Sunday, December 18, 2011

UMNO DILINGKARI ULAR HITAM

ULAR HITAM

Awal tahun semasa kawe berada di luar negara kawe ada menulis di blog ini mengenai MELAYU MENUJU PARIA.Hari ini bila membaca beberapa akhbar utama ditanah air tercinta ,hati kawe sebagai orang melayu yang lahir di bumi melayu terasa bukan sedikit kecewa tapi agak besar gelodak kekecewaan dalam diri yang kerdil ini.INTERLOK adalah satu karya tersohor oleh anak melayu yang berjiwa melayu yang menceritakan kisah orang melayu dibumi melayu dalam kebudayaan melayu yang terpaksa berkongsi bumi dengan golongan ''PARIA"' dan kaki judi.yang suka bikin filem lucah.

Tetapi hari ini maka terciptalah satu sejarah baru sudah tercatat dibumi melayu tercinta ini.Melayu Bukan sahaja menuju PARIA tetapi telah di PARIAKAN oleh Puak Ular Hitam kerana ''keling'' mahu gelaran yang lebih berbisa serta ULAR HITAM bukanlah dari golongan PARIA di tanah melayu ini.Jaddik MELAYU yang takut pada bisa ULAR HITAM yang tiada bisa terpaksa menerima PARIA keatas bangsanya kerana Melayu bukan lemah TAPI Melayu takut Keling Paria lemah.

Kawe tidak mahu menulis panjang disini kerana pesanan orang tua tua JANGAN marah ketika MARAH masih kawe amalkan dalam kehidupan seharian. Memang tidak nafikan sebagai orang melayu kawe MARAH dengan apa yang berlaku keatas MELAYU hari ini .

Apakah tidak cukup lagi puak ular hitam ini mendapat status KIMMA sebagai Melayu ? Sekarang PARIA diberikan kepada Melayu untuk di tukar dengan APA? Dimana kata kata TPM bahawa dia Melayu dulu baru Islam? Apakah kini PM dan TPM sudah menjadi PARIA Melayu Islam?Apakah MELAYU kini mahu lagi pada bangsa mereka ? Apakah TUAN yang PARIA menjadik kebanggaan Melayu BUKAN Tuan kepada PARIA yang harus dipertahankan?.

Saranan Braheng Penderhaka dan PERKASA gurkha amat menarik iaitu dalam PRU 13 nanti orang orang Melayu jangan pangkah calon calon dari berbangsa ular hitam termasuk MIC.Apakah Si Penderhaka ini tahu betapa lemahnya puak ular hitam dalam arena politik Malaysia? Apakah Braheng penderhaka ini tidak tahu bahawa jika ular hitam ini membalas dengan tidak beri undi pada UMNO maka BiniNajib akan tersungkur? BODOH lah Braheng jikalau beliau tidak tahu...Bagaimana dengan musuh sandiwara tradisi Braheng iaitu PORNSTAR? Apakah Braheng dan PERKASA gurkhanya juga akan menolak bila UMNO menyeru orang MELAYU untuk mengundi MCA nanti? 

JIKALAU ORE KELATE 80% ADALAH PUAK 'ULAR HITAM'' ADAKAH ROYALTI MINYAK SUDAH MENJADI MILIK MEREKA? MALANGNYA NASIB MU WAHAI MELAYU ..


Saturday, December 17, 2011

''SEPUPU''ORANG UMNO V/S DAA DI PARLIMEN BACHOK

KEAGAHAN AKAN TERKUBUR

Kawe diberitahu ada satu gerakan yang halus sedang melanda UMNO Bachok ketika ini.Seorang veteran UMNO yang juga seorang pemimpin UMNO Bachok yang berpengaruh di zamannya.Dikhabarkan kerana kecewa dengan apa yang berlaku didalam UMNO dewasa ini khususnya di Bachok beliau tidakl sanggup lagi melihat orang orang Bachok dipermainkan dan dijadikan alat oleh pimpinan UMNO yang di ketuai DAA.Kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku menyebabkan insan yang berusia emas ini telah berbincang dengan pejuang pejuang rakyat yang jujur dan ikhlas untuk menghentikan semua permainan silap mata yang diamalkan oleh UMNO.

Tips tips kelemahan dan kekuatan sebenar UMNO Bachok telah diberikan oleh manusia jujur ini kepada pejuang pejuang islam untuk melenyapkan UMNO di Bachok . Dalam satu perjumpaan sulit dengan linangan air mata pemimpin rakyat ini menyatakan kesedihan dihatinya kerana kecurangan kecurangan yang dilakukan oleh UMNO Bachok ketika ini.Nasib rakyat Bachok tidak lagi boleh bergantung harap kepada pembelaan UMNO seperti dizamannya dulu ,UMNO kini lebih pentingkan perut kroni dan keluarga dalam segala hal bukan kesusahan rakyat yang dibantu dan dibela .

Dari secebis cerita tersebut dengan jelas mengambarkan bahawa golongan veteran UMNO Bachok sudah kecewa dengan DAA di Bachok .Harus diingat bahawa santan dari nyior tua ini walaupun sedikit tapi lemaknya bukan kepalang.Mungkin kah gulai kawah DAA dimusim PRU 13 nanti tidak cukup santan untuk melemakkan gulai? Apakah Datuk Ibrahim yang terkenal akan sikap pemurahnya akan menghantar kelapa kelapa untuk melemakkan gulai kawah DAA sepertimana amalan biasa yang beliau lakukan apabila orang kampung di Bachok bekwoh? Angin sepoi sepoi berbahasa berbisik halus mengatakan syarat untuk bantuan santan kepada DAA telah ditetapkan oleh datuk him...hahahhah ...bagaimana pula dengan seorang lagi Datuk di Bachok adakah sanggup menyumbang lembu lembunya kepada DA tanpa syarat? Aliran air jernih dipipi berkedut pemimpin hebat UMNO Bachok menceritakan tiada pimpinan UMNO Bachok tidak akan meletakkan syarat dalam perjuangan UMNO masa kini bahkan semuanya kerana pangkat dan wang sahaja yang diutamakan.

Mungkin harapan DAA bersandarkan kepada ajk ajk di cawangan cawangan UMNO di kampung kampung sekitar Bachok untuk menjadi kayu api untuk memasakkan gulai kawah yang tidak cukup santan.Kayu api jenis manakah yang menjadi pilihan DAA nanti ? Pelepah nyior atau purrong nyior? hahaha..Dalam peretmuan kawe dengan mereka ini isyarat yang mereka berikan DAA sudah lama melupakan kepada pelepah nyior dan purrong nyior dalam hidupnya kerana terlalu asyik dengan batang kayu golf dan cerutnya.Dalam sinis kawe bertanya apakah batang golf boleh dijadikan kayu api untuk memasakkan gulai kawah DAA nanti? Jawab mereka CERUT boleh dibakar dan mampu mengeluarkan asap seperti sabut nyior basah ..hahaha....Akan masakkah gulai kawah DAA nanti? 

Mungkin satu FITNAH bila kawe diberitahu bahawa salah seorang orang kuat dan harapan DAA yang akan memainkan peranan penting untuk DAA dalam PRU 13 nanti hanya dibenarkan masuk ke daerah Bachok selepas semua orang Bachok tidur dimalam hari. Kenapa makluk ini tidak boleh masuk ke kampungnya sendiri di siang hari? Satu persoalan yang menarik bila kawe bertanya soalan itu bukan ? Orang Bachok tahu akan jawapannya dan DAA lebih maklum akan sebab dan musabab yang sebenar...Mungkin inilah yang dikatakan SILAP MATA oleh bibir veteran tersebut dalam tuturnya. 

Pengundi import DAA juga dikhabarkan telah siap bersedia pada bila bila masa sahaja untuk membantu DAA menjawat jawatan menteri penuh selepas PRU 13 nanti.Tukang pegang jabbir untuk menjaga kebajikan mereka yang membantu DAA dari luar ini juga sudah berubah dari orang lama kepada orang baru ,ini mungkin bersesuaian dengan tema terkini  DAA untuk membina Bachok Baru Bachok Maju..hahaha .Apakah penjaga jabbir yang baru ini mengerti apa itu ''modal pusingan"" ATAU penjaga jabbir yang baru ini hebat membayar ''tol tol'' ? Kawe juga dibisikkan bahawa penjaga yang baru ini lebih arif dan biso dalam ''memusingkan tol tol tersebut sebagai modal'' Hebat dan kemas jentera DAA kali ini dan semuanya sudah siap sedia .

APakah DAA tidak memikirkan bahawa orang Bachok kini pun mempunyai selera yang setaraf dengan beliau? Apakah DAA tidak tahu bahawa orang Bachok mahu makan gulai yang cukup lemaknya ? Apakah DAA tidak tahu bahawa jika makan nasi mentah perut akan kembung? Apakah DAA telah lupa berkenaan dengan kekecohan duit minyak untuk pengundi luar dalam PRU 12 sehingga hari ini pun belum selesai dan menjadi sebutan kerana penjaga jabbir lebihkan menjaga modalnya untuk berpusing dari menjaga minyak kereta pengundi luar? DAA akan menang besar dalam PRU 13 nanti hanya kerana ''KEAGAHAN'' yang ada dalam dirinya untuk menang semata mata ...Selamat berjaya kawe ucapkan.

ORE BACHOK SEDANG MENANTI DENGAN PENUH HARAPAN SUPAYA SUSUK ''SEPUPU'' KEPADA ORANG UMNO BACHOK UNTUK MEMBELA NASIB MEREKA ....SIAPAKAH SUSUK TERSEBUT??

Monday, December 12, 2011

UMNO PP DIAMBANG KEHANCURAN


Agak lama kawe tidak memperdulikan apa yang berlaku pada UMNO Pasir Puteh yang terkenal pemecatan berlaku kerana majlis makan ccolek beberapa bulan yang lalu .Samada masalah tersebut sudah reda atau tidak kawe tidak pernah ambil tahu .Digemparkan juga dengan isu ''cabut kemuncup'' oleh mereka mereka yang cuba untuk mencari tempat dan kedudukan didalam jawatan .Samada usaha tersebut sudah terhenti atau semua kemuncup sudah dicabut juga kawe tidak ketahui.

Kisah hangat yang terakhir yang sempat kawe ikuti mengenai UMNO PP ini adalah mengenai kes report polis yang dibuat oleh pemimpin utama umno PP terhadap beberapa facebookers yang riuh diperdebatkan didalam wall wall FB. Isu askar upahan dan upah yang dikatakan bernilai puluhan ribuan ringgit juga dibangkitkan .Samada perkara tersebut benar benar berlaku atau tidak tidaklah kawe ketahui dengan tepat .

Rahsia UMUM secara diam adalah UMNO PP sekarang ini telah berpecah kepada 3 kumpulan utama .Setiap dari kumpulan ini cuba untuk memperkuatkan kem masing masing untuk habuan diri kumpulan mereka.Setiap dari kumpulan ini sedar bahawa mereka akan lemah jika tidak cepat cepat bersatu untuk menghadapi PRU 13 nanti.Walau apa pun yang akan berlaku ketiga tiga kumpulan ini tidak bersatu untuk menjadi satu .Yang paling menarik adalah setiap kumpulan ini mempunyai pelobi pelobi mereka masing masing .Percaturan yang jelas sekarang ini adalah mereka perlu bersatu untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya TETAPI untuk penyatuan tiga puak adalah mustahil .Pilihan yang terbaik mereka ada adalah 2 puak kena bersatu dan satu puak terpaksa dipinggirkan.

Kawe tidak perlu menjelaskan disini siapa kepala kepada setiap puak tersebut kerana kawe percaya umum sudah mengetahuinya.Bagaimanakah formula yang paling baik untuk menyatukan 2 puak dengan menyingkirkan satu ini akan berlaku dengan cara tidak diketahui oleh ahli ahli dibawah.Kawe tidak tahu apakah formula yang mereka akan gunapakai .Mereka mempunyai kepakaran tentang perkara itu TETAPI yang kawe muskilkan kenapa satu puak perlu disingkirkan? Adakah habuan ''pembahagian'' menjadi lebih sedikit jikalau dibahagi kepada 3 bahagian?Hahaahha ..Biarkan mereka selesaikan pembahagian tersebut sesama mereka..Setiap dari puak ini mempunyai PENGINTIP mereka sendiri .

Kekalutan UMNO PP telah kecoh di FB semalam bila tersebar bahawa Datuk Kamaruddin Mohd Noor akan berhijrah ke PAS.Pada mulanya dilontarkan secara spekulasi di dalam FB tetapi telah menjadi satu kekalutan bagi umno pp.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.Dari sumber sumber yang kawe perolehi mengatakan ada pihak yang sengaja mencetuskan isu ini .Ada juga yang mengatakan pihak satu lagi tersenyum lebar walaupun tidak melompat lompat riang bila spekulasi tersebut disebarkan dan tak lupa juga pihak yang resah dan gulana dengan situasi yang dipaparkan dalam FB...HIDUP UMNO >>HIDUP UMNO satu laungan ikhlas atau retorik kawe tidak ketahui.

Dikatakan juga puak yang paling berkuasa dalam UMNO PP tidak mendapat layanan istimewa semasa Perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur baru baru ini dan telah menyebabkan Ketuanya terpaksa bergegas pulang awal bukan kerana tidak puashati tetapi terlalu rajin untuk memberi khidmat kepada rakyat PP..hahaha ...Berjurus sungguh ketua ini ....Siapa yang sebenarnya mencaturkan pola kemusnahan dalam UMNO PP?

Dakwaan yang mengatakan seseorang yang akrab dengan PM juga sedang mengawasi perkembangan UMNO PP dengan penuh teliti.Setiap apa perkembangan yang berlaku di PP akan terus sampai keatas meja PM tanpa tapisan ..waahhh hebat bukan . Apa peranan Stopa Mamat di PP ? hahahaha...Stopa dikatakan telah berjaya meredakan perbalahan dalam UMNO PP satu ketika dahulu TAPI jika sejarah dibaca dengan jujur Stopa tidak pernah berjaya menyatukan perbalahan UMNO di Kelantan .Stopa hanya pandai menyelamatkan dirinya di Jeli .Ketiga tiga puak ini sedar akan keadaan ini dan Stopa bukanlah menjadi harapan kepada mereka untuk berlindung.

Budaya ada ''kabel''dan memasang ''kabel'' adalah perkara biasa dalam UMNO.Apakah Zahid Hamidi mempunyai peranan yang tersembunyi di PP ? hahahaha  ...Perlukah kawe menulis disini sekiranya kawe tahu orang kuat Tentera itu mempunyai peranan yang besar? Kawe memilih untuk tidak menyatakan disini kerana tidak mahu merosakkan rancangan rancangan yang diaturkan oleh pihak pihak berkenaan.Kumpulan manakah yang memakai khidmat tentera ini untuk menjaga mereka ? Kawe tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu .

Apakah Anuar Ibrahim dan TGNA juga memainkan peranan tersendiri di PP ? Sudah tentu mereka ada peranan kerana Najib serta Rosmah adalah musuh politik kedua dua mereka ini.Apakah mereka ini akan menerima kumpulan yang dicicirkan untuk menyertai mereka? Ahhhh ..kawe terlalu muda dalam dunia politik...Benarkah KBPP yang terkini telah membantu memberi kemenangan kepada PAS dalam PRU 12?? hahahaha ...mereka sama sama beragama islam .

Ada juga desas desus mengatakan bahawa KBPP akan dicalonkan di Semerak dalam PRU 13 nanti ..Apakah pihak PAS akan membalas ''budi''wow wow hebat politik di PP ....Jika tidak dicalonkan adakah sejarah 2008 akan berulang?? Kawe hanya berspekulasi sahaja tidak perlu diambil perhatian yang berat oleh mana mana pihak pun.

PENDAPAT KAWE PRU 13 NANTI PAS AKAN MENERIMA KEJUTAN YANG BESAR DI PP TERUTAMANYA SEMERAK ...HATI HATI DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI YANG SELALU MINUM TEH DIKEDAI KEDAI KOPI DI PASIR PUTEH.

.

Sunday, December 11, 2011

STOPA SEDANG MEROSAKKAN NAJIB??

Stopa sedang meneliti lauk untuk selera perutnya


Dikala rakyat 1Malaysia riuh rendah ucap syukur kepada Najib dan isterinya memberi bantuan kewangan sebanyak RM 500 sepanjang hayat kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3000 dan kebawah .Syarat syarat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan untuk membolehkankan rakyat menjadi layak adalah mudah iaitu dengan pengesahan dari LHDN sahaja...Itu arahan yang dikeluarkan secara resmi oleh kerajaan malaysia yang di Ketuai oleh Suami kepada Rosmah Mansor.Pendek kata tidak perlulah campur tangan banyak pihak untuk memudahkan rakyat.

Najib mempunyai hasrat yang tersembunyi walaupun ikhlas yang nyata kelihatan .Beberapa minggu lepas telah kecoh dilaman laman sosial dan media media baru bahawa ada agen agen UMNO yang terlibat dengan pengedaran borang borang LHDN untuk memebolehkan rakyat mendapat bantuan dari kerajaan ini .Ada pihak yang tidak puashati kerana melihat dari sudut politik kepartian.Bagi kawe jika pihak berkenaan IKHLAS ingin membantu melancarkan urusan rakyat dan orang kampung maka tiada apa apa isu yang patut dipertikaikan .Kawe ambik kira dan berpendapat Kerajaan mempunyai peruntukkan yang cukup seperti yang telah dijanjikan kepada Rakyat...Tolak ketepi soal politik buat seketika waktu.

Stopa Mamat cuba mengimejkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang paling JUJUR diantara pemimpin pemimpin UMNO yang ada di bumi Kelantan ini .Mungkin kejujuran yang cuba dimejkan kepada Stopa ini diterima oleh kebanyakkan orang di kelate TETAPI tidak sama sekali bagi diri kawe yang nampak bahawa Stopa ini adalah ''kelate murtad'' yang berperut JAHAT dalam perlakuan MANIS.Stopa pernah mengaku didewan negeri bahawa beliau pernah khianat kepada rakyat kelantan,pengakuan beliau tersebut boleh ditafsirkan sebagai beliau jujur dalam mengaku kesilapan TAPI bagi kawe tiada KEJUJURAN bila berlaku KHIANAT kepada ore Kelate sendiri.

Seorang sahabat ambo dari Ketereh yang kawe panggil Pak Chu telah menghubungi kawe menyatakan rasa tidak puashati beliau mengenai isu ini.Pak Chu ini seorang ahli UMNO tapi beliau mempuinyai PRINSIP yang tegas berkenaan HAK rakyat dan HAK Kerajaan dan HAK parti....beliau lebih jujur dari Stopa Mamat dalam menbicarakan soal HAK dan yang BERHAK ini.Kata Pak Chu dalam nada kesal kepada kawe ..Lagu mana cara pembahagian wang dari kerajaan sebanyak RM 500 tu ...Kawe jawab tak tahu dan tak ambil tahu pun ..moleklah kalu kerajaan nak bui ko rakyat gaakk ambiklah muga pitis rakyat tu ..Kawe tak puashati kata Pak Chu ....Bakpo pulak kawe bertanya?

Pak Chu berkata beliau tidak puashati bila salah seorang anak buahnya mengadu bahawa borang tersebut perlu disahkan oleh Tok penghulu @ chop Tok Penghulu terlebih dahulu ...Kawe kata lagi kepada Pak Chu apa masalah? Kumpul borang banyak dan hantar ke rumah Tok Penghulu untuk chop lah ...Sekali lagi kawe jadi mangsa kemarahan Pak Chu kerana menurut beliau Tok Penghulu UMNO meletakkan syarat dengan setiap orang mesti jumpa beliau terlebih dahulu untuk mendapat chop tersebut ...Kawe tidak mampu lagi untuk menyanggah kata kata Pak Chu ini . Kawe hanya mampu bertanya ARAHAN dari siapa? Adakah Najib atau Rosmah yang mengeluarkan sebegitu rupa? 

Pak Chu meneruskan ceritanya bahawa dalam pertemuan beliau dengan Tok Penghulu untuk bertanyakan perkara tersebut, Jawapan diberikan kepada Pak Chu adalah ARAHAN dari Ketua Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan kepada semua Ketua ketua Bahagian UMNO di Kel;antan dan seterusnya kepada Tok Penghulu Tok Penghulu UMNO di seluruh negeri .Kawe terdiam dan terkedu mendengar cerita seorang ahli UMNO yang jujur dan ikhlas ini.Kawe tahu Pak Chu penyokong UMNO tegar tetapi beliau mempunyai OTAK yang segar .

Soalan kawe pula kepada Stopa anak ''kelate Mutad"" apakah ini satu arahan yang di keluarkan oleh PM atau arahan dari LHDN sebagai badan yang bertanggungjawab kepada beliau yang membolehkan beliau meberi arahan kepada ketua ketua bahagian UMNO? Jikalau ini ARAHAN dari pihak berkenaan maka proses ini diamalkan di seluruh negara.JIKA tidak KENAPA arahan ini diperlukan untuk rakyat Kelantan?..Stopa boleh memilih untuk menjawab di mana mana media atau Stopa juga boleh memilih untuk tidak mahu menjawab soal keresahan rakyat kelantan ini.

Secara logiknya kawe tidak memahami kepada chop penghulu diperlukan kerana pihak yang akan menilai layak atau tidak layak adalah LHDN? Mungkin juga untuk mengelak kesesakan di pejabat2 LHDN bila diserbu oleh orang ramai untuk membuat tuntutan nanti hendak di jadikan alasan .Apakah tok Penghulu boleh menuntut bagi pihak anak mukimnya? Untuk selesaikan masalah pejabat LHDN diserbu oleh orang ramai.

Jika arahan ini juga bukan datang dari pihak berwajib dan Stopa memandai buat peraturan sendiri ,APA kepentingan Stopa dalam hal ini? Apakah Stopa sedang menjaga kepentingan politik beliau di kelantan dengan cara menyusahkan proses bantuan untuk rakyat kelantan? Ada eloknya Stopa mengarahkan supaya setiap orang yang mahu terima wang tersebut di WAJIBKAN menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan bila kemasukan ahli yang beramai ramai ini ke UMNO .Nama Stopa akan menjadi hebat di mata Najib untuk memasang angan angan bahawa UMNO berjaya merampas Kelantan dari PAS dalam PRU 13 nanti.

APakah Stopa anti Najib? Kawe tidak mahu ulas kenapa Stopa anti Najib kerana kawe akan bersetuju jika Stopa mahu menjatuhkan Najib.Apakah Stopa sudah lupa keluhan rakyat kelate berkenaan dipaksa mendengar ceramah UMNO bila kerajaan beri bantuan RM 100 kepada anak anak sekolah? 

TAHNIAH KEPADA NAJIB KERANA BERGANTUNG HARAP KEPADA ''PENGKHIANAT '' KEPADA RAKYAT KELANTAN UNTUK MERAMPAS KELANTAN DARI RAKYAT KELANTAN


Thursday, December 8, 2011

ENTA BAWA KERETA LAJU !!!!...ENTA BAWA KERETA LAJU !!!

                                                               Gambar Hiasan

Ungkapan seperti diataslah dilafazkan oleh TGNA dengan wajah serius kepada salah seorang wakil rakyat PAS baru baru ini.Wakil rakyat berkenaan terpinga pinga untuk mentafsirkan sergahan dari ketua wakil rakyat tersebut..Walaupun terpinga pinga dan tidak tahu maksud yang sebenar tidak menjadi amalan wakil rakyat tersebut untuk memberi alasan dengan berbohong.Akhirnya setelah TGNA bertanya satu lagi soalan yang boleh mengimbaskan kembali ingatan Tok Wakil kepada peristiwa yang berlaku.

Pengajaran dari peristiwa ini perlu dinilai dari pelbagai sudut nilaian yang boleh dibuat samada dari sudut positif dan negatif dan ianya bergantung kepada otak otak manusia untuk menilai.Mungkin boleh ditafsirkan sebagai TGNA amat sayang kepada nyawa para Tok Wakilnya .Boleh juga ditafsirkan bahawa TGNA tidak mahu Tok Wakilnya memiliki kereta mewah yang selesa dipandu laju ,jaddik memadailah Tok Wakil PAS memilki kereta buruk yang tidak boleh dipandu laju.Berkereta mewah akan kelihatan ""AGAH"" dimata rakyat apatah lagi jika memandu kereta dengan melebehi had laju.

Kesimpulan bagi kawe adalah TGNA mahu Tok Wakil PAS bersederhana dalam segala segi ,sederhana dalam memiliki kereta ,sederhana dalam memiliki rumah,sederhana dalam berumahtangga supaya tidak melebihi apa yang telah ditetapkan oleh sunnah.

Tok Wakil PAS juga tidak akan senang duduk kerana mata dan telinga TGNA senantiasa memerhati gelagat mereka tidak kira dimana saja mereka berada.Siapa SB TGNA? Siapa jurulapor TGNA? Siapa pengintip TGNA terhadap tok wakil tok wakil PAS hanya TGNA yang tahu.Begitulah betapa jujur dan halusnya TGNA sebagai ketua sebuah kerajaan memerintah negeri kelantan ini.Tiada surat sebab yang diminta oleh TGNA untuk dijawab oleh Tok Wakil tersebut.Tapi penjelasan dari hati yang tulus ikhlas yang penting bagi TGNA.

Kepada mata dan telinga TGNA pula ,soalan kawe adalah ISU bawa kereta laju ini satu isu yang besar?Apakah tiada kelonggaran sedikit kepada mereka ? Manakah yang lebih penting bagi ''pengintip''TGNA isu kebersihan /sampah yang tidak terurus dan diabaikan oleh Exco exco yang bertanggungjawab tidak menjadi ISU kepada pengintip TGNA?Berapakah kali kah pengintip TGNA membuat laopran kepada TGNA berkenaan menantu perempuan TGNA yang selalu bermewah mewahan bila membeli pakaian?Apakah pengintip ini pernah melaporkan kepada TGNA bahawa terdapat Tok wakilnya yang bersalam dengan rakyat yang tidak memandang butir mata? Pernahkah pengintip ini melaporkan kepada TGNA bahawa ada seorang exco yang melempar fail kepada seorang rakyat yang memerlukan bantuan dan nasihat? Pernah kah ? Kawe ada 1001 pernahkan untuk di soal disini ...

Jikalau semua persoalan pernahkah yang kawe lontar seperti atas disana dilaporkan kepada TGNA. MAKA tiada sehelai daun kayu sebagai sampah di Bandar Kota Bharu ini .Kenapa pengintip tersebut tidak melaporkan?? Kroni sendiri? Buta mata? POOORAHHH lah pengintip yang suka membodek ini .


BERPADA PADALAH BILA MERACUN ...RUMPUT TAK TUMBUH PERACUN HILANG KERJA

Wednesday, December 7, 2011

NIK ADLI WARISAN TGNA KEPADA RAKYAT KELATE

Nik Adli bersila dilantai dikala tetamu lain duduk atas sofa di rumah adiknya .


Siapa pengganti selepas ketiadaan TGNA suatu hari nanti ? Persoalan siapakah MB selepas TGNA tidak menjadi satu perhatian menarik untuk kawe mengarut disini .Tapi siapakah susuk yang sesuai untuk mengantikan ketokohan dan aura TGNA di bumi Kelate ini.Ada setengah pendapat mengatakan kena tunggu 100 tahun lagi barulah lahir manusia yang sama ketokohan seperti TGNA.Walaupun kawe tidak bersetuju dengan pendapat itu tapi kawe tidak menyanggah memandangkan ketokohan dan aura TGNA sukar untuk dicari ganti buat masa ini .Kawe juga tidak boleh menerima sifat manusia dan ketokohan seorang manusia dengan manusia lain mempunyai persamaan walaupun adik beradik kembar sekalipun.APakah TGNA tiada pengganti? Yup ..Pandangan kawe tiada manusia lain yang boleh mengantikan ketokohan TGNA atau Tun Mahathir...

Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Tun M kepada rakyat Malaysia masih tidak kelihatan dengan jelas lagi sekarang ini ,mungkin keberanian Marina dipusakai dari keberanian Tun M tapi beliau tidak menyertai politik ,manakala Mukriz pula kelihatan masih berada dibawah ketiak Tun M dalam dunia politik Malaysia yang pada kawe KJ yang sepatutnya menjadi anak kepada Tun M dari segi kecerdasan berpolitik TAPI ketentuan yang ditetapkan oleh Sang Pencipta tidak begitu.

Hari ini dalam satu perbualan kawe dengan seorang sahabat di sebuah coffe house ,sahabat kawe ini ada menyebut bahawa anak TGNA adalah Nik Abduh tetapi ''anak politik'' TGNA adalah Husam Musa ,kawe hanya tersenyum sahaja diatas sebab sebab yang hanya kawe tahu kenapa senyuman itu kawe lemparkan ...senyuman kelat atau senyum kambing hanya sahabat kawe tersebut sahaja yang tahu dan kawe serahkan kepada beliau untuk menilai..Umum mengetahui bahawa Nik Abduh merupakan seorang dari anak TGNA yang bergiat cergas dalam politik dengan jawatang yang beliau sandang ketika ini sebagai Timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat.Samada kebolehan beliau terserlah atau tidak dalam dunia politik kawe tidak mengikuti dengan dekat suami kepada farah yang terkenal  bila membeli belah akan bertanya baju/kain manakah yang paling mahal dalam kedai tersebut.Maknanya isteri Nik Abduh mempunyai gaya yang tersendiri untuk menjadi isteri kepada bakal pemimpin besar barangkali ,itu telahan kawe.

Beberapa hari sekembalinya Ariff Fahmi iaitu menantu  TGNA yang kontoversi dari mekah beliau telah mengadakan jamuan kesyukuran dirumahnya .Kawe ,MSO dan beberapa rakan yang lain berkunjung dimajlis ini . Sesampainya kawe dirumah Ariff ini terdapat beberapa tetamu yang lain semuanya keluarga terdekat beliau Kelibat Nik Abduh dan Nik Adli juga ada. Inilah kali pertama kawe bersalaman dengan kedua dua anak Tok Guru yang bersohor ini . Nik Abduh berpakaian kemas kena dengan gayanya sebagai seorang pemimpin manakala Nik Adli hanya berbaju melayu dan berkain pelikat juga kena dengan gayanya sebagai pengembala kambing.Secara jujurnya kawe lebih mengkagumi nik Adli berbanding Nik Abduh sebabnya kenapa kawe sendiri pun tidak tahu ..mungkin itulah yang dikatakan sebagai naluri manusia.

Tumpuan kawe lebih kepada Nik Adli walaupun mulut kawe berbual dengan Nik Abduh ,sifat Nik Adli yang tidak banyak bercakap tapi lebih banyak berdiam diri dan mendengar sahaja.Dan dalam satu ketika beliau telah bersila diatas lantai tanpa rasa kekok dengan tetamu tetamu lain asyik melayani soya empuk Ariff .Kawe hanya memerhati kedua dua gelagat adik beradik ini ,cara bertutur kawe hayati,cara bersalam kawe rasai,cara duduk kawe bandingkan,cara berpakaian kawe amati,cara senyum kawe tatapi semuanya menjadi perbandingan kawe pada hari tersebut bersempena pertemuan yang pertama dengan kedua duanya .

Apa apa perbezaan yang terdapat diantara adik dan abang ini kawe akan simpan untuk kegunaan kawe dimasa masa akan datang .Imbasan kenangan mengenai cerita orang mengenai sikap TGNA memercu nama dalam dunia  politik tanahair.Rahsia umum mengetahui bahawa sekembalinya TGNA dari belajar beliau menjadi ustaz dengan mengajar disekolah kerajaan.Dengan hanya bermotosikal buruk dan dunia politik beliau bermula bila pada suatu hari beliau telah mendapat pesanan yang seorang tokoh PAS yang masyhur ketika itu mahu jumpa dan tokoh itu adalah Arwah Asri Muda.Sesampaikan Ustaz Muda ini di pejabat Asri kejutan telah berlaku apabila Asri menawarkan kepada ustaz muda ini untuk menjadi calon dalam satu pilihanraya.Dalam keadaan terkejut dengan tawaran tersebut Ustaz muda yang jujur ini tanpa segan dan silu menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menjadi calon dalam pilihanraya kerana gaji beliau sebagai Ustaz tidak mampu untuk menjadi wakil rakyat.Asri seorang tokoh yang hebat dan yang beliau mahu jawapan dari Ustaz muda tersebut ya atau tidak sahaja.dan diceritkan juga kepada kawe kehebatan Asri ini dalam memujuk hati manusia.Bermula dari hari itu maka dunia TGNA telah bertukar dari seorang Ustaz kepada seorang tokoh politik yang bergelar Ustaz.Seingat kawe hanya satu syarat yang TGNA letakkan kepada Arwah Asri ialah walaupun beliau bergelar wakil rakyat nanti pihak parti hendak memberi kebebasan kepada beliau untuk mengajar agama dimasjid masjid seperti mana amalan beliau setelah kembali dari belajar dari India seperti yang beliau amalkan juga semasa menjadi Ustaz.Syarat itu dipenuhi dan sampai ke hari ini pun amalan tersebut menjadi  darah dan daging TGNA dalam hidupnya.

TGNA memulakan kerjaya politiknya dengan DITOLAK kehadapan bukan dengan cara MENEMPATKAN dirinya didepan..Inilah RAHSIA besar kejayaan cara TGNA berpolitik.Dalam banyak keadaan yang mana memerlukan dirinya melangkah kehadapan beliau akan berdiri kaku disitu .Jika ada orang bertanya kepada beliau kenapa peluang itu tidak ambil jawapan yang selalu beliau berikan adalah ''ambo toksir ko jawatan atau pangkat ..bui ko ambo coppong tahulah ambo nak buat lagu mana"" Dalam perbualan kawe dengan veteran veteran PAS yang sama sama susah dengan TGNA dalam parti PAS kata mereka inilah masalah yang paling susah yang mereka hadapi bila berhadapan dengan TGNA .Beliau perlu ditolak dan didesak dalam bila keadaan terlalu mendesak barulah TGNA akan berganjak akibat tolakan   dalam menentukan kedudukan dirinya dalam parti..

Bila ada pihak pihak tertentu meminta/mendesak TGNA meletakkan jawatan dari MB atau berundur dari berpolitik kerana faktor usia dan lama berada dikerusi kuasa. Permintaan dari golongan ini ada logiknya TETAPI persoalannya adakah TGNA mahu kuasa itu? Adakah TGNA mahu jawatan itu? Adakah TGNA merancang dirinya untuk menjadi ahli politik? Jaddik kepada pihak yang ingin mendesak untuk TGNA bersara /undur diri itu desaklah sepuashati kerana sejarah telah membuktikan TGNA melangkah dalam dunia politik dengan didesak dan ditolak kehadapan.Siapakah yang mampu menolak dan mendesak TGNA kawe tidak tahu ..CUBALAH..

Berbalik kepada apakah warisan yang akan ditinggalkan oleh TGNA kepada rakyat kelantan nanti ? Kawe tidak nampak banyak warisan yang mampu ditinggalkan kepada rakyat kelantan nanti selain dari KEJUJURAN DAN RENDAH DIRI SERTA SEDERHANA dalam segala segi.Perwatakan ini dari sudut pandangan kawe dipusakakan oleh TGNA kepada Nik Adli .Beliau merupakan seorang anak muda yang sudah diuji dengan segala keperitan dan kesudahan. Beliau diuji dan dilatih dimedan perang berjuang untuk syiar Islam.Beliau tahan diuji bila dipenjarakan oleh sistem perundangan Zalim.Nik Adli cukup ilmu dan mengerti apa itu perjuangan .Nik Adli tahu apa itu erti kesusahan. Air mata TGNA gugur ke bumi kerana ketabahan Nik Adli.

Tidak pernah kedengaran ditelinga kawe Nik Adli ingin menjadi calon PRU 13 nanti ...Tidak ada desas desus yng diperkatakan Nik Adli akan menjadi calon Parlimen untuk menentang Braheng Ali di Pasir Mas atau cuba menewaskan kekuasaan Stopa Mamat di Jeli.Tidak kedengaran Nik Adli mempunyai perniagaan import export ..Orang tidak bercerita Nik Adli minat kepada kereta kereta mewah dan suka makan angin di luar negeri. Tidak dituliskan di dalam dalam blog bahawa Nik Adli selalu berbincang dengan TGNA dimeja makan mengenai politik....MAKNANYA Nik Adli tidak BERKEHENDAK seperti yang Nik Abduh kehendaki.....Apa yang di KEHENDAKI oleh Nik Adli hanya dirinya dan TuhanNya sahaja yang tahu.

LIHATLAH KEJUJURAN PADA TGNA TAPI PANDANGLAH NIK ADLI UNTUK MENCARI KETABAHAN


Monday, December 5, 2011

Pak Man Minyak


PAK MAN MINYAK KINI SUDAH BERUSIA 71 TAHUN



Tidak ramai orang muda masa kini kenal wajah sebenar atau susuk tubuh orang tua ini .Mungkin ada segelintir anak muda kini hanya pernah dengan nama Seman Minyak @Pak Man Minyak.Tiada siapa yang tahu bahawa arwah Cik Hussin Kemumin selalu mencium tangan orang tua ini semasa hayatnya.

Pak Man Minyak dilahirkan di Kedai Lalat dan merupakan anak tunggal dalam keluarga .Beliau mengenali kawe ketika kawe masih merah merah lagi dan sehingga ke hari ini pun perasaan kawe terhadap beliau dan perasaan beliau terhadap kawe hanya kami berdua yang mengerti.Sekembalinya kawe ke tanah air beberapa bulan yang lalu barulah hari ini kawe menjengguk beliau dirumahnya di Kedai Buloh.

Seperti biasa bila menyambut kedatangan kawe ke rumahnya wajah kecerian beliau akan terselah dan bila kawe tengok dia masih menyepit rokok ditangan lantas kawe menegur doktor tak marah ko hisap rokok tu ..Selamba beliau menjawab aku tipu doktor sambil ketawa berdekah dekah ....

Susuk tua ini pernah membaca Khutbah Jumaat di Masjid Besar Kuantan beberapa puluh tahun yang lalu semasa beliau menetap disana.Beberapa tahun yang lalu beliau menceritakan kepada kawe mengenai pengalaman tersebut dan teknik bercakap dengan ''laut'' yang diceritakan kepada kawe membuat kawe ketawa terbahak bahak pada ketika itu.Sperti biasa jika kami bertemu maka satu jam masa berbual bukanlah amalan kami ...sekurang kurangnya setengah hari kami akan berbual.tanpa sedar masa berlalu.

Perbualan kawe dengan Pak Man hari ini lebih banyak berkisar mengenai kesihatan dirinya yang uzur sedikit kerana faktor usia.Menceritakan beliau baru keluar dari hospital 2 minggu yang lalu kerana masalah pernafasan.Beliau juga menunjukkan ''jabbir'' ubat yang terpaksa beliau telan setiap hari .Apa yang terasa dihati kawe bila berjumpa dengan Pak Man Minyak kali ini iailah bila mana beliau berseloroh dengan ketawa kecil beliau sejak azali lagi katanya  '' Aku dah tak lama lagi nak hidup ni ..segala persiapan tempat mandikan mayat dalam bilik aku pun dah aku siapkan segalanya termasuklah saluran air keluar untuk urusan pemandian mayat nanti ,Aku toksir bui ore lain susah dan perjalanan aku nanti pun tidak terganggu katanya '' Kawe hanya tersenyum hambar bila mendengar seloroh beliau pada kali ini ...Beliau juga berkata sambik ketawa lagi '' Aku jugak dok berfikir sehari dua ni untuk buat keranda dan diletakkan di depan tangga biar ore kata ..guano seman nak mati doh ko tu ..kali ini ketawanya berdekah dekah ...

Kawe menukar topik perbualan mengenai politik pula dengan beliau ,bila ditanya mengenai politik beliau berkata aku masih lagi Ketua Peti undi dalam salah satu peti undi di Parlimen Pengkalan Chepa tapi akan meletakkan jawatan dalam pemilihan yang akan datang ini.Beliau juga menceritakan perbalahan beliau dengan Arwah Datuk Arifin B bekas Ketua Bahagian Umno Pengkalan .Dimana pada satu ketika Arwah telah memecat beliau dalam satu jawatan dalam parti dan ada beberapa kisah mencuit hati yang lain telah diceritakan kepada kawe tetapi tidak eloklah untuk kawe catatkan disini kerana arwah telah lama meninggalkan kita semua ..Sedekahlah Al-Fatihah kepada bekas Ketua Bhagian tersebut.

Satu kisah yang menarik untuk kawe paparkan disini ialah berkenaan kisah Pak Man Minyak dan Stopa Mamat. Beliau menceritakan bahawa Stopa mamat telah menghubungi beliau beberapa tahun yang lalu dan meminta beliau usahakan supaya mengambil satu video ucapan ucapan pemimpin PAS di PUTIK Pengkalan Chepa ,Stopa Mamat ingin mengetahui apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS terhadap diri beliau .Pak Man Minyak dan anak buahnya telah berjaya mendapatkan video tersebut seperti yang dikehendaki oleh Stopa Mamat.Beberapa minggu kemudian ceritanya Stopa Mamat sekali lagi hubungi Pak Man Minyak  melalui telefon dan mengatakan beliau berada di Tawau dan esok akan balik ke Kuala Lumpur dan mahu berjumpa dengan Pak Man Minyak di KLIA untuk menerima video tersebut.

Dalam nada sayu menceritakan perkara tersebut ''Pak Man berkata kebetulan pada ketika itu aku tak berduit TAPI demi untuk memenuhi permintaan seorang pemimpin aku terpaksa tebalkan muka untuk berhutang dengan kawan demi untuk menyampaikan video yang dikehendaki oleh Stopa Mamat.Setibanya di KLIA dan tidak lama kemudian Stopa mamat tiba dari Tawau dan sama sama menaiki kereta untuk kerumah Stopa .Dalam perjalanan pulang ke rumah ..Stopa Mamat bertanya ..Abe Man parook ko puak PAS kato ko ambo ? Pak Man Minyak menjawab ..Tengok sendirilah video tu nanti Pha.Setibanya dirumah dan setelah video dilihat Stopa Mamat hanya berkata ''Ambo lagi hebat dari ore hak dok kata ko ambo dalam video tu '' Pak Man Minyak hanya mampu tersenyum katanya..

Selepas itu Pak Man Minyak minta diri untuk pulang dan Stopa Mamat ucapkan terima kasih dengan tangan ''kosong'' kepada Pak Man Minyak tetapi telah mengarahkan driver untuk menghantarnya. Pak Man Minyak ore bersaing rata riti ,apa yang diperlakukan oleh Stopa Mamat kepada beliau diterima dengan senyum . Bila pulang ke Kota Bharu Pak Man Minyak berjumpa dengan Dali iaitu Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa ketika ini setelah diceritakan apa yang berlaku Dali sanggup membayar hutang Pak Man Minyak yang berhutang dengan kawannya demi memenuhi permintaan Stopa Mamat itu.Selepas dari peristiwa tersebut Pak Man Minyak masih lagi ahli UMNO serta memegang jawatan yang beliau ada sampai ke hari ini namun katanya ...ORE UMNO MAIN PARTI KERANA DUIT MANAKALA  ORE PAS MAIN PARTI KERANA PERJUANGAN...

Satu perkara lagi yang kawe tidak dapat kata tidak bila isteri Pak Man Minyak yang kawe panggil Mak Ku (Ada kaitan dengan kerabat di Raja Pahang)  ialah bila beliau suruh makan nasi dirumahnya .Sayur ttene masak lemak (sayur putih nama yang kawe panggil) yang menjadi kegemaran kawe mesti disediakan beserta budu dan ikan tawar mesti ada .Dari kecil hingga kini hubungan kawe dan Mak Ku amat akrab .Sambil bersila menjamah masakan dari Mak Ku sambil berbual bual mengenai keluarga dan Pak Man Minyak berkata aku amat kaya sekarang kerana mempunyai 30 orang cucu .

Setelah hari senja dan kawe minta diri untuk pulang kerana ada urusan lain yang perlu dibereskan ,kawe sekali lagi bergurau dengan beliau dengan berkata ''Nak main parti lagi ko?'' Dengan pantas beliau menjawab tak cekap doh ..hahahaha

UMNO HANYA PERLU JIKA DIPERLUKAN SAHAJA SETELAH TIDAK PERLU DIBIARKAN BEGITU SAHAJA ..ITULAH NASIB VETERAN UMNO

Saturday, December 3, 2011

''JAMBATAN'' PENGHUBUNG DAA DAN TGNA SEDANG DIBINA -PART 1

                                         KUKUHKAH BILA SIAP NANTI?

Perhimpunan Agong UMNO telah selesai hari ini begitu juga senarai calon calon PAS yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti sudah selesai dipilih kata Nik Amar.Nampaknya PAS setapak kehadapan dari UMNO mengenai persediaan utama untuk menghadapi PRU 13 nanti.Kawe tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bertanding semula  dan siapa yang telah gugur untuk bertanding serta siapa muka baru yang akan bertanding menjunjung gambar bulan nanti.

Kawe hanya berminat untuk mentabir mimpi kawe disianghari tadi mengenai kemenangan DAA di Parlimen Bachok dalam PRU 13 nanti.Ramai ore PAS di Kelantan berkata mustahil DAA akan menang di Bachok dengan sifat AGAH dan perkataan popular terkini beliau Tak payah ..Tak Payah ..Tak Payah ..yang mashur seluruh negara itu.Tetapi mimpi kawe berlaku sebaliknya dengan bertentangan dengan majoriti kehendak orang ramai .Dilema menjelma dalam diri kawe adalah samada untuk memencilkan diri kerana percaya pada mimpi atau bersama dengan majoriti untuk menyenangkan hati?.

Majoriti bersama dengan yang ramai menjadi pilihan kawe TETAPI mimpi disiang hari kawe tidak kesampingkan begitu sahaja.Formula yang kukuh perlu ada untuk memperkukuhkan bahawa kemenangan DAA di Parlimen Bachok mempunyai asas.yang kuat mengenai cara kemenangan tersebut...GERTOK!!!!

Jambatan dalam bahasa standardnya TAPI ore Bachok dan Pulau Melaka lebih mesra dengan panggilan GERTOK. Pembinaan gertok diperlukan bila ada halangan dan kebiasaan halang yang memboleh gertok dibina adalah sungai ,itu lumrah semulajadi alam.Pembinaan GERTOK memerlukan kos yang bukan sedikit tapi bergantung kepada selebar mana sungai yang akan dilintasi oleh GERTOK.

Sebelum GERTOK dibina tuan punya GERTOK mesti dikenal pasti terlebih dahulu .Juruperunding rekabentuk bentuk mesti dilantik terlebiha dahulu, Proses tender untuk memilih kontraktor kontraktor yang berwibawa mesti dilakukan dahulu.Setelah kontraktor utama dipilih dan dipersetujui maka GERTOK harus dibina dengan segera dan mesti disiapkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan .TETAPI harus dingat musim banjir tidak sesuai untuk membina GERTOK...

GERTOK TIDAK AKAN SIAP DIBINA DALAM MASA SEHARI .....BERSAMBUNG...

BICARA ''JUJURKAH UMNO KEPADA ORANG MUDA KELANTAN''


Group UMNOtumPAS yang berjaya menganjurkan program BICARA HUDUD baru baru ini kepada ahli ahlinya sekali lagi akan membuka langkah untuk membuka minda orang orang muda di Kelantan bila pihak Admin laman sosial tersebut akan menganjurkan satu lagi program BICARA seperti tajuk yang tertera diatas.

Berdasarkan gambar diatas ahli ahli panel kali ini semuanya dari kalangan ahli ahli UT dan bersempena dengan tajuk yang melibatkan UMNO maka ahli panel terdiri daripa 2 orang ahli UMNO dan seorang bekas ahli UMNO yang kini telah bersama PAS. Tuan Haji Soberi Shafii merupakan pengasas Group UT dan bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh .Zaiyadi Haji Awang Noh pula Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan  sebagai moderator dalam bicara ini .Seorang lagi ahli panel adalah seorang tokoh muda yang bijak dan berkarisma di dalam UMNO Kelantan ketika ini iaitu Saudara Kamaruddin Kassim atau lebih dikenali dengan nama samaran Jogho Kelate dalam group UT.

Ketokohan Soberi Shafii tak perlulah kawe perincikan dengan jelas disini kerana umum sudah mengetahui siapa Soberi selama 38 tahun beliau bersama UMNO. Begitu juga ketokohan Zaiyadi yang hebat memimpin Pemuda Umno satu ketika dahulu dan sehingga kini meninggalkan legasi beliau dimana hampir 3/4 ajk UMNO Bahagian Bachok yang ada kini adalah hasil asuhan dan gilapan dari beliau.

Tokoh yang ketiga menarik perhatian kawe untuk dinilai kehebatan anak muda dari Kampung Pulau Kundur ini yang lebih mesra dengan Jogho Kelate @JK didalam forum UMNO tumPAS.Kecerdasan otak dan kehebatan anak muda ini berdebat didalam forum UT diakui ramai akan kebolehan beliau.Anak muda ini sentiasa mempunyai idea idea yang bernas serta tajam dalam melontarkan isu isu yang berkait rapat dengan kehendak dan gelora orang muda khasnya anak anak Kelantan.Pada pandangan kawe inilah sebutir mutiara yang berjaya dicungkil keluar dari cegkerang UMNO untuk masa depan anak anak muda Kelantan.

Anak muda ini perlu digilap ,perlu diasuh ,perlu dibentuk supaya dimasa akan datang munculnya seorang pemimpim UMNO yang hebat di Kelantan .Melihat kepada kelemahan kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan pada masa kini yang dipimpin oleh Nuar Balla akan bertukar menjadi HEBAT dan bertenaga jika anak muda ini diberi peluang untuk memimpin Pemuda UMNO Kelantan.Wawasan dan gagasan yang dimiliki didalam dirinya serta aura yang lemah lembut mungkin akan mudah terlekat dihati orang muda masakini....Apa yang perlu kepada anak muda ini adalah PELUANG...

Jika kini hanya KJ sahaja yang kelihatan anak muda yang hebat atau terhebat dalam UMNO kini KJ tidak boleh tidur lena untuk mengengamkan gelaran tersebut buat selama lamanya .JK adalah harapan orang Kelantan untuk menaikkan nama anak anak muda Kelantan dipersada dunia satu hari nanti .Mungkin tidak keterlaluan jika kawe katakan TGNA adalah golongan tua yang terhebat dalam abad ini yang memacu nama Kelantan dipentas membangkitkan syiar islam di Malaysia .Kini zaman TGNA semakin menuju hari senja TETAPI bumi bertuah Cik Siti Wan Kembang ini sentiasa bertuah dengan kelahiran mutiara JK untuk terus menjadikan Kelantan ini sent5iasa hebat di mata dunia .

MAMPUKAH TGNA PERTAHANKAN KERAJAAN PAS KELANTAN BILA MUTIARA JOGHO KELATE INI TELAH BERSUMPAH UNTUK MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PAS DENGAN SEGALA USAHA ...SEHARUSNYA DEGUPAN JANTUNG TGNA BERDEGUP KENCANG DENGAN SEMANGAT ANAK MUDA INI.