Thursday, February 24, 2011

MELAYU SINGAPURA LEBIH HEBAT DARI MELAYU MALAYSIA?



Di Malaysia orang melayulah TUAN kepada tanah itu yang selalu melaungkan kemegahan KETUANAN mereka.Kerana ingin menjaga ketuanan melayu merekalah sebahagian dari saudara melayu mereka terpaksa dianiaya untuk dilanyak dan dihina oleh bangsa pendatang.Apa yang terjadi tetap telah berlaku ,bumi Temasek yang asalnya HAK melayu kini bukan lagi kepunyaan Melayu atau TUAN nya sudah bukan dari melayu.Kini Melayu hanya tinggal 15% atau kurang di Singapura .

Yang sering kita dengar dari para pemimpin KETUANAN Melayu di Malaysia mengenai nasib Melayu di Singapura ini amat pilu dan nyilu dihati,tapi suara pilu yang ditiup ini semata mata ditiupkan untuk memberi ingatan kepada Melayu di Malaysia sahaja.Apakah adil untuk menyalahkan/meletakkan segala kesilapan ini diatas kepala rakyat melayu Singapura? Apakah pilihan itu dibuat oleh mereka atau dibuat oleh pemimpin pemimpin terdahulu dan diwarisi oleh  mereka yang lantang melaungkan KETUANAN melayu hari ini?

Beberapa tahun yang lalu kawe pernah menetap di Johor Bharu dan boleh di katakan dalam sebulan adalah 2 atau 3 kali kawe melintas tambak Johor untuk ke Singapura dengan tiada apa tujuan selain dari untuk mengenali sebuah negara yang dulunya milik melayu tapi kini dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Cina.Apa yang kawe jumpa dan lihat disana tidak perlulah kawe cerita disini kerana Malaysia dan Singapura tidak terlalu jauh untuk dilawati oleh para ketuanan Melayu Malaysia.Di Johor Bharu tidak susah untuk mengenali melayu melayu Singapura terutamanya di malam minggu di sekitar Johor Bharu .Kawe sememangnya tidaklah sangat meminati gelagat gelagat Melayu Singapura yang selalu berjiran meja makan direstoren restoren sekitar johor Bharu .Ada keriakan di jiwa mereka ,ada keagahan didiri mereka pada pandangan kawe .mungkin disebabkan oleh nilai matawang Singapura yang lebih tinggi nilainya dgn RM penyebabnya atau kemajuan  negara mereka lebih dari Johor Bharu ...kawe tak pasti.

Yang pasti adalah melayu Singapura ini mahu diri mereka dilayan seperti Raja Temasek yang mencemar duli di Johor Bharu pada pandangan mata kawe.Antara faktor harga makanan menjadi mahal di Johor Bharu juga adalah disebabkan oleh keghairahan Raja Temasek mencemar duli di sana ....Itu andaian kawe lah...
Anggapan kawe melayu singapura ini kelihatan agah dan riak rupa rupanya silap ,yang kawe tidak menyedari pada waktu itu adalah melayu Singapura ini terlalu gembira bila berada di Johor Bharu untuk menikmati makanan.Satu kebebasan yang terpancar dijiwa mereka yang menampak keagahan di mata kawe. Seolah olah satu kemerdekaan di jiwa mereka bila dapat menghirup udara yang kurang bersih jika dibandingkan dengan kebesirhan di singapura tetapi hakikatnya jiwa mereka terpenjara didalam menghirup udara bersih si seberang tambak Johor.Menikmati jiwa yang merdeka bagi seseorang manusia itu bukanlah RIAK diri atau AGAH dalam istilah ore Kelate.

Di tempat kawe mencari rezeki ini berkebetulan ada seorang Melayu dari Singapura yang ditakdir berkongsi pejabat dan sama matlamat dengan kawe iaitu mencari rezeki sesuap nasi untuk menyara keluarga.Kami selalu berbincang pasal kerja dan sekali sekala keluar makan dan minum bersama .Sahabat kawe ini seorang yang peramah dan mempunyai 2 orang anak yang menetap di Australia dan memiliki taraf warganegara Australia TAPI sahabat kawe ini masih warganegara Singapura walaupun anak isterinya sudah menukar kerakyatan.

Amalan biasa kawe bila hendak mengetahui sesuatu kawe akan lebih banyak mendengar dari bercakap bila berbual .Kawe mendengar dengan penuh khusyuk sahabat kawe menceritakan kegembiraan yang di capai oleh anak anak yang berjaya menjadi pelajar cemerlang di Aussie . Sahabat kawe ini umurnya sudah menjangkau 50 tahun untuk pengetahuan umum .Amat menarik untuk mendengar bagaimana beliau seorang melayu berusaha untuk mendidik anak anak di negara orang putih yang jauh berbeza dengan budaya melayu dan yang lebih menarik lagi kedua dua anaknya terpaksa tinggal bersendirrian di Aussie sedangkan beliau terpaksa merantau ke pelbagai negara di dunia untuk mencari rezeki.

Sahabat kawe ini menceritakan bagaimana sistem pendidikan di Singapura dan apa kesannya kepada orang Melayu Singapura . Secara tidak langsungnya beliau menjelaskan kepada kawe mengapa beliau bersusah payah berhijrah ke luar negara untuk memberi pelajaran kepada anak anaknya yang tidak memenjarakan fikiran mereka.Mungkin anda boleh semak jenis macam mana sisten pendidikan di Singapura.Bila bercerita mengenai pendidikan ini menjuruskan kepada kawe untuk bertanya ,pada tahap manakah ibubapa Melayu Singapura berharap tahap paling minima untuk anak anak mereka berjaya didalam pelajaran .Dengan pantas beliau menjawab kebannyakkan Melayu Singapura berharap dan akan berusaha paling paling kurang anak anak mereka mendapat MASTERS . Beliau juga menjelaskan panjang lebar kepada kawe kenapa dan mengapa.

Kata kata beliau yang terkesan kepada kawe adalah bila beliau berkata " Apabila kita ditindas hanya kecerdikan dalam berilmu yang dapat menolong kita keluar dari penindasan itu". Jaddik menurut cerita beliau Melayu Singapura kini berusaha untuk mencerdikan anak anak mereka dengan pelbagai kepakaran ilmu yang ada untuk dimiliki.Kata beliau juga walaupun jumlah atau peratusan kita sedikit tapi sedikit yang berkualiti itu lebih banyak manfaat dari banyak yang tidak ada kualiti.Kawe tersenyum dan menganguk faham akan erti kesusahan atau penindasan yang beliau  ucapkan itu walaupun penindasan yang berlaku pada Melayu kelate dengan Melayu Singapura terlalu jauh perbezaannya tapi apa yang sama adalah TINDAK balas  atau usaha untuk keluar dari penindasan itu tetap sama.

Dalam gelak dan senyum sambil mengangguk faham kawe lontarkan satu soalan bersahaja kepada sahabat kawe ini ,dengan nada serius kawe bertanya kepada beliau " Apakah ada cita cita dihati Melayu Singapura untuk mengambil semula tanah Temasek itu dari kekuasaan keturunan LKY?"Melihat perubahan air muka beliau dengan soalan kawe itu dengan pantas kawe berkata sebab kawe bertanya demikian ialah kerana kawe percaya orang melayu ini ada satu semangat yang ada pada kaum Yahudi . Tengok macam mana puak Yahudi bangkit setelah ditindas ,tengok penyatuan puak puak Yahudi di luar Israel memasang strategi bertahun tahun untuk kembali ke semula berkuasa di Israel yang mereka dakwa tanah nenek moyang mereka..

Mendengar penjelasan panjang lebar kawe mengenai persamaan sifat melayu dan sifat Yahudi itu membuat sahabat kawe membuka satu cerita mengenai peretmuan beliau dengan seorang pelajar dari Malaysia yang belajar di Melbourne Aussie .Menurut sahabat kawe ini beliau memarahi pelajar dari Malaysia ini dalam nada menasihati kerana pelajar ini tidak mahu kembali ke Malaysia setelah habis belajar dan memasang angan angan untuk menikah dengan minah salleh dan tinggal disana. Sekali lagi kawe senyum dan ketawa berdekah dekah mendengarnya dan kawe yakin dan percaya nasihat sahabat kawe ini kepada pelajar tersebut adalah ikhlas dari hati kecilnya dan mungkin juga kerana merasakan pelajar ini tidak merasai diri beruntung menjadi rakyat Malaysia sehingga bercita cita untuk menukar warganegara.

Kawe tidak mendesak sahabat kawe ini untuk menjawab soalan kawe tadi dan beliau pun tidak menjawab soalan secara terus terang TAPI kawe ada kefahaman kawe tersendiri untuk mencari jawapan kepada soalan kawe tersebut.Kawe jenis tidak mementingkan jawapan ya atau tidak kepada soalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. 



Tuesday, February 22, 2011

DENDAM MAHATHIR PADA NIK AZIZ BELUM TERPADAM



Perdana Menteri paling lama di Malaysia selalu mengeluarkan ungkapan "PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI". Tun Mahahthir yang juga di kenali sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai plan didalam rancangan dalam  rencana dalam strategi atau plan dalam plan dalam plan dalam plan .....

Dalam era pemerintahan beliau kita dapat melihat ramai musuh musuh politik beliau samada dari dalam dan luar dapat di hapuskan oleh beliau dengan ketangkasan atau kebijaksanaan beliau dalam berpolitik.Di era pemerintahan belai jugalah negara Malaysia menjadi terkenal di seantaro dunia .Mungkin salah satu kegagalan Tun M dizaman beliau berkuasa adalah untuk menjatuhkan TGNA di Kelantan atau merampas Kelantan dari pengaruh TGNA  .Bagi Tun M dalam dunia politiknya tiada istilah gagal untuk dirinya ,sejarah telah membuktikan Tun M akan buat apa sahaja untuk memastikan kemenangan berpihak kepada dirinya dalam politik .Sejarah membuktikan |Tun M berjaya merehatkan perdana menteri pertama Malaysia dan sejarah juga tercatat Tun Berjaya menyahkan satu satu timbalannya yang diangkat menjadi PM sebagai pengantinya ,walaupun beliau terpaksa keluar dari UMNO untuk cita citanya tercapai. Tetapi sehingga kini Tun M masih gagal bila berdepan dengan TGNA.

Kini riuh kembali pertikaian diantara Tun M dan TGNA di tanah Malaya cuma yang berbeza kali ini adalah TGNA masih berkuasa dan Tun M hanya sebagai rakyat biasa .Maknanya pertikaian kali ini boleh dilihat diatas padang yang sama rata kerana segala intrument kerajaan bukan Tun yang kawal lagi ,namun begitu suami kepada BiniNajib akan memberi EHSAN kepada Tun untuk RTM,TV3 dan Utusan Malaysia membantu Tun hadapi TGNA.

Pertikaian kali ini pun masih lagi mengenai lagu lama iaitu isu Bela Melayu dan Bela Islam.Kini Tun M kata TGNA mula nak bela melayu untuk dapatkan undi melayu tidak lagi bela islam untuk dapatkan undi melayu.Kalau perbandingan di buat siapa jaguh diantara Tun M dan TGNA yang lebih hebat membela melayu di Malaysia ,kawe memilih untuk memihak kepada Tun M merupakan jaguh dalam membela Melayu di Malaysia jika hendak dibandingkan dgn TGNA . Perbandingan kawe buat berdasarkan selama 22 tahun Tun M berkuasa di Malaysia dan dari 14 buah negeri yang ada di Malaysia itu hanya satu atau dua negeri sahaja yang Melayu tidak di bela oleh Tun M. Berdasarkan angka ini tiada siapa yang dapat nafikan Tun M sebagai jaguh bela melayu.Walaupun Melayu Kelantan disisih/dizalimi oleh Tun M termaksuklah Melayu Terengganu satu ketika namun jika dikira puratanya seluruh Malaysia Tun Masih juara bela melayu.

Kita tengok dari sudut bela islam pula oleh TGNA di Kelate ,hampir 95% peratus orang kelantan adalah beragama islam yang dipimpin oleh TGNA.Jikalau kita tengok dari sudut perlembagaan negara pula mengatakan orang melayu mestilah beragama islam. Jaddik bila ukuran ini dibuat Tun Masih lagi menjadi juara atau jaguh bela islam bila meletakkan bela melayu didepan. Jaddik bila TGNA meletakan bela islam didepan maknanya bukan bela melayu kerana dalam istilah biasa orang islam tidak semestinya orang melayu sahaja.Persoalannya berapa peratus kah orang islam yang bukan Melayu yang di bela oleh TGNA di Kelantan? Apakah  kerana tak sampai 1% orang islam yang bukan melayu yang di bela oleh TGNA di Kelate telah menyebabkan 95% orang Melayu di Kelate di nafikan HAK mereka oleh TUN?

Jaddik bila Tun M kata TGNA mula untuk meletakkan bela melayu didepan kerana takut undi orang melayu hilang berkurang kepada TGNA . Kawe nak tanya pada Tun M adakah selama lebih 20 tahun TGNA penjadi pemimpin ore islam di Kelate ini hasil kemenangan yang diundi oleh tak sampai 1% orang islam bukan melayu di kelate? Atau Apakah kerana gelombang merah Stopa Mamat yang memungkinkan HAK royalti di kembalikan kepada rakyat Kelate jika BN menang akan memaksa 1% orang islam yang bukan melayu di Kelate keluar daripada islam kerana TGNA sudah tak mampu bela mereka lagi?

INGAT dari awal lagi kawe kata Tun M adalah pakar dalam memasang startegi  dalam plan dalam plan ...Bagi kawe Tun M ada maksud yang lebih besar lagi disebalik kenyataan beliau itu ,kerana Tun memang ketahui dengan jelas dari dulu lagi TGNA bela nasib ore Melayu di Kelate .Tun tahu TGNA mendapat sokongan yang kuat dari Melayu di Kelantan dengan cara membela islam malah kini telah merebak ke seluruh Malaysia. Tun tidak heran jikalau sokongan orang melayu bertambah kepada TGNA kerana sejarah telah membuktikan sokongan dari negeri  majoriti melayu terbesar kepada TGNA tidak menjejaskan apa apa kepada Tun untuk muncul sebagai JAGUH bela melayu yang utama di Malaysia.

Hayunan kata kata Tun ini hanya satu cubaan untuk memercikan satu cetusan kebimbangan kepada satu kelompok yang mana akan menjadi penentu kemenangan BiniNajib dalam PRU 13 sahaja. Kata kata serampang dua mata dari tun ini amat berbisa jika berjaya diolah dengan baik oleh penyambut penyambutnya nanti.Kalau di nilai dari kata kata Tun terdahulu bahawa melayu sudah berpecah kepada 3 MAKNANYA BiniNajib jika mahu masih berkuasa maka di malaysia maka terpaksalah CSL membuat filem filem yang laris jualan dan perlu sambutan yang hangat dari kaumnya....hahahaha  CUKUP.

Bagi kawe jikalau Tun betul betul mahu jatuhkan TGNA di Kelate apa yang perlu Tun buat adalah kaji asal usul budu dan yang penting carilah jalan supaya TGNA terpaksa mengeluarkan FATWA bahawa BUDU haram di makan oleh orang Kelate  . Kalu Tun berjaya menimbulkan keadaan ini mungkin harapan Tun untuk melihat TGNA terguling di Kelate nampak cerahlah TETAPI jika ini pun tak berjaya maka TUN akan selamanya akan ditewaskan oleh TGNA.




Monday, February 21, 2011

Bukan Untuk Diri Untung


Setahun yang lalu kawe ada menulis mengenai BUDU UNITED di blog ini secara ringkasnya bermaksud kesusahan/keperitan/ketabahan ore ore Kelate menjalani kehidupan untuk mencerdikan anak anak mereka.Hari ini budu telah dimartabatkan sebagai HARTA INTELEK bagi ore kelate yang di kenali diserata pelusok dunia.Sebelum kawe nak mengarut lebih lanjut kita tengok dulu apa definisi budu yang dikatakan  HARTA CERDIK ini  dan elok juga di semak apa DASAR KERAJAAN mengenai harta ini.Berdasarkan definisi dan dasar kerajaan jelaslah pembangunan harta ini lebih fokus kepada pembangunan fizikal sahaja .

Apa beza BUDU dengan KFC milik keluarga Sanders yang berasal dari Kentucky dan digilai seluruh dunia itu?Mungkin KFC boleh dikatakan harta intelek Sanders atau Kentucky atau USA bagi sesetengah orang dan memang diakui oleh dunia pun.Dari segi populariti juga Aye Sanders ini lebih popular dari BUDU ,dari nilai komersial juga BUDU jauh ketinggalan di belakang Aye Sanders .Tapi jika di nilai dari segi keunikannya ternyata BUDU jauh ke hadapan meninggalkan aye goreng .

Ayam goreng tidak ssong untuk dicicah BUDU kerana ikan panggang tawar dan ulam ulaman adalah regu budu yang sesuai untuk dinikmati .Dari sudut ini kita dapati BUDU amat memilih regunya untuk menjelirokan liur pengemarnya disamping memberi khasiat khasiat kesihatan yang tertentu kepada pemakannya.Kawe tidak  hendak membicara dengan lebih lanjut mengenai khasiat khasiat yang dicernakan oleh BUDU walaupun dikatakan telah ada kajian kajian secara saintifik di luar negara mengenai manfaatnya BUDU ini kepada tubuh badan manusia.Kawe juga tidak hendak ambil peduli sangat nilai komersial yang ada BUDU ini samada satu hari nanti boleh mengalahkan populariti aye goreng KFC atau tidak suatu ketika nanti.

Kenapa BUDU sinonim dengan ore Kelate? Kenapa BUDU dicampakkan untuk disebatikan dengan ore Kelate?Kenapa ore Kelate pilih BUDU untuk dijadikan makanan kebanggaan mereka?Apakah rahsia BUDU yang begitu dikagumi oleh masyarakat Kelate?


Cara mudah untuk proses BUDU

1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisæ

Cara-cara 

  1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
  2. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  3. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  4. Masukkan nisæ gaul rata.
  5. Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
  6. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
  7. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau.
  8. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. 
Petua:

Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam

Campuran 2 bahan  dari laut yang dicampur dengan bahan dipesisir pantai serta bahan dari bukit yang diperap/peram minima sebulan ini telah menjadi lagenda kebanggaan ore Kelate dalam pemakanan rutin harian mereka.Prosesnya amat mudah iaitu hanya perap/peram 4 bahan sahaja untuk di jadikan BUDU ,amat mudah bagi yang merasai nikmat BUDU yang telah dihidangkan .


Tapi bagi ore Kelate kebanyakkannya tidak melihat memproses BUDU adalah semudah seperti yang kawe tulis tu .Ikan bilis dari laut adalah hasil penat jerih nelayan nelayan di Kelate semenjak dahulu lagi untuk mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga mereka...Ikan bilis adalah lambang kegigihan/semangat ore Kelate bertarung nyawa dengan gelombang ombak di laut untuk menyara keluarga turun temurun..Bahan yang kedua dari laut juga bukanlah satu proses yang mudah untuk dihasilkan untuk diadunkan dengan ikan bilis tadi .Air laut perlu dijemur dan perlu melalui proses proses tertentu sebelum terhasilnya GARAM.

Nise juga bukanlah satu proses yang mudah untuk dihasilkan ,memerlukan tok nyadat untuk merukah pohon nyior untuk mendapatkan tuaknya .Tuak nyior ini pula perlu dimasak untuk menghasilkan nise dan yang terakhir sekali adalah asam jawa dari bukit perlu dicari untuk penghasilan BUDU ini. Setelah segala proses selesai satu lagi proses yang perlu dilalui iaitu proses KESABARAN yang perlu ada kepada si pembuat tadi .Bahan yang diadunkan tadi perlu di peram selama berbulan bulan sebelum boleh di nikmati.

Kawe toksir nak cerita panjang lebar mengenai sifat sifat Ore Kelate kerana kawe yakin ore ore kelate hak terbaca tulisan kawe ini akan faham perangai/sifat mereka sebagai ore Kelate melainkan ada segelintir ore ore Kelate yang memalingkan MUKA kepada Kekelantanan yang ada dalam diri mereka.

Apa yang kawe hendak bawa para pembaca sekalian selami adalah apakah tindak balas yang berlaku setelah BUDU ini bertembung dengan JIWA ore melayu Kelate ? Apakah GELOMBANG BUDU  akan terhasil? hahahaa...Misteri Gelombang Budu yang ada pada jiwa ore kelate amat sukar untuk difahami oleh masyarakat lain di dunia ini.Tapi bagi ore Kelate mereka mempunyai satu kesefahaman yang amat  UNIK bila  dikaitkan dengan kehebatan BUDU .

Monday, February 14, 2011

KINI TGNA MELAYU RACIST NO 1 DI MALAYSIA


Sebagai ore melayu Kelate yang hampir dari separuh usia kawe berada di luar kelate telah menjadi perkara biasa bila terdengar orang mengatakan ore kelate semangat kenegeriannya amat kuat atau yang lebih hebat lagi ada yang menggelarkan ore kelate sebagai Yahudi di Malaysia.Bila mendengar bisikan bisikan ini biasanya kawe akan ketawa sahaja dan jikalau hendak menjawab pun kepada mereka yang tidak berasal dari kelate ini ..dalam sinis kawe akan kata itulah ""RAHSIA BUDU UNITED"".

Jaddik tidak peliklah bagi kawe kalau meme ada semangat kenegerian kelate dalam diri kawe kerana kawe jugak makan budu tak kiralah ditanah mana kawe di jatuhkan untuk menyedut udara.Mungkin juga semangat kenegerian ini dalam ruang lingkup yang besarnya boleh di istilahkan sebagai RACIST atau PERKAUMAN.

Mungkin bunyyi kasar bagi orang Kelate bila disebut ore kelate adalah RACIST atau mempunyai sifat PERKAUMAN tapi ore kelate boleh tersenyum sinis bila disebut semangat kenegerian kuat atau Yahudi Malaysia walaupun dalam bahasa melayunya Semangat kenegerian dan semangat perkauman adalah tidak banyak berbeza dari segi maksudnya....KENAPA dan MENGAPA?

Untuk mencari jawapan ini sudah tentulah individu2 yang pernah digelar RACIST Melayu perlu di bawa kehadapan untuk dibedah kotak pemikiran mereka kenapa digelarkan RACIST Melayu.Salah seorang yang menarik minat kawe adalah Tun Mahathir yang pernah digelarkan melayu RACIST pada suatu ketika sehinggakan diperingkat awal beliau menjadi PM menjadi sedikit kekalutan bagi bangsa bangsa lain di malaysia .Tak perlulah kawe cerita panjang kisah beliau kerana semua orang tahu kehebatan beliau sehingga kini tiada tandingnya di Malaysia.

Bagi kawe Tun M adalah BAPA kepada  RACIST melayu di Malaysia ,bagi kawe juga adalah tidak salah sama sekali untuk menjadi Melayu yang RACIST demi kepentingan bangsa sendiri.Apa yang menarik mengenai Tun M adalah beliau handal dan hebat mengekalkan RACIST melayu dalam dirinya sehingga beliau dijulang sebagai wira bagi keseluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa sehingga ada ketikanya beliau lebih di sayangi oleh bangsa lain dari bangsanya sendiri.RACIST dalam diri adalah semulajadi yang ada pada seseorang dan sehingga kini pun RACIST Melayu ini masih mengalir dalam diri Tun M walaupun penerimaan daripada masyarakat tidaklah seperti dahulu lagi.Mungkin ada yang masih memahami bila beliau membuat komen komen mengenai melayu dan sebagainya kini. Tapi seperti biasalah sifat manusia bare yang sudah tua kurang laku lah .

Inilah luahan terbaru dari RACIST Melayu Terulung Negara

 ""Dr Mahathir turut mengakui ada orang Melayu yang sengaja menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mendapatkan kekayaan dan kemewahan segera tetapi mahu supaya dasar itu tetap diteruskan.
Beliau berkata, tindak tanduk golongan itu menyebabkan sasaran Bumiputera mendapat 30 peratus daripada hasil kekayaan negara tidak akan tercapai sebaliknya memusnahkan segala usaha kerajaan memajukan Melayu.
“Saya malu...saya sering mempertahankan DEB tetapi jika Melayu menggunakan segala peluang yang diwujudkan dalam DEB, hari ini kita bukan saja mendapat 30 peratus kekayaan negara, malah, lebih dari itu."" 
Selepas sepinya seketika Tun M dalam dunia politik Msia ,pemimpin yang RACIST Melayu sudah tidak kelihatan lagi malah banyak pemimpin Melayu yang muncul adalah pemimpin Melayu yang JUAL Melayu.Bangsa melayu dilanda malapetaka bila tiada lagi orang melayu yang muncul sebagai RACIST bangsa.Bila Datuk Paduka Ibrahim Ali muncul dengan jiwa PERKASA nya untuk membela nasib orang Melayu dan rela dirinya di gelar RACIST Melayu .Pada peringkat awalnya laungan Braheng ini ada kelihatan kesannya bagi orang melayu.

Kawe yang berkebetulan ore kelate walaupun bukan dari Pasir Mas turut terasa bangga dengan manusia Braheng ni lebih lebih lagi kerana dia ore Kelate ...semangat kenegerian kelate atau BUDU UNITED kawe menjelma .Kawe bangga Braheng jaddik melayu racist ,kawe bangga Braheng bela nasib ore melayu,kawe bangga Braheng nak jaddik melayu yang hebat. Tapi akhirnya kawe KECIWA bila dalam tilikan kawe sebagai ore kelate Braheng bukanlah seorang RACIST Melayu yang asli sebagai Melayu jujur untuk bela Melayu .Braheng hanya RACIST melayu pada kulit Melayu nya sahaja bukan dihatinya kerana kepentingan diri dia yang lebih utama dalam RACIST Melayu Braheng tonjolkan.

Apa yang kawe terlepas pandang dalam pencarian RASIST Melayu kawe adalah seorang tua yang tidak bangga dengan bangsa melayunya.Mungkin kerana terpengaruh dengan kata katanya bahawa bagi dia ISLAM itu lebih dia bangga dari dirinya yang berbangsa Melayu.Kerana kenyataan beliau ini lah yang buat orang Melayu ramai yang mengecam beliau sebagai orang melayu.

Bermula dari sini kawe mula mengimbas kembali apa tindakan tindakan yang di buat oleh MB Kelate yang dikatakan anti bangsa melayu dan tidak mementingkan bangsa melayu dalam perjuangan ISLAM nya.Bagi kawe bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seorang pemimpin yang memimpin hampir lebih 90% ore melayu tambah tambah lagi Melayu kelate yang terkenal dengan sifat kenegeriannya/racist Melayunya untuk mengeluarkan kenyataan beliau tidak bangga/heran dengan bangsa melayunya.Mungkin disebabkan perkara inilah pejuang2 orang melayu utama di malaysia pernah berkata kerajaan yang di pimpin oleh TGNA akan bertahan 6 bulan sahaja di Kelate tapi hakikatnya sudah lebih 20 tahun menerajui melayu kelate dengan tidak bangga sebagai Bangsa melayu .

MB yang tidak bangga dengan Bangsa Melayunya ini telah memperkenalkan Pajak Gadai Islam di kelate setelah beliau berkuasa. Jika sebelum ini kedai kedai  pajak gadai di kelantan kebanyakkannya di miliki oleh kaum Cina manakala pelanggan2nya majoritinya adalah orang orang melayu.Bukan sedikit pitih mah ore Melayu kelate yang tergadai di pajak pajak gadai kerana  tidak tertebus ini.Bila MB yang tidak berjiwa bangsa Melayu ini memperkenalkan pajak gadai islam maka dapatlah jugak sedikit sebanyak harta harta orang melayu kelate di selamatkan secara tidak langsungnya dan memaksa dengan sendirinya kedai pajak gadai milik cina tertutup kerana kurang sambutan lagi .Tiada pula kedengaran dari orang Cina memarahi MB ini kerana peluang mereka untuk mengaut keuntungan dari orang melayu sudah jaddik sempit.Apakah kerana MB ini tidak pentingkan bangsa Melayu nya yang menyebabkan peniaga peniaga Cina ini tidak menggelarkan diri TGNA sebagai RACIST Melayu walaupun peluang mereka untuk mengaut keuntungan sudah berkurangan? Siapa yang untung dan siapa yang rugi dari tindakan MB yang tidak bangga dgn bangsa Melayunya ini?

Begitu juga dengan kedai kedai tikam nombor atau panggilan yang lebih terkenal adalah TOTO yang dimiliki oleh saudagar2 judi Cina telah ditutup oleh MB ini.Betul dari segi logiknya penutupan kedai kedai TOTO ini tidak meberi apa apa kesan kepada orang melayu kerana HARAM bagi orang islam berjudi . TApi dalam dunia realitinya orang orang melayu lah menjadi pelangan utama kedai kedai toto ini tapi yang mengaut keuntungan adlah tauke tauke judi Cina . Sekali lagi penilaian boleh di buat siapa yang untung dan siapa yang rugi.Apakah tindakan dari  MB ini tidak menguntungkan orang melayu? Apakah tauke Cina tidak mengalami kerugian dalam hal ini?

Apabila berkuasanya MB ini juga kelab kelab malam di kelate telah ditutup secara resminya ,demo kira ambiklah siapa hak untung dan hak rugi bila kelab kelab malam dan pusat hiburan di tutup .Ironiknya MB ini masih membela islam tetapi tidak bangga dengan Bangsa Melayu walaupun hidup dalam kelompok majoriti Melayu teramai di Malaysia..

3 tindakan  telah menyedarkan kawe bahawa TGNA adalah RACIST Melayu secara diam dan tidak diketahui oleh sesiapa samada orang melayu dan bukan Melayu kerana setiap tindakannya itu menguntungkan orang melayu dan diterima dengan hati terbuka oleh bukan Melayu malah ada yang menyokong tindakan beliau.Jikalau sekali imbas nasib beliau dengan Tun M hampir sama semasa mula mula berkuasa iaitu menimbul kegusaran di hati bukan |Melayu tapi akhirnya bukan Melayu menyokong beliau.

Bagi kawe sebagai ore kelate, Racist melayu ini bukan hanya disakatkan/ditujukan  kepada yang bukan melayu sahaja tetapi setiap Melayu Kelate mesti mempunyai sikap RACIST ini demi kepentingan ore Melayu  Kelate itu sendiri.

Rahsia ketahanan TGNA yang berjaya memimpin kelate yang begitu lama adalah kerana dalam dirinya secara semulajadi mempunyai sifat RACIST Melayu yang asli ,racist melayu di hatinya bukan hanya di kulit seperti Braheng Ali .

Dalam isu royalti minyak misal TGNA sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah RACIST Melayu kelate asli ,walaupun di hina ,diperlecehkan di persendakan oleh banyak pihak .Mungkin penyokong2 fanatik TGNA tidak selesa dengan gelaran yang kawe bui kepada Tok Guru mereka dengan label ini ,tetapi kenyataan sebenarnya mereka harus berbangga dengan sifat Tok Guru mereka yang RACIST Melayu dalam diam ini.Mungkin juga akan kata kawe suka mengarut dalam dunia kawe ...hahahaha ...Kalau nak kata kawe mengarut sila buktikan apa yang kawe kata itu tidak benar.

Perkataan yang selalu kawe guna kepada golongan2 melayu dari kelantan yang selalu menghina/memperlecehkan/memperlekeh/menafikan HAK  orang Kelantan sendiri adalah " Kelate Murtad". Sampai bila bila pun kawe akan guna perkataan ini ,selagi mereka ini tidak menukar pendirian mereka menjadi RACIST Melayu Kelate selagi itu lah gelaran itu kawe akan hadiahkan untuk mereka.

Kepada pejuang pejuang Melayu dari kelate yang selalu melaungkan retorik itu sila lah cari tempurung jantan untuk ditilik diri setelah buih buih dari sisa buangan  diri menjadi tenang di dalam tempurung maka akan terpancarlah wajah wajah anda sebagai pejuang pejuang yang suka menghina ore \kelate kerana kepentingan perut dan diri sendiri..walaupun HAK mutlak Melayu kelantan terpaksa di korbankan.

Bermimpilah dengan segala warna gelombang retorik untuk menawan hati rakyat kelantan TAPI harus diingat bahawa jika tiada gelombang dijiwa untuk menjadi RACIST Melayu Kelate yang asli di hati maka gelombang gelombang itu akan hilang seperti buih buih didalam tempurung jantan yang tinggal hanyalah bau HANCING yang memualkan.






Friday, February 11, 2011

PENGGANTI TGNA??


"Misalnya Fatmi tidak ada apa-apa skandal, seorang yang berlemah lembut dan berdiplomasi tinggi dan senang didekati. Stail politiknya jauh dan berbeza dengan stail politik bekas Ketua Umno di seberang Sungai Kelantan. Tidak pernah terloncat dimulut beliau kata-kata nesta dan buruk mengenai pemimpin Pas".

Kawe tertarik bila baca TAZKIRAH JUMAAT dari BROKER politik no 1 di Malaysia mengenai calon calon kemungkinan yang akan mengantikan TGNA sebagai menteri Besar Kelate,menarik dan amat menarik pujian yang diberikan oleh BROKER ini pada Fatmi Saleh ,kawe tidak nafikan apa yang di perkatakan oleh si BROKER ini ada kebenarannya.Tetapi sepatutnya BROKER ini sepatutnya buat kajian lebih mendalam mengenai "barang" jualannya setelah beberapa "barang" jualannya sebelum ini telah menjadi sampah kepada si pembeli .

Ibrahim Ali di jual oleh BROKER ini kepada TGNA satu ketika dulu kini Braheng telah menyeru UMNO membuat provokasi kepada TGNA secara besar besaran dan BROKER ini hanya mampu menggugurkan /mengantikan Gelaran Dato dgn gelaran Encik kepada braheng sebelum Sultan Muhammad v gugurkan gelaran itu secara resmi.Dipercayai juga Zahrain dan Zaid Ibrahim di jualkan oleh BROKER ini kepada Anuar Ibrahim satu ketika dulu tapi hasilnya semua orang tahu . Terkini iaitu menjelang beberapa hari PRK di negeri kelahiran BROKER ini telah bersedia untuk menjual satu lagi "barang" jualannya tetapi sehingga kini masih belum laku ,mungkin juga kerana reputasi BROKER ini yang selalu menjual "barang" yang tidak bermutu membuat para pembeli berhati hati untuk membeli dari BROKER ini lagi


"Abe selalu kata dia tidak dapat 'memaafi' dua orang pemimpin Umno di Ketereh. Pertama Annuar Musa kedua Alwi Che Amat. Saya tanya abe Zainal kenapa, "tak leh, MSO," jawabnya. Saya tak nak tanya lebih-lebih. Tetapi yang jelas mereka ada persefahaman politik yang berkelas tinggi. Masa berjumpa di rumah saya, mereka memberi satu komunikasi body yang istimewa. Semoga lepas ini apa-apa yang menyengat tu akan hilang. Abe boleh tolak Annuar tapi jangan Alwi."

Gambar diatas dan kata kata bertulisan merah tiada apa apa kaitan dengan gambar Fatmi salleh diatas ianya hanya sekadar hiasan dan memenuhi ruangan yang kosong sahaja dan kawe tidak pernah berjabat tangan pun dengan ketiga tiga individu dalam gambar tersebut melainkan dengan Fatmi yang terpaksa berjabat tangan dengan kawe hampir 4 tahun yang lalu kerana sebab sebab yang beliau tidak berapa selesa dengan kawe.

Kawe tidak hendak menulis panjang berkenaan dengan kegiatan2  punca rezeki BROKER ini yang mungkin hasilnya lebih lumayan dari BROKER menjual menate POKKE di Kelate dewasa ini .Cuma kawe tidak bersetuju dengan BROKER ini yang cuba untuk menjual FATMI kepada ore Kelate untuk mengantikan kerusi TGNA di Kelantan sahaja.

Menjelang PRU 12 dulu kawe telah menghadiri satu perjumpaan kerana diajak oleh seorang rakan di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya ,kalau tidak silap ingatan kawe ianya berlaku di bulan ramadan ,majlisnya bukan majlis resmi tapi kelihatan seperti majlis amal berbuka puasa di bulan ramadan .Setelah selesai berbuka dan solat maghrib kami diminta kesebuah dewan yang telah disediakan oleh pihak penganjur . Setelah meneliti ucapan ucapan dari pihak yang terlibat maka dapatlah kefahaman akan tujuan perjumpaan itu ....nampak elok tapi ada muslihat  yang tersembunyi .

Selepas dari perjumpaan itu kawe terus bertanya kepada rakan kawe akan matlamat sebenar .rakan kawe yang berkebetulan kontraktor kelas A itu menceritakan hal sebenar kepada kawe dan fahamilah kawe kenapa segala kos perbelanjaan di taja oleh syarikatnya.Berapa belanja kawe tak tanya lah tapi kalau kontraktor kelas A belanjakan 10k maka harapan keuntungannya mungkin 10 juta lah  Selepas itu kawe tidak menghadiri untuk perjumpaan kedua pada minggu berikutnya

OKB adalah persatuan yang tertubuh hasil perjumpaan itu ,modus operandi amat mudah iaitu untuk mengumpul seramai mungkin ore ore kelate yang berada di luar kelate untuk menjadi ORE KOTA BHARU .Selepas itu kawe menghadiri beberapa siri perjumpaan lagi untuk mendengar dan merangka strategi persatuan ini .Yang sebenarnya kami hanya datang untuk mendengar cara untuk membawa balik pengundi2 hantu ke kota bharu untuk menyokong UMNO menewaskan PAS dan ura ura Fatmi akan menjadi calon pada ketika itu .Kami di beritahu bagaimana cip cip dalam kad pengenalan akan diproses oleh pihak pihak tertentu ,kami juga di beritahu bagaimana alamat alamat pengundi luar/hantu ini akan diurus supaya tidak disyaki oleh pihak lawan dan halal di segi undang2 hahahaaha....Kalau sesiapa rajin boleh lah cuba semak berapa ramai ore kelantan di Kuala Lumpur yang beralamatkan rumah Stopa Mamat di Jeli .

Dalam siri siri perjumapaan berikut pelbagai startegi dirangka untuk menarik minat ore kelate di kl menyertai OKB ,sahabat kawe diamanah untuk membuat website resmi OKB ini dan dirancang juga majlis perjumpaan OKB di Bukit Jalil.Dan beberapa aktiviti lain lagi yang kawe malas untuk bercerita.

Dan kawe masih ingat dalam satu perjumpaan yang dihadiri oleh Fatmi ,Hajjah ilani dan beberapa tokoh tokoh veteren umno kota bharu di hotel yang sama iaitu Singgahsana PJ.Setelah ucapan ucapan semangat dari politikus politus UMNO ini termasuklah dari FATMI sendiri dan sesi bertanya soalan di kemukan kepada para hadirin. Agak ramai jugak yang bangun bertanya dengan pelbagai soalan dan dijawab kesemua soalan soalan tersebut oleh pemikir pemikir UMNO ini tapi tiada satu pun dari soalan soalan itu berpijak di bumi nyata bagi kawe .

Kawe bangkit dan namakan Datuk Fatmi untuk menjawab soalan kawe ....Kawe kato .." Ambo takdok masalah untuk mencari berapa ramai ore kelate di KL untuk menjadik pengundi hantu di KB nih ,cuma ambo ada satu masalah bila hendak menjawab kepada ore ore hak ambo nak ajak join OKB nih ....Iaitu bape rial Datuk sanggup bui/bayar ko pengundi pengundi hantu ni? Ambo tak berehi keccek berlapik tapi tanya direct nak jawapan pun direct jugaklah .

Ramai hadirin  yang setuju dengan soalan kawe itu ....Selepas soalan kawe itu sesi soal jawab ditutup dan mic pun di tutup . FATMI tidak menjawab dan pengacara majlis menjawab perkara tu jangan rungsing akan ada bahagian tu .Selepas orang kuat FATMI panggil kawe untuk berjumpa dengan FATMI di satu sudut di dalam dewan tu ,setelah sampai Fatmi hulur tangan untuk bersalam dengan kawe sambil senyum dan menepuk2 bahu kawe dan berkata " Jangan runsing kawe akan kiro gian demo ,kawe jawab insyaalah Datuk"

Dan itulah kali terakhir kawe bersama persatuan OKB dan selepas itu kawe tidak ambik peduli lagi apa yang berlaku kepada FATMI sehingga lah membaca coretan dari BROKER ini  . Apakah FATMI pun sudah dimasukkan dalam senarai untuk di jual oleh BROKER ini? Kalau benar begitu memang sah lah BROKER ini memang jaguh menjual " BARANG" yang tak berguna .....

Monday, February 7, 2011

KJ SUDAH MATANG ..NUAR BALLA MASIH....



Bila Gelombang Merah dilancarkan oleh Stopa di KB dan sudah tentulah Nuar Balla sebagai KPUK akan menjadik tunggak utama bagi orang muda untuk mengheret turun TGNA dari tahkta kerusi Menteri Besar di Kelantan.Dua orang blogger terkenal di Malaysia yang berasal dari kelate membuat ulasan di blog masing masing ,apa yang menarik bagi kawe adalah blogger yang hampir putus haid sekiranya dia wanita yang juga merupakan bekas penyokong kepada bekas Timbalan KM  Pulau Pinang melahirkan rasa BIMBANG dengan Gelombang Merah yang dianggap KUCCAH KUCCAH kecil bagi "Beruk yang terlepas tali " iaitu gelaran yang diberikan oleh Blogger tua kepada blogger muda yang juga bekas orang kesayangan seorang ahli exco kelate yang amat di sayangi oleh TGNA.

Sebagai ore Kelate secara peribadinya kawe setuju TGNA tidak lagi menjadi MB Kelate kerana faktor usia dan keuzuran dirinya diambil kira walaupun semangatnya masih muda dan gagah untuk melihat perjuangan atau dakwahnya berjaya.Tetapi percaturan dalam politik pendirian peribadi kawe bukanlah sesuatu yang boleh diterima pakai . Mungkin bagi rakyat Kelate TGNA adalah tunggak utama kerajaan negeri maka dengan hilangnya TGNA maka hilanglah riwayat Kerajaan negeri dan pupuslah PAS di Kelantan .Itulah mungkin yang ada di otak "kerusi batu" Nuar Balla dan peluang ini diintai dengan baik oleh Stopa "kelate Murtad" sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan kekuasaan kerajaan negeri kepada BiniNajib di Kelate.

Kenapa KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Msia tidak ikut serta dalam gelombang ini? Dimana Ku Li pemimpin berjiwa rakyat Kelate tidak kelihatan di majlis pelancaran ini? Sebagai rakyat Kelate kawe beraso hendak bertanya dimana KJ kali ini kerana disebabkan oleh beliaulah  kawe dan bersama sama ribuan rakyat Kelate di luar kelate suatu ketika dahulu berduyun duyun kembali Ke kelate untuk pertahankan Kerajaan TGNA dari ditewaskan oleh KJ pada ketika itu.Bukan kami menyokong PAS tapi keluparan KJ yang menghina TGNA seolah olah menghina kami seluruh rakyat kelate.Nampaknya kali ini KJ telah dimatangkan oleh orang kelate cara untuk berpolitik dengan ore Kelate.Sememangnya orang yang sepintar KJ akan cepat memahami dan membaca dalam setiap gerak geri politik. Hanya bagi yang DUNGGU dan OTAK BATU sahaja tidak tahu menilai.

Begitu juga dengan Ku Li ,anak raja yang berjiwa rakyat ini kenapa tidak ikut serta ,adakah gelombang merah ini tidak lagi memerlukan perahan otak tua Ku Li? Atau kelayakan Ku Li hanya untuk BiniNajib menang di Galas sahaja?Kenapa gelombang merah ini tidak diletakkan sasaran di Galas tempoh hari ? Sepatutnya pasukan gelombang merah yang memikul tanggungjawab di Galas bukan diletakkan keatas bahu kuda lumba pencen seperti Ku Li.Mungkin diatas kedua dua faktor inilah bekas "Beruk kesayangan Husam" beranggapan kuccah kuccah kecil dari nuar Balla ini tidak mampu untuk mencetuskan ombak besar apatah lagi gelombang Tsunami seperti ranapnya Acheh.

Mungkin otak batu Nuar Balla kali ini akan disinari oleh permata fairuz yang hilang sinarnya di pulau mutiara? Hahahaha....Mungkin gelombang merah kali ini akan disangkutkan keatas bahu Fairuz untuk membela nasib rakyat kelantan yang di tindas oleh TGNA dan regimnya ...Apakah begitu lemah otak Nuar Balla untuk berfikir cara untuk menyingkirkan seorang yang tua seperti TGNA dari memimpin rakyat Kelantan sehinggakan terpaksa mengimport Fairuz yang ternyata telah gagal untuk membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang? Apakah Nuar Balla sudah lupa bahwa Braheng Ali merupakan jaguh yang membela nasib orang melayu di Pulau Pinang bukan Fairuz?

Friday, February 4, 2011

KEMBALI KERAHMATULLAH 04 FEB 2011

Dua hari lepas kawe terselamat dari satu kecelakaan yang mungkin boleh membawa maut tetapi seorang sahabat kawe telah menerima janji Tuhannya hari ini .AlFatihah kepada beliau semoga di bersamakan dengan orang orang yang beriman tempatnya. Berita sedih ini kawe terima dari seorang sahabat yang berada di Tanah Melayu kepergian sahabat kawe ini pada pagi ini.


KEBAKARAN 02-02-2011 - G08 Abu Bakar



Gambar gambar selepas kebakaran








Gambar gambar semasa kebakaran