Saturday, March 19, 2011

SAUDAGAR PENGUNDI HANTU



Setiap kali adanya piliharaya di Malaysia maka banyak pihak akan mendapat untung dari segi perniagaan mereka tak kiralah samada perniagaan kecila kecilan ataupun besar besaran. Peniaga air tepi jalan akan bertambah jualan mereka musim ini,peniaga peniaga bahan cetak akan sibuk mencetak risalah risalah musim ini,penjual penjual kain pelikat laris musim ini ,pengusaha pengusaha bas pun tidak ketinggalan juga dalam meraihkan peluang mencari pitis musim ini.

Jenis perniagaan yang kawe sebut alik atah tu adalah jenis jenis perniagaan yang tidak bermusim dan kebiasaannya mempunyai lesen yang sah di keluarkan oleh pihak pihak berkuasa yang berkenaan dan hanya mendapat sedikit tempias keuntungan bila musim pilihanraya menjelma.

Satu perniagaan yang tidak memerlukan lesen dan dikhusukan saja pada musim pilihanraya pulangan yang agak lumayan juga adalah perniagaan membawa balik manusia untuk mengundi ATAU dalam istilah piliharaya di sebut PENGUNDI HANTU. Sejauh mana keberkesanan hantu hantu manusia dalam mempengaruhi kemenangan sesebuah parti politik tidaklah kawe tahu secara tepat TAPI bila ada pihak  yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit tentulah ada impaknya.

Bila ada penjual maka tentulah ada pembeli barulah urusan perniagaan itu berlaku, lazimnya urusniaga berlaku.Satu lagi kelaziman perniagaan ialah mesti ada SAUDAGAR dalam setiap perniagaan itu.Sebelum kawe pergi lebih terperinci mengenai SAUDAGAR PENGUNDI HANTU mengikut kefahaman kawe adalah elok kita fahami dulu apa itu pengundi luar atau pengundi hantu. KLIK DISINI untuk definasi yang jelas mengenai pengundi hantu ini.

Kenapa SAUDAGAR PENGUNDI HANTU diperlukan? Mungkin jawapan mudah adalah "hanyalah HANTU yang layak berurusan dengan HANTU" hahaha....Saudagar saudagar ini diperlukan untuk membuat pelarasan atau klasifikasi yang mana betul betul pengundi hantu dan yang mana pengundi luar yang memerlukan bantuan kemudahan untuk balik balik mengundi di kampung halaman.Perlu kawe TEGASKAN disini bahawa membantu mana mana pengundi luar untuk balik mengundi bukanlah menjadi satu kesalahan mengikut tafsiran undang undang yang sah.Jaddik kalau amalkan apa yang ditafsirkan oleh undang undang saudagar saudagar ini tidak diperlukan TETAPI hantu hantu juga tidak SAH dari segi undang undang . Keperluan saudagar saudagar ini adalah semata mata  untuk mengeSAHkan HANTU HANTU disisi undang undang? hahaha....Demo pakat fikir sendirilah ...

Apakah tugas tugas SAUDAGAR SAUDAGAR PENGUNDI HANTU INI? Kebiasaannya saudagar ini akan berfungsi untuk mengumpul/mencari/mendaftar pengndi pengundi luar sebelum di bawa pulang ntuk mengundi di kampung halaman masing. Untuk urusan ini kawe boleh lah letak 3 golongan yang menjadi buruan saudagar saudagar ini.

GOLONGAN PENGUNDI YANG SUDAH BERDAFTAR.

Golongan ini  biasanya bagi mereka yang tidak peduli sangat perkembangan politik atau kawe istilahkan sebagai golongan atas pagar /50-50 tetapi mereka berdaftar sebagai pengundi. Bagi golongan ini mereka tidak akan mengeluarkan perbelanjaan sendiri kalaulah terpaksa balik ke kampung untuk membuang undi.Tetapi jika ada pihak yang sanggup menaja segala perbelanjaan /wang tambang untuk mereka MAKA urusniaga boleh terjadi.

GOLONGAN PENGUNDI MUDA YANG BELUM BERDAFTAR

Golongan ini akan diuruskan sepenuhnya oleh saudagar saudagar ini untuk tujuan pendaftaran dan kebiasaannya tempat mengundi akan ditentukan oleh saudagar saudagar ini berdasarkan di kawasan mana tokey tokey kepada saudagar saudagar ini bertanding untuk pilihanraya. Urusniaga akan terjadi dengan mudah sesambil minum kopi sahaja atau majlis majlis tertentu yang dianjurkan oleh tokey tokey kepada saudagar saudagar ini

GOLONGAN PENGUNDI YANG CARI MAKAN

Hahaha golongan ini paling menarik bagi kawe kerana ada yang sudah berdaftar dan tidak berdaftar lagi. Untuk menguruskan golongan ini adalah amat sulit bagi saudagar saudagar tadi.Golongan ini bebas untuk memilih dikawasan mana undi mereka perlu dibuang TAPI pilihan mereka itu mestilah direstui oleh saudagar saudagar kerana segala urusan pihak saudagar yang mengaturkan.

Berdasarkan 3 kategori diatas amat mudahlah untuk kita fahami bahawa sumbangan SAUDAGAR PENGUNDI HANTU kepada lanskap politik malaysia bukan kecil impaknya dan juga bukan sedikit jumlah wang yang terlibat dalam urusniaga ini.Cara bagaimana saudagar ini dapatkan wang dan bagaimana hantu hantu tadi dapat wang tidak perlulah kawe perjelaskan disini dengan details kerana setiap kali selepas pilihanraya akan muncul didada akhbar mengenai penyelewengan wang ini .Sila semak akhbar akhbar selepas PRU 12 atau tunggulah berita berita selepas PRU 13.

Cuma kawe nak berpesan kepada mereka yang berminat untuk jaddik HANTU pada PRU 13 supaya baca dan tahu perkara ini
  "Menurut undang-undang Malaysia, seseorang pengundi hantu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000."


Setelah faham dan tahu mengenai kedudukan HANTU dari sudut undang undang seperti tulisan merah diatas MAKA kawe sarankan kepada bakal HANTU meletakkan nilai mereka sekurang kurangnya RM 15k satu undi yang mesti dibayar pendahuluan RM5000 sebelum undi dibuang dan bakinya RM 10k selepas undi dibuang. 


Bakpo kawe letak jumlah tu ? hahaha.... Perkiraan mudah adalah denda maksimum adalah RM 5000 dan pendahuluan mesti di bayar kerana ANDA sebagai HANTU harus berhati hati bila berurusan dengan SAUDAGAR HANTU .Andaian yang perlu diambil kira adalah bila SAUDAGAR HANTU ini melarikan wang ,jaddik anda tidak perlu meminjam wang atau keluarkan wang dari poket sendiri untuk membayar denda bila ditangkap.Jika anda tidak ditangkap dan saudagar hantu tidak membayar wang baki selepas membuang undi anda juga tidak rugi kerana sudah dapat menyimpan RM 5000 dalam poket kerana satu undi dan jika SAUDAGAR HANTU yang anda berurusan adalah SAUDAGAR HANTU yang jujur maka anda adalah HANTU yang paling beruntung dalam didunia kerana di bayar RM 15k untuk satu undi.


SELAMAT MENGUNDI KEPADA RAKYAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA DALAM PRU 13 NANTI.

Wednesday, March 16, 2011

MELAYU MENUJU PARIA

"PERKASA TETAP CURIGA" itulah luahan yang mampu di lafazkan oleh Datuk  Ibrahim Ali Presiden PERKASA bila mengulas mengenai INJIL BM . Memang patutlah beliau menyuarakan kecurigaan beliau lebih lebih lagi sebagai seorang pemimpin utama yang mahu di kenali sebagai  pembela utama HAK orang Melayu dan Agama mereka.Secara peribadinya kawe bersetuju dengan persoalan yang di bangkitkan oleh Presiden Perkasa ini kerana itulah persoalan yang bermain di minda orang melayu seperti kawe ,kenapa golongan ini beriya iya sangat hendak mencetak kitab palsu ini dalam bahasa Melayu?

Berikut adalah sebahagian jawapan yang kawe dapati bila kawe ajukan soalan ini kepada pemimpin DAP tapi hanya dijawab oleh pengikut mereka sahaja,.

On Thursday 10th March 2011, said:
Kenapa nak bible dlm bahasa Melayu?RT I think d bible can be read by Malaysians as long as the church staffs don't distribute 2 Muslim.

On Thursday 10th March 2011, said:
Patutnya usaha cetak dlm bahasa mereka itu lebih baik? Bukan dlm Bm RT orang asli in east Malaysia only know bahasa melayu. They don't know other languages

On Thursday 10th March 2011, said:
Ajar mereka English lah .. Jgn mulakan API utk elak kebakaranRT @ orang asli has only spoken language. They don't have written language


On Monday 14th March 2011, said:
Lu nak buat apa bible dlm BM?RT read PAS Nasharuddin said "the bibles should be released soon as they pose no threat.. and that everyone has a... http://fb.me/G8nShM1P

Sebagai seorang besar  pemimpin Melayu dan atas kapasiti Presiden Perkasa pula tindakan mempersoalkan perkara ini hanya SELEPAS perkara itu berlaku atau selepas kitab palsu itu dilepaskan tidak dibakar oleh pihak kerajaan menunjukkan NGO Melayu atau orang Melayu hanya mampu mengeluh dan tidak mempunyai apa apa keupayaan untuk menyekat kemungkinan musibah yang akan berlaku kepada bangsa mereka di kemudian hari..

Kita nilai pulak apa yang jawab oleh UMNO dan PAS dalam isu yang sama .

On Friday 11th March 2011, said:
Penyapu dan bebal Y tak pertahan PM dari Pornstar ??RT FREEMALAYSIATODAY: Biblical storm brewing for Najib?: MCA and DAP condemn the seizure of 35,000 Malay-language b... http://bit.ly/hoQksw

On Friday 11th March 2011, said:
Weii penyapu jgn ckp byk la kalau setakat berani jaddik balaci pada Cuba tanya , dia terlibat x? RT : RT : AWAS!!! GERAKAN KRISTIANISASI BANGSA ... http://tmi.me/7zgK3

On Friday 11th March 2011, said:
bagi lu pinjam dia punyai amoi ka??RT Ish3 budak Pas ni, x leh sentuh lgsung tuan dia, confirm #balaciDAP :) RT : Weii penyapu jgn ckp byk la ... http://tmi.me/7zo9U
02:07 AM Mar 11th via Kanvaso

Hang @ pun sama ngan @ sokong PORNSTAR @ cetak bible dlm BM ker? RT @: Iman UMNO snipis kulit bwang. Datang Bible B. Melayu maka rmai akan mrtad. Iman PAS sekental Jabal Tariq. Bible BM, Arab, Ing no problem.
03:00 AM Mar 11th via Kanvaso

On Friday 11th March 2011, said:
Cetak bible BM pornstar pun lu SEBAT ker? RT Heh3 marah budak Pas ni :) mmg berjihad pun, menentang pembohongan PR, termasuk Pas; dgr ckp flyingkick yg x tau ... http://tmi.me/7zR2T

08:15 PM Mar 12th via Kanvaso

Masalahnya UMNO tunduk kpd kehendak MCA YB.. RT @: @ sbb tulah umno msti kuat. Org melayu dn islam msti bsatu.
08:24 PM Mar 12th via Kanvaso

 Kita tengok pula apa kata Ketua Wira Perkasa .

Woit PONDAN @ Tak nak DEMO ke? http://www.malaysiakini.com/news/158715

about 16 hours ago via Kanvaso

Yg Kelakar, Org2 Yg Ckp Byk Ni Semua Diam, Tak Berani Bila Pihak PR Keluar Statement, Tapi Bika Kerajaan Keluar Statement Terkinjai2 Ish2 Kesian, Cuba Tanya diri Sendiri Apa Anda Buat Selain Salak Jer :) RT @FendoTorres: Klu psl DNA boleh demo sakan..xkan psl bible ni x demo pulak? RT@mattblacqkk: Woit PONDAN @Armand_PJU Tak nak DEMO ke? http://bit.ly/enNwS6"

Kenapa Tak Ckp Saya Bela Ustaz Nasa PAS http://www.facebook.com/l/be986/www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pas-no.-2-joins-calls-to-free-bm-bibles/ :) RT @mattblacqkk: Apakah PERKASA sudah tidak BELA nasib Melayu lagi apabila ketua Wira @Armand_PJU menyokong @drchuaSL dlm isu Bible BM?
Kini sudah jelas silap mata PERKASA dan @ semata2 utk jaga kepentingan perut sendiri hingga lupa bangsa sendiri demi nak bertuankan PORNSTAR @
about 15 hours ago via Kanvaso
On Tuesday 15th March 2011, said:
Masih tiada pendirian mengenai isu??RT Lar Aduyaaii Hujah, Cian Nya, Balik Msia Bayar Hutang PTPTN Dulu Sblom Nak Komen, Ish2 :) RT : Kini ... http://tmi.me/7I74P

Pada kawe apa yang PALING teruk bagi orang melayu/ islam adalah bila  " 
Kenyataan BODOH Tim Pres PAS.. RT @: Kitab Injil BM harus dihormati, kata PAS: KUALA LUMPUR, 14 Mac — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menyer... http://bit.ly/gxCJOq
01:11 AM Mar 14th via Kanvaso

 Itu adalah sebahagian daripada jawapan / ucapan/kata kata dari pemimpin kita bila di provokasi dalam twitter .Mungkin untuk menilai jawapan hasil dari provokasi ini tidak tepat dengan apa yang tersirat sebenar di dalam hati mereka.TAPI bagi kawe jika media seperti suratkhbar/pemberita dibenarkan/diberi kelonggaran untuk provokasi bila mengajukan soalan kepada pemimpin untuk mendapat jawapan KENAPA sebagai rakyat biasa kita patut rasa bersalah untuk menggunakan teknik itu untuk mendapatkan jawapan terus DARI bergantung kepada dari berita2 media yang ada kemungkinan telah memutar belitkan kenyataan asal.

Dalam isu kitab Palsu Orang Melayu telah tewas ,bagaimana pula dalam isu PARIA ?.
Apakah sekali lagi orang Melayu akan hilang EGO ketuanan mereka ? Jikalau kita singkap kembali apa yang pernah berlaku ketika pilihanraya kecil di Hulu selangor satu ketika dahulu bagaimana PORNSTAR mengambil kesempatan disaat saat BiniNajib mermerlukan sokongan UNDI  dari golongan PARIA ketika itu.Kalau orang Melayu yang tidak lupa pada waktu itu tentu masih ingat pergeseran telah berlaku diantara PORNSTAR MCA dengan Presiden perkasa dalam satu isu ...cari sendiri apa isu itu.Braheng menyokong puak PARIA ketika itu ...Apakah kali ini puak PARIA akan menyokong Presiden Perkasa jikalau beliau berkeras  perkataan PARIA itu tak perlu di buang dalam buku Interlok?


Apabila PORNSTAR MCA keluarkan kenyataannya pada  11-03-2011.
Apa yang telah berlaku pada orang melayu di saat itu ? Pendokong PAS dan Pendokong UMNO terus berbalah mengenai penggunaan kalimah Allah dimasa yang puak DAP telah  ikut sama MCA mendesak kerajaan untuk membebaskan kitab palsu mereka. Apakah hasil yang Melayu/Islam dapat dalam isu ini selain dari MEMPARIAKAN diri mereka sendiri. Perbahasaan antara UMNO dan PAS masih berterusan dikala DAP  dan MCA sudah  dapat memakai kalimah Allah didalam gereja2 mereka serta kini telah tertulis dengan resmi kalimah Allah didalam kitab palsu mereka.Tahniah pada PAS kerana merelakan kalimah Allah di tulis dalam Kitab Palsu dan tahniah juga kepada UMNO masih pertahankan kalimah Allah dengan retorik politik.Kepada bangsa melayu haruslah bersedia/menyediakan diri untuk mengambil alih tempat kaum Keling menjadi bangsa PARIA di Malaysia untuk menyambut kedatangan tahun 2020.

PANASNYA DI TANAH GERSANG


Angin panas mula menyentuh pipi di tanah gersang kerana angin sejuk sudah tamat gilirannya untuk memberi khidmat kepada penduduk di tanah gersang ini.Kedatanngan kawe untuk bercuti /makan angin yang bergaji yang di sambut pada awalan musim sejuk nampaknya berakhir dengan awalan musim panas ,mungkin ianya satu kebetulan yang amat menarik untuk memulakan pertemuan dan menamatkan perjanjian.

Pengalaman mengalami kemuncaknya musim panas di bumi yang panas sepanjang tahun ini juga amat menarik untuk disimpan sebagai satu kenangan dalam menjalani sebuah kehidupan .Kawe disambut dengan limpahan tamar yang telah masak terhidang tapi terpaksa tinggalkan   pohon tamar yang  baru  mengeluarkan mayang untuk berbunga.

Sentuhan angin panas yang melanggar pipi ditanah gersang kali ini agak berbeza sedikit dengan bahang yang sebelumnya.Panas kali ini bukan sahaja dari kesan bahang matahari membakar kulit untuk memerah peluh membasahi pipi.Jarang sekali kita dengar penduduk ditanah gersang ini menemui ajalnya kerana kesan klimaks panasnya matahari .





Kepanasan ditanah gersang kali ini berbeza kerana kepanasan didalam diri penghuni tanah ini memuncak diawalan musim panas mentari muncul.Bermula di mesir dan kini dah berjangkit hampir keseluruh tanah arab.Apa yang berlaku dalam gambar dan video diatas adalah yang terjadi di Bahrain.

3 tahun yang lepas kawe ada melawat Manama iaitu ibukota kepada Bahrain.Jika hendak dibandingkan dengan kota kota negara Arab yang lain Manama ini agak ketinggalan sedikit dari segi kemajuannya ,penduduk asalnya masih memandu teksi untuk menyara keluarga.


Tuesday, March 15, 2011

DNA

                                                LINK VIDEO   Tsunami Di Jepun

Mungkin Dunia Nak Akhir boleh distilahkan mengenai bencana yang melanggar negara Jepun ketika ini. Dunia Nak Akhir juga boleh dikatakan bila melihat apa yang berlaku di tanah tanah Arab dewasa ini.Kawe yakin ramai orang Islam di seluruh dunia yakin dengan dalil dalil seperti yang di sebutkan dalam Al-Quran dan hadis hadis nabi S.A.W.

Kawe bukan ustaz untuk mengulas mengenai dalil dalil Dunia Nak Akhir ini mengikut kefahaman umat islam,jaddik elok kita dengar dari para ustaz ,ulamak dan mereka yang ahli dan ada tauliah  yang membuat kenyataan akhbar untuk mengulasnya. Biarlah mereka ini yang keluar di tepi tepi jalan dengan membawa sepanduk atau kain rentang dengan memimpin sekumpulan kecil rakyat   berdemo untuk mengingati sebahagian besar rakyat mengenai ancaman Dunia Nak Akhir ini.

DNA pula merupakan lambang kejayaan otak manusia mencari atau menyelesai masalah .Pencapaian manusia ini juga boleh diukur untuk menanda aras kemajuan manusia di zaman.Kebijakkan manusia ini dengan teknologi DNA ini telah dapat menyelesaikan identiti manusia walaupun berusia beribu ribu tahun yang lampau. Jika diambil kira penemuan baru dari perahan otak otak tertentu manusia yang dapat mencipta teknologi DNA untuk menyelesaikan masalah sesama manusia ini maka boleh diandaikan dunia ini baru bermula dan mungkin masih jauh lagi dengan pengakhiranya.

Samada DNA atau Dunia Nak Akhir dalam dunia hari ini telah menjadi penyelamat atau pemusnahan atau ketakutan atau kegembiraan kepada manusia manusia tertentu di dunia.Namun begitu perlu diketahui bahawa ramai yang tidak mengetahui apa itu DNA terutamanya orang orng kampung dan yang agak lewat usianya TAPI sebaliknya golongan ini yang lebih percaya kepada Dunia Nak Akhir.

Fenomena baru ditanah Malaya kini dilanggar Tsunami DNA pula .apakah ini malapetaka baru ini juga boleh di klafikasikan sebagai dalil baru untuk Dunia Nak Akhir ..Sekali lagi kawe menyeru supaya alim ulamak dan orang yang bertauliah di rujuk untuk mengesahkan dalil baru ini.

Dalil Dont Need Anuar dan Datuk Najib Altantuya mungkin akan mempercepatkan atau melambatkan proses Dunia Nak Akhir di bumi Malaysia tidaklah kawe ketahui dan memang tiada sesiapa pun mengetahuainya melainkan Pencipta kepada dua makhluk yang disangkutkan dalil dalil di leher mereka ini.Dalil yang  telah berlaku adalah sebilangan kecil rakyat telah mencipta sepanduk  " SERAHKAN DNA" untuk menggegarkan sebahagian besar rakyat ,samada gegaran itu sehebat gempa bumi di negara matahari terbit tidaklah kawe ketahui TAPI yang pasti telah mendapat liputan yang meluas dari media media bumi bertuah Malaysia itu.

Jikalau apa yang berlaku di Jepun diambil kira ,selepas gempa bumi berlaku maka disusuli pula dengan Tsunami melanda.Jika persamaan ini terjadi maka Tsunami Datuk Najib Altantuya akan membawa arus untuk melanggar bumi Malaysia .Di Jepun bangunan tinggi tidak menyembah bumi kerana gempa bumi tetapi rumah rumah ranap dilanda Tsunami.Dunia Nak Akhir bagi rakyat Jepun makin menjelma bila reaktor nuklear meletup akibat gempa bumi.

Sekali lagi jika kawe ambil kesamaan apa yang berlaku di Jepun itu ,apakah bangunan berkembar hasil binaan seorang Dr yang juga penulis buku akan tumbang menyembah bumi kerana gegaran Dont Need Anuar ? ATAU bangunan putrajaya akan hanyut dibaham arus deras Tsunami Datuk Najib Altantuya? Sama samalah kita tunggu dan lihat. Dunia Nak Akhir bagi rakyat Malaysia masih belum tiba kerana loji nuklear belum terbina.

Sunday, March 6, 2011

FARAHHANA OHH FARAHHANA


Menarik bila membaca Utusan Malaysia hari ini bila seorang gadis manis yang berpangkat Pengarah Kebangsaan JMM  sebuah NGO Melayu yang menyamakan TGNA dengan  AYAH PIN.

Kawe setuju dengan kenyataan gadis manis ini TAPI sebelum kawe nak hurai lebih panjang mengenai persetujuan kawe mengenai kenyataan beliau elok kawe catatkan dulu apa objektif utama NGO ini seperti yang tercatat sebagai IKRAR AHLI. seperti di bawah ;

KAMI, Umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji, tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.
KAMI, berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan Agama Islam.
KAMI, juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami
KAMI, sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat
KAMI, umat Melayu bersumpah setia untuk:

Mempertahankan kepentingan dan Hak Melayu
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera

Sekali lagi kawe bersetuju tanpa bantahan pasal SUMPAH dan IKRAR ahli ahli JMM ini.. Berbalik kepada kenyataan Farahhana diatas yang kawe kata kawe bersetuju tu .Malah jika farahhana berkata pen adalah satu ALAT untuk menulis atau pensil satu ALAT untuk melukis pun kawe akan setuju dengan beliau.Tapi adakah Farahhana boleh bersetuju dengan kawe jikalau kawe kata Nabi Muhammad S.A.W PERGUNAKAN  wahyu wahyu dari Allah yang di sampaikan oleh Jibrail untuk mengubah /mempengaruhi /menguasai pemikiran masyarakat Jahiliah pada zaman itu?...Sewajarnya Farahhana memasukkan dalam sumpah umat Melayu yang berdakwah merah diatas itu untuk Mempertahankan wahyu wahyu dari Allah itu juga  .Barulah bila Farahhana hendak mempertahankan kepentingan dan hak melayu maka wahyu wahyu dari Allah itu terjaga sama.

Kawe petik ayat si gadis manis ini;
"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini."

Berdasarkan petikan diatas memanglah tiada beza diantara TGNA dan AYAH PIN , kedua duanya pemimpin,kedua duanya ada pengikut ,kedua duanya disanjungi dan di hormati oleh pengikut ,kedua duanya mempunyai pengikut fanatik masing masing.BENAR sekali tiada seorang pengikut AYAH PIN yang berani membantah beliau atau yang berani mengatakan apa yang diajar itu tidak betul begitu jugalah TGNA tidak pernah kita mendengar pengikutnya berkata beliau itu SESAT. Jaddik tiada sebab yang kukuh untuk kawe boleh tidak bersetuju dengan farahhana melainkan setuju belaka dengan kenyataan beliau. Dan kawe yakin farahhana juga akan bersetuju dengan kawe jika kawe kata TGNA pun bersetuju dengan kawe jika kawe kata segala ajaran wahyu yang diajar/dibawa oleh Nabi SAW kepada umat manusia adalah semuanya benar belaka ....Apakah farahana sedar bahawa AYAH PIN tidak bersetuju dengan Nabi SAW ini? Mungkin farahhana akan berkata imej TGNA dan AYAH PIN tetap sama walaupun berbeza dari sudut penerimaan kepada kekasih Allah ini....Hanya farahhana mampu menjawab.


Pernahkah Farahhana pada bila bila masa mendengar/mengetahui bahawa AYAH PIN pernah mencabar mana mana mufti/majlis fatwa/pihak berkuasa agama untuk menyiasat/rela disiasat jika segala ajaran yang di bawa oleh beliau itu salah? Satu Malaysia tahu bahawa yang mengeluarkan FATWA bahawa ajaran AYAH PIN itu adalah pihak berkuasa/berwajib /majlis fatwa /majlis agama yang bertanggungjawab di Malaysia .Apakah pihak berwajib ini mengambil tindakan keatas AYAH PIN berdasarkan kerana Farahhana menyamakan AYAH PIN dengan TGNA? Kalaulah benar pihak berwajib ini mengambil tindakan keatas AYAH PIN kerana desakan Farahhana di dalam utusan Malaysia MAKNANYA farahhana lebih berkuasa dari pihak berkuasa tentang agama di malaysia....Bolehlah digelarkan farahhana ini ketua segala mufti dan ulamak wanita pertama di malaysia ...kesian Dr Masitah dah mula tenggelam mata pencariannya kerana timbulnya farahhana ini.

Walaupun Farahhana tidak dapat mengeluarkan satu bukti atau satu kenyataan yang di siarkan oleh Utusan Malaysia bahawa AYAH PIN pernah mencabar pihak berkuasa seperti mana TGNA yang selalu mencabar pihak berkuasa supaya menyiasat atau beritahu akan kesalahan beliau dalam mengerjakan kerja dakwah kepada rakyat malaysia ,kawe masih tetap bersetuju dengan kenyataan farahhana bahawa AYAH PIN dan TGNA itu sama walaupun dapat dilihat dengan amat KETARA perbezaan dimata HATI orang yang celik agama namun bagi mereka yang mata DUITAN seperti Farahhana KESAMAAN itu memang jelaslah.

Jaddik untuk kawe terus kekal menyokong dan bersetuju dengan farahhana ini kawe MEMOHON kepada farahhana dengan lebih keras lagi mendesak pihak yang berkuasa mengenai hal ehwal agama islam di malaysia supaya mengambil tindakan yang TEGAS kepada TGNA dan usaha farahhana itu mesti sampai ke tahap Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan FATWA resmi bahawa ajaran agama islam yang dibawa oleh TGNA itu adalah SESAT seperti ajaran sesat yang di bawa oleh Ayah Pin. Jikalau semua pihak berkuasa Agama Islam malaysia  tidak berani untuk mengambil tindakan keatas TGNA sepertimana tindakan yang diambil keatas AYAH PIN maka kawe dengan 100% akan menyokong Farahhana/JMM keluarkan FATWA bahawa pihak berkuasa agama islam di Malaysia adalah SESAT seperti mana sesatnya TGNA dan AYAH PIN dalam terjemahan Farahhana.

Itu yang kawe setuju dengan farahhana ni dan kawe ada juga yang tidak setuju dengan Farahhana sebagai ahli dan pemimpin NGO JJong Mmapuh Melayu (JMM). Apa yang kawe tak bersetuju dengan JJM adalah ikrar ahli yang berbunyi "KAMI, Umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji, tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri." 


Kenapa kawe tidak sokong dengan IKRAR itu? ....Masyarakat yang diluar sana harus menilai dengan pandangan masing masing.....







Thursday, March 3, 2011

MENCARI BENAR DALAM KEBENARAN

                                          Anak saudara dan bapa saudara bersalaman itu BENAR

Tulisan PELAJAR KECEWA yang disiarkan oleh Harakah menimbulkan tanda tanya di benak kawe bila dibaca untuk menilai satu KEBENARAN yang berlaku didalam BENAR.Kawe tidak mengenali secara peribadi Ketua Menteri Sarawak ini TAPI kawe ada beberapa kali berjumpa dengan bapa saudaranya yang berkebetulan juga bekas Ketua Menteri Sarawak diatas kapasiti perjumpaan kekeluargaan.Kawe amat yakin jika BENAR tindakan yang diambil oleh anak saudara Tun Rahman ini maka beliau lah orang melayu paling sedih  di Sarawak.Tun Rahman amat prihatin dan ambil berat perihal pendidikan lebih lebih lagi mengenai pengajian mengenai  agama islam bahkan beberapa tahun yang lalu semasa kesihatannya masih mengizinkan beliau mengajar Al-Quran dirumahnya kepada anak anak muda.

Kawe tidaklah hendak menjelas atau menceritakan lebih lanjut mengenai hubungan anak saudara dan bapa seperti tertepeknya gambar di atas itu. Kawe lebih berminat dengan tulisan pelajar kecewa itu dan ini membawa satu perbualan yang menarik diantara kawe dengan seorang pejuang yang lebih teruja apabila digelarkan pejuang melayu di Malaysia. Berkebetulan pula beliau adalah salah seorang pemimpin kanan dalam sebuah NGO Melayu yang MAHU dikenali sebagai sebuah NGO  orang Melayu nombor satu di Malaysia dalam wadah perjuangannya dan satu lagi kebetulan NGO ini diketuai oleh seorang pejuang Melayu yang mahu dikenali sebagai pejuang melayu paling hebat di Malaysia mengikut definisi dirinya sendiri.

Persoalan yang kawe lontarkan kepada pejuang ini adalah " menyatakan kebenaran dan membuat timbangan kebenaran dengan neraca yang adil bukan didasarkan dari sumber LAMBANG " Dalam perkara ini insan yang mahu dikenali sebagai pejuang melayu ini BERBEZA pendapat dengan kawe . Beliau lebih berminat supaya kebenaran itu ditutup demi untuk menutup kelemahan seseorang pemimpin . Bagi kawe pula berpendapat bahawa BERKATA benar itu mesti dinyatakan walaupun kadangkala amat pahit untuk ditelan .

Fakta pertama yang kawe lontarkan kepada pejuang ini untuk menjadikan perbualan lebih menarik adalah ..Kawe kata ..Kerajaan Pusat membiayai/membawa balik semua pelajar pelajar malaysia dari Mesir dalam krisis tempoh hari ...Alhamdulillah kerana kerajaan amat bertanggungjawab kata kawe . Keduanya ...Kerajaan Pusat menyeru semua kerajaan negeri supaya membiayai wang tambang pelajar2 ini semula ke Mesir ...Amat adil kata kawe.Kepada kedua dua kenyataan kawe ini ,pejuang ini menjawab dengan berkata " Adill...good...ambo sokong ....pasal pelajar2 ..dayus semua ." Melihat kepada jawapan dari si pejuang ini maka dapatlah kawe rumuskan bahawa beliau menyokong apa yang kawe perkatakan atau dengan lain maksudnya Kerajaan pusat telah menunaikan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN dalam apa apa tindakan dan menyeru pula supaya semua kerajaan  negeri juga mengambil langkah yang sama iaitu pembelaan terhadap rakyat perlu diutamakan.

Kawe kemukakan pula fakta ketiga ,kawe kata " Kerajaan Sarawak tolak seruan kerajaan pusat ...Adakah KM hanya bela bini baru TIDAK bela rakyat? " Jawapan yang kawe terima dari Si pejuang bila fakta ini diutarakan adalah  ..."Yg dia bela dah banyak pongg.."   Hahaha bila mendapat jawapan ini maka kawe berandaian bahawa si Pejuang ini sudah mula untuk PERTAHANKAN lambang bukan lagi KEBENARAN.

Untuk mengesahkan andaian kawe tadi ,maka kawe mulakan cubitan halus untuk melihat kesan tindakbalas dari diri seorang pejuang yang kawe yakin akan cepat bangkit semangatnya. Kawe kata " Pertimbangan perlu di buat demi kepentingan rakyat ...Itu kata2 perjuangan cap DACING tapi KM Sarawak terlalu asyik dengan gelekan Arab bini baru akibatnya timbangan jaddik senget"

Seperti yang dijangka bila kekurangan /kelemahan/kesilapan pemimpin yang memakai LAMBANG ini di nyatakan secara BENAR amat sukar diterima walaupun kebenarannya jelas terhidang dimata   mereka yang totok pada perjuangan lambang.Mungkin kerana tidak puashati dengan kenyataan kawe dan mungkin juga pejuang ini belum mempunyai fakta yang jelas untuk mematahkan kenyataan kawe maka beliau cuba pertahankan LAMBANG pujaannya dengan cuba untuk melencongkan kawe kepada membuat perbandingan diantara pemimpin.Dengan ggahnya beliau mencabar kawe untuk menamakan seorang pemimpin yang maksom untuk mengantikan PM yang ada sekarang katanya ....hahahaha

Bila gendang yang dipalu untuk menamakan pemimpin ini tidak dapat menarik minat kawe untuk menari dengan rentakknya ,si pejuang ini semakin agresif cuba untuk menyerang kawe dengan pelbagai cara tetapi kawe andaikan beliau terasa hampa kerana tidak mendapat tindak balas seperti yang beliau kehendaki dari kawe sebaliknya kawe sekadar berkata ...Ambo hanya menyatakan kebenaran sahaja dan terpulanglah kepada sesiapa untuk menilai/menimbang akan kebenaran itu.

Kepada pejuang yang mahu dikatakan sebagai berjuang untuk orang melayu berkenaan sekiranya terbaca coretan kawe ini silalah cuba untuk berkata BENAR atau menerima KEBENARAN itu walaupun pahit untuk ditelan. Jangan sekali kali cuba untuk FITNAH kan orang lain hanya kerana untuk menutup kelemahan diri sendiri atau untuk mempertahankan sesuatu LAMBANG demi untuk menutup keburukan yang ada.

Membuat satu kenyataan yang tidak BENAR yang boleh menjurus terciptanya FITNAH kepada salah seorang sahabat kawe adalah satu perkara yang kawe tak boleh terima ...Kalau ada bukti yang jelas benar sila dedahlah kawe boleh terima kebenaran tapi bukan FITNAH..

Apa apa LAMBANG yang dipakai atau dipuja pun anda wajar pertahankan akan KEBENARAN yang BENAR tapi anda juga kena terima kebenaran itu adalah satu perkara yang BENAR dan untuk menidakkan KEBENARAN demi untuk MEMBENARKAN lambang yang anda puja kawe sifatkan anda hanya seperti seekor ikan laga (sepila/kkarin) didalam botol yang GARANG tapi rabit mulutnya kerana asyik kekoh botol sendiri bila melihat ikan lain yang bebas berenang di luar botol ,





Thursday, February 24, 2011

MELAYU SINGAPURA LEBIH HEBAT DARI MELAYU MALAYSIA?



Di Malaysia orang melayulah TUAN kepada tanah itu yang selalu melaungkan kemegahan KETUANAN mereka.Kerana ingin menjaga ketuanan melayu merekalah sebahagian dari saudara melayu mereka terpaksa dianiaya untuk dilanyak dan dihina oleh bangsa pendatang.Apa yang terjadi tetap telah berlaku ,bumi Temasek yang asalnya HAK melayu kini bukan lagi kepunyaan Melayu atau TUAN nya sudah bukan dari melayu.Kini Melayu hanya tinggal 15% atau kurang di Singapura .

Yang sering kita dengar dari para pemimpin KETUANAN Melayu di Malaysia mengenai nasib Melayu di Singapura ini amat pilu dan nyilu dihati,tapi suara pilu yang ditiup ini semata mata ditiupkan untuk memberi ingatan kepada Melayu di Malaysia sahaja.Apakah adil untuk menyalahkan/meletakkan segala kesilapan ini diatas kepala rakyat melayu Singapura? Apakah pilihan itu dibuat oleh mereka atau dibuat oleh pemimpin pemimpin terdahulu dan diwarisi oleh  mereka yang lantang melaungkan KETUANAN melayu hari ini?

Beberapa tahun yang lalu kawe pernah menetap di Johor Bharu dan boleh di katakan dalam sebulan adalah 2 atau 3 kali kawe melintas tambak Johor untuk ke Singapura dengan tiada apa tujuan selain dari untuk mengenali sebuah negara yang dulunya milik melayu tapi kini dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Cina.Apa yang kawe jumpa dan lihat disana tidak perlulah kawe cerita disini kerana Malaysia dan Singapura tidak terlalu jauh untuk dilawati oleh para ketuanan Melayu Malaysia.Di Johor Bharu tidak susah untuk mengenali melayu melayu Singapura terutamanya di malam minggu di sekitar Johor Bharu .Kawe sememangnya tidaklah sangat meminati gelagat gelagat Melayu Singapura yang selalu berjiran meja makan direstoren restoren sekitar johor Bharu .Ada keriakan di jiwa mereka ,ada keagahan didiri mereka pada pandangan kawe .mungkin disebabkan oleh nilai matawang Singapura yang lebih tinggi nilainya dgn RM penyebabnya atau kemajuan  negara mereka lebih dari Johor Bharu ...kawe tak pasti.

Yang pasti adalah melayu Singapura ini mahu diri mereka dilayan seperti Raja Temasek yang mencemar duli di Johor Bharu pada pandangan mata kawe.Antara faktor harga makanan menjadi mahal di Johor Bharu juga adalah disebabkan oleh keghairahan Raja Temasek mencemar duli di sana ....Itu andaian kawe lah...
Anggapan kawe melayu singapura ini kelihatan agah dan riak rupa rupanya silap ,yang kawe tidak menyedari pada waktu itu adalah melayu Singapura ini terlalu gembira bila berada di Johor Bharu untuk menikmati makanan.Satu kebebasan yang terpancar dijiwa mereka yang menampak keagahan di mata kawe. Seolah olah satu kemerdekaan di jiwa mereka bila dapat menghirup udara yang kurang bersih jika dibandingkan dengan kebesirhan di singapura tetapi hakikatnya jiwa mereka terpenjara didalam menghirup udara bersih si seberang tambak Johor.Menikmati jiwa yang merdeka bagi seseorang manusia itu bukanlah RIAK diri atau AGAH dalam istilah ore Kelate.

Di tempat kawe mencari rezeki ini berkebetulan ada seorang Melayu dari Singapura yang ditakdir berkongsi pejabat dan sama matlamat dengan kawe iaitu mencari rezeki sesuap nasi untuk menyara keluarga.Kami selalu berbincang pasal kerja dan sekali sekala keluar makan dan minum bersama .Sahabat kawe ini seorang yang peramah dan mempunyai 2 orang anak yang menetap di Australia dan memiliki taraf warganegara Australia TAPI sahabat kawe ini masih warganegara Singapura walaupun anak isterinya sudah menukar kerakyatan.

Amalan biasa kawe bila hendak mengetahui sesuatu kawe akan lebih banyak mendengar dari bercakap bila berbual .Kawe mendengar dengan penuh khusyuk sahabat kawe menceritakan kegembiraan yang di capai oleh anak anak yang berjaya menjadi pelajar cemerlang di Aussie . Sahabat kawe ini umurnya sudah menjangkau 50 tahun untuk pengetahuan umum .Amat menarik untuk mendengar bagaimana beliau seorang melayu berusaha untuk mendidik anak anak di negara orang putih yang jauh berbeza dengan budaya melayu dan yang lebih menarik lagi kedua dua anaknya terpaksa tinggal bersendirrian di Aussie sedangkan beliau terpaksa merantau ke pelbagai negara di dunia untuk mencari rezeki.

Sahabat kawe ini menceritakan bagaimana sistem pendidikan di Singapura dan apa kesannya kepada orang Melayu Singapura . Secara tidak langsungnya beliau menjelaskan kepada kawe mengapa beliau bersusah payah berhijrah ke luar negara untuk memberi pelajaran kepada anak anaknya yang tidak memenjarakan fikiran mereka.Mungkin anda boleh semak jenis macam mana sisten pendidikan di Singapura.Bila bercerita mengenai pendidikan ini menjuruskan kepada kawe untuk bertanya ,pada tahap manakah ibubapa Melayu Singapura berharap tahap paling minima untuk anak anak mereka berjaya didalam pelajaran .Dengan pantas beliau menjawab kebannyakkan Melayu Singapura berharap dan akan berusaha paling paling kurang anak anak mereka mendapat MASTERS . Beliau juga menjelaskan panjang lebar kepada kawe kenapa dan mengapa.

Kata kata beliau yang terkesan kepada kawe adalah bila beliau berkata " Apabila kita ditindas hanya kecerdikan dalam berilmu yang dapat menolong kita keluar dari penindasan itu". Jaddik menurut cerita beliau Melayu Singapura kini berusaha untuk mencerdikan anak anak mereka dengan pelbagai kepakaran ilmu yang ada untuk dimiliki.Kata beliau juga walaupun jumlah atau peratusan kita sedikit tapi sedikit yang berkualiti itu lebih banyak manfaat dari banyak yang tidak ada kualiti.Kawe tersenyum dan menganguk faham akan erti kesusahan atau penindasan yang beliau  ucapkan itu walaupun penindasan yang berlaku pada Melayu kelate dengan Melayu Singapura terlalu jauh perbezaannya tapi apa yang sama adalah TINDAK balas  atau usaha untuk keluar dari penindasan itu tetap sama.

Dalam gelak dan senyum sambil mengangguk faham kawe lontarkan satu soalan bersahaja kepada sahabat kawe ini ,dengan nada serius kawe bertanya kepada beliau " Apakah ada cita cita dihati Melayu Singapura untuk mengambil semula tanah Temasek itu dari kekuasaan keturunan LKY?"Melihat perubahan air muka beliau dengan soalan kawe itu dengan pantas kawe berkata sebab kawe bertanya demikian ialah kerana kawe percaya orang melayu ini ada satu semangat yang ada pada kaum Yahudi . Tengok macam mana puak Yahudi bangkit setelah ditindas ,tengok penyatuan puak puak Yahudi di luar Israel memasang strategi bertahun tahun untuk kembali ke semula berkuasa di Israel yang mereka dakwa tanah nenek moyang mereka..

Mendengar penjelasan panjang lebar kawe mengenai persamaan sifat melayu dan sifat Yahudi itu membuat sahabat kawe membuka satu cerita mengenai peretmuan beliau dengan seorang pelajar dari Malaysia yang belajar di Melbourne Aussie .Menurut sahabat kawe ini beliau memarahi pelajar dari Malaysia ini dalam nada menasihati kerana pelajar ini tidak mahu kembali ke Malaysia setelah habis belajar dan memasang angan angan untuk menikah dengan minah salleh dan tinggal disana. Sekali lagi kawe senyum dan ketawa berdekah dekah mendengarnya dan kawe yakin dan percaya nasihat sahabat kawe ini kepada pelajar tersebut adalah ikhlas dari hati kecilnya dan mungkin juga kerana merasakan pelajar ini tidak merasai diri beruntung menjadi rakyat Malaysia sehingga bercita cita untuk menukar warganegara.

Kawe tidak mendesak sahabat kawe ini untuk menjawab soalan kawe tadi dan beliau pun tidak menjawab soalan secara terus terang TAPI kawe ada kefahaman kawe tersendiri untuk mencari jawapan kepada soalan kawe tersebut.Kawe jenis tidak mementingkan jawapan ya atau tidak kepada soalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. 



Tuesday, February 22, 2011

DENDAM MAHATHIR PADA NIK AZIZ BELUM TERPADAM



Perdana Menteri paling lama di Malaysia selalu mengeluarkan ungkapan "PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI". Tun Mahahthir yang juga di kenali sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai plan didalam rancangan dalam  rencana dalam strategi atau plan dalam plan dalam plan dalam plan .....

Dalam era pemerintahan beliau kita dapat melihat ramai musuh musuh politik beliau samada dari dalam dan luar dapat di hapuskan oleh beliau dengan ketangkasan atau kebijaksanaan beliau dalam berpolitik.Di era pemerintahan belai jugalah negara Malaysia menjadi terkenal di seantaro dunia .Mungkin salah satu kegagalan Tun M dizaman beliau berkuasa adalah untuk menjatuhkan TGNA di Kelantan atau merampas Kelantan dari pengaruh TGNA  .Bagi Tun M dalam dunia politiknya tiada istilah gagal untuk dirinya ,sejarah telah membuktikan Tun M akan buat apa sahaja untuk memastikan kemenangan berpihak kepada dirinya dalam politik .Sejarah membuktikan |Tun M berjaya merehatkan perdana menteri pertama Malaysia dan sejarah juga tercatat Tun Berjaya menyahkan satu satu timbalannya yang diangkat menjadi PM sebagai pengantinya ,walaupun beliau terpaksa keluar dari UMNO untuk cita citanya tercapai. Tetapi sehingga kini Tun M masih gagal bila berdepan dengan TGNA.

Kini riuh kembali pertikaian diantara Tun M dan TGNA di tanah Malaya cuma yang berbeza kali ini adalah TGNA masih berkuasa dan Tun M hanya sebagai rakyat biasa .Maknanya pertikaian kali ini boleh dilihat diatas padang yang sama rata kerana segala intrument kerajaan bukan Tun yang kawal lagi ,namun begitu suami kepada BiniNajib akan memberi EHSAN kepada Tun untuk RTM,TV3 dan Utusan Malaysia membantu Tun hadapi TGNA.

Pertikaian kali ini pun masih lagi mengenai lagu lama iaitu isu Bela Melayu dan Bela Islam.Kini Tun M kata TGNA mula nak bela melayu untuk dapatkan undi melayu tidak lagi bela islam untuk dapatkan undi melayu.Kalau perbandingan di buat siapa jaguh diantara Tun M dan TGNA yang lebih hebat membela melayu di Malaysia ,kawe memilih untuk memihak kepada Tun M merupakan jaguh dalam membela Melayu di Malaysia jika hendak dibandingkan dgn TGNA . Perbandingan kawe buat berdasarkan selama 22 tahun Tun M berkuasa di Malaysia dan dari 14 buah negeri yang ada di Malaysia itu hanya satu atau dua negeri sahaja yang Melayu tidak di bela oleh Tun M. Berdasarkan angka ini tiada siapa yang dapat nafikan Tun M sebagai jaguh bela melayu.Walaupun Melayu Kelantan disisih/dizalimi oleh Tun M termaksuklah Melayu Terengganu satu ketika namun jika dikira puratanya seluruh Malaysia Tun Masih juara bela melayu.

Kita tengok dari sudut bela islam pula oleh TGNA di Kelate ,hampir 95% peratus orang kelantan adalah beragama islam yang dipimpin oleh TGNA.Jikalau kita tengok dari sudut perlembagaan negara pula mengatakan orang melayu mestilah beragama islam. Jaddik bila ukuran ini dibuat Tun Masih lagi menjadi juara atau jaguh bela islam bila meletakkan bela melayu didepan. Jaddik bila TGNA meletakan bela islam didepan maknanya bukan bela melayu kerana dalam istilah biasa orang islam tidak semestinya orang melayu sahaja.Persoalannya berapa peratus kah orang islam yang bukan Melayu yang di bela oleh TGNA di Kelantan? Apakah  kerana tak sampai 1% orang islam yang bukan melayu yang di bela oleh TGNA di Kelate telah menyebabkan 95% orang Melayu di Kelate di nafikan HAK mereka oleh TUN?

Jaddik bila Tun M kata TGNA mula untuk meletakkan bela melayu didepan kerana takut undi orang melayu hilang berkurang kepada TGNA . Kawe nak tanya pada Tun M adakah selama lebih 20 tahun TGNA penjadi pemimpin ore islam di Kelate ini hasil kemenangan yang diundi oleh tak sampai 1% orang islam bukan melayu di kelate? Atau Apakah kerana gelombang merah Stopa Mamat yang memungkinkan HAK royalti di kembalikan kepada rakyat Kelate jika BN menang akan memaksa 1% orang islam yang bukan melayu di Kelate keluar daripada islam kerana TGNA sudah tak mampu bela mereka lagi?

INGAT dari awal lagi kawe kata Tun M adalah pakar dalam memasang startegi  dalam plan dalam plan ...Bagi kawe Tun M ada maksud yang lebih besar lagi disebalik kenyataan beliau itu ,kerana Tun memang ketahui dengan jelas dari dulu lagi TGNA bela nasib ore Melayu di Kelate .Tun tahu TGNA mendapat sokongan yang kuat dari Melayu di Kelantan dengan cara membela islam malah kini telah merebak ke seluruh Malaysia. Tun tidak heran jikalau sokongan orang melayu bertambah kepada TGNA kerana sejarah telah membuktikan sokongan dari negeri  majoriti melayu terbesar kepada TGNA tidak menjejaskan apa apa kepada Tun untuk muncul sebagai JAGUH bela melayu yang utama di Malaysia.

Hayunan kata kata Tun ini hanya satu cubaan untuk memercikan satu cetusan kebimbangan kepada satu kelompok yang mana akan menjadi penentu kemenangan BiniNajib dalam PRU 13 sahaja. Kata kata serampang dua mata dari tun ini amat berbisa jika berjaya diolah dengan baik oleh penyambut penyambutnya nanti.Kalau di nilai dari kata kata Tun terdahulu bahawa melayu sudah berpecah kepada 3 MAKNANYA BiniNajib jika mahu masih berkuasa maka di malaysia maka terpaksalah CSL membuat filem filem yang laris jualan dan perlu sambutan yang hangat dari kaumnya....hahahaha  CUKUP.

Bagi kawe jikalau Tun betul betul mahu jatuhkan TGNA di Kelate apa yang perlu Tun buat adalah kaji asal usul budu dan yang penting carilah jalan supaya TGNA terpaksa mengeluarkan FATWA bahawa BUDU haram di makan oleh orang Kelate  . Kalu Tun berjaya menimbulkan keadaan ini mungkin harapan Tun untuk melihat TGNA terguling di Kelate nampak cerahlah TETAPI jika ini pun tak berjaya maka TUN akan selamanya akan ditewaskan oleh TGNA.




Monday, February 21, 2011

Bukan Untuk Diri Untung


Setahun yang lalu kawe ada menulis mengenai BUDU UNITED di blog ini secara ringkasnya bermaksud kesusahan/keperitan/ketabahan ore ore Kelate menjalani kehidupan untuk mencerdikan anak anak mereka.Hari ini budu telah dimartabatkan sebagai HARTA INTELEK bagi ore kelate yang di kenali diserata pelusok dunia.Sebelum kawe nak mengarut lebih lanjut kita tengok dulu apa definisi budu yang dikatakan  HARTA CERDIK ini  dan elok juga di semak apa DASAR KERAJAAN mengenai harta ini.Berdasarkan definisi dan dasar kerajaan jelaslah pembangunan harta ini lebih fokus kepada pembangunan fizikal sahaja .

Apa beza BUDU dengan KFC milik keluarga Sanders yang berasal dari Kentucky dan digilai seluruh dunia itu?Mungkin KFC boleh dikatakan harta intelek Sanders atau Kentucky atau USA bagi sesetengah orang dan memang diakui oleh dunia pun.Dari segi populariti juga Aye Sanders ini lebih popular dari BUDU ,dari nilai komersial juga BUDU jauh ketinggalan di belakang Aye Sanders .Tapi jika di nilai dari segi keunikannya ternyata BUDU jauh ke hadapan meninggalkan aye goreng .

Ayam goreng tidak ssong untuk dicicah BUDU kerana ikan panggang tawar dan ulam ulaman adalah regu budu yang sesuai untuk dinikmati .Dari sudut ini kita dapati BUDU amat memilih regunya untuk menjelirokan liur pengemarnya disamping memberi khasiat khasiat kesihatan yang tertentu kepada pemakannya.Kawe tidak  hendak membicara dengan lebih lanjut mengenai khasiat khasiat yang dicernakan oleh BUDU walaupun dikatakan telah ada kajian kajian secara saintifik di luar negara mengenai manfaatnya BUDU ini kepada tubuh badan manusia.Kawe juga tidak hendak ambil peduli sangat nilai komersial yang ada BUDU ini samada satu hari nanti boleh mengalahkan populariti aye goreng KFC atau tidak suatu ketika nanti.

Kenapa BUDU sinonim dengan ore Kelate? Kenapa BUDU dicampakkan untuk disebatikan dengan ore Kelate?Kenapa ore Kelate pilih BUDU untuk dijadikan makanan kebanggaan mereka?Apakah rahsia BUDU yang begitu dikagumi oleh masyarakat Kelate?


Cara mudah untuk proses BUDU

1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisæ

Cara-cara 

  1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
  2. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  3. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  4. Masukkan nisæ gaul rata.
  5. Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
  6. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
  7. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau.
  8. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. 
Petua:

Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam

Campuran 2 bahan  dari laut yang dicampur dengan bahan dipesisir pantai serta bahan dari bukit yang diperap/peram minima sebulan ini telah menjadi lagenda kebanggaan ore Kelate dalam pemakanan rutin harian mereka.Prosesnya amat mudah iaitu hanya perap/peram 4 bahan sahaja untuk di jadikan BUDU ,amat mudah bagi yang merasai nikmat BUDU yang telah dihidangkan .


Tapi bagi ore Kelate kebanyakkannya tidak melihat memproses BUDU adalah semudah seperti yang kawe tulis tu .Ikan bilis dari laut adalah hasil penat jerih nelayan nelayan di Kelate semenjak dahulu lagi untuk mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga mereka...Ikan bilis adalah lambang kegigihan/semangat ore Kelate bertarung nyawa dengan gelombang ombak di laut untuk menyara keluarga turun temurun..Bahan yang kedua dari laut juga bukanlah satu proses yang mudah untuk dihasilkan untuk diadunkan dengan ikan bilis tadi .Air laut perlu dijemur dan perlu melalui proses proses tertentu sebelum terhasilnya GARAM.

Nise juga bukanlah satu proses yang mudah untuk dihasilkan ,memerlukan tok nyadat untuk merukah pohon nyior untuk mendapatkan tuaknya .Tuak nyior ini pula perlu dimasak untuk menghasilkan nise dan yang terakhir sekali adalah asam jawa dari bukit perlu dicari untuk penghasilan BUDU ini. Setelah segala proses selesai satu lagi proses yang perlu dilalui iaitu proses KESABARAN yang perlu ada kepada si pembuat tadi .Bahan yang diadunkan tadi perlu di peram selama berbulan bulan sebelum boleh di nikmati.

Kawe toksir nak cerita panjang lebar mengenai sifat sifat Ore Kelate kerana kawe yakin ore ore kelate hak terbaca tulisan kawe ini akan faham perangai/sifat mereka sebagai ore Kelate melainkan ada segelintir ore ore Kelate yang memalingkan MUKA kepada Kekelantanan yang ada dalam diri mereka.

Apa yang kawe hendak bawa para pembaca sekalian selami adalah apakah tindak balas yang berlaku setelah BUDU ini bertembung dengan JIWA ore melayu Kelate ? Apakah GELOMBANG BUDU  akan terhasil? hahahaa...Misteri Gelombang Budu yang ada pada jiwa ore kelate amat sukar untuk difahami oleh masyarakat lain di dunia ini.Tapi bagi ore Kelate mereka mempunyai satu kesefahaman yang amat  UNIK bila  dikaitkan dengan kehebatan BUDU .