Tuesday, August 31, 2010

MAJLIS HARI RAYA BATCH 88 2010

Gathering Geng 84-88

Time
September 12 · 11:00am - 7:00pm

Locationakan dimaklumkan kelak

Created By

More 
Infosila hubungi En rosdi dan En Nik Hazuan (KB), Arman dan Asmizul (Luar KB)


Nik Hazuan perjumpaan sempena HARI RAYA PUASA akan diadakan pada hari raya ke 3... AHAD 12 SEPT 2010... Kepada sesiapa yang nak join.. mari la ramai2.. sila inform kepada sedara mijul atau sedara arman... or sedari amy

Kawe ambil jemputan ke majlis hari raya batch 88 di wall Tuan Presiden batch 88  disini dan hebahan dari Tuan Setiausaha batch 88 DI FB ISTANA FARISAINS 88 .
Kepada warga batch 88 yang berada di seluruh jikalau terbaca maklumat ini diharap dapat menghubungi nama nama yang tertera diatas untuk keterangan lanjut bagi majlis TRADISI Batch 88 semenjak 20 tahun yang lalu ini.
Syabas dan tahniah kawe ucapkan kepada barisan kepimpinan batch 88 yang berusaha untuk menjayakan majlis ini.







Monday, August 30, 2010

MESIN V/S MANUSIA



Allah mencipta manusia untuk memberi pembalasan kepada manusia diatas apa yang mereka lakukan diatas dunia. Allah cipta dan campakkan manusia didunia untuk mencari jalan pulang ke akhirat.Di ciptakan juga seketul otak kepada manusia untuk berikhtiar mencari jalan pulang.

Otak manusia yang hebat berfungsi ini telah berpusing dengan ligat sekali untuk mencari jalan yang senang dan mudah untuk mencari jalan PULANG.Untuk menjadi jaguh dalam pertandingan OTAk mana yang lebih hebat ..Manusia berlumba lumba mencipta mesin untuk kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan manusia seharian.

Otak -otak dari Jepun dan Korea yang mendominasikan penciptaan di rantau Asia untuk bersaing dengan otak otak dari barat dalam kemajuan mengejar penciptaan mesin yang terhebat untuk kesenangan dan keamanan dunia sejagat.

Walaupun Malaysia boleh dikatakan tiada daya saing langsung dalam bidang penciptaan mesin yang berguna sebagai mesin kepada manusia ini ,nampaknya Malaysia lebih hebat lagi penciptaan mesin ini dengan mempelopori penciptaan mesin yang lebih hebat dalam dunia kini....

Dalam 2 ke 3 bulan ini (sebelum Raya) kawe mempunyai banyak masa yang lapang kerana kesibukan kerja kini sudah dikawal oleh mesin mesin ciptaan manusia . Sementara menunggu mesin mesin di Brazil,China,Jepun,Italy,Singapore ,Hong Kong (Mesin dari Malaysia tiada) sibuk bekerja dinegara masing masing telah menyebabkan kawe kurang kerja kerana menunggu barang barang yang diproses oleh mesin2 ini siap.

Bila Mesin dari Malaysia tiada dalam senarai memproses barangan yang kawe hendak guna , buat kawe rasa sedikit keciwa dan terkilan.Untuk mendapatkan kepastian apa yang sebenarnya berlaku disamping masa terluang ada. Kawe cuba fahami dan selidiki apa yang sebenarnya berlaku di bumi bertuah tanah melayu itu

Rupa rupanya jangkaan kawe amat meleset sekali dgn mengatakan Malaysia ketinggalan di dalam penciptaan mesin mesin ini.Rupanya negara tumpah darah kawe ini sedang mendahului lain lain negara dalam dunia ini dalam teknologi penciptaan mesin mesin ini.

Tiada negara lain dalam dunia ini sehebat Malaysia buat masa ini yang dapat menandingi malaysia dalam kemajuan pencipta mesin yang terdiri daripada manusia.Kilang kilang penciptaan ini yang majoriti besarnya dikuasai oleh kerajaan sedang dengan begitu giat sekali mencipta mesin mesin manusia ini untuk kegunaan menjaga kepentingan kerajaan, memproses propaganda kerajaan dan segala galanya yang baik untuk membantu kerajaan.SYABAS kerajaan Malaysia kerana berjaya mencipta rakyatnya menjadi otak mesin ...Hebat bukan ?? Seorang manusia yang boleh berfikir segala perkara untuk dirinya TAPI bila tiba kod yang dicipta oleh pakar2 pembuat mesin mesin manusia ini kewarasan otak asal sudah tak berfungsi sebaliknya apa yang telah "DIKODKAN" Mesti dipertahankan matian2 .

Doa kawe kepada pencipta2 mesin manusia ini supaya suatu hari nanti ianya dapat memberi pulangan yang amat besar kepada negara Malaysia ..Sekiranya mesin2 manusia ini diminati oleh negara luar ,mungkin boleh dijadikan barang eksport utama negara.

CERITA ROYALTI MINYAK

         Tuan Guru sedang menyerahkan writ saman di bahagian pendaftaran Mahkamah Perdagangan Kuala Lumpur


Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.
Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.
Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.
Anggota pula mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.
Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ikhsan" sebanyak RM20 juta.
Apa cerita  ..MUNGKIN INILAH JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN KAWE 4 BULAN YANG LALU???

KELATE MERDEKAKAN DIRI DARI MALAYSIA ADALAH PILIHAN HATI KAWE ....TAPI ITU BUKAN SATU TINDAKAN YANG RASIONAL DAN BIJAK BUAT MASA INI.....TAHNIAH KAWE UCAPKAN KEPADA USAHA USAHA BERTERUSAN DARI ANAK ANAK KELATE SEJATI YANG PERJUANGKAN HAK MEREKA INI .....BAGI "KELATE MURTAD" PELUANG MASIH ADA.....

Sunday, August 29, 2010

MERDEKA


Patut di syukuri kah....Patut di hayati kah....Patut di pertahankan kah...
Setiap tahun laungan dan dentuman mercun akan mewarnai angkasa sebagai tanda anak tanah melayu menyambut hari kemerdekaan bumi tercinta ....MEREKA faham kah ERTI merdeka atau sekadar laungan TIONG untuk menyemarakkan suasana??

Dentuman bunga api yang mewarnai cahaya angkasa membuat anak bangsa terpegun dengan keindahan cahaya diangkasa yang MERDEKA....Faham kah mereka akan keindahan JIWA pejuang terdahulu berkorban dizaman lampau mereka untuk generasi kini menikmati keindahan cahaya bunga api di malam MERDEKA..

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KEPADA SELURUH WARGA TANAH MELAYU YANG BERADA DI BUMI MELAYU ....WARNAILAH KEMERDEKAAN YANG DI KECAPI DENGAN SEGALA WARNA YANG MASING MASING MINATI...

Saturday, August 28, 2010

Saturday, August 14, 2010

MENTERI PINTU DEPAN DAN PINTU BELAKANG

"Mattblacqkk Napitis Bapa ke ibu yg nak digantung tu?@ShahrizatJalil: Bukan lagi buang bayi . Pembunuhan bayi . Jika bersalah hukum gantung . Di jauhkan Tuhan ."

Bila menteri pintu belakang shahrizat mula mencadangkan hukuman gantung kepada pesalah yang membuang dan membunuh bayi di twitter kawe ada persoalkan siapa yang patut digantung ibu bayi atau bapa bayi atau kedua duanya sekali .Tiada jawapan balas dari beliau samada secara khusus atau secara umum.

Lebih menarik lagi bila TGNA Menteri Besar Kelantan yang dipilih oleh rakyat melalui pintu depan juga menyokong cadangan menteri pintu belakang ini.Bagi kawe kedua dua menteri yang mencadang dan menyokong ini lebih kepada menjaga kenyataan demi publisiti politik mereka sahaja .

Yang pintu belakang nak menutup kegagalan yang telah beliau lalui dimana  sewaktu ketika di  bangsar adalah menjadi satu pusat yang boleh diistilahkan punca masalah remaja buang anak dalam longkang ini .Kegagalan pintu belakang ini perlu ditutup dan dialihkan pandangan supaya status pintu belakang dilupakan dan keprihatinan kelihatan.

Menteri Besar yang di pintu depan pula apa pula ketakutan beliau?? Akhir akhir ini banyak kes yang berlaku di negeri kelantan dan mungkin sedikit menampar pipi Tok Guru MB ,cuitan di pipi akibat perbuatan kejam dibawah negeri yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang dilihat secara islamnya adalah lebih baik dari negeri negeri lain di Malaysia.Mungkin akibat tamparan itu MB Tok Guru ini pun melatah juga tanpa fikir panjang untuk setuju dengan menteri pintu belakang.

Kepada kedua dua menteri ini kawe nak tanya semenjak bila perkara tohok /bunuh bayi ni berlaku ??? kalu tidak salah ingatan kawe semenjak Muhammad belum ditabalkan menjadi rasul lagi ...zaman Arab Jahilliah gejala bunuh dan tanam bayi hidup2 ni telah berlaku....bezanya dulu Arab Jahilliah yang bunuh Loni melayu islam hok tohok bayi bui makan ko anjing.Jaddik kalau 1500 tahun dulu masalah ini sudah diselesaikan dengan begitu berkesan APA yang susah sangat bagi menteri pintu belakang dan TGNA nak selesaikan ...hingga begitu gusar sekali gelagatnya.

Kenapa kaum bukan Melayu dan bukan Islam tidak ramai yang berlaku kejam ini ?? Adakah mereka lebih kuat pegangan agama dari orang islam?? Adakah sifat keperimanusiaan mereka lebih tinggi dari orang melayu?? Apakah kerana agama mereka mempunyai beberapa kelonggaran yang tertentu mengenai anak haram dan persetubuhan haram ini??? Apakah ada keberanian di dada menteri pintu belakang ini untuk meminta sedikit kelonggaran dari agama islam dalam hal ini seperti kelonggaran yang diminta terhadap Kartika kerana hak asasi manusia??

Dimana pendirian TGNA sebagai tok guru mengenai keadilan dalam perlaksanaan hukum dalam islam bila dengan spontan dan wenangnya setuju dengan hukuman gantung ini ??? Boleh selesaikah masalah ini di benak TGNA??Dimana ajaran ajaran islam yang selalu di bawa oleh TGNA mengenai pencegahan lebih berkesan dari menjatuhkan hukuman ?? Apakah TGNA sudah habis upaya dan terpaksa bersetuju dengan Sharizat??

Satu senario kawe ambil seorang anak gadis yang dirogol oleh 3 orang lelaki dan malu untuk membuat report polis kerana dirogol .Berakhir dengan bersalin dan membunuhnya bayi kerana malu dan tak samggup untuk menghadapi masyarakat . Apakah adil dan wajar anak gadis ini dihukum gantung??? 

Bagaimana dengan 3 lelaki  yang merogol atau yang boleh diistilahkan sebagai bapa bersama tersebut ?? Bayar denda seperti YB Bung saja??


Wednesday, August 11, 2010

11-08-2010 1 RAMADAN

Hari pertama bermulanya puasa tahun ini .Cuaca agak baik juga dengan tahap kepanasan 40C boleh dikatakan tekak akan terasa dahaga juga lah kalau berjemur.
 Bersahur dengan beberapa keping kek dan kopi tongkat ali dengan 2 batang pemusnah kesihatan utama manusia ,mungkin tak cukup untuk orang lain tapi sudah memadai bagi kawe.

Setengah hari berlalu untuk menahan lapar dan dahaga di tanah gersang ini ,diketika kawe menulis ini rakan rakan dan sahabat handai mungkin sedang ucap bismillah untuk buka puasa dengan ambil sunatnya tamar, mungkin air tuak untuk menghilangkan dahaga...cendol ??/ hahaha
                                         
Kawe masih di tempat mencari rezeki untuk menanti dan menunggu saat saat mendapat pahala sunat menikmati tamar itu.
Beberapa tempat telah kawe hubungi untuk bertanyakan harga IFTAR BUFFET ,banyak pilihan dah ada tapi pilihan belum lagi dibuat .

Kecewa sikit kerana semua tempat hak kawe call tanya takdok sediakan budu dan tuok nyior sebagai juadah berbuka ..hahahaa
 Haaa..dah confirm tempat kawe berbuka hari ni ..buffet Makanan Arab ...harga berpatutan heheheh

Walaupun kawe hanya perlu kerja setengah hari saja disini dalam bulan puasa tapi dari balik dan tido lebih baik kawe duduk di tempat kerja dan buat apa yang patut kawe buat ....tak semestinya buat kerja hahahaha.

Ooppss kritik  braheng kena slow sikit bulan puasa ni kerana seorang sahabat kawe kato kurus posa kalu kutuk Pok katok.

Friday, August 6, 2010

MINAT V/S PITIS






Setiap insan mempunyai minat dan hobi tersendiri dalam mewarnai kehidupan mereka.Hobi dan minat ini biasanya akan mencuri sedikit sebanyak pembahagian masa setiap orang dalam menghayati minat dan hobinya.

Insan yang bertuah dari segi kewangannya akan menikmati rahmat untuk membuang masa bersama hobi dan minat sekiranya memerlukan modal yang besar untuk memenuhi kehendak minatnya.Pitis diperlukan untuk memuaskan nafsu minat manusia itulah jawapan yang kawe berikan pada suasana dunia hari ini.

Nasib bagi mereka yang tidak mempunyai PITIS yang banyak untuk dibazirkan demi minat dan hobinya mungkin lebih baik daripada mereka yang gilakan menghabis pitis semata mata kerana hobi.Dunia hari ini hasil karya yang bermula satu minat atau hobi demi memenuhi masa terbuang mungkin boleh mendatang hasil yang lumayan jikalu minat dan hobi itu diminati oleh golongan yang tidak kreatif tapi mempunyai pitis yang banyak untuk dibazirkan....Hahaahaha kawe tak kata orang yang banyak duit tu tak cerdik tapi mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan cara kerana terlalu sibuk menghabiskan pitis dengan minat dan hobinya.

Ada satu lagi golongan yang kawe boleh golongan yang seiringan dengan kawe iaitu golongan yang takdok pitis dan takdok idea.Golongan ini kawe rasa paling beruntung dan bernasib baik ..Kerana golongan ini tak perlu menghabiskan duit dan memerah otak .Modal yang diperlukan hanyalah menimbulkan rasa minat atau hobi suka melihat . Banyak benda diatas dunia ini yang boleh dilihat tanpa apa apa bayaran.

Hobi tanpa mengeluarkan pitis dan idea ini patut dijadikan satu hobi pada setiap insan sesok serupo kawe.Dunia ini untuk dinikmati dan dilihati bukan untuk dimiliki kerana kita tidak akan mampu untuk memilikinya .

Thursday, August 5, 2010

PENJILAT DAN PENGKRITIK

Pemimpin memerlukan pengikut dan penyokong untuk melonjakkan dirinya kehadapan sebagai seorang yang disegani dan dihormati oleh pengikutnya.. Pertalian seperti aur dan tebing ini memang tidak dapat dipisahkan diantara kedua duanya.Karisma perlu ada pada pemimpin tetapi tidak perlu ada pada mengikut.

Saling bergantungan serta perlu dan memerlukan diantara satu sama lain ini telah melahirkan satu hubungan yang amat unik.Seorang pemimpin yang hebat memerlukan kepada pengikut yang amat setia untuk mengekaklkan kehebatannya sebagai pemimpin.

Fanomena yang berlaku hari ini adalah ramai terdapat para penyokong yang membawa rebah kepada pemimpin tapi ini yang paling di sukai oleh pemimpin dan paling digilai oleh penyokong.Manakala pengkritik kepada pemimpin akan dikatakan sebagai penentang atau tidak menyokong pemimpin tersebut.

Kawe sifatkan penyokong yang membawa rebah ini sebagai penjilat/pengampu/pembodek kepada mana mana pemimpin demi kepentingan diri sendiri tanpa mengambil kira atau natijah akan dihadapi oleh pemimpin berkenaan .

Pengkritik kawe istilah sebagai seorang penyokong yang jujur dan ikhlas dalam memberi sokongan kepada seseorang pemimpin.Malangnya golongan ini tidak mendapat tempat dihati pemimpin dan akan menjadi musuh utama kepada golongan penjilat dan pembodek.

Seorang pemimpin yang peka dan bijak patut menyedari hakikat ini dan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk pertahankan dirinya sebagai seorang peminpin yang dihormati dan disegani .Tapi malangnya jarang sekali ada pemimpin yang berjiwa besar dan terbuka bila dkritik oleh penyokong penyokong yang setia dan kritis dengan idea berlawanan.

Pada kawe kebijaksaan seorang pemimpin kawe nilai dari sudut hebat berfikir untuk mewujudkan ramai pengkritik terhadap diri beliau disamping itu juga sokongan golongan pengampu juga ramai sebagai dinding dibarisan hadapan untuk dikorbankan dulu .

Kawe tidak mahu menyebut nama nama pemimpin disini tapi jarang sangat pemimpin yang ada hari ini yang suka dikritik kebanyakkannya suka dibodek dan dijilat sahaja.

"'TINDAKAN DISOKONG OLEH PENGIKUT DAN DIKRITIK OLEH YANG SETIA UNTUK LEBIH SOKONGAN PADA TINDAKAN YANG AKAN DATANG"'

Carilah berapa orang pemimpin yang ada sifat seperti ini......

Tuesday, August 3, 2010

KURMA







Berbuka tanpa kurma atau tamar di bulan Puasa akan menjadi sesuatu yang terasa janggal bagi umat islam yang mampu beli kurma tapi bagi yang musafir dalam perjalanan mungkin segelas air kosong adalah nikmat dan rezeki yang di perolehi .