Semester-75 mahu bantu sekolah lama
Oleh Noraini Ismail
TIGA puluh lima tahun dulu, Sekolah Menengah Sains Kelantan yang terletak di Pengkalan Chepa menerima pelajar pertama yang datang dari segenap ceruk seluruh negara. Pembukaan sekolah itu antara usaha kerajaan menambah bilangan pelajar Bumiputera dalam bidang sains dan matematik.
Walaupun tidak begitu memahami falsafah di sebalik dasar itu, tugas sebagai pelajar dilalui dengan begitu mencabar apatah lagi dalam suasana sekolah yang masih baru dan pastinya kekurangan di sana sini. Tidak dinafikan, ada antara mereka yang jatuh bangun dalam pelajaran sebelum mencipta sejarah hidup tersendiri.
Apa yang membanggakan sebahagian besar mereka ialah anak merdeka yang diberi tanggungjawab merealisasikan generasi pewaris cendekiawan negara. Berkat kesungguhan pasti membawa kejayaan dan kemewahan hidup yang dinikmati sekarang, mahu dikongsi bersama generasi muda seterusnya.
Untuk menggerakkan niat mulia itu, sempena bulan kelahiran Rasulullah, 30 bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kelantan, kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Tengku Muhamad Faris Petra, berjumpa semula pada satu majlis ringkas di rumah seorang bekas pelajar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pertemuan yang penuh bermakna dan nostalgia ini dihadiri Profesor Dr Rosnah Ismail; Pengurus Besar M3NERGY, Dr Ismail Che Mat Zin; Pengarah di Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Dr Rosli Mohamad; Ketua Kumpulan Audit, Telekom Malaysia, Hashim Mohammad; Pengurus Besar IJM Construction, Mohd Kamal Harun dan Pakar Perunding Bedah Otak & Saraf Ampang Putri, Dr Abdul Muin Ishak.
Menurut Dr Abdul Muin yang menjadi penganjur pertemuan itu, kumpulan yang mahu dikenali Semester-75 mempunyai wawasan membantu sekolah lama mereka melalui program 'kembali berbakti'. Dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, Semester-75 yakin mereka dapat menabur bakti kepada sekolah lama.
Antara aktiviti dirancang ialah menyediakan bantuan kewangan serta pakaian persekolahan kepada murid golongan kurang berada dan mengadakan sesi motivasi dan ceramah kerjaya. Bagi memberi semangat dan perangsang kepada pelajar, Semester-75 juga berhasrat menaja pelajar melawat institusi pengajian tinggi terpilih di dalam negara.
"Untuk merealisasikan hasrat kami sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Normah Yusoff, seorang ahli perniagaan dan usahawan bagi mengumpul dana untuk menaja aktiviti sudah ditubuhkan," katanya.
Sempena pertemuan itu, hampir RM3,000 berjaya dikutip untuk mengisi tabung.
Menceritakan bagaimana tercetus pertemuan ini, Dr Abdul Muin berkata, ia cadangan seorang bekas pelajar, Mohd Nazan Awang yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah JKR dan Dr Wan Azman Wan Adnan.
Kata Dr Abdul Muin, sebelum ini, sudah ada pertemuan pertama dibuat, tetapi mungkin kerana sibuk dengan tugas, ia tidak mendapat sambutan. Beliau bersyukur sambutan diberi pada pertemuan kali ini kerana ada yang bertugas di luar negara sanggup pulang bagi memenuhi undangan.
"Jika dulu kerajaan menyediakan kemudahan untuk melahirkan generasi berilmu, kini sudah tiba masanya kita sebagai pelajar yang sudah mendapat nikmat daripada pembangunan itu beramal demi kebaikan generasi akan datang," kata Abdul Muin lagi.
Di samping majlis makan dan berkongsi pengalaman, pertemuan itu juga diserikan dengan pertunjukan slaid oleh Profesor Dr Pauzi Zakaria dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menceritakan pengalaman beliau melakukan tugas penyelidikan di benua Antartika.
Link asal disini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20100306003948/Article/
Bila membaca artikel diatas dan melihat gambar abang dan kakak kita yang berkumpul dengan satu tujuan iaitu membela,membantu,berbakti kepada adik adik kita di sekolah .Tangan kawe berasa amat bertuah kerana pernah berjabat tangan dengan abang abang ini,mulut kawe terasa amat bertuah kerana pernah bertutur dengan mereka ini,telinga kawe terasa amat bertuah kerana pernah mendengar tutur kata dari mereka.
Kawe tahu serba sedikit bagaimana usaha dan penat lelah golongan pengasas SEMESTA dari batch 75 ini diawal penubuhan persatuan resmi ini dahulu.Kawe dapat maklumat ini dari orang yang pernah memimpin semesta dalam jangka waktu yang paling lama dan paling berjasa dan Berjaya persatuan ini perlu diakui dan tiada tandingnya sehingga kini.Mereka inilah golongan abang abang yang berjiwa besar dan amat prihatin kepada persatuan ini dizaman persatuan ini diterajui oleh mereka.
Bila Semesta bertukar tampuk penerajunya kepada golongan yang lebih junior kerana penolakan ahli ahli kepada golongan pengasas ini kerana sebab sebab yang tertentu ,sedikit sebanyak telah melukakan hati abang abang yang berjiwa besar ini kerana tidak dapat menerima penolakan ini.Pada ketika ini abang abang pengasas ini mula menghadkan diri mereka untuk membantu semesta dalam program kembali berbaktinya .Kesannya amat besar pada persatuan ini pada ketika itu dan menyebabkan presiden pada waktu itu kelihatan amat lemah dan tidak berupaya untuk meneruskan aktiviti aktiviti semesta ke sekolah walaupun aktiviti untuk ahli masih berjalan.
Kawe yang mempunyai hubungan yang boleh dikatakan agak mesra juga dengan bekas Presiden yang agung itu pernah berkali kali bersuara mengenai ketenatan dan kesusahan yang dialami oleh semesta pada waktu itu.Kawe bersuara kepada beliau adalah kerana beliau banyak menceritakan kepada kawe bagaimana beliau tadbir semesta ke puncak kejayaan ,bagaimana prihatin dan bersemangatnya golongan pengasas ini demi nak tengok semesta Berjaya.Tapi bila kawe menyuarakan kesusahan semesta pada waktu itu …jawapan yang kawe terima adalah ..""Aku nak tengok dan biar demo rasa lagu mana susah senangnya nak tadbir semesta,Agah sangat.."'
Dengan jawapan dari bekas pemimpin agung semesta itu fahamlah kawe bahawa golongan pengasas ini akan protes secara diam terhadap Semesta.Protes secara diam ini bertujuan untuk melihat terkubur secara diam juga barangkali.Percaturan dari otak otak tua yang bijak ini akhir Berjaya yang mana presiden pada waktu itu tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi yang akhirnya mengambil keputusan untuk bercuti dari jawatan setahun,dimana pada waktu itu semesta terbeku dengan sengaja .
Dalam keadaan dimana Semesta hanya dikawal oleh perlembagaan ini ,sekali lagi kawe bersuara dengan nada merayu kepada bekas presiden agung ini supaya mengambil alih semesta semula dari dibiarkan terkubur begitu sahaja.Sekali lagi kawe disuapkan dengan jawapan yang bijak dari otak tua katanya""Aku tidak mahu Nampak gila talak,lainlah kalu Presiden sekarang dengan sukarela serah kembali"".Kawe juga mendapat tahu Presiden yang bercuti tersebut pernah menyuarakan hasrat itu tetapi bekas presiden yang agung menjawab buatlah mengikut peraturan dan perlembagaan persatuan.
Perlu dicatatkan disini bahawa Presiden yang agung ini pernah merampas kedudukan jawatan presiden dari seseorang kerana sebab sebab tertentu ,tapi kawe toksir mencerita detail disini bagi menghormati arwah bekas presiden tersebut (Al-fatihah).
Bila membaca rencana dari berita harian ini ingatan kawe kepada seorang abang yang amat hebat dan dicintai oleh semua ahli semesta dan beliau amat amat sayang pada persatuan ini dan kawe berani berkata beliaulah orang pertama akan gugurkan air matanya ke bumi jikalau persatuan ini terkubur.Dalam satu pertemuan singkat dengan kawe selepas beliau menyertai satu perhimpunan hebat dengan batchnya beberapa tahun yang lalu .Dalam nada kecewa beliau berkata ""Orang tua yang ego dan berasa hebat"".Ini kerana dalam perjumpaan itu abang abang dari batch perintis ini berkata mereka lebih hebat dari semesta kalu nak berbakti ke sekolah malah mereka mampu 10 kali ganda dari semesta untuk bui ke sekolah.Dan batch ini jugak mengambil keputusan berkecuali pada AGM bagi pemilihan presiden tahun tersebut walaupun ada ura ura mengatakan ada dikalangan mereka akan dinobatkan sebagai Presiden.
Dalam isu penukaran nama Semesta ini bukan perkara baru dan semua maklum akan mendapat tentangan dari golongan pengasas ini ,sebabnya hanya golongan mereka yang tahu .Bila mana Semesta ditukarkan akronimnya kepada farisains dengan mengikut saluran perlembagaan dan syarat syarat persatuan diikuti oleh barisan peneraju yang baru.Salah seorang abang kita yang namanya ditulis dalam rencana ini menyatakan rasa tidak puashati dalam forum resmi persatuan.
Dibawah ini kawe sertakan soal jawab kawe dengan beliau ;
Quote from: 16 September 2008 M.E.R.D.E.K.A. on February 01, 2010, 01:37:03 AM
Salam semua,
Minta janganlah dalam keghairahan meraikan "nama baru" itu meletakkan "semesta" bagitu rendah dgn di katakan "migration" kepada farisains. Sekilas pandang kononnya ada "satu" kejayaan dapat menukarkanya, mungkin dalam sedar atau tidak di fahami sedalamnya istilah sebenarnya "migration" mengambarkan sebaliknya .Mungkin ramai yang tidak perasan atau mengetahuinya sedalam-dalamnya "anggota-anggota" atau "the silent majority" of semesta. Semesta akan tetap wujud selamanya meriah & bertenaga. Mereka yang cuba membelakanginya mungkin ada agenda kepentingan tersemak dalam dada mereka .
Sebenarnya TIADA migration dalam semesta. Hendaknya jangan lah kita bergopoh-gapah gelojoh sehingga menampakkan kurang 'profesional' & ego nya kita ! Apa2 perubahan walaupun baik harus di tangani dalam keadaan "harmonis" cermat penuh bijaksana.
Buat lah yang terbaik untuk semua . Selamat maju jaya .Kami tetap berdoa agar semua nya aman & sejahtera.
*kami pun hairan apa sebenarnya punca-pangkal niat di dada tergesa-gesa ni ? Dalam postings AJK terdahulu - nampak sgt gelojoh . Di umumkan mesyuarat AJK di jadualkan pada 9hb tapi keputusan disebut sebulat suara AJK setuju & di hebahkan terlebih awal pada 7hb. Teliti perhatikan betul-betul ! bab kata nasihat keramat "pantang lawan cakap orang2 tua" macam ibu bapa kita yang kecap garam terdahulu nie !
hehehehe,
Doc lewat 2 tahun,
Pandangan ambo isu nama ni lagu ni http://mattblacqkk.blogspot.com/2010/01/terkuburnya-semesta-untuk-farisains.html
Ambo jugak nak bertanya mengenai maksud perkataan "'kami"" yang ditulis dengan dakwat sign mati tu mewakili orang perseorangan ko mewakili satu jamaah?
Betul nasihat orang tua kena fikir dan timbang akan keramatnya tapi bertindak mengikut kesesuaian zaman/keadaan semasa bukan bermakna melangkah tutur orang tua kerana masin garam tetap sama samada dulu atau kini.
Beliau tidak menjawab soalan kawe dalam forum tetapi memanggil wartawan untuk buat rencana yang secara tak langsung menjawab persoalan kawe itu.Kawe jugak mendapat maklumat mengatakan salah seorang wakil dari batch 75 yang ada dalam ajk pentadbiran persatuan baru baru ini menyatakan dalam ajk meeting bahawa golongan pengasas ini tidak bersetuju dengan penukaran nama ini dan jugak nilai yuran keahlian kepada ahli di tukarkan.
Kepada abang abang pengasas yang kawe sifatkan sebagai "'Orang orang tua yang bijak berfikir dan bertindak seperti budak yang bijak bukan seperti orang tua yang berfikiran matang""
Kawe ada beberapa persoalan kepada abang abang bijaksana ini ;
1.Bijakkah abang abang semua mengkuburkan persatuan yang abang abang asaskan ini dengan mengasaskan wadah baru hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan yang di buat oleh ahli ahli persatuan dengan majority?
2.Hina sangatkah adik adik mu yang mengemudi persatuan kini hinggakan abang abang semua sanggup berpaling muka?
3.Apakah sanggup abang abang semua digelar pengkhianat oleh adik adik mu kerana kegoan ini?
No comments:
Post a Comment