Wednesday, November 30, 2011

ORANG MUDA DALAM PAS MUDAH LUPA DARATAN




Beberapa hari yang lalu kawe telah dijemput oleh MP Kota Bharu melalui SMS untuk bersama sama beliau bersarapan pagi jam 8.00 pagi di sebuah kampung iaitu kampung Pangkal Chuit di Machang. Pada mulanya kawe agak berat hati untuk menerima jemputan dari MP Kota Bharu ini .Dalam hati kecil kawe berkata apakah sudah hilang akal orang tua ini hendak minum pagi sehingga ke Machang dan apakah tiada kedai kopi yang buka di Kota Bharu pada hari tersebut? Tetapi bila memikirkan semula akan kematangan dan pengalaman luas MP Kota Bharu ini dalam politik ,kawe ambil keputusan untuk menerima jemputan beliau dan mahu melihat apakah peristiwa yang akan berlaku pada hari tersebut.

Setelah kami sampai disebuah kedai makan di kampung Pangkal Chuit ,kedatangan kami disambut mesra oleh seorang lelaki yang berambut putih.Lelaki ini dikenali dengan nama SAGA dn merupakan tuan punya kedai nasik berlauk tersebut..Ayah Kar yang kami ingin temui tidak kelihatan di kedai tersebut pada pagi itu .Abe SAGA yang berusia 70 tahun tapi masih gagah bertenaga mempersilakan kami duduk di meja dan beliau  mengajak salah seorang dari kami untuk kerumah Ayah Kar untuk menjemputnya ke kedai.untuk bersama sama kami..

Setibanya susuk tua yang berusia 82 tahun ke meja kami disambut dengan penuh ceria dan gembira oleh kami .Begitu jugak raut wajah Ayah Kar kelihatan amat gembira sekali bila dapat bertemu mata dengan kami .Ayah Kar ini walaupun sudah berusia 82 tahun tapi ingatannya kepada peristiwa lampau dan kenangan kenangan pahit manis beliau berjuang bersama PAS zaman mudanya diceritakan satu persatu kepada kami.Beliau pernah dibuang daerah kerana berjuang bersama PAS begitu juga Abe SAGA pernah diambil tindakan yang sama kerana perjuangan yang mereka junjung.Kawe tidak mahu cerita panjang akan kisah kisah yang Ayah Kar dan Abe SAGA cerita kepada kami disini .Kawe mempunyai sebab yang tersendiri kenapa tidak mahu berbuat demikian ...Jangan tanya kenapa tapi silalah pergi cari Ayah Kar dan Abe SAGA di Kampung Pangkal Chuit jika berhasrat hendak tahu mengapa?

Berbalik kepada tajuk yang kawe kemukakan diatas dan apa yang ingin kawe karutkan kali ini adalah mengenai perangai orang muda dalam PAS terhadap orang tua dalam PAS dewasa ini .Dalam satu perbualan kawe dengan seorang insan muda yang mendakwa dirinya selalu menghabiskan sisa sisa makanan dalam pingan  TGNA kawe bertanya ''APAKAH KESAN PERTEMBUNGAN IDEA DIANTARA ULAMAK ULAMAK MUDA DALAM PAS YANG BARU PULANG DARI MESIR ,JORDAN DENGAN ULAMAK ULAMAK TUA DALAM PAS'' Jawapan yang insan ini beri kepada kawe panjang dan lebar tetapi tiada isi yang memberangsangkan pada pandangan kawe  boleh buat adalah ada perbedaan tapi "'terkawal''...Itu cerita dari insan tersebut.

Bila fikiran karut kawe kaitkan kisah Ayah Kar dan Abe Saga yang jasa mereka seolah dilupakan oleh golongan muda dalam PAS terdetik dihati kecil kawe bahawa PERTEMBUNGAN idea diantara ulamak muda dan lama dalam PAS bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikawal.Apakah idea idea lama dari orang lama dalam PAS akan dianggap sebagai kain buruk yang layak dicampak ke tepi dinding sahaja oleh golongan ulamak muda ini?

Secara jujurnya kawe tidak nampak kemanakah halatuju golongan pelapis muda PAS ingin membawa PAS dimasa akan datang ? Pemuda PAS tidak kelihatan lantang dan agresif seperti era Haji Hadi dizaman mudanya.Jikalau kita bercakap dengan orang muda PAS tentang mood rakyat Malaysia terhadap perjuangan islam ,rata rata dan dengan penuh semangat mereka akan berkata bahawa rakyat kini terutamanya orang muda amat berminat kepada perjuangan islam ini .Tapi adakah golongan muda PAS ini sudah membuat satu persediaan yang cukup untuk menerima mood perubahan rakyat ini? Apakah mereka pernah berfikir akan persediaan persediaan yang sepatutnya mereka buat ? Akan menjadi haru biru bila air didalam tempayang untuk dituangkan kedalam sebiji cawan ,limpahan air akan membazir keluar ..

KEGEMBIRAAN ORANG TUA ADALAH BILA DISAPA OLEH GOLONGAN MUDA ...PERTANDINGAN SIAPA BIJAK BERFIKIR BUKAN ANGAN MEREKA.





Tuesday, November 29, 2011

Soberi ambik komisen RM 2Juta?

FITNAH...Adalah satu perkataan yang mudah disebut oleh semua orang .Tidak susah juga bagi ramai orang untuk menyebut perkataan tersebut kepada orang lain dengan niat yang beliau sendiri sahaja yang tahu.Tidak susah juga untuk membuktikan satu kebenaran itu jika ianya benar benar berlaku.

Sehari dua ini keriuhan berlaku dalam wall mukabuku UMNOtumPAS yang hangat memperdebatkan isu isu hangat politik tanahair . Perbezaan pendapat diantara ahli ahli dalam UT adalah perkara biasa. Hujjah hujah dan isu isu buruk baik kedua dua buah parti politik dibangkitkan bagi mempertahankan pendapat masing masing untuk dinilai dan difahami oleh para pembaca yang mengikuti perbahasan di UT.

Satu watak yang sering keluar masuk group UT adalah KJMM @ Kg Jambu Merah Melor ,watak ini akan keluar dari group UT dengan sendiri setelah gagal berhujah dan akan masuk kembali untuk berhujah dengan fakta fakta kosong dan melucukan yang dibawa oleh beliau.Kali terakhir KJMM meminta untuk masuk semula ke group UT telah menyebabkan seorang admin UT meminta pendapat umum ahli ahli UT samada untuk menerima semula atau tidak watak KJMM ini. Umum bersuara dan berpendapat bahawa KJMM akan berubah dari perangai asalnya dengan pembawakan watak yang lebih baik.

Didalam satu perdebatan diwall umnotumpas dan di wall wall lain KJMM secara terbuka menuduh Soberi Shafii telah menerima komisen sebanyak RM 2 juta dari satu projek pembinaan jalan di Kok Lanas dan telah runtuh akibat banjir baru baru ini .Menjawab tuduhan ini Soberi meminta KJMM mengemukakan bukti bukti mengenai tuduhan yang dibuat itu ATAU meminta maaf secara terbuka sekiranya tuduhan tersebut bersifat FITNAH yang dilontarkan oleh KJMM.Tempoh dan masa telah diberikan kepada KJMM untuk berbuat demikian.Seperti kebiasaanlah watak KJMM ini akan ''delete'' segala posting dan komen komen beliau bila tersekat dengan fakta kebenaran. Tiada pembetulan fakta dan mohon maaf yang dibuat oleh KJMM terhadap Soberi mengenai FITNAH yang dilemparkan itu.Sebaliknya KJMM dengan GAH sekali membuat posting baru di wall miliknya bahawa laporan kepada SPRM akan dibuat untuk mencari individu yang disyaki menerima komisyen tersebut.KETEGASAN dan KEBERANIAN KJMM ini membuka mata seluruh masyarakat umum dan awam bahawa beliau mempunyai asas asass dan bukti bukti yang kukuh untuk menyokong bahawa Soberi memang terlibat dengan isu seperti yang di DAKWA oleh KJMM.

Ekoran dari itu Soberi telah mengambil keputusan untuk menyokong tindakan yang akan diambil oleh KJMM melaporkan kepada pihak SPRM tersebut. Dengan PRINSIP kebenaran perlu ditegakkan dan RASUAH perlu dihapuskan Soberi dengan sukacitanya menghadirkan diri ke pejabat SPRM Kota Bharu untuk memberi kerjasama kepada pihak SPRM jika perlu apa apa bantuan mengenai RASUAH seperti yang didakwa oleh KJMM dalam mukabuku itu .

Setelah selesai berbincangan dengan pihak SPRM di Kota Bharu Soberi juga telah berbincangan dengan Peguam Beliau di Kota Bharu untuk tindakan yang selanjutnya keatas KJMM yang menyebar FITNAH atau menuduh beliau tanpa bukti yang kukuh ATAU mungkin juga Soberi berhasrat KJMM supaya mengemukakan segala bukti bukti yang KJMM ada dimahkamah nanti .

Soberi juga telah membuat satu laporan polis bagi menjaga keselamatan dirinya ekoran dari FITNAH yang dibuat oleh KJMM tersebut dan satu media ringkas juga telah dibuat oleh Soberi di sebuah hotel terkemuka di kota bharu.

Pendirian kawe dalam hal ini adalah penyokong kepada KEBENARAN..mungkin KJMM berada dipihak yang benar dan Soberi pulak wajar dihukum sekiranya BENAR bersalah.Dalam mencari kebenaran keberanian dan kecekalan perlu ada didalam dada .Kawe tak tahu apa yang ada dalam dada Soberi dan juga kawe tidak tahu besi kuning apa yang KJMM pakai untuk kebalkan dirinya.




Soberi sedang berbincang dengan pegawai sprm di Kota Bharu

Report Polis oleh Soberi Di Balai Polis Pengkalan Chepa

Sidang akhbar oleh Soberi

Soberi melawat jalan yang runtuh

                                                              Catatan di wall FB KJMM

JALAN TERPUTUS KERANA BANJIR BOLEH DISAMBUNG ..KATA KATA TERPUTUS KERANA FITNAH BICARA BERSAMBUNG DI MAHKAMAH 

Monday, November 28, 2011

Ahli ahli UMNOtumPAS meraikan ZHAN di Dklasik Kubang Kerian

Gambar gambar kenangan
PENYOKONG PAS DAN UMNO MINUM SEMEJA


PENYOKONG PAS PKR DAN UMNO SEDANG BERBINCANG 

PENYOKONG UMNO

ORANG PAS BUANG PIOH ..ORE UMNO TAK PAKAI SONGKOK TINGGI 



PENGASAS UMNOtumPAS SEDANG BUAT POSTING TERBARU 
BEKAS AHLI DAN AHLI UMNO

MERAH DAN KUNING BERSALAMAN

TAIKO MJ MEWAKILI MAT NORWIR

SALLEH DAUD PARTI APA?


SEMANGAT KAMI DI UT TELAH DITERJEMAHKAN DIATAS MEJA MAKAN ...BUKAN BERDAMAI TETAPI MASING MASING TIDAK MEMBAWA SENJATA UNTUK BERPERANG DI MEJA MAKAN ..SYABAS KEPADA AHLI AHLI UT YANG SPORTING

Sunday, November 27, 2011

HIJRAH KE JALAN SYURGA TANDA ''KASIH'' TGNA KEPADA PAK DA SKORI


Dalam coretan kawe yang lalu kawe ada menulis menulis mengenai TGNA menghadiahkan tongkat kepada Pak Da Skori .Kawe juga ada mengarut mengenai maksud maksud yang tersirat mengenai hadiah tongkat dari TGNA itu.

Hari ini adalah hari pertama bagi tahun baru Islam , hari juga adalah hari bekwoh di rumah YB Semerak ,dengan izin sang Pencipta kawe telah dapat bersama sama menikmati majlis bekwoh Ahli Yang Berhormat yang amat popular di Semerak itu.Ramai rakan dan sahabat handai kawe turut hadir sama .Bila terlalu ghairah bertanya kabar sahabat handai ,seorang insan yang selalu dalam ingatan kawe bila dimajlis bersama dengan para sahabat adalah Pak Da Skori. Kelibat beliau tidak kelihatan di majlis bekwoh tersebut yang membuat ramai tertanya tanya dimana dia berada ...Terdapat juga usikan nakal dari kalangan sahabat bahawa beliau telah KEMBALI kepada Anuar Musa ..hahaha.

Kawe difahamkan Pak Da Skori demam dan uzur sedikit sehari dua ini . Setelah selesai majlis bekwoh di Semerak kawe dan Soberi mengambil keputusan untuk menjenguk Pak Da Skori di rumahnya .Setibanya kami di rumah Pak Da Skori kami disambut dengan mesra oleh Pak Da Skori seperti biasa walaupun wajahnya kelihatan sedikit pucat dan tidak ceria seperti biasa.Kami dipersilakan ke ruang tamu rumahnya . Beliau menceritakan keadaan kesihatan dirinya kepada kami dengan sesekali hilaian ketawa mesra yang sudah menjadi resam beliau bila bertemu sahabat.

Dalam bercerita itu Pak Da Skori beritahu bahawa TGNA telah mengirim satu hadiah kepada beliau sempena sambutan Maal Hijrah ,TGNA juga meminta maaf kepada Pak Da Skori kerana tidak dapat menyampaikan hadiah tersebut dengan tangannya sendiri kerana beliau tidak berapa sihat .Dengan perasaan terharu berbaur gembira Pak Da Skori menunjukkan senaskah Al-Quran yang ditanda tangani oleh TGNA beserta rehal yang lengkap kepada kami akan hadiah dari TGNA kepada beliau pada hari sambutan tahun Hijrah.

Hijrahnya Pak Da Skori dari UMNO ke PAS amat dan teramat dihargai oleh TGNA .Dalam nada gurauan Soberi berseloroh bahawa dalam kawasan Parlimen Ketereh hanya Pak Da Skori seorang sahaja yang menerima hadiah tersebut dari TGNA .Kawe menambah tokoh maal hijrah dinegeri kelantan di hati TGNA adalah Pak Da Skori.

Apakah simbolik hadiah senaskah Al-Quran dari TGNA yang disampaikan oleh Ustaz Nik Mahadi kepada Pak Da Skori ini? Jika hadiah tongkat kawe andaikan untuk Pak Da Skori memukul muka Nuar Musa ,Apakah dengan hadiah Quran ini TGNA mahu Pak Da Skori memperbetulkan bacaan ayat ayat suci Al-Quran oleh Hj Lui? 

KINI PAK DA SKORI TELAH HIJRAH DARI KITAB LAMA KEPADA KITAB BARU ..APAKAH PULA HADIAH KETIGA TGNA KEPADA PAK DA SKORI UNTUK MERANAPKAN NUAR MUSA DAN HJ LUI DI KETEREH DAN KOK LANAS ? MARILAH SAMA SAMA KITA TUNGGU SAAT DAN KETIKANYA ITU.

Saturday, November 26, 2011

MAJLIS MENGHANTAR MENANTU

KONVOI KERETA KE KUALA BERANG 

MSO SEDANG MEMERIKSA KERETA ROMBONGAN 


ROMBONGAN SEDANG MENJAMU SELERA

MUNGKIN PEMILIHAN CALON CALON PAS DALAM PRU 13 YANG DI BINCANGKAN?

Hari ini kawe menghadirkan diri dalam rombongan menghantar menantu seorang blogger tersohor di Malaysia yang dikenali dengan nama penanya MSO.Turut serta dalam rombongan tersebut selain keluarga terdekat MSO adalah menantu kepada TGNA ,YB Semerak ,Soberi Shafii dan Haji Rusdan Rantau Panjang serta beberapa kenalan beliau yang lain.

Tiada apa yang kawe mahu tulis panjang mengenai perkara ini selain segala urusan majlis berjalan lancar seperti yang dijadualkan.Tahniah daripada kawe kepada sahabat kawe MSO ini walaupun kadang kala kami bermusuh didalam satu dunia yang lain .

SEPANJANG PERJALANAN PERGI DAN BALIK BANYAK CERITA CERITA DIDALAM KERETA YANG KAWE PEROLEHI ...CERITA LAIN KALI LAH BILA KAWE BERMINAT HENDAK MENGARUT DI SINI.

Tuesday, November 22, 2011

''RAMPASAN KUASA'' DI PARLIMEN BACHOK?


Agak lama kawe tidak mengarut disini berkenaan cerita cerita didalam mukabuku yang digilai oleh segenap generasi ketika ini .Kali ini riuh rendah forum ....Arrgghhh tulisan terganggu kerana pengarah SPR Kelantan ajak minum teh dulu ..nanti sambung malam sikit..hahaha.

Baru sampai dari bicara untuk menyambung bicara seorang diri dihening malam ini.Sperti yang dijanji karutan kali ini adalah berkenaan cerita cerita di mukabuku .Tajuk diatas mungkin menjadi satu kejutan bagi keadaan politik semasa dikelantan jika diukur dari sudut realiti diluar sana .Namun begitu peristiwa yang berlaku dialam maya telah menjadi satu jenaka yang menarik untuk dinilai dengan ketawa hilai.

Tajuk diatas adalah satu peristiwa yang benar benar berlaku dialam maya jika dinilai dari sudut kejadian TAPI kawe  mahu menilai dari sudut patut atau tidak patut  kejadian itu berlaku.Untuk tujuan tersebut kawe perlu membawa sejarah kehadapan barulah kejadian tersebut dapat dinilai dengan adil dan saksama..

Sejarahnya begini satu group yang dikenali sebagai UMNOtumPAS telah ditubuhkan di laman FB ,yang mana ahli ahli dalam group ini terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat.Kecenderungan group ini membincang dan berdiskusi mengenai senario politik negara secara am dan politik kelantan secara khususnya.Sambutan amat menggalakan dari semua pihak ,ahli ahli dalam group ini juga agak lantang dan keras mengkritik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang ..MEREKA INI BEBAS DALAM MEMBERI KRITIKAN TANPA  SEBARANG SEKATAN selagi kritikan ahli ahlinya memberi manfaat kepada masyarakat dan orang Kelantan dalam segala tindak tanduk pihak kerajaan atau pembangkang.

Beberapa orang ahli UT ini pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa orang pembesar pembesar parti samada dari UMNO ,PAS dan PKR di Kota Bharu dan Kuala Lumpur.Setiap pertemuan dalam keadaan mesra dan damai walaupun ada diantara ahli ahli UT yang kuat mengkritik pembesar tertentu TETAPI bila bersua muka kedua dua belah pihak membesarkan JIWA masing masing untuk sama sama memecahkan derai tawa mesra bila membicarakan coretan coretan yang dilukiskan di dinding UMNOtumPAS.

Dalam satu pertemuan diantara ahli ahli utama UMNOtumPAS di ibunegara dengan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia beberapa bulan yang lalu .DAA telah meluahkan hasrat ikhlasnya kepada ahli ahli UT supaya mewujudkan satu dinding FB khas kepada orang Bachok yang berkonsep seperti UT untuk beliau mendengar /menilai/membaca segala keresahan /kesusahan/kegembiraan/ orang orang Bachok yang diluahkan dialam maya.Walaupun ''pendek kata'' tiada keluarkan apa apa arahan khusus ahli ahli UT menyambut baik hasrat MURNI DAA untuk melihat satu luahan politik secara maya bagi orang orang di Parlimen Bachok khasnya dan rakyat kelantan umumnya.Perlu diPERTEGASKAN bahawa DAA tidak meminta ahli ahli UT ini menyediakan ruangan dinding P25 PARLIMEN BACHOK untuk kegunaan pihak UMNO tetapi beliau berhasrat untuk kegunaan RAKYAT Bachok tanpa mengira apa apa pegangan parti politik....ITU HASRAT SUCI DAN MURNI DAA.

Membawa dan memegang AMANAH suci DAA ini ahli ahli UT yang IKHLAS telah mencipta Group P25 PARLIMEN BACHOK .Group P25 ini mendapat sambutan yang hangat dari pengemar pengemar FB di kalangan rakyat Bachok dari semua aliran parti politik yang mereka anuti.Setelah segalanya berjalan lancar pencipta asal group P25 telah menarik diri dari urusan pentadbiran group tersebut untuk diserahkan kepada pentadbiran (admin) P25 kepada orang Bachok yang berkebulan juga insan yang amat rapat dengan DAA untuk menguruskan perjalanan group tersebut. P25 diwarnai dengan perbahasan dan perdebatan hangat mengenai isu isu politik semasa samada isu isu nasional atau isu isu tempatan terutamanya iswu isu di Bachok.

Beberapa bulan berlalu P25 terus diminati dan ahli ahlinya senakin bertambah NAMUN panas dimusim tengkujuh amat jarang sampai ke petang. Salah seorang pentadbir P25 sudah mula menyahkan mana mana ahli yang tidak belago angin dengan beliau ,mana mana posting atau komen komen yang menceritakan kebenaran dan tidak berpihak kepada UMNO juga dilupuskan oleh admin ini.Ramai diantara ahli ahli P25 yang tidak berpuashati dengan tindakan admin ini dan kawe sendiri pun telah dinyahkan dari group P25 ini mungkin berbulan bulan juga lamanya.

Sehinggalah 2 hari yang lalu kawe telah dijemput kembali ke group P25 dan terbaca salam satu posting mengenai RAMPASAN KUASA. Apa yang sebenarnya berlaku kawe tidak mengetahui dan tidak ingin untuk ambik tahu l;agi TAPI kawe terima baik jemputan masuk semula ke P25 oleh barisan admin yang baru.

Kemungkinan ahli ahli UT yang memegang AMANAH DAA ini bertindak sedemikian untuk memastikan amanah serta NIAT MURNI DAA kepada rakyat Bachok tidak dikhianati oleh individu yang mempunyai kepentingan diri sendiri .Itu satu kemungkinan yang kawe jangka sahaja, yang sebenar berlaku kawe tidak tahu.

SEKIRANYA DAA YANG MENGELUARKAN ARAHAN SUPAYA HASRAT DAN NIAT MURNI BELIAU TIDAK DICEMARI MAKA SATU SANJUNGAN HORMAT KAWE HULURKAN KEPADA DAA KERANA KETERBUKAAN DAN KEBESARAN JIWANYA MENGHORMATI PENDAPAT SERTA PANDANGAN  DAN RINTIHAN RAKYAT BACHOK DI MUKABUKU




Saturday, November 12, 2011

ROYALTI "'KAMARUZAMAN'' KELATE

                                                         Perginya seorang pejuang

Innalillah ..Itulah kata kata yang kawe mampu ucapkan bila seorang sahabat menelefon kawe pada pukul 4 pagi untuk memaklumkan bahawa Allahyarham Kamaruzaman telah kembali kerahmatullah akibat terlibat dengan kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu setelah menyempunakan harapan RAKYAT Kelantan untuk menyampaikan memo kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai HAK royalti minyak rakyat kelantan.

Kawe tidak mengenali arwah dengan rapat tapi kawe ada berjumpa dengan arwah beberapa kali semasa hayatnya..Kali pertama kawe bersua muka dengan arwah adalah disebuah kopitiam bersama beberapa rakan yang lain .Beliau seorang yang tidak banyak bercakap melaiankan lebih banyak mendengar TETAPI bila bercakap mengenai ROYALTI MINYAK Kelantan semangat beliau berubah dengan penuh minat untuk membicarakan soal HAK Rakyat Kelantan itu.

Kali terakhir kawe bertemu dengan arwah adalah pada sebelah tengah hari sebelum beliau bertolak ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.Dalam perbualan singkat antara kawe dengan arwah didalam bilik boss nya itu ,beliau sempat bertanya kawe apa tujuan kawe kesana ..Dalam nada bergurau kawe menjawab ..Datang untuk tengok beliau sambil ketawa dan disambut dengan ketawa juga oleh beliau .Arwah juga menunjjukan satu potret tun Razak yang akan di bawa ke Parlimen keesokan hari diatas kerusi disebelah kawe untuk dinilai oleh bossnya. Dalam perbualan itu juga arwah ada mengajak kawe untuk bersama sama beliau pergi ke Kuala Lumpur ..Kawe hanya menjawab tengoklah dulu lagu mana ..

Setelah meninggalkan pejabat beliau pada tengah hari itu kawe ada menelefon beliau semula kerana ada benda yang kawe tertinggal di pejabatnya dan meminta tolong beliau untuk menyimpan sementara waktu.Sekali lagi pada sebelah petangnya kawe menelefon beliau untuk sama sama minum teh dengan kawe di Hayaki Tune KB ,tetapi jawapan dari beliau adalah tak sempat kerana hendak bertolak ke Kuala Lumpur  pada malam itu .Kawe menjawab takpelah ..benda yang kawe tertinggal dipejabat dia tadi akan diambil selepas beliau kembali dari Kuala Lumpur .Itulah percakapan terakhir kawe dengan arwah sehingga mendapat panggilan dari seorang sahabat yang memberitahu beliau sudah pergi buat selama lamanya ..AL FATIHAH.

Itulah serba sedikit cerita peribadi kawe dengan arwah yang boleh kawe kongsikan dengan semua pembaca di luar sana .Bagaimana pula cerita beliau dengan rakyat Kelantan yang dinafikan HAK mereka? Apakah sumbangan beliau kepada seluruh rakyat kelantan yang dianiayai akan HAK mereka? Kini rakyat kelantan telah kehilangan seorang pejuang HAK mereka .Apakah kematian beliau dalam memperjuangkan HAK ore Kelantan satu kematian yang sia sia?? Apakah ore kelantan tidak mempunyai sedikit jiwa kelantan untuk membela kematian arwah yang membela HAK semua rakyat Kelantan?? Apakah cukup kita sebagai rakyat kelantan merasai sudah cukup menghadiahkan fatihah sahaja untuk mengiringi jenazahnya ke kubur? Apakah cita cita dan harapan beliau untuk mengembalikan HAK ore kelantan bukan cita cita kita sebagai ore Kelantan?? Bangunlah wahai ore kelantan PERTAHANKAN dan PERJUANGKAN HAK INI ..Teruskan perjuangan KAMARUZAMAN yang tergadai nyawa DEMI membela dan menegak HAK kita sebagai ore kelantan ,demi menjaga MARUAH kita sebagai ore Kelate.

KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM DIATAS SANA ..BERAPA RAMAI MAYAT ANAK KELANTAN LAGI YANG MAHU DILIHAT UNTUK DIHANTAR KE TANAH PERKUBURAN DEMI UNTUK MENDAPATKAN HAK MEREKA?? 

Friday, November 4, 2011

REALITI DAN PERSEPSI PKR DI KELANTAN


Menulis tentang PERSEPSI dalam politik UMNO Pasir Puteh beberapa bulan yang lalu telah memberi satu kesan yang kawe sendiri tidak mengetahui dari sudut realitinya.Ada maklum balas yang kawe terima mengenai perkara tersebut ,kedengaran juga ada pihak yang tidak berpuashati dengan lontaran PERSEPSI yang kawe hayunkan itu dan ada juga yang mengatakan bahawa dalam realiti memang perkara tersebut berlaku seperti mana persepsi yang kawe wajahkan itu.Sehingga hari ini pergolakan yang berlaku didalam UMNO Pasir Puteh bukanlah disebabkan oleh persepsi yang kawe cipta tetapi pemuka pemuka UMNO Pasir Puteh sememangnya bergelumang dengan REALITI yang mereka lalui setiap hari begitu.

Kali ini kawe sudah tidak mahu lagi menulis mengenai sebuah parti melayu yang dalam PERSEPSInya membela nasib orang Melayu sedangkan dalam REALITInya menindas dan menafikan hak hak orang Melayu.Kawe akan mengarut mengenai REALITI  Pakatan Rakyat ingin menawan Putrajaya melalui PRU 13 setelah diciptakan PERSEPSI bahawa kerajaan sedia ada akan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia dalam pilihanraya nanti.Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat di wakili oleh 3 parti sebagai rakan kongsi yang terikat hanya melalui persefahaman diatas atas perkara sahaja.PKR,PAS dan DAP  adalah parti parti politik yang terlibat dengan pakatan Rakyat ini.Ditonjolkan PERSEPSI bahawa PKR adalah parti yang mempunyai peranan besar dalam membentuk pakatan ini dengan mengambarkan Anuar Ibrahim sebagai penggeraknya.

Kawe memilih PKR dalam membincangakan mengenai REALITI dan PERSEPSI ini.Realitinya PKR adalah sebuah parti baru yang mana para pemimpin dan ahlinya bekasan daripada ahli ahli UMNO tetapi di dalam PERSEPSI gambaran diberikan bahawa PKR lah parti yang dapat mendamaikan atau meredakan permusuhan PRINSIP diantara PAS dan DAP dalam perjuangan parti masing masing.Apakah benar PKR mampu berbuat demikian didalam realitinya? 

Kawe bukan anti PKR tapi kawe bukan PEMUJA PKR , kawe bukan tak suka pada PKR tapi kawe masih tidak memilih mana mana parti yang kawe suka untuk diisikan borang.Kawe bukan BENCI kepada PKR tapi kawe mempunyai sebab untuk membenci PKR.Kawe bukan tak perlu kepada PKR tapi kawe tahu PKR memang tak perlu di kampung kawe....Begitulah serba sedikit yang kawe boleh royat mengenai REALITI parti PKR ini kepada diri kawe.

Itulah realiti dari sudut pengamatan kawe dan mungkin pembaca diluar boleh mengandaikan bahawa itu satu persepsi kawe bila membaca apa yang kawe tulis ...Terpulanglah kerana kawe lebih suka persepsi itu terbentang tanpa halangan sempadan yang membataskan pandangan mana mana pihak. Manakala dalam mencari realiti kawe lebih suka berpijak dibumi yang nyata untuk kawe berlari mengejar kenyataan yang bertaburan disetiap sudut bumi yang dipijak.

PKR berpijak dibumi kelate bukanlah satu keperluan dari segi realiti keperluan yang sebenar TETAPI lebih kepada keperluan PERSEPSI untuk memaklumkan bahawa PKR amat diperlukan kepada Rakyat Malaysia di seluruh pelusuk kampung dalam negara ini.Samada pembaca diluar sana bersetuju atau tidak setuju ,kawe tetap bersetuju dengan diri kawe untuk berkata sedemikian.Kawe akur dan rakyat kelate pun turut akur akan keperluan PERSEPSI dalam pembentukan siasah POLITIK.Masalah yang selalu dihadapi oleh manusia adalah terlalu suka berangan angan dan kadang kala beranggapan bahawa angan angan mereka itu benar dan patut berlaku secara realiti akan lamunan anganan mereka .

Baru baru ini orang nombor 1 PKR Kelantan telah mengeluarkan kenyataan mengenai bakal bakal calon PKR dalam PRU 13 nanti .Kawe tertarik bila orang nombor 1 ini berkata mana mana calon yang telah menang pada pilihanraya yang lalu akan dikekalkan dan mana mana calon pkr yang kalah akan dikaji semula penyertaan mereka dalam PRU 13. Kawe melihat ini satu kenyataan yang jujur dari sudut PERSEPSI dan berbohong dari sudut REALITI....Memang betul dan tepat sekali dari segi PERSEPSI calon yang menang mempunyai kekuatan untuk menang sekali lagi dan yang sudah kalah mungkin akan kalah juga .Syabas kawe ucapkan kepada orang no satu PKR Kelantan kerana berjaya menipu seluruh rakyat kelantan dan berjaya juga menipu pihak PKR di peringkat pusat dengan hanya menonjolkan PERSEPSI kemenangan di masa lalu.

Izinkan kawe untuk membawa pembaca semua menilai REALITI kemenangan calon calon PKR dalam PRU 12 yang lalu.Perkara utama yang kawe ketahui untuk menentukan kemenangan seseorang calon yang bertanding adalah JENTERA PARTI...Soalan kawe kepada orang nombor satu PKR Kelantan ini adalah ..Wujudkah jentera parti PKR di Kelantan dalam realiti sebenar??? Kawe tidak perlu jawapan khusus dari orang nombor satu pkr ini kerana ore kelate akan menjawab sendiri didalam hati mereka.Apakah orang nombor satu PKR Kelantan ini juga mempunyai pendekatan seperti Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh dalam pendekatan membodek ketua umum?? Kawe tidak tahu jawapan sebenar TETAPI umum mengetahui bahawa PKR adalah terdiri daripada bekasan ahli ahli UMNO ..mungkin pendekatan berbeza tapi mempunyai cara pemikiran yang sama dalam bertindak ...Kawe mohon ore Kelate untuk menilai.

Apakah PKR Kelate tidak sedar dalam realitinya kemenangan calon calon mereka dalam PRU 12 dahulu adalah hasil usaha jentera jentera parti PAS dan UMNO sendiri yang membantu mereka secara peribadi? Sila nafikan apa yang kawe katakan ini kalau tidak betul TAPI jangan AGAH dan SOMBONG dalam membuat penafian itu nanti.UMUM mengetahui jentera parti adalah bersifat seperti ''malaikat'' dan ''tuhan'' dalam menjalankan perintah parti berbeza dengan jentera parti UMNO yang lebih bersifat seperti ''iblis'' dan ''tuhan'' dalam tindakan mereka ...hahaha..Kawe toksir ulas tapi demo demo kena fikirlah.

Ungkapan demo kena tolong kawe sekali ....Builah ko kawe sekali ....Kita trylah saing kita sekali ...Yang dilaungkan atau yang dibisikkan halus ke cuping cuping telinga orang UMNO untuk membantu kemenangan calon PRU 12 yang lalu mungkin akan kedengaran lagi pada PRU 13 nanti . Sekali lagi soalan kawe kepada orang nombor satu PKR Kelantan adalah sejauhmanakah keyakinan demo  bahwa orang orang UMNO yang menyokong calon calon PKR dahulu tidak akan memekakkan telinga mereka untuk bisikan buat kali kedua ini??? Jangan jawab kepada kawe secara langsung TAPI renunglah dalam dalam kedalam diri sendiri untuk mencari satu jawapan yang jujur pada diri sendiri.

PAKATAN RAKYAT BERHASRAT MENAWAN PUTRAJAYA DALAM PRU 13 TETAPI KEGOAN DAN KEAGAHAN PKR AKAN MENGAGALKAN HARAPAN MENGGUNUNG RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MELIHAT PERUBAHAN