Friday, December 28, 2012

PETRONAS TAK SANGGUP HILANG 10% HASIL JV 50-50?




 Jumlah Telaga Gas & juga jumlah simpanan Gas, Kondensat & Minyak Mentah di dalam Kawasan Bertindih atau lebih dikenali dengan nama Malaysia - Thailand Joint Development Area (MTJDA):

Blok A-18: 84 telaga
Blok B-17: 78 telaga

25 Pelantar Gas telah didirikan di dalam kawasan JDA:

9 Pelantar Gas di Blok A-18, iaitu, Cakerawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira, dan Samudra Utara.
9 Pelantar Gas di Blok B -17, iaitu Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
7 Pelantar Gas di Blok B-17-01 iaitu Tanjung, Jinda, Lobby, Muda Tenggara, Lobby Timur, Thanthong dan Melati.
*Sebahagian daripada Medan mempunyai pengumpulan Minyak Mentah, Kondensat & Gas Asli yang kecil.

Terdapat sejumlah 162 telaga pembangunan telah digerudi dalam kawasan JDA dengan 84 telaga di Blok A-18 dan 78 telaga di Blok B-17.

Sehingga akhir tahun 2010, dianggarkan sebanyak 6.7 Trillion Kaki Padu Standard rizab gas, 102 juta tong Kondensat dan kira-kira 12 juta tong rizab minyak mentah telah ditemui di dalam Kawasan JDA.


Diatas adalah keterangan secara lebih kurang mengenai kedudukan telaga dan kuantiti hasil perut bumi yang dikongsi samarata diantara dua negara yang berdaulat. Kawe tidak mahu pertikai perkongsian samarata tersebut .Kawe tidak mahu tanya kenapa perkongsian tersebut boleh berlaku TAPI kawe mahu tahu kenapa 5% dari 50% hasil dari perkongsian tersebut di NAFIKAN oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan .

Pecah satu cerita : 



Itu satu cerita yang belum tentu lagi kebenarannya kerana lebih berdasarkan cerita dari mulut ke mulut.Tapi apa yang kawe cuba unjurkan disini kenapa Kerajaan BN begitu bersungguh sungguh menafikan HAK Rakyat Kelantan .Pelbagai halangan dibuat dan direka untuk membenarkan bahawa HAK rakyat kelantan itu tiada dalam perkongsian 50-50 tersebut.Semua orang tahu bahawa pergolakan di Selatan Thai tidak pernah reda dan selesai .Semua juga bersetuju bahawa pergolakan tersebut kerana penindasan Agama seperti yang disuapkan oleh media media .Dilambangkan bahawa rakyat islam diselatan Thai sebagai pengganas untuk menghalalkan tindakan pihak berkuasa keatas mereka .Samalah juga apa yang berlaku di Palestine diantara Zionis dan Rakyat Palestine .Gambaran yang diberikan adalah Palestine itu pengganas dan pelampau Agama walhal yang sebenarnya adalah PEREBUTAN hak keatas TANAH diantara kedua dua belah pihak.

Bertolak dari permainan politik moden hari ini untuk amat jelas kepada kita semua bahawa apa yang sebenar berlaku tidak akan dilakukan dengan TEPAT demi untuk menyelamatkan kepentingan pihak pihak yang ada kuasa ATAU lebih dikenali dengan KUASA POLITIK. Cerita rekaan perlu diadakan untuk mengalih perhatian kepada perkara yang benar ,itu kebiasaan berlaku dalam perencanaan untuk teruskan KUASA POLITIK itu kekal.

Perjanjian diantara Malaysia dan Thailand perihal perkongsian 50-50 telah selesai dan dipersetujui.Operasi carigali dapat dilakukan dengan aman tanpa prasangka kerana semua pihak mendapat keuntungan dalam erti kata negara berdaulat.Dalam perjanjian perkongsian tersebut tidak menyebut bahawa rakan kongsi perlu ambil tanggungjawab terhadap apa apa masalah yang berlaku dalam negara masing masing.

Jika Kerajaan Thailand tidak membayar pampasan pengambilan tanah Rakyatnya untuk tujuan perlaksanaan kepada perkongsian antara Malaysia -Thailand itu adalah masalah Thailand bukan masalah Malaysia . Begitu juga Thailand tidak berhak campurtangan samada menyokong Rakyat kelantan yang menuntut ROYALTI atau bersetuju dengan Kerajaan Malaysia yang menafikan HAK Kelantan.Masing masing negara perlu pandai pandai selesaikan masalah dalaman masing masing untuk memastikan operasi perkongsian terus berjalan.

Persoalan yang kawe ingin bangkitkan jika cerita diatas itu BENAR ,adalah kenapa 5% perlu dibayar oleh PETRONAS? Kenapa Tun M perlu merayu kepada Thailand hinggakan bahagian perkongsian 50-50 terpaksa dikurangkan menjadi 45-55 walaupun perjanjian asal masih 50-50? 

Mungkin bagi pihak Petronas tiada masalah untuk beri 5% tersebut dengan syarat Kerajaan Malaysia tidak lagi memaksa mereka  membayar ROYALTI kepada Kerajaan Kelantan kerana tidak bijak bagi petronas untuk membayar 10% sedangkan jumlah yang patut bayar hanya 5% ...Siapa mangsa disini?

Dalam politik permainan kuasa ini kelihatan dgn jelas bahawa Tun M yang banyak untung dan kesannya ditanggung oleh Najib sekarang ini . Mungkin Tun M sudah jangka bahawa kemungkaran yang beliau lakukan kepada rakyat kelantan ini akan terbongkar setelah beliau tidak lagi berada ditampuk kuasa dan beliau dapat mengekalkan kuasa politik beliau sebelum beliau bersara dengan keputusan yang beliau buat itu.

Keputusan yang dibuat oleh Tun M itu adalah baik untuk kerajaan Malaysia teruskan operasi carigali minyak secara berkongsi dan pihak petronas tidak mengalami kerugian dengan operasi tersebut KERANA Tun M telah menyelesaikan kerugian Petronas itu ditanggung sepenuhnya oleh Rakyat Kelantan . Tun M hanya perlu mengatakan bahawa Kelantan tidak berhak mendapat ROYALTI dari sudut undang undang sahaja untuk dimainkan oleh media media perdana memberi penerangan kepada Rakyat.Tun M juga sudah ada plan kedua jika rakyat Kelantan tidak mahu terima atau percaya penerangan yang diberikan . WANG EHSAN adalah senjata Tun M untuk menutup kejahatan yang beliau lakukan kepada Rakyat Kelantan . Semua ini berjaya di zaman beliau untuk terus kekal berkuasa.

Ada pihak mengatakan bahawa kerajaan kelantan tidak bersedia dengan prasarana untuk pendaratan TETAPI kerajaan Thai sudah bersedia ? Jika benar kerajaan Thai  tidak  bersedia kenapa Tun M tidak gunakan ketidakupayaan Thai itu untuk menjadikan 5% itu milik Malaysia dan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan? Adakah kerana BN kalah di Kelantan maka Tun M bertindak begitu kejam kepada generasi akan datang?

Bila berfikir sejenak situasi dalam cerita seperti yang diceritakan diatas tu ,amat jelas bahawa amat tidak adil kepada mana mana pihak untuk memaksa pihak Petronas mengalami kerugian sebanyak 5% tambahan dalam operasi usahasama 50-50 antara Malaysia dan Thailand itu . Maksud kawe adalah jika pihak BN dapat tawani Kelantan pun bayaran 5% Royalti tetap tidak akan dibayar begitu juga jika PR memerintah Malaysia tidak sepatutnya mereka memaksa supaya Petronas kerugian 5% yang bukan hasil kesilapan mereka. 

Mungkinkah menyedari hakikat ini pihak PR menjanjikan 20% ROYALTI Minyak kepada Negeri negeri yang layak adalah satu usaha jangka panjang untuk menyelesaikan kemungkaran yang dibuat oleh Tun M dalam isu MTJDA tersebut?.Atau ini merupakan satu bentuk TEKANAN kepada PETRONAS samada mahu hilang 5% di MTJDA atau hilang  15% di semua tempat?

TUNTUTAN 5% SUDAH MEMADAI UNTUK RAKYAT KELANTAN YANG BERHAK ITU 







Praknak Kopitiam


P1482

Tahniah kepada sahabat maya Kawe yang direalitikan kepada saing nyata kerana berani menceburi diri dalam bidang perniagaan mengenyangkan perut Dan penghilang haus .

Monday, December 17, 2012

PRU 13: BN INTAI PELUANG DI KOTA BHARU DAN RANTAU PANJANG




Beberapa hari yang lalu kawe dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari seorang sahabat yang bertanyakan perihal kebenaran mengenai kemungkinan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak mahu bertanding untuk pertahankan kerusi tersebut kerana mahu memberi laluan kemenangan kepada calon BN dari UMNO disitu.Mungkin sahabat kawe terkejut dan tidak percaya dengan berita yang beliau dengar tersebut dan kawe berfirasat beliau ingin mendengar komen kawe mengenai perkara tersebut. Untuk tidak menghampakan harapan beliau kawe hanya berkata mungkin ada kebenaran jika satu luahan DWR mahu diambil kira tidak lama dahulu . DWR pernah berkata secara terbuka bahawa beliau sudah tidak mahu lagi bertanding di Parlimen Kota Bharu dan beliau juga ada beritahu secara terbuka bahawa beliau telah menerima tawaran dari MB Selangor untuk membantu PKR di Selangor mengekalkan kerajaan dalam Pru 13 nanti.

Sebelum kawe melanjurkan diri untuk membongkar rahsia sebenar apa yang berlaku di kerusi Parlimen Kota Bharu ,kawe ingin bawa sedikit cerita dari Parlimen Rantau Panjang .Walaupun sebenarnya kawe tidak  bernafsu dengan bingkisan cerita dari daerah sempadan Siam itu sebenarnya . Kawe menjadi teruja setelah mendapat tahu bahawa pihak UMNO di Kelantan mahu kerusi Parlimen tersebut dimiliki oleh BN dalam PRU 13 untuk mencukupkan sasaran mereka memenangi 9 Parlimen di kelantan dalam pru 13 nanti.

Amat bagus untuk UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang untuk dimiliki oleh BN kerana dalam PRU 12 yang lalu pihak PAS menghina UMNO disitu dengan hanya meletakkan calon wanita sahaja untuk memberitahu pimpinan umno pusat bahawa perbalahan dalaman UMNO Rantau Panjang tidak akan selesai sehingga kiamat.Mungkin bila UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang sebagai mesti dimenangi oleh BN adalah satu langkah untuk mempercepatkan proses kiamat itu berlaku.Sasaran UMNO untuk memenangi kerusi tersebut adalah semata mata untuk membina sekuman harapan supaya UMNO RP meredakan diri dari perbalahan dalaman bagi menghadapi PRU 13 nanti pada pandangan kawe.

Di Parlimen Kota Bharu satu ketika dahulu diwar warkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS.BN dan KITA. Zaid Ibrahim mempunyai satu dendam yang panjang dengan Fatmi di Kota Bharu dan perkara ini merupakan rahsia umum.Zaid akan memastikan Fatmi kecundang dengan apa cara sekalipun di Kota Bharu.Pernah gempar di seluruh negara bahawa PAS akan beri laluan kepada KITA untuk Zaid balas dendamnya terhadap Fatmi tetapi kegemparan tersebut segera di nafikan oleh pihak PAS.

Dalam pertaruhan ini musuh sebenar BN di Kota Bharu bukanlah PAS tetapi Zaid yang memusuhi Fatmi.KITA akan sokong PAS untuk jatuhkan Fatmi dan BN menjadi mangsa dendam Zaid kepada Fatmi.Betul dan benar KITA bukan sebuah parti yang sekuat UMNO di kelantan tetapi kekuatan peribadi Zaid sudah cukup untuk membantu BN kalah kepada PAS di Kota Bharu.Amat logik disini jika DWR mengambil sikap tidak memusuhi Fatmi tetapi membiarkan permusuhan Zaid dan Fatmi berlarutan.

Kenapa YDP Kota Bharu menyerahkan calon Parlimen Kota Bharu kepada TYDP untuk membantu Fatmi menolong BN memenangi kerusi tersebut?

PAS Rantau Panjang boleh tidur lena dan sesekali boleh menyeberangi ke seberangan sana untuk menikmati Som Tam di Golok sementara menunggu loceng PRU 13 di bunyikan. PAS akan selesa lagi di Rantau Panjang dan DWR tidak perlu dijadikan percaturan seperti PRU 12 untuk bertanding di Parlimen tersebut kerana kekuatan Kak Lah sebagai ahli Parlimen di puji serata oleh rakyat Rantau Panjang.Parlimen Kota Bharu dalam PRU 12 bukanlah milik DWR sebenarnya ,itu mereka yang mengetahui ceritanya .Tapi hari ini Kota Bharu dalam cengkaman beliau.
\
Memang benar secara terbuka DWR menyuarakan hasrat beliau untuk tidak lagi bertanding dalam PRU 13 nanti ,beliau nyatakan pendirian ini secara terbuka dilaman laman sosial dan pernah menyatakan semasa beliau berada di tanah suci. Tidak cukup dengan itu DWR juga dengan tegas mengatakan di depan TGNA bahawa YB Dato Takiyuddin adalah calon yang paling sesuai untuk mengantikan dirinya di Kota Bharu .

Mengapa pihak UMNO memerlukan Fatmi dibantu atau diberi laluan oleh DWR untuk BN memenangi Parlimen Kota Bharu dan mengapa pula DWR patut bantu Fatmi? Kawe tidak mahu jawab persoalan itu sebaliknya kawe serahkan kepada pihak UMNO merungkaikan perkara tersebut jika terdetik dihati mereka bahawa kemungkinan itu akan berlaku.

Pada kawe UMNO dan Fatmi tidak memerlukan EHSAN DWR untuk mereka beri kerusi tersebut kepada BN.Minta ehsan dari DWR bermakna UMNO akui Fatmi itu lemah.Apakah UMNO lemah di Kota Bharu? Apakah dengan ketiadaan Zahid masih lagi menjadi ketakutan kepada Fatmi? Apakah ketiadaan DWR sebagai lawan masih lagi menghantui Fatmi? 

Apapun bagi kawe langkah UMNO mensasarkan kerusi Parlimen Kota Bharu sebagai milik BN dalam PRU 13 adalah satu langkah yang tepat.Dan penarikan diri DWR untuk bertanding semula di Parlimen Kota Bharu juga satu langkah yang patut untuk dirinya tetapi amat tidak patut untuk PAS membiarkan perkara itu berlaku.Kawe yakin dengan keupayaan Dato Taki untuk berkhidmat di dewan rakyat nanti dengan kebolehan serta kelayakan yang beliau miliki. Tapi rata rata orang Kota Bharu terasa curiga dengan kebolehan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat Kota Bharu.

Jaddik rahsia sebenarnya yang cuba diambil kesempatan oleh UMNO dengan mengatakan DWR beri laluan kepada Fatmi untuk BN menang kerusi Kota Bharu adalah DWR beri ruang kepada Fatmi untuk beri khidmat kepada orang Kota Bharu yang tidak berjaya dilakukan oleh Fatmi jika DWR masih berlegar legar di kawasan Kota Bharu.UMNO tahu Dato Taki tidak mampu untuk menawan hati pengundi Cina di Kota Bharu ,UMNO tahu Dato Taki tidak mampu melayani kerenah kerenah pengundi yang selalu minum kopi di kedai kedai kopi sekitar Kota Bharu.Kemampuan ini juga tiada pada Fatmi sebenarnya.

Apakah Cina di Kota Bharu lebih selesa dengan Dato Taki atau lebih mesra dengan Dato Fatmi setelah Bapak Perhubungan kaum di Kota Bharu turun dari singgahsana??


Sunday, December 16, 2012

PRU 13: PR MENIKUS DI JELI DAN GUA MUSANG?



Kerusi BN yang dijamin selamat oleh PAS dan PR Kelantan ialah kerusi Parlimen Jeli dan Parlimen Gua Musang.Kedua dua kerusi ini tidak menjadi sasaran oleh PR walaupun BN mensasarkan 7 kerusi PR yang lain di Kelantan.Pelik juga bila memikirkan cita cita besar PR nak tawan Putrajaya ini ,PR tidak mensasarkan untuk memenangi kedua dua kerusi ini tetapi PR juga seolah olah membiarkan BN kuasai kerusi ini dan memberi ruang kepada BN untuk mensasarkan 7 kerusi Parlimen yang lain di Kelantan.

PR mensasarkan Putrajaya sebagai harapan mereka dalam PRU 13 kali ini untuk sekian kalinya.Bila sasaran takluk Putrajaya diletakkan maka tidak boleh tidak kerusi kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PR perlu di menangi sebanyak mungkin.Kehilangan satu kerusi disetipa negeri bermakna 14 kerusi yang hilang oleh itu pihak PR sepatutnya mensasarkan tiada satu pun kerusi yang tidak dapat mereka tawani.

Mendasari kehendak berkobar kobar pihak PR ini kawe merasa sedikit sangsi dengan kesungguhan pihak PR di kelantan untuk menuju ke matlamat tersebut.Berpaksikan perkara tersebut kawe tidak dapat melihat kesungguhan yang nyata dari mereka dalam memastikan tiada kerusi Perlimen yang terlepas ke tangan BN di  Kelantan.Tiada minat yang ditunjukkan oleh PR Kelantan untuk menawan kerusi Jeli dan Gua Musang apatah lagi untuk berusaha untuk memastikan Ku Li dan Stopa berputih mata dalam PRU 13 nanti.

Pihak PAS awal awal lagi tanpa usaha telah menyerahkan kedua kedua kerusi tersebut kepada BN dengan alasan tidak mampu untuk menang.Mengaku kalah sebelum bertempur boleh merentap semangat rakyat untuk membantu PR tawan Putrajaya.Rakyat akan hilang keyakinan jika kesungguhan untuk berjuang dikalangan PR gagal diserlahkan.

Memberi kemenangan mudah kepada Ku Li merupakan satu kesilapan yang terancang dilakukan oleh PAS kelantan dalam PRU 13 nanti.Pihak PAS seharusnya peka bahawa terdapat kumpulan kumpulan tertentu dalam UMNO sendiri yang mahu melihat Ku Li kecundang di Gua Musang.Dalam erti kata lain rakyat Gua Musang telah mula menolak Ku Li.Jika kesempatan ini tidak diambil oleh PAS bahawa Gua Musang adalah kerusi yang boleh menyumbang utk takluk Putrajaya maka perkataan yang wajar kawe lafazkan untuk PR Kelantan adalah LEMAH daya fikir.

Dikala Najib berkira kira dalam ragu ragu untuk meletakkan Ku Li semula di Gua Musang kerana takut kerusi tersebut hilang dari penguasaan BN ,PAS pula melihat Ku Li sebagai gergasi yang tidak boleh ditewaskan selamanya oleh mereka.Masih ada sedikit ruang masa untuk PAS aturkan strategi mereka memastikan Parlimen Gua Musang milik PR.

Begitu juga dengan kerusi Jeli ,tiada usaha langsung dari PR untuk menghalau Stopa dari selesa di jeli. PAS hanya GAH melabelkan Stopa lemah ,Stopa hina rakyat Kelate , Stopa kejam kepada Rakyat kelate , Tapi hakikat sebenarnya PAS masih takut dengan kekuatan Stopa di Jeli .Hinggakan bayang Stopa di Jeli pun PAS tidak berani untuk memandangnya.

Jika kedua dua kerusi ini pihak PR tidak ada keyakinan untuk menawannya JANGAN bermimpilah untuk mengajak rakyat tawan Putrajaya.Stopa di Jeli dikhabarkan bukanlah kuat sangat TAPI pihak PAS tiada tokoh atau calon yang boleh di ketengahkan untuk menewaskan Stopa.

Pihak PAS sewajarnya menampilkan 2 orang calon yang bertaraf calon menteri PR jika tawan Putrajaya nanti. Husam Musa wajar dipertaruhkan untuk menentang Stopa di Jeli.Siapa di Gua Musang untuk nyahkan Ku Li??

Pihak UMNO tidak mensasarkan dalam PRU 13 ini untuk tawan Kerajaan Kelantan dari PAS kerana mereka lebih berminat untk pertahankan Putrajaya sahaja.Namun begitu mereka tetap sasarkan Parlimen Kota Bharu dan Rantau Panjang sebagai milik mereka sebagai pengagah semangat.

Saturday, December 15, 2012

PRU 13: Nasution serah Machang kepada BN?



Machang pernah menjadi kubu kuat UMNO di kelantan satu ketika dulu dan dalam PRU 12 Nasution dari Kedah berjaya memecah Kubu tersebut dengan pertolongan keluarga isterinya yang menyokong PAS tegar di Machang.Kini dalam perancangan dan perkiraan PR untuk takluk Putrajaya Nasution tiada keyakinan dalam dirinya bahawa kerusi di machang boleh memberi kepadanya jawatan Menteri dalam Kerajaan PR di Putrajaya.

Nasution adalah aset PR jika berjaya perintah malaysia ,PR tidak sanggup untuk hilang harta intelek yang bernilai ini dalam PRU 13 nanti. Menyedari hakikat ini maka tiada pilihan lain lagi bagi PR untuk menyelamatkan Nasution dari kalah dengan keluarkan beliau dari Machang.Persoalannya kenapa Machang tidak selamat untuk Nasution dalam PRU 13 nanti?.

Pelik dan ajaib ketika PR digembar gemburkan akan perintah Malaysia selepas PRU 13 nanti tapi orang kanan bakal PM Malaysia yang baru ini tiada keyakinan untuk pertahankan kerusi yang di menanginya...kenapa?.Pertarungan perang saraf PRU dalam sudut ini tidak memberi kelebihan kepada PR untuk mendapat keyakinan dari Rakyat Kelate dan Machang khususnya.Pengumuman awal oleh pihak PR bahawa Nasution untuk keluar dari Machang juga tidak sepatutnya berlaku kerana ini membayangkan orang machang tolak PKR dan PR di Kelantan sedangkan momokan yang dibuat secara besar besaran bahawa 1 Malaysia akan tolak BN dalam PRU 13 di seluruh negara.

Dalam satu perkembangan lain juga Ketua PKR Kelantan telah mengesahkan bahawa PKR tiada kekuatan lagi di Machang untuk memikul amanah PR melawan BN yang kalah dalam pru 12 yang lalu. Dalam keghairahan Ketua PKR Kelantan mahu menyediakan satu kerusi kepada sahabatnya di Bachok beliau tanpa rasa bersalah telah menyatakan bahawa tiada calon lain yang layak dari PKR untuk mengambil tempat Nasution di Machang dan formula yang dicadangkan adalah menukar kerusi tersebut dengan PAS.

Satu tindakan yang amat dangkal dari Ketua PKR Kelantan dan Nasution kerana tiada keyakinan dalam diri sendiri untuk pertahankan kerusi yang mereka menangi TETAPI dalam masa yang sama mereka berani untuk memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa PR akan tawan Putrajaya.Apa pun perkara tersebut telah berlaku dan pihak PAS telah menolak tawaran dari Ketua PKR Kelantan itu maknanya pihak PKR perlu selesaikan masalah mereka sendiri di Machang samada Nasution di kekalkan atau cari calon lain untuk ganti Nasution .

Tidak payah untuk mencari seorang calon PKR untuk gantikan tempat Nasution di Machang itu TAPI yang susahnya adalah untuk kekalkan kerusi Parlimen Machang itu sebagai milik PR sahaja.Secara logiknya jika seorang SetiaUsaha Agung PKR tidak berani untuk pertahankan kerusinya maka amat sukar bagi calon PKR yang lain untuk memenangi kerusi tersebut .

Sasaran pihak BN meletakkan kerusi Parlimen Machang adalah kerusi yang perlu mereka menang nampaknya berada dalam zon yang selesa dengan percaturan dan perancangan yang mereka aturkan setakat ini. Strategi awal pihak BN di Machang pada peringkat awalnya hanya perlu buat Nasution rasa tidak selamat di Machang dan gerakan dari BN itu telah berjaya hinggakan memaksa Nasution tinggalkan Machang untuk mencari kawasan selamat di negeri Kelahiran sendiri.

Strategi saraf yang kedua pihak BN pula adalah mencipta persepsi bahawa tiada sesiapa pun dari kalangan calon PKR yang layak dan mampu untuk ganti tempat Nasution di Machang.Dengan keghairahan kurang cermat dari Ketua PKR Kelantan juga BN mampu memenangi dalam saraf itu bila secara terbuka pihak PKR mengaku mereka tiada calon yang wibawa untuk ganti Nasution di Machang.

Dalam peringkat ketiga atau peringkat akhir sebelum loceng PRU 13 dibunyikan pihak BN hanya perlu merosakkan imej PAS dimata dan dihati pengundi Machang sahaja . BN tahu kekuatan sebenar PR di Machang 70% bergantung kepada kekuatan PAS .Maknanya BN sedang membawa pertarungan PRU 13 nanti dengan hanya kekuatan 70% PR di Machang .Secara semulajadinya jentera PAS nanti akan kekurangan semangat juang mereka bila terpaksa memikul calon PKR yang tidak bermaya untk memenangi PRU .Harus diingat bahawa dalam usaha memenangi PRU semangat yang kental dari pasukan jentera amat amat penting.

Secara tidak langsung juga jentera PKR tidak akan bekerja bermatian matian di Machang kerana ketua mereka sudah menyerah kalah sebelum masuk ke medan pertempuran lagi.Dengan keadaan moral jentera PAS dan PKR yang tidak berada dalam keadaan 100% bersemangat ini memberi ruang dan peluang yang agak selesa kepada BN di Machang merampas kerusi tersebut.

Kawe meletakkan di saat ini bahawa 60% kerusi Parlimen Machang adalah milik BN dalam PRU 13 nanti.Harapan kawe juga supaya penyokong PR dan peneruja PR yang berkobar kobar untuk takluk Putrajaya supaya tidak bersetuju dengan peratusan dari kawe ini.Namun begitu kawe melihat amat sukar bagi PR untuk meraih kemenangan jika faktor perbalahan Sazmiah dan Jazlan diambil sebagai penyumbang peratusan tertinggi kemenangan PR nanti;

Pada pandangan kawe pihak PR hanya mampu melonjakkan peratusan mereka semula untuk mengekalkan kerusi Machang dengan KEKALKAN Nasution di Machang atau serahkan kerusi PKR kepada PAS ,walaupun kelihatan kedua dua keputusan tersebut tidak masuk akal TAPI kemenangan dalam pertandingan politik banyak keputusan yang tidak masuk akal telah berlaku.

PRU 13: Tanah Merah milik BN?


Parlimen Tanah Merah adalah termasuk dalam 9 Parlimen yang mesti ditawan oleh BN dalam usaha mereka untuk kekalkan Kerajaan BN di Putrajaya dalam PRU 13.Usaha BN untuk tawan Parlimen TM sudah berada diperingkat akhir sekarang ini .Ketua Bahagian TM dalam usahanya telah mampu membuktikan bahawa hanya BN yang mampu membina pembangunan untuk Rakyat Tanah Merah ,beliau juga mampu membuktikan bahawa rakyat TM boleh dicerdikkan dengan pendidikan dan pembelajaran . Kegigihan KBTM ini telah banyak membuka mata rakyat TM terhadap masa depan penduduk TM.

Najib hanya perlu selesaikan masalah dalaman UMNO TM sahaja untuk memutlakkan kerusi Parlimen TM menjadi milik BN.Perbalahan yang berlaku dalam UMNO TM bukanlah perkara yang amat besar untuk digusarkan oleh Najib sebenarnya walaupun perkara tersebut merupakan harapan utama oleh pihak PR untuk mengekalkan kemenangan di Parlimen TM.Dalam satu kajian dalaman pihak BN memutuskan bahawa masalah dalaman UMNO atau ccah keting dalam PRU hanya menyumbang 5% sahaja yang mengakibatkan kemerosotan undi kepada BN.

Jika diandaikan peluang kemenangan adalah 50-50 di Parlimen TM diantara BN dan PR maka kelebihan 5% kemenangan akan di perolehi oleh pihak PR yang membawa maksud kerusi Parlimen TM masih kekal milik PR dengan kemenangan yang tipis.

Dalam perkembangan yang lain yang berlaku dalam PR sendiri peluang 50-50 ini hanya akan berlaku jika PAS yang ambil alih kerusi tersebut daripada PKR dan perkara ini sudah tentulah sesuatu perkara yang tidak mungkin akan berlaku kerana pihak pimpinan tertinggi PR telah memutuskan bahawa semua kerusi PR di Kelantan berstatus sama yakni tiada sebarang perubahan dari segi pembahagian seperti mana kejayaan yang mereka capai dalam PRU 12 yang lalu.

Dalam firasat politik kedai kopi di Tanah Merah yang ditolak oleh pimpinan PR berkenaan peluang PR untuk kekal di Parlimen TM adalah berpaksi kepada 3 kemungkinan berikut: 
1. Kekalkan calon Parlimen PKR yang sedia ada dan PR akan berupaya berharapan untuk capai kemenangan dengan 30% + 5% .

2.Tukar calon lama kepada calon baru dari PKR iaitu Nik Mahmood maka peluang kemenangan akan menjadi 20% + 5% untuk PR Kekalkan kerusi Parlimen TM.

3.Tukarkan kerusi tersebut kepada PAS (yang takkan berlaku ) maka peluang kemenangan adalah 50% + 5% JIKA umno gagal selesai masalah dalaman mereka .

4.PKR tukar calon baru tapi bukan Nik Mahmood maka akan ada perlawanan baru antara BN dan PR di Parlimen TM .

Pada kawe keempat empat senario kedai kopi TM tersebut memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi kerusi tersebut.Percaturan BN dengan strategi bahawa Parlimen TM adalah kerusi yang perlu ditawan adalah satu percaturan yang masuk akal logik dalam politik Malaysia hari ini.Dalam kehendak demokrasi tiada sesiapa boleh menghalang kehendak percaturan  BN untuk merampas kerusi TM dari PR ini  sehinggalah ditentukan oleh pengundi disitu nanti.

Keadaan nampak mudah kepada BN untuk merampasnya kerana masalah mereka hanya 5% sahaja yang perlu diselesaikan .Masalah 5% ini tidak menjadi masalah besar kepada Najib untuk selesaikan kerana jika hendak diukurkan keupayaan BN dari segi kewangan yang diperuntukkan dalam PRU 13 nanti penyelesaian kepada mekanisma 5% seperti hama sahaja jika hendak dibandingkan kehilangan kuasa di Putrajaya.

Kawe tidak mahu mencoret panjang mengenai tindakan pihak PR untuk mengatasi kegusaran politik kedai kopi TM ini kerana pihak PR mereka ada resepi atau formula yang hebat untuk mengatasi masalah ini . Bagi PR mereka hanya perlu memerintahkan para penyokongnya WALA' untuk memutlakkan kemenangan kepada PR.

Pihak PR akan memperdendangkan isu isu nasional ditelinga ore TM dengan harapan semangat ore TM membuak buak untuk tukar kerajaan di Putrajaya. Ore TM akan dilekakan dengan permasalahan ditempat mereka tetapi akan disuapkan kedalam minda mereka bahawa Putrajaya milik PR dan mereka adalah penentu kejayaan . Orang TM akan diajak untuk menjadi sebahagian dari sejarah akan berlaku di malaysia hanya dengan satu undi yang mereka berikan.Orang TM akan dimomokkan dengan tolak PR bermakna bersubahat dengan BN untuk hancurkan negara ini.


Friday, December 14, 2012

PRU 13: Larian terakhir Umno Pasir Puteh




"Winnable Candidate" akan menjadi pilihan Najib kepada semua kawasan yang akan menjadi pertaruhan BN dalam Pru 13 nanti.Pilihan Najib kepada seorang WC akan mengakibatkan ramai "Water Cistern" wujud dalam UMNO .Mungkin Najib juga memerlukan satu kelebihan yang luar biasa untuk menempatkan "WC" ditandas tandas yang sesuai nanti supaya bauannya nanti tidak menganggu ketenteraman calon calon  WC Najib mencapai kemenangan dalam PRU 13 nanti dikawasan masing masing.

Senarai akhir calon WC UMNO PP sudah ada dalam sampul diatas meja Najib untuk kesemua kerusi yang di pertandingkan di PP,dalam masa yang sama juga bermakna kini sudah wujud "Water Cistern" dalam UMNO PP .

Di Negeri Kelantan ini UMNO PP hanya satu satunya UMNO yang paling hebat di Kelantan kerana boleh dikatakan beribu ribu ahli PAS telah menyertai UMNO hasil kerja keras KBPP semenjak Cikgu Zawawi mengambil alih untuk menerajui UMNO PP.Tidak keterlaluan jika kawe katakan bahawa KBPP mungkin WC bagi Najib jika keupayaan beliau menukar parti orang PP menjadi kayu pengukur bagi Najib sebagai sifat2 WC yang beliau kehendaki.Jika kayu pengukur itu Najib tidak guna pakai maknanya KBPP hanya "Water Cistern" dalam UMNO PP.

Apa ciri ciri WC yang Najib cari sebenarnya ,bagi kawe mudah sahaja ciri ciri tersebut iaitu seorang calon yang boleh diterima oleh semua rakyat termasuk oleh pihak parti lawan .Calon tersebut mestilah mampu dan berupaya membuat  supaya ahli parti lawan menolak calon pilihan parti mereka sendiri untuk memilih calon WC Najib dalam PRU 13.

Mungkin menyedari hakikat ciri ciri WC inilah yang mendorong KBPP bertindak jauh kedepan dalam memastikan ore PP memilih UMNO.KBPP bertindak lebih awal untuk menewaskan PAS sebelum PRU 13 bermula.Logik akal apa yang dibuat oleh KBPP ini sangat sangat berpatutan untuk dinilai oleh Najib sebagai orang yang bertannggungjawab menghancurkan PAS di PP seterusnya dapat sapu bersih semua kerusi BN yang dipertandingkan di PP.

Dalam erti kata lain semua rakyat PP adalah dibawah kekuasaan KBPP tidak kira apa pun fahaman politik mereka dan jikalaulah Pasir Puteh itu layak untuk ada seorang Raja sebagai pemerintah maka Raja AV lah yang patut di singgahsanakan oleh rakyat PP.

KBPP telah mempersiapkan dirinya untuk ditabalkan sebagai Raja PP lebih awal lagi samada dengan restu Najib atau menjadi "Water Cistern" Najib namun singgahsana tetap milik Cikgu Zawawi.Najib nampaknya tiada pilihan lain selaian untuk mencalonkan Water Cistern ini sebagai calon WC di PP.

Dalam satu laporan dari pelbagai laporan yang Najib terima mencatatkan jika dicalonkan KBPP dimana mana DUN di PP maka harapan untuk BN menang di Parlimen PP hancur.Dalam strategi PRU 13 Najib tidak lagi mahu menawan Kerajaan PAS kelantan tapi hanya mahu menang kerusi Parlimen di Kelantan untuk kekal berkuasa di Parlimen.Dalam penilaian juga KBPP bukan lah seorang yang layak untuk dicalonkan sebagai calon Parlimen.Maknanya KBPP tidak layak untuk dicalonkan dimana mana sekalipun.

Menyedari hakikat ini KBPP telah memasang beberapa strategi untuk dirinya,baru baru ini dalam pertemuan dengan Tok penghulu di PP beliau telah memberi amaran bahawa dengan kemampuan yang ada pada diri beliau MAMPU menghancurkan UMNO dalam masa 2 hari sahaja. Kawe secara peribadinya mengakui kemampuan KBPP tersebut.Beliau meme ada kemampuan untuk hancurkan UMNO PP tapi beliau tidak mampu membawa UMNO PP untuk bantu dapatkan Kerusi Parlimen BN di PP dan hal ini juga disedari oleh Najib.

Strategi KBPP yang memasukkan seramai mungkin ahli PAS ke dalam UMNO sudah menjadi keresahan kepada Najib walaupun satu ketika dulu Najib amat berbangga dengan usaha kuat KBPP ini. Kini Najib sudah sedar bahawa ahli ahli PAS yang masuk UMNO atas usaha KBPP tidak akan undi BN dalam PRU 13 nanti kerana segalanya itu satu penipuan yang dibuat untuk menonjolkan betapa hebat dan kuatnya KBPP di mata Najib sahaja.Rahsia ini sudah lama terbongkar dan KBPP juga menyedari bahawa tembelangnya sudah pecah dan beliau memerlukan satu strategi baru untuk kekalkan dirinya KUAT.

Strategi terbaru KBPP adalah menjadikan ore ore PAS sebagai ore beliau ,KBPP perlu dilihat untuk kelihatan bukan sahaja dapat memindahkan ahli PAS kepada UMNO tetapi juga perlu kelihatan beliau berupaya mengawal PAS dari dalam UMNO. Untuk tujuan ini KBPP telah memasang beberapa startegi termasuklah mengadakan " PERSEFAHAMAN" dengan PAS di PP.

Mungkin persefahaman mudah KBPP dengan PAS PP adalah pihak PAS mesti memastikan beliau menang di kerusi yang beliau bertanding jika dicalonkan Najib dan beliau memastikan semua calon calon BN ditempat lain akan kalah dengan bantuan beliau . INGAT !!!! Najib mahu kerusi Parlimen dan KBPP kawe rasa tidak cukup kelayakan untuk bergelar seorang ahli Parlimen. 

Sebagai KBPP beliau layak untuk mencadangkan nama nama calon BN di PP,dikhabarkan pada satu ketika KBPP mencadangkan nama beliau sendiri sebagai calon Parlimen BN di PP kemudian diangkat pula Tuan Mustapha dan yang terakhir sekali Dato Che Min.

Bagi yang sukar untuk memahami strategi yang dibuat oleh KBPP ini ,secara mudahnya adalah KBPP sedang beri amaran kepada Najib bahawa hanya 3 nama yang beliau cadangkan sahaja yang beliau akan bantu Najib untuk dapatkan kerusi Parlimen PP.Mungkin kroni kroni KBPP dalam PAS akan mengempen untuk BN jika salah seorang dari 3 nama yang dicadangkan oleh KBPP tercalon di Parflimen PP TETAPI jika ketiga tiga nama tersebut tidak tercalon maka KBPP akan bersama sama dengan PAS untuk kalahkan semua kerusi yang dipertandingkan di PP.




Monday, December 10, 2012

PUAK ANTI ROYALTI


PUAK  Bersinonim dengan KELOMPOK/KUMPULAN ,GOLONGAN ,PASUKAN,ETNIK.

ANTI Bermaksud MENENTANG.TIDAK SUKA ,MEMBANTAH,TIDAK SETUJU,MELAWAN.

ROYALTI Bermakna Wang yang di bayar hasil perkongsian.

Siapa sebenarnya golongan PAR ini dalam isu tuntutan ROYALTI minyak rakyat Kelantan yang sedang diperjuangkan oleh sebuah NGO di Kelantan ini? Patutkah NGO itu mengajak rakyat Kelantan membunuh PAR?Wajarkan NGO itu memusuhi PAR? 

PAR bagi kawe wajar dianugerahkan kepada Kerajaan BN yang memerintah Malaysia hari ini bagi               Rakyat kelantan. PAR juga adalah kerajaan Pusat dalam istilah yang lain.PAR adalah pengkhianat Rakyat Kelantan.PAR zalim kepada Rakyat Kelantan.Memang patut NGO R menghasut ore Kelate untuk mematikan PAR yang zalim ,patut menghasut rakyat Kelantan supaya membenci PAR yang memusuhi HAK ore Kelate.

Mencari PAR yang sebenar adalah satu konflik yang amat susah bagi mereka yang waras TAPI amat mudah bagi mereka yang menolak kewarasan untuk meletakkan EMOSI sebagai panduan.Mudah untuk mengatakan bahawa UMNO itu adalah PAR kerana mereka sebahagian dari BN.Waraskah jika meletakkan bahawa UMNO itu PAR tapi dalam masa yang sama tidak pernah melabelkan kompenan BN yang lain sebagai PAR? Kenapa MIC dan MCA tidak digelarkan sebagai PAR secara langsung sepertimana meludah muka UMNO sebagai PAR?

Konflik yang berdilemma disini terjurus kepada ahli ahli UMNO ,adakah ahli UMNO PAR atau UMNO itu PAR? Secara borong untuk yang jiwa beremosi akan meletakkan UMNO dan ahlinya dalam bakul yang sama.Tapi bagi yang waras mereka lebih berhati hati untuk mengambil emosi itu.

Tuntutan Royalti perlu melepasi sempadan keahlian politik kepartian kerana ini tuntutan HAK yang dimiliki oleh Rakyat.Jika secara borong kita mengatakan bahawa ahli UMNO itu PAR ,itu merupakan sesuatu yang tidak patut kerana seoalah olah kita menafikan HAK mereka sebagai seorang rakyat yang berhak menuntut.Perjuangan ini meruntum hati dan jiwa rakyat yang ternafikan HAK.

Kawe yakin dan percaya tuntutan R ini mendapat restu dan sokongan dari seluruh rakyat kelantan samada secara terbuka atau secara senyap termasuklah ahli ahli UMNO yang ada di Kelantan.Jaddik amat tidak wajar NGO R menganggap ahli UMNO sebagai musuh mereka atau NGO R memulakan permusuhan dengan ahli ahli UMNO ini walaupun secara terbuka menyatakan sokongan kepada tindakan Najib menukar ROYALTI kepada EHSAN.

Dalil yang menguatkan hati kawe untuk mengatakan ahli ahli UMNO ini menyokong R adalah kerena mereka menyokong wang Ehsan itu sendiri. Wang Ehsan dan Royalti pada mereka yang rakus dan lapar berkehendak kepada pitis akan menilai dengan tiada perbezaan. Jaddik bila kita berani menggelarkan ahli ahli UMNO sebagai orang yang lapar pitis ,gila ko pitis MAKA kenapa kita hendak nafikan kegilaan mereka terhadap ROYALTI juga? Berilah mereka ruang dan peluang untuk sama sama menyokong tuntutan R HAK rakyat itu ,jangan memusuhi mereka kerana terkadang kala mereka terpaksa berlakon tanpa kerelaan hati untuk dilihat atau kelihatan menentang di mata parti mereka. Berilah mereka peluang ...berilah keutamaan kepada mereka..

Disini kawe ingin cerita satu perkara yang tidak menarik untuk dibaca , kisah ini adalah yang berlaku di wall FB bila kekecohan berlaku bila satu banner Kebawah Duli Sultan dibakar didepan SUK.Dalam satu posting dibuat bahawa Puak Anti Royalti yang melakukan perkara terkutuk tersebut . Mungkin ramai yang terpinga pinga untuk mencari pihak mana yang dikatakan PAR. Kawe cuba menjuruskan pandangan orang ramai bahawa PAR adalah UMNO dengan ungkapan singkat "" Sebar sebar ..UMNO Buat"" 

Kawe sudah menjangkakan akan ada satu pihak yang menyokong kawe dan akan ada pihak yang akan menentang kawe walaupun dalam kehendak kawe yang sebenar kawe mahu kedua dua pihak menentang kawe.Bila ahli ahli dan penyokong UMNO menentang kawe dan memarahi kawe itulah yang kawe perlukan dari mereka untuk mempertegaskan bahawa mereka tidak seperti yang kawe sangkakan.

Pihak NGO R yang menyokong kawe mengatakan bahawa UMNO yang bertanggungjawab menjadi satu kepelikan pada kawe . Ini menimbulkan tanda tanya dan persoalan adakah NGO R mahu memusuhi UMNO? Kenapa NGO R mahu memusuhi Ahli UMNO sedangkan musuh sebenar UMNO adalah PAS?Apa untung NGO R memusuhi ahli ahli UMNO? Alangkah lunak dan indahnya pada ketika itu jika ada satu orang atau dua pemimpin NGO R yang datang mempertahankan ahli ahli UMNO yang kawe sasarkan untuk dimangsakan dalam perbuatan tersebut. Apa salahnya jika pihak R dengan secara terbuka mengatakan bahawa ' Kami yakin dan percaya bahawa setiap rakyat kelantan menyokong usaha menuntut HAK rakyat ini termasuklah ahli ahli UMNO di Kelantan dan perbuatan ini mungkin dilakukan oleh orang gila yang tiada kaitan dengan apa apa kefahaman selain beridealogi gila mereka sahaja" 

PERANGILAH MUSUH ANDA TAPI TAWANI MUSUH ADALAH LEBIH BERMAKNA 


Friday, December 7, 2012

LAJAK DARI CERDIK


P1235
Apa kata kita pada mereka ini?

Bukan tentang mereka yang dalam gambar diatas yang kawe nak tujukan dalam kemengarutan kawe kali ini .Kawe akan membiarkan ketololan dan kegongan  segala bentuk tindakan yang mereka akan lakukan dalam kecerdikan mereka diatas.

Kawe ingin meluahkan rasa ketololan kawe dalam jangkaan sebuah NGO untuk kawe memulakan 'sengketa'  dengan sebuah NGO yang hebat dalam khalayan kehebatan mereka sebagai orang muda yang sedang mengganas untuk menempa nama dalam ruang lingkup kehendak mereka.Sebelum kawe melalut dengan lebih kejam dan tanpa belas kasihan terhadap NGO ini ,Kawe ingin PERTEGASKAN bahawa kawe adalah salah seorang penyokong yang kuat terhadap TUNTUTAN HAK yang dibawa oleh NGO ini walaupun kawe liat untuk turut serta dalam akviti yang dianjurkan oleh NGO ini.

Bila sengketa kawe mulakan bermakna belas dan kasihan telah hilang terhadap NGO ini secara penuh beradap dan kawe juga tidak mahu memohon belas dari mereka untuk membalas sengketa yang kawe mulakan. Kawe pernah diberi penerangan secara "jantan" oleh salah seorang ahli NGO ini kerana kawe hayunkan perkataan GONG dalam satu tindakan NGO ini tidak berapa lama dahulu.Penerangan secara jantan dari JANTAN jalanan tersebut hanya mampu membuat kawe ketawa terbahak bahak seperti orang gilakan ketawa.Mungkin bagi mereka perkara GONG kawe itu bertujuan untuk mempersendakan kesungguhan mereka ,mungkin bagi mereka beranggapan kawe tidak hargai hasil usaha mereka ,mungkin mereka berfikiran kawe tidak menghayati perjuangan mereka untuk rakyat kelantan,mungkin mereka merasakan kawe menganggap usaha mereka itu sebagai usaha orang yang LAJAK DARI CERDIK.Apa pun tanggapan mereka terhadap kawe yang berat kaki untuk melangkah sertai akviti jalanan mereka itu adalah sesuatu yang patut untuk mereka beranggapan terhadap kawe.

Kenapa tanpa belas sedikit pun kawe hulurkan perkataan GONG kepada para pejuang HAK rakyat Kelantan tersebut?. Pada pandangan kawe  tindakan mereka amat tidak rasional membuat gimik membakar kertas wang EHSAN di bangunan Petronas dagang di Kota Bharu tempoh hari. Kenapa NGO tersebut perlu bersengketa dengan dengan petronas atas alasan WANG EHSAN? Petronas bukan pihak yang bertanggungjawab yang menyalurkan wang ehsan kepada rakyat Terengganu atau pun rakyat kelantan atau rakyat Pahang seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Tiada kesalahan yang dilakukan oleh Petronas dalam perihal wang ehsan ini pada kawe .Jaddik kenapa NGO tersebut perlu menunjukkan kejantanan mereka kepada petronas dalam isu wang ehsan?Bukankah satu tindakan GONG bila kita menyelakkan kain kita untuk tunjukkan kejantanan kita kepada orang yang tidak bernafsu terhadap kita? Jantankah perjuangan kita bila membakar kelambu untuk mencari nyamuk yang hisap darah kita? 

GONG kawe hulurkan ..salam sengketa kawe sampaikan dengan harapan jantan yang sebenarnya ada kejantanan untuk dirikan jantina mereka ditempat yang HAK.

Dalam satu kejadian yang lain di PWTC semasa PAU baru baru ini.Waraskah tindakan 6 orang yang rasa  diri mereka JANTAN dalam perjuangan HAK rakyat Kelantan itu menyerbu kesana ? Memang waras dan betul tindakan mereka itu pada fikiran JANTAN yang separuh masak .Apakah peristiwa di Rusila satu ketika dahulu tidak dijadikan iktibar oleh jantan jantan separuh masak itu?Iyaaa bila tindakan NGO tersebut mendapat kecaman hebat dalam wall wall FB kawe masih pertahankan perjuangan NGO menuntut HAK rakyat kelantan tersebut. Apa yang kawe pertahankan itu adalah perjuangan NGO tersebut bukan tindakan dari jantan separuh masak yang melantik diri mereka sebagai wira Rakyat kelate .Sampai bila bila kawe akan tetap pertahankan perjuangan menuntut HAK rakyat Kelantan TAPI kawe tetap tiada mempunyai sedikit pun rasa belas kepada jantan jantan separuh masak dalam tindakan GONG mereka.

Perjuangan untuk mendapatkan HAK akan menusuk kalbu setiap insan yang dilahirkan di bumi Kelantan tanpa mengira apa anutan politik mereka TAPI jika jantan jantan separuh masak cuba memburu untuk mendapatkan publisti diatas kalbu yang tertusuk itu BERKEMUNGKINAN kalbu rakyat Kelantan akan menjadi keras untuk ditusuk jarum kepentingan diri mencari darjat .

Kawe terharu dengan semangat pejuang pejuang NGO ini menjunjung titak Kebawah Duli Tuanku dalam menuntuk HAK rakyat Kelantan . Mereka amat peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran yang melibatkan perjuangan yang mereka juangkan.Cuma satu kemuskilan kawe ,adakah perlu untuk NGO tersebut mengadakan sidang akhbar dibawah poster Tuanku yang dibakar? Sekali lagi kawe TEGASKAN disini bahawa kawe tidak akan berganjak dari menyokong perjuangan mana mana pihak yang menuntut HAK rakyat Kelantan.

PATUTKAH KITA PERGI MENUNTUT HUTANG KITA KETIKA YANG BERHUTANG SEDANG BEKWOH?


Thursday, December 6, 2012

MEMBUDAYAKAN WACANA




2020 adalah sasaran untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju didunia dalam wawasan Tun M ,semua rakyat Malaysia menerima dengan penuh riang gembira dengan hasrat wawasan yang dizahirkan oleh Tun M ini .Namun satu hakikat yang harus diterima rakyat Malaysia pada hari ini adalah daya fikir mereka masih 20 tahun ketinggalan dari pemikiran Tun M.Kelopongan jarak pemikiran ini menjadikan  wawasan 2020 Tun M terpaksa berlaku ketika masanya belum tiba atau dalam istilah lain lahir sebelum matang .Namun begitu teknik memetik buah putik sebelum masak ini amat berjaya dalam industri pertanian di Thailand.


Sebagai Rakyat Malaysia yang mahu berada dalam sebuah negara maju didunia tidak lama lagi patut rasa tercabar dan malu dengan seorang rakyat Afrika.Arwah Ahmad Deedat terkenal di seluruh dunia kerana usaha beliau membudayakan WACANA sepanjang hidupnya.Beliau berani MENCABAR serta berani menerima CABARAN untuk berwacana atau dalam istilah lainnya DEBAT. Albert Hall London menjadi saksi kehebatan beliau berdebat dengan paderi paderi Kristian dari seluruh dunia.

Kawe tidak menuntut rakyat Malaysia menjadi Ahmad Deedat kerana dalam dunia ini hanya seorang Ahmad Deedat sahaja.Tetapi rakyat Malaysia yang mahu berada dalam dunia maju perlu ada semangat seperti beliau dalam membudayakan wacana dalam kehidupan.Maju bermakna BERILMU bagi kawe ,bila berilmu mesti dikongsikan itu maksud kawe.Maju bererti BERANI untuk menghadapi cabaran mendatang.Maju bererti menganggap MUSUH itu sebagai kawan yang mesti ditewaskan dengan hemah kebijaksanaan.

Tapi apa yang berlaku dalam negara kita hari ini adalah terbalik dari arah yang  kita disarankan untuk menuju. Kedengaran dari bibir manis pemimpin negara yang di amanahkan untuk mencapai wawasan 2020 bersuara lunak dengan mengatakan DEBAT bukan budaya kita. Siapa 'kita' yang di maksudkan oleh pemimpin yang menyongsang kedepan ini? MELAYU? ..Iyaaa debat bukan budaya Melayu kata mereka .Berhujjah bukan budaya Melayu kata mereka. Berwacana bukan budaya Melayu kata mereka. PERSOALAN yang kawe ingin lontarkan adalah ,kalau bukan budaya kita KENAPA tidak cuba untuk dijadikan budaya kita?

Kita wajib pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam katanya sang Ketua . Siapa UMNO ? Sudah tentulah MELAYU akan dijawab oleh seluruh rakyat Malaysia jika ditanya .Bukankah menuntut ilmu itu budaya Islam? Bukankan berkongsi ilmu (DAKWAH) itu tuntutan Islam? Bukankah membicarakan tentang ilmu (WACANA) itu budaya Islam? Bukankah mempertahankan ilmu yang dipelajari itu (DEBAT) budaya Islam? Pada kawe mema patut dan amat patut sebagai orang melayu yang dijamin keislaman oleh perlembagaan MEMBUDAYAKAN WACANA ILMU kerana itu budaya Islam semenjak dizaman nabi nabi dahulu kala lagi.

Bukankah Musa dengan mukjizat tongkatnya itu BERDEBAT dengan ahli ahli sihir Firaun kerana ilmu didada masing masing masing?.

Terlalu kasar jika kawe mengatakan WACANA ini tidak berlaku dalam negara kita pada hari ini.Jikalau kita peka dengan wacana ilmu yang ada dalam negara kita pada hari ini memang ada berlangsung .Tapi bila ada penolakan dari pemimpin pemimpin besar negara mengenai perkara ini MAKA bagi kawe kelangsungan untuk membudayakan WACANA itu sengaja dibantutkan secara terancang.

ABU NAWAS HAMPIR HAMPIR DIPANCUNG KEPALA OLEH KHALIFAH KERANA MELARANG ORANG RAMAI SUJUD DAN RUKUK DALAM SEMBAHYANG ...





Tahlil Rumah Basheer Zain

Saturday, December 1, 2012

Golf Cakna UT


P1185

Bakal PM Malaysia?




Lama dan memang lama kawe tidak menulis disini kerana satu sebab sahaja iaitu sebab yang tak perlu diketahui oleh umum .Kenapa kali ini kawe berminat untuk menulis? Itu tidak perlu dijelaskan kepada umum juga.

Gambar diatas yang merakam 3 orang bekas ahli UMNO yang mempunyai cerita mereka yang tersendiri dalam dunia UMNO kawe rakamkan dalam pertemuan disebuah hotel terkemuka di Kota Bharu.Pertemuan dimeja makan ini berlaku sejurus sebelum kami ke Stadium Sultan Muhammad di Kota Bharu untuk hadiri perhimpunan Rakyat sempena Muktamar PAS 2012 yang berlangsung di Kelantan.


Bakal PM Malaysia, itulah yang dicanang dan ditanamkan kedalam minda rakyat Malaysia bila bercakap mengenai susuk DSAI.Kawe tidak mahu cerita mengenai kelayakan beliau mengenai jaddik PM Malaysia kerana itu kegilaan beliau bukan kegilaan kawe .

Teruji sudah kah bakal PM Malaysia ini? Siapakah diantara PM yang pernah diuji sebelum jaddik PM Malaysia? Kawe malas nak buat imbasan sejarah ,mungkin pembaca diluar sana boleh buat .

Pujian DSAI kepada Presiden PAS tersembur keluar dari mulut bakal PM sejurus selesai membaca teks ucapan TGHA persis Tun M memuji ucapan Najib di PWTC dalam Perhimpunan Agung Umno beberapa hari yang lalu.Samada ikhlas atau tidak pujian yang dihamburkan didepan kedua2 ahli barus PAS tersebut tidaklah kawe ketahui.

Bakal PM memuji Presiden PAS dan bekas PM memuji Presiden Umno ,satu kebetulan yang berlaku dalam sebuah negara Malaysia.Satu malaysia malah mungkin satu dunia tahu Tun M memuji ucapan Najib TAPI tidak ramai yang tahu bahawa DSAI memuji ucapan TGHA dengan penuh mulut sambil bernyanyi2 kecil di meja makan .Mungkin jika ada yang peka sahaja di stadium malam itu yang perasan bila dalam ucapannya DSAI menekankan hadirin supaya HAYATI ucapan Presiden PAS.Namun pujian tersebut tidak terkeluar didada akhbar arus perdana atau media sosial yang lain .

Apa yang lebih sadisnya adalah riuh rendah didada akhbar arus perdana mencanangkan TGHA lebih layak sebagai PM Malaysia dari DSAI.Mungkin bagi UMNO DSAI tidak layak dilantik sebagai PM kerana tidak mahu memalukan Tun M yang telah memecat DSAI satu ketika dahulu. Berkemungkinan juga Tun M memaksa dirinya memuji Najib melangit kerana untuk membuktikan Najib lebih baik dari Pak Lah untuk memimpin UMNO . Masih ingat kah kita bahawa Tun M yang memainkan peranan yang amat besar untuk jatuhkan Pak Lah sebagai PM satu ketika dahulu.

Wahhhh cengkaman minda Tun M terhadap otak rakyat Msia masih kuat untuk diikuti lagi ,mungkin itu yang ada dalam pemikiran ahli umno yang berharap seluruh rakyat Malaysia berfikiran seperti mereka.Bijak Tun M hanya dengan mengatakan DSAI tidak layak untuk membolehkan ahli umno lain dan pandangan rakyat Malaysia yang lain memberi kelayakan kepada TGHA sebagai PM Malaysia.

Kenapa Tun M tidak membincangkan kelayakan Najib? Apakah Tun M sudah lupa kata kata beliau kepada Raihan Sulaiman Palestine berkenaan Najib yang takut bini? Apakah Tun M sudah lupa? Kawe juga tidak  mahu mengulas panjang mengenai perbandingan yang akan dibuat oleh bekas PM yang sedang menuju keusia nyakyook itu.

Apa yang kawe mahu bawa atau heret rakyat Malaysia diluar sana adalah perbandingan yang menjurus kepada perbandingan diantara Anuar dan Najib sebagai PM Malaysia selepas PRU 13 nanti.Perbandingan apa yang harus dibuat? Kawe beri kebebasan kepada rakyat Malaysia diluar sana untuk memilih perbandingan apa yang patut dibuat antara Anuar dan Najib.


Rakyat Malaysia boleh bandingkan kepetahan berpidato antara Anuar dan Najib ,Boleh banding siapa yang paling mengasihi dan dikasihi oleh isteri masing masing.Boleh banding siapa yang paling bijak menipu orang ramai diantara mereka berdua.Dan lagi ...dan lagi...bandinglah sepuas hati anda ...

PILIH KACA JIKALAU PERMATA ITU ADALAH PILIHAN ORANG LAIN