Monday, November 15, 2010

BAKAR SARANG TEBUAN ATAU KELAMBU?



Tebuan adalah serangga pemangsa yang berbisa ,sengatan dari tebuan ini boleh membawa maut kepada manusia jika penawarnya lambat sampai.Kawe tertarik dengan kehidupan tebuan ini kerana mereka hidup secara berkelompok dan berpuak dengan rukun dan damai tanpa ada pergaduhan diantara satu sama lain disarang mereka.Kerajinan dan kemuafakatan tebuan ini dalam bekerja keras untuk membina sarang mereka amat menarik untuk direnungi.
Sistem apakah yang dipakai oleh tebuan tebuan ini mengurus tadbir sarang mereka ..pernah anda terfikir? Sistem Raja berpelembagaan kah…komunis kah…Diktator kah ? Mungkin hanya Sulaiman yang benar benar tahu system apa yang dipakai oleh tebuan tebuan ini.
Oleh kerana tebuan ini serangga yang unik dan berbisa maka kawe andaikan system pemerintahannya pun seunik demokrasi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk membina Negara mereka.Walau bagaimana pun tebuan tetap sejenis binatang yang tidak mempunyai akal seperti manusia .Maka kewujudan parti politik dikalangan mereka kawe andaikan tidak dibenarkan demi mengelak pergaduhan,perpecahan sesama mereka .
Apakah mungkin Raja dan Ratu tebuan ini hanya berihat saja diatas singgahsana didalam sarang tanpa ikut serta bertungkus lumus bersama dengan tebuan tebuan yang lain bekerja kuat untuk membina dan menjaga keselamatan sarang.Atau Raja yang berbisa ini amat yakin dengan barisan kabinet menteri yang dilantik yang di ketuai oleh memanda Perdana Menteri dan isteri serta pembesar pembesar yang lain untuk menguruskan segala hal.
Mengikut resam tebuan sepengetahuan kawe mereka
amat setia dan patuh pada Raja mereka .Mungkin PM tebuan ini alahan kepada jenis betina serta berkemungkinan dalam urusan seharian untuk menguruskan amanah yg Di pertanggungjawab oleh Raja serta rakyat jelata tebuan ini dalam mengetuai pembinaan sarang mereka tentulah banyak keputusan2 penting yang perlu Di Buat tak kurang juga strategi2 tertentu. Dengan sifat alahan kepada betina ini Besar kemungkinan PM tebuan ini banyak dipengaruhi oleh pasangannya atau pasangannya sebagai PM yang tidak resmi .

Jika perkara ini berlaku amat malang sekali tebuan yang berbisa menyengat mangsa ini menjadi dayus dek sengatan pasangan betinanya yang lebih berbisa.Itu adalah telahan dari pemikiran seorang manusia yang mempunyai sepohon rambutan dilaman rumah yang risau akan keselamatan diri dan keluarga akan kebisaan sengatan tebuan ini apabila PM tebuan memutuskan untuk membina sarang tebuan didahan rambutan beliau.


Sifat manusia memang tidak dapat lari dari masalah dan kerisauan dalam diri selagi nyawa masih ada untuk menggerakkan jasad.Diluar rumah sarang tebuan menjadi igauan didalam rumah nyamuk yang boleh bawa maut jugak satu malapetaka.Kelambu dipasang oleh insan ini supaya ahli keluarga dapat lena dengan nyenyak diwaktu malam.Dalam kesibukan otan insan berfikir akan keselamatan didalam dan di luar rumah satu jenis lagi makhluk perosak datang menyerang tanpa disedari dan keadaannya .Hanya air jernih dikelopak mata menjadi teman bila insan ini menyedari istananya akan roboh bila bila masa sahaja akibat diserang anai anai dalam diam.


Beberapa hari yang lalu anak bekas seorang  arwah ulamak UMNO yang terkenal di bumi Malaysia tidak setuju dengan kawe bila kawe kata UMNO sudah rosak dan perlu di pupuskan. Budaya marahkan nyamuk kelambu dibakar tidak patut diamalkan oleh ore melayu . Kawe setuju dengan pendapat beliau tapi walaupun kelambu dijaga tapi rumah akan runtuh kerana dimakan anai anai Apa guna??? 
Kawe setuju kelambu tidak dibakar tapi bagaimana sarang tebuan??? Apakah kerana tanah yang diambil oleh tebuan untuk dibuat sarang itu tidak salah maka kita akan biarkan tebuan menyengat kita?? Apakah prinsip bakar sarang tebuan itu salah??? Bila kawe tanya lagi ..Adakah cara yang lebih baik untuk halau tebuan selain dari MEMBAKAR sarangnya ?? ....

Friday, November 12, 2010

PELARIS





Melihat ucapan aluan dalam gambar diatas Adalah perkara biasa dan lebih tepat kalau kawe istilahkan sebagai satu "PELARIS" bagi seorang peniaga dizaman moden yang mana azimat azimat dari bomoh tersohor yang di letakkan di pintu kedai sebagai PELARIS dizaman dulu mungkin sudah tidak diamalkan lagi.

Dizaman yang serba maju Dan moden ini teknologi PELARIS ini sudah berubah dan tempat letaknya pun tidak terhad di muka pintu tetapi Sudah berada dalam premis.

Dibawah ini Kawe sertakan beberapa keping PELARIS yang Kawe terjumpa bagi renungan para peniaga yang berniaga di Malaysia. Dan yang paling uniknya PELARIS ini di beri Secara percuma oleh pengeluar pengeluar PELARIS yang bermurah hati.

Jadikk bolehlah peniaga peniaga di Malaysia mencuba nasib mereka untuk mendapat sedikit kemurahan hati Tokey tokey PELARIS yang hebat ini menderma kepingan PELARIS ...Selamat mencuba nasib..

.



















Tidak adil rasa jika bagi tahu cara nak dapatkan azimat tapi tips penggunaan tidak diberitahu. Kawe kisahkan sedikit cerita dari pemilik pelaris percuma ini , Kawe ada mengenali 2 orang pemilik pelaris ini seorang dari India Dan seorang dari Pakistan . Boleh dikatakan tiap tiap bulan kawe berjumpa dengan kedua duanya untuk Urusan kawe Dan beliau yang tak perlu dijelaskan dengan details di sini.

Setiap kali berjumpa setelah selesai berurusan kawe akan luang beberapa waktu masa kawe yang murah itu untuk berbual bual tentang perkara perkara umum bergantung kepada kelapangan yang beliau miliki.

Dalam satu perbualan kami disebuah Kedai kopi terkenal yang dimiliki oleh yahudi . Perbualan kami terjurus dan berkisar kepada politik dunia, ekonomi dunia termasuklah mengenai politik Di negara beliau . Kebiasaannya dalam setiap perbualan diantara kami beliaulah yang lebih banyak bekecek dari Kawe ... Kawe Meme selesa dengan cara begitu kerana mendengar Dan buat pemerhatian adalah kegemaran kawe. Ada perkara yang kawe setuju dan tidak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh beliau . Perkara yang kawe tidak setuju kawe hanya ajukan persoalan untuk mendapat lebih penerangan dan kawe rasa beliau selesa dengan cara kawe dan mungkin menganggap kawe setuju dgn apa yang di perkatakan.

Bila perbualan kami beralih kepada suasana politik di Malaysia Kawe masih membiarkan beliau bercerita. Dan Apa yang menakjubkan Kawe adalah beliau dapat menceritakan dengan tepat serta terperinci yang mana perkara yang tidak dilapurkan dalam media pun beliau tahu Dan cerita dengan bangganya kepada dan dari riak wajahnya terpancarlah kebanggaan pada diri beliau bahawa dia lebih tahu keadaan politik di Malaysia dari Kawe .

Kawe memuji kehebatan beliau dan usaha beliau mengambil tahu mengenai suasana politik di Malaysia. Manusia tetap manusia bila pujian diajukan kebanggan diri susah untuk di selindungkan. Hahahahaha.... Beliau mula bercerita kepada kawe sejauh mana hubungan beliau dengan kebanyakkan pemberi PELARIS2 percuma itu, kekerapan dan kesukaan mereka serta macam mana sambutan mereka beliau berkunjung ke Malaysia.

Beliau juga menceritakan kepada kawe mengenai salah seorang bekas PM Malaysia beberapa Tahun dahulu mengunjungi premis beliau untuk mencari buah tangan sebelum pulang ke Malaysia , Apa yang menarik dari Cerita beliau ialah sebahagian jalan di kawasan premis beliau yang terkenal dengan kesibukan itu terpaksa ditutup untuk diberi laluan kepada orang Besar dari Malaysia mendapatkan buah tangan sebelum pulang ... HEBAT bukan!!!!! Hehehe

Setelah perbualan selesai dan kawe minta diri untuk beransur Kerana Walaupun masa kawe murah tapi nilainya tetap ada .... Setelah bersalaman ( tidak bercium pipi seperti amalan Arab ) kawe lontarkan satu kata kata sambil tersenyum kepada beliau ... Kata Kawe .. Saudara patut dapatkan kepingan PELARIS dari TGNA Dan TGHH untuk mendapat berkat dalam perniagaan saudara . .. Kawe ketawa dan dia ketawa .. Sejauh mana Dia memahami kata kata Kawe Itu tidaklah Kawe ketahui.....

Tuesday, November 9, 2010

ANWAR IBRAHIM SUDAH "MATI"

Kawe tertarik ulasan dari MSO mengenai kekalahan PAS di Galas dalam Blog beliau hari ini . Dalam .menyerang kata  saudara MSO menyatakan kekecewaannya kerana seorang yang berpangkat "besar" dalam PAS telah mempermainkan harapan penyokong demi cita cita peribadinya.Begitu juga kemarahan beliau kepada Zaid Ibrahim yang mungkin  keluar dari PKR . Mungkin perut kosong MSO lambat dihidangkan makanan makanan enak untuk jamuan tengah hari menyebabkan kemarahan beliau membara seperti perut marah tengahari .

Kemenangan UMNO di Galas sepatutnya dilihat satu kejayaan yang besar oleh PAS kerana berjaya mendidik ore Kelate menilai atau mengenai siapa pemimpin yang berjiwa rakyat sebenarnya . Dalam hal ini rakyat Kelate telah memilih untuk menjaga air muka Ku Li yang terkenal mendahului HAK rakyat dari keperluan peribadinya dari pemimpin pemimpin UMNO yang lain di Kelate.Apakah UMNO boleh berbangga dengan kemenangan ini ? Apakah rakyat memilih UMNO atau memilih Ku Li? Adakah bila rakyat Kelate memilih Ku Li bermakna menolak PAS dan menerima UMNO ? Beranikah MSO berkata demikian...

Siapa pun susuk pemimpin PAS yang dimaksudkan oleh MSO itu bagi kawe seorang yang berfikir jauh kehadapan yang mungkin tidak dapat dijangkau oleh pemikiran MSO yang mati setakat Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sahaja bila Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat nanti yang kawe anggap ilusi dalam mimpi sahaja.Umum akui kehebatan Anuar Ibrahim menggugatkan kedudukan UMNO/BN dan tidak mustahil UMNO akan terkubur kerana revolusi oleh Anuar Ibrahim tapi untuk PAS berhenti setakat Anuar Ibrahim jadi Perdana menteri sahaja perjalanannya bagi kawe satu tindakan yang amat bodoh.

Seorang veteren UMNO yang baru bersara berkata gelombang rakyat di Malaysia untuk melihat umno tumbang atau kerajaan ditukarkan amat kuat dan bersemarak semangat di dalam jiwa rakyat. Kawe setuju dengan beliau TAPI atas FAKTOR apa? Kalau faktor Anuar Ibrahim hendak di jadikan sandaran kawe jawab Anuar Ibrahim sudah mati.Anuar Ibrahim telah dipenjarakan sebelum pintu penjara terbuka untuk beliau. Jawapan yang kawe dapat adalah roh dan semangat Anuar telah menyusup/meresap masuk ke dalam jiwa dan sanubari rakyat. Soalan kawe adakah rakyat Malaysia mahu negara ini ditadbir oleh seorang PM yang mempunyai roh dan semangat yang hebat tapi jasad kaku dalam penjara? Husam Musa akan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia??? hehehe.....Atau tidak marah kah MSO jika kawe kata Zaid Ibrahim baru sahaja meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum di lantik sebagai Perdana Menteri ..sudah tentu MSO akan jawab ko kawe baso tak reti gappo satu ....Ada sesiapa berani nafikan Zaid tidak mempunyai cita cita jikalau Anuar di humbankan kedalam penjara?

Seorang aktivis PAS beritahu kawe bila kawe tanya siapa bakal PM dari PAS? Jawapan yang beliau beri adalah PAS hanyak layak jaddik pembangkang yang kuat di Malaysia.Bagi kawe adunan dalam PR yang bermasalah adalah PAS bukan PKR atau DAP . Masalah PAS adalah tidak mempunyai cita cita untuk menunaikan hasrat rakyat untuk melihat perubahan di Malaysia cuma bercita cita untuk membantu Anuar Ibrahim takluk Putrajaya sahaja yang ada. Maknanya jikalau Anuar gagal maka PAS jaddiklah pembangkang yang kuat sampai bila bila dan sekiranya Anuar berjaya mungkin dapatlah sedikit tempat sebagai balas budi.

Mungkin penyokong penyokong totok PKR serupa MSO dan penyokong penyokong totok PAS tidak setuju dengan pandangan kawe tapi kenyataan sebenar dan andaian kawe begitulah .

Sunday, November 7, 2010

MELAYU BERASAL DARI KETURUNAN YAHUDI ASAL

  •  Seorang blogger politik terkenal di Malaysia yang juga seorang penulis dan bekas wartawan serta penyokong tegar Pakatan Rakyat khasnya Anuar Ibrahim telah memberi amaran kepada kawe di FB beliau untuk menyahkan kawe di wall dan sebagai sahabat beliau di FB kerana kenyataan kawe 'ore kelate adalah Yahudi di Malaysia" Sila rujuk posting di bawah untuk lebih jelas.

    Apakah terlalu sensirif bagi ore Melayu amnya dan ore kelate khusunya bila dikaitkan dengan keturunan YAHUDI? Apakah nabi Yusoff atau Nabi Yaakub itu hina? Apakah kenyataan dari TGNA bahawa sesuatu bangsa itu tidak perlu dihina dan dibanggakan kecuali memuliakan agama ISLAM adalah segalanya tidak termakan oleh otak KEMETOT saudara MSO ini?

    Kawe toksir komen banyak pasal MSO ni tapi kawe rasa sudah tiba masanya ore melayu keluar dari kepompong fikiran KEMETOT mengenai perkara ini .Jikalau kata kata TGNA kita hendak hayati maka hasil hasil kajian yang di tulis oleh Saudara Mat Kamil Awang ditakdirkan BENAR maka pertautan dan kesinambungan kata kata TGNA itu bukanlah satu ungkapan kosong untuk orang Melayu buka minda.




    • Mohd Sayuti Omar Harapnya bukan jubah Yahudi yang dimaksudkan P Ramlee....
      22 hours ago · ·

    • Mattblacqkk Napitis Ambo sokong mss bersifat yahudi.. Sifat yahudi Adalah ore PAS...Ore UMNO suka pakai Pakaian yahudi ... Kelate yahudi Msia .. MKA Acu demo kupas Bui details sikit
      22 hours ago ·

    • Azman Dosan keno pahae molek ayat MN tu..... jange silap pahae
      21 hours ago · ·

    • Mohd Sayuti Omar Saya rasanya dah ada orang ambil kesempatan atas jubah Yahudi. Saya dah perhatian bahasa dan laras Matbalacqkk ni tak berapa molek, harap jaga bahasa dan jangan banyak sangat koner... saya akan delete sebagai ahli dan kawan Fb saya....
      21 hours ago · · 1 personLoading... ·

    • محمد فتحي berbudi bahasa budaya kita......
      20 hours ago · ·

    • Mattblacqkk Napitis
      Saudara MSO..Molek ko tak molek bahasa dan susuk ambo terpulanglah kepada individu/khalayak untuk menilai tidak terkecuali jugak MSO berhak untuk menilai dan menghukum.

      Jika kerana 4 perkataan Yahudi yang ambo tulis diatas berbanding 1 saja ...dari MSO dan jika mahu ditafsirkan "keyahudian" ambo lebih dari MSO dan mesti dinyahkan dari wall MSO ..seleke lah..

      MSO mengambil corak pemikiran P.Ramlee untuk dilontarkan sebagai satu ingatan atau pedoman mengenai apa yang telah berlaku dan Jubah dijadikan contoh.

      Ambo pula ambik sifat/perangai Yahudi itu sendiri sebagai contoh berdasarkan pemikiran ambo sendiri untuk dihayunkan /diperlagakan dengan lontaran sakti MSO itu.

      Sifat sifat Yahudi dari sudut pemikiran Ambo ..

      1.Kuat /patuh dan bangga denga Agama Mereka ...Apa beza dengan orang PAS di kelantan? Sehinggakan kelantan digelar serambi Mekah ..Kerana orangnya kaa? atau kerana negerinya kaa?

      2.Menjaga hak /membela hak /menuntut hak ..Contohnya Di Palestine (tgk dari sudut pemikiran orang yahudi bukan orang islam) Kaji mcm mana usaha Yahudi utk rebut kembali dan pertahankan tanah tersebut yang mereka dakwa milik mereka ....Bukankah mirip dengan semangat ore Kelate menuntut HAK mereka dan mempertahankan HAK mereka dalam isu royalti minyak? dan bukankah orang PAS yang kuat pertahankan?

      3.Bukankah pengaruh Yahudi merebak di seluruh dunia sekarang ini dengan propaganda mereka? Apakah tidak benar UMNO/BN melantik Yahudi sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia ? Bukankah istilah pakaian Yahudi itu bertepatan untuk diguna pakai?

      Dimana tidak eloknya jika ambo menyokong dan bersetuju untuk Mss menjadik ore kelate sejati setelah beberapa lama menjadi " kelate murtad"? ...Harap istilah "kelate murtad" pun MSO tidak salah faham akan laras bahasanya. ..Ambo sentiasa guna perkataan ini kepada pihak2 yang menidakkan HAK Rakyat Kelate dalam isu Royalti minyak sekiranya dia anak kelate . Ambo tahu Mss tidak setuju dgn penafian HAK ini wpun beliau berada dalam umno dulu TAPI istilah digunakan untuk pelarasan bahasa bagi mudah pehe akan maksud ambo.
      See More

      20 hours ago · · 1 personSham Mohamad likes this.

    • Mat Kamil Awang
      Ambo bila nak kupas pasal Yahudi ni ambo akan ambik definasi Yahudi sebenar iaitu keturunan Nabi Yakub (iaitu dari susur galur Nabi Nuh melalui Nabi Ibrahim dan Shem), dan bukannya keturuan Yahudi celup (i.e., Ashkenezic Jews) daripada ketu...runan Japheth anak Nabi Nuh.

      Ambo juga lebih setuju dengan Teori Melayu mengenai Yahudi asal ni, Kalau kita ikut Teori Melayu, keturunan Yahudi asal (Bani Israel) ni datang ke Tanah Melayu dalam tiga peringkat. Peringkat Pertama adalah zaman Nabi Musa, dalam kita agama Mormon, nabi Musa dikenali sebagai "Jared", Jadi jaredites datang ke Tanah Melayu dan hidup di Tanah Melayu. Ini lebih kurang tahun 500 sebelum mesihi

      Peringkat kedua adalah Keturunan Nabi Yusuf melalui zuriat keturunan nya Mulek. Jadi pengikut Mulek dipanggil "Mulekites". Mengikut kajian Ralph Olsen, Mulekites ini datang ke Tanah Melayu melalui semenanjung tanah arab, ke benua india, ke burma dan akhirnya ke Tanah Melayu. Mulekites ini menjadikan Kelantan sebagai tanah tempat tinggal dan kerajaan mereka. Mengikut keadaan geografi yang tertulis di dalam kitab Mormon, Pasir Puteh adalah kena dengan apa yang diceritakan sebagai bandar Mulek, Tanah Merah adalah "Zarahemla", Sg. Kelantan adalah "Sidon River", dan Kota Bharu adalah "Bountiful".

      Peringkat ketiga adalah kaum Nephites iaitu pengikut Nephi. Bila kaum Nephi datang ke Kelantan, mereka berjumpa dengan kaum Mulekites ini dan Kaum Mulekites mengangkat Mosiah sebagai raja dan bersemayam di Zarahemla (iaitu Tanah Merah).

      Itu cerita pasal Yahudi di Tanah Melayu. Jadi apa yang mattblacqkk tulis pasal sifat-sifat Yahudi dan melayu Kelantan itu kena dengan Teori Melayu yang mana Ralph Olsen menjumpai 180 bukti yang mengesahkan Teori Melayu ini.

      Sekarang kita pegi kepada bukti DNA pula. Pengkaji DNA di UKM telah menemui bahawa 27% DNA melayu mempunya penyakit genetik G6PD defisensi persamaan dengan DNA kaum Shephadic Jews tetapi disebabkan sensiviti politik, mereka membuat kesimpulan persamaan itu datangnya dari bangsa arab dan bukannya dari bangsa Yahudi asal. Kalau di ikutkan penyakit genetik G6PD ini dikenali sebagai penyakit Yahudi Shephadic (70% ada penyakit ini) dan hanya 11% orang Arab yang ada penyakit ini.

      Satu lagi bukti adalah keturunan Dadameah telah dibuktikan melalui kaum Pashtun bernama "Yusofzai", Makna "YUsofzai" ialah "sons of Joseph" ataupun keturunan nabi Yusof - iaitu salah satu kaum Bani Israel=Yahudi asal. Kaum Pashtun telah pun dibuktikan melalui DNA bahawa mereka ini dari keturunan anak-anak nabi Yakub seperti Rubean (Rabani), Shinwari (Simeon), Lewani (Levi), Daftani (Naphtali), Gaji (Gad), Ashuri (Asher), Afridi (Ephreim), Yusufzai (Manasseh).

      Jadi kenyataan Mattblacqkk hendaklah dilihat dari sudut kajian antropologi, dan kajian DNA. Kita tidak boleh menilai dengan menggunakan emosi dan fahaman Yahudi sekarang.
      See More

      20 hours ago · ·

    • Mattblacqkk Napitis MKA..Keturunan Dadameah kawe tokleh nak terima sebagai bukti lagi ..coz family dia masih tidak istihar secara resmi lagi ,,mungkin kerana untuk mencari perkataan yang sesuai khususnya kepada golongan yang tua ..kawe cadangkan kepada family ini supaya ambil pendekatan guna istilah ketutunan nabi barulah tidak ketara dan terkejut bila dikatakan keturunan asal dari yahudi spt MSO terkejut dengan laras bahasa kawe guna tu ..
      20 hours ago ·

    • Mat Kamil Awang
      Sekarang ada orang mungkin bertanya, siapa Mulek tu? Dibawah ini adalah susur-galur keturunan Mulek hok buka jajahan Pasir Puteh, Kelantan tu. Dan yang menjadikan Tanah Merah sebagai Ibu Negara Kerajaan Mulek:

      Mulek ben Zedekiah ben Josiah b...en Amon ben Manasseh ben Hezekiah ben Ahaz ben JOtham ben Uzziah ben Joash ben Ahaziah ben Jehoram ben Jehoshaphat ben Asa ben Abijam ben Rehoboam ben Solomon (Nabi Sulaiman) ben David (Nabi Daud) ben Jesse ben Obed ben Boaz ben Salmon ben Nashon bin Amminadab ben Ram ben Hezron ben Pharez ben Levi ben Jacob (Nabi Yakub)

      Ada yang kata bukan dari Levi tapi dari Judah, kawe lebih percaya dari Levi kerana perkataan 'Jawi' itu berasal dari perkataan sanskrit yang mana nama Levi dalam bahasa sanskrit adalah "Lewi". Levi ini adalah diamanahkan oleh Nabi Yakub untuk membawa ajaran yang Tuhan Maha Satu. Jadi pengikut Levi dipanggil Jawi dalam bahasa sanskrit.
      See More

      19 hours ago · ·

    • Mat Kamil Awang Dan 'Tuhan Yang Maha Satu' dalam bahasa yahudi dipanggil Yahweh dan dalam bahasa sanskrit disebut Jahveh atau Djovis. Dah dekat dah bunyinya dengan perkataan 'jawi' tu......
      19 hours ago · ·

    • Mattblacqkk Napitis AD..Nampaknya demo tidak salah pehelah dengan ayat kawe diatas tu...Kawe cuma kaji peel manusia jjah jaddik salah faham MSO terhadap ambo tu perkara biasa TAPI kalau fakta kajian yang di keluarkan oleh MKA jugak tidak dapat memperbetulkan salah faham itu ..luar biasa lah ...Ambo tidak hendak menyatakan semua kajian itu betul tapi ada sesuatu yang boleh dilandaskan/disandarkan.
      19 hours ago ·

    • Mat Kamil Awang MN > Kita tunggu pula keputusan kajian DNA tentang asal-usul Melayu. Kajian ini dibiayai oleh kerajaan Malaysia dan dijalankan di Hospital USM, Kubang Kerian. fasa pertama telah selesai dan menunggu masa untuk disiar di dalam jurnal, dan fasa kedua akan tamat dalam 1-2 tahun lagi. Diharapkan kesimpulan dibuat secara jujur dan janganlan dibuat seperti kajian di UKM.
      19 hours ago · ·

    • Mattblacqkk Napitis Apa berlaku di UKM?
      19 hours ago ·

    • Mat Kamil Awang MN > seperti yang kawe tulis mengenai penemuan bahawa 27% DNA melayu ada penyakit genetik G6PD yang mana merupakan penyakit genetik Shephadic Jews (70% shephadic jews ada penyakit genetik ini). Tetapi kesimpulan dibuat adalah, "Melayu mendapat penyakit genetik ini melalui genetik ARAB", walhal bangsa arab hanyalah 11% ada penyakit genetik G6PD.
      19 hours ago · ·

    • Mat Kamil Awang MN > kalau ikut probability theory, macam mana Melayu ada 27% boleh dapat dari yang ada 11% sahaja? Untuk jadi 27% dari 11% maka baka satu lagi kena ada lebih dari 43%. Iaitu (27% x 2) - 11% = 43%. Adalah lebih logik 27% yang melayu ada itu asalnya dari 70% kacuk dengan yang tiada jadi lah dalam lingkungan 35%. Itu lagi munasabah secara probabilitinya.
      19 hours ago · ·

    • Mattblacqkk Napitis Comel Dome warna emas dok di dinding rumah TGNA tu ...
      19 hours ago ·

    • Mat Kamil Awang MN > Dome warna Mas tu dipanggil Dome of Rock dan bukannya Masjid Al-Aqsa. Ashkenazic jews (ini keturunan adik-beradik Makjuj=Magog, iaitu Gomer) dia nak orang Islam kata hok tu adalah Masjid Al-Aqsa supaya dia boleh ambik Masjid Al-Aqsa sebenar.
      19 hours ago · ·

    • Mat Kamil Awang
      MN > ini nak sambung susur galur Mulek hingga ke nabi Adam:

      Mulek ben Zedekiah ben Josiah ben Amon ben Manasseh ben Hezekiah ben Ahaz ben JOtham ben Uzziah ben Joash ben Ahaziah ben Jehoram ben Jehoshaphat ben Asa ben Abijam ben Rehoboam ben... Solomon (Nabi Sulaiman) ben David (Nabi Daud) ben Jesse ben Obed ben Boaz ben Salmon ben Nashon bin Amminadab ben Ram ben Hezron ben Pharez ben Levi ben Jacob (Nabi Yakub) ben Isaac (Nabi Ishak) ben Abraham (Nabi Ibrahim) ben Terah ben Nahor ben Serug ben Rue ben Peleg ben Eber (Nabi Hud) ben Salah ben Arphaxad ben Shem ben Noah (Nabi Nuh) ben Lamech ben Methuselah ben Enoch (Nabi Idris) ben Jared ben Mahalaleel ben Cainan ben Enos ben Seth ben Adam (Nabi Adam)See More

      17 hours ago · ·

    • Mattblacqkk Napitis
      MKA .. Jika demo berpeluang bersemuka Dan minum kopi di rumah TGNA Ada keberanian ko dihati demo utk berbincang mengenai kajian ini dgn TGNA? Maksud Kawe royat ko Tok guru Bahawasanya Kita ore kelate ni asalnya Dari keturunan yahudi? Hehehe... ...

      Mso .. Ambo lontarkan persoalan ini Kerana TGNA pernah berkata Dia tidak bangga dgn bangsa Tapi bangga dgn Islam .. Jaddik andaian Ambo Tok guru tidak terkejut Dan melatah Kalau perkara ini di ajukan kpd beliau
      See More

      17 hours ago ·

    • Mat Kamil Awang MN > Mungkin itu yang tersirat dalam kata2 TGNA tu? Mungkin dia dah tahu?
      17 hours ago · ·

Friday, November 5, 2010

FARISAINS PERTUBUHAN HARAM???





Pentadbiran barisan AJK baru Persatuan Alumni Menengah sains Tengku Muhammad Faris Petra telah menjangkau usia setahun . Akroninya telah pun ditukar dari SEMESTA kepada FARISAINS. Apa kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh para pentadbir baru tidaklah kawe ketahui dengan lebih dalam sangat . Apa yang kawe Nampak adalah kejayaan menukar nama dari SEMESTA kepada FARISAINS sahaja setakat ini.

Forum resmi persatuan pun sudah lama kawe tidak jengok dimana kali terakhir kawe jengok forum dipenuhi dengan gambar gambar lucah yang menghairahkan yang dibuat oleh seseorang samada benar benar ahli persatuan atau tidak kawe tidak pasti.Pada tanggapan kasar kawe manusia tersebut adalah seorang ahli kerana untuk menjadi ahli forum ini ada tapisan tapisan yang tertentu biasanya di buat oleh pihak admin.

Ada juga kawe kedengaran forum lama SEMESTA akan digantikan dengan website FARISAINS yang baru ,bila majlis pelancarannya kawe tidak ketahui ,samada siap atau belum siap pembinaannya pun kawe tidak ambil peduli.Apa yang kawe Nampak adalah forum resmi sudah lesu mungkin istilah USANG boleh kawe guna pakai untuk membayangkan ketidak bermayaan forum MAYA yang begitu hebat suatu ketika dulu.

Kawe ada menghadirkan diri di majlis sambutan hari raya FARISAINS di sekolah baru baru ini yang mana bagi kawe sambutannya agak meriah juga.Kehadiran dari semua peringkat umur ahli dan pihak pengetua dan guru guru juga terlibat didalam majlis sambutan tradisi itu.Dikhabarkan juga satu majlis sambutan juga diadakan di Kuala Lumpur dan sambutannya juga amat meriah. SYABASSSS…

Beberapa hari yang lalu kawe ada “berchatting” dengan mantan Presiden SEMESTA yang agung di FB,agak sudah lama kawe tidak berhubung dengan beliau . Seingat kawe setelah kawe mengkritik beliau dan batch 70 an di BLOG ini kerana kawe andaikan cuba sabotaj FARISAINS ,kawe tiada kesempatan untuk berhubung dengan beliau lagi mungkin kerana factor tidak berada setanah dengan beliau.

Kawe amat memahami kecintaan dan kesayangan beliau kepada persatuan ini ,kawe amat bangga dengan usaha beliau untuk mengasaskan dan memacukan persatuan ini suatu ketika dulu.Jasa beliau amat besar pada persatuan ini.Betul kawe ada mengkritik beliau tetapi tidak bermakna kawe lupa segala jasa jasa yang telah beliau tinggalkan pada persatuan ini.

Dalam perbualan singkat antara kawe dgn beliau ini tidak banyak perkara yang kami bualkan selain dari bertanya khabar diantara satu sama lain.Kawe menghormati beliau sebagai abang begitu juga beliau menganggap kawe sebagai adik bila setiap kali kami berbual atau bersua muka.

Seperti kebiasaannya bila beliau berbual dengan kawe perkara yang TIDAK mungkin tertinggal/terlupa oleh beliau ialah mengenai persatuan ini . Kali ini perkataan yang keluar dari patukan jari beliau adalah “ SEMESTA senyap Tippah loni” kawe menjawab dengan menulis “ Ambo ggi di majlis hari raya di sekolah baru baru ni” Dan tulisan yang agak memeranjatkan kawe adalah bila beliau menulis “ Tolong royat ko ajk baru supaya selesaikan cepat cepat proses penyerahan dari ajk lama kepada ajk baru dan submit ko ROS sebelum AGM,kalu toksir tengok SEMESTA terkubur” . Kawe terdiam dan terpaku didepan screen kawe bila membaca ayat ayat beliau. Perbualan kami terhenti setakat itu kerana beliau minta diri untuk satu urusan yang perlu beliau selesaikan.

Persoalan yang ditinggalkan oleh Mantan Presiden ini menimbulkan seribu tanda Tanya di benak kawe. Proses apa yang belum selesai? Apa dokumen yang belum lagi diserahkan dari barisan ajk yang terdahulu dan yang baru? Apa kaitan dengan ROS dan AGM? Dan yang paling SADIS adalah bila di sebut SEMESTA akan terkubur ..mengapa?

Untuk menenangkan hati kawe ,mungkin kawe boleh anggap SEMESTA sudah terkubur bila ditukarkan nama kepada FARISAINS tapi bila dikaitkan dengan proses belum selesai ,ROS dan AGM ianya menyebabkan timbul banyak persoalan dari mendapat ketenangan secara penyelasaian mudah.

Kawe sebagai ahli biasa persatuan dan tidak berada didalam barisan ajk samada baru atau lama ,maka sebarang permasalahan yang mereka hadapi tidakklah kawe ketahui dan kawe berpendapat tidak
wajarlah bagi bagi kawe dan ahli ahli biasa yang lain untuk mempersoalkan tugas mereka sekiranya persatuan berjalan lancar.Tapi bagi kawe bila luahan kebimbangan yang disuarakan oleh mantan presiden ini ianya bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang sepi sahaja oleh ahli ahli biasa serupa kawe.

Presiden baru dan barisan ajk mesti ambil tanggungjawab sepenuhnya amanah yang diberi oleh ahli ahli untuk memelihara dan menjaga kesempurnaan persatuan ini.

Thursday, October 28, 2010

FARISAINS V/S ANSARA


Kepada orang yang tidak tahu sejarah mungkin melihat gambar diatas sebagai perkara biasa dan tiada apa apa nostalgia untuk dikenangkan. Tapi bagi kawe dan segelintir yang senasib dengan kawe gambar ini memberi sejuta makna kenangan silam untuk dimbaskan kembali seolah olah ianya semalam baru berlaku.

Mat Kamil Awang mungkin tidak semua rakyat Malaysia mengenali beliau berbanding dengan Mukhriz Mahathir yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia dan mungkin separuh dari penduduk dunia mengenali bapa beliau.Bila menyebut Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Sains Tengku Mohd Faris Petra semua rakyat Malaysia kenal dan menjadi idaman setiap ibubapa untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah yang berprestij ini.

Bila melihat gambar Presiden ANSARA dan Presiden FARISAINS ini bergambar sambil tersenyum mesra itulah kemesraan yang terjalin selepas alam persekolahan di zaman masing masing. Di sebalik senyuman mereka berdua ini ramai yang tidak tahu akan sejarah silam dan kisah suka duka kedua dua buah sekolah ini suatu ketika dulu.

Beberapa bulan yang lalu dalam TWEETER Presiden ANSARA ini berkata " Musuh dahulu ...kawan sekarang" bila kawe kata kita adalah "MUSUH".  YA dizaman persekolahan dulu MRSM adalah musuh ketat kami di SMS dan begitulah sebaliknya ,kedudukan kami yang berjiran dalam "penjara" masing masing menjadi musuh tradisi .

Kini itu semua sudah berlalu hanya kenangan untuk memecahkan hilai tawa bila kawan kawan lama berkumpul sambil mengimbas kiasah lalu. Senyuman dari kedua dua tokoh pemimpin Alumni ini menceritakan segala yang mereka kecapi dulu untuk berjaya sehingga hari ini.

Sorry Dato Mukhriz kami di SMSTMFP adalah terbaik sehingga kini berbanding dengan MRSM ...hahahahaa

Monday, October 25, 2010

NUAR BALLA "DERHAKA" PADA SULTAN MUHAMMAD V ????






Amat menarik dan tertarik  hari ini bila membaca apa yang ditulis oleh FreeMalaysiaToday hari ini .Kenyataan mengatakan Sultan Kelantan menyokong PAS kerana kesudian baginda mencemarkan duli meresmikan skim perladangan masyarakat bersama Menteri Besar Kelantan.Sultan Muhammad V memang terkenal dengan sifat mesra dan cakna kepada rakyat Kelate ,jaddik pada pandangan kawe tidak wujud persoalan Sultan Kelantan Sokong Pas dalam hal ini .Lagi pun hubungan resmi antara Sultan dan Menteri Besar memang tidak dapat dipisahkan dalam pentadbiran sesebuah negeri.

"Sumber-sumber memberitahu, Umno Bahagian Gua Musang sedang bertelingkah sesama sendiri dan ketua pemuda dan wanitanya tidak serasi dengan Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra."

Kawe amat terkejut bila membaca petikan diatas yang membayangkan Nuar Balla (Ketua Pemuda Umno Kelantan) yang secara tidak langsungnya telah melangkah setapak lagi kehadapan keberanian bodohnya iaitu "DERHAKA" kepada Baginda Sultan Kelantan.Apakah KPUK yang bijak ini sudah terpengaruh dengan PERSEPSI yang telah dicipta oleh Ibrahim Ali untuk menutup aibnya kerana di "MURKAI" oleh Sultan Muhammad V??
Apakah wajar bagi  seorang rakyat yang hanya bergelar Ketua Pemuda UMNO menyatakan dirinya tidak SERASI dengan RAJA nya??. Nuar Balla kena faham dan didik anak anak buahnya bagi faham bahawa SULTAN itu BEBAS dari pengaruh politik.

Jikalau rasa tidak SERASI ini ditujukan kepada Ku Li kerana tidak memilih calon dari Ketua Pemuda di Galas tidak mengapalah . Walaupun Ku Li itu berdarah Raja tetapi beliau terlibat secara langsung dengan POLITIK dan bukan SULTAN pun.Jaddik jikalai Nuar Balla nak derhaka kepada Ku Li ianya perkara biasalah dalam dunia politik .

Sebagai rakyat kelate sudah tentulah Nuar Balla bernaung dibawah pemerintahan Sultan Muhammad V dan taat setia kepada Sultan kena ada lah dalam diri walaupun Nuar Balla boleh beranggapan Jawatan Ketua Pemuda Umno Kelantan itu lebih besar dan hebat dari jawatan menteri besar.

Apakah faktor tidak SERASI ini menjadi punca utama kepada Nuar Balla menolak jemputan yang di buat oleh Presiden Farisains dalam satu majlis Alumni SMTMFP sebelum ini kerana persatuan ini dinaungi oleh Sultan Muhammad v?? .Kepada Nuar Balla jadilah ore kelate yang taat kepada Raja jangan ikut jejak langkah Ibrahim Ali yang DERHAKA kepada Raja.

Sunday, October 24, 2010

BRAHENG DAN RAJANYA.







“Murka” dan “Derhaka”  adalah satu ungkapan yang paling sesuai bagi kawe untuk dituliskan disini mengenai penarikan balik anugerah darjah daripada Kebawah Duli Sultan Kelantan kepada Ibrahim Ali oleh Kebawah Duli Sultan Kelantan baru baru ini.Selang tidak berapa lama pula digemparkan pula dengan berita Ibrahim Ali dimasukkan ke hospital Ampang Puteri untuk menjalani pembedahan jantungnya . Alhamdullilah Ibrahim Ali telah selamat menjalani pembedahannya dengan jaya atau kawe boleh istilahkan Allah s.w.t masih lagi beri dunia kepada Ibrahim Ali untuk dinikmati dengan caranya.

Mungkin kedua dua berita ini perkara biasa kepada mereka yang berada ditanah Malaya tapi bagi kawe yang tidak berada setanah dengan Kebawah Duli Sultan kawe dan Pejuang utama bagi orang melayu abad ini amat menarik perhatian kawe lebih lebih lagi kawe adalah seorang “peminat” tegar di wall FB Braheng agak terkejut dan sewajarnya tidak harus berlaku dan ianya memberi satu implikasi yang amat besar kepada banyak pihak. Mungkin ada pihak yang dapat meraih keuntungan atau mungkin juga ada pihak yang mendapat sedikit kerugian atau ada pihak yang gembira mungkin juga ada yang kecewa.

Apa pun perasaan yang kita ada sejarah telah memahatkan Ibrahim Ali telah menderhaka dan dimurkai oleh Rajanya itulah kefahaman yang kawe fahami berdasarkan apa yang dilapurkan oleh akhbar akhbar terkemuka di Malaysia. Satu pujian patut diberikan kepada Ibrahim Ali kerana menerima kesilapannya dengan hati terbuka dan berlapang dada tanpa membantah apa yang telah “dimurkai” oleh sultan yang membolehkan kawe kata adanya darah Hang Tuah yang setia kepada Raja dalam tubuh Ibrahim Ali.
Namun sebagai pejuang, darah Hang Jebat tetap ada barang setitik didalam tubuh Braheng ini tercena bila beliau menyatakan ziarah beliau terhadap Tuanku Ismail mungkin sebagai punca “kemurkaan” baginda sultan Kelantan.

Bagi kawe tidak salah untuk Braheng menyatakan kebinggungannya terhadap apa yang berlaku jikalau sememangnya beliau betul betul dalam keadaan kurang “pengetahuan” mengenai apa yang berlaku.Persoalannya apakah Ibrahim  Ali betul betul tidak tahu ??? Biasanya orang politik suka mencipta persepsi untuk ditanggapi.Kawe memilih untuk tidak memperdulikan persepsi yang dicipta oleh Braheng itu dan kepercayaan kawe adalah Braheng telah melakukan sesuatu perkara yang membawa “kemurkaan” baginda sultan kepada beliau.Walaupun terdapat ruang untuk menyoal kenapa anugerah itu ditarik balik ,dalam hal ini kawe hendak bertindak adil dengan diri kawe iaitu Sultan yang memberi anugerah kepada Braheng dahulu pun kawe tidak soal kenapa diberikan.

Persepsi yang dicipta oleh Braheng dan ditinggalkan olehnya sebelum melayani kerenah penyakit dalam dirinya telah menimbulkan POLEMIK politik dalam senyap.Walaupun terdapat suara suara sumbang yang kecil cuba mempertikai titah Sultan dan mempersoalkan sebab sebabnya tapi tidaklah merebak secara besar besar seperti kejadian satu sepanduk di Terengganu suatu ketika dahulu .Kawe sebagai ore melayu berasa bangga dengan  Orang Kelate kerana ore Kelate yang fanatik menyokong Ibrahim Ali faham akan adat istiadat melayu dan tahu menghormati Sultan dengan cara yang sepatutnya.

Bagi kawe adalah tidak masuk akal  persepsi yang dicipta oleh braheng ini untuk mengaitkan ziarah kepada ayahanda membawa kepada kemurkaan anakanda.Tapi bagaimana pula jika persepsi ini diterima oleh akal rakyat terbanyak? Apakah darah Laksamana Bentan akan dialiri didalam salur salur urat orang melayu hari ini? Apakah tiada lagi manusia manusia bijak seperti Tun Perak dikalangan orang melayu hari ini? Apakah orang melayu kini akan berkata  tidak hebat  untuk  menjadi Hang Tuah dan Hang Jebat patut di sanjungi? Harap harap tiada orang melayu kini akan bertanya “Apakah benar titah Sultan itu ADIL dan mesti dipatuhi” ?
Pendirian kawe mengenai keadilan adalah “keadilan itu tidak semata mata perlu  adil tetapi perlu kelihatan adil didalam keadilannya” Dan semangat Raja adil disembah dan Raja zalim disanggah perlu ada dalam diri orang melayu TAPI bukan untuk kepentingan individu melayu tertentu ,kesejahteraan rakyat terbanyak yang perlu diutamakan.

Kepada sahabat sahabat kawe dalam FB yang selalu berbeza pandangan mengenai Braheng ini  dengan kawe…Fahamilah kawe tidak bantah/ anti/benci/kepada  Braheng secara peribadi Cuma kawe berbeza dan tidak setuju kepada tindakan tindakan braheng dalam sesuatu perkara atau isu .

Wednesday, October 6, 2010

BUAH JABBIT SUBUR DI KOTA BHARU




Kehijauan dan kesuburan daun dan buah jabbit di laman rumah Allahyarham Haji Che Azlan di Dusun Muda Kota Bharu .




Inilah wajah Allahyarham Haji Che Azlan yang berjaya membuktikan buah jjabit boleh di nikmati di laman rumahnya tanpa perlu ke TESCO atau GIANT atau KB MALL di Kota Bharu . Walaupun beliau tidak berjaya menikmati rasa buah  jabbit yang ditanamnya kerana PENCIPTA memanggil lebih awal.Sila klik   MENGHADAP Illahi untuk baca posting kawe terdahulu.

Bekas pegawai kanan Jabatan Pertanian Kelantan ini cuma tidak dapat merasai kejayaan yang di usahakan laman rumahnya tapi kejayaan penanaman jabbit di Malaysia seperti yang di siarkan dalam Berita harian   ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Tuesday, October 5, 2010

KISAH DI SEBALIK BAZAAR TENGKU HANIS





                                                                  



                                   Bangunan dan nama yang tersergam indah

                                         Banner iklan yang ada di bangunan.




Bangunan Pejabat Pelancongan dan Restoren Nasi Ulam Cikgu yang mashur di Kota Bharu                              .



                                    Pemandangan Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Bazaar Yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pengawasan MPKB-BRI dengan kontraktor SENSA TIMUR ini mempunyai kisah tersendiri di sebalik nama indah bekas Permaisuri Al-Sultan Kelantan itu.Ramai yang tidak tahu kisah disebalik tersergam indahnya bangunan ini mungkin seramai yang tak tahu di manakah letaknya lokasi bangunan ini.

Nasib peniaga peniaga didalam Bazaar ini tiada siapa peduli dan tiada siapa tahu . Persoalan yang perlu di tanya adalah kenapa Kerajaan Negeri Kelantan atau MPKB-BRI atau SENSA TIMUR tidak menwar warkan ke seluruh pelusuk dunia akan kewujudan Bazaar ini di tengah tengah pusat bandar Kota Bharu?? Apakah kaitan Bazaar Tengku Anis ini dengan Pasar Lama MPKB atau ada kaitankah dengan Pasar Tok Guru yang dalam proses pembinaan itu.

Suatu ketika dulu negara digemparkan dari berita di tanah darul naim berkenaan Kerajaan Negeri ,MPKB-BRI dan nama SENSA TIMUR menjadi terkenal di seluruh negara dan pengakhiran cerita dan isu terdiam bila Ariff Fahmi menantu kepada MB Kelantan di paksa berhenti oleh semua pihak.Pelbagai cerita dan kerenah yang kita dengar TAPI yang lebih menarik minat kawe adalah cerita mengenai untuk membela nasib peniaga peniaga kecil dari golongan orang melayu di Kelantan.

Kenapa pihak Kerajaan Negeri dan MPKB-BRI kelihatan lesu dan tidak berminat untuk memajukan Bazaar ini setelah begitu sekali berminat untuk membinanya? Atau bila sudah siap komisyen pun sudah sapu maka semua kerja dari pihak2 yang terbabit pun di kira sudah selesai dan para peniaga pandai2lah berniaga untuk bayar sewa kedai?

Pada 02- 10-2010 yang lalu pihak pengurusan SENSA TIMUR di Bazaar Tengku Hanis mengadakan pertemuan dengan pemilik pemilik kedai dan peniaga peniaga di bazaar tersebut.Di dalam pertemuan itu pihak pengurusan SENSA TIMUR meminta pandangan dari pihak peniaga bagaimanakah idea yang sesuai untuk memajukan tempat tersebut. Diantara cadangan cadangan dari pihak pengurusan dan peniaga ialah promosi chanting batik,pertandingan mewarna bagi kanak kanak,promosi Bazaar tersebut kepada bas bas pelancong yang berhenti di kaki lima Bazaar Tersebut.... Persoalannya dimanakah peranan Kerajaan Negeri dan MPKB-BRI dalam hal ini ???

Apakah dengan tidak membayar satu sen pun kepada SENSA TIMUR untuk pembinaan Bazaar Tengku Hanis ini sudah tidak jadik tanggungjawab kerajaan negeri untuk memajukan golongan peniaga kecil Melayu di Kelantan?? Pihak SENSA TIMUR juga menjelaskan perjanjian syarikat berkenaan dengan Kerajaan Negeri /MPKB-BRI mengenai perpindahan peniaga2 dari Pasar Lama MPKB ke Bazaar Tengku Hanis ini.

MPKB-BRI tidak dapat mel;unaskan janji mereka kepada SENSA TIMUR untuk memindahkan peniaga peniaga dari Pasar Lama adalah kerana beberapa sebab. Ada sumber dalaman MPKB mengatakan tekanan dari peniaga peniaga asing yang memilki kedai di pasar lama MPKB adalah sebab yang utama.

Peniaga peniaga melayu yang asal dan mungkin ada mempunyai sumber sumber yang rapat dengan pihak berkuasa dan telah mengetahui Pasar Lama ini akan di robohkan telah mengambil tindakan menjual kedai kedai mereka kepada peniaga2 asing dari Pakistan,Kemboja dan lain lain .Terdapat juga dakwaan mengatakan orang orang tertentu dalam MPKB juga terlibat dalam proses jualan kedai yang sudah nak di robohkan ini.

Sejauhmana kebenaran dakwaan kawe tidak tahulah ....Apakah bila siapnya Bazaar Tok Guru nanti akan selesai masalah??? Itulah harapan yang di harapkan oleh golongan yang "membuncit perut" dalam MPKB. Mungkin masalah mereka selesai TAPI selesaikah masalah peniaga peniaga Melayu di bumi Kelantan itu.