Wednesday, March 30, 2011

ISTIKOROH ANAK SULAIMAN PALESTINE


Perletakan jawatan  Ketua Wirawati Raihan Sulaiman  di dalam PERKASA mungkin satu kejutan kepada pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan NGO Melayu yang boleh dikatakan agak hebat dalam abad ini.Tetapi ini bukan satu KEJUTAN bagi Braheng setahu kawe kerana "permintaan/keluhan" dari Raihan ini sudah berkali kali di sudahi/didiamkan dengan "JERKOH" sahaja oleh Presidennya ." ada yang tidak mampu dan ada yang mempunyai prioriti sendiri,"petikan dari Presiden Perkasa seperti yang disiarkan oleh   MALAYSIAKINI  hari ini bagi kawe adalah satu kenyataan yang penuh politik untuk menampung impak sahaja.


Dalam perbualan kawe dengan seorang sahabat yang kini mula berjinak jinakkan diri dengan PERKASA, kawe ada membayangkan ketua wira PERKASA juga akan mengikuti jejak langkah "KEKANDANYA". Kawe juga beritahu akan sebab musabab yang munasabah pada pandangan kawe  kepada sahabat kawe ini tapi kawe tidak tahulah sejauhmana penerimaan beliau terhadap cakap 
cakap kosong kawe itu.


Kenyataan dari Ketua Wira Perkasa dalam memberi alasan perletakan jawatannya ,"Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya".sekali lagi kawe petik dari MALAYSIAKINI .Pada kawe kenyataan ini membayangkan PERKASA semata mata menitikberatkan untuk memartabatkan keupayaan politik Braheng sahaja BUKAN sebuah badan NGO untuk menampung kepincangan orang melayu kepada apa yang perlu.Jikalaulah benar PERKASA hanya berjuang untuk keselesaan politik Presidennya maka BENARLAH keupayaan politik Perkasa itu tiada. Tapi boleh  dikatakan benar juga PERKASA tidak mempunyai keupayaan politik kerana PERKASA hanya sebuah NGO bukan parti politik.Jaddik Ketua Wira hanya memberi satu alasan untuk mengesahkan perletakan jawatannya bila Presidennya berkata tiada apa apa yang berlaku dan dia tidak tahu menahu tentang desas desus sehinggalah satu kenyataan resmi diumumkan.


Apa yang sebenarnya berlaku? Braheng tahu ,Raihan tahu dan Armand juga tahu serta orang no 2 PERKASA amat mendalam mengetahuinya ATAU sesiapa yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk mendapat jawatan jawatan tertentu dalam PERKASA mungkin lebih arif akan sebabnya. hahahaha ..kawe tak tahu ..


Kebanyakan rakyat Malaysia tahu dimana negara Palestine dan mungkin sebahagian besar juga tahu semangat melayu Sulaiman.Yang ramai tidak tahu adalah Sulaiman mengambil contoh semangat Yahudi untuk membajai jiwa melayu anak anaknya,apakah Braheng tidak sedar semangat melayu berdenggung  yang ada pada jiwa Raihan melebihi apa yang ada pada bapanya? hahaha Kawe meneka dan bertanya sahaja tidak lebih dari itu ...


Kebanyakkan melayu berdenggung tidak akan menerima isu kitab injil dan isu PARIA semudah seperti yang telah diselesaikan .Tapi itu bukan sebabnya kepada isu pengunduran diri kedua duanya. PRINSIP adalah alasannya hahahaha...PRINSIP yang mana satu? Prinsip cari makan atau prinsip tak boleh cari makan? Apakah Braheng ada prinsip bila cari makan? kawe tak kata sesiapa yang "mencuri makan" atau pun cuba cuba untuk curi makan hahaha.


Berapa ramai yang sanggup ikat perut keluarga sendiri kerana perjuangan melayu? Berapa ramai yang sanggup bergolok bergadai kerana mahu tolong melayu?  Siapa sanggup untuk memimjam wang untuk isi minyak kereta untuk kemajlis perhimpunan melayu? hahahaha...RAIHAN sanggup itu kawe tahu dan kawe yakin dengan apa yang kawe ketahui.


Kawe gantung setakat ini sajalah kerana mecceh RONSON kawe telah hilang yang tinggal hanyalah BATU RONSON ...hahaha



                             MECCEH Zippo BATU Ronson


Harap harap kali ni kalau kawe terjatuh/hilang dan dijumpai oleh sesiapa amat berharap dikembalikan kepada nama yang tertera itu..hahahaha.


MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK MEMAHAMINYA TAPI ADA YANG MENGETAHUINYA ....


No comments: