Sunday, August 31, 2008

SELAMAT BERPUASA


SALAM...

SALAM ramadhan buat semua teman2 tersayang ..di kesempatan ini saya memohon ampun segala dosa2 dan kelemahan saya..

baik yang saya sengaja atau tidak ..dan halal kan segalanya

moga ALLAH merahmati anda semua...

Allah yang maha besar, Ya Allah muliakanlah kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku, Tuhanmu ialah Allah.


SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA

Wednesday, August 27, 2008

KETTIK LADO


SATA kuala kemamang memang benda hok kawe tokleh elak kalu lalu ikut jalan tu,masa cuti sekolah baru baru ini kawe memilih untuk melalui kuantan,kemaman dan terengganu dalam perjalanan kawe untuk sampai ke kota bharu.

Di kuantan kawe berpelung menziarahi saudara mara yang berada di sana,dalam program kawe juga nak berjumpa dengan Matt Ittik tapi masa dia dan kawe tidak mengizinkan untuk kami bersua muka ....mungkin di lain masa.Kawe juga menghubungi piye untuk minum teh tapi disebabkan nenekndanya meninggal dunia jadi dia terpaksa tergesa gesa untuk pulang ke kota bharu.

Jadi SATA di kuala kemaman lah yang dapat kawe bersua muka,dalam seumur hidup kawe memang tidak pernah menyesali untuk bersua dan bertemu dengan SATA kuala kemaman.Ada orang kata otak otak lebih mengiurkan dari SATA ....tapi bagi kawe sata tetap dihati .

Ramuan hok buat otak otak nih kawe dengar kabar la berasal dari isi ikan bukan otak ikan,bukan otak udang,otak lembu jauh sekali tapi bila makan otak otak dari isi ikan ni otak kita kata sedap bagi ore hok berehi serupa kawe lah.

SATA pun dibuat dari isi ikan jugak bunyi bunyinya tapi di campur dengan rempah rempah lain lagi untuk mendapatkan rasa lebih sedap lagi .Ada jugak ore royat kawe lada pun nyo tumbuk bubuh juga dalam sata nihh.

Ore hok berehi serupo kawe kalu saloh "kettik Lado" dalam isi ikan tu beso doh tidaklah nok melenting aloh mano kalu saloh terkekoh lada hok tumbuk tak hancur.

Pada gu gu ambo hok tok berapo beso makan sata nih satt gobbar kalu nak belajar makan sata nih....kalu ssaloh tergigit lada pung tak lah sampai berair mata serupo dok mamoh lada burung .

Makan sedap perut kenyang sendawa lega hok kaya tokey jugak heheheh

Monday, August 25, 2008

MENYESAL SEUMUR HIDUP TEGUR !

Salam,ada no hp si anu tak?.Raso supo dia dok disebelah sayo.Sejid Sg Koyan .Gelap tok berapo napok muko.

Itulah ayat ayat sms yang kawe terima dari seorang sahabat lama kawe pada 19 ogos pada pukul 7.45 malam yang pada ketika itu kawe sedang memandu untuk menuju ke satu tempat di kota bharu.Setelah sampai ke destinasi ambo maka kawe replylah sms kepada sahabat kawe yang bergelar PUAN itu untuk menyerahkan no hp sahabat kawe yang bergelar si anu itu.

Tidak lama kemudian kawe terima lagi satu sms dari PUAN tersebut "tq" walaupun ringkas tapi amat melegakan hati kawe kerana ;

1. Sms dan maklumat yang kawe ingin sampaikan kepada PUAN sudah selamat di sampaikan dengan jelas.

2. 2 orang sahabat lama kawe dapat berjumpa walaupun secara tidak dirancang.

Lebih kurang 2 jam kemudian kawe terima satu lagi sms dari PUAN ini yang berbunyi " Lain kali tokse tegur doh si anu ,dia serupo tok kenal jah kito.Menyesal seumur hidup tegur!"


Tergamam sebentar bila habis baca sms dari PUAN sahabat kawe nih .Untuk melegakan perasaan sahabat kawe hok tngah kecewa ini kawe balaslah sms dia dengan berkata segala kemungkinan yang berlaku dipihak si anu.

Sitiuasi sebenar pada hari itu kawe tak tahu kerana tak nampak tapi kekecewaan PUAN tersebut terhadap Si anu kelihatan jelas berdasarkan kepada sms yang di hantarkan kepada kawe.Di sebelah pihak si anu pula kawe tak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut.

Apapun alasannya pada pandangan kawe keadaan ini tidak sepatutnya berlaku,bukan bermaksud kawe nak menyebelahi sahabat kawe hok PUAN itu tapi bila melihat kepada semangat yang ada pada beliau untuk menegur seorang sahabat yang mungkin berpuluh puluh tahun tak jumpa hinggakan sanggup bertanya kan no hp daripada orang lain dan akhirnya dilayan secara acuh tak acuh dari si anu .

Kepada Si Anu jikalau terbaca tulisan kawe ini ingatlah seseorang itu tidak akan sesuka hati menegur kita bila berjumpa dimana mana .Orang yang berani menegur kita itu mungkin orang yang mengenali ,mungkin sahabat,mungkin kawan lama,mungkin teman lama dan mungkin tersilap orang .

NAMUN WALAU APAPUN KEMUNGKINANNYA TIDAK SALAH UNTUK KITA MEMBERI LAYANAN YANG SEDIKIT MESRA KEPADA MANUSIA LAIN KERANA KITA SAMA SAMA MANUSIA TAK KIRALAH APA PANGKAT YANG KITA ADA ,BERAPA KEKAYAAN YANG KITA ADA.

Sunday, August 24, 2008

NASI AIR MAK SU NAB


saudara tuan loyar nije diantara sahabat sahabat kawe hok yang terawal kawe jumpa di kb semasa kawe kelik ke kb baru baru ini.

Walaupun beliau begitu busy dengan tugas tugas harian beliau di pejabat guaman beliau yang terletak di Buloh Kubu tapi demi seruan dari sahabat lama beliau meluangkan masa beliau untuk menikmati nasi air mak su nab di berek 12 dengan kawe baru baru nih.

Berbual dan bertanya kabar mengenai sahabat sahabat di kb adalah perkara yang menyeronokkan bagi kawe,walaupun kita semua tahu bahawa kebanyakkan sahabat2 kita mempunyai banyak kerenah masing masing tapi kerenah yang amat senang untuk buat kita semua tersenyum kerana itulah sahabat kita yang tidak berubah dari dulu lagi .

Isu "saudagar" Jahar adalah yang terhangat ,terpanas dan paling laris di kb dewasa ini .....TAHNIAH kepada jahar kerana berjaya menonjolkan diri dikalangan sahabat sahabat lama kawe di kb....

"TUAK MASAM"









21 ogos saudara kappok dan saudara Pudin tuak telah gi jemput kawe di taman Sari Kb untuk tubik gi kena teh tarik.Dalam perjalanan nok gi ko stadium kawe call Abbe untuk diajak sekali ,kami gi jemput Abbe di MPKB .

Setelah dok minum teh di stadium bermacam macam kisah lama semasa di sekolah diungkit dan diceritakan kembali untuk dijadikan bahan ketawa oleh kami semua.

Cerita yang amat menarik kali ini ialah berkenaan dengan "Tuak Masam", saudara pudin masih dapat menceritakan dengan detail dan jelas mengenai tuak masam ini yang membuat kami semua tak kering gusi untuk ketawa berdekah dekah.

Nama watak watak yang memainkan peranan mengenai tuak masam ini juga disebut satu persatu oleh pudin .

Kawe toksir cerita terperinci disini mengenai kisah ini tapi jikalau mereka yang pernah terlibat dan dapat duduk bersama untuk mengimbasi kembali kenangan ini sudah tentu amat menyeronokkan .

sedang kami asyik bercerita muncul pula 2 sahabat kami yang mukanya sentiasa bercahaya dan berseri dengan senyuman terhadap sahabat sahabat lama.

Seperti biasa bila mereka muncul akan ada saja cerita cerita terbaru untuk dijadikan bahan ketawa oleh kami.

Perbualan kami tak boleh lama kerana saudara kappok terpaksa balik awal kerana pada sebelah petangnya akan bertolak ke kl dan abbe serta matt lite kena gi make gulai .

NASI ULAM PADANG TEMBAK




Pada 19 ogos 2008 kawe,matt Lite,Matt Boo dan Kappok telah mengadakan satu kunjungan hormat ke office jahar Kurrap di Pengkalan Chepa.

Ketibaan kami sebagai tetamu yang tidak diundang disambut dengan penuh perasaan terkejut tapi mesra dari saudagar jahar .

Kami menghabiskan masa lebih kurang setengah jam di pejabat jahar yang menjadi tumpuan utama ialah urusan "bisnes" antara kami dan saudagar jahar.Walaupun saudagar kelihatan amat sibuk tapi demi urusan bisnes dengan sahabat lama gurauan dan hilai ketawa tak dapat dielakkan lagi.

Walaupun urusan bisnes tidak dapat persetujuan antara kami tapi ikatan persahabatan kami tetap utuh dan berkekalan selamanya.Setelah urusan bisnes gagal kami mempelawa saudagar jahar untuk menikmati makan tengahhari di restoren Ulam dihadapan pejabat beliau tapi malangnya oleh kerana kesibukannya beliau tidak dapat bersama dengan kami untuk menikmati keenakan nasi budu berulamkan petai yang menjadi kegemaran matt lite serta masakan ikan patin masak lemak menu utama pilihan kappok serta air sirap tarik tali minuman yang dipesan oleh matt boo.

Sambil menikmati juadah makanan yang enak itu kami berbincang dan merancang untuk mengadakan satu perjumpaan dengan sahabat sahabat yang lain di kb pada sebelah malamnya.

Saturday, August 9, 2008

Kesetiaan Seorang Sahabat

Dalam 2 minggu yang lepas kawe dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari seorang yang kawe kenali tetapi kawe tidak menjawab panggilannya pada waktu itu kerana waktu tido kawe belum cukup lagi walaupun waktu tersebut merupakan waktu yang amat amat sesuai bagi seseorang yang lain untuk menghubungi kawe…..Tetapi disebabkan kawe mempunyai kuasa untuk menjawab atau tidak panggilan itu maka kawe tetap betul lah.

Setelah tido kawe cukup dan selesai mengisi perut sambil menghidupkan sebatang rokok kegemaran kawe ,terlintas difikiran kawe tentang orang yang menelefon kawe tadi.Kawe call dan bertanya apa tujuan beliau menelefon kawe tadi ,orang tersebut yang kawe takkan sebut namanya disini royat ko kawe dia nak minta pandangan dan pendapat kawe mengenai satu perkara yang ditawarkan kepada beliau oleh seorang saing kawe kepada beliau yang melibatkan wang ringgit.

Kawe terkedu jugak mendengarnya dan orang tersebut berkata kepada kawe dia mempunyai wang yang cukup untuk beri komitmen kepada perkara tersebut.Kawe mendengar dengan penuh teliti penjelasan orang tersebut tanpa berkata apa apa.Diakhir perbualan orang itu bertanya kepada kawe lagu mano?....maksud dia gakkk kalu kawe kata saing kawe hok call dia tu seorang yang boleh dipercayai dan jujur serta kalu kawe beri jaminan 100% maka dia tanpa ragu ragu akan bagi komitmen lah.Kawe jawab ko dia nantilah dulu kawe bertanya khabar sahabat2 kawe hok lain kerana kawe pun dah lama tak berjumpa dengan saing ambo hok tuh tu ….lagi pun kawe baru kelik ke Malaya tak tahu sangat perkembangan semasa saing2 dan kawe berjajnji akan call dia esok untuk bagi tahu pendapat kawe.

Setelah talian telefon dimatikan kawe cucuh sebatang lagi rokok kegemaran kawe,dalam hati kawe terlintas mari adakah KESETIAAN aku kepada seorang sahabat akan diuji kali ini.Dalam keralitan kawe dok hembus asap rokok itu kawe menghubungi seorang lagi sahabat kawe yang kawe yakin sahabat kawe hok nih lebih tahu tentang perkembangan terkini sahabat kawe hok tuh.Kawe takkan cerita isi perbualan kawe dengan sahabat kawe hok nih cukup kawe katakan kawe dah dapat sedikit gambaran mengenai sahabat hok tuh ,diakhir perbualan kawe minta sahabat kawe minta tolong sahabat kawe hok nih royat ko sahabat kawe hok tuh supaya call kawe kalu GOTTU hok dia nak.

Lima minit kemudian hp kawe berdering bila kawe tengok no sahhlah sahabat kawe hok tuh dah call kawe dan kawe tidak lorat nak jawab panggilan dia kawe lebih mementingkan kegemaran kawe dinyalakan dulu sehingga hp kawe berhenti berdering.Setelah kawe menghembus kepulan asap yang pertama hp kawe berdering lagi ,kali ini kawe cepat2 menjawab panggilan itu dan terdengarlah suara sahabat kawe yang merdu itu,sahabat kawe ni mungkin terlalu sibuk mengejar masa atau takut bil telefon nya tinggi kawe tak pastilah tapi dia terus kepada apa yang dia hendak dari kawe.Tetapi setelah kawe persoalkan beberapa perkara yang dia utarakan kawe dapat rasakan beliau sudah tidak berminat lagi nak keccek ngan kawe mungkin bagi dia buang masa tapi hasilnya takder kut hehehehe…..janganlah gelojoh sangat saing weiiiii …itu hanya kata kata dalam hati kecil kawe lah dan akhirnya sahabat kawe ni matikan talian telefon dengan misi yang tak Berjaya.

Kawe call seorang lagi sahabat kawe yang akan dipanggil sebagai mangsa selepas ini,setelah kawe mendengar cerita dari mangsa ini barulah kawe betul betul faham keadaan duduk yang sebenarnya.Melalui mangsa ini kawe diberitahu lebih kurang macam mana modus operandi sahabat kawe hok tuh tu.

Kawe sangat sangat menghargai semangat setiakawan/kesabaran/ikhlas tolong kawan mangsa ini walaupun dirinya sendiri mengalami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi dari pihak yang lain demi angkara sahabat kawe hok tuh.

Pada keesokan harinya kawe ambil keputusan untuk memilih jalan KESETIAAN KEPADA SAHABAT kawe hok tuh dan terus menelefon orang itu yang meminta pendapat kawe dan royat ko dia tak payahlah bui apa apa komitmen kepada sahabat kawe hok tuh kerana perkara yang beliau kemukaan itu banyak menimbulkan persoalan persoalan.

Kepada sahabat kawe hok tuh kawe ucapkan carilah kekayaan didunia ini untuk kesenangan dalam hidup tapi janganlah MENODAI kepercayaan sahabat sahabat disekeliling kerana kemungkinan pertolongan daripada sahabat sejati dikala kita dalam kesusahan jangan diketepikan.Jikalau sahabat kawe hok tuh terbaca tulisan kawe ini jangan lah anggap kawe telah menodai nilai kesetiaan persahabatan kawe dengan demo sebaliknya cubalah fahami molek .

Kepada para pembaca sekalian kesetiaan kepada sahabat bagi kawe adalah menyelamatkan seorang kawan/sahabat dari dimusuhi/dibenci/dicerca oleh manusia lain.

Kerang Bakar di Kg Baru


Matt lite dan Jeman sedang menikmati kerang bakar di kampung baru .....pertemuan dua sahabat yang pernah tinggal sebumbung ,makan nasik sekawah,minum air satu gelas dan ambil air sembahyang satu kolah ....

Jeman nampak keletihan kerana baru saja menyelesaikan tugas di salah satu bank terkemuka di ibu negara ...

matt lite kelihatan bersemangat dok koyok kerang bakar walaupun mata mengantuk kerana malam tadi tidur pukul 4 pagi kerana dok melayan kerenah APPek di bangsar.....