Saturday, March 6, 2010

SHISHA






RAFEE bergaya dgn botol shisha buatan Arab Saudi berharga aed 2000 di kedainya.


 

Shisa merupakan satu tradisi bagi orang orang arab tak kira lelaki atau pun perempuan .Malah telah jadik ikutan kepada orang orang melayu yang tradisinya hisap rokok daun . Kini amat jarang kita boleh melihat anak anak muda kita hisap rokok daun tetapi kita boleh lihat dengan mudahnya anak remaja kita melayan shisha ini di restoren restoren tepi jalan di kuala lumpur dan tempat tempat lainnnya.

Kawe tidak tahu sangat mengenai shisha dan sejarahnya dank awe pun tak nak ambil tahu sangat tradisi cucu cicit pengembala ini, Cuma kawe tertarik dengan Rafee yang bertugas sebagai penjual botol shisha di Madinat Souq ini.Beliau berasal dari Krala India .

Apa yang menarik mengenai Rafee ini bagi kawe adalah beliau Berjaya memperbodohkan mat mat saleh yang selalu memperbodohkan cucu cicit pengembala yang kaya raya itu.

2 hari yang lalu kawe ke Madinat Souq ini kerana mencari sesuatu yang dipesan oleh seseorang untuk di bawa pulang ke Malaysia .Barang yang kawe cari tak jumpa tapi kawe puas bila dapat tahu ada lagi manusia yang boleh memperbodohkan golongan uncle sam dan sekutunya yang selalu menipu manusia lain di seluruh dunia.


 

Melihat kekkemasan botol botol ini tersusun buat menarik hati kawe untuk mendekati kedai ini ,berkebetulan ada 2 pelancung kulit putih berurusan dengan Rafee pada ketika itu ,setelah selesai Rafee Tanya kawe hok mana kawe suka ,kawe jawab semua suka tapi tak mampu nak beli kerana harga mahal sangat.Beliau royat kawe pilih dulu hok mana keney ,rego boleh runding .

Setelah itu datang lagi sepasang pelancong berkulit putih tengok tengok dan pilih serta buat bayaran beli betol shisha ini ,kali ini kawe dapat dengar dengan jelas berapa harga yang perlu dibayar oleh mat saleh ini dan dalam hati kawe tobat mappuh takkan bayar botol shisha dengan rego banyak tuh.

Rafee Tanya kawe dari mana kawe jawab dari MEHIXO hahahaha…dia pening dari Negara mana mehixo ni coz tak pernah dengar dan dia mula teka kawe dari mana dank awe akhirnya royat dari Malaysia tapi tak royat asal kelate hehehehee.Kawe Tanya dia bakpo dia jual botol shisha ni mahal sangat ,kawe kata kalu beli chow kit 50 rial jjah sebotol hehehehe…Lagi sekali dia pening dok Tanya kawe Chow kit tu mana …..

Datang lagi seorang pelancong yang lain dok tengok tengok tapi kali ini tak beli ….kawe terus dok tilik tilik botol shisha tu dan rafee Tanya kawe gappo hok kawe dok tilik pattat botol tu ,kawe jawab nak cari tulisan Made In China hahahahaha……Rafee pun gelak sama.Rafee bagi tahu kawe kedai dia takdok hok mari china semuanya original dari Arab .

Kawe kata mahal sangat …Rafee kata dia boleh bui murah kawe kalu kawe betul betul nak….Kawe kata berapa rego dia boleh bui ko kawe kalu kawe nak beli serupo hok mat salleh tu beli tadi …..dia senyum ko kawe dan jawab separuh dari harga hok mat salleh tu bayar dia boleh bui kawe …hahahahaha kawe ketawa dan Rafee kata betul dia boleh bagi ….Dan kawe Tanya bakpo sampai separuh rego nak bui kawe tak rugi ke dia ….Rafee pulak yang hahahahaha ko kawe..

Dia jawab mat salleh pitih banyak …kawe gelak dan kata ko dia kawe setuju ……dank awe kata walaupun separuh rego tapi masih mahal ….Rafee suruh kawe pilih hok lain dan dia akan bagi bukan rego mat salleh …heheheheeh

No comments: