Thursday, November 25, 2010

MELAYU NIKAH YAHUDI

                                          Gambar ini hanya hiasan sahaja.

Perkahwinan campur kini bukan lagi perkara asing dalam kehidupan kita orang melayu bahkan telah menjadi satu trend atau kebanggaan pula.Kalau dulu bukan sahaja kahwin dengan berlainan bangsa bahkan berlainan suku dalam satu bangsa pun menjadi satu keganjilan. Kalau kita perhati kebanyakkan Sultan Sultan di Malaysia ini berkahwin dengan kerabat dikalangan mereka atau kerabat kerabat di Raja di negeri lain ,bahkan ada juga yang mengatakan seseorang anak Raja yang sepatutnya mewarisi tahta sebagai Sultan akan hilang haknya jika berkahwin dengan orang keluaran yakni bukan berdarah Raja.

Tapi adat dan peraturan yang di buat oleh manusia boleh ditukar dan dihapuskan bila bila masa mengikut keperluan dan kehendak manusia yang berkuasa dengan seleranya. Kini kita akan lihat bakal Sultan Perak dan Terengganu bukan lagi 100% berdarah raja. Bakal Sultan Selangor berdarah campuran USA dan Sultan Johor kini pun berdarah orang putih sebahagiannya.

Majmuknya masyarakat Malaysia sehinggakan Raja dan Sultan pun majmuk dalam pernikahan mereka.Melayu kahwin cina atau India kahwin cina adalah biasa kita dengar dan berlaku di malaysia dan mungkin mereka salah seorang dari ahli keluarga kita ,Jaddik slogan Satu Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri terkini bukanlah suatu omongan kosong kalau di nilai dari sudut pernikahan majmuk masyarakat Malaysia kini.Tapi kawe tidak minat untuk bincang slogan 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib yang bertulang belakangkan Rosmah ini.

Bila bekeccek pasal nikah dan kahwin satu perkataan yang tidak mungkin dapat di hindari adalah perkataan "CINTA".Banyak pepatah melayu digunakan untuk mewarnai nilai cinta ini. Kerana cinta lautan api ku sanggup renangi. Kerana gelora cinta ada orang yang sanggup buang keluarga.Kerana cinta ada yang sanggup bunuh diri dan mati dalam kesesatan....Hebatnya perkataan "CINTA" ini sedangkan mungkin ada bagi setengah daripada kita tidak tahu apa definisi CINTA itu sebenarnya TAPI semua orang tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan cinta atau memberi cinta.Hehehe kawe pun toksir nak bercerita panjang mengenai cinta ini .

Apakah kebanggaan bila berkahwin dengan lain bangsa selain dari faktor CINTA dan jodoh yang sukar untuk dipertikaikan itu?. Apakah terdapat bangsa bangsa yang tertentu yang menjadi kebangaan orang melayu bila mereka memilih untuk di jadikan pasangan hidup. Mungkinkah ada orang melayu berpendapat jika berkahwin dengan Cina standard lebih tinggi dari nikah dengan india? Atau bila kahwin dengan mat saleh maka boleh dikategorikan sebagai tahap tertinggi? Kalau ditinjau dari segi untuk glamour memanglah Mat Saleh menjadi pilihan golongan golongan artis di Malaysia ,jarang sekali atau tiada langsung kita dengar artis artis malaysia berkahwin campur dengan orang Asli ..hahahahhaa.

Apakah kahwin kerana glamor menjadi satu fenomena yang boleh mengantikan kahwin kerana CINTA? Samada kerana CINTA,kerana JODOH atau kerana GLAMOR atau kerana NAFSU satu lagi yang tidak dapat dielakkan oleh pasangan ini adalah pertukaran pegangan akidah salah seorang dari mereka.Mungkin bagi negara negara lain perkara ini tidak penting tapi bila bekecek mengenai Malaysia dan orang Melayu maka agama Islam dah sebati dan tidak dapat dipertikai lagi. Dalam perlembagaan negara mensyaratkan kahwin dengan Melayu maka secara langsung terpaksa menerima ajaran agama islam/bertukar dari agama asal kepada islam ,samada dengan rela hati atau tidak rela hati tapi itu adalah syaratnya.

Pernah disatu ketika heboh di Malaya mengenai kecenderongan anak anak gadis melayu yang suka kahwin dengan bangsa asing khasnya dari Pakistan,Bangla,Indon ,Ini mungkin faktor keagamaan yang mewujudkan satu kebimnangan di hati kalangan ibu dan bapa.Mungkin ibu bapa boleh berasa lega lagi kerana akidah anaknya tetap dengan agama islam.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian kawe dalam isu kahwin campur ini adalah bukan kahwin kerana cinta nafsu itu ,bukan kerana nak glamor diri itu.Apa yang kawe jarang jarang dengar adalah apabila seseorang bangsa asing atau bukan islam kahwin dengan orang melayu kerana CINTAKAN islamnya pasangan melayu itu. Apakah Mahathir yang kahwin dengan Anita Sarawak kerana terpegun/terpesona/jatuh cinta akan kerana betapa taatnya Anita kepada agama islamnya? Kenapa Broery tidak mati dalam islam? Murtad kecewa dengan Anita atau kecewa dengan Islam? hehehehe ..kak Anita jangan marah ..satu contoh untuk mudah paham sahaja ...

Mungkin ramai di luar sana yang masih setia dengan ISLAM walaupun kecewa dengan CINTA melayu tidaklah kawe pasti akan jumlahnya.Persoalan yang kawe ingin timbulkan disini mengenai nikah majmuk ini adalah samada CINTA pada islam datang dulu atau CINTA pada batang tubuh penganut ISLAM itu dating dulu?

Satu lagi perkara yang kawe kira menarik untuk dihalusi ialah mengenai bangsa mana yang paling sesuai untuk dipilih dijadikan pasangan nikah berlainan bangsa ini .Sekiranya kawe letak sebagai pilihan untuk dimiliki dari seorang anak dara berbangsa india, seorang dara berbangsa Ingeris,seorang dara sunti berbangsa China, seorang anak dara berbangsa Yahudi dan seorang janda berbangsa Arab untuk  jejaka melayu terakhir di Malaya membuat pilihan .Apakah anak dara Yahudi akan menjadi ANDARTU sampai mati?? 

Berapa ramai jejaka jejaka tampan melayu di Malaysia akan memilih anak dara Yahudi sebagai pilihan pertama? Mungkin majoritinya tidak akan memilih langsung anak gadis Yahudi yang sejelita Paula Abdul ini.Kenapa begitu hina sekali bangsa yahudi ini kepada pemikiran orang melayu? Sedangkan agama yang dianuti oleh melayu tidak memuliakan sesuatu bangsa dan kemuliaan disisi agama islam adalah ketaqwaan manusia tersebut kepada ALLAH S.W.T bukan kerana hebatnya ketuanan sesuatu bangsa itu.

Sebelum orang melayu yang di luar sana ingin mengatakan kawe sudah hilang akal kerana menulis sesuatu yang bertentangan dengan selera orang melayu terbanyak ,sila baca sebuah kisah yang berlaku 25 tahun dahulu .Anda bebas untuk menilai samada kisah ini satu cerita donggeng dari kawe atau satu kejadian yang benar benar berlaku ..yang penting satu pengajaran dan pendirian mesti diambil dari cerita ini dan bagi kawe kisah ini benar benar berlaku.

Pasir Puteh adalah satu daerah di Kelantan dan hanya orang yang pernah melawat ke sana benar benar tahu keadaan pasir putih 30 tahun yang lalu.Seorang anak muda melayu dari Pasir putih yang cerah otaknya telah ditawarkan untuk menyambung pelajarannya diluar Negara dan Germany adalah Negara yang akan menjadi tempat pemuda ini menyambung pembelajarannya.Kawe andaikan sudah tentu satu kampong bangga dengan kejayaan anak muda ini dan mungkin juga wujud kebimbangan di hati orang tua si pemuda ini ,maklumlah akan bermastautin di luar Negara dan sebuah Negara kafir .Macam mana dengan halal haram makan minum ,macam mana dengan sembahyang dan ibadat puasa ,mungkin itu yang bermain di kotak pemikiran keluarga anak muda ini.Tapi kalau hendak diambil kira istilah orang jawa yang datang cari makan di Malaysia satu ketika dulu pernah berkata kepada kawe ..katanya “ Orang jawa kalau tidak penuh ilmu didada tidak akan datang cari makan di Malaysia” .Jaddik kawe andaikan pemuda Pasir Putih ini mempunyai penuh ilmu agama yang diisi oleh ibubapanya sebelum melangkah kaki untuk memijak bumi yang terkenal dengan penyembelihan bangsa Yahudi satu ketika dulu.

Setelah berada di German beberapa tahun pemuda ini sudah menjadi pelajar senior kepada pelajar junior di university berkenaan.Lelaki tetap lelaki keinginan yang waras adalah kepada perempuan bukan berkehendak kepada lelaki untuk didampingi dan berteman tidur. Tapi pemuda ini bukan jenis seorang lelaki yang tidak memperdulikan halal haram dalam perhubungan sesama manusia .Perkenalan pemuda Pasir putih ini dengan seorang gadis jelita yang seiras Paula Abdul yang berketurunan Mizrahic ini telah membawa bibit cinta di hati gadis berkenaan. Harus di jelaskan disini bibit bibit cinta yang kawe sebut ini bukan CINTA gadis berkenaan kepada batang tubuh pemuda ini tetapi kecintaan gadis ini untuk mendalami agama yang di anuti oleh pemuda dari sebuah kampong di Pasir Putih yang tidak pernah diketahui di mana letaknya lokasi tersebut oleh gadis berkenaan.

Pemuda yang memiliki ilmu agama hasil yang dibekalkan oleh kedua orang tuanya ini menerangkan serba sedikit mengikut kemampuan ilmu agama yang beliau miliki.Penerangan dan penjelasan dari pemuda ini telah menimbulkan minat yang mendalam dari gadis yang mana berfikiran bangsa beliau adalah semulia mulia manusia di muka bumi ini dan agama beliau lah yang paling agung di dunia dan islam itu adalah musuh utama. Sebuah buku yang berjudul “To Be A Muslim “ hasil tulisan Dr Fathi Yakan telah di hadiahkan oleh pemuda ini kepada gadis yang minat untuk mendalami islam sempena hari jadinya telah mengubah segala dan dengan takdir ALLAH gadis ini telah memeluk islam.

Setelah agama ISLAM di peluk, batang tubuh pemuda ini pula di peluk oleh gadis ini maka terciptalah satu sejarah seorang pemuda dari bangsa melayu berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Yahudi.Apa perasaan kedua dua ibubapa pemuda ini bila mengetahui menantu mereka YAHUDI?? Boleh terimakah masyarakat kampong Pasir kerana kampong mereka di masuki orang YAHUDI ? Apa yang telah ditakdirkan berlaku telah berlaku ,jaddik kawe serahkan kepada masyarakat kampong Pasir putih 25 tahun yang lalu untuk menerima atau menolaknya serta juga PERSEPSI masyarakat melayu terkini darihal pernikahan yang dihalalkan oleh agama islam ini.

Setelah 3 bulan perkongsian hidup dan perkongsian bantal berlaku diantara yahudi  dan melayu ini satu perkara amat menakjubkan telah berlaku kepada gadis yahudi ini .Mengandung untuk mendapatkan anak sulung bukan perkara yang utama dalam pemikiran wanita Yahudi ini .Kenal erti budi dan adat resam si suami adalah lebih keutamaan serta dalami ilmu agama islam yang lebih dan perlu di dahulukan.Selagi berdarah kelate budu adalah perkara yang tidak dapat di pisahkan dengan sinonim dalam amalan pemakanan orang Kelate.Wanita Yahudi ini sudah pandai panggang ikan untuk dijadikan pasangan budu demi untuk buka selera mereka suami isteri ,sudah pandai memilih ulam di pasar untuk di cicah dengan budu.Bila seni makan budu sudah dihafal maka bekecek Kelate dalam bahasa ore Pasir Putih bukanlah perkara asing bagi wanita Yahudi ini .Apakah orang melayu boleh begitu cepat mempelajari bahasa yahudi atau bahasa Arab dalam tempoh 3 bulan bersama adat resam sekali?? 

Mungkin ramai yang berandaian keajaiban wanita yahudi mempelajari adat resam dan budaya melayu suaminya ini kerana rasa CINTA yang amat mendalam dan mungkin tiada apa apa lagi dalam hidup beliau selain dari suaminya.Andaian sebegitu mungkin ada benarnya kerana ada falsampah CINTA mengatakan “ Demi cinta lautan api sanggup di renangi” inikan pula memakan BUDU yang sudah tentu nikmat dan enaknya tuhan sahaja yang tahu .hehehee..

Dari segi pemakaian pula wanita Yahudi ini sudah tidak kekok untuk berhijab apabila keluar dari rumah .Busana muslim seperti yang di pertunjukkan dalam satu pameran pakaian islam yang dedah sana sani yang di naungi oleh Rosmah Mansor baru baru ini adalah haram bagi wanita yahudi ini bila di pakai di depan bukan muhrimnya.Rambut blondenya juga tidak didedah dengan ditutupi tudung serba salah seperti amalan tudung yang di pakai oleh Rosmah Mansor.Setahun berlalu dan kawe akan membiarkan khalayak di luar sana beranggapan gadis Yahudi ini amat mencintai pemuda Pasir Putih amat mendalam sekali kerana kawe rasa itu pilihan yang orang melayu suka pilih bila melibatkan perkahwinan melayu dengan bangsa asing.

Diriwayatkan juga usaha untuk mendidik atau mentarbiahkan wanita Yahudi oleh melayu kelate ini tidak lah susah sangat kerana perihal “mikvah” dan “kosher” telah ada dalam Taurat dan diperincikan dalam Quran.Bila sebut pasal Quran gadis yahudi ini tidak memerlukan masa setahun untuk mengenali alif ..ba..ta sebaliknya hanya memerlukan 11 bulan sahaja untuk membaca kitab Al-Quran dengan lancar ..hebat bukan???.3 bulan untuk adat resam melayu ,11 bulan untuk baca Al-Quran dan mungkin 2 tahun untuk mengajar Al-Quran kepada anak anak melayu islam yang mana mak dan bapa terpaksa menghantar kepada guru guru Quran untuk ajar anak mereka membaca Al-Quran.

Bagaimana orang melayu yang mengagungkan CINTA masih lagi nak pegang dengan pandangan kemetot anda bahawa gadis Yahudi ini mencintai batang tubuh pemuda melayu Pasir Putih atau hendak tukar pendirian bahawa gadis ini mencintai agama islam lebih dari segala galanya?? Jawapan ada dalam diri anda semua ,ego pun ada dalam diri anda semua TAPI kebenaran tidak memperdulikan tahap mana tingginya keegoan yang anda miliki.

Kawe tidak berminat untuk menjadi penglipura menceritakan kisah rumahtangga 2 insan yang berlainan bangsa ini dengan lebih lanjut TAPI persoalannya adakah jejaka melayu terakhir selepas ini akan membiarkan anak dara Yahudi menjadi ANDARTU sampai mati jika pilihan diberi??? Tepuk dada Tanya selera ..jangan bicara dengan nafsu …

Apakah teori ore  Kelantan atau melayu itu asalnya dari YAHUDI tidak boleh diterima pakai ?? Ya mungkin untuk hari ini masih lagi tidak diterima oleh orang Melayu yang berbangga dengan ketuanan Melayunya .Bagaimana 50 tahun akan datang? Apakah darah pemuda yang berusia 20 tahun hasil kacukan melayu –yahudi hendak dikatakan darah Melayu- German atau Arab? Perlu dijelaskan di sini bahawa Yahudi MIZRAHIC berakar umbi di Syria.

Hahahaha ..Mungkin ramai diluar sana akan kata kawe gila seperti mana saudara Sayuti Omar memarahi kawe kerana mengatakan ore Kelate adalah Yahudi Malaysia.Tapi bagi orang yang waras berfikir perkara yang MUSTAHIL adalah tidak MUSTAHIL akan berlaku.Jangan lupa ini satu cerita dari kawe sahaja ,kawe tidak minta untuk dipercayai akan kebenarannya …mungkin benar ..mungkin tidak  tetapi jika ada sesiapa diluar sana yang rasa ragu ragu dengan cerita kawe dan jika ada keberanian di dalam diri untuk menafikan qadar dan Qada tuhan kawe alu alukan kemukakan pandangan saudara .



5 comments:

Unknown said...

mak kawe ore pasir mah

Unknown said...

Gappo kaitan dgn mak demo ore Pasir Mas?

Anonymous said...

Kena faham
Ermm alhamdulillah, seorg suami yg soleh... :), Yahudi berada dimerata tempat tetapi perlu diingat bukan semua Mat Saleh b'keturunana yahudi ya...

ABS said...

Mariam Jamelah, menurut khabarnya juga seorang wanita keturunan Yahudi. Namun beliau merupakan seorang pejuan wanita muslim.

Unknown said...

Salam bro, Yahudi adalah agama atau pegangan bukan bangsa. Ramai gak bangsa Israel beragama Islam. WaLLAHU a'lam.