Friday, December 31, 2010

2011`


Selamat tahun baru kawe ucapkan kepada semua sahabat dan rakan taulan samada yang kenal atau yang tidak pernah bersua muka dengan kawe.

Thursday, December 23, 2010

TOLAK SLOGAN UNTUK TERIMA ISRAEL

Anuar Ibrahim disahkan sebagai penipu bila mana telah dijatuhkan hukuman 6 bulan diharamkan memasuki dewan rakyat .Slogan 1 Malaysia adalah hak mutlak dimiliki oleh Najib mungkin boleh dikatakan separuhnya di kongsikan dengan Rosmah bukan slogan yang diciplak atas pakar perunding antarabangsa APCO.Sekali lagi pembohongan Anuar kepada rakyat Malaysia berjaya ditumpaskan oleh regim BiniNajib .

Bagi kawe samada slogan tersebut hasil karya Najib dan Rosmah atau ilham berbayar dari APCO adalah tidak penting TAPI ianya amat penting bagi UMNO untuk membuktikan bahawa suami isteri ini sebenarnya lebih bijak penasihat Yahudi mereka.Kawe berpendapat dan bersetuju dengan Nazri dan mungkin Anuar berbohong dalam isu slogan ini.Tapi apakah rakyat Malaysia hanya tidak boleh menerima slogan itu dari Israel sahaja? Tapi boleh terima APCO itu sebagai Israel?

Nazri boleh mendabik dada beliau betul dan Anuar salah  serta  kawe setuju dengan Nazri dari sudut perundangan atau perbicaraan dalam mahkamah diambil kira ,kerana kalau ikut peraturan mahkamah adalah Anuar perlu buktikan apa yang didakwa dan Nazri perlu buktikan apa yang didakwa itu tidak benar ..Nazri berjayalah dalam mahkamah itu bila Anuar gagal untuk buktikan dakwaan dan perlu dihukum kerana kesalahan itu.

Mungkin Nazri dan gerombolan BiniNajib boleh bersorak riang dengan mencanangkan keseluruh negara bahawa Anuar sebagai seorang pembohong dan tidak boleh dipercayai.Tapi sebelum Nazri hendak memulakan langkah menyambut kejayaan ini dengan nyalaan bunga api besar besaran bagi majlis sambutan akan kejayaan besrta menyambut tahun baru . Satu perkara yang Nazri patut halusi adalah apakah rakyat Malaysia terbanyak menyokong APCO itu menjadi penasihat kepada kerajaan BiniNajib?

Jika majoriti rakyat malaysia menyokong maka Nazri dan gerombolan BiniNajib bolehlah menyambut tahun baru dengan acara bunga api yang gilang gemilang beserta sambutan untuk kejayaan PRU 13 walaupun proses pengundian belum bermula.hahahaha...Jaddik pakat pakat tunggulah pengeumuman dari PM samada ada majlis sambutan bunga api besar besaran ke tidak untuk menyambut tahun 2011 yang tidak berapa lama ni.

Jika najib tidak mengadakan sambutan tahun baru dengan bunga api yang besar bermakna Najib PM seorang yang berhemah dalam membelanjakan wang negara yang berkemungkinan akan muflis pada 2019 seperti kata Deris Jala ,atau mungkin juga Najib berjimat wang untuk digunakan oleh Gerombolan BiniNajib menghadapi PRU 13 nanti.

Di pihak Anuar kawe toksir ulas banyak kerana Sungai Buloh sedang menanti ....Apa pun pilihan yang rakyat malaysia ada ..Adalah TOLAK SLOGAN atau PILIH ISRAEL..HAHAHA


Thursday, December 16, 2010

KEMANA SABRIE?


Menarik bila kawe baca berita dari malaysiakini hari ini mengenai niat TGNA untuk menjurai 3 bahagian hasil simpanan wang peribadinya untuk disedekahkan kepada perjuangan yang ditunjanginya.Memang patut pun orang seperti TGNA berbuat demikian kerana harta atau wang dunia bukan keinginan yang bermain dionak pemikiran beliau.Perbuatan TGNA ini juga mungkin akan menjadi ikutan ahli ahli PAS seluruh negara selepas ini.Mungkin selepas ini tin tin milo sudah tidak digunakan lagi oleh pengutip pengutip derma ikhlas utk PAS diceramah ceramah mereka sebaliknya karung karung guni akan disediakan kerana jika ahli PAS mengikut teladan TGNA dan bersedia menjurai 3 bahagian dari harta harta mereka.

Tapi yang lebih menarik bagi kawe adalah simbolik gambar dalam berita malaysiakini ini .Gambar sesudah subuh diruang tamu rumah TGNA yang dirakam ini memberi seribu makna samada yang berada dalam gambar atau yang menyokong serta sukahati melihat gambar tersebut terakam.Apakah TGNA sedang menceritakan akan hasratnya untuk menjuraikan wangnya kepada MSS sesudah subuh tersebut?

Siapa MSS ini? Beliau merupakan seorang tokoh UMNO yang banyak berjasa kepada UMNO berdasarkan ukuran para pengikut dan dirinya sendiri tetapi pada UMNO terkini beliau bukanlah seorang tokoh yang perlu dihargai akan jasanya terdahulu.Pada suatu ketika MSS merasakan dirinya hanya sehelai kain buruk untuk lap kaki di pintu jamban UMNO sahaja. Hati yang lara sejak beberapa tahun kebelakangan ini ,hanya sisa sisa semangat tua yang tinggal sahaja yang menguatkan langkah kaki MSS untuk memijak lantai PWTC beberapa bulan yang lalu sebagai seorang perwakilan dari Ketereh.Walaupun diri dan punggung berlabuh kemas diatas kerusi umno di dalam dewan PWTC tapi hati dan jiwa MSS sudah terlalu hambar dan teramat jauh sekali dengan perjuangan UMNO ketika itu.Disebabkan hati yang tawar dan hambar kepada UMNO ,menjelang pilihanra kecil di Galas MSS telah mengesahkan rasa tawar hebber lembbar itu dengan mencampakkan UMNO yang didukungi seusia belasan tahun itu kedalam sungai Pulau Melaka yang terkenal dengan warna air kehijauan mungkin dari pati air ikan linang yang masyhur satu ketika dulu.

Ada desas desus mengatakan MSS  akan mencium tangan Anuar Ibrahim untuk bersama sama dengan Pakatan Rakyat melenyapkan UMNO di bumi Malaysia ini ,mungkin itu hanya satu gossip liar sahaja kerana bukti bergambar diatas tangan TGNA yang MSS cium dahulu.Langkah misteri yang diambil oleh MSS walaupun hati dah bulat dengan nekad UMNO mesti dikuburkan tapi samada pentas bulan purnama atau bulat bersabit masih lagi jaddik perhitungan MSS memulakan langkah menyepak UMNO.

Pada pandangan kawe jikalau MSS memilih PKR sebagai tuan baru beliau ,apakah beliau tidak melukut ditepi gantang .Berdasarkan situasi semasa yang berlaku sekarang ini dalam PKR .Kawe tidak ambik kira apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim tapi apa yang diluahkan oleh RPK agak menarik bagi kawe untuk ekori langkah yang akan diambil oleh MSS ini.Kawe tertarik dengan MSS ini kerana bagi kawe beliau seorang yang setia walaupun jiwa terseksa tapi bukan kesetiaan Hang Tuah yang kawe puja.Dari satu sudut Anuar perlu orang yang setia kepada PKR kerana telah ramai sebelum ini yang tidak setia dengan Anuar dan PKR.Persoalannya adakah PKR atau Anuar boleh setia dengan MSS?? hahahaha ....Apakah Anuar seorang yang setia? Sejarah membuktikan Anuar tidak setia kepada mahathir.....

Pilihan kedua bagi MSS mungkin memakai serban untuk bersila menghadap TGNA untuk bersama sama menunggu terangnya bulan purnama PRU 13 nanti .Tapi bila TGNA mengumumkan akan bersedekah 1/3 dari hartanya kepada PAS adakah MSS berani menyahut untuk bersedekah 2/3 dari hartanya kepada PAS? Apakah banyak bekal yang MSS bawa hasil bersama lubuk emas dahulu? hahahaha

Walaupun KEMANA ARAH MSS akan pilih kawe akan sentiasa hormati dan kagumi akan tindakan beliau walaupun tangan kawe tidak pernah berjabat dengan tangan beliau serta tutur kawe tidak pernah kedengaran di telinga beliau tapi antara kami ada satu kesefahaman yang kawe fahami atau mungkin beliau juga fahami.

AHLI SEMESTA BERKUMPUL LAGI

                                                                  SUTRA GLORY

Sebulan yang lalu kawe ada bangkitkan mengenai  FARISAINS PERTUBUHAN HARAM di blog Kembali Mencari ini.Menurut sumber kawe di tanah Malaya majlis AGM SEMESTA (kawe guna SEMESTA kerana ianya yang SAH manakala FARISAINS masih lagi tidak sah mengikut peraturan yang resmi) akan diadakan pada akhir bulan Disember ini mengenai tarikh yang tepat dan tempat yang akan diadakan hanya barisan AJK semasa yang mengetahui dengan tepat .

Berdasarkan rekod yang lepas lepas AGM bagi tahun pertama pentadbiran baru tidak akan mendapat sambutan yang hangat dari ahli ahli dan ada ketikanya mesyuarat tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup ahli mesyuarat untuk di langsungkan.Ada kalanya barisan AJK pun tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan kucing baru beranak.Mungkinkah dizaman pemerintahan anak didik Presiden Agung Semesta ini suasana akan berbeza tidaklah kawe ketahui dengan jelas.

Tapi jikalau disingkapkan kembali apa yang terjadi atau terhasil selama setahun pentadbiran persatuan ini di kepalai oleh Mat Kamil Awang ianya amat menarik sekali untuk ahli ahli menghadiri AGM kali ini terutamanya bagi golongan PENGASAS SEMESTA .Manakala bagi golongan yang mempunyai pahat pahat yang tumpul berbunyi sumbang selepas nama FARISAINS dipilih yang dikatakan begitu drastik juga boleh mengasah mata pahat mereka di AGM kali ini untuk mengeluarkan suara yang jelas dan nyaring.

Pada pandangan kawe AGM kali ini  merupakan peluang terbuka kepada semua pihak untuk memperbetulkan balik apa yang mereka rasa tidak betul atau kepincangan yang berlaku dalam persatuan KERAMAT ini.Peluang kepada semua ahli atau golongan untuk memaku apa yang terbuku didalam hati atau memahat dengan tajam tanpa merosakkan rumah yang sudah siap.

Apakah ada kesudian dihati golongan pengasas ini untuk sama sama membimbing adik adik menguruskan persatuan ini dengan baik? ATAU perasaan EGO diri masih menebal dengan garam masin SEMESTER 75 ? Sama samalah kita tunggu bila tarikh dan masa diumumkan oleh pihak pengurusan nanti.Bagaimana golongan yang lebih selesa dikenali sebagai FARISIAN? Masih ada "BADI" senior dan junior dalam diri ker?Bagi kawe badi itu perlu dihapuskan dalam diri kita masing masing kerana dunia yang kita hirupi sekarang bukan lagi alam persekolahan yang mana badi itu perlu dikekalkan sampai mati.Luahkan rasa hati kepada abe abe demo jika tidak setuju dihati.

Kawe tidak mahu menceritakan  kepincangan yang berlaku di dalam persatuan walaupun ada juga beberapa kepincangan berlaku dibawah REGIM Mat Kamil Awang ini .Merosakkan sesuatu bukan niat kawe tapi menyatakan pandangan mengikut sudut pemikiran kawe adalah HAK kawe sebagai ahli .Samada ada yang bersetuju atau tidak bersetuju juga bukan perkara yang utama bagi kawe ,yang utama adalah kawe dapat menyatakan apa yang kawe nak nyatakan yang kawe anggap sebagai HAK kawe itu dengan cara kawe tersendiri.

Mungkin ada diluar sana yang akan menganggap kawe sebagai "Batu api" kerana pandangan kawe menganggu ketenangan yang ada .Apakah betul ada ketenangan yang didakwa itu? hahahaha.Kepada sesiapa yang terniat untuk berfikiran begitu pesan kawe cuma satu ..jikalau demo mempunyai sebuah motosikal yang baru dan berkuasa tinggi serta penuh disini minyak tetapi masih tidak dapat membawa demo ketempat yang hendak dituju sebaliknya demo terpaksa menolak (menyorong) motosikal tersebut maka carilah punca kenapa .....

Akhir kata selamat ber AGM kepada sahabat2 dan ahli ahli sekalian ,semoga AGM kali ini meriah dan sewangi pati Bunga Kemboja ....

Monday, December 13, 2010

NIAT MAGHRIB TAPI LAPAN KALI SUJUD

Sujud syukur seorang sahabat setelah berada di puncak Cedar.

Gambar diatas tiada kaitan dengan apa yang akan kawe nukilkan kali ini .Hanya semata hiasan untuk mengingati seorang hamba yang mensyukuri limpah nikmat yang di kurniaan Pencipta kepada beliau.

Apa yang kawe nak mengarut kali ini adalah mengenai kenyataan yang di buat oleh "SI KELATE MURTAD" beberapa hari yang lalu.Perdebatan di dalam FB mengenai kenyataan Awe Adek mendapat pandangan yang negatif dari pihak pihak yang tidak bersetuju dan pihak yang berkecuali dan pihak yang mendokong Parti anutan "si kelate murtad" ini mendiam diri tanpa bangun mempertahankan Awe Adek .Persoalan yang kawe ingin tahu adalah berapa ramai orang dari rakyat Kelate akan SUJUD SYUKUR bila mendengar kenyataan Awe Adek ini?

Pada kawe niat tu baik tapi cara perlaksanaan tu nampak agak berlebihan sedikit atau kawe umpamakan seorang yang berniat untuk sembahyang maghrib tetapi dalam perlaksanaannya telah berlaku 8 kali sujud yang mana sepatutnya hanya 6 kali sahaja.walaupun pun sujud banyak kali nampak lebih alim tapi hakikat sebenarnya sembahyang itu tidak sah.

Petikan kata kata dari AWE kesayangan Rosmah Mansor berbunyi "Katanya, tindakan turun padang pemimpin bahagian adalah lebih berkesan daripada menyampaikan bantuan itu secara berkelompok sebagaimana yang dilakukan sebelum ini."
Apakah bantuan secara berkelompok sebelum ini tidak sampai kepada sasaran? Apakah bantuan terus kepada individu yang dipilih dapat berlaku adil kepada kelompok sasaran? Apakah kaitan penerangan mengenai dasar kerajaan berkenaan pengurangan subsidi minyak dan gula kepada penerima bantuan lebih berkesan setelah menerima wang ehsan? Adakah instrument kerajaan telah gagal memberi penerangan yang jelas kepada rakyat terbanyak sehinggakan perlu beri "UPAH"  kepada golongan tertentu untuk bagi penerangan?

Mengikut AWE Dondang Rosmah Mansor ini juga jumlah keseluruhan wang ehsan tersebut berjumlah RM 25j dan RM 15J sudah dibelanjakan dan berbaki lagi RM 10J untuk dibelanjakan tahun depan dalam program2 yang memberi manfaat kepada rakyat kelate.Pada kawe jumlah RM 10J itu terlalu sedikit untuk memberi manfaat kepada rakyat kelate yang teraniaya HAK mereka itu,mungkin jumlah itu hanya cukup untuk 20 orang  wakil rakyat UMNO  gunakan untuk "bermesra" dengan pengundi pengundi mereka supaya masih kekal/akan dipilih sebagai wakil rakyat dalam PRU 13 nanti.

Saranan kawe kepada Awe Adek adalah lebih baik belanjakan RM 5J untuk membina patung ROSMAH di pintu masuk negeri Kelantan iaitu di bandar Gua Musang dan lagi RM 5J gunakan untung membina patung suami Rosmah di tengah tengah bandar Kota Bharu . Itu lagi manfaat kepada rakyat Kelantan untuk diingati oleh semua rakyat Kelantan akan kebaikan pasangan suami isteri ini memberi EHSAN kepada rakyat kelantan setelah HAK mereka dinafikan. 

Tidakkah lebih manfaat bagi rakyat kelate jika di bina sebuah sekolah khas yang melibatkan pembelajaran yang berkaitan dengan minyak dan gas serta bagi peluang kepada pelajar pelajar dari sekolah khas yang terdiri dari rakyat kelantan ini sambung pengajian mereka di Universiti Petronas untuk memahirkan diri dalam segala aspek minyak dan gas? Mungkin dengan adanya sekolah minyak dan gas ini mulai sekarang dan 30 tahun akan datang pihak Petronas tidak perlu lagi bergantung kepada kepakaran kepakaran sub-con dari luar seperti Talisman,Murphy oil dan lain lain dalam usaha cari gali minyak sebaliknya lebih bergantung kepada tenaga tenaga pakar tempatan?Apakah tidak terasa sedikit kebanggaan kepada anak anak Kelate yang bekerja bertungkus lumus mengerudi minyak di perut bumi sendiri nanti ? Hahahha..satu mimpi dari kawe sahaja bukan harapan bagi "Si kelate murtad" untuk melihat kejayaan rakyat Kelate.

Beranikah AWE untuk menyuarakan kepada BIK Mamanya supaya memujuk suami tercinta mengistiharkan seluruh rakyat Kelate akan dikecualikan dari sebarang kenaikan harga minyak di malaysia sebagai EHSAN kepada HAK ROYALTI mereka di nafikan? Kawe rasa itu lebih memberi manfaat kepada rakyat Kelate.Mungkin AWE akan kata saranan kawe tidak masuk akal hehehehe...Tapi kawe nak tanya AWE akal mana hak dia pakai bila hak ROYALTI minyak rakyat seperti yang di jaminkan oleh perlembagaan negara dinafikan begitu sahaja kerana berbeza pilihan parti yang disokong oleh rakyat Kelate. Apakah AWE ADEK hanya ada akal untuk tamakkan pangkat dan takut hilang jawatan sahaja otaknya pandai berfikir?

Friday, December 10, 2010

JUTAWAN POKKE

Gambar yang diambil pada 24-11-2010 di Tanah Merah di rumah bakal JUTAWAN .
Jarum Emas amat popular satu ketika dahulu dan menjadi kegilaan ore kelate untuk mencari dan kawe tak tahu berapa ramai pencari Jarum Emas telah menjadi jutawan di Kelate.

Sudah agak lama kawe dok draft nak menulis pasal pokke ni tapi  terbantut dengan kesibukan melayan kerenah dunia ,tarikh diatas adalah tarikh kawe mula draf kerana luahan seorang sahabat yang menceritakan fanomena pokke yang yang melanda ore Kelate loni.Begappo namo sebenar menate POKKE ni?

Kawe tak kisah begappo namo pun binate ni tapi hak kawe heran adalah otak ssumbat ore Kelate nak jaddik jutawan dengan jual cicak ni hak buat otak kawe jjeng nak pikir.Seorang sahabat kawe dikhabarkan mempunyai 8 ekor pokke dan jika diandaikan binatang ternak mewah ini berharga RM 100k seekor..WOW kawe mempunyai sahabat yang bakal bergelar jutawan woo..Penternak ayam daging ,lembu daging dan kambing aqiqah meleleh air liur kawe rasa .

Tak salah kalau kawe istilahkan sebagai skim ternakan jutawan segera ini akan mengalahkan kemasyuran skim cepat kaya yang membawa ramai ore kelate bergelar jutawan satu seketika dulu cuma yang tidak dihebahkan adalah beberapa kerat yang terpaksa jual tanah pusaka demi mencari laba yang lebih lumayan yang berakhir dengan tinggal tulang dan putih mata mengenang nasib diri.Kalau Pak Man Telo hebat kerana skimnya mungkin kini Pak Man Pokke masih bermimpi untuk menjadi jutawan.

Bukan niat kawe nak mempersenda atau memperlekehkan penternak penternak Pokke ini .Dari cerita donggeng yang kawe dengari kemasyuran menate ni bermula di Afrika apabila seorang yang menghidapi HIV positif telah sembuh sperti sedia kala. Kenapa kawe kata cerita dongeng? Dalam pengatahuan kawe tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan binatang ini dapat menyembuh penyakit yang tiada ubat ini.Maknanya cerita ini hanya dibawa dari mulut ke mulut dari benua Afrika sampai ke serambi mekah.

Jaddik persoalan kawe ,kalu tiada kajian saintifik yang membuktikan kilang ubat mana didunia ini akan beli pokke dengan harga ratusan ribu?Woo woo mungkin penternak2 ini akan menjual pokke ternakan mereka secara terus kepada individu yang menghidap penyakit ini.Tapi kalau di kaji kebanyakan golongan penyidap HIV positif ini terdiri dari golongan penagih dadah tegar atau mereka  yang terlibat dengan perniagaan air lendir.Masuk dek akal kah golongan penagih tegar ini akan menukar beli dadah dengan beli Pokke?Dadah akan jaddik pilihan mereka kawe rasa...kalau kepada golongan pelacur pula mungkinkah mereka mempunyai simpanan wang sebanyak itu?

Jaddik bagi kawe lebih baik jaddik pengedar dadah kepada golongan penagih ini yang sudah tentu pasarannya terjamin dan peluang menjadi jutawan dalam perniagaan dadah lebih terjamin.Atau pun lebih baik jaddik "Bapak Ayam" daripada jaddik bapak pokke.

Kawe juga diberitahu bahawa urusan jual beli pokke ini akan melibatkan BROKER atau orang tengah diantara pembeli dan penternak.Bila sebut broker atau kawe istilahkan sebagai "Broker maut" ini maka penetapan harga yang di utamakan .Bagi kawe kalau broker maut lebih baik berurusan dengan penjual ubat di pasar pudu atau Pasar seni kerana walaupun penjual ubat ini jual tahi kambing sebagai ubat tapi benda itu jelas dan tidak melibatkan orang tengah atau BROKER yang akan mengaut keuntungan sebelum urusan jual beli berlaku.Terkini yang kawe tahu terdapat broker yang menguruskan pembelian anak anak POKKE dari Thailand dan deposit mesti dibayar dulu .

BROKER untung  atas angin penternak menang angan angan jaddik jutawan dan pembeli sebenar adalah MITOS ciptaan BROKER untuk melariskan perkhidmatan mereka.

Wednesday, December 8, 2010

BERSAMA GENGTERS BEIRUT



Wajah 2 gengters VCD Di Byblos

Kawe bersua dengan 2 orang gengster setelah selesai menjelajah souk di Byblos dan "lambang" yang kawe bawa pun sudah bertukar atas nasihat seorang wanita Lebanon yang pernah menetap sebulan di Pulau Langkawi.

Kali ini kawe akan cerita lagu mana "lambang itu" menjadi bahaya di Beirut.Kawe mula kan dengan lawatan kawe untuk melihat kejadian batu di Jeita Grotto .Setelah turun dari menikmati keindahan batu ciptaan ilahi kami meminta Naamat menuju ke arah bukit yang tinggi untuk kami naik ke puncaknya .Syadet Libnan merupakan destinasi kami . Untuk sampai ke puncak bukit kami terpaksa menaiki cable car ,walaupun ada jalan untuk naiki dengan kereta tapi kawe berpendapat Naamat hendak jimatkan minyak keretanya kerana harga minyak petrol di Lebanon bukanlah semurah harga minyak di Malaysia .

Bergambar kenangan denga saudara Ibrahim

Tiada apa yang menarik diatas sana melainkan pandangan yang indah menghadap laut .Di sini kawe berjumpa dengan seorang rakyat Lebanon yang pernah berkhidmat di Dubai sebagai Engineer satu ketika dulu,kini beliau sudah pencen tapi mempunyai syarikat sendiri yang buat projek projek kecilan di Lebanon .Seronok berbual dengan Ibrahim ini banyak cerita mengenai Lebanon yang di ceritakan dan beliau mencadangkan beberapa tempat yang mesti di lawati  terlanjur sampai di lebanon.Ibrahim merupakan seorang kristian yang tinggal di Harissa.

Setelah turun dari bukit ini kawe singgah di kedai souvenir di kaki bukit ,sudah menjadik satu tabiat kawe bila melawat mana mana negara satu benda yang takkan lupa kawe beli adalah T-Shirt yang berindentitikan negara tersebut.Dalam memilih beberapa helai t-Shirt untuk di beli kawe tertarik dengan satu t-shirt dan bertanya pada si penjual di mana fitting room ,malangnya dikedai tersebut tiada tempat untuk mencuba dan dengan selamba gadis Lebanon yang menjual baju tersebut suruh kawe cuba didepan dia. Kawe pun dengan selamba buka T-Shirt Kelate kawe  dan bagi dia pegang untuk cuba baju dia ( opss baju yang dia jual ..hahahaha) ..Setelah puashati dengan saiz kawe suruh dia masukkan T-shirt Kelate kawe dalam plastik bag .Dari saat itu kawe mula membawa lambang CEDAR yang menjadi kebanggaan rakyat lebanon itu .

Setelah selesai beli apa yang kami nak beli dalam kedai itu kami meminta Naamat mencari restoren untuk kami isu perut.Sebuah restoren tepi laut yang Naamat bawa kami . Sesambil makan perbualan kami terjurus kepada kemana pula hala kami selepas makan ,ada beberapa tempat yang dicadangkan dan beberapa tempat yang kami tanya Naamat jarak dan masa perlu di ambil kerana waktu siang di Beirut singkat.
Hidangan pencuci mulut kami 

Setelah perut kenyang kami ambil keputusan untuk melawat Byblos kerana itu yang terbaik pilihan yang kami ada ,jikalau ke |Saidar atau Baalbeck  mengambil masa 2 jam untuk sampai dan sudah tentu bila sampai hari sudah gelap.Byblos pilhan terbaik kerana terdapat Souk di sana .Sesampainya kami di kawasan Souk tidak ramai orang yang ada pada waktu itu. Sedang kawe berjalan sambil meninjau barang barang yang di jual ,kawe terperasaan banyak mata orang Lubnan yang memerhati ,dalam hati kawe mungkin orang Lubnan rasa pelik kerana orang luar pakai baju berlambangkan pokok kebanggaan mereka ,kawe tidak peduli.Sehinggalah seorang wanita Lubnan menyapa dan bertanya samada kawe tahu apa makna "lambang" yang kawe pakai itu ,kawe jawab dengan yakin bahawa lambang bendera negara Lubnan. Beliau kata bukan itu lambang "lubnan Force" dan kata kata beliau berakhir dengan DANGER ...kawe hanya gelak mendengar kata kata dia dan dia tersenyum dengan seribu makna...

Setelah kawe masuk satu kedai untuk melihat lihat barang yang dijual ,perempuan Lebanon yang berumur lewat 40an ini bertanya kawe dari mana dan kawe jawab dari malaysia dan beliau teruja bila dengar kawe dari malaysia dan terus beritahu beliau pernah bercuti selama sebulan di Langkawi beberapa tahun yang lalu. Dalam keghairahan dia menceritakan mengenai Langkawi tiba tiba beliau bertanya di mana kawe beli T-Shirt yang kawe pakai itu ,pantas kawe cakap dari Harissa dan dia menganguk faham . Kawe tanya dia pula kenapa? Soalan kawe beliau tidak jawab sebaliknya bertanya kawe samada tahu tak apa makna lambang itu.Sekali lagi pantas kawe jawab " Lubnan Force" sambil ketawa . Dia tersenyum dan berkata jangan pakai di kawasan Bandar Beirut atau Tripoli , kawe tanya lagi kenapa? 

Beliau mula bercerita panjang lebar kepada kepada kawe mengenai logo tersebut katanya "Lubnan Force" adalah satu pasukan tentera yang di ketuai oleh seorang bekas pegawai tentera Lubnan semasa perang saudara dulu yang berasal dari Harissa beragama kristian . Lubnan Force ini membunuh orang islam dan kristian Lubnan dengan cara amat kejam.Ramai dikalangan rakyat Lubnan di Beirut dan Tripoli menjadi mangsa kekejaman Lubnan Force ini.Perempuan ini mencerita dengan detail kepada kawe macam mana cara pembunuhan yang di lakukan oleh Lubnan force ini pada waktu itu....amat menyayat hati mendengarnya.

Kawe bertanya sekali lagi apa makna logo itu sebenarnya? Beliau berita tau ..lambang cedar itu maksudnya  rakyat lubnan dan bulatan merah yang melingkungi Cedar itu maknanya mesti di bunuh.Jaddik beliau kata eloklah baju ini jangan di pakai di Lubnan kerana mungkin akan melukakan hati anak anak lebanon yang mana ibubapa mereka yang menjadi mangsa kekejaman Lubnan force ini.

Barulah kawe faham cerita sebenar dan kenapa banyak mata memandang kawe dengan penuh makna semenjak masuk restoren makan tengahari tadi hahaahha.Kawe bagi tahu kepada perempuan ini samada dalam kedai dia ada jual baju atau tidak ? Beliau tanya kawe kenapa? kawe jawab ..kawe tak nak mati di Lubnan sambil ketawa dan dia pun ikut ketawa sama dan berkata perkara ini sudah lama berlaku ada orang yang dah lupa tapi kesannya tetap ada.

Dia jawab lagi kepada kawe dia tidak jual baju tapi dia akan cari untuk kawe tukar baju itu kepada baju lubnan yang tidak memudaratkan kepadai pemakai, beliau suruh kawe tunggu dia pergi cari untuk kawe di kedai sebelah .Tidak lama kemudian dia datang kemabali dengan beberapa T-Shirt Lubnan untuk kawe pilih.Setelah pilihan kawe buat dan beberapa barangan di kedai dia kawe beli dan minta diri untuk pulang ...Dia kata kepada kawe T-Shirt tu kawe boleh di Malaysia tiada masalah katanya TAPI jangan di Lubnan.

Samada benar atau tidak cerita perempuan ini tidaklah kawe ketahui dan kawe juga tidak bertanya kepada Naamat mengenai perkara ini.Mungkin perempuan itu hanya ingin menjual T-Shirt dia kepada kawe atau ceritanya benar kawe tak pasti . Yang pasti kawe tak nak mati di Beirtut hanya kerana sehelai tshirt. 
Kawe tinggalkan semua yang baca cerita kawe diatas dengan "Lebanese Forces" untuk menilai kebenaran cerita perempuan Lubnan tersebut.

Tuesday, December 7, 2010

MASJID SULTAN IBRAHIM



                                          Bersama Imam Masjid di Pintu masuk

Byblos adalah satu daerah di Lebanon yang pernah di kuasai oleh empayar Rome dan kesan kesan peninggalan tembok kerajaan Rome masih di pelihara sebahagiannya.Dalam program asal kawe Byblos bukanlah tempat yang menjadi keutamaan kawe tetapi disebabkan masa siang yang singkat tempat yang kawe ingin lawati tidak dapat ditunaikan hari ini .Perjalanan yang memakan masa 2 jam dari Beirut ke Saidar yang akan mengakibatkan bila kawe sampai disana hari sudah gelap.

Sesampainya kawe di Byblos sudah masuk waktu maghrib dan hari sudah gelap dan pemandangan kesan kesan peninggalan lama telah membatas penglihatan kawe .Perlu di sebutkan disini kawe kesana berdua  dan di temani oleh seorang tempatan Lebanon yang merupakan pemandu kami yang bernama Naakmat Allah Francis Aoun seorang kristian. Beliau merupakan pemandu teksi di Lebanon. Sudah menjadi kebiasaan bagi kawe bila kemana mana negara Arab tiada perancangan terperinci dan program khusus yang ditetapkan semuanya dirancang secara spontan . Cuma perkara utama selepas check-in di hotel adalah cari driver teksi orang tempatan untuk berbincang harga .Kali ini Naakmat pilihan kami setelah beberapa orang kami temuduga .


Semasa kami mendaki bukit menuju ke Souk di sini ,kami terpaksa melalui sebuah surau atau madrasah lah standard ore kampung kita panggil.Di perkarangan surau ini terdapat seorang lelaki sedang duduk diatas kerusi .Bila lihat sahaja kelibat kami lelaki ini terus bangun dan menyapa kami untuk singgah solat maghrib di Masjid ini.Setelah selesai solat maghrib kami berbual bual dengan imam tersebut dan menurut cerita dari imam tersebut masjid ini telah di bina oleh seorang Turki 500 tahun yang lalu.

Setelah bersalaman tanda perpisahan dengan dengan imam tersebut kami meneruskan perjalanan kami . "Lambang itu" masih  kawe bawa dan tiada teguran khusus yang diajukan oleh Imam tersebut ,mungkin juga kerana memahami kawe seorang pelancong bukan orang tempatan dan sudah tentu tidak mengetahui apa ertinya walaupun didalam hatinya mungkin sedikit terasa hirisan luka lama......

Monday, December 6, 2010

BAHAYA DI BEIRUT

Hati hati jangan pakai lambang ini sesuka hati di Beirut

Sudah menjadi perkara biasa bagi kawe bila disoal oleh imigresen dan pihak polis untuk memasuki sesuatu negara yang kawe lawati tapi pengalaman kawe di Beirut kali ini amat berlainan sekali kali ini.Di airport agak terperenci juga kawe di soal oleh imigresen dan polis Beirut tapi tidak sampai mengatakan kawe ambil Marijuana seperti di Oman.Bagi kawe bila memasuki sesuatu negara sudah menjadi tidak seronok lagi jikalau polis negara tersebut tidak beritahu di mana hotel tempat kawe akan menginap  nanti ...hahahaha ..Nasihat kawe jangan amalkan kerana ianya bukan sesuatu yang menyeronokkan bila di soal siasat oleh polis mana mana negara pun.Keseronakan kawe adalah kerana kawe tidak bersalah dan ruang untuk dipersalahkan tiada .Di Beirut tidak banyak kerenah tapi semua beg yang kawe bawa buka untuk di periksa.

Semasa dalam perjalanan dari airport ke hotel kawe menginap terdapat ramai askar didalam bandar Beirut lengkap dengan senjata ,kawe tidak tahu apa yang mereka jaga dan bukan masalah bagi kawe pun untuk ambil tahu tugas mereka.Sesampai di hotel kami rehat seketika sebelum keluar untuk makan malam ,makan di hotel penginapan pun bukan perkara yang menarik bagi kawe walaupun di Beirut amat mesra kepada perokok kerana tiada tempat larangan untuk merokok secara khusus.

Setelah mendapat sedikit maklumat dengan kakitangan hotel kami keluar untuk mencari restoren mengisi perut ,tiada arah yang khusus melainkan menyusuri jalan di Hamra Street.Pilihan kami adalah KFC hahaahha...selesai melapah dinner plate kami terus berjalan tanpa tujuan yang khusus selain menikmati keindahan bandar Beirut seperti pekan Golok hahahah ..Kenapa pekan Golok? Disini melanggar lampu merah dan jalan sehala dijadikan 2 hala adalah perkara biasa dan terdapat juga 3 orang menaiki satu motosikal tanpa helmet.

.Dalam menyusuri jalan jalan ini terdapat jalan yang gelap dan terang dan di kebanyakan jalan yang agak gelap akan ada 2 orang askar yang lengkap bersenjata bertugas terutamanya di downtown yang berdekatan dengan bangunan  Parlimen Lebanon.Sedang asyik kami berjalan sambil berbual tiba tiba satu suara dari belakang memanggil suruh berhenti dalam bahasa Arab dan bila kami menolah ke belakang 2 orang askar Lebanon melambai kami. Tanpa membuang masa kami terus berpatah balik dan menuju kearah mereka.

Setelah passport dan badan kami di periksa dan beberapa soalan diajukan kepada kami dan akhirnya mereka ucapkan “AHLAN” kepada kami.Kawe ambil kesempatan didalam kemesraan tentera ini untuk bertanya beberapa perkara yang menarik di Beirut untuk dilawati.Dengan mesra dan bangga anggota ini memberi penerangan kepada kawe .
Setelah penat berjalan tanpa tujuan kami ambil keputusan untuk kembali ke hotel kerana besok pagi ada agenda yang perlu kami penuhi.

Untuk mendapat teksi bukanlah perkara yang susah di Beirut ,perlu dijelaskan disini boleh dikatakan semua pemandu teksi di Beirut adalah dari penduduk tempatan dan jenis kenderaan yang paling banyak dijadikan teksi adalah kereta berjenama MERCEDES seperti KERETA SEWA dari Kota Bharu ke Rantau panjang .
Setelah selesai minum pagi di hotel penginapan dan seperti yang di janjikan tepat jam 9.30 pagi pemandu teksi sudah terpacak di depan hotel kami untuk membawa kami ke destinasi yang hanya beliau tahu jalannya.Destinasi pertama kami adalah untuk melawat dan melihat batu didalam gua yang amat indah ciptaan TUHAN ini.Disepanjang perjalanan kesana kami melewati beberapa bangunan yang masih ada kesan tembakan peluru akibat peperangan saudara di Beirut beberapa tahun yang lalu.Didalam perjalanan menuju ke gua tersebut kawe terpandang satu gereja di atas bukit yang tinggi dan kawe bagi tahu pada Naamat bahawa kami mahu kesana selepas keluar dari gua nanti.

Sunday, December 5, 2010

GERANIUM DU LIBAN

Pokok Cedar hanya sebatang pokok yang dicipta oleh sang \pencipta dan ianya menjadi satu kebanggan bagi seluruh penduduk lebanon.





Sebulan lagi batang Cedar ini akan ditenggalami oleh salji setinggi 6 kaki atau lebih

Bunga Cedar

Buah Cedar

Mungkin pokok ini berusia lebih dari 6000 ribu tahun?

Saturday, December 4, 2010

MOUSSA CASTLE



"BEHIND EVERY GREAT MAN,THERE IS A WOMEN" Itulah kata kata dari pemilik Moussa Castle melalui jurubahasanya kepada kawe hari ini semasa kawe singgah di istana beliau dalam perjalanan kawe untuk melihat hutan simpan CEDAR yang dikatakan berusia beribu tahun.

Walaupun usia sudah menjangkau 80 tahun orang tua ini masih kelihatan gagah dan terus gigih membina istana idamannya. Untuk mengenali siapa beliau sila lawati  beliau http://www.moussacastle.com .Suka bercerita tentang istananya ,tapi sayang kawe takder masa yang panjang untuk terus berbicara dengan beliau kerana tujuan kawe bukan untuk berjumpa dengan beliau kerana matlamat dan tujuan kawe adalah menuju ke tempat lain.