Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA 2011


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EID FITRI KEPADA SEMUA SAHABAT HANDAI.

Thursday, August 25, 2011

TOPI SSUDU DALAM MAJLIS KOPIAH PUTIH


Malam tadi kawe menghadirkan diri ke majlis makan ccolek perdana yang di anjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan.Majlis beramah mesra pemuda PAS dan anak anak muda sekitar Kota Bharu ini mendapat sambutan yang amat membanggakan dari kelompok  yang menjadi sasaran iaitu ''makan coolek perdana bersama 1000 facebookers"".Kawe hadir ke majlis ini bukan atas kapasiti ahli PAS tetapi sebagai rakan mukabuku dari kumpulan UMNOtumPAS .

Majlis bermula 10.15 malam iaitu selepas sembahyang sunat terawih seperti yang tertera di kad jemputan yang di pamerkan oleh penganjur majlis di wall UMNOtumPAS.Kawe bersama dengan YBP iaitu salah seorang ahli UMNOtumPAS di Kota Bharu .Kami sampai ditempat majlis makan ccolek tersebut lebih kurang pukul 10.30 malam dan kelihatan sudah ada yang memenuhi kawasan sekitar dan ada yang telah mengambil tempat masing masing diatas kerusi yang disediakan dibawah khemah khas.\Jikalu pengalaman majlis makan Ccolek di berek 12 tempohhari kelolaan YB Dato Wan Rahim majlis akan bermula selepas beberapa ucapan ucapan dari facebookers dan blogger yang dipilih secara rawak oleh pengerusi majlis.Oleh kerana majlis belum bermula dan untuk mengelak terpilih secara rawak untuk memberi ucapan yang membosankan kepada hadirin kami buat keputusan pergi ke kedai kopi berdekatan dan akan kembali semula bila upacara ucapan selesai.

Tujuan kawe yang sebenar ke majlis tersebut bukanlah kerana hendak menikmati sangat pelbagai jenis ccolek yang disediakan itu .Tetapi matlamat kawe adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri fanomena facebook yang menjadi kegilaan semua pihak sekarang ini.Untuk melihat sejauh manakah penglibatan anak anak muda ini bersosial dengan facebook untuk kebaikan masa depan mereka .Untuk melihat sejauhmanakah sayap sayap parti politik PAS peka/prihatin  untuk mendekati anak anak muda yang terdedah dengan berita berita pantas dinternet yang memeningkan kepala kerajaan BiniNajib untuk melakukan propaganda halus mereka .Atas sebab kecil yang lain juga untuk kawe ingin menunaikan janji kawe kepada Hafiz Musa yang bertanya mengenai kehadiran kawe di satu wall dalam mukabuku,prinsip janji   perlu ditunaikan kecuali aral yang melanda juga perlu dilunaskan.

Setelah menghabiskan kerabu maggie sepingan sorang dari sebuah restoren berdekatan  kawe dan YBP kembali semula ke majlis makan ccolek tersebut dan mengambil tempat duduk diantara kelompok anak anak muda yang berbaju kuning @ Kumpulan MERAK iaitu satu kumpulan anak muda bermotosikal yang di CAKNAI oleh PAS Kelantan berkenaan kegiatan2 mereka. Manakala sekelompok lagi adalah anak anak muda yang berbaju melayu dan berkain pelikat kemas serta berkopiah putih sedang mendengar ucapan ucapan dari rakan rakan mukabuku mereka.Kawe memilih untuk berada diatara 2 kelompok ini kerana sepemerhatian kawe dalam majlis tersebut hanya kawe sorang sahaja yang menutup kepala menggunakan ''topi ssudu'' seperti gambar diatas.Tidak ssong rasanya jika ''topi ssudu'' memberi suatu suasana kejanggalan pada pandangan jika kawe menempatkan diri kawe ditengah tengah kelompok itu .Begitu juga kawe berasa sedikit  ''cakkgung'' untuk menempatkan diri kawe ditengah tengah kelompok ''Mat Rempit"" kerana faktor perbezaan bilangan hari yang dilepasi dalam hidup walaupun ''topi ssudu'' amat sesuai dengan kelompok ini.Jaddik pilihan yang sesuai untuk kawe menempatkan diri secara bersederhana adalah berada diantara keduanya , Kelompok ""pioh putih"" mungkin boleh terima kawe kerana faktor usia dan kelompok ''Mat Rempit"" boleh terima kawe kerana menghormati ''topi ssudu'' sebagai satu simbol ''kerempitan'' mereka.

Dalam kedua dua majlis makan ccolek yang dianjurkan oleh pihak PAS ini samada dari golongan pimpinan lama yang agak berpengalaman di Berek 12 atau dari pemimpin muda malam tadi .Kedua dua majlis ini kawe hadiri dan dengan sengaja kawe letakkan ''topi ssudu'' diatas kepala kawe bukan kopiah putih walaupun rata rata hadirin yang hadir berkopiah putih .Kenapa kawe menjanggalkan diri dalam majlis yang kawe hadiri?Jawapannya kawe sedang mencari jawapan itu dan akan kembali mencari jawapan itu jika perlu.

Mungkin dimasa masa lampau bila dikaitkan dengan majlis majlis yang dianjurkan oleh PAS maka semua orang akan terbayang dengan kemeriahan kopiah putih dan kain serban bagi golongan muslimin dan tudung labuh atau purdah bagi golongan muslimat ,itu dulu kini PERSEPSI tersebut kawe rasa telah berubah.Berdasarkan keyakinan kawe kepada PERSEPSI tersebut dalam kedua dua majlis santai yang di anjurkan oleh pihak PAS kawe berani ""menjjanggalkan"" diri kawe dengan memakai ''topi ssudu'' dalam majlis majlis tersebut.

Kawe ingin tengok dimanakah kedudukan anak mata orang orang PAS yang berkopiah putih bila kawe hulurkan tangan untuk bersalaman dengan mereka samada pandangan mata mereka tepat memandang mata kawe atau gelecoh permandangannya kepada ''topi ssudu'' kawe hahaha.Kita selalu mendengar ucapan ucapan pemimpin pemimpin PAS bahawa mereka sekarang mengamalkan sikap keterbukaan dan kesederhanan yang tinggi serta juga dipaparkan didalam ahkbar akhbar mereka mengenai perubahan sikap mereka ini .Apakah benar seperti yang mereka canangkan itu atau hanya indah khabar dari rupa?

Alhamdullilah dari kedua dua majlis yang kawe hadiri ini penerimaan mereka terhadap kawe sebagai seorang INSAN kelihatan amat ikhlas walaupun ''topi ssudu'' yang menutup kepala kawe bukanlah budaya mereka.Tiada teguran secara terbuka atau secara sinis lagi yang kawe terima .Tiada lagi perkataan seperti ''comey topi ssudu demo'' terdengar ditelinga kawe setakat ini .Jikalau ada percakapan dari belakang itu bukanlah perkara yang kawe ambil pusing atau menjadi satu kehendak kawe untuk mencari orang yang bercakap dibelakang perihal kawe.

Melihat kepada perhatian yang khusus kepada golongan muda khususnya mat mat rempit yang di ambil oleh PAS ini menandakan satu aras pencorakkan baru dalam perjalanan parti yang satu ketika dahulu amat sesuai bagi golongan yang kian menghampiri panggilan lubang kubur.Kini slogan PAS FOR ALL adalah bukan satu gimik politik semata mata tetapi satu penghayatan yang dicernakan secara bersungguh sungguh untuk mengubah pandangan masyarakat kearah satu pembentukan gaya hidup baru dalam masyarakat yang dihuni oleh pelbagai peringkat umur.

MUNGKIN JIKA KAWE UNGKAPKAN ;;KINI PAS ''AT THE TOP'' DIHATI GOLONGAN MUDA BUKANLAH SATU UNGKAPAN KOSONG YANG TIDAK BERMAKNA.







Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS IFTAR BATCH 88


MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA BATCH 88 DI SELURUH DUNIA SATU MAJLIS BERBUKA PUASA TRADISI SESAMA SAHABAT AKAN DI ADAKAN DI KOTA BHARU.

TARIKH : 29-08-2011

TEMPAT ; RESTOREN UKIR SRI ANJUNG ,PANJI

KEPADA SEMUA WARGA DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA MASING MASING.

KETERANGAN LANJUT BOLEH LAWATI FB GROUP BATCH 88.

CCOLEK PERDANA DI KOTA BHARU


KEPADA YANG MEMBACA DAN TERBACA DIJEMPUT HADIR SEPERTI TARIKH ,MASA DAN TEMPAT YANG TERTERA DIATAS.

Tuesday, August 23, 2011

PAS PUSAT YANG BODOH SOMBONG

Lebih kurang 200 ahli PAS Parlimen Jeli memenuhi dewan untuk memilih dan mencalonkan bakal wakil mereka.


Demam pilihanraya kini menyerang semua parti parti politik di Malaysia.Beberapa hari yang lalu  lengkaplah nama nama bakal calon kemungkinan PAS di seluruh Parlimen dan DUN negeri Kelantan dalam majlis K.A.P yang diadakan diseluruh kawasan secara serentak.Nama nama bakal calon yang dipilih oleh ahli ahli PAS dikawasan masing masing sudah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri untuk tindakan selanjutnya.Kini seluruh ahli ahli PAS di negeri kelantan sudah mempunyai calon yang akan mereka beri undi dalam PRU 13 nanti .Mereka sudah mengetahui siapa calon yang sesuai untuk memimpin mereka selepas PRU 13 nanti.

Kawe toksir cerita terlalu terperinci berkenaan proses KAP yang diperkenalkan/diilhamkan oleh TGNA semenjak tahun 1982 hingga ke hari ini.KAP adalah senjata ketelusan yang mustajab yang memberi kelebihan kepada PAS mengatasi pihak lawan sepanjang PRU PRU yang lalu.Dikala PAS sudah selesai mengenal pasti calon calon mereka yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti UMNO masih lagi terkial kial dalam kebingungan samada untuk memilih calon calon dari golongan muda atau sebaliknya .Ini berdasarkan kenyataan Stopa Mamat yang disiarkan oleh malaysiakini.Jauh sungguh ketinggalan parti yang kaya material berbanding dengan parti yang kaya ilham di malaysia ini.SIMULASI untuk UMNO seluruh negara  atau KAP untuk PAS Kelantan sahaja, yang mana lebih berkesan mempunyai jawapan yang tersendiri kepada kedua kedua parti yang dianggotai oleh majoriti orang melayu di Malaysia.

Apa yang ingin ketengahkan disini adalah mengapa  KAP ini menjadi amalan PAS hanya di Kelantan sahaja?Dalam posting yang lalu kawe ada menyentuh sedikit tentang MAS dalam PAS yang boleh di baca di SINI. Tetapi bila menghadiri majlis KAP di Jeli tempoh hari pandangan kawe terhadap MAS dalam PAS sedikit berubah. Para peserta dalam majlis KAP itu nampak lebih tersusun ,begitu juga proses pembahagian borang hijau dan kuning nampak begitu tersusun dan kemas untuk para peserta mengisinya.Kemanan yang ditonjolkan oleh ahli ahli memilih bakal pemimping yang mereka suka diadakan dengan penuh tertib sekali.Terdetik dalam hati kawe jikalau benarlah begini cara gerak kerja PAS di semua negeri negeri seluruh negara KEMUSTAHILAN tidak menjadi jurang yang amat besar untuk melihat BN dihalau dari putrajaya.

Setelah majlis selesai dan dalam perjalanan pulang kawe bertanya kepada Ahli Parlimen Kota Bharu yang bertanggungjawab sebagai Ketua Urusetia yang bertugas pada malam itu . Soalan kawe adakah PAS diseluruh negara mempunyai aktiviti yang sama pada malam ini. dengan tegas beliau menjawab TIDAK hanya serentak di seluruh Kelantan sahaja.Kawe terus mengheret YB ini untuk terus berbual dengan kawe mengenai perkara tanpa menganggu fokus beliau kepada stereng yang dipandu .Kawe terus mengaju soalan kawe untuk menduga YB ini ,kata kawe Adakah PAS Pusat tidak mengiktiraf KAP yang dilakukan oleh PAS Kelantan?Beliau menjelaskan bahawa PAS Pusat tidak menganggu urusan itu ,terpulanglah kepada setiap negeri lain untuk menetapkan cara tersendiri.Beliau juga menjelaskan dalam beberapa muktamar terdapat perwakilan dari kelantan mencadangkan supaya amalan KAP oleh kelantan ini diseragamkan untuk semua negeri yang lain TETAPI perkara ini hanya tercatat diatas kertas cadangan sahaja.Bila beliau menjelaskan sedemikian kawe tidak meneruskan soalan yang seterusnya mengenai perkara ini demi untuk tidak memberi satu keadaan yang tidak selesa untuk beliau menjawab soalan yang mana beliau bukan berada dalam kapasiti untuk menjawab.

Kawe memilih ruangan ini untuk bertanya secara umum kepada barisan kepimpinan PAS pusat khasnya dan kepada ahli ahli PAS diluar kelantan umumnya.Apakah sistem KAP yang diperkenalkan oleh TGNA yang berusia puluhan tahun ini tidak cukup baik untuk ditiru oleh negeri negeri lain di Malaysia? Apakah PAS pusat tidak mengiktiraf kejayaan cemerlang Pas Kelantan yang berjaya mempertahankan negeri kelantan lebih 20 tahun itu?Apakah dengan mengambil idea/meniru apa apa sahaja bentuk gerak kerja yang baik oleh PAS Kelantan secara tidak langsungnya akan menunjukkan PAS negeri lain lemah dalam strategi lebih lebih lagi Negeri Terengganu yang dipimpin oleh Presiden Pas sendiri?

Bagi kawe PAS pusat sudah menjadi bodoh sombong dalam hal ini ,jikalau ditinjau sejenak negeri negeri yang diperintah oleh kerajaan PR telah diseru oleh pemimpin pemimpin untuk datang ke kelantan serta belajar dengan barisan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan tentang rahsia rahsia yang dilakukan untuk menidakkan kerakusan Kerajaan BN menguasai kelantan. Mereka datang untuk mendapat nasihat yang berguna ,mereka pulang dengan mengguna pakai mana mana perkara yang sesuai dengan persekitaran ditempat mereka.Apakah dengan mengambil tips tips dan contoh contoh dari kelantan ini maka mutu pentadbiran kerajaan negeri Selangor ,Kedah dan Pulau Pinang lebih lemah dari Kelantan? Sila semak dan nilai pencapaian mereka  dari semua sudut .Jika PAS Pusat cerdik dan tidak sombong sudah tentulah mereka akan mereka tahu   bahawa Kerajaan Pusat sendiri pun telah banyak meniru pembaharuan pembaharuan yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan TGNA .Jika kerajaan pusat yang tekenal dengan sikap cerdik dan sombong itu sanggup meniru/menerima idea pembaharuan yang di bawa oleh PAS Kelantan KENAPA PAS Pusat masih mahu berada dalam keadaan BODOH SOMBONG tidak mahu mengambil kesempatan untuk memperkuatkan kedudukan PAS di negeri lain dalam soal soal KETELUSAN yang melibatkan rakyat bawahan dan pemimpin yang diatas?

PAS Pusat seharusnya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada PAS Terengganu dalam PRU yang lalu KERANA bodoh SOMBONG lah .PAS Pusat harus jujur tentang ''post mortem'' yang dibuat mengenai punca kekalahan sebenar PAS Terengganu di bawah kepimpinan TGHA sebagai Menteri Besar pada waktu itu.Membuat kenyataan bahawa kekalahan PAS Terengganu adalah tanggungjawab bersama kepada seluruh PAS dalam negara adalah satu amalan yang baik dalam jemaah.TETAPI untuk bermimpi dan berkhayal dengan satu kenyataan yang tidak tepat adalah satu tindakan BODOH yang boleh membawa kepada benih benih SOMBONG membiak dalam satu satu organisasi.

Pada pengamatan kawe rahsia sebenar kejayaan PAS Kelantan adalah kerana berjaya mengekalkan sifat sifat KETELUSAN diantara pemimpin atasan dengan rakyat bawahan. Kesilapan dan kesalahan yang berlaku dalam mana mana organisasi /parti/pertubuhan adalah perkara biasa.Tetapi KETELUSAN akan dinilai dan terima bila mana ada keberanian mengakui kesilapan dengan ikhlas dan jujur BUKAN dengan cara mencernakan KETELUSAN itu dengan membuat kenyataan yang tidak tepat untuk melegakan hati jemaah.

PAS Pusat tidak perlu ambil kira pandangan pemimpin pemimpin PAS yang asalnya dari Kelantan dalam ini sekiranya malu untuk dilihat bahawa pemimpin PAS Kelantan lebih cerdik dalam melakukan segala gerak kerja dari mereka yang diluar Kelantan.PAS Pusat boleh mengambil pendekatan CERDIK dan SOMBONG dengan mengarahkan YB YB PAS yang pernah mendapat suaka jawatan YB di kelantan dalam beberapa pilihanraya umum yang lalu.Arahkan YB Salehuddin Ayub,YB Hatta Ramli,YB Nasaruddin serta Mat Sabu yang kini Timbalan Presiden untuk mendedahkan kepada PAS Pusat apakah strategi strategi yang diguna pakai oleh PAS Kelantan mengekalkan kedudukan dan menambahkan sokongan rakyat terhadap mereka.Ambil yang baik dan perbetulkan yang kurang molek maka dapatlah hasil yang berkesan.

Kawe tidak mengatakan Presiden parti TGHA dan konco konconya lemah dalam merangka strategi PAS di PUSAT tetapi hakikatnya strategi politik dari otak otak tua mereka sudah kolot hinggakan kuasa negeri yang sudah dalam tangan pun boleh hilang.Apakah ahli ahli PAS yakin otak otak yang sudah menurun tahap kecerdasannya boleh merangka satu strategi yang baik dan jitu untuk menghalau BN dari Putrajaya? Kini sudah sampai masanya untuk bangun dari mimpi enak dan menyatakan dengan TEGAS kepada rakyat umum sememangnya kini PAS adalah sebuah parti politik yang paling berkuasa di Malaysia dan selepas PRU 13 nanti akan membawa perubahan yang besar kepada rakyat malaysia.




Monday, August 22, 2011

AWE DAN NILA

                                                                     AWE NILA

''AWE" adalah satu panggilan manja kepada anak lelaki dalam keluarga bagi kebanyakkan orang Kelantan.Anak lelaki yang dipanggil dengan gelaran ''ÁWE' kebiasaannya dikaitkan dengan anak yang bongsu tetapi tidak semestinya begitu.Anak lelaki yang memiliki gelaran ''AWE" ini biasanya akan dimanjai dalam keluarga,di puja kerana kemungkinan kerana mempunyai kelebihan2 tertentu.

""NILA'' adalah sejenis bahan pewarna yang biru auranya.Bahan pewarna yang berbentuk serbuk halus ini berfungsi untuk mengembalikan keceriaan kepada kelusuhan  fabrik yang berwarna putih.Adunan serbuk biru ini dengan secukup rasa air akan mengembalikan semula kejituan warna putih yang malap dan lusuh itu.NILA juga memerlukan kombinasi komponen lain untuk penghasilan  yang lebih baik kepada fabrik tersebut iaitu ''klorok''.Walaupun NILA ini dikatakan banyak membantu untuk memberi imej bersih kepada tuan punya fabrik namun begitu NILA juga dikatakan sebagai bahan perosak sehinggakan orang melayu berbidalan pasal NILA ni  yang berbunyi ''Kerana NILA setitik Rosak susu sebelanga"".Jaddik walaupun nila ini ada manfaat tetapi TETAP disimpan/diletakkan ditempat tempat yang boleh memberi kerosakan kepada perkara perkara asasi yang lebih berharga kepada isi rumah WAIMAH di ''jokke''dapur pun ore tak simpan nila ...Anda semua boleh bayangkan sendiri dimanakah tempat yang paling sesuai untuk NILA di tempatkan didalam rumah.Pilhan kawe dalam jambe..

Kisah Awe dan Nila ini bagaikan aur dengan tebing dizaman dahulu bagi ore ore kampung yang susah dan tidak mampu untuk menghantar pakaian ke kedai dobi.''Awe'' yang ceroh otaknya dizaman budak perlu ditonjolkan personaliti yang kemas disekolah .Baju sekolah mesti putih dan bersih ,mesti disterika lendik baju dan seluar untuk mewajahkan/mengambar ""AWE" seorang budak yang cerdik dan bergaya .Walaupun ''AWE"" cerdas otaknya dalam pelajaran tapi sorang budak tetap mempunyai perangai budak .Di sekolah "'AWE'' bercampur dengan kawan kawan yang lain dan bermain bersama kawan kawan yang lain yang mengakibatkan baju putih yang digosok lendik jadik ''cemar bbolot'' bila pulang kerumah.Ibu yang terpaksa basuh dan meNILAkan baju ''awe'' setiap hari serta terpaksa bersekang mata didinahari untuk membakar arang bagi tujuan mensterikakan baju ''awe'' ini tidak pernah mengeluh dengan sikap ''awe'' yang bawa baju cemar bbolot bila pulang dari sekolah.

Begitulah betapa besarnya jasa ""NILA'' ini kepada ""AWE"" dizaman persekolahan dahulu.Peredaran zaman berlaku kampung sudah jaddik bandar dan bandar sudah jaddik bandaraya.Kini ''awe' yang ceroh otak ini tidak lagi tinggal di kampung.''Awe'' juga sudah tidak perlu kepada ''nila'' lagi untuk memperlihatkan dirinya kemas dan bergaya.Baju''Awe'' tidak lagi perlu dilendikkan oleh sterika arang .Segala galanya telah berubah bagi ''awe''. Apakah ''AWE'' masih ingat bahawa ''NILA" pernah berjasa kepada beliau? hanya ''awe'' sahaja yang tahu jawapannya.

"'AWE"' tidak pernah tahu berapa adunan debu nila yang sesuai untuk dicampurkan dengan air bagi penghasilan putih jitu di bajunya."'AWE'' tidak pernah tahu berapa sudu klorok yang diperlukan untuk dicampurkan dengan air untuk rendaman bagi menghilangkan tompokan kekotoran yang ada di bajunya.''AWE'' tidak pernah tahu berapa ketul arang ppurung yang diperlukan bagi memanaskan sterika untuk melendikkan bajunya.

Setelah tua ''AWE'' teringat kembali kepada baktinya NILA ini tetapi segala segalanya sudah terlambat bagi ''awe'' kerana untuk beliau pelajari teknik teknik ''MENILA'' baju dari orang tua sudah tiada lagi.Sudah menjadi keaslian diri ''AWE"' yang dianugerahkan otak yang ceroh ini akan mempunyai segala penyelesaian terhadap kemuskilan yang belaiu hadapi.Kini ''NILA'' masih ada lagi dijual dikedai kedai pendalaman kampung bukan dibandar besar tempat ''awe'' tinggal.Hati manusia yang membuak kerana satu kehendak adalah perkara yang amat susah untuk dikawal dan diubati.Ingatan ''awe'' pada nila sudah menjadi parah tetapi ''AWE"" kena menjaga status kedudukan yang dimilikinya kini. "'AWE" takkan merendahkan dirinya untuk masuk kekampung untuk mencari kedai yang menjual nila dan belajar bagaimana nila dicampurkan.

''AWE'' yang hebat ini telah memanggil beberapa penjual nila kerumahnya untuk bertanya mengenai harga nila .Maka berduyun duyun lah para penjual nila dari kampung datang ke rumah ''awe' untuk mempromosikan nila jualan mereka.Satu demi satu ''AWE'' mendengar penjelasan dari penjual ini menceritakan kebaikan barangan jualan mereka dengan harganya sekali.Dalam diri ''awe' mana mana penjual yang boleh menerangkan cara untuk mencampurkan adunan sekali akan dipilih.Maka berkatalah seorang penjual nila yang hebat kepada ''awe'' bahawa beliau mempunyai beberapa pakej dalam menjual nila.Penjual ini mempunayi pakej menjual nila sahaja, menjual nila dengan penerangan bagaimana nila perlu diadunkan dan memjual nila dan menilakan sekali.

Tertarik dengan kehendak dihati ''AWE"" memilih penjual ini untuk membekalkan nila kepada beliau.Apa yang ''AWE" tidak sedar adalah apa yang beliau cari adalah seorang yang betul betul tahu cara mengadunkan nila dan air seperti mana yang dibuat oleh ibunya dahulu.''Awe'' tidak sedar bahawa penjual nila tidak pernah mengadunkan nila untuk kegunaan sendiri,penjual nila tidak pernah menggunakan nila yang dijualnya kerana beliau mampu menghantar bajunya ke kedai dobi hasil kecekapan beliau menjual nila.

Kecerian jelas diwajah ''awe'' bila si penjual nila meninggalkan rumahnya setelah menghantar nila yang dikehendaki oleh ''awe' .Tanpa membuang masa ''awe' terus memproses bajunya untuk dinila bagu kegunaannya dalam satu majlis besar keesokan hari.Nostalgia lama dizaman persekolahan dimbas dengan baik oleh ''awe'' terhadap diri .''Awe'' membayangkan tepukan gemuruh akan diterimanya besok didalam majlis dan beliau akan tersenyum bangga akan dirinya yang kini sudah pandai ''menilakan'' baju sendiri.

Kerana terlalu teruja dengan ''nila'' ini ''AWE'' terus mengandunkan debu nila dan air seprti yang diterangkan oleh penjual nila tadi dan menilakan bajunya tanpa was was. Apa yang ''awe' tidak tahu adalah adunan air dan nila ini perlu juga disesuaikan dgn jenis kain  baju itu .Tidak semua jenis kain  boleh diNILAkan walaupun berwarna putih . Semua perkara ini mesti diketahui dengan baik untuk penghasilan yang memuaskan.Tetapi segalanya nasi sudah menjadi bubur bagi ''awe'' .Dimajlis yang ''awe' harapkan tepukan gemuruh bertukar menjadi pandangan sinis kepada baju yang ''awe'' pakai.Kesegakan yang ''awe'' harapkan bertukar menjadi lusuh dengan jiwa suram ''awe'. Segala penyesalan hanya bermain dikotak fikiran sahaja kerana segala galanya sudah terlambat .Senyuman kelat hanya ''awe' mampu lontarkan kepada hadirin dibawah yang berkebetulan si penjual nila pun ada dalam majlis tersebut .Penjual nila pun tidak mampu untuk mengangkat tangan memberi tepukan kepada keterampilan ''awe'' pada hari itu walaupun produk beliau yang ''awe'' guna. Begitulah nasib ''awe' dan seorang penjual nila.


Saturday, August 20, 2011

TOK BALI PELABUHAN DADAH

Dadah diangkat sebagai musuh nombor wahid negara ,digelar najis dadah ,penagih dadah dianggap sebagai bangkai bangkai bernyawa begitulah momokan jijiknya dadah dan penagihnya digambarkan kepada kepada masyarakat kita.Pengedar dadah pula di beri hukuman yang amat berat iaitu gantung sampai mati .Hukuman kepada pengedar dadah dosanya seumpama membunuh manusia lain tanpa sebab.Tetapi dalam masyarakat kita tidak dimomokkan pengedar dadah ini lebih hina dari penagih dadah . Kenapa perkara ini berlaku ? Kuasa duit dan kuasa kemampuan membeli orang politik mungkin jaddik faktor utama...kawe tak tahu.

Walaupun dadah ini sifatnya diperakui amat buruk oleh semua pihak ,diakui boleh membunuh diri sendiri tanpa disedari kerana dadah bukankah membunuh diri itu dosanya sama dengan murtad??,disahkan menjadi barah yang amat teuk kepada masyrakat.Semua orang akan mengakui tiada baiknya dadah kepada masyarakat .Besarnya ancaman kepada negara kerana dadah ini ,akan hanculah akidah orang islam kerana dadah ini.

Dalam negara Malaysia ini riuh rendah dari petani,nelayan,kerani,pemandu teksi,kerani,penjawat awam.ustaz ustaz,para ulama,ahli politik,menteri hinggalah kepada Timbalan Perdana menunggu dengan penuh debaran bilakah tarikh pilihanraya ke 13 yang akan diumumkan oleh Perdana menteri.Bila sebut mengenai pilihanraya maka pautan dengan politik tidak boleh dipisahkan.Bila nama politik disebut pula maka isu.spekulasi,persepsi akan turut serta menjadi topik bualan bagi semua rakyat yang prihatin dengan corak pentadbiran negara.Pelbagai isu mesti dicipta ,mesti diadakan,mesti ditimbulkan untuk memberi kejutan kepada pemikiran rakyat yang lena dengan suasana terkini yang berlaku dalam negara.BERSIH membuat kejutan awal kepada seluruh negara hingga mendapat perhatian dari negara luar didunia ini.

Terbaru isu MURTAD yang berlaku disalah sebuah gereja di Selangor mendapat perhatian yang hebat juga dari seluruh golongan warga malasyia.Banyak pihak yang dipersoalkan ,dipersalahkan,dipertikaikan serta semangat semangat gologan tertentu dibangkitkan untuk mendapat perhatian awam.Orang orang politik sibuk mengulas akan keprihatinan mereka kepada golongan masing masing .Semuanya mahu menjadi jaguh kepada kebaikan puak masing masing.Budaya politik murahan sebegini tidak menjadi perhatian utama kepada kawe TETAPI ianya menjadi satu isu yang hebat kepada politikus politikus di malaysia.Rakyat memang patut bersyukur dengan keprihatinan pelabagai pihak mengenai isu isu yang dinagkitkan ini.

Perkara yang kawe bangkitkan ini mungkin tidak menjadi minat para politikus dikala ini TETAPI zaman kini telah berubah dengan amat drastiknya.Isu DADAH memang isu lama yang tiada kesudahan penyelesaiannya .Seperti hayunan tajuk yang kawe lempar diatas diharapkan semua pihak berani tampil diri dengan bertanggungjawab menyatakan apa yang kawe katakan itu tidak betul demi untuk menjaga kepentingan politik masing masing.Cabaran dari "daun kering" seperti kawe ini boleh dipandang sebelah mata atau dipejamkan rapat mata oleh politikus politikus walaupun kejadian sebenar berlaku di depan mata mereka. Silakan wahai tok wakil tok wakil .pak pak menteri,pelobi lobi politik untuk cari makan untuk menyahut cabaran dari 'daun kering'' yang tiada harga ini.

Kenapa kawe pilih Tok Bali sebagai pusat kemasukan dadah yang utama di kelate ? Tok Bali adalah satu kawasan yang cuba ditonjolkan sebagai lambang kemajuan oleh pelbagai pihak di kelantan samada dari pihak kerajaan negeri mahu pun pihak pembangkang.Semua pihak mahu dilihat jaguh kepada pembangunan di pelabuhan pendaratan ikan di kelantan.Dikhabarkan dalam satu satu ketika hampir 30 buah bot bot laut dalam untuk memuntahkan hasil mereka di jeti jeti Tok Bali ini.Kawe andaikan sebuah bot mempunyai 20-30 orang krew/awak maka hampir seribu manusia yang boring dengan kehidupan dilaut sedang gila untuk menikmati nikmatnya hidup didaratan.Apa aktiviti mereka ini didaratan? Apa prasarana yang disediakan untuk mereka ini selaian dari kedai kedai makan dan restoren di kawasan sekitar? Apa kehendak sebenar pelaut pelaut ini bila berada didaratan? Persoalan2 tersebut tidak perlu bagi kawe untuk menjawab kerana orang orang yang pandai mengambil peluang untuk mengaut keuntungan diatas kehendak orang lain sudah mempunyai jawapan untuk mengalirkan wang masuk ke kantung mereka.

Kini boleh dikatakan negara malaysia sedang menuju kearah sebuah negara maju ,jadik pekerjaan sebagai seorang nelayan bukan lagi pilihan kerja yang boleh menarik minat rakyat tempatan.Keadaan ini menyebabkan pengusaha pengusaha bot terpaksa memohon kepada pihak berwajib untuk mengupah awak awak dari negara luar yang berkemahiran sebagai nelayan moden.Demi menjaga industri perikanan negara bergerak maju maka tiada pilihan kepada pihak kerajaan untuk akur kepada permintaan saudagar saudagar bot laut dalam ini.Apa yang disedari oleh semua pihak adalah masalah sosial akan wujud dengan kemasukan warga asing ini kepada rakyat tempatan,Apa yang tidak disedari ialah SEMUA pihak tidak memperdulikan untuk menyelesaikan masalah yang disedari ini .Kenapa dan mengapa ? Mohon jawapan dari pihak berwajib dan politikus negara,,,

Berapa kilometer kah yang dibenarkan oleh undang undang negara untuk awak awak dari negara luar ini merayau rayau melepasi sempadan Tok Bali ? Bagaimanakah bentuk kawalan dari pihak berwajib untuk pelaut pelaut luar ini mematuhi undang undang jarak merayau ini? Apakah wujud satu perkampungan khas di daerah Tok Bali atau ''pekan kecil'' di sekitar pelabuhan tersebut yang dibina khas untuk melekakan pelaut pelaut ini merayau rayau terlalu jauh dari jeti Tok Bali?Pihak manakah yang patut mengambil tanggungjawab ini ? Dalam perbualan kawe sesambil makan ccolek di Kota Bharu bersama seorang pengusaha/saudagar bot laut dalam .Secara semborono kawe meletakkan tanggungjawab sosial ini kepada mereka dengan alasan mudah iaitu keuntungan yang mereka kaut dan memang sepatutnyalah mereka menyumbang kembali sedikit dari pendapatan mereka untuk kebaikan sosial masyarakat setempat. Taukeh ini bersetuju dengan kesemborono kawe .Tetapi taukah tetap taukeh kerana keuntungan adalah keutamaan mereka.

Jawapan mereka adalah mudah ,mereka tidak mempunyai tanah dikawasan persekitaran untuk mewujudkan perkampungan tersebut.Bukan juga menjadi tanggungjawab mereka yang mutlak untuk menyediakan semua kemudahan tersebut TETAPI mereka bersetuju jika ada pihak pihak yang berkenaan mahu menyediakan tempat dan mereka akan membayar apa apa yang akan dikenakan untuk pekerja pekerja mereka mendapat keselesaan yang di sediakan itu.Secara tidak langsungnya mereka menunding pihak pihak tertentu yang amat lemah dalam pengurusan masalah ini. Kawe tidak mahu menamakan pihak mana yang perlu kehadapan untuk mengambil tanggungjawab ini secara tepat kerana ,maklumat yang kawe terima adalah terlalu ramai sangat pihak pihak yang mempunyai kepenting di Tok Bali ini .Orang orang politik lah secara terang kawe katakan sebagai pihak yang sedang mencari habuan untuk kepentingan politik mereka.Otak otak rosak dari politikus ini sanggup menggadaikan masalah sosial kepada masyarakat demi habuan keuntungan politik yang mereka dapati .Ada sesiapa diluar sana tidak faham apa habuan yang politikus ini dapat? hahaha..Carilah jawapan melainkan anda semua mahu ditipu oleh politikus politikus ini sepanjang hayat anda.

Mungkin ramai diluar sana berfikir kawe sudah terlalu jauh merapu dari tajuk DADAH yang kawe dakwa berpusat dari pelabuhan Tok Bali ini . Jawapan kawe adalah sila semak dengan pihak polis kelantan(bahagian narkotik) atau pihak kastam atau pihak imigresen  tentang perkara ini . Tanya mereka dan dapatkan jawapan dari mereka .Mungkin ada yang akan berfikir secara mudah kenapa pihak pihak berkluasa ini tahu semuanya apa aktiviti2 yang berlaku di pelabuhan Tok Bali tapi kenapa tindakan tidak diambil? Jawapan kawe adalah polis dan segala pihak berkuasa kerajaan malaysia sekarang ini lebih berminat untuk menjaga kebajikan orang orang politik dari menjalankan tanggungjawab mereka mengatasi gejala sosial kepada masyarakat.Orang politik boleh menafikan dakwaan kawe ini atau pihak berkuasa boleh menidakkan apa yang kawe tulis ini TAPI masyarakat diluar sana tahu dan faham amat jelas apa yang sedang berlaku dalam sistem di negara kita.

Sebelum kawe jatuhkan noktah kepada rapuan kawe kali ini ,sila semak dan tanya kabar berapa banyak kah jeti jeti/pelabuhan pelabuhan HARAM tang terdapat di Tok Bali ini? ,apa aktiviti dan kegiatan mereka?Siapakah yang untung dengan kegiatan di pelabuhan haram ini?

APA YANG KAWE PASTI PAS DAN UMNO AKAN TERUS SALING TUDUH MENUDUH DIANTARA SATU SAMA LAIN DALAM ISU TOK BALI INI DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA . SIAPA YANG AKAN BELA NASIB RAKYAT MELAYU DI TOK BALI INI ? DAP ATAU MCA ATAU PUAK ULAR HITAM AKAN DIDATANGKAN KHAS MENYELESAIKAN MASALAH INI?





Thursday, August 18, 2011

SKORI DAPAT TONGKAT KE ''SYURGA''

Pak Da Kori bergaya dengan tongkat yang dihadiahkan oleh TGNA  di Ijtimak PAS baru baru ini.

Seperti yang kawe janjikan didalam posting yang lalu untuk mengupas kisah Pak Da Kori yang kini menjadi pautan hati TGNA setelah beliau terpisah dengan Anuar Musa .Jika dizaman lampau tiada manusia yang hidup dizaman Firaun pernah terfikir bahawa penentang utama Firaun akan dibesarkan didalam istana beliau sendiri.Begitu jugalah dalam dunia politik di ketereh tiada siapa menduga Pak Da Kori umpama seperti ''belangkas'' dengan Nuar Musa kini berpaling tadah untuk bersama sama dengan TGNA menentang segala kemungkaran dan kezaliman yang di lakukan oleh UMNO di negara ini.

Sebelum kawe buka baju Pak Da Kori untuk tengok tahi lalat Pak Da Kori kawe nak cerita sikit kisah pegang tongkat kayu semasa imam berada diatas mimbar ketika berkhutbah.Berkebetulan semasa kawe mengunjungi TGNA dirumahnya dalam satu topik perbualan TGNA menceritakan pengalaman beliau bersembahyang jumaat di salah sebuah bandar di negara Iran.Menurut TGNA imam yang membaca khutbah diatas mimbar tidak memegang tongkat kayu seperti amalan biasa yang kita lihat di Masjid masjid di negara kita tetapi imam tersebut memegang senapang Ak-47 yang berisi peluru.Dalam nada berjenaka TGNA kata ,''ambo pun berasa gerun kalu saloh nyo mari bedil alah kita takdok pasal pasal''.

Penjelasan TGNA berkenaan senjata yang dipegang diatas mimbar ini adalah satu simbolik kepada lambang ''KEKUASAAN".Katanya dizaman awal Islam dahulu umat Islam sentiasa menjadi ancaman pihak musuh maka di sunatkan memegang senjata di atas mimbar ketika khatib membaca khutbah sebagai melawan ancaman ancaman yang datang. Tongkat/pedang/senjata  simboliknya adalah ''kekuasaan'' TGNA juga tidak berapa berkene dengan tongkat yang dipegang oleh Imam sekarang ini kerana kata beliau asal pegang kayu panjang dan tinggi ini adalah amalan golongan penganut agama Kristian.

Berbalik kepada subject asal kawe iaitu Pak Da Kori ,TGNA telah menghadiahkan sebatang 'tongkat' kepada Pak Da Kori semasa TGNA membuat kunjungan peribadi kerumahnya beberapa bulan dahulu..Apakah makna tersirat disebalik simbolik sebatang tongkat yang dihadiahkan oleh TGNA kepada bekas orang kanan Anuar Musa ini.Apakah TGNA sedar bahawa bila Pak Da Kori memalingkan mukanya kepada Anuar Musa maka satu cubaan yang amat besar akan melanda diri Pak Da Kori.Jikalau kawe imbaskan kembali dizaman Musa menentang Firaun dahulu cubaan yang ditempuhi oleh Musa amat berat sehinggalah sebatang tongkat kecil Musa berjaya menjahanamkan kekuasaan dan kerakusan Firaun.Kawe bukanlah hendak membandingkan Musa dengan Pak Da Kori mahu pun Firaun dengan Anuar Musa tetapi didalam menterjemahkan maksud tersirat TGNA yang mengaitkan bahawa tongkat itu simbolik kepada ''kekuasaan'' bolehlah difahami bahawa sebatang tongkat yang kecil boleh merobohkan sebuah kerajaan yang besar dan kuat dengan izin Allah taala.Mungkikah dengan sebatang tongkat kecil yang dihadiahkan oleh TGNA ini akan memberi semangat yang kuat kepada Pak Da Kori mempertahankan langkah menuju jalan benar yang diambilnya.

TGNA mungkin tidak berharap Pak DA Kori memukul muka Anuar Musa dengan tongkat yang dihadiahkan secara ikhlas itu .Tetapi sebagai seorang ahli politik yang bijak seperti TGNA sudah tentulah ada makna makna tertentu akan setiap tindak tanduk yang dibuatnya..Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh TGNA kepada Anuar Musa bahawa kehebatan Anuar Musa sebagai ahli politik yang hebat di Kelantan sebenarnya tidaklah hebat sangat kerana TGNA secara dasarnya boleh menewaskan Anuar Musa dengan hanya menggunakan sebatang tongkat.Jika dahulu Pak Da Kori akan mengekori kemana sahaja Anuar Musa pergi tetapi kini Pak Da kori akan kilik tongkat pemberian TGNA kemana sahaja dia pergi.

Keprihatinan dan ''kesayangan'' TGNA kepada Pak Da Kori amat terserlah kerana dari apa yang kawe dimaklumkan, susuk Pak Da Kori selalu melekat dihati kalbunya.Salam TGNA sentiasa sampai kepada Pak Da Kori sekiranya TGNA tahu seseorang yang mengenali berjumpa dengannya.Semasa pertemuan singkat baru baru ini perhatian yang diberikan oleh TGNA kepada Pak Da Kori agak luarbiasa dan terserlah kegembiraan diwajahnya bila melihat Pak DA Kori berdiri sihat didepannya.Begitulah harapan menggunung TGNA kepada Pak Da Kori.

Apakah Pak Da Kori yang satu ketika dulu dapat segala kesenangan dan kemudahan yang diberikan oleh Anuar Musa dapat bertahan lama dengan jalan baru yang dipilih ini ? Jalan yang penuh liku dan ranjau serta kesusahan dan kesulitan duniawi mungkin sedikit terasa.Berapa lamakah Pak DA Kori akan dapat bertahan dengan situasi ini tiada siapa yang tahu.Bukan senang bagi seorang manusia yang sentiasa dalam kesenangan dan kelinangan tiba tiba memilih jalan untuk menyusahkan diri.Hanya seorang yang betul betul nampak jalan yang BENAR sahaja mampu bertahan hingga ke akhir.

SAMADA PAK DA KORI INGIN MENERUSKAN JALAN YANG LURUS KE 'SYURGA' ATAU MEMBELOK DI PERSIMPANGAN HUJUNG JALAN UNTUK MENUJU KE ''NERAKA'' SAMA SAMA LAH KITA TUNGGU EPISOD KESUDAHAN SEORANG YANG SUKA BERSILAT DALAM POLITIK.



Wednesday, August 17, 2011

JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI



                                                          Tuan Presiden Alumni


 Dengan sukacitanya kami AJK Alumni SMSTMFP ingin menjemput para bekas pelajar SMSTMFP untuk ke Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Alumni di Kota Bharu seperti berikut:

1. Tarikh: 20hb Ogos 2011
2. Majlis Tahlil bermula pukul 6:30petang
3. Tempat: Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan
4. RM30 seorang

Untuk urusan menentukan kehadiran sila hubungi En. Supran AJK Alumni SMSTMFP di talian 013-9287989.

Sekian Terima Kasih
Ir. Mat Kamil Awang

Presiden Alumni


Kawe menerima pesanan SMS dari Tuan Presiden Farisains/Semesta sebentar tadi berkenaan perkara yang disebut diatas.Berita ini juga telah ditampal di wall FB Group Farisains yang boleh di lawati DISINI .


KEHADIRAN DARI SELURUH ALUMNI YANG BERADA DI KELANTAN PADA TARIKH TERSEBUT AMAT DIHARGAI UNTUK MENGEKALKAN UKHWAH SESAMA KITA YANG SUDAH LAMA TERJALIN.

Tuesday, August 16, 2011

DATO IBRAHIM BAKAL GANTI DATO AWE ADEK DI PARLIMEN BACHOK??

                                 Dato Ibrahim seorang yang pemurah dan mesra rakyat

Seorang hartawan dari Bachok ini amat dikenali sikap pemurah dan prihatinnya kepada ore ore Bachok. Beliau dikenali oleh semua peringkat umur dari golongan remaja sehinggalah kepada golongan tua.Kawe sudah beberapa kali berjumpa dengan susuk ini di beberapa restoren sekitar Kota Bharu tetapi tidak pernah mengetahui inilah pemimpin IDOLA yang menjadi harapan  rakyat Bachok untuk mengubah masa depan mereka secara keseluruhannya.

Malam tadi kawe berpeluang berbicara dengan tokoh ini secara dekat dalam satu majlis santai ''makan ccolek'' yang dihadiri oleh beliau bersama dengan beberapa orang penduduk bachok di Kota Bharu.Ketibaan beliau agak lewat sedikit kerana ada beberapa urusan lain yang perlu beliau selesaikan .Tetapi sudah menjadi sikap abadi dalam dirinya bila ore Bachok ingin bertemu mata dengan beliau akan menghadirkan diri walaupun lewat .itulah menurut cerita orang Bachok semasa kami berbual menunggu ketibaan beliau.

Kawe tidak banyak bercakap dengan beliau pada malam itu selain dari mendengar perkara perkara serta masalah masalah yang diajukan oleh penduduk bachok kepada beliau.Tokoh yang murah dengan senyuman amat ramah dalam berbicara ,amat tersentuh hatinya  dengan permasalahan orang lain dari riak wajahnya bila mengetahui seseorang dalam keadaan mengalami masalah khususnya orang Bachok.

Bila perbualan menyentuh isu isu politik setempat tokoh ini menjawab setiap persoalan yang diajukan dengan penuh keihklasan hatinya. Dalam satu kenyataan bersahaja beliau menjelaskan pendiriannya bahawa amat amat tidak setuju dengan amalan politik ''cchok cangkul'' yang diamalkan oleh pemimpin umno di Bachok.Ketegasan beliau dalam hal ini disuarakan oleh beliau dalam mesyuarat2 umno yang disertainya samada di peringkat tempatan dan negara.Beliau juga menceritakan oleh kerana ketegasan beliau menolak politik cchok cangkul ini telah mengakibatkan dirinya tidak disukai oleh segelintir pemimpin UMNO atasan.Dimana pernah satu ketika beliau tidak dibenarkan oleh pihak pihak tertentu untuk meresmikan  satu mesyuarat PIBG sekolah di Bachok.Arahan yang dikeluarkan oleh pihak pihak tertentu keatas beliau supaya tidak dibenarkan memasuki pagar sekolah terbabit pada hari tersebut.Kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku kawe rasa orang orang Bachok yang kenal keluhuran budi tokoh ini dapat memberi jawapan yang tepat.

Kawe tidak mahu  ulas panjang lebar mengenai politik ''cchok cangkul '' kerana semua orang mengetahui bahawa CANGKUL itu sifatnya MENGAUT apa sahaja yang ada didepan.Dalam satu soalan lain bila ditanya akan harapannya untuk menjadi calon di DUN Jelawat Bachok . Dengan tenang beliau menjawab beliau tidak berhasrat untuk menjadi wakil rakyat TETAPI beliau berhasrat untuk membantu rakyat .Sekarang ini pun beliau bukan wakil rakyat tetapi beliau membantu kesusahan rakyat secara peribadi.Manakala wakil rakyat yang sedia ada sibuk mengaut kekayaan peribadi dari membantu rakyat.Beliau juga memberi jaminan jikalau pucuk pimpinan UMNO memilih beliau sebagai calon maka elaun bulanan wakil rakyat yang beliau terima akan diserahkan kepada rakyat secara terus tanpa beliau ambil satu sen pun.Tambah beliau lagi hasrat beliau adalah untuk bantu rakyat jikalau dilantik menjadi wakil rakyat BUKAN mengaut HAK rakyat untuk mengenyang perut sendiri seperti yang dibuat oleh setengah setengah pemimpin UMNO di bachok masa kini.

Soalan kawe kepada tokoh ini adalah '' Dalam senario politik di Bachok sekarang ini dilihat Dato Awang Adek sedang ditolak oleh orang Bachok sendiri apa pandangan Dato?''

Dato Ibrahim secara sinis menjawab terdapat ramai di Bachok yang suka main wau tetapi masalahnya mereka ini cuba menaikkan ''WAU YANG BELUM DITEPPEK KERTAS LAGI'' bagi orang Kelantan mungkin tidak sukar untuk memahi sindiran ini.Bagi pembaca yang tidak fasih bahasa kelate kawe tafsirkan secara  mudahnya adalah cuba menaikkan kerangka wau sahaja tanpa menampal kertas terlebih dahulu.

Dalam nada serius Dato ini mengatakan bahawa perkara ini banyak pihak dalam UMNO sedang mengambil perhatian yang mendalam.Malah DAA sendiri pun ada menyatakan keluhan ini secara peribadi kepada beliau .Jaddik kemungkinan DAA akan bertanding di Jelawat dan kerusi PARLIMEN perlu diselamatkan oleh Dato Ibrahim pada andaian kawe adalah sesuatu perkara yang masuk akal.Menyentuh situasi ini kawe bertanyakan soalan nakal kepada tokoh ini . Kata kawe ''Apakah Dato mempunyai keyakinan bahawa Parlimen Bachok akan dapat dirampas dari PAS sekiranya Dato dipertanggungjawabkan""

Sekali lagi ketenangan tokoh ini terserlah dalam menjawab soalan ,kata beliau ore Bachok kenal ambo .tahu siapa ambo samada dari penyokong PAS atau pun penyokong UMNO yang lebih mustahak lagi ambo membantu ore bachok tak kira parti secara peribadi ambo sendiri selama ini.Beliau juga menyatakan di bachok waris waroh beliau ramai yang menyokong PAS jaddik tidak mempunyai masalah yang besar untuk beliau merampas kerusi tersebut WAIMAH tokoh besar PAS seperti Husam Musa sekali pun  yang akan jaddik lawan beliau. Dato Ibrahim juga beritahu bahawa beberapa hari yang lalu terdapat satu rombongan dari keluarga TGNA datang kerumah beliau kerana urusan tertentu.

Ketokohan Dato Ibrahim ini dimata rakyat Bachok memang tiada tolok bandingnya dan disedari oleh pihak kawan dan lawan seperti mana yang diceritakan oleh ore Bachok kepada kawe sebelum ini.Kepada penjual penjual ''NILA'' juga nasihat kawe adalah pilihlah jenis nila yang sesuai untuk di jual kepada ore Bachok.Kepada Rakyat Bachok pula pilih lah NILA yang bermutu sebagai pilihan walaupun harganya murah.


                               Dato Ibrahim bersama ore bachok selepas makan ccolek




Monday, August 15, 2011

MENCARI RESTU SESUDAH SUBUH


 RAHSIA apa yang diberitahu kepada Soberi oleh TGNA dgn penuh bersemangat tu?


Pagi tadi kawe berkesempatan menunaikan sembahyang subuh di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Bersama kawe adalah Tuan Haji Soberi Shafii serta Pak Da Kori .Ketibaan kami di Masjid tersebut lebih kurang 20 minit awal dari masuknya waktu subuh.Setelah selesai solat subuh yang diimamkan oleh TGNA dan disambung terus dengan kuliah subuh oleh TGNA.Dalam kuliah ringkas ini TGNA kupas mengenai kecantikan bahasa al- Quran dan menekankan keperluan sebagai umat islam untuk memahami dan menguasai  bahasa Arab dengan baik.

Pengalaman pertama kawe berjemaah di masjid ini dapat membuka mata kawe apa sebenarnya kehebatan pengisian ilmu yang didapati dari Masjid TGNA yang terkenal diseluruh Malaysia ini.Kepada mereka yang tidak pernah menjejaki kaki ke Masjid ini boleh lah kawe ceritakan secara ringkas kedudukan logistik masjid ini.Diperkarangan Masjid ini terdapat rumah sekolah dan bersebelahan dengan Masjid ini adalah rumah yang didiami oleh TGNA sekeluarga.

Pelajar pelajar sekolah ini turut bersama berjemaah bersama penduduk setempat.Ada sedikit kepelikan yang kawe perhatikan bila pelajar pelajar ini memasuki masjid. Setiap pelajar yang memasuki masjid ini akan membawa sebuah buku kecil dan pen bersama mereka. Kawe hanya menyimpan kepelikan tersebut untuk mencari jawapan setelah semua orang beredar dari masjid nanti.

Sedang TGNA menyampaikan kuliah subuhnya mata kawe melilau mencari untuk melihat pelajar pelajar yang memabawa buku dan pen tadi.Boleh dikatakan semua pelajar tersebut mencatat apa yang dipertuturkan oleh TGNA dalam kuliahnya. Maka terjawab sudahlah persoalan kawe berkenaan pelajar dengan buku kecil dan pen mereka.

Setelah kebanyakan jemaah beredar kami menuju kerumah TGNA dan disambut oleh menantunya iaitu Ariff  Fahmi dan Soberi menerangkan hajat kami untuk berjumpa dengan TGNA. Dengan penuh ramah Ariff Fahmi mempersilakan kami masuk kedalam rumah untuk menunggu TGNA yang sedang menyelesaikan upacara tertentu di dalam masjid yang mana kelihatan 2 ..3 orang membawa bayi kecil ke masjid.

Debaran kawe semasa menunggu TGNA memasuki rumahnya adalah membayangkan cara bagaimanakah untuk kawe lakukan bila bersalaman dengan beliau nanti ,APAKAH prinsip kawe tidak mencium tangan manusia lain selain dari kedua dua ibubapa kawe akan robohnya pegangan hari ni.Walaupun semasa menunggu itu perbualan kami  dengan Ariff fahmi mengenai isu isu politik semasa tetapi fikiran kawe melayang jauh kepada PRINSIP kawe tersebut.

Debaran kawe makin hebat bila TGNA muncul didepan kami yang terus disambut oleh Soberi dengan salaman dan pelukan . Pak Da Kori juga melakukan cara yang sama dan ini amat melegakan debaran didada kawe.Cara bersalaman diantara TGHA dan TGNA yang pernah kawe lihat didepan mata kawe sendiri suatu ketika dahulu kami praktikkan.

Setelah kami semua duduk semula dikerusi masing masing ,Soberi membuka bicara dengan menyatakan tujuannya untuk berjumpa mata dengan TGNA adalah untuk memklumkan hasratnya untuk berpuasa dan berhari raya di tanah suci Mekah pada tahun ini.Beliau juga memohon untuk ''bercuti'' dari TGNA sehinggalah pulang semula ke tanah air selepas hari raya nanti untuk meneruskan ''kerja'' semula..Amat jelas kegembiraan diwajah TGNA menerima berita Soberi ingin menyambut hari raya di Mekah.Dengan penuh ihklas beliau menerangkan beberapa perkara yang patut dan perlu dilakukan semasa di Mekah terutamanya bila menziarahi tempat tempat peninggalan Nabi Muhammmad S.A.W.Panjang lebar beliau menerangankan kepada kami bertiga.

Beberapa perkara mengenai  politik negara  juga dibincangkan antara Soberi dan TGNA yang mana kawe kira isi kandungannya tidak wajar dipaparkan disini.TGNA juga memaklumkan kepada kami tentang kemarahan beliau terhadap UMNO  pada pagi ini lain macam sikit sehingga terbawa bawa dan menyebut nama UMNO dalam kuliah subuhnya pagi tadi yang mana beliau tidak pernah melakukannya sebelum ini.Kemarahan beliau adalah dengan sikap UMNO yang tidak memahami perjuangan melayu dan islam dan memutarbelitkan fakta hinggakan masyarakat islam menjadi keliru.Hujahnya Majoriti orang melayu di malaysia adalah islam ,jaddik kenapakah UMNO begitu bodoh atau cuba memperbodohkan orang melayu yang menyokong perjuangan islam. Kata TGNA PAS perjuangkan Islam BERMAKNA perjuangkan untuk orang Melayu lah .

Satu lagi perkara yang menarik bagi diri kawe semasa pertemuan dengan TGNA ini adalah ,kawe tidak merasakan diri kawe sedang berhadapan dengan seorang pembesar sebuah negeri .Sebaliknya  seperti kawe berjumpa seorang tua dikampung sahaja.Lebih lebih lagi bila di setengah jalan perbualan beliau mengungkapkan '' mari musim ni nak akat air air takleh '' dengan senyuman penuh ikhlas .Budaya kampung dan adat resam orang melayu meraikan tetamu secara tradisi kampung ditonjolkan dengan penuh tertib oleh TGNA.Budaya kampung asli ini amat terkesan kepada diri kawe KERANA kawe amat pehe perasaan tuan rumah bilamana tidak dapat menghidang apa apa kepada tetamu yang bertanding waimah air kosong segelas..ITULAH BUDAYA MELAYU .

Kami tidak dapat lama bersama TGNA hari ini kerana Soberi terpaksa berkejar ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur ,Walaupun masih kelihatan jelas di wajah TGNA tidak puas dengan perbualan yang tidak dapat diteruskan itu .Setelah kami minta diri untuk pulang dan sambil berdiri TGNA masih lagi meneruskan perbualan dalam jangkamasa lebih kurang 5 minit sebelum menghantar kami sampai ke pintu rumah beliau.


Kelihatan digambar TGNA menumpukan sepenuh perhatian mengenai penenrang yang di sampaikan oleh Soberi (tidak kelihatan di gambar) sebelum kami meninggalkan rumah beliau. Pak Da Kori (Bekas orang paling kanan Anuar Musa) berdiri disebelah TGNA. Siapa Pak Da Kori dihati TGNA sekarang? Apakah amanat TGNA berikan kepada Pak Da Kori akan kawe tuliskan didalam posting yang lain .Tongkat yang berkemungkinan akan digunakan oleh Pak Da Kori membaca khutbah diatas mimbar juga ditanya oleh TGNA kepada Pak Da berkenaan keadaannya. Tunggu kupasan khas kawe terhadap Pak Da Kori.

Setelah keluar dari rumah dan memasuki kereta untuk ke Airport ,meninggalkan kawasan masjid memberi satu kesan yang amat besar kepada kami semua. Kerana terdirinya solat subuh pagi tadi seoalah olah kami sembahyang fardu jumaat mengenai jumlah kehadiran jemaahnya.Apa kini tanda tanda yang kebangkitan islam didunia ini sedang menuju ke kemuncak seperti yang terdapat dalam hadis hadis nabi? Petunjuk ini mungkin juga boleh dijadikan satu ukuran kemungkinan BN dan kuncu kuncunya akan lenyap kekuasaan mereka di bumi Malaysia.



Wednesday, August 10, 2011

''CCOLEK'' MP KOTA BHARU

                                                                 Dato Wan Rahim

''Sukacita mohon rakan taulan hadir ke Majlis Makan Cholek dengan ADR KB pada 13 RAMADHAN 10 malam di BEREK 12 KB.'' Petikan daripada tulisan Cikgu Rahim di wall FB Parlimen Kota Bharu P.021 (RTPJ)


Ahli Parlimen Kota Bharu Dato Wan Rahim atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Cikgu Rahim telah menjemput rakan rakan FB beliau di dalam  PARLIMEN KOTA BHARU  serta Group FB UMNOtumPAS untuk beramah mesra sesama rakan rakan FB sesambil menimakti hidangan CCOLEK oleh Cikgu Rahim dan Kak Jah.


Pengasas Group UMNOtumPAS iaitu Tuan Haji Soberi Shafii juga mengesahkan juga akan menghadiri majlis yang julung kali diadakan untuk meraikan rakan rakanFB ini.Untuk makluman semua kedua dua group ini baru sahaja ditubuhkan yang mana keahlian mereka menjangkau 1000 orang .Diberitakan juga Wakil Rakyat Semerak iaitu YB Wan Hassan Wan Ibrahim juga akan hadir sebagai tetamu kehormat.


Majlis ini bukan satu majlis POLITIK kerana ahli ahli yang terdapat dalam UMNOtumPAS boleh dikatakan kebanyakannya tidak menyokong mana mana parti politik TETAPI mereka menyokong apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh mana mana parti politik terhadap rakyat kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.


Kepada semua rakan rakan FB diseru supaya dapat menghadirkan diri dalam majlis santai berccolek untuk berkenalan diantara satu sama lain dengan lebih dekat lagi .Perkenalan /perbahasan/perkelahian di alam maya sememangnya patut diwujudkan sebagai satu tali silaturrahim dialam nyata sebagai seorang insan.TAHNIAH diucapkan kepada Cikgu Rahim kerana merintis jalan silaturrahim ini .


KEPADA AHLI AHLI PARTI PEMBANGKANG DI KELANTAN YANG ADA DIDALAM KEDUA DUA GROUP INI KEHADIRAN ANDA AMAT AMAT DIALU ALUKAN.

Tuesday, August 9, 2011

PATUH AGAMA SAHAJA


Berada di negeri Kelate adalah satu impian bagi setiap anak negeri ini tidak ketinggalan juga kawe sebagai anak negeri yang lahir dan dibesarkan ditanah Kelate ini.Apa yang kawe kekurangan adalah menjalani proses kehidupan selepas dibesarkan .Kini kawe berpeluang untuk merasai nikmat hidup di kelate ini .Setiap kehidupan itu akan mempunyai rahsia yang tersendiri yang perlu diterokai dan diharungi.

Pola menjalani kehidupan di kelate ini mempunyai beberapa kategori seperti tempat tempat lain didunia ini.Golongan remaja ,dewasa dan golongan tua.Masyarakat di bandar ,pinggir bandar dan kampung. Ketiga tiga kategori ini dan ketiga tiga topo kehidupan ini membentuk satu masyarakat yang UNIK dengan gaya pemikiran yang berbeza beza dari segi pemikiran politik.

Kali ini kawe ingin mengarut mengenai golongan tua dan pemikiran politik mereka dan apa yang mempengaruhi aliran politik mereka.Siapakah mereka golongan golongan tua ini ,mereka ini terdiri dari pegawai pegawai kerajaan yang pencen jika berkhidmat dengan kerajaan ,mereka ini adalah pekerja pekerja swasta sudah tidak bekerja atau yang masih bekerja ,mereka ini adalah petani petani atau peniaga peniaga kedai runcit kecilan dikampung kampung.Mereka inilah yang memenuhi kariah masjid dikampung kampung atau di bandar .

Golongan ini memilih masjid adalah untuk mencari bekalan diakhirat setelah bekalan hidup didunia sudah tamat tempoh usia pencarian mereka .Apa yang mereka lalui semasa berkhidmat dengan pihak kerajaan dan jika ada kepincangan yang mereka lakukan inilah peluang untuk mereka mohon ampun dengan sang PENCIPTA dengan usia yang berbaki tidak banyak ini.

Dalam perbualan kawe dengan rakan sebaya yang kuat pegangan UMNO nya ,kawe bertanya macam mana harapan UMNO dalam PRU 13 ini dikawasan kampung kampung di kelate . Dengan selamba beliau jawab kepada kawe ''SAKIT". Jawapan yang bersahaja ini membuat kawe teruja ingin tahu apakah penyakit sebenarnya yang dialami oleh UMNO di Kelate ini.

Sahabat kawe mengambil kira senario yang berlaku dikampungnya di sebuah daerah di kelantan . Katanya 20 tahun dahulu hanya ada 2 rumah sahaja yang dikenal pasti sebagai penyokong tegar PAS tapi kini hanya tinggal 2 buah rumah sahaja yang pasti menjadi penyokong tegar UMNO.Pembaca diluar sana jangan terkejut dan jangan gaduh nak kata kawe menipu kerana kawe menceritakan apa yang diceritakan kepada kawe oleh orang lain .Pada mulanya kawe tidak percaya dengan cerita ini jikalau yang mencerita ini orang PAS ,tetapi bila yang menceritakan ini adalah ahli dari salah sebuah rumah tinggal 2 buah rumah penyokong UMNO tegar itu membuat kawe lebih minat untuk tahu apa sebabnya.

Menjawab soalan kawe ,apakah kelebihan yang PAS miliki sehinggakan dapat ''membalikkan'' sokongan satu kampung kepada mereka itu. Dengan selamba sahabat kawe ini berkata ''MASJID'' dan ''KEDAI KOPI'' .Termenung dan termanggu kawe dalam mencari jawapan kepada jawapan yang diberikan oleh sahabat kawe ini.Dalam penjelasan lanjutnya beliau mengambil contoh seorang Cikgu yang bersara. Cikgu bersara ini akan menghabiskan sisa sisa tua mereka di masjid dan akan berjumpa kawan kawan baru di masjid kampung tersebut.Anda diluar sana mungkin boleh meneka siapa dan golongan/puak parti mana yang mengimarahkan masjid dikampung kampung.

Kebiasaan kepada orang orang tua dikampung2 di bumi Kelate ini bila selesai menjalankan ibadah di surau atau masjid mereka akan membasahkan tekak dikedai kedai kopi sebelum pulang kerumah.Cikgu bersara yang baru pulang ke kampung ini akan terikut ikut dengan budaya ini .Apa yang orang tua berbual dikampung kebiasaannya tidak membincangkan kelab dangdut mana yang mempunyai GRO muda muda,pusat karokae mana yang mempunyai ''sound system'' yang bagus.Tetapi mereka akan berbual bual santai mengenai politik negara dan isu isu hangat yang mereka tonton di TV.

Kebiasaannya menjadi amalan parti PAS mengadakan ceramah penerangan sepanjang musim dikampung kampung dari pelbagai kategori penceramah yang mereka miliki.Setelah cikgu bersara ini sudah miliki sahabat masjid dan kedai kopi maka ajakan teman untuk sama sama mendengar ceramah PAS selepas bersara dari jawatan kerajaan bukanlah salah atau melanggar apa apa peraturan lagi kepada mereka.Akhirnya setelah 2 atau 3 kali mengikuti siri ceramah PAS ini dan mungkin kerana setuju angin dan seleranya mengenai apa yang dipertuturkan oleh penceramah2 PAS akan menyebabkan cikgu bersara ini pada waktu yang lain akan mempelawa sahabat surau dan kedai kopinya menaiki keretanya untuk hadir mendengar ceramah PAS. Bila keadaan berlaku tandanya seluruh keluarga cikgu tersebut telah menjadi penyokong PAS cerita sahabat kawe dengan nada yang keciwa.

Melanjutkan lagi cerita sahabat kawe ini beliau sentuh mengenai BEKWOH atau dalam bahasa malaysia standardnya majlis kenduri kahwin di kampung . Umum mengetahui bahawa masyarakat kampung tidak memerlukan katering untuk menyajikan makanan dalam majlis mereka. Hanya cukup dengan anak beranak dan jiran jiran kampung bergotong royong untuk menyediakan apa apa yang patut ditolong dan majlis BEKWOH ini.Dalam hal ini juga sahabat kawe ini amat keciwa dengan sikap YB PAS dikawasannya kerana menurut beliau YB ini akan menngunjungi tuan rumah yang mengadakan BEKWOH tersebut sehari sebelum majlis sebenar diadakan.Pertanyaan yang YB tersebut ajukan kepada tuan rumah adalah ''Apa lagi yang tak cukup"" Jika jawapan tuan rumah menjawab kelapa lagi belum ada maka dengan tidak perlu diminta apa apa YB ini akan menguruskan penghantaran kelapa kepada tuan rumah tersebut.

KEMATIAN adalah satu perkara yang perlu dihadapi dan ditakuti oleh semua mahkluk yang bernyawa.Dalam hal ini juga sahabat kawe bercerita mengenai tabiat orang PAS di kampung beliau bila berlakunya kematian . Dari sembahyang mayat hingga ke liang lahat diceritakan oleh sahabat kawe ini dengan nada yang kesal terhadap parti yang disanjunginya. Kata beliau kadang kadang orang PAS ini pandai mengambil kesempatan dimata orang ramai secara tidak langsung .Soal sembahyang mayat dan mengurus jenazah mereka akan meletakkan diri mereka didepan dalam segala halnya.Begitu juga semasa diliang lahat dan kadang kadang ustaz ustaz PAS ini mungkin secara ihklas atau secara bergurau atau secara sengaja untuk menjatuhkan air muka orang orang UMNO bilamana dengan selamba didepan orang ramai ditanah perkuburan akan mengajukan supaya pemimpin pemimpin umno dari kampung berkenaan untuk membaca TALKIN kepada simati.Bila keadaan berlaku pemimpin kampung umno ini akan menolak semula kepada orang PAS tersebut untuk membaca dan menyelesaikannya. Samada pembaca diluar sana ingin mengatakan orang PAS ini ikhlas atau sengaja hendak memalukan orang UMNO terpulanglah kepada pandangan masing masing . Tapi dari segi politiknya mereka sudah dapat sedikit kelebihan dimata orang ramai.

Pada PRU 12 yang lalu menurut cerita sahabat kawe ini terdapat satu rumah didalam sebuah kampung yang terkenal ketua keluarga tersebut sangat aktif dalam umno TETAPI dalam PRU 12 seorang anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur kembali ke kampung untuk mengundi dan meminta satu permintaan kepada bapanya. Kata anak tersebut kepada bapanya selama ini dia tidak pernah meminta apa apa dari bapanya selain dengan apa yang disediakan oleh bapanya dari kecil sehingga pandai cari makan sendiri . Permintaan beliau yang kali pertama ini adalah supaya kedua dua ibubapanya mengundi PAS .Hahaha ..kawe gelak tetapi sahabat kawe mengelengkan kepala dan berkata UMNO tidak boleh buat apa apa tentang perkara yang beliau ceritakan ini ,hanya boleh merelakan sahaja perkara yang berlaku didepan mata.

Bila mendengar kisah sahabat kawe ini berkenaan orang PAS dan orang UMNO dikampung beliau ,kawe teringat satu kisah zaman dulu dulu disebuah kampung juga. Dua orang yang bersahabat baik tetapi satu orang pemimpin PAS dalam kampung dan seorang pemimpin UMNO. Kampung tersebut memang terkenal kubu kuat PAS ,tetapi kedua dua sahabat baik yang berlainan parti ini ingin bantu membantu diantara satu sama lain.Si UMNO ini perlu membuktikan belaiu ada wibawa untuk menawan kubu PAS itu jikalau beliau yang dilantik jaddik ketua . Zaman dulu dikampung2 pemimpin umno kampung akan rasa bangga jika majlis yang dibuatnya/dianjurnya mendapat sambutan ramai dari penduduk kampung lebih lebih lagi jikalau ada ''orang atas'' (orang besar dalam parti) datang ke majlis tersebut. Jaddik bila sahabat yang umno ini handak mengadakan apa apa majlis maka beliau akan minta tolong sahabat PAS ini supaya mengerahkan orang kampung untuk meramaikan majlis beliau . Jaddik bila ''orang atas'' datang serta melihat sambutan yang amat ramai dan tidak pernah berlaku maka segala peruntukkan yang diminta oleh pemimpin umno yang tiada pengikut ini senang diluluskan dan yang mendapat manfaatnya adalah orang orang kampung tersebut. Samada politik sebegini masih berlaku atau tidak dikampung2 negeri kelantan kawe tidaklah pasti.

Jika BiniNajib berhasrat hendak merampas kelantan dari PAS ,eloklah nasihatkan kepada suaminya supaya belajar membaca talkin untuk simati, eloklah belajar kukur nyior bagi majlis BEKWOH,eloklah belajar menjadi kepala ngatib dimajlis tahlil.Begitu juga buanglah birokrasi meminta ic bapa dan status parti bapa untuk memberi bantuan kepada anak anak kampung untuk bersekolah.


Friday, August 5, 2011

SENTUHAN TERAKHIR MUHYIDIN DITUNGGUI

                                                              Perhatikan pada MATA

 Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir diherdik oleh sebilangan ahli UMNO supaya keluar dari UMNO untuk menyatakan kecaman terbuka terhadap salah laku yang berlaku dalam UMNO hari ini.Jika ada diantara kelompok melayu mudah lupa sudah tentu masih ingat kejadian Tun M dan Pak Lah sebelum Najib dilantik sebagai PM secara keterpaksaan Pak Lah  lepaskan kerusi kepada Najib.Tun M pemimpin ulung UMNO dan negarawan tersohor terpaksa menghinakan diri keluar dari UMNO semata mata untuk melihat Pak Lah turun dari kerusi PM.


Dari luar Umno Tun M menghentam dan melenyek sepuashatinya dengan menggunakan pelbagai pentas dengan satu syarat sahaja iaitu BENCIKAN Pak Lah ,jatuhkan Pak Lah sebagai PM pada ketika itu dengan pelbagai dakwaan yang sememangnya ada kebenarannya.Orang orang UMNO yang didalam UMNO juga memainkan peranan masing masing untuk satu matlamat yang sama iaitu jatuhkan Pak Lah PM yang mengikut segala kehendak menantu kesayangan.Apakah Najib tidak mempunyai PERANAN pada waktu itu? Atau sebagai Timbalan kepada Pak Lah Najib perlu menutup segala peranannya menjatuhkan Pak Lah supaya tidak kelihatan? Muhyidin pada waktu itu dilihat seorang pemimpin UMNO yang berani dan yang paling lantang mengkritik Pak Lah dari dalam parti .Walaupun ada suara suara sumbang yang tidak selesa dengan kelantangan Muhyidin kritik Pak Lah tetapi tidak diendahkan oleh beliau. Najib diam ,membisu sekali sekala keluarkan kenyataan sokongan beliau tidak berbelah bagi kepada Pak Lah . Mungkin kenyataan tersebut perlu dibuat untuk menutup  orang ramai menghidu gerakan diam beliau bersama sama Tun M menjatuhkan Pak Lah.


Kini sejarah berulang lagi dalam rumah UMNO ,singgahsana Najib bersama Ratu FLOM kesayangannya tidak disenangi oleh banyak pihak di dalam UMNO kerana tindak tanduk mereka berdua .Berapa puak kah yang ada dalam UMNO sebenarnya? Kawe tak perlu menjawab atau menulis jawapan persoalan itu di disini kerana ahli ahli UMNO sendiri lebih maklum akan kepuakan yang ada dalam parti mereka.


Apa yang membezakan cara Najib menjatuhkan Pak Lah dengan cara Muhyidin mahu menjatuhkan Najib.Tun M digunakan secara lantang dan berdepan oleh Najib untuk menjatuhkan Pak Lah .Tun M melantik dirinya sendiri sebagai ketua pembangkang yang tidak resmi diluar Parlimen dalam memainkan peranannnya memastikan kerusi Pak Lah di serahkan kepada Najib.Muhyidin memilih dengan cara yang berlainan pendekatannya.Muhyidin tidak perlu sesiapa bertindak bagi pihaknya,beliau hanya memainkan peranan tersembunyi yang amat halus untuk membangkitkan semangat kebencian seluruh rakyat malaysia secara amnya dan ahli ahli UMNO khususnya kepada Rosmah dan Najib.Semuanya dalam senyap dan ''linang'' gerakannya.Persepsi yang dicipta oleh Rosmah dan Najib untuk membedakkan diri mereka yang kelihatan seperti hantu opera cina dimata rakyat dengan mudah diambil kesempatan oleh Muhyidin dengan satu perkataan sahaja untuk mematikan langkah Najib iaitu ,Muhyidin lebih suka sebut BANGSA dulu . Dan dalam hal ini Najib terus menikus untuk memberi sebarang komen terhadap sindiran Muhyidin kepada beliau.


AMANAH yang diterajui oleh Ku Li adalah pemula ribut dalam kancah kepuakan UMNO.Duri dalam daging UMNO ini sentiasa mencucuk jantung UMNO .Cucukan pertama Ku Li terhadap Najib selepas Pak Lah terguling adalah dalam isu royalti minyak kepada rakyat Kelantan .Suara suara nyamuk dalam UMNO berbunyi supaya Ku Li dipecat kerana menidakkan HAK parti dan membenarkan HAK rakyat kelantan.Tetapi gigitan naymuk nyamuk UMNO ini tidak memberi sebarang bekas kepada Ku Li sebaliknya kedudukan belaiu bertambah kukuh dihati rakyat Kelantan sehinggakan UMNO tiada pilihan lain untuk menamanahkan duri dalam daging UMNO ini memastikan DUN Galas hak UMNO dalam pilihanraya kecil .


Cucukan bersahaja dari Ku Li kali ini walaupun tidak mendapat sambutan yang membanggakan telah menyebabkan jantung najib berdebar dan lututnya dibedah TAPI bukan bergetar dan ketar  akibat tusukan duri dari Ku Li sebabnya..hahahha.Kekalutan dalam UMNO cuba ditutup dengan pantas dengan juak juak umno yang masih setia pada BiniNajib ini dengan cuba memperlagakan TGNA ,Ku Li dan Anuar .Najib patut memecat Ku Li dari UMNO jika benar Ku Li berpakat dengan TGNA bukan dengan membalas dengan mengatakan TGNA tidak jujur kepada Anuar.Kenapa Najib begitu kemetot pemikirannya (pinjam istilah Makhluk MSO) yang khianati beliau dan UMNO adalah Ku Li kenapa Anuar dan TGNA yang patut BiniNajib dan rakyat malaysia hukum? Pecatlah Ku Li seperti mana Pak LAh memecat Braheng Ali itu baru satu tindakan yang betul dan berani sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.


Walaupun Pak Lah tahu Najib orang yang terlibat menjatuhkan beliau tetapi Pak LAh seorang yang berjiwa besar dan baik hati. Beliau masih cuba untuk membantu Najib dalam isu BERSIH tempoh hari .Bantuan dibelakang tabir yang dimainkan oleh Pak Lah ini tidak dihargai oleh Najib sebaliknya beliau lebih rela dirinya terpalit dengan kebencian oleh kebanyakan rakyat dari bersyukur dengan ""bantuan""secara sembunyi sembunyi oleh Pak Lah ini .Secara tidak langsungnya Najib telah mengistiharkan Pak Lah adalah musuhnya walaupun Pak Lah ikhlas ingin membantu.


Nampaknya Muhyidin begitu pintar mewujudkan musuh musuh Najib didalam UMNO dengan hanya beliau berdiri sebelah Najib tanpa berkata apa apa selain cuba mengambil hati rakyat terbanyak. Bila Muhyidin menyelebahi kehendak rakyat atau orang melayu khususnya BERMAKNA Muhyidin sedang menolak najib untuk dibenci oleh rakyat.Muhyidin benar benar memperlihatkan dirinya menjaga KETUANAN MELAYU di mata ahli ahli UMNO bilaman berjaya membuat YB Ular Hitam Kamalnathan mencium tangan lembut Muhyidin didepan ribuan orang melayu diatas satu pentas di Hulu Selangor tempoh hari.Najib pula merosakkan imej KETUANAN MELAYU bilamana tunduk kepada desakan/ugutan Presiden Ular Hitam MIC dalam membuat tuntutan jawatan menteri walaupun puak ular hitam ini minoriti yang paling kecil memenangi kerusi dalam pilihanrya di dalam Kerajaan BiniNajib. Najib telah melacurkan KETUANAN MELAYU kepada ular hitam ini.


Kawe sedang menunggu sentuhan terakhir dari Muhyidin dalam usaha beliau menjatuhkan Najib dan Rosmah yang mana kawe berfirasat sebahagian besar ahli ahli UMNO akan berdiri teguh di belakang Muhyidin bila sentuhan terakhirnya dilakukan demi menyelamatkan UMNO dirosakkan oleh Najib dan demi menyelamatkan rakyat Malaysia dihancurkan oleh Rosmah.


SELURUH RAKYAT MALAYSIA SEDANG MENANTI MUHYIDIN MENGUMUMKAN SOKONGANNYA TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA PM NAJIB OLEH UTUSAN MALAYSIA. Rakyat sudah amat maklum cara untuk membaca tulisan utusan malaysia ini . Bacaan yang betul bila berita ditulis oleh utusan malaysia ialah dari kanan ke kiri  bukan dari kiri ke kanan. Jika anda tidak pandai membaca teknik pembacaan yang betul untuk tulisan Utusan malaysia ini MAKA elok jangan pedulikan atau percayai berita itu. hahaha


Ada juak juak UMNO berani nafikan Najib dan Muhyidin tiada KRISIS? Sila mulakan mesin pembohongan anda kepada rakyat itu...

Thursday, August 4, 2011

MAKAN CCOLEK DENGAN CIKGU ZUL

                                                       Cikgu Zulkifli Mohd Noor

                                       Diantara anak anak murid yang menghadirkan diri



Malam ni kawe dengan beberapa orang sahabat lama berpeluang menikmati hidangan ccolek bersama bekas guru kami .Sekadar makan collek secara santai selepas terawih adalah perkara biasa di kota bharu setiap kali bulan Ramadan.Nikmat makan collek ini sukar untuk dinikmati di negeri negeri lain di Malaysia.

Restoran pilihan kami adalah sebuah restoren di Panji ,restoran ini menyediakan beraneka jenis collek yang diminati oleh orang orang kelate.

Bersantai sambil makan collek sambil berbual bual dengan sahabat lama dan ditambah nimatnya dengan kehadiran bekas guru yang amat kami sayangi adalah satu kepuasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata kata .Cerita dan kisah lama diungkit kembali untuk memecahkan hilaian tawa diantara guru dan murid..

Wednesday, August 3, 2011

POLITIK ''TAHIK ITIK''

Juadah berbuka puasa yang dijual di pasar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke-4.


Hari kedua puasa tahun ni dan sasaran kawe untuk cari juadah berbuka adalah di Pasar Ramadan di perkarangan stadium Sultan Mohamad ke -4 di Kota Bharu.Berpuluh gerai dan beratus jenis juadah makan yang dijual oleh peniaga peniaga disini.

Juadah pilihan kawe kali ini adalah ''Tahik Itik" ,kuih tradisional Kelate ini sebenarnya bukanlah kegemaran kawe jika nak di bandingkan dengan tuppat sotong .Tapi selera kawe memilih ''Tahik Itik'' adalah kerana wujudnya GERAM didalam jiwa.Perlu dijelaskan di Kelate ini ada tahi itik yang bermusim dan tahi itik yang tidak bermusim.Tahi itik yang bermusim HALAL di makan dan tahi itik yang satu lagi itu HARAM dimakan sepanjang zaman .

Kawe tidak tahu asal usul kuih ini TAPI pada kawe simbolik kreatif memilih nama Tahi itik adalah satu kesedaran yang amat mendalam kepada yang mencipta nama kuih ini walaupun ia akan menjadi loya tekak untuk ditelan jika dikenangkan akan namanya.Tapi bila direnung akan rupa bentuk kuih ini maka hati akan berkata ya ..itulah tahi itik. Setelah dimakan dan dinikmati sekali lagi hati akan berkata ..ya..tahi itik memang sedap.Begitulah hebatnya orang dulu dulu dalam memikirkan sesuatu untuk masa hadapan .Jangkaan mengatakan tahi itik akan diminati oleh ramai orang suatu ketika nanti untuk dimakan  dan inisiatif dibuat untuk memboleh tahi itik yang HARAM di makan. Dengan mencipta satu kuih yang enak dimakan kerana kesukaan manusia kepada tahi itik.Orang kelate sudah lama maklum dan faham bahawa sepanjang masa/musim tahik itik adalah haram dimakan dan amat busuk untuk didekati sambil bermain main dengannya.Tetapi ada musim tahi itik boleh dimakan dan amat lazat dan enak untuk dimakan.Dalam pengertian yang lain bolehlah kawe katakan bahawa ore Kelate amat bijak memilih sesuatu perkara itu mengenai buruk dan baik,pandai memilih busuk dan harum untuk jalani kehidupan mereka.

Diatas dasar kesedaran dan keinsafan inilah yang membuat hati kawe memilih tahik itik sebagai juadah berbuka puasa hari ini.Mungkin ada pembaca diluar sana berasa amat jijik dengan perbandingan yang kawe ulas kali ini iaitu makanan dan tahik.Keperdulian kawe kepada pembawa diluar adalah amat kecil peratusannya kerana kawe menulis bukan kerana nama untuk disanjung dan diminati TETAPI menulis sebagai kesukaan yang suka suka tanpa sebarang manfaat kepada orang lain .

Tahik itik sekarang ini sudah diminati oleh semua orang dalam malaysia ianya tidak lagi terhad kepada orang Kelantan sahaja. Semua peringkat dan golongan sudah mula meminati tahik itik ini.Amat MALANG sekali sekarang ini apabila orang politik juga sudah menggilai tahi itik ini.

Kini dunia politik Malaysia sudah menjadi ''POLITIK TAHIK ITIK'' busuk dan mual baunya pelaku pelaku politik di Malaysia masa kini.Keriuhan terbaru menjelang musim pilihanraya yang bakal tiba adalah mengenai taraf kewarganegaraan rakyat asing yang didakwa oleh pelbagai pihak amat membimbangkan kebanjiran yang dianugerahkan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Sebulan yang lalu keriuahan juga berlaku dalam negara kita kerana BERSIH . Baju yang dipersoalkan oleh pihak berkuasa .Baju yang berwarna kuning yang dipersalahkan ,si pemakai akan ditangkap kerana memakai baju yang berwarna haram pada sisi undang undang pihak berkuasa.Orang politik kini sudah mula mencari konsep tahik itik yang halal yang dipelopori oleh ore kelantan dalam kekreatifan mencipta makanan.Orang politik cuba untuk mencipta sesuatu yang baru yang akan membolehkan tindakan mereka menjadi semua halal dan suci.

Jika orang politik cuba untuk bermain dengan ''POLITIK TAHIK ITIK '' ini mereka perlu peka dan berpandangan jauh dalam bertindak serta patut berfikir secara mendalam mengenai apa yang mereka ingin sajikan kepada rakyat Malaysia.Mereka harus belajar dan tahu mana satu tahik itik yang enak dimakan dan tahik itik yang tak lalu ditelan.Kalau politik tahik itik hendak ditarikan MAKA seni tahik itik perlu dipelajari dan dihayati ,kena faham jarak masa tahik itik cair beransur menjadi keras. Jika seni tahik itik ini tidak difahami tetapi masih rasa hebat untuk menari dicelah celah tompokan tahik itik .Dirisaukan langkah tarian yang sumbang dari penari penari politik ini terpijak tahik itik cair yang membawa kegagalan mengawal imbangan badan yang memungkin rebah tersemban muka diatas tompokan tahik itik tersebut.

Pada Najib jangan terlalu mengharap sangat kepada Rosmah untuk menyediakan hidangan tahik itik ini. Amat besar kesannya jika Rosmah silap memilih tahik itik untuk hidangan sajian  NAJIB. Umum mengetahui prihatinnya sifat Najib dalam ''RAKYAT DIDAHULUKAN'' .Rakyat akan membaling semula tahik tahik itik ke muka Najib bersama sama dengan bekas bekas mahal yang disediakan oleh Rosmah itu.Mungkin Najib jujur dalam tindakannya kerana terus menghidangkan tahik itik yang disediakan oleh Rosmah tanpa dicuba dulu samada tahik itik itu enak atau busuk.ATAU mungkin juga Najib tak lalu nak telan tahik itik hidangan Rosmah TAPI apakan daya itu sahaja hidangan yang beliau ada untuk dipersembahkan kepada rakyat jelata.



Tuesday, August 2, 2011

TUAK NYIOR WANGI CIKGU NIK MAT PULAU KUNDUR

                                     Tuak nyior wangi Cikgu Nik Mat sedang disukat dan diikat

Hari ini adalah hari pertama berpuasa bagi seluruh umat islam di malaysia.Bulan Ramadan yang penuh rahmat keberkatan ini setiap tahun akan memberi sedikit kelegaan kepada peniaga peniaga makanan di seluruh negara. Sebulan bulan puasa inilah peluang mereka untuk mencari reezeki lebih untuk berbelanja di hari raya.

Setiap kali bulan Ramadan ramuan berbuka yang akan kawe cari dan cari ada kepelbagaian jika berkebetulan kawe berpuasa dan berbuka ditanah Cik Siti Wan kembang.Hari ni kawe nak bercerita tentang KECINTAAN kawe kepada air tuak (Nira Kelapa bahasa ore Kuala Lumpur) di bulan ramadan ini.Golongan muda kini ,mungkin masih meminati tuak ini ,mungkin ada yang boleh membezakan tuak yang asli dengan tuak yang tidak asli.Tuak yang dijual ditepi jalan kebiasaannya bukanlah tuak yang asli dari segi rasanya walaupun ada ditulis ''TUAK ASLI '' dikotak simpanan tuak tersebut.Untuk mengetahui tuak tersebut asli dan tidak asli anda perlu tahu bagaimana cara tuak diproses diperingkat awal hingga akhir .Anda tidak akan dapat membezakan tuak asli dengan yang asli sekiranya anda tidak pernah merasai tuak yang asli ,itulah adalah perbezaan mudah dari segi rasa.

Selepas asar hari ini kawe menuju ke Kampung Pulau Kundur untuk mencari tuak asli yang disadat oleh Tok Nyadat Cikgu Nik Mat dikebun nyior wanginya.Nyior wangi adalah spesis kelapa renek yang lebat buahnya.Tenaga Beruk tidak diperlukan untuk memulas nyior wangi kerana ketinggian kelapa ini hanya boleh dipetik samada dengan atau galah sahaja. Lebih kurang pukul  5.30 petang kawe tiba didepan tangga Tok Nyadat ini.Kelihatan beberapa orang penggemar tuak sedang menunggu giliran mereka untuk mendapat tuak yang sedang dimasukkan kedalam ''supit'' dengan menggunakan cetong (jag) .Harga tuak hari ini bukan murah seperti 10 tahun dulu ,dulu ramai tok tok nyadat yang menyadat tuak kini amat jarang ada tok nyadat yang mahir menyadat tuak.Harga tuak Cikgu Nik Mat ini Rm 5 secetong.

 
                          Lima cetong tuak kawe sedang diisi dalam supit rokrak

Kawe bolehlah menceritakan sedikit bagaimana tuak ini diproses dengan pengetahuan sejengkal yang kawe ada untuk dikongsi dengan para pembaca diluar sana. Kita tinjau dulu secara bergambar peralatan asas yang patut ada untuk menyadat tuak ini .

            Rupa bentuk Ssadat tuak (pisau yang digunakan untuk menyadat tuak)

                             Tukil tuak (buluh yang di gunakan untuk menadah air tuak)


                             Laghu (Rincihan kayu halus dari banir cengal kebiasaannya)

Tiga peralatan perkara asas ini perlu ada dalam pemprosesan yang seterusnya untuk mendapatkan tuak. Ssadat tuak digunakan untuk mengerat/memotong/menghiris mayang (tandan) nyior yang muda untuk air tuak dikeluarkan (kalau mayang nyior yang tua disebut manggar dalam bahasa kelate). Laghu berfungsi untuk melambatkan proses tuak menjadi masam disamping untuk mendapat rasa tuak menjadi manis manis kelat. Laghu ini akan dimasukkan kedalam Tukil secukup rasa sebelum diikatkan kepada mayang (tandan) nyior yang telah dihiris tadi untuk menadah air tuak .


Tok Nyadat  sedang menghiris mayang nyior sebelum ditadah dengan tukil.


      Pembantu Tok nyadat sedang mengikat tukil setelah mayang nyior disadat.


                                              Rupa bentuk mayang nyior yang baru disadat

                                      Rupa bentuk mayang nyior yang sudah lama disadat .

Kepakaran yang perlu ada kepada seorang Tok Nyadat adalah ketekunan dan kesabaran dalam proses melentur mayang nyior ini .Proses ini akan mengambil masa berbulan .Cara dan teknik meregangkan mayang nyior ini kena betul.Kedudukan dan sudut darjah kecondongan mayang nyior perlu dipaut dengan betul suapaya lelehan air tuak keluar dengan baik .Gagal menguasai teknik teknik ini maka mayang nyior akan MERAJUK dan air tuak takkan keluar. Kesenian dan kesabaran dalam proses ini amat penting dan perlu dititik berat oleh Tok Nyadat.

Setiap mayang nyior ini akan dapat mengeluarkan hasil 2 kali sahaja dalam sehari semalam.Kebiasannya Tok nyadat akan mengutip haasilnya pada sebelah pagi dan sebelah petang.Jika anda tiada pengalaman membeli tuak di rumah tok nyadat ,pertanyaan samada tuak pagi atau tuak petang akan mencerminkan anda mempunyai pengalaman membeli di rumah Tok Nyadat bukan setakat pandai membeli tuak ditepi jalan semata mata. Dihari hari biasa Tuak dirumah Cikgu Nik Mat ini anda boleh memilih untuk membeli tuak pagi atau petang TAPI anda tidak boleh buat demikian didalam bulan Ramadan.

Kawe suka Tuak yang semalaman kerana rasanya akan ketik ketik lidah ...hahahha..Lidah anda berhak untuk merasai tuak pagi atau tuak petang berdasarkan citarasa anda sendiri.

Dua tong tuak yang telah dibawa turun dari pokok yang telah diasingkan laghu didalam tukil siap sedia untuk dicedok dengan cetong untuk dimasukkan kedalam supit sebelum disumbat kedalam supit rokrak untuk diserahkan kepada pembeli air tuak .

SEMUA GAMBAR GAMBAR DIATAS ADALAH YANG KAWE AMBIL DIKEBUN NYIOR WANGI CIKGU NIK MAT PULAU KUNDUR .BELIAU JUGA MEMPROSES NNISE KERRET DI HARI HARI BIASA.