Saturday, September 26, 2009
INNALILLAH
Hari ini 26-09-2009 masih dalam bulan syawal dan hari raya masih meriah di sambut dan kali ini juga kawe menyambut hari raya dengan family di luar negara.Petang 25-09-2009 adalah hari kawe menhantar anak isteri kawe pulang ke Malaya.
Kesayuan dan kesedihan isteri dan anak anak untuk melangkah kaki kembali ke Malaya jelas di wajah wajah mereka.Tapi hakikat dalam kehidupan ini perlu diharungi dan ditempuhi jua kerana itulah kehendak dan ketentuan sang Pencipta.Pertemuan dan perpisahan kita adalah rencana Pencipta,kehidupan kita adalah permainan Pencipta,kegembiraan kita adalah anugerah Pencipta,kesedihan kita adalah ujian Pencipta,kekayaan dan kesenangan kita adalah untuk syukur pada Pencipta,kemiskinan dan kesusahan kita adalah kekayaan Pencipta.
Setelah semuanya selesai maka kehidupan seorang perantau yang di redhai Pencipta perlu diteruskan jua untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba pada Pencipta,seorang suami pada isteri,seorang bapa pada anak anak,seorang anak pada ibubapa,seorang abang kepada adik adik,seorang adik kepada abang dan kakak,seorang teman kepada sahabat.
Mata perlu dipejamkan untuk dibuka kembali keesokan harinya jika dizinkan pencipta untuk terus menapak dibuminya sebelum diharamkan olehNya untuk bernafas di bumi ini lagi.
Janji pencipta masih belum sampai lagi bila masih mampu menjawab panggilan telefon dari isteri tercinta untuk menyatakan dirinya dan anak anak selamat sampai ke bumi tumpah darah.Rasa syukur diucapkan pada Pencipta kerana anugerah kegembiraan masih lagi diberi olehNya.
Keagungan dan kehebatan Pencipta tiada tandingnya dalam menunaikan janji kepada hambanya.Dalam kegembiraan menyambut anugerah Pencipta ,telinga yang dicipta untuk mendengar ini dibisikkan dengan berita sedih mengenai Pencipta telah menunaikan janjiNya kepada para hamba bahawa setiap insan didunia ini ada masa tamatnya untuk menjelajah bumi Tuhan.
INNALILLAH....itu saja yang mampu terkeluar dari bibir yang banyak berdusta dan nista ini.Rupanya tidur untuk menunggu jaga dan menerima berita gembira tentang keseleamtan isteri dan anak anak kita adalah jaga yang sedih,pilu,hiba dan pasrah kepada isteri dan anak anak insan yang lain yang si bapa telah sampai janji untuk menghadap pencipta.
Al-fatihah jua yang dapat di sedekahkan kepada Abe Lan untuk mengiringi perjalanan menghadap Pencipta.Semoga perjalanan untuk menghadapNya dipermudahkan segala jalan dan likunya dan ditempatkan bersama sama dengan orang orang yang dikasihiNya.
Kepada Kak Nin dan anak anak redhalah kehendakNya,tabahkan hati dalam menghadapi ujian ini,kuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh lagi ini.
Kami sekeluarga berjanji akan terus bersama Kak nin dan anak anak untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa arwah yang kita semua amat sayangi.Pinjaman arwah kepada kita dari Pencipta adalah satu anugerah yang tak ternilai kepada kita semua dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh arwah,nasihat dan tunjuk ajar oleh arwah untuk panduan kita,pesanan dan kehendak arwah perlu kita semua teruskan.
AL-FATIHAH......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment