Thursday, October 28, 2010

FARISAINS V/S ANSARA


Kepada orang yang tidak tahu sejarah mungkin melihat gambar diatas sebagai perkara biasa dan tiada apa apa nostalgia untuk dikenangkan. Tapi bagi kawe dan segelintir yang senasib dengan kawe gambar ini memberi sejuta makna kenangan silam untuk dimbaskan kembali seolah olah ianya semalam baru berlaku.

Mat Kamil Awang mungkin tidak semua rakyat Malaysia mengenali beliau berbanding dengan Mukhriz Mahathir yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia dan mungkin separuh dari penduduk dunia mengenali bapa beliau.Bila menyebut Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Sains Tengku Mohd Faris Petra semua rakyat Malaysia kenal dan menjadi idaman setiap ibubapa untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah yang berprestij ini.

Bila melihat gambar Presiden ANSARA dan Presiden FARISAINS ini bergambar sambil tersenyum mesra itulah kemesraan yang terjalin selepas alam persekolahan di zaman masing masing. Di sebalik senyuman mereka berdua ini ramai yang tidak tahu akan sejarah silam dan kisah suka duka kedua dua buah sekolah ini suatu ketika dulu.

Beberapa bulan yang lalu dalam TWEETER Presiden ANSARA ini berkata " Musuh dahulu ...kawan sekarang" bila kawe kata kita adalah "MUSUH".  YA dizaman persekolahan dulu MRSM adalah musuh ketat kami di SMS dan begitulah sebaliknya ,kedudukan kami yang berjiran dalam "penjara" masing masing menjadi musuh tradisi .

Kini itu semua sudah berlalu hanya kenangan untuk memecahkan hilai tawa bila kawan kawan lama berkumpul sambil mengimbas kiasah lalu. Senyuman dari kedua dua tokoh pemimpin Alumni ini menceritakan segala yang mereka kecapi dulu untuk berjaya sehingga hari ini.

Sorry Dato Mukhriz kami di SMSTMFP adalah terbaik sehingga kini berbanding dengan MRSM ...hahahahaa

Monday, October 25, 2010

NUAR BALLA "DERHAKA" PADA SULTAN MUHAMMAD V ????






Amat menarik dan tertarik  hari ini bila membaca apa yang ditulis oleh FreeMalaysiaToday hari ini .Kenyataan mengatakan Sultan Kelantan menyokong PAS kerana kesudian baginda mencemarkan duli meresmikan skim perladangan masyarakat bersama Menteri Besar Kelantan.Sultan Muhammad V memang terkenal dengan sifat mesra dan cakna kepada rakyat Kelate ,jaddik pada pandangan kawe tidak wujud persoalan Sultan Kelantan Sokong Pas dalam hal ini .Lagi pun hubungan resmi antara Sultan dan Menteri Besar memang tidak dapat dipisahkan dalam pentadbiran sesebuah negeri.

"Sumber-sumber memberitahu, Umno Bahagian Gua Musang sedang bertelingkah sesama sendiri dan ketua pemuda dan wanitanya tidak serasi dengan Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra."

Kawe amat terkejut bila membaca petikan diatas yang membayangkan Nuar Balla (Ketua Pemuda Umno Kelantan) yang secara tidak langsungnya telah melangkah setapak lagi kehadapan keberanian bodohnya iaitu "DERHAKA" kepada Baginda Sultan Kelantan.Apakah KPUK yang bijak ini sudah terpengaruh dengan PERSEPSI yang telah dicipta oleh Ibrahim Ali untuk menutup aibnya kerana di "MURKAI" oleh Sultan Muhammad V??
Apakah wajar bagi  seorang rakyat yang hanya bergelar Ketua Pemuda UMNO menyatakan dirinya tidak SERASI dengan RAJA nya??. Nuar Balla kena faham dan didik anak anak buahnya bagi faham bahawa SULTAN itu BEBAS dari pengaruh politik.

Jikalau rasa tidak SERASI ini ditujukan kepada Ku Li kerana tidak memilih calon dari Ketua Pemuda di Galas tidak mengapalah . Walaupun Ku Li itu berdarah Raja tetapi beliau terlibat secara langsung dengan POLITIK dan bukan SULTAN pun.Jaddik jikalai Nuar Balla nak derhaka kepada Ku Li ianya perkara biasalah dalam dunia politik .

Sebagai rakyat kelate sudah tentulah Nuar Balla bernaung dibawah pemerintahan Sultan Muhammad V dan taat setia kepada Sultan kena ada lah dalam diri walaupun Nuar Balla boleh beranggapan Jawatan Ketua Pemuda Umno Kelantan itu lebih besar dan hebat dari jawatan menteri besar.

Apakah faktor tidak SERASI ini menjadi punca utama kepada Nuar Balla menolak jemputan yang di buat oleh Presiden Farisains dalam satu majlis Alumni SMTMFP sebelum ini kerana persatuan ini dinaungi oleh Sultan Muhammad v?? .Kepada Nuar Balla jadilah ore kelate yang taat kepada Raja jangan ikut jejak langkah Ibrahim Ali yang DERHAKA kepada Raja.

Sunday, October 24, 2010

BRAHENG DAN RAJANYA.







“Murka” dan “Derhaka”  adalah satu ungkapan yang paling sesuai bagi kawe untuk dituliskan disini mengenai penarikan balik anugerah darjah daripada Kebawah Duli Sultan Kelantan kepada Ibrahim Ali oleh Kebawah Duli Sultan Kelantan baru baru ini.Selang tidak berapa lama pula digemparkan pula dengan berita Ibrahim Ali dimasukkan ke hospital Ampang Puteri untuk menjalani pembedahan jantungnya . Alhamdullilah Ibrahim Ali telah selamat menjalani pembedahannya dengan jaya atau kawe boleh istilahkan Allah s.w.t masih lagi beri dunia kepada Ibrahim Ali untuk dinikmati dengan caranya.

Mungkin kedua dua berita ini perkara biasa kepada mereka yang berada ditanah Malaya tapi bagi kawe yang tidak berada setanah dengan Kebawah Duli Sultan kawe dan Pejuang utama bagi orang melayu abad ini amat menarik perhatian kawe lebih lebih lagi kawe adalah seorang “peminat” tegar di wall FB Braheng agak terkejut dan sewajarnya tidak harus berlaku dan ianya memberi satu implikasi yang amat besar kepada banyak pihak. Mungkin ada pihak yang dapat meraih keuntungan atau mungkin juga ada pihak yang mendapat sedikit kerugian atau ada pihak yang gembira mungkin juga ada yang kecewa.

Apa pun perasaan yang kita ada sejarah telah memahatkan Ibrahim Ali telah menderhaka dan dimurkai oleh Rajanya itulah kefahaman yang kawe fahami berdasarkan apa yang dilapurkan oleh akhbar akhbar terkemuka di Malaysia. Satu pujian patut diberikan kepada Ibrahim Ali kerana menerima kesilapannya dengan hati terbuka dan berlapang dada tanpa membantah apa yang telah “dimurkai” oleh sultan yang membolehkan kawe kata adanya darah Hang Tuah yang setia kepada Raja dalam tubuh Ibrahim Ali.
Namun sebagai pejuang, darah Hang Jebat tetap ada barang setitik didalam tubuh Braheng ini tercena bila beliau menyatakan ziarah beliau terhadap Tuanku Ismail mungkin sebagai punca “kemurkaan” baginda sultan Kelantan.

Bagi kawe tidak salah untuk Braheng menyatakan kebinggungannya terhadap apa yang berlaku jikalau sememangnya beliau betul betul dalam keadaan kurang “pengetahuan” mengenai apa yang berlaku.Persoalannya apakah Ibrahim  Ali betul betul tidak tahu ??? Biasanya orang politik suka mencipta persepsi untuk ditanggapi.Kawe memilih untuk tidak memperdulikan persepsi yang dicipta oleh Braheng itu dan kepercayaan kawe adalah Braheng telah melakukan sesuatu perkara yang membawa “kemurkaan” baginda sultan kepada beliau.Walaupun terdapat ruang untuk menyoal kenapa anugerah itu ditarik balik ,dalam hal ini kawe hendak bertindak adil dengan diri kawe iaitu Sultan yang memberi anugerah kepada Braheng dahulu pun kawe tidak soal kenapa diberikan.

Persepsi yang dicipta oleh Braheng dan ditinggalkan olehnya sebelum melayani kerenah penyakit dalam dirinya telah menimbulkan POLEMIK politik dalam senyap.Walaupun terdapat suara suara sumbang yang kecil cuba mempertikai titah Sultan dan mempersoalkan sebab sebabnya tapi tidaklah merebak secara besar besar seperti kejadian satu sepanduk di Terengganu suatu ketika dahulu .Kawe sebagai ore melayu berasa bangga dengan  Orang Kelate kerana ore Kelate yang fanatik menyokong Ibrahim Ali faham akan adat istiadat melayu dan tahu menghormati Sultan dengan cara yang sepatutnya.

Bagi kawe adalah tidak masuk akal  persepsi yang dicipta oleh braheng ini untuk mengaitkan ziarah kepada ayahanda membawa kepada kemurkaan anakanda.Tapi bagaimana pula jika persepsi ini diterima oleh akal rakyat terbanyak? Apakah darah Laksamana Bentan akan dialiri didalam salur salur urat orang melayu hari ini? Apakah tiada lagi manusia manusia bijak seperti Tun Perak dikalangan orang melayu hari ini? Apakah orang melayu kini akan berkata  tidak hebat  untuk  menjadi Hang Tuah dan Hang Jebat patut di sanjungi? Harap harap tiada orang melayu kini akan bertanya “Apakah benar titah Sultan itu ADIL dan mesti dipatuhi” ?
Pendirian kawe mengenai keadilan adalah “keadilan itu tidak semata mata perlu  adil tetapi perlu kelihatan adil didalam keadilannya” Dan semangat Raja adil disembah dan Raja zalim disanggah perlu ada dalam diri orang melayu TAPI bukan untuk kepentingan individu melayu tertentu ,kesejahteraan rakyat terbanyak yang perlu diutamakan.

Kepada sahabat sahabat kawe dalam FB yang selalu berbeza pandangan mengenai Braheng ini  dengan kawe…Fahamilah kawe tidak bantah/ anti/benci/kepada  Braheng secara peribadi Cuma kawe berbeza dan tidak setuju kepada tindakan tindakan braheng dalam sesuatu perkara atau isu .

Wednesday, October 6, 2010

BUAH JABBIT SUBUR DI KOTA BHARU




Kehijauan dan kesuburan daun dan buah jabbit di laman rumah Allahyarham Haji Che Azlan di Dusun Muda Kota Bharu .




Inilah wajah Allahyarham Haji Che Azlan yang berjaya membuktikan buah jjabit boleh di nikmati di laman rumahnya tanpa perlu ke TESCO atau GIANT atau KB MALL di Kota Bharu . Walaupun beliau tidak berjaya menikmati rasa buah  jabbit yang ditanamnya kerana PENCIPTA memanggil lebih awal.Sila klik   MENGHADAP Illahi untuk baca posting kawe terdahulu.

Bekas pegawai kanan Jabatan Pertanian Kelantan ini cuma tidak dapat merasai kejayaan yang di usahakan laman rumahnya tapi kejayaan penanaman jabbit di Malaysia seperti yang di siarkan dalam Berita harian   ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Tuesday, October 5, 2010

KISAH DI SEBALIK BAZAAR TENGKU HANIS





                                                                  



                                   Bangunan dan nama yang tersergam indah

                                         Banner iklan yang ada di bangunan.




Bangunan Pejabat Pelancongan dan Restoren Nasi Ulam Cikgu yang mashur di Kota Bharu                              .



                                    Pemandangan Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Bazaar Yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pengawasan MPKB-BRI dengan kontraktor SENSA TIMUR ini mempunyai kisah tersendiri di sebalik nama indah bekas Permaisuri Al-Sultan Kelantan itu.Ramai yang tidak tahu kisah disebalik tersergam indahnya bangunan ini mungkin seramai yang tak tahu di manakah letaknya lokasi bangunan ini.

Nasib peniaga peniaga didalam Bazaar ini tiada siapa peduli dan tiada siapa tahu . Persoalan yang perlu di tanya adalah kenapa Kerajaan Negeri Kelantan atau MPKB-BRI atau SENSA TIMUR tidak menwar warkan ke seluruh pelusuk dunia akan kewujudan Bazaar ini di tengah tengah pusat bandar Kota Bharu?? Apakah kaitan Bazaar Tengku Anis ini dengan Pasar Lama MPKB atau ada kaitankah dengan Pasar Tok Guru yang dalam proses pembinaan itu.

Suatu ketika dulu negara digemparkan dari berita di tanah darul naim berkenaan Kerajaan Negeri ,MPKB-BRI dan nama SENSA TIMUR menjadi terkenal di seluruh negara dan pengakhiran cerita dan isu terdiam bila Ariff Fahmi menantu kepada MB Kelantan di paksa berhenti oleh semua pihak.Pelbagai cerita dan kerenah yang kita dengar TAPI yang lebih menarik minat kawe adalah cerita mengenai untuk membela nasib peniaga peniaga kecil dari golongan orang melayu di Kelantan.

Kenapa pihak Kerajaan Negeri dan MPKB-BRI kelihatan lesu dan tidak berminat untuk memajukan Bazaar ini setelah begitu sekali berminat untuk membinanya? Atau bila sudah siap komisyen pun sudah sapu maka semua kerja dari pihak2 yang terbabit pun di kira sudah selesai dan para peniaga pandai2lah berniaga untuk bayar sewa kedai?

Pada 02- 10-2010 yang lalu pihak pengurusan SENSA TIMUR di Bazaar Tengku Hanis mengadakan pertemuan dengan pemilik pemilik kedai dan peniaga peniaga di bazaar tersebut.Di dalam pertemuan itu pihak pengurusan SENSA TIMUR meminta pandangan dari pihak peniaga bagaimanakah idea yang sesuai untuk memajukan tempat tersebut. Diantara cadangan cadangan dari pihak pengurusan dan peniaga ialah promosi chanting batik,pertandingan mewarna bagi kanak kanak,promosi Bazaar tersebut kepada bas bas pelancong yang berhenti di kaki lima Bazaar Tersebut.... Persoalannya dimanakah peranan Kerajaan Negeri dan MPKB-BRI dalam hal ini ???

Apakah dengan tidak membayar satu sen pun kepada SENSA TIMUR untuk pembinaan Bazaar Tengku Hanis ini sudah tidak jadik tanggungjawab kerajaan negeri untuk memajukan golongan peniaga kecil Melayu di Kelantan?? Pihak SENSA TIMUR juga menjelaskan perjanjian syarikat berkenaan dengan Kerajaan Negeri /MPKB-BRI mengenai perpindahan peniaga2 dari Pasar Lama MPKB ke Bazaar Tengku Hanis ini.

MPKB-BRI tidak dapat mel;unaskan janji mereka kepada SENSA TIMUR untuk memindahkan peniaga peniaga dari Pasar Lama adalah kerana beberapa sebab. Ada sumber dalaman MPKB mengatakan tekanan dari peniaga peniaga asing yang memilki kedai di pasar lama MPKB adalah sebab yang utama.

Peniaga peniaga melayu yang asal dan mungkin ada mempunyai sumber sumber yang rapat dengan pihak berkuasa dan telah mengetahui Pasar Lama ini akan di robohkan telah mengambil tindakan menjual kedai kedai mereka kepada peniaga2 asing dari Pakistan,Kemboja dan lain lain .Terdapat juga dakwaan mengatakan orang orang tertentu dalam MPKB juga terlibat dalam proses jualan kedai yang sudah nak di robohkan ini.

Sejauhmana kebenaran dakwaan kawe tidak tahulah ....Apakah bila siapnya Bazaar Tok Guru nanti akan selesai masalah??? Itulah harapan yang di harapkan oleh golongan yang "membuncit perut" dalam MPKB. Mungkin masalah mereka selesai TAPI selesaikah masalah peniaga peniaga Melayu di bumi Kelantan itu.