Wednesday, June 16, 2010

APA MASALAH KUMON DI MALAYSIA?


Setahun yang lalu sebelum kawe ke Dubai,satu titah perintah telah kawe jatuhkan kepada isteri tercinta supaya berhenti kerja untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa dan kembali menetap di Kota bharu dari Kuala Lumpur.

Walaupun kelihatan berat untuk diterima tapi bila titah telah keluar kenalah dilaksanakan....Dalam hati kecil kawe kesian jugak tapi keputusan telah kawe buat jaddik kira muktamadlah dan kena fikir cara lainlah untuk mengatasi segala ketidakpuasan hati yang mungkin wujud.

Dalam satu masa yang amat sesuai isteri kawe telah meluahkan hasrat hatinya berkenaan keputusan yang telah kawe buat,walaupun tidak secara terang terang beliau mempertikai keputusan yang kawe buat tapi kawe dapat memahami perasaannya.Seperti yang beliau telah maklum setiap keputusan yang telah kawe buat bukanlah sesuatu yang boleh dirunding untuk diubah semula melainkan dengan hujah hujah yang jitu dan alasan alasan yang kukuh.

Prinsip yang kawe gunapakai selama ini "' Dia nak kerja kawe tak larang dan toksir kijo kawe tak suruh"' telah berjalan bertahun tahun tanpa bantahan ,kini kawe hanya gunapakai "' Isteri adalah tanggungjawab suami sepenuhnya dalam pencarian nafkah"" untuk mematikan segala hujah dan alasan.

Kawe pun bui cadangan untuk dia fikir buat sesuatu hok dia minat bagi menghilangkan rasa bosan sesambil jaga anak anak."'KUMON"" pendek keluar dari mulutnya ....Kawe kato boyo apo Kumon tu... Setelah diterangkan panjang lebar barulah kawe pehe.

Kawe tanya lagi...lagu mana kalu nak buka pusat tu di KB...penerangan kawe dapat dari isteri kawe adalah...kena gi test..kena ambil exam..semua lulus baru layak untuk apply ...pastu kena interview pulak.....Bagi kawe ini amat menarik kerana perkara yang susah dapat adalah sesuatu yang berkualiti.

2 hari selepas itu kami telah buat temujanji dengan pihak Kumon untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai proses seterusnya untuk membuka sebuah pusat Kumon di Kota Bharu.Setelah selesai perbincangan dengan pihak kumon kawe buat keputusan untuk membuka pusat Kumon di kota bharu.

Sekembalinya kawe dan keluarga untuk menetap di Kota Bharu ,kawe mula hubungi kawan kawan lama untuk mencari sebuah tempat yang sesuai untuk kawe sewa untuk di jadikan pusat percambahan minda Kumon ini.Melalui kenalan dan rakan rakan di KB tidak susah bagi kawe untuk mendapatkan tempat yang strategik di pusat bandar Kb ini.

Berkebetulan pula pegawai pegawai Kumon dari Kl akan turun ke Kota Bharu untuk meninjau sebuah tempat untuk satu lagi pusat kumon yang akan di buka di Kelantan yang mana permohonannya telas lulus untuk di buka .Kawe ambil kesempatan ini untuk pegawai pegawai ini lihat tempat kawe akan sewa ni sesuai atau tidak.Setelah tempat itu ditinjau pihak kumon berpuashati dan tempat itu menepati dengan syarat2 yang mereka kehendaki tetapi secara resminya tidak bolehlah di terima lagi kerana satu pun syarat syaratnya bini kawe belum ikuti seperti exam ,test and permohonan resmi belum dibuat.Kawe kata ko pegawai tu ,tiada masalah perkara tu kerana proses akan terus berjalan ,cuma keprihatianan kawe adalah untuk tahu tempat tu sesuai atau tidak.....Jadi kawe sewa tempat tu walaupun permohonan dengan Kumon belum bermula..

Setelah segala syarat syarat Kumon di lepasi dan pihak Kumon sekali lagi turun ke Kota Bharu untuk lihat sekali lagi tempat itu secara resmi dan mereka bersetuju dan berpuashati dan mereka juga beritahu ada beberapa dokumen yang perlu di selesaikan oleh pihak kawe dan pihak Kumon.

Masalah dokumen di pihak kawe adalah bangunan itu tidak mempunyai Cf...hahahhaha

Ketika ini kawe sudah berada di Dubai ....bila isteri kawe beritahu ko kawe mengenai perkara ini .Kawe suruh beliau gi jumpa dengan tuan punya bangunan untuk uruskan pasal cf ni dan kawe jugak periksa status bangunan ni dengan rakan rakan tertentu di Kota Bharu dan hasilnya memang tiada cf itu dan berkemungkinan prosesnya akan memakan masa dan mungkin takkan dapat langsung...

Kawe suruh isteri kawe stop bayar sewa dan cari tempat lain untuk ganti ....sekali lagi pertolongan rakan taulan membantu dan akhirnya kawe dapat tempat yang lebih strategik tanpa apa apa masalah .Pihak Kumon jugak sekali lagi turun ke Kb untuk membuat tinjaun dan mereka bersetuju.

Masalah tempat dan cf kawe telah selesai...Pihak Kumon pula beritahu dia ada masalah dengan Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan pembukaan 6 pusat baru di Seluruh Malaysia.Pada ketika ini semua layout pusat kawe telah siap dan diluluskan hanya tunggu untuk ubah suai sahaja.Pihak Kumon meminta kawe tunggu dulu ubahsuai sementara masalah dengan kementrian selesai.3 bulan berlalu dan pihak Kumon telah juga menghantar bini kawe menghadiri seminar seminar Kumon samada di dalam atau luar negara.

Sekali lagi bila ditanya pihak Kumon bila renovation boleh di lakukan dan bila pusat boleh dibuka kerana kerugian pihak kawe menyewa tempat tanpa apa apa pulangan,mungkin tidak tahan dengan tekanan dari pihak kawe Kumon ambil keputusan untuk membayar sewa tempat tersebut sehingga masalah Kumon dan kementrian selesai.

Kawe setuju dengan keputusan Kumon walaupun kawe masih lagi menanggung kerugian dari segi masa menunggu dan kawe terpaksa menyarankan kepada ibubapa yang telah setuju untuk hantar anak anak mereka ke pusat kawe supaya hantar ke pusat kumon di Kubang kerian demi untuk mengelakkan proses pembelajaran anak mereka terbantut.

Setengah tahun berlalu ,tuan punya tempat kawe sewa pun ada menyuarakan bila nak beroperasi tempatnya ,katanya sewa bayar tapi operasinya tidak.Kawe jawab molek baru tempat dia pun tak rosak dan dia tak rugi apa apa.

Dia kata ko bini kawe betullah tapi pihak kawelah ruginya bayar sewa sajo ,pastu pulok jiran jiran tempatnya sudah operasi belako.Untuk pengetahuan tempat ini merupakan bangunan baru .

20 April 2010 surat diatas diterima.......

No comments: