Saturday, May 11, 2013

TGNA PATUT AMBIK TANGGUNG JAWAB ....HUSAM TAK PERLU DIBELA



Setelah pru 13 selesai dan kerajaan baru bagi negeri kelantan dibentuk maka sedikit ketidakpuasan hati dikalangan rakyat Kelantan tercerna sedikit apabila Husam Musa dikesampingkan dari menjadi ahli anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri kelantan.

Dihari pembuangan undi dan selepas TGNA menjalankan tanggungjawab beliau untuk kekalkan kerajaan PAS di Kelantan dipusat mengundi beliau telah dikerumuni oleh para wartawan untuk ditanya siapakah MB sekiranya PAS masih boleh membentuk kerajaan keesokan harinya.Jawapan dari TGNA adalah jawatan MB beliau serahkan kepada Sultan untuk tentukannya. Bila membaca jawapan dari TGNA tersebut maka dengan jelas sekali bahawa TGNA sedang bermain politik dalam memberi jawapannya.Mana mungkin seorang MB yang 22 tahun memerintah Kelantan dan seorang Musyridul Am PAS yang mampu menentukan apa yang patut dan tak patut untuk PAS lakukan memberi jawapan sebegitu mudah untuk lepaskan diri dari rasa bertanggungjawab?

Jika diperhalusi jawapan TGNA secara mantik yang biasa diperkatakan bahawa TGNA mempunyai ilmu mantik politik yang amat tinggi maka terpampang jelas disebaliknya bahawa TGNA telah mengaku kepada rakyat Kelantan bahawa beliau telah gagal menjadi seorang penasihat yang baik kepada baginda Tuanku.Itu kawe tafsir secara mantik dalam konteks pemahaman kawe.

Secara langsungnya mungkin boleh ditafsirkan bahawa TGNA ingin beritahu bahawa kuasa untuk melantik MB bukan ditangan beliau.Atau TGNA bermaksud beliau tidak peduli pun siapa MB yang akan dilantik selepas beliau.

Apapun tafsiran yang akan dibuat oleh rakyat kelantan kepada kenyataan yang dibuat oleh TGNA mengenai perlantikan MB baru .Kawe berpandangan bahawa TGNA telah mengambil satu langkah yang amat tidak bijak dari ukuran seorang MB yang berpengalaman selama puluhan tahun memegang jawatan.Satu sikap yang amat amat tidak bertanggungjawab bagi kawe.

Mustahil TGNA tidak mengetahui bahawa selepas beliau meletak jawatan sebagai MB sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat kelantan. Mustahil TGNA tidak sedar bahawa apa yang membuat PAS boleh bertahan dengan utuh di kelantan selama ini adalah kerana aura batang tubuh beliau.Mustahil TGNA tidak perasaan sedikit pun akan nama nama exco yang baru nanti tidak akan mendapat perhatian daripada rakyat kelantan. Bolehkah selepas ini TGNA menjawab dengan ungkapan "Ambo tak tahu kerana tugas ambo sebagai MB telah tamat'?

Akibat melepaskan tanggungjawab secara tidak bertanggungjawab ini maka berlakunya sedikit kucahan dalam proses peralihan kuasa dan lantikan ahli exco baru bagi kerajaan negeri kelantan.Apakah TGNA berada diluar kesedaran bahawa disebabkan sikap lepas tangan beliau ini telah menyebabkan ada pihak lain yang tercalar? Tidak terfikirkah oleh TGNA bahawa dirinya boleh sedikit sebanyak mengelakkan calaran itu dari berlaku dengan beliau ambil tanggungjawab untuk menguruskan tanggungjawab tersebut dengan lebih teratur?

Kawe dengan secara terbuka ingin menyatakan disini bahawa TGNA lah yang menyebabkan secara langsung telah menyebabkan pihak istana atau baginda Sultan Kelantan telah kelihatan mencampuri secara  urusan perlantikan barisan exco kerajaan negeri Kelantan.TGNA seolah olah memberi signal awal awal lagi kepada MB baru untuk membabitkan baginda Sultan  jika ada yang tidak puashati daripada pihak rakyat.

Jika pada hari pembentukkan kerajaan baru negeri kelantan itu TGNA masih lagi angkat sumpah sebagai MB dihadapan baginda Tuanku Sultan dan Husam tidak tersenarai sebagai ahli Exco adalah TGNA sebagai MB akan berkata Sultan tidak mahu kepada Husam untuk dilantik sebagai exco? Kawe yakin dan percaya bahawa TGNA tidak semudah itu untuk mengheret baginda Tuanku Sultan dipandang rendah oleh hamba rakyat Kelantan.Sekuman besarnya hati kawe rasa terkilan dengan sikap TGNA dalam hal ini kerana membiarkan muka Sultan Kelantan dicalarkan dimata rakyat jelata.Apa pun alasan yang cuba diberikan selepas ini MB yang baru telah memuktakmadkan bahawa Sultan Kelantan telah mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan .

APA YANG TELAH BERLAKU TELAH MENCATATKAN SEJARAH KECACATAN TGNA DALAM MEMERINTAH NEGERI KELANTAN YANG BERKESUDAHAN DENGAN CEMERLANG TETAPI PERALIHAN KUASA YANG KELAM KABUT.