok nyata dan jelas sahabat sahabat kawe yang bergelar ibu ini tidak menghadirkan diri.

Pertautan tali persahabatan dikalangan anak anak sahabat kawe adalah satu perkara yang seronok dilihat .

Thursday, September 18, 2008

UTTO KELIK KELATE


"TQ blek, insyallah kalu tak dok aral melintang, akan hadir la aku,
Jange menaruh harapan banyak sangat pasal perut, takut ramai yang kecewa!!! hehehe"


Itu jawapan sahabat lama kawe yang menetap di negara Kanggaroo bila kawe memaklumkan akan diadakan satu perjumpaan antara sahabat sahabat lama di satu tempat di kota bharu pada hari raya ke 4 tahun ini.

Sahabat kawe yang lebih 20 tahun kawe tak pernah bersua muka selepas tamat persekolahan dengar khabarnya kini telah menjadi seorang yang berjaya di dalam bidangnya di negara tersebut.

Mengikut perbualan diantara kawe dengan sahabat kawe nih,kata dia akan tiba di malaya pada 26-09-2008 di kuala Lumpur bersama dengan keluarganya untuk menyambut hari raya aidil fitri bersama keluarga di malaysia.

Kawe ingin menwar warkan kepada para sahabat ambo yang lain jikalau beraso nok jumpa mato dengan gu demo nih silalah hadir di majlis perjumpaan tradisi hari raya puak puak kita nanti di hari raya ke 4 nanti,tempat akan di bagitahu kemuadian nanti.....

Wednesday, September 17, 2008

PUAK KITO



Setiap tahun sambutan hari raya di adakan di sekolah tapi sambutannya tidak lah seberapa ...bukan kawe kato tapi dari mulut mulut orang yang lama bergelumang dengan SEMESTA ini atau Persatuan bekas bekas pelajar Sekoloh Menengah Sains Kelantan.....KENAPA PERKARA INI TERJADI?

Ada ore kata jaddik hambar begini ada beberapa sebab antaranya:

1. Wujudnya semangat kepuakan dalam batch jadik pergaulan dengan batch lain jadi hambar.

2. Jurang perbezaan umur antara junior dan senior menjadikan rasa hormat,rasa malu,rasa rendah diri membatasi pergaulan yang mesra.

3. Kelemahan pihak Semesta dalam menyediakan program program semasa perjumpaan ini.

Sejauh mana kebenarannya mengenai sebab sebab diatas kawe tak dapatlah memberi kepastian kerana kawe mempunyai pandangan kawe yang tersendiri mengenai perkara ini dan mungkin tidak dipersetujui oleh orang lain tapi bukan masalah bagi kawe jikalau orang lain tak setuju dengan kawe.

Boleh dikatakan hampir 90% pelajar sekoloh sains ni dari negeri kelate dan kita semua maklum sekuat mana semangat kenegerian/kepuakan ore kelate nih.Jaddik kalu adanya semangat kepuakan kepada batch sendiri dalam perjumpaan dalam semesta di sekolah atau dimana mana bagi kawe adalah perkara biasa dan lumrah ore kelate doh, tokleh nak kata perkara itu pelik atau luar biasa.Perasaan hambar dan tawar hati akan muncul bila dalam majlis tersebut apabila seseorang itu datang dan tiada kawan kawannya dalam batch yang sama turut serta,ini kerana bila melihat kemesraan dan kemeriahan serta riuh rendah suara orang lain yang batchnya datang ramai pada hari tersebut,kita mulalah merasakan diri kita terasing walaupun mereka yang dari kelompok yang ramai itu tidak mengasingkan kita ,cuma terlebih kemeriahan diantara mereka yang membuat kita rasa terasing.Jikalau kita berada di kelompok yang ramai itu perasaan terasing itu tak wujud.Pada pandangan kawe jangan salahkan ore lain atau batch lain kerana perasaan kita itu berpunca dari sikap kita dan batch kita sendiri.

Jurang umur adalah batas pergaulan yang wajib dipertahankan bagi kawe,kerana dah menjadi resam ore kelate yang di asuh dari kecil lagi supaya menghormati ore yang lebih tua.Orang muda hormat pada tua perkara biasa,bila batas batas ini dikekalkan maka kelihatan lah kemesraan itu pudar sedikit.Tapi bagi kawe kemesraan itu tidak hilang cuma adat dan pergaulan itu kita bataskan sedikit terutamanya bagi golongan yang muda.Jadik pengalaman golongan yang tualah perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk mendekatkan jurang ini.

Pengalaman kawe tahun lepas bila berkunjung ke sekolah untuk menghadiri majlis sambutan hari raya SEMESTA bersama dengan batch kawe yang boleh dikatakan mendominasikan majlis tersebut kerana kehadiran kami yang ramai.

Pada pandangan kawe pihak pengurusan SEMESTA yang tidak berjaya untuk menjadikan majlis tersebut meriah untuk dihayati oleh semua yang hadir.Pada kawe seolah olah majlis tersebut diadakan bagai melepaskan batuk ditangga sahaja.Tiada program yang boleh melibatkan semua warga semesta yang datang melibatkan diri kerana tiada aktiviti aktiviti khusus yang di sediakan oleh pihak berkenaan.

Sampai disekolah terus ke dewan besar,daftar nama,bubuh nama di baju,makan-makan, bersalaman ,borak borak dikalangan batch sendiri yang lebih.Pada kawe AJK semesta kena lebih kreatif dalam hal ini.....lebih lebih lagi kehadiran dikalangan AJK sendiri pun kurang .

Pada tahun ini kawe ingin menyeru kepada sahabat sahabat kawe supaya pergilah ke sana jika mempunyai masa yang terluang ,untuk apa dan dapat apa pergi ke sana itu terpulang kepada diri masing masing .

Sunday, September 14, 2008

TUPPAT SOTONG



Setelah kawe jelajah beberapa tempat jualan juadah pasar ramadan di sekitar kuala lumpur akhirnya pencarian kawe berhasil di pasar Ramadan Sri Gombak baru baru ini.Bila terpandang saja langkah kaki kawe terkaku di situ ....kuat sungguh menderam pak cik ini kata hati kawe.

Kawe terus tanya pak cik tu berapa rial sekor nih Pak Cik ....dengan penuh semangat Pak cik tu royat kawe harga sekor beserta iklan sekali " panah panah lagi ni awe"hehehehe.

Kawe tanyo Pak cik tu ...kalau ambo nok kuah lebih boleh ko Pak Cik ,bolehhh bape ekor awe nok balas Pak Cik tu yang asal dari Pasir Mas.Kawe royat jumlah hok kawe nok beserta kuah lebih itu...bila kawe tengok Pak Cik tersebut macam tak percaya dengan jumlah hok kawe nok..sambil tersenyum dan berselamba kawe berkata ..ambo anak ramai Pak Cik dan kebetulan anak anak ambo berehi TUPPAT SOTONG nih .

Pak Cik tu tersenyum sambil berkata ...mulo Pak Cik pun berehi kakloh mugo ni tapi loni takleh makan doh sebab semut berehi do'oh air kencing Pak Cik loni.Setelah kawe bayar dan terima tuppat sotong dari Pak Cik itu kawe beredar dari gerainya dengan kepala hotak kawe dok teringat kata kata Pak cik tu "semut suka pada air kencingnya"

Dalam perjalanan pulang ke rumah kawe terkenang kembali berkenaan pertengkaran kawe dengan seorang doktor diawal awal ramadan berkenaan laporan medical check up kawe di sebuah klinik swasta.Bila doktor beritahu kawe bahawa kadar gula dalam diri kawe melepasi paras yang sepatutnya, kawe mempertikai lapuran makmal tersebut dan berhujah dengan doktor tersebut dan mengatakan kawe mengamalkan pemakanan yang betul sehinggakan doktor minta kawe listkan apa yang kawe makan setiap hari dan kawe terpaksa akur dengan doktor bila beliau mengatakan faktor keturunan .

Tapi berehi kawe kepada tuppat sotong,jala mas,nekbak,sira pise,buah tanjung,tahi itik ,akok dan lain lain yang boleh menambahkan kadar gula ini memang tak boleh nak diketepikan .Harap harap nasib kawe tidak serupa dengan nasib Pak Cik yang menjual TUPPAT SOTONG itu.

Kepada sahabat sahabat yang mempunyai tahap keberehian serupa kawe nih sila silalah ke hospital dan klinik untuk pemeriksaan .