Monday, September 22, 2008

KELIK KAPPUNG


Kelik awal elak jammed dan akan dapat ;

1. Berbuka puasa dengan orang tua tercinta.

2.Cari air Tuak yang fresh.

3.Makan dan nikmati rasa sebenar kuih muih tradisional kelate.

Kelik waktu perdana akan dapat ;

1.Menikmati kemeriahan suasana balik raya ke kampung.

2.Merasai nikmat kemanisan jammed balik raya.

Kelik malam raya mungkin akan dapat;

1.Mendengar takbir pagi raya dalam kenderaan.

Sila pilih nikmat nikmat untuk dinikmati ,kawe pilih untuk menikmati air tuak fresh heheheh

SELAMAT KELIK KAPPONG KEPADA SEMUA DAN BERHATI HATI DI JALAN RAYA.

SELAMAT HARI RAYA

ZIARAH


Kemarin kawe sekeluarga berbuka puasa di Senawang kerana memenuhi jemputan seorang sahabat yang kawe kenali lebih 10 tahun yang lalu.

Kawe bercadang untuk bertolak awal lagi kerana berhasrat untuk menziarahi seorang lagi sahabat kawe yang tinggal di Ulu Langat kerana baru dapat zuriat yang baru tetapi terpaksa dibatalkan kerana sahabat kawe itu ada urusan lain.Apa pun tahniah kepada sahabat kawe yang dapat lagi seorang anak lelaki walaupun anak perempuan yang diimpikan ....Cuba lagi pujie tahun depan ....

Berkebetulan sahabat kawe di Senawang itu yang berdarah campuran Kelantan dan Melaka itu pun mengalami nasib yang sama semua zuriatnya lelaki .Namun kawe rasa amat bangga kerana sahabat sahabat lelaki kawe merupakan lelaki yang "kejantanan" mereka memang kuat.

Setelah sampai di rumah sahabat kawe di Senawang dan bertanya kabar ,kawe mengajak sahabat kawe untuk pergi ke Pasar Ramadan untuk mencari juadah berbuka puasa walaupun beliau berkeberatan kerana semua makanan telah disediakan termasuklah kuih dari kelate seperti buah tanjung,ketupat dan lain lain lagi .

Apa yang menarik mengenai sahabat kawe ini ialah walaupun loghat melaka yang sebati dengan beliau kerana isterinya dari melaka serta ibunya orang melaka,tetapi bila berjumpa dengan kami sekeluarga beliau akan cuba sedaya upaya untuk keccek kelate walaupun kadang kadang kawe dengar seperti ore siam Pattani keccek kelate sebutannya ....hahahahaha.Beliau bangga ada darah kelate yang mengalir dalam tubuh beliau...

Bagi kawe apa pun jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita tali persahabatan ini perlu dikekalkan dan dieratkan .

Terima kasih Haris dan Roha kerana sudi melayani kami sekeluarga seperti keluarga sendiri.

Sunday, September 21, 2008

BUKA POSA BERSAMA SAHABAT


Kemeriahan dan kemesraan di majlis berbuka puasa bersama sahabat sahabat kawe kemarin terpancar dari semua wajah wajah kami.Kalau dizaman persekolahan dulu kami hanya melayan kerenah diri sendiri dan gu gu hak lain di dewan makan.Tetapi di majlis buka puasa ini suasana dulu sudah berubah.

Kini kawe boleh tengok lagu mana kerenah gu gu kawe kena melayan anak anak dan isteri di tempat makan ,ya meriah,seronok dan lucu pun ada.

Namun seperti yang dijangka kehadiran dari kaum hawa kali ini amat mendukacitakan demi kekukuhan jalinan bersahabat bila mana tiada seorang pun yang dapat hadir.Mungkin teori kawe dalam posting kawe terdahulu betul atau teori sahabat kawe di dalam blog beliau hok betul,kawe tak tahu jawapan yang pasti ,tapi hok nyata dan jelas sahabat sahabat kawe yang bergelar ibu ini tidak menghadirkan diri.

Pertautan tali persahabatan dikalangan anak anak sahabat kawe adalah satu perkara yang seronok dilihat .

Thursday, September 18, 2008

UTTO KELIK KELATE


"TQ blek, insyallah kalu tak dok aral melintang, akan hadir la aku,
Jange menaruh harapan banyak sangat pasal perut, takut ramai yang kecewa!!! hehehe"


Itu jawapan sahabat lama kawe yang menetap di negara Kanggaroo bila kawe memaklumkan akan diadakan satu perjumpaan antara sahabat sahabat lama di satu tempat di kota bharu pada hari raya ke 4 tahun ini.

Sahabat kawe yang lebih 20 tahun kawe tak pernah bersua muka selepas tamat persekolahan dengar khabarnya kini telah menjadi seorang yang berjaya di dalam bidangnya di negara tersebut.

Mengikut perbualan diantara kawe dengan sahabat kawe nih,kata dia akan tiba di malaya pada 26-09-2008 di kuala Lumpur bersama dengan keluarganya untuk menyambut hari raya aidil fitri bersama keluarga di malaysia.

Kawe ingin menwar warkan kepada para sahabat ambo yang lain jikalau beraso nok jumpa mato dengan gu demo nih silalah hadir di majlis perjumpaan tradisi hari raya puak puak kita nanti di hari raya ke 4 nanti,tempat akan di bagitahu kemuadian nanti.....

Wednesday, September 17, 2008

PUAK KITO



Setiap tahun sambutan hari raya di adakan di sekolah tapi sambutannya tidak lah seberapa ...bukan kawe kato tapi dari mulut mulut orang yang lama bergelumang dengan SEMESTA ini atau Persatuan bekas bekas pelajar Sekoloh Menengah Sains Kelantan.....KENAPA PERKARA INI TERJADI?

Ada ore kata jaddik hambar begini ada beberapa sebab antaranya:

1. Wujudnya semangat kepuakan dalam batch jadik pergaulan dengan batch lain jadi hambar.

2. Jurang perbezaan umur antara junior dan senior menjadikan rasa hormat,rasa malu,rasa rendah diri membatasi pergaulan yang mesra.

3. Kelemahan pihak Semesta dalam menyediakan program program semasa perjumpaan ini.

Sejauh mana kebenarannya mengenai sebab sebab diatas kawe tak dapatlah memberi kepastian kerana kawe mempunyai pandangan kawe yang tersendiri mengenai perkara ini dan mungkin tidak dipersetujui oleh orang lain tapi bukan masalah bagi kawe jikalau orang lain tak setuju dengan kawe.

Boleh dikatakan hampir 90% pelajar sekoloh sains ni dari negeri kelate dan kita semua maklum sekuat mana semangat kenegerian/kepuakan ore kelate nih.Jaddik kalu adanya semangat kepuakan kepada batch sendiri dalam perjumpaan dalam semesta di sekolah atau dimana mana bagi kawe adalah perkara biasa dan lumrah ore kelate doh, tokleh nak kata perkara itu pelik atau luar biasa.Perasaan hambar dan tawar hati akan muncul bila dalam majlis tersebut apabila seseorang itu datang dan tiada kawan kawannya dalam batch yang sama turut serta,ini kerana bila melihat kemesraan dan kemeriahan serta riuh rendah suara orang lain yang batchnya datang ramai pada hari tersebut,kita mulalah merasakan diri kita terasing walaupun mereka yang dari kelompok yang ramai itu tidak mengasingkan kita ,cuma terlebih kemeriahan diantara mereka yang membuat kita rasa terasing.Jikalau kita berada di kelompok yang ramai itu perasaan terasing itu tak wujud.Pada pandangan kawe jangan salahkan ore lain atau batch lain kerana perasaan kita itu berpunca dari sikap kita dan batch kita sendiri.

Jurang umur adalah batas pergaulan yang wajib dipertahankan bagi kawe,kerana dah menjadi resam ore kelate yang di asuh dari kecil lagi supaya menghormati ore yang lebih tua.Orang muda hormat pada tua perkara biasa,bila batas batas ini dikekalkan maka kelihatan lah kemesraan itu pudar sedikit.Tapi bagi kawe kemesraan itu tidak hilang cuma adat dan pergaulan itu kita bataskan sedikit terutamanya bagi golongan yang muda.Jadik pengalaman golongan yang tualah perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk mendekatkan jurang ini.

Pengalaman kawe tahun lepas bila berkunjung ke sekolah untuk menghadiri majlis sambutan hari raya SEMESTA bersama dengan batch kawe yang boleh dikatakan mendominasikan majlis tersebut kerana kehadiran kami yang ramai.

Pada pandangan kawe pihak pengurusan SEMESTA yang tidak berjaya untuk menjadikan majlis tersebut meriah untuk dihayati oleh semua yang hadir.Pada kawe seolah olah majlis tersebut diadakan bagai melepaskan batuk ditangga sahaja.Tiada program yang boleh melibatkan semua warga semesta yang datang melibatkan diri kerana tiada aktiviti aktiviti khusus yang di sediakan oleh pihak berkenaan.

Sampai disekolah terus ke dewan besar,daftar nama,bubuh nama di baju,makan-makan, bersalaman ,borak borak dikalangan batch sendiri yang lebih.Pada kawe AJK semesta kena lebih kreatif dalam hal ini.....lebih lebih lagi kehadiran dikalangan AJK sendiri pun kurang .

Pada tahun ini kawe ingin menyeru kepada sahabat sahabat kawe supaya pergilah ke sana jika mempunyai masa yang terluang ,untuk apa dan dapat apa pergi ke sana itu terpulang kepada diri masing masing .

Sunday, September 14, 2008

TUPPAT SOTONG



Setelah kawe jelajah beberapa tempat jualan juadah pasar ramadan di sekitar kuala lumpur akhirnya pencarian kawe berhasil di pasar Ramadan Sri Gombak baru baru ini.Bila terpandang saja langkah kaki kawe terkaku di situ ....kuat sungguh menderam pak cik ini kata hati kawe.

Kawe terus tanya pak cik tu berapa rial sekor nih Pak Cik ....dengan penuh semangat Pak cik tu royat kawe harga sekor beserta iklan sekali " panah panah lagi ni awe"hehehehe.

Kawe tanyo Pak cik tu ...kalau ambo nok kuah lebih boleh ko Pak Cik ,bolehhh bape ekor awe nok balas Pak Cik tu yang asal dari Pasir Mas.Kawe royat jumlah hok kawe nok beserta kuah lebih itu...bila kawe tengok Pak Cik tersebut macam tak percaya dengan jumlah hok kawe nok..sambil tersenyum dan berselamba kawe berkata ..ambo anak ramai Pak Cik dan kebetulan anak anak ambo berehi TUPPAT SOTONG nih .

Pak Cik tu tersenyum sambil berkata ...mulo Pak Cik pun berehi kakloh mugo ni tapi loni takleh makan doh sebab semut berehi do'oh air kencing Pak Cik loni.Setelah kawe bayar dan terima tuppat sotong dari Pak Cik itu kawe beredar dari gerainya dengan kepala hotak kawe dok teringat kata kata Pak cik tu "semut suka pada air kencingnya"

Dalam perjalanan pulang ke rumah kawe terkenang kembali berkenaan pertengkaran kawe dengan seorang doktor diawal awal ramadan berkenaan laporan medical check up kawe di sebuah klinik swasta.Bila doktor beritahu kawe bahawa kadar gula dalam diri kawe melepasi paras yang sepatutnya, kawe mempertikai lapuran makmal tersebut dan berhujah dengan doktor tersebut dan mengatakan kawe mengamalkan pemakanan yang betul sehinggakan doktor minta kawe listkan apa yang kawe makan setiap hari dan kawe terpaksa akur dengan doktor bila beliau mengatakan faktor keturunan .

Tapi berehi kawe kepada tuppat sotong,jala mas,nekbak,sira pise,buah tanjung,tahi itik ,akok dan lain lain yang boleh menambahkan kadar gula ini memang tak boleh nak diketepikan .Harap harap nasib kawe tidak serupa dengan nasib Pak Cik yang menjual TUPPAT SOTONG itu.

Kepada sahabat sahabat yang mempunyai tahap keberehian serupa kawe nih sila silalah ke hospital dan klinik untuk pemeriksaan .

FADILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina
Ali (r.a.) daripada
Rasulullah S.A.W., sebagai
jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang
fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan
Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari
Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang
terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang
beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah
mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang
di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat
yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),
serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya
Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan
sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya
Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim
‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di
dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia
baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiaptiap
kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta
Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam
ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup
atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga
Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita
dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang
Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di
dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam
ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan
melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000
darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali
haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang
engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.

Wednesday, September 10, 2008

AIR TUANG......CAWAN TIADA

Pada hari sabtu yang lalu kawe telah menerima satu sms dari kenalan kawe yang memegang satu jawatan pengting dalam satu persatuan yang kawe sertai sebagai ahli biasa saja.Dalam sms tersebut menjemput kawe menghadiri satu mesyuarat ajk persatuan itu di office salah seorang ajk pada hari Ahad 5.00 petang.

Kawe reply sms tersebut dengan jawapan kawe tidak akan hadir kerana kawe ahli biasa sahaja dan tidak tidak memegang apa apa jawatan dalam persatuan tersebut,tetapi kenalan kawe menekankan kepada kawe supaya hadir juga kerana ketua tertinggi persatuan tersebut ingin berjumpa dengan kawe untuk membincangkan satu perkara mengenai program yang sedang dirancangkan oleh persatuan tersebut.......kawe mengalah dan bersetuju.

Keesokan harinya lebih kurang pukul 3.30 ptg satu lagi sms kawe terima dari kenalan kawe itu,sms kali ini berbunyi...meeting cancel kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak tetapi untuk hari ini ditukar kepada majlis berbuka posa di sebuah restoren yang juga hak milik salah seorang ahli persatuan ini.

Setelah membaca sms kawe ambil keputusan untuk call kenalan kawe ini untuk bertanya kenapa dibatalkan dan juga untuk memaklumkan kawe tidak akan hadir kalu sekadar untuk majlis berbuka puasa tapi malangnya penggilan tak berjawab......jaddik keputusan kawe tidak akan hadir majlis buka posa tersebut hanya kawe dapat maklumkan kepada diri kawe sendiri sahaja.

Pada pukul 6.30 petang kawe dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari ketua tertinggi persatuan tersebut dan bertanya kawe samada kawe gi ko dok......kawe terus jawab mengatakan kawe telah terima sms mengatakan meeting telah cancel dan si ketua berkata datanglah untuk buka posa kerana dia telah berada di sana sorang sorang dan kawe kata kalu lagu tu kawe akan pergi lah kesana.

Lebih kurang pukul 7.00 petang kawe sampailah di restoren tersebut dan melihat si ketua keseorangan didalam restoren ,setelah bersalaman dan bertanya ...mana yang lain lagi ?...dengan nada terpaksa si ketua menjawab belum sampai lagi .Bila kawe bertanya si ketua samada kenalan kawe yang memanggil semua ajk supaya hadir itu adakah beliau sendiri akan hadir,jawapan yang kawe terima beliau demam teruk hari ini sampai tokleh bangun dan dalam fikiran kawe terlintas mungkin jugak sampai takleh bercakap jugak kerana kawe call tak berjawab petang tadi .

Kawe tanya lagi tuan punya office untuk meeting datang tak jawab si ketua tak dapat di hubungi dan kawe cuba menghubungi tuan punya restoren tapi tak berjawab panggilan kawe mungkin kerana pada masa itu dah pukul 7.15 ptg.Kawe menghubungi seorang lagi kawan yang juga ahli biasa persatuan ini yang kawe tahu beliau jugak di jemput untuk kemajlis ini ,bila kawe tanya kenapa dia tak datang ....jawapannya dia memang dah bagi tahu untuk datang selepas berbuka tapi setelah kawe royat hanya kawe berdua sahaja yang ada di restoren ini maka dia kata dia akan terus datang selepas minum segelas air di rumahnya .

Setelah azan dan bacaan bissmillah selesai dan kurma di kunyah kawe termenung sambil melihat cawan cawan yang kosong di atas meja yang siap bersedia untuk menerima air yang di tuang dalamnya .

Bila merenung keadaan itu membuat kawe terpikir betapa berotaknya pekerja2 restoren gu kawe ini kerana menyediakan cawan sebelum menuangkan air.Tidak lama kemudian kawan kawe pun sampai ,jadik kami bertigalah pada hari itu,tidak lama kemudian tuan punya restoren call kawan kawe yang baru tiba tadi dan memaklumkan beliau tidak diberitahu pasal meeting dan majlis buka posa oleh kenalan kawe pada hari itu.

Sekali lagi pandangan kawe tertumpu kepada cawan cawan yang masih kosong tanpa dituangkan air diatas meja,sekali lagi fikiran kawe terlintas kepada kenalan kawe yang membuat jemputan untuk meeting dan majlis berbuka posa pada hari tersebut.

KEPADA KENALAN KAWE ITU PELAJARI CONTOH YANG DIBUAT OLEH PEKERJA RESTOREN YANG MENYEDIAKAN GELAS SEBELUM MENUANG AIR.DAN BUKAN GUNAKAN SURAT DOKTOR UNTUK MENYATAKAN AIR YANG DITUANGKAN TUMPAH ATAS MEJA .

Tuesday, September 9, 2008

"BARE" JOHN BEST




Panjang dan pendek harga yang berbeza itulah ketetapan harga yang dikenakan oleh john kepada sesiapa yang menginginkan "bare" beliau.

Kehebatan John memukau kelazatan nikmat para penggemarnya memang tiada tanding lagi khususnya bagi orang orang melayu di bulan ramadan ini.Dari mana datangnya dan asalnya JOHN ini sehingga digilai ramai orang terhadap "barenya".

Hanya Pak Ali yang memakai tongkat sahaja dari warisan melayu yang boleh mencabar kehebatan JOHN ini tetapi bila ditanya pada kaum wanita tentulah john menjadi pilihan hati mereka......hebat sungguh kamu john.

Kehebatan mu buat aku jadi sengsara john kerana setiap hari aku kena keluar mencari kamu untuk memenuhi hajat wanita dirumah aku john.

Terima kasih kepada Pak Ali kerana sudi meminjamkan tongkatnya untuk aku melangkah mencari john setiap hari,jasa mu amat besar Ali .........

Sunday, September 7, 2008

HATI SEORANG ISTERI

Alhamdulillah dalam 5 tahun yang terdekat ini sambutan terhadap program program yang dianjurkan oleh sahabat sahabat lama dalam kelompok warga kita semua boleh dikatakan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan samada dari gu gu kita dari golongan lelaki mahupun dari golongan hawa.

Majlis tradisi sambutan hariraya di kb yang telah berjaya diadakan lebih dari 10 tahun tanpa ketinggalan adalah satu pencapaian yang amat amat boleh dibanggakan oleh kita semua dan majlis berbuka puasa juga mungkin akan termasuk dalam satu aktiviti tradisi bagi simpulan silaturrahim kita semua.

Disamping itu kita juga terdapat aktiviti aktiviti terkejut seperti riadah futsal,bowling dan saja saja nak minum teh ngan sahabat sahabat .Namun walaupun apa aktiviti yang kita buat yang penting adalah kesangggupan kita semua untuk sama sama terlibat walaupun terpaksa mencuri sedikit masa kita yang teramat sibuk dengan pelbagai perkara sibuk itu.

Bila mengenang kembali dizaman persekolahan kita semua dulu dengan kehidupan kita semua sekarang ini memang amat jauh jurang perbezaanya,cuma keutuhan semangat persahabatan yang terjalin yang masih tidak berubah antara kita ,ikatan inilah yang menjadikan kita semua seperti sebuah keluarga yang amat besar dan sering merindui hilai tawa diantara satu sama lain,boleh juga dikatakan satu hubungan yang amat unik yang mungkin tidak berlaku kepada masyarakat lain.

Namun didalam keghaiarahan serta keriangan kita ketawa bersama sahabat sahabat lama ,sering kali kita dengar suara suara kesal,suara suara sedih,suara suara tak paham,suara suara mengharap diantara kita semua.

Sering kali kita dengar luahan kurangnya sambutan dari sahabat kita kaum perempuan,susahnya sahabat kita golongan ini untuk turut serta,payah ore tino,doh jaddik bini ore payah lah nok jumpa saing saing nih.....itulah luahan luahan yang selalu kita dengar.

Setelah luahan berlaku maka jawapan jawapan yang tak resmi pun banyak juga kedengaran diantara kita yang tolong menjawab bagi pihak hawa ini.

Baso dio doh lah ore tino keno ikut kato tok laki, kalu ada anak kecik payahlah,sibuk kerana jadi bini ore,tunggu ore hantar dan lain lain lagi jawapan yang kita dengar dari mulut mulut sahabat kita yang bergelar suami ini.

Bila mendengar jawapan jawapan sebegini adakah ia mencermin kita sebagai suami telah tetapkan kepada isteri kita semua dan secara tak langsung kita pun pahamlah bahawa keadaan sahabat kita dari golongan hawa tidak dapat bersama sama kita didalam majlis2 tertentu adalah disebabkan peraturan yang telah kita tetapkan pada sang isteri kita sendiri.

Apa kata HATI SEORANG ISTERI jikalau kita sebagai suami selalu kemajlis majlis untuk bertemu sahabat sahabat lama hingga pukul 2 atau 3 pagi baru balik ke rumah. Sedangkan bila si isteri kita ingin mengajak kita untuk pergi temankan dia beserta anak anak untuk bersama sama dalam majlis sambutan raya dengan teman teman lama beliau lalu kita terus siap sedia dengan pelbagai alasan kita dan akhir sekali bila segala alasan kita dapat dipatahkan oleh isteri kita maka mulalah kita menggunakan kuasa kita sebagai suami dengan mengatakan ...tak payahlah nak jumpa2 saing nih awak doh ada tok laki ,anak kecik pulok tuh dan macam2 untuk menghalang hasrat itu.

Alhamdullilah kita akan jadi seorang suami yang sempurna bila isteri mengikut segala perintah kita sebagai suami .Hubungan kita dengan sahabat kita tak terputus dan hubungan sahabat isteri kita terputus kerana menginginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dengan kita.

Hati seorang isteri ada tahap kesabarannya ......bila kesabarannya memuncak dan permintaannya juga kita kena penuhi seperti apa yang kita kenakan kepada dia .

Apa kata kita sebagai suami kalau sekiranya perkara ini berlaku heheehehehe.......takut ko bini ..ucapan biasa kita dengar......malas nak dengar ore tino beleber......takut kena tido dalam kereta ...malas nok bbaloh....dan lain lain lagi ucapan yang kita ucapkan tetapi hakikat yang sebenarnya ialah kita sayangkan isteri kita,kita sayangkan keluarga kita,kita sayangkan kebahagiaan kita jadi kita akan korbankan apa saja untuk mencapai apa yang kita inginkan bersama keluarga tersayang kita ini........SALAH SIAPA PADA MULANYA .

Tuesday, September 2, 2008

BBINI DUO

Terlebih dahulu kawe nok ucap tahniah kepada sorang gu kawe kerana melangkah dengan mengikut Sunnah Nabi S.a.w dalam kehidupan ....syabas juga diucapkan kerana telah menjadi pelopor dalam bidang yang amat amat diminati oleh orang lelaki dan bagi kaum hawa tak payah cakaplah hehehhee.

Desas desus ini dah lama kawe dengar tapi bila tidak kelih dengan mata sendiri kawe kira gossip liar saja.Bila kawe kelih dengan mata sendiri dan pengakuan dari tuan punya sendiri maka kawe merasa teramat bangga dengan pencapaian sahabat kawe ini.

Kepada gu gu kawe hok lain yang mempunyai hasrat dan keinginan untuk melalui jejak ini kawe sokong 2oo peratus kerana sebagai seorang lelaki itu adalah HAK kita memimpin .Langkah pertama untuk menuju kearah ini mungkin sedikit susah tapi kalau kita berniat ikhlas dan jujur yang susah itu adalah kejayaan yang paling manis untuk dinikmati.

Kita dah ada model ,jaddik kawe harap mana mana gu hok berkehendak tu janganlah segan dan silu untuk menuntut ilmu ini dengan sahabat kita yang telah berjaya menyeberangi lautan bara itu hehehehe.

Apa pun harus diingat sokongan kawe ini tidak bermakna kawe merelakan bahu kawe untuk memikul bebanan itu di pihak demo,kawe hanya mampu menyokong untuk melihat bahu demo rebeh memikul bebanan itu.

Kepada gu kawe hok alik sebelah lagi kawe hanya mampu berkata hidup di dunia ini tidak kekal dan payung yang kita dapati semasa hujan dan panas di dunia ini tidaklah seindah payung yang bersalut emas di sana nanti.