Monday, January 25, 2010

PITIH V/S PRINSIP

Dear En Helmi,

RE: INDUSTRIAL COURT CASE NO:1/4–2344 /06

HELMI BIN MAT AIL v NASAFF SDN.BHD


1. We refer to the above matter.


2. Please be informed that the above matter is now fixed for hearing on 29th and 30th April 2010.Please take note that you are required to attend the court for the said hearing dates.
3. Kindly contact our Ms. Kharolina six (6) weeks before the said date to arrange for an appointment to prepare for the case.


Regards,
Kharolina

--
Muhendaran Sri
Advocates & Solicitors
1st Floor 82 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2287 0609, 2287 0636
Fax: 03-2283 3867


Empat tahun berlalu kes belum selesai .....mungkin pihak lawan telah gulung tikar .....Kemenangan atas kertas hampir pasti .....Pitih habis bayar peguam...

Berapa nilai prinsip diri kita jika hendak di tukarkan dengan DUIT?

Kawe toksir ulas banyak pasal kes nih kerana masih dalam proses mahkamah cuma persoalan dan prinsip jjah kawe nak kongsi bersama ....

Pernah ditanya oleh pihak lawan apa yang kawe nak sebenarnya dengan membawa kes ini ke mahkamah dan secara jujur beliau beritahu takkan mampu bayar ko kawe jika kawe menang sekali pun...

Kawe jawab ko dia ...bukan pitih dia hok kawe nak kalu dia mampu bayar sekalipun tapi PRINSIP hak ada dalam diri kawe hok kawe nak pertahankan dan kawe cabar dia kalu demo ada prinsip pertahankanlah prinsip demo jangan nok pertahankan pitih jjah tapi prinsip entah kemana..itulah kali terakhir kawe berjumpa dengan dia di mahkamah dan selepas itu dia tak muncul muncul lagi di mahkamah termasuklah peguam yang mewakili beliau....Selepas itu kami ada bertemu di dalam beberapa majlis dan bertanya khabar diantara satu sama lain sebagai sahabat biasa..

Prinsip kawe bila kawe rasa gappo hok kawe buat tu betul kawe akan pertahankan WAEMAH kerugian wang ringgit di pihak kawe akan berlaku.....PRINSIP DEMO?

Sunday, January 24, 2010

TERKUBURNYA "'SEMESTA'' UNTUK ''FARISAINS'' MENCARI TAPAK


Harimau meninggalkan belangnya walaupun bangkainya sudah tiada lagi ....Manusia akan meninggalkan jasa untuk dikenangkan walaupun jasadnya ditelan bumi...

Nama SEMESTA telah gah dengan gayanya yang tersendiri hasil usaha beberapa abang dan kakak kita yang terdahulu sehinggakan menjadi cukup terkenal di seluruh Malaysia dan menjadi kebanggaan kepada seluruh pelajar yang pernah menjadi penghuni di suatu daerah tempat menimba ilmu dunia dan akhirat termasuklah pengalaman untuk mengenali erti sebuah persahabatan ,sebuah kehidupan yang jauh dari keluarga tersayang....

Semasa mula mula kawe mengenali SEMESTA 3 tahun yang lampau kawe diantara orang yang kuat mempersoalkan nama ini,pertikaikan kenapa nama ini ......Persoalan persoalan yang kawe lontarkan mengenai nama ini telah menimbulkan reaksi reaksi yang kurang selesa kepada barisan AJK persatuan ini pada waktu itu walaupun apa yang kawe pertikaikan cuma pada nama yang berkebetulan ada kesamaan dengan sebuah pertubuhan yang lain dan mengelirukan ahli ahli baru seperti kawe.

Pelbagai penjelasan yang kawe terima dan dengar dari abang dan kakak terdahulu mengenai nama ini ,ada dengan nada yang bersahaja.bersungguh sungguh dan tidak ketinggalan jugak sedikit emosi yang berlebihan tetapi bagi kawe itulah keihklasan dalam menyatakan sesuatu yang benar.

Dari penjelasan itu fahamlah kawe bahawa semangat yang ada kepada mereka untuk SEMESTA ini amat kuat ,amat mendalam,amat sayang,amat prihatin........Harus dibaca nilai penyatuan ,dedikasi untuk membantu adik adik ,memastikan silaturrahim berpanjangan BUKAN nama SEMESTA itu...APALAH ada pada nama jikalau semangat dalam jamaah, muafakat,prihatin itu tiada.

SEMESTA terus gah diseluruh pelusuk dunia dengan ahlinya memakai tali leher yang berlambangkan semesta setiap hari rabu bagi ahli ahli korporat,ahli ahli akademik,peniaga peniaga besar,datuk datuk,dr dr dan Yang Berhormat.Di jalanraya pula boleh dilihat kereta kereta berlambang SEMESTA diseluruh Malaysia memenuhi jalanraya.ITULAH SEMANGAT yang ada pada ahli ahli yang mendukung sebuah persatuan yang bernama SEMESTA.

2010 adalah tahun bersejarah kerana nama SEMESTA menemui ajalnya...SEMESTA dikuburkan dari sebutan yang meniti dibibir yang mendukung akan semangatnya.Batu nesan SEMESTA di bina secara sah oleh pemegang pemegang amanah semangat ini denga suara majoriti ahli yang setuju.....

FARISAINS adalah nama baru bagi persatuan ini .....mungkin ada ahli yang diluar sana yang merasa sedih,terkilan,tak puashati dengan penukaran nama ini .....

Pendirian kawe pasal nama ni tak tukar pun takper, tukar pun boleh... MAKNANYA bagi kawe nama persatuan itu bukan isu tapi matlamat dan maksud kepada persatuan hok lebih penting....SEMANGAT yang perlu dikekalkan ....KERJASAMA yang diharapkan......MUAFAKAT yang perlu dititikberatkan.....

Adakah kawe takdok pendirian ? Dulu persoal ,pertikai ,serang ajk habis habisan pasal nama ..loni kato tak tukar pun takpo pulok....Biar kawe perjelaskan disini...

Pertamanya nama itu berkebetulan sama dengan sebuah lagi persatuan yang lain dan ini akan mewujudkan kekeliriuan bukan sahaja kepada ahli ahli yang baru atau orang luar MAKNANYA persoalan dan pertikaian peringkat awal dari ahli ahli yang baru nak menjinakkan diri dengan persatuan ini tidak akan dapat di elakkan dan akan berpanjangan sampai bila bila selagi nama tidak ditukarkan.

Kedua adalah kerana perbezaan era diantara senior dan junior jadi maklumat yang kawe dapat dari golongan junior mengatakan nama persatuan ini tidak ada ciri ciri mereka sebagai junior kerana nama sekolah telah bertukar ditambah pulak dengan perkara yang pertama diatas menyebabkan golongan muda ini tawar hati,tidak berminat untuk mendekati persatuan ini.Bagi kawe ini satu kerugian kepada persatuan kerana golongan ini adalah penyambung kepada generasi tua.TENGOK dalam bentuk semangat kerana NAMA........kerana golongan ini belum memahami semangat yang ada dalam dada golongan pengasas.....

Ketiga terdengar juga runggutan dari golongan muda mengatakan bila menyebut soal nama ini amat sensitif bagi golongan senior pada waktu itu ...seolah olah suara orang muda ini diketepikan dan dipinggirkan seperti budaya didalam sekolah masih diamalkan senior adalah raja yang berkuasa .ini menyebabkan golongan muda rasa rendah diri dan merasa hingusan dalam hendak memberi pandangan kepada persatuan walaupun banyak perkara yang mereka tak setuju.....jadik hanya golongan muda yang menilai semangat sahaja akan mendekati persatuan manakala yang mengagungkan nama akan menjauhkan diri.

Kini "'FARISAINS"" meletakkan golongan muda dihadapan sambil ditongkat/ditampu oleh golongan tua dari belakang mewujudkan satu kombinasi yang amat utuh untuk mengekalkan semangat "'SEMESTA"" didalam dada walaupun namanya telah meninggalkan JASANYA sahaja.

Harapan kawe berduyun duyunlah golongan muda yang pada suatu ketika dulunya dikatakan suara disekat menyertai persatuan ini sekarang dan bawalah ""FARISAINS "' ini dipuncak kejayaan melangkaui pencapaian sebelum ini.

Kawe yakin SEMANGAT golongan pengasas tidak akan luntur dari untuk terus memajukan persatuan walaupun namanya telah bertukar kerana semnagta dari merekalah perstauan ini menjadi TERNAMA.....

Kawe terkilan jugak SEMESTA hile ni kerana kawe takleh doh nok tunjjuk ""manggok"" kawe jale buka dada tebeng logo SEMESTA di dada di semua negara hok kawe gi..harap harap FARISAINS tak ambik masa yang lama untuk kembalikan ""manggok"" kawe tu ...

Thursday, January 21, 2010

BUDU UNITED





Hahahahaha.....Aur dan tebing bagi umat kelate tak kira bangsa ,ugama ,pegangan politik jikalau dia tak malu untuk mengaku dirinya anak kelantan sudah tentu tak segan untuk mengaku dirinya makan BUDU.

Bagi kawe budu adalah lambang yang menonjolkan semangat kental ore ore kelate dulu kala dalam menjalani kehidupan perit untuk mencapai sesuatu keinginan yang tak mampu dicapai oleh dirinya sendiri tetapi akan cuba berkorban untuk dicapai oleh generasinya yang akan datang.....Ungkapan seperti ""Takpolah kita makan nasi dengan budu janji anak anak boleh ngaji U"'

Ungkapan keramat dari orang tua kita atau nenek moyang kita dulu dulu adalah untuk menghasilkan kedudukan kita pada hari ini....Apakah kita melalui derita ini untuk membesarkan anak anak kita sekarang.....mungkin ada tapi kebanyakkannya telah pupus bila munculnya mcd,kfc dan bla bla bla...

Kebanyakan dari kita sekarang lebih selesa menikmati pizza,macaroni,spageti di samping memastikan anak anak kita berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka ......Aaaahh hebatnya kesan BUDU untuk menyenangkan kehidupan kita dan selepas kita ...

Kini BUDU bukan lagi teman kepada nasi panas untuk mengenyangkan si ayah yang susah untuk memastikan anaknya berjaya dalam kehidupan....

Badi BUDU dalam kehidupan kita kini menjadi satu lambang penyatuan kita untuk mengingati keperitan orang tua kita bukan keperitan kita....

Saturday, January 16, 2010

MENDUNG DI DUBAI


Keadaan langit yang amat amat jarang boleh kelihatan di tanah gersang ini......Mendung biasanya akan berakhir dengan rintisan air yang membasahi bumi dan akan menghijaukan tumbuhan di bumi untuk menyejukan mata memandang itu di tanah malaya lah.....

mendung di Dubai bukan bermakna air akan menyembah bumi .....

Wednesday, January 13, 2010

MARIJUANA ...GANJA...BARE...KERRING...

Menaiki pesawat Oman Air setelah melepasi pemerikssan imigresen dan kastam.

Pengalaman kawe semasa lawati Oman pada awal 2010 tempoh hari amat mencuit hati kerana kebodohan pegawai kastam arab Oman .

Kebiasaan mana airport didunia ini kawalan keselamatan sebelum menaiki pesawat adalah perkara biasa dan wajib dilepasi untuk sampai ke destinasi yang ditujui.

Kisahnya bila kawe meletakkan beg kandar kawe dan beg bibit kawe untuk discan oleh mesin pengimbas sebelum melepas pintu imbasan badan ,ada beberapa pegawai kastam Oman yang berdiri dan memerhati gerak geri kawe.Bila merasa diri kawe diperhati kawe pandang salah seorang dari mereka lalu mengangkat kening sambil melempar satu senyuman kepada beliau dan senyuman manis kawe itu di balas dengan sebuah senyuman yang nampak manis tapi penuh dengan curiga...beliau bergerak dan membisik sesuatu kepada seorang lagi kawannya .

Setelah kawe melepasi pintu keselamatan dan sambil menunggu beg beg kawe melepasi mesin scan itu dalam hati kawe berkata Arab bodo ni akan tahan aku ..sambil tersenyum kesorangan .Bila beg beg kawe siap di scan dan kawe mengambilnya untuk melangkah pergi tiba tiba pegawai yang dibisikkan oleh kawannya tadi memanggil kawe dengan isyarat tangan suruh berhenti.Sekali lagi kawe tersenyum dan memberi salam kepada beliau ,dia jawab salam kawe dengan senyum jugak tapi tak ikhlas dah heheehehehe..

Dia minta nak periksa beg kawe ....kawe kata check if u like ....sambil sambil dia dok buka dan belek beg hok kawe bubuh baju tu dia tanya kawe "' U take marijuana"" kawe tak jawab tapi kawe ketawa hahahaha dan kata "" better u check another beg and im muslim ...haram hisap ganjo bodo sambil senyum ko dia dan dia pun senyum jugak ko kawe sambil suruh buka beg kecil kawe tapi kawe kata ko dia "" u open and check""dia terus buka beg kawe dan mula keluarkan isi didalamnya dan komen barang barang kawe dalam beg itu.....tapi dia masih tak puas hati pasal marijuana dan sekali lagi dia tanya kawe "' u take marijuana?"" kawe jawab ""HARAM"" sambil gelak dia pun gelak sama.Setelah selesai dan kawe mula masuk semula barang2 kawe dalam beg kawe ..sambil perati kawe kemas beg kawe dia tanya kawe "" Why u visit Oman"" kawe kato dia ""becoz Omani people nice and polite among GCC country sambil senyum dan angkat ibu jari tanda bagus ko dia "" dia ketawa .........Dan dalam dia ketawa tu kawe tanya dia lagi "" why marijuana ....its becoz my hair? sambil hahahaaha....sebelum dia jawab soalan kawe tanya lagi lagu mana nok gi ke tempat hotel kawe dan dia panggil beberapa ore lain untuk menerangkan ko kawe selanjutnya.

Setelah selesai hati kawe berkata BODOH Arab ni ....mana ada ore nak mengaku kalu betul sekalipun .....Tapi kawe suka Oman Rakyatnya peramah berbanding ngan arab arab lain ....mungkin disebabkan negaranya tak sekaya arab lain di GCC....

Nanti kawe cerita pula kisah ""Ditelanjangkan oleh kastam Dubai semasa balik dari Turkey 


Saturday, January 9, 2010

ALLAH DALAM GEREJA



Permandangan Hagia Sophia di waktu





Di dalam hagia Sophia



Di depan pintu masuk Hagia Sophia


Merupakan antara 5 buah gereja yang terbesar didunia.kini jikalau masih digelarkan gereja tetapi kristian masih mengatakan ianya gereja yang dalam lingkungan kelima terbesar didunia.

Telah ditukarkan menjadi sebuah masjid dizaman kegemilangan era Ottoman di Turkey dan kini dimuziumkan oleh Ataturk.

Yang menarik walaupun ditukarkan menjadi masjid tetapi kesan kesan asal gereja tidak dibuang cuma di cat yang baru untuk menghilangkan kesan kesan kristian.

Terkini bila Turkey dijadikan pusat kebudayaan di Eropah Hagia Sophia ini akan dipamerkan dalam bentuk asal.Maknanya kesan lapisan cat baru untuk menutupi ciri ciri kristian itu akan dikikis dan cat baru yg melambang kan islam akan dikekalkan .

Semasa kawe lawat kerja kerja tersebut sedang dijalankan....MAKNAnya bila siap nanti kita boleh lihat satu masjid didalam sebuah gereja ..Ada nama ALLAH dalam masjid dan ada Anak tuhan dalam gereja.

Mimbar masjid ada...tempat paderi mengampun dosa pun ada ....nama ALLAH di Didalam DORM ada tanda salib pun di sebelah saja.

APA MASALAH di Malaysia ...isunya ?

Isunya mereka dah melampau dan kurang ajar .....Kerajaan dah lemah ?....Melayu telah ramai masuk kristian ?

Monday, January 4, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

2009 telah hilang meninggalkan sambil merentap usia kita dan 2010 datang menyambung untuk ketuaan kita bertambah.

walaupun kaki masih kuat untuk melangkah tapi sudah semakin kurang ligatnya untuk menongkah arus dunia muda .Perkara lama ditinggalkan benda baru diterokai untuk menghadapi tahun baru.

Azam adalah kehendak kita yang diletakkan pada setiap tibanya tahun baru walaupun harapan yang lama masih tak tercapai tetapi setiap tahun perlu diperbaharui dengan yang baru .....KARUTnya azam manusia untuk sentiasa hidup dalam kemewahan,kesenangan,kejayaan,kehebatan dan bla bla bla...sampai bila azam tahun tahun yang mendatang akan berakhir dalam hidup kita?

Bila dilahirkan terus kita berazam untuk hidup dengan sesuatu yang baru ..setiap hari adalah hari yang baru dalam hidup kita ....Apakah kita ada AZAM yang baru untuk meninggalkan dunia ini?

SELAMAT TAHUN BARU DENGAN AZAM YANG BARU DAN JANGAN LUPA SELITKAN SEDIKIT AZAM BARU UNTUK HARI KITA MENINGGALKAN SEGALA AZAM YANG KITA CIPTA INI APABILA DIPANGGIL PENCIPTA YANG SEBENAR.