Sunday, February 28, 2010

HARI HARI MENDATANG




Dalam perhitungan hari hari yang mendatang macam macam boleh berlaku di kehidupan ini..

Ada setengah berkata jasadnya disini tapi mindanya ditempat lain ....

Apakah kehidupan ini suatu perhitungan yang tiada berkesudahan walaupun noktahnya mati,tetapi tiada siapa yang tahu dimanakah titik itu berada walaupun semua tahu pasti ada.

Apakah setiap hari kita menghitung hari hidup kita itu mencari titik itu....Asyik kah kita menghitung duit kita hingga terlupakan akan titik itu.

Kulit kita berkedut kerana menghitung hari....rambut kita bertukar warna kerana menghitung hari ....gigi kita tinggal gusi kerana menghitung hari...lutut kita jadik lemah kerana menghitung hari....tetapi hari tetap dihitung tanpa ditinggalkan satu hari yang tak dihitung....

Ada yang gila kerana menghitung hari....ada yang kaya raya hanya menghitung hari...ada yang sengsara akibat hari dihitung....ada yang terpaksa buta kerana hari dihitung...TETAPI hari terus dihitung...

Tiada siapa yang dapat bagi jawapan yang tepat kenapa hari perlu dihitung ....

Apa rasa hitung hari bahagia....Apa perasaan bila hitung hari mati?

Ramai yang lupa pasal mati tapi semua tak lupa hitung hari ..

Tuesday, February 16, 2010

ALLAH TAK RELA MANUSIA BERSATU

Di Masjid Al-Ijabah setelah selesai sembahyang sunat 2 rakaat nabi Muhammad S.A.W berdoa panjang setelah selesai Nabi menghadap para sahabatnya dan bersabda

"'Ada tiga hal yang kudoakan kepada Allah di tempat ini.Dua hal dikabulkan (Ijabah)oleh-Nya dan yang satu lagi tidak dikabulkan.

1.Kumohonkan kepada Allah agar umatku jangan dibinasakan kerana kekering (kelaparan).Permohonanku ini dikabulkan Allah.

2.Kupintakan agar umatku jangan disiksa (dibinasakan) dengan musibah karam (ditenggelamkan).Permintaanku yang kedua ini dikabulkan juga.

3.Kudoakan agar umatku jangan binasa kerana perpecahan(permusuhan) sesama mereka .Doa yang ketiga ini tidak diperkenankan"'

(Riwayat Muslim)


 

Adakah Allah menggalakkan permusuhan? Al-Quran Nur karim di turunkan kepada manusia untuk mengenali musuh musuh Allah dan memerangi/menerangkan kepada mereka sehingga hari kiamat.

Adakah Allah suka perpecahan dikalangan manusia? Nabi Muhammad S.A.W diutuskan untuk penyatuan umat manusia kepada kalam Allah.

Jika kita singkapkan sejarah disaat kewafatan junjungan besar kita Muhammad S.A.W …..umati ..umati ..umati yang keluar dibibir beliau disaat saat beliau dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Kekasihnya untuk meninggalkan dunia buat selama lamanya .Adakah kerana doanya yang no 3 tidak dikabulkan oleh Allah yang menjadi kebimbangan/kerunsingan/keresahan dalam dirinya memikirkan apa akan terjadi kepada umatnya setelah ketiadaan beliau di muka bumi ini sehingga akhir hayat?

Apakah perbezaan pendapat sehingga pertumpahan darah yang berlaku dikalangan sahabat Nabi S.A.W yang mana golongan ini di jamin syurga oleh Allah tidak di murkai oleh Allah? ,Apakah sebab musabab perbezaan pendapat ini berlaku ? Kerana harta? ..kerana kuasa? …kerana ego? Jawapan nya tidak …Cuma perbezaan dalam mencari jalan untuk mendapatkan keredaan Ilahi…..Perbeza haluan dalam memartabatkan agama Allah…..Perbeza pandangan dalam memartabatkan sunnah nabi S.A.W…

Adakah doa untuk menegakkan syiar islam ini yang ditolak oleh Allah daripada kekasihnya ? Apakah kebimbangan Nabi S.A.W ini perkara remeh?Bukankah Nabi S.A.W menyayangi umatnya melebihi dirinya…Wallahualam.

Perpecahan atau permusuhan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini bukan lagi kerana perbezaan pendapat/pandangan mengenai cara /haluan/jalan bagaimana mana nak menegakkan agama Allah…cara bagaimana nak memartabatkan Islam …cara bagaimana nak menuruti sunnah nabi TETAPI pergaduhan/permusuhan/pengkhiatan kerana berebut HARTA …kerana berebut KUASA…….Ini realiti yang berlaku dalam dunia kita hari ni …yang berlaku dalam Negara kita hari ini…yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini…yang berlaku dalam keluarga kita hari ini

PEREBUTAN HARTA

Dalam masyarakat kita sering kita dengar perbalahan berlaku diantara adik beradik berlaku setelah kematian ibu bapa kerana berebut harta pusaka .Harta pusaka ini halal dalam agama islam sehinggakan cara pembahagiannya pun diterangkan dengan jelas sekali TETAPI menjadi harta PUAKA disebabkan tamak haloba yang ada dalam diri kita kerana HARTA persaudaraan terputus .

APAKAH INI PERPECAHAN YANG DI RELAKAN OLEH ALLAH?....RUJUK SEMULA KEPADA KALAMNYA.


 

PEREBUTAN KUASA

Kekuasaan dan berkuasa itu milik Allah ….Bila mana manusia cuba untuk memindah milik kan KUASA maka ia satu malapetaka bagi manusia itu sendiri.Manusia musnah kerana KUASA…manusia lupa diri kerana KUASA..manusia jadik DURJANA kerana berkuasa ….Dalam Negara kita para pemimpin bergaduh/berfitnah/bertuduhan/bermusuh semata mata untuk menunjukkan kepada rakyat siapa yang lebih berkuasa diantara mereka.Pelbagai slogan di lontar untuk mengekallkan kuasa mereka .

Ada golongan yang menjanjikan imbuhan wang ringgit/pembangunan/keamanan/projek demi untuk mengekalkan KEKUASAAN mereka dan terdapat juga yang mempertaruhkan SYURGA Allah kepada kita untuk mereka mendapatkan KUASA.

ADAKAH ALLAH BERSETUJU SEGALA NIKMAT YANG DIA SEDIAKAN KEPADA MANUSIA DI DUNIA DAN BALASAN DIAKHIRAT NANTI DI PERTARUHKAN OLEH MANUSIA DEMI UNTUK MENJADI JAGUH DALAM PEREBUTAN KUASA DI DUNIA INI?...AL-QURAN ADALAH PETUNJUK..


 

EGO

Walaupun jarang kita dengar manusia berebut keegoan tapi EGO ini juga tak kurang menyumbang kepada permusuhan dan perpecahan di kalangan manusia hari ini.

Dalam satu persatuan bekas pelajar misalnya di ambil sebagai satu contoh,sudah tentulah akan disertai oleh pelbagai peringkat umur dari bekas bekas pelajar.Sudah tentulah ada golongan yang menjadi pengasas kepada persatuan tersebut,sudah tentulah ada pemimpin dalam persatuan tersebut,sudah tentulah pemimpin akan bertukar ganti,sudah tentulah setiap pemimpin mempunyai pengikutnya yang tersendiri,sudah tentulah setiap pemimpin mempunyai jasanya yang tersendiri kepada persatuan itu.

PERSOALAN nya adakah setiap pemimpin yang baru itu perlu mengekalkan segala yang di buat oleh pemimpin yang terdahulu tanpa mengikut keadaan semasa?Adakah pembaharuan yang dibuat oleh pemimpin baru bermakna melupuskan semua peninggalan jasa jasa pemimpin lama?Mana yang lebih penting samada terus memajukan persatuan itu ketahap yang lebih baik ATAU mengekalkan KEGOAAN kita kerana pemimpin yang dipilih bukan dari kelompok/puak kita ,jaddik kita menentang semua perubahan dengan alasan alasan yang hanya munasabah bagi kita sahaja?


 

NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK BERJAYA MENYATUKAN KAUM ARAB DALAM ZAMANNYA TAPI NABI S.A.W BERJAYA MENYATUKAN SELURUH UMAT ISLAM DENGAN AL- QURAN DAN HADISNYA.

HEBATKAH KITA HENDAK MENYATUKAN /PERPADUAN/BERSEKUTU BANGSA KITA DIATAS NAMA MELAYU ITU? DI MASJID MANA KITA HENDAK BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA KABULKAN CITA CITA KITA ITU SEDANGKAN DOA DARI KEKASIHNYA DI TOLAK?

BERLAKU ADIL DITUNTUT…BEKERJASAMA DITUNTUT…DALAM ISLAM TAPI UNTUK APA?.....CARILAH DALAM AL-QURAN DAN HADIS NABI ………

Saturday, February 13, 2010

KEMBALI MENCARI



Ada sahabat tanya kawe GAPPO kawe cari.........Hahahahaaha JAWAPAN kawe ""nanti juppa hok kawe cari ,kawe royatlah""

Untuk sahabat kawe yang bertanya tu ...Dengarlah lagu ni dulu sementara kawe teruskan PENCARIAN KAWE TU.......

PERNAH TERFIKIRKAH KITA?

A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow RM 25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn't ask for money very often . The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'



KAWE TERIMA EMAIL DARI SEORANG SAHABAT ....TERSENTAK PERASAAN KAWE BILA BACA KEINGINAN SEORANG ANAK INI....DIMANA KITA?.....JANGAN SAMPAI BILA KITA TUA NANTI KITA PULA YANG TERPAKSA ""MEMBELI"" MASA UNTUK BERSAMA DENGAN ANAK ANAK KITA YANG MANA MEREKA PUN SIBUK "'MENJUAL"' MASA KEPADA ANAK ANAK MEREKA....

TAPI ADA JUGA ORANG BERKATA ""KUALITI"" MASA ITU LEBIH PENTING DARI "'KUANTITI"' MASA....

Thursday, February 4, 2010

GEMAKAN KELATE MERDEKA 2



Pehe pehe ayoh jawab si anak sambil menghirup kopi o pekat dan memerhati si ayah menyedut rokok daun ....

Ayoh....Betul ko ..demo dok keccek kedai kopi Pak Mat pagi tadi ...Ku Li suruh kelate tubik dari Malaysia kalu tokleh jugak pitih minyak ni?...Ehh tak dok ..dok ku Li takdok royat lagu tu ehhh malam tu ...Kalu nak tubik dari Malaysia maknanya dia perang lah Awe....jangan jangan dok cuba cuba lagu tu awe....susah sangat hidup zaman perang mulo ni Awe...Mu tak tahu lagu mana hidup zaman perang jepun mula ...beras takdok tanak nasi campur ngan ubi kayu Awe...pitih payah ..hidup dalam takut sokmo ...mari nak cerita Awe masa perang jepun mulo ...Ada pada masa tu ada kain ada sehelai jjah ...jadik bila tok laki turun tanah si bini terpaksa dok atas rumah ...susahnya awe hidup zaman jepun ni....Ni nak perang pulok ...jgn dok buat gurra main ..

Monday, February 1, 2010

GEMAKAN KELATE MERDEKA








Gempitakan laungan kelantan MERDEKA.....Anak anak kelantan luahkan kemerdekaan dirimu..... Tok janggut telah memerdekakan kita dari penjajahan...

hahahaha...Mungkin bunyi terlalu lucu jikalau kerana Royalti minyak cucu cicit Tok Janggut akan menuntut keluar dari Persekutuan Malaysia.Apakah lucu perjuangan Tok Janggut dulu? Bukankah ianya menjadi kebanggaan kita sampai kini?

Berhujjah lah si bapa kepada anak yang tidak tahan lagi bila tindas hak pusaka negeri di nafikan ,maruah dipermain mainkan.

Kata bapa kepada si anak....Awe..Tok janggut dulu menentang penjajah British yang kurang ajar pada orang melayu,British yang merompak harta kekayaan bumi melayu,British yang mengurangkan kuasa raja raja melayu....itu perjuangan Tok Janggut demi nusa dan bangsa ...Kamu nak memerdekakan tanah kelate dari siapa?....Tok janggut telah menghalau british dengan nyawanya Awe ...Ohh Haji mat hassan pahlawan kelate keluh si bapa....Mu nak hambat sapo lagi awe kan negeri kita dah aman dari British dan negara kita telah merdeka awe...Tok soh dok mimpi la awe ni lah berehi sangat dok tengok cerito ramboo dalam tv ..kata si bapa dalam nada sinis kepada anak mudanya.

Jawab si Anak...Ayah...MERDEKA DARI PUSAKA BRITISH ...ringkas sambil merenung ke muka bapanya...gappo Awe ..tanya si bapa inginkan penjelasan lanjut dari anaknya...PUSAKA BRITISH sekali lagi si anak menjelaskan dengar suara yang lebih kuat ...SAKKO BRITISH? Mano British ada harta di negeri kito ni Awe...Dia sapu khazanah bumi negeri kita bawak kelik ke tempat dia ...British tak bawak harta dia masuk negeri kita ni Awe ..takdok takdok sakko british tinggal di negeri kito ni Awe..berkata si bapa dengan penuh yakin.

Ayah gi ko stadium baru ni dengar ku li ceramah pasal minyak ...tanya si anak pada bapa ...Jawab si bapa ...Gi ...Awe mari nak royat bui...kito ni ore kelate ..jaddik bila ada benda benda hok nyabit ngan hak dan maruah kelate nih kita kena sokong ,kena ambik tahu...ingat molek tuh...kata si bapa.

hehehehe..gelak kecil si anak sambil berkata ...Ku Li royat gappo malam tu ...untuk memastikan semangat bapa nya tidak luntur dari terus bercerita....Awe ..malam tu ku Li jelas belako tatkala awal perjanjian petronas dengan kerajaan negeri ...ku li sendiri hok sain surat tu...meme sahh negeri kelate kena boleh pitih minyak ni kut kut mana pun ...puak puak kerajaan pusat jjah dok peram dan dok main kluk klik gitu gini ..celako puak2 tuh...Harta negeri kelate ni dok hisap joli ko puak puak dia ..kita rakyat kelate ni sesok koho dok makan budu ngan garam jjah hari hari ...eiii jahat sungguh puak puak nih..molek doh Tok Guru doa bui pecoh perut belako puak puak hak zalim ni...makin bersemangat si bapa menceritakan kemarahannya...

Ayah...Agak agaklah kalu Tok Janggut ada lagi dia marah ko dok?...Hmmm kalu ada dia boleh nappar tak bersisa la baso nate stopa mamat ngan awe adik tu ..jenis tak reti baso lagu tu...ore putih lagi nyo rodokk perut ko Tok Janggut nih budak budak serupo ni jangan tebbeng nak buat benggong main ngan tok janggut....jawab si bapa.

Bekkeng sangat Tok Janggut nih ayah.....Awe..Tok Janggut ni ore warak..ore baik..lemah lembut ore nyo TAPI darah pahlawan bila maruah dihina ,hak dinafikan akan bangkit dengan penuh semangat untuk dipertahan walaupun nyawa terpaksa digadaikan ...ingat sampai bilo bilo tu Awe ..semangat tok janggut ni kena ada didalam diri setiap anak kelate..

Bersambung...