Tuesday, April 13, 2010

PAK LAH ORE GERTOK LEMBU SALOR



Diantara mutiara dan manik di kedai Pak Lah



Pak Lah sedang melayan pelangan di kedainya



Pak Lah di dalam kedainya



Pintu masuk ke kedai Pak Lah

Hahahaha...jangan terkejut ni bukan di kedai pasir mas kelantan lokasinya.Kawe jumpa kedai pak lah ni di Filipino market Sabah.

Semasa bercuti di Karambunai Sabah baru baru ini bersama dengan keluarga ,walaupun pada plan asalnya program kawe sekeluarga hanya berkisar dengan akviti akviti di dalam Nexus Resort sahaja selama 4 hari.Tapi seperti kebiasaanlah kawe punya program akan ditentukan bila celik mata pagi hari tersebut jaddik segala rancangan awal tu termansuhlah.

Filipino Market ini memang terkenal di sabah dengan jualan mutiara dan maniknya ,jadik kawe ambik keputusan untuk melawat market ini disamping untuk cari ikan keropok yang juga popular di Sabah.

Bila melangkah masuk ke Market ini dan boleh dikatakan semua kedainya menjual mutiara dan manik manik ...hati kecil kawe berdetik ..ini hari boring bagi kawe kerana terpaksa menunggu acara pilih pilih letak,belek belek letak dari kaum wanita yang ada bersama kawe di percutian ini.

Kawe mula fikir strategi untuk tidak terjebak lebih lama dalam kegiatan yang boring ini apa bila tekaan kawe dah mula berjalan seperti di duga ,setelah empat kedai dimasuki pilih pilih tak jadi,belek belek tak jadi beli...hahahaha

Kawe bui cadangan kepada kaum penggila manik dan mutiara ni ...kawe kata lebih baik kita pilih satu kedai yang ada semua barang yang kita rasa nak beli dan kita beli semua barang tu dalam satu kedai sahaja mungkin kita dapat harga murah sikit kerana kita beli banyak barang....cadangan kawe itu diterima oleh akal kaum hawa ini tanpa banyak bantahan heheheheh....So keboringan kawe sekejap lagi akan hilang .

Dalam tengah jalan jalan tu kawe kata lagi ...rasa rasanya kedai yang no 2 kita masuk tadi banyak barang2 dan harga berpatutan....semua setuju dengan cadangan kawe dan dalam hati kawe berkata mudah ke tuhh..walaupun kawe sendiri tak pasti harga tu murah ker tak.Jaddik kami patah balik ke kedai tersebut,setelah beberapa minit berada di kedai tersebut dan beri beberapa cadangan kepada kaum hawa ni dan nampak gaya pun mereka telah leka dan seronok dok pilih letak dalam kedai ni .

Kawe kata pilih dan beli di kedai nih lah ,mereka setuju dan kawe kata pilihlah dulu kawe nak tubik gi hirup udara segar diluar sesambil memasukkan asap yang tak berapa baik kedalam dada kawe.

Semasa asyik menyedut asap dari jenama kegemaran kawe mata kawe melilau melihat keadaan sekekeling di sekitar market ini dan pandangan kawe terpaku kepada satu tulisan yang digantung di pintu masuk .Keinginan kawe membuak buak untuk mengetahui apakah yang ada disebalik tulisan yang digantung itu.Tetapi untuk membuang begitu sahaja punca asap dari jenama kegemaran adalah terlalu mahal harganya di Malaysia sekarang ini hehehehehe....Jaddik kawe habiskan dulu asap yang mahal ini untuk memasuki ke dada kawe walaupun ianya terbukti tidak baik untuk kesihatan ....sekarang untuk merosakkan kesihatan diri sendiri bukanlah sesuatu yang murah hahahha

Setelah sedutan terkahir asap beracun ini dihantar masuk ke dada kawe dan sisa sisa bara yang ada di matikan ditempat yang sepatutnya supaya tidak mengotori bandar Sabah ini kawe melangkah untuk mencari apa yang ada di sebalik tulisan itu.

Setelah masuk kedalam kedai tersebut kawe seorang lelaki sedang sibuk melayani beberapa pelangan yang ada di kedainya dan keadaan agak sesak disitu dan kawe keluar semula.Setelah tiada lagi pelanggan di dalam kedai tersebut kawe kemabali,terus kawe menyapa dalam bahasa Germany kepada si penjual tersebut dan beliau menyambutnya dengan penuh pekat lohghat Germany kawe hehehehe.

Setelah berbual dengan Pak Lah barulah kawe dapat tahu beliau berasal dari Gertok Lembu Salor bilamana kawe menyebut beberapa nama orang tua tua di kawasan tersebut yang telah meninggal dunia dan berkebetulan salah seorang daripadanya adalah saudara juga dengan Pak Lah ini.Dalam ralit berbual itu Pak Lah menceritakan bagaimana kisah beliau berhijrah ke Sabah kerana tugasnya sebagai anggota polis dan bertemu jodoh dengan orang tempatan dan berkeluarga disana .

Sedang asyik berbual itu beberapa orang pelangan datang kembali dan kawe meninggalkan Pak Lah dengan pelanggan untuk kembali kepada penggemar mutiara yang kawe tinggalkan tadi.

Setelah sampai ke tempat mereka yang asyik dengan pilih pilih letak dan belek belek letak itu kawe tengok agak banyak jugaklah yang menjadi pilihan mereka heheheh..Dan untuk tidak membiarkan mereka berada disitu lebih lama kawe kata ...Kawe ada jumpa lagi satu kedai lebih murah harganya ..ore kelate pulok tuh...kawe sarankan selesaikan pilih di sini dan bayar kita kesana pulak hahahahha.....Umpan lebih murah amat mujarab kepada kaum wanita ini dan sentiasa menjadi bagi kawe ....

Setelah bayaran dibuat kawe bawa merek ke kedai Pak Lah untuk acara seterusnya ...Sampai saja di kedai Pak Lah yang ternyata pilihannya lebih banyak dari kedai kedai lain kerana Pak LAh jugak adalah pembekal kepada kedai kedai lain di Market tersebut.

Melihat keghairahan peminat mutiara ini mula melakukan proses rutin mereka ,sekali lagi kawe kena cari jalan untuk hindarkan diri dari rasa boring ini hahahahaah...

Kali ini anak kawe pula yang kawe jadikkan alasan ....Bila kawe menyebut ada sesiapa dahaga air ko?...2 orang yang menyahut hehehehe...Jom kawe kata kita cari kedai minum dan sekali lagi kawe tinggalkan peminat mutiara ini dengan minat mereka dan kawe memilih untuk membasahi tengkuk sambil menyedup asap beracun di sebuah restoren di seberang jalan bersama 2 orang anak kawe yang tidak berapa pandai lagi menceburi acara pilih pilih letak dan belek belek letak ini ....

Monday, April 12, 2010

ROYALTI MINYAK APA CERITA DATO?



Pertemuan singkat kawe dengan ore kuat tuntut royalti minyak kelate di stesyen kapal terbang kale chepa baru baru ni sebelum kawe bertolak ke Dubai TAPI bukan soal royalti minyak kelate hok kawe dok bual ngan dia hari tu....cerita benda lain...hehehehe

Kawe bukan ahli PAS atau mana mana parti politik di Malaysia tapi kawe ore kelate ...Kawe kenal Datuk Husam tapi dia tak kenal sapo kawe TAPI sama sama ore kelate jaddik kalu keccek kawe demo tidakk jadik masalah lah kut hahahahaha

Pendirian kawe pasal isu royalti minyak kelate ni mudah ....Buang pegangan politik samada PAS ko UMNO ko DAP ko MCA ko MIC ko PKR ko.....Ambik hak rakyat kelate jjah cukup untuk kita pehe ....

Bagi kawe semua parti politik dan orang politik adalah sama jer semuanya mempunyai kepentingan sendiri diatas satu satu isu yang dibicarakan.

Kalu UMNO kata rakyat tak layak terima royalti tapi layak menerima ehsan sahaja itu berdasarkan kepentingan politik mereka,begitu jugak PAS kata kelate layak menerima royalti mungkin juga ada kepentingan kepentingan tertentu dalam politik mereka.


Pendirian kawe mudah jjah tak perlu nak fikir banyak banyak fakta dari UMNO ko PAS ....Kalu Kelate tidak berada dalam malaysia layak ko tidak Kerajaan Malaysia memiliki kawasan tu?.....

Jaddik semua fakta fakta lain tu mainan politik jjah....Rakyat kelate patut menerima hasil dari perut bumi mereka ...itu hak mereka....

Kalu nak main ngan fakta gaakk..Sultan Perak takleh bui anaknya jaddik Sultan tapi Raja Azlan boleh bui ko Raja Nazdrin jadik sultan...kenapa?

Serupo la jugok kalu minyak hak bumi kelate bakpo takleh bui royalti ko rakyat kelate?.....Konflik atas kertas jer hok dok balloh antara PAS dan UMNO....Apasalahnya kalu pakkat betul molek ayat ayat atas kertas tu dan bui hak rakyat Kelate ...selesailah masalah baru semua untung dan semua tak rugi..Tapi POLITIK ore melayu tidak lagu tu...

Bagi kawe parti politik hok nafikan rakyat kelate bermakna menentang ore kelate ....Tapi bukan bermakna kawe menyokong semua dasar dasar parti yang hendak memberi hak rakyat kelate dalam royalti...Itu sebab kawe kato buang fahaman politik dalam isu ini lebih berkesan sebagai ore kelate...

hahaahha..mungkin ore kato pemikiran kawe adalah cara pemikiran ore tak sekolah ....Jaddik kepada ore ore kelate pemikiran sekolah dan mungkin kecerdikan sampai ke tahap Sultan Azlan tu ...Sila tolong fikir bagaimana cara untuk memberi hak rakyat Kelate ni ....Bukannya perah otak yang bijak itu untuk menafikan hak rakyat Kelate.

Friday, April 9, 2010

SELUAR SOYYOK



Seluar koyak atau dalam bahasa Germany Selluar Soyyok banyak meninggalkan nostalgia kepada kita terutamanya di zaman kegemilangan era ROCK 80-an.Mungkin ramai diantara kita yang seluar mereka di buang atau dibakar oleh ibubapa masing masing.

Ada yang mengkoyakkan seluar dengan sengaja atau seluar terkoyak tapi pengemarnya ini terus membiarkan untuk dipakai ....Apakah uniknya seluar koyak ini kalau bukan hanya sebagai satu trend pada ketika itu, yang pasti ibubapa kita sakit mata/bbulu mata melihatnya.

Mungkin pada pandangan mata mereka kelihatan seperti budak cabuk,seperti budak fakir/terbiar dengan seluar koyak dan tampal compang camping.Tapi pada kita ianya satu gah mengikuti trend terkini ..hahahahaha.

Kawe ada cerita nak syer pasal seluar soyyok ni...Kawe ada sehelai seluar jean soyyok yang tak muat untuk dipakai lagi kerana proses pemecahan lemak dibahagian perut kawe kurang aktif.

Bila kawe kelik baru baru ni kawe tanya ore rumah kawe dok mana seluar soyyok kawe hok takleh pakai tu ...jawapannya anak kawe minta nak pakai seluar tu kerana kawe tak pakai doh .Kawe tanya lagi bakpo anak kawe nak pakai seluar tu....bakpo tak beli seluar lain ko dia?...Jawapan kawe terima adalah anak kawe keney ko seluar tu ...hehehehe.

Trend baru loni seluar bawah pusat bagi ore tino ...Ni satu malapetaka jugak nih...Pengalaman kawe baru baru ni bila nak beli seluar jean ko anak tino kawe...Kawe siap royat awal awal lagi ko budak hok jual seluar tu toksir hok bawah pusat...Jawapan hok kawe terima dari budak tino hok jaddik promoter tu adalah : Pak Cik ,katanya..Payah sikit loni nak cari seluar budak tino hok tidak bawoh pusat ..fesyen loni bawah pusat belako ..tengangga kawe dengar penjelasan dia.

Parah sikit lagi anak anak kita nak jawab soalan dari cucu kita mengenai masalah seluar ni...hahahahaha.

Anok kawe tanya kawe bakpo suka pakai seluar soyyok....Kawe boleh jawab dengan penuh tokmakniknoh ....Pakai seluar soyyok nih boleh menyedarkan diri kita dalam kehidupan didunia ni...kita boleh insaf/tidak lupa bahawasanya kita ni berasal dari golongan orang2 susah/miskin....Jadikk kalulah kita hidup senang sikit loni janganlah lupa akan asal usul kita dari ore susah kerana orang susah saja yang mampu pakai seluar tampal atau seluar soyyok...Syahdu ke tu bunyi nostalgia seluar soyyok nih...hehehehehe.

Hok kawe dok pening dok mikkir loni adalah lagu mana bila cucu cucu kawe nanti bertanya kepada anak kawe...Bakpo mama berehi pakai seluar bawah pusat?...hahahahaa

Harap harap proses ni tak berlaku kerana loni harga seluar soyyok lebih mahal dari seluar tak soyyok....mungkin kerana nostalgia ,klasik trend kawe tak tahulah....Kalu seluar bawah pusat ni mengalami nasib yang sama seperti seluar soyyok ...Parah tu hahahahaaha..

Wednesday, April 7, 2010

RUGI KALU TAK MAKAN


Hahahahaha...yang ini mesti cari bila balik kelate...

Tapi baru baru ni kawe boleh di kira bertuah kerana seorang ibu kepada seorang sahabat di Kota Bharu.....Telah dengan besar hatinya sudi untuk buat tuppat sotong ko kawe kerana dia tahu kawe berehi dan suka tengok kawe makan tuppat sotong ..hehhehee



Kawe berehi hok tawar cicoh nise cair ...ohhh jeliranya.

Di Kota Bharu sentiasa ada walaupun tidak musim hari raya tapi yang tawar susah sikit kut...



Laksam....kawe tak berehi alah mana kalu ada laksa kawe gomo laksa dulu ...

Cerita pasal laksa ni di Kota Bharu baru baru ni.Kawe nak makan laksa tapi makan sore beraso tak berapo sedap jaddik kawe pilih nak makan dengan keluarga dan ipar duai.

Kawe naik gi cari laksa di Pasar Siti Khadijah ...Kawe royat ko mek hok jual laksa tu kawe nak buat jamuan makan laksa...Dia tanya untuk berapa ore makan ...kawe tanya dia kelik ...kalu sekilo boleh makan bape ore? dia jawab ko kawe 3 or 4 ore ....kawe congak2 kira anggota keluarga ...Kawe kata mari 10 kilo...beraso was was kawe tanyo lagi jolo ko sekilo 3 ore makan?..Mek tu jawab betullah...

Kawe beraso serupo tak munasabah tapi bila kawe andaikan semua ore berehi serupo kawe jaddik sekilo 3 ore tu jaddik munasabah selalu lah ...hehehee

Sekilo laksa berapa ore makan sebenarnya?...hahahahaha

Monday, April 5, 2010

MENJENGUK TEMAN TEMAN LAMA DI MALAYA

Kesempatan mengjenguk dan berbual mesra bersama dengan sahabat sahabat lama adalah sesuatu yang amat menarik untuk dipahatkan dalam ingatan.

Beberapa keping gambar sempat dirakam untuk kenangan kawe paparkan disini .



menikmati nasi bubur di Kg Baru kuala Lumpur dengan sahabat lama





Teh tarik dengan sahabat lama di D'Klasik Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan.




Bersama teman teman Batch 88 menikmati satay kajang di Haji Samuri Kajang




Bersama dengan sahabat sahabat satu sekolah Alumni FARISAINS menikmati hidangan nasi budu di kedai Bakkar Kuala Lumpur