Wednesday, October 16, 2013

Akhirnya air mata Agus gugur di negerinya


Kawe bangun untuk beritahu Prof Agus bahawa tidak semua rakyat Kelantan setuju dengan cara beliau kritik kerajaan kelantan hari ini walaupun boleh dikatakan seratus peratus yang berada didewan Hotel Raudah tempoh hari setuju dengan beliau termasuk kawe.

Kelantangan beliau mengkritik Kerajaan Kelantan pada hari ini terutama dalam isu lebuh raya rakyat dan isu air serta menyentuh sedikit mengenai kemelut kepimpinan PAS Kelantan telah mendapat perhatian banyak pihak termasuk pihak Kerajaan kelantan sendiri.

Kawe tidak peduli segagah mana atau selantang mana beliau kritik kerajaan Kelantan TAPI kawe timbul perasaan ingin tahu kenapa beliau berbuat demikian .Atas sebab apa? Atas dasar apa? Apa kehendak dan keinginan beliau yang sebenarnya? Jangan tanya kawe bakpo perasaan ingin tahu kawe itu membuak ....Untuk mendapat jawapan dari persoalan yang wujud dibenak kawe ini tiada jalan lain yang lebih elok bagi kawe selaian berjumpa dan bersemuka dengan beliau secara berdepan.Kawe tidak mahu gunakan mata dan telinga orang lain untuk rungkaikan persoalan yang ada dibenak kawe ini.Satu perkara yang kawe sedar adalah ...siapalah diri kawe ini untuk mencuri masa emas seseorang yang sibuk seperti Prof Agus. 

Dalam ikhtiar kawe untuk bersemuka dengan Agus ini kawe nyatakan hasrat kawe kepada seorang sahabat yang dikenali dengan nama Ranum Setia .Melalui sahabat ini kawe pohon beliau sampaikan hasrat kawe untuk berjumpa dengan Agus secara santai .Kawe diberitahu oleh sahabat ini bahawa Agus terlalu sibuk terbang sana sini ke luar negara .Kawe sudah bersedia untuk menerima jawapan sebegitu .Akhirnya pada suatu malam yang agak lewat Agus telefon kawe dan kami berbual agak singkat dalam tempoh 6 minit lebih kurang .Kawe nyatakan hasrat kawe untuk berjumpa beliau secara santai sambil minum kopi jika beliau kelapangan .Beliau nyatakan tentang kesibukan beliau kerana keesokan harinya beliau akan bertolak ke eropah dan beliau berkata selepas beliau kembali dari eropah mungkin kami boleh berjumpa di mana mana kedai kopi di Bangi.

Masa berlalu dan kawe tidak berhubung lagi dengan Agus melainkan sekali sekala berkomen dirungan FB.Sehinggalah bila satu posting di buat Group Cakna UT bahawa Prof Agus akan berwacana di sebuah Hotel di Kota Bharu sebelum hari raya haji.Berkebetulan kawe juga berada di KB pada tarikh tersebut. beberapa jam sebelum program bermula kawe hubungi Agus untuk bertanya samada beliau berkesempatan untuk minum teh dengan kawe selepas program beliau selesai. Jawapan yang kawe terima dari beliau amat positif walaupun satu kepastian belum diperolehi.

Kawe hadirkan diri dalam program bersama Agus dan seorang lagi ahli akademik . Khalayak memenuhi dewan dan rata rata yang kawe lihat adalah dari golongan anak anak muda .Ramai juga diantara khalayak yang kawe kenali dan terdiri dari rakan rakan .Majlis yang di pengerusikan oleh Yb Ahli Parlimen Kubang Kerian dimulai dengan lancar. Format secara soal jawab amat menerujakan khalayak dan ahli p anel. Walaupun Agus cuba menyatakan tujuan sebenar yang beliau mahu dalam pertemuan tersebut tapi khalayak lebih teruja untuk mendorong beliau menjawab soalan soalan yang diajukan walaupun soalansoalan yang dilontarkan menyimpang dengan kehendak sebenarAgus.

Kawe mengambil peluang tersebut untuk mencari jawapan kepada persoalan dibenak kawe dari jawapan jawapan yang diberikan oleh Agus kepada hadirin. Agus meluahkan hasrat dan keinginannya kepada hadirin dengan jelas akan matlamat dan kenapa beliau perlu bangkit dan kritik kerajaan Kelantan pada hari ini. Agus juga jelaskan apa yang akan dibawa dan akan dibentangkan kepada MB dan TMB dalam perjumpaan beliau keesokan harinya.Kawe tidak mahu jelaskan secara terperinci isi kandung program tersebut kerana semuanya telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Selesai majlis serta sesi bergambar Agus dengan peminat peminatnya di Raudah ,Agus setuju untuk minum kopi di Hayaki bersama kami. Setibanya kawe di Hayaki Agus yang ditemani anak lelakinya  sudah ada dimeja bersama para sahabat kawe Mazhar ,Dr Rusli, Hakim Hazimi, Tok Gawwa Pha, Dr Kamarulzaman serta beberapa yang lain.Perbualan kami pada malam itu kawe tafsirkan tidak mencapai kehendak Agus secara santai di kedai kopi.Kawe memilih untuk menyimpan lontaran lontaran orang kampung kepada Agus demi tidak mahu merencatkan perbincangan secara akademik yang cuba di bawa oleh rakan rakan yang lain.

Setelah agak lewat malam dan Agus perlu bersedia untuk mengadakan pertemuan denganMB dan TMB serta para Exco Kerajaan negeri keesokan harinya . Sebelum Agus dihantar ke Hotel penginapannya beliau beritahu kawe dan Jeming Hassan untuk makan tengah hari bersama keesokan harinya selepas beliau selesai bertemu dengan MB dan TMB.Jeming Hassan akan berhubung dengan Agus untuk menentukan restoren mana untuk kami makan tengah hari.

Sebelum pulang pada malam itu kawe bagi tahu kepada Jeming supaya beritahu kepada Agus tempat makan tengah hari adalah di restoren Syam berek 12. Pukul 12 tengah hari keesokannya Jeming hubungi kawe dan beritahu restoren Syam tutup dan bertanya restoren mana untuk beliau tuju .Kawe jawab ,kita pergi ke Restoren Sharin Low di berek 12 juga. Setelah selesai perjumpaan di SUK ,Agus hubungi kawe dan bertanya ada dimana dan mahu lunch di mana . Kawe jawab restoren Syam tutup dan kita akan makan di Restoren Sharin Low tapi Agus nyatakan keinginan untuk makan di Restoren Zakini yang juga di berek 12. Kami setuju .

Setibanya Agus beserta anak lelakinya di Zakini ,terus memilih juadah makan tengah hari untuk dinikmati bersama .Sambil menikmati hidangan tengah hari Jeming Hassan memulakan perbualan dengan bertanya soalan soalan yang berkisar kepada pertemuan Agus dan pihak kerajaan negeri sebentar tadi.Kawe hanya mahu mendengar penjelasan dari Agus tanpa banyak pertanyaan .

Satu demi satu penjelasan diberikan oleh Agus kepada kami mengenai pertemuan selama 3 jam itu.Kawe juga tidak akan menulis dengan terperinci butirannya disini . Apa yang kawe boleh katakan adalah pertemuan tersebut bagi Agus amat positif diantara kedua dua belah pihak . Agus diberikan peluang yang mencukupi untuk nyatakan hasrat dan pendiriannya kepada MB dan TMB dalam pertemuan tersebut.Beberapa penjelasan juga telah diberikan kepada Agus oleh MB dan TMB kepada Agus. Penjelasan mengenai lebuh raya rakyat Agus katakan beliau terima dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan itu ada "KEPATUTANNYA" manakala penjelasan pihak kerajaan mengenai isu air beliau terima itu sebagai satu jawapan yang DAIF oleh pihak kerajaan.

Apa yang menarik minat kawe terhadap Agus ini adalah bila mana beliau beritahu kami bahawa secara terbuka beliau nyatakan kepada MB dan TMB bahawa segala penjelasan yang diberikan kepada beliau ini MESTI diberitahu kepada rakyat secara terbuka mengenai kedua dua isu yang dibangkitkan itu . Katanya Agus kepada kami juga MB dan TMB berjanji akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Jeming Hassan tetap Jeming Hassan.Keadaan di restoren Zakini agak panas walaupun ada kipas angin yang berpusing diatas kepala kami. Dan dalam hati kawe berdetik adakah Agus akan minta diri dengan kadar segera kerana bahang panas atau beliau akan membuka butang baju batik suteranya birunya untuk dedahkan dada melepaskan ruap ruap bahang . Bila Agus membuka butang bajunya sekali lagi hati kawe berdetik bahawa 'manusia' ini IKHLAS dengan apa yang diperkatakan.Bila kawe telah yakin dengan keihlasan hati orang yang berada disebelah kanan kawe tersebut maka barulah berani untuk kawe berbicara dengan kehendak maksud yang jelas .

Bila Agus sentuh tentang Husam dan keperluan diri Husam kepada PAS dan rakyat kelantan dan perkara ini juga dibawa sebagai pandangannya kepada MB dan TMB . Dan bila Agus ceritakan juga respon dari MB dan TMB berkenaan Husam .Kawe TEGASkan kepada Agus bahawa kawe dan kita semua patut melihat bahawa tiada perbalahan/pertelingkahan/permusuhan diantara Nik Amar dan Husam.

Agus terus bercerita tentang kesanggupan dirinya untuk membantu apa apa satu bantuan yang difikirkan perlu oleh pihak kerajaan negeri dan tawaran tersebut ditawarkan oleh beliau kepada MB dan TMB.Disaat itu kawe mendapati suara Agus sedikit sebak dan mata beliau mula bergenang kemerahan sebelum menitiskan air jernih untuk menghabiskan kata katanya ..saya sedih melihat gelagat pemimpin pemimpin dinegeri saya ....saya sedih memikirkan nasib rakyat negeri saya jika keadaan ini tidak berakhir. 

Kawe berpendapat MB dan TMB juga melihat sepertimana kawe dan jeming Hassan tengok bagaimana air mata Agus gugur di buminya sendiri dihadapan dua orang pemimpin besar negeri. Kawe andaikan itulah air mata harapan yang IKHLAS yang gugur untuk melihat negeri ini ditadbir urus dengan baik untuk manfaat dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Segala persoalan dibenak kawe terhadap kenapa dan mengapa Agus begitu lantang kritik kerajaan negeri sudah terjawab tanpa satu soalan khusus diajukan.Agus telah tunjuk KEIHKLASANNYA di depan mata kawe dan juga didepan mata pemimpin besar negeri .

AIR MATA BOLEH JADI PENYELAMAT DALAM SATU KEADAAN DAN BOLEH JUGA JADI PEMUSNAH DALAM SATU SITUASI NAMUN HARUS DI INGAT BAHAWA IANYA BUKANLAH SEPERTI MENGURUS AIR DALAM CAWAN DARI TERTUMPAH KELUAR.






Tuesday, August 20, 2013

HUSAM TAK RETI BERJEMAAH



Husam hebat bila memimpin jemaah ,Husam juga setia berada dalam saf jemaah dan Husam pantas menegur kesilapan imam di saf depan jemaah.Begitulah lengkapnya adab duduk dalam saf makmum atau imam dalam sembahyang berjemaah.Semua orang Islam yang beriman memahami kaedah ini dalam kehidupan harian mereka.

Dalam jemaah politik PAS juga ahli ahlinya yang mengamalkan konsep politik Islam dari segi dasar dan tindak tanduk dalam parti.Dalam politik PAS selepas era Asri  tidak pernah berlaku imam ditarik turun melainkan sudah habis kudratnya untuk memberi salam .Adab PAS menegur imam yang salah dalam saf bukan menyuruh imam undur ke belakang untuk diganti.

Husam mungkin faham berjemaah dalam politik berbeza dengan berjemaah dalam sembahyang dan juga tidak menjadi kesalahan jika perlakuan dalam sembahyang berjemaah tidak dilakukan jemaah politik.Untuk menjadi Imam dalam sembahyang memerlukan makmum di belakang .Untuk memanggil makmum perlu kepada bilal.

Husam sedar kemampuannya untuk menjadi Imam dan berkelayakan untuk digelar sebagai Bilal. APakah Husam mahu beliau dikenali sebagai imam tapi dalam masa yang sama sebagai Bilal yang nyaring memanggil makmum untuk memenuhi saf saf hadapan. 

Bila berjalan atau musafir seorang diri maka peluang untuk menjadi makmum sentiasa terbuka setiap kali singgah di Masjid. Berbeza bila bermusafir secara berkumpulan maka salah seorang dari ahli kumpulan akan dipilih sebagai Imam untuk pimpin jemaah walaupun sembahyang dibawah pokok rendang.

Dalam menilai sejarah politik Husam di kelantan selama ini kawe melihat Husam lebih suka dan selesa dengan amalan ""sedap sedap cari makan" yakni satu program makanan yang memperkenalkan restoren restoren di Malaysia.Dalam perniagaan kedai makan memang terbukti jika sebuah restoren itu sedap masakannya maka sejauh mana lokasi restoren tersebut akan dikunjungi oleh pengunjung.

Jika Husam mahu berpolitik resam gula maka jaddilah sekilo gula bukan sebutir gula,semut pemakan gula tidak akan datang seekor untuk usung sebutir gula tetapi datang secara berjemaah untuk melenyapkan sebutir gula.Tapi sekumpulan semut akan leka untuk mengerumuni sekilo gula kerana resam makhluk akan leka dengan kemanisan.

Selama 23 tahun politik sebutir gula husam dijagai rapi oleh penjaga amanah PAS Kelantan.Kerana takut diperenyet  jemaah semut tidak menjauhi sebutir gula tersebut tetapi hanya pandang dengan penuh terliur untuk tidak usik.Sebutir gula yang tidak reti berjemaah dalam politiknya menyimpan rasa risau bila si penjaga telah tamat tempoh jagaan TETAPI mungkin kerana sudah terlalu lama dikeliling oleh jemaah semut tanpa diusik sedikit pun membuatkan sebutir gula sudah lupa bahawa jemaah semut tersebut adalah pemakan gula yang ganas.

SEMUT ADALAH MAKHLUK YANG BIJAK BERPOLITIK KERANA KEHEBATAN MEMBINA RANGKAIAN DAN KUMPULAN UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN RATU MEREKA 

Tuesday, August 13, 2013

PATUNG



Allah SWT memuji Ibrahim dalam flrman-Nya:

"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an- Nahl: 120)

Termasuk keutamaan Allah SWT yang diberikan-Nya kepada Ibrahim adalah, Dia menjadikannya sebagai imam bagi manusia dan menganugerahkan pada keturunannya kenabian dan penerimaan kitab (wahyu). Oleh kerana itu, kita dapati bahawa setiap nabi setelah Nabi Ibrahim as adalah anak-anak dan cucu-cucunya. Ini semua merupakan bukti janji Allah SWT kepadanya, di mana Dia tidak mengutus seorang nabi kecuali datang dari keturunannya. Demikian juga kedatangan nabi yang terakhir, yaitu Nabi Muhammad saw, adalah sebagai wujud dari terkabulnya doa Nabi Ibrahim yang diucapkannya kepada Allah SWT di mana ia meminta agar diutus di tengah-tengah kaum yang umi seorang rasul dari mereka. Ketika kita membahas keutamaan Nabi Ibrahim dan penghormatan yang Allah SWT berikan kepadanya, nescaya kita akan mendapatkan hal-hal yang menakjubkan.

Kita di hadapan seorang manusia dengan hati yang suci. Manusia yang ketika diperintahkan untuk menyerahkan diri ia pun segera berkata, bahawa aku telah menyerahkan diriku kepada Pengatur alam semesta. Ia adalah seorang Nabi yang pertama kali menamakan kita sebagai al- Muslimin (orang-orang yang menyerahkan diri). Seorang Nabi yang doanya terkabul dengan diutusnya Muhammad bin Abdullah saw. la adalah seorang Nabi yang merupakan datuk dan ayah dari pada nabi yang datang setelahnya. Ia seorang Nabi yang lembut yang penuh cinta kasih kepada manusia dan selalu kembali kepada jalan kebenaran.

Kisah Ibrahim dan patung adalah bukan satu kisah dongengan yang dipenglipurakan oleh manusia untuk berhibur TAPI satu kisah yang dikitabkan oleh manusia setelah diwahyukan kepada kekasih sang pencipta.Sampai kesaat ini pun masih ramai lagi manusia manusia yang setia menjadi penyembah kepada patung patung kaku ini .

Sifat patung adalah bisu ,pekak,buta,kaku,keras dan mempunyai rupabentuk. TEGUH berada dalam keadaan asal juga satu sifat patung yang azali.Tidak menjadi satu dosa jika mengutuk atau tidak mengutuk patung ini TAPI akan menjadi satu dosa yang amat besar jika menyembah dan memuja patung.Patung berupa bentuk mengikut citarasa pengukirnya tapi tidak berpeel seperti pengukirnya.

Setelah peristiwa Nabi Ibrahim memenggal kepala patung patung maka wujud kesedaran kepada segelintir manusia bahawa patung yang mereka puja dan sembah selama ini sebenarnya tidak berguna dan tidak mampu untuk menolong apalagi untuk menjaga kepentingan mereka.Menyedari hakikat ini dan manusia yang telah dijanjikan oleh pencipta bahawa mempunyai seketul otak yang amat kreatif dalam segala segi pemikiran dan akalan.

Orang Islam dilarang sama sekali menyembah dan memuja patung patung ini dan bagi orang islam juga mereka tidak perlukan apa apa pertolongan dari patung patung tersebut dalam segala segi .Namun harus diingat bahawa orang islam juga mempunyai akal sebagai manusia dan mempunyai nafsu sebagai makhluk serta mempunyai kehendak untuk memenuhi keinginan.

Jikalau zaman orang tua kita dahulu yang bercucuk tanam padi disawah mereka mempunyai akalan yang tersendiri tetapi tidaklah sampai merosakkan akidah mereka dalam penggunaan patung "orang orang" yang bertujuan untuk menakutkan binatang binatang dari merosakkan tanam mereka . Apakah patung ini lebih cerdik dari binatang?? Kawe berpendapat manusia itu lebih cerdik dari binatang dan binatang itu bodoh kerana takut kepada patung dan bukannya patung itu keramat.

Dizaman moden ini manusia semakin kreatif pemikiran mereka dalam penggunaan patung patung ini dalam memberi kemudahan kepada kehidupan mereka . Manusia mula mencipta robot robot atau patung patung yang mampu bergerak .Begitulah hebatnya akalan manusia dalam mempermudahkan proses kehidupan mereka.Apakah menjadi satu dosa kepada manusia yang bergantung kepada patung patung ciptaan mereka ini?


Orang Melayu agak ketinggalan sedikit dalam perlumbaan merekacipta patung patung besi bergerak ini berbanding dengan bangsa bangsa lain didunia pada hari ini.Mungkin tanpa disedari oleh bangsa bangsa lain didunia bahawa orang melayu telah mendahului mereka dalam perlumbaan merekcipta patung patung ini.Mungkin sekarang ini orang melayu sedang proses ujikaji patung patung ciptaan mereka sebelum dipasarkan untuk memasuki pasaran dunia.

Kurang lebih 3 tahun yang lalu kawe ada menulis dalam blog mengenai MESIN VS MANUSIA untuk melahirkan satu perasaan bahawa manusia pada masa kini sudah gagal mempergunakan pertimbangan fikiran yang waras kerana pengelabuan mata mereka dengan wang ringgit.Kerisauan kawe 3 tahun yang lalu kini menjadi satu kenyataan pada pandangan kawe tetapi ianya lebih parah dari apa yang kawe jangkakan.

Kini manusia membentuk patung dari kalangan mereka sendiri dan diberi kuasa tertinggi untuk membuat keputusan kepada  majoriti.Keputusan dari "patung manusia" ini perlu dipatuhi dan di wala oleh manusia lain tanpa boleh membantah kerana itu keputusan seorang ketua yang perlu dipatuhi dan dituruti."Patung manusia" ini hanya diperlukan membaca teks keputusan yang telah disediakan oleh pembentuk pembentuk yang mempunyai keinginan yang besar.Karismatik yang mesti dimiliki oleh "patung manusia ' ini amat mudah iaitu mesti dilihat sebagai seorang yang jujur,beriman,lurus serta bersih di mata orang ramai.

BERAPA LAMAKAH KITA SEMUA TELAH DITIPU OLEH PEMILIK PEMILIK "PATUNG MANUSIA '' INI TANPA KITA SEDARI ?? APAKAH SEGALANYA SUDAH TERLAMBAT BILA DISEDARI?

Thursday, July 11, 2013

Besut Bukan Tempat Husam



Husam ketuai PRK Besut ... Kenapa Husam Tidak Haji Hadi? Kenapa Husam diberi amanah tersebut? Adakah kerana orang besut terima Husam lebih hebat Dari menerima Haji Hadi? Apakah Pas Terengganu sudah ketahui mereka Tidak Akan berjaya di Besut? Apakah Husam yakin Akan berjaya atau sekadar memikul Satu amanah yang dimandatkan sahaja?

Banyak pihak melihat karier Politik Husam masih terlalu jauh Lagi Untuk berakhir walaupun Ada ramai pihak yang merintis Jalan Untuk pengakhiran Politik beliau  Apakah Husam sedang mengikut rentak yang dirintiskan Untuk dirinya atau sedang memudahkan rintisan Jalan yang telah dibuat Oleh orang lain untuknya. 

Satu kata kata keramat yang pernah dituturkan di telinga Kawe adalah " Ambo ambil sikap mempermudahkan kerja kerja orang lain Untuk melihat ambo berhenti langkahan Dalam Politik " 
Jika kata kata ini juga pernah dituturkan ke telinga Husam yang memungkinkan Husam ambil sikap bahawa perjuangan Dalam pas Bukan Untuk kepentingan Diri sendiri tapi Untuk krmenangan sebuah jemaah maka Kawe sifatkan Husam seorang Pejuang yang murni Dari segi niatnya.Kalah menang Tidak penting yang penting berjuang .. ITu pun Satu pendirian Dalam perjuangan juga . Tapi bagi Kawe Setiap perjuangan ITu biasanya mencari krmenangan Untuk elakkan padah kekalahan.

Jika percaturan Husam yang mahu guna pakai kekalahan beliau di Putrajaya yang membawa kepada Kerajaan Pas kekal di Kelantan tempoh Hari Untuk cari krmenangan Pas di Besut dlm PRK pula . Kawe sifatkan Husam sebagai orang yang sedang melalui Jalan yang dirintiskan Oleh orang lain Untuk Le tapak perkuburannya.

Besut Bukan Tempat Husam Untuk Tawan Terengganu dan berlainan sekali dengan Putrajaya yang Kawe Kira memang Tempat beliau dgn apa sebab sekali pun. Jika Pas menang di Besut kerana Husam maka cerita kehebatan Husam Akan kekal 2 Hari sebaliknya jika tewas maka Satu titik warna akan dititikkan di muka Husam.

Jika ini Satu perjudian bagi Husam untuk mengekalkan dirinya dipersada Politik ditanah air maka Besut Bukan Tempat Husam . Mencecah awan Putih jika Kawe katakan ramai yang menanti langkah Husam dalam memulakan langkahan baru dalam kedudukannya. Melangkah Ke Besut adalah Satu langkah kiri Dalam Kanan Husam pada sisipan pemandangan Kawe .

Husam mungkin sedar bahawa kelibat Nama beliau masih terpahat Dalam ingatan kebanyakan orang . Seorang pemimpin yang namanya terpahat Dalam ingatan orang ramai diperlukan satu cetusan Untuk menyemarakkan suntikan nilai semangat kebangkitan dijiwa yang membuak buak. 

KEHARUMAN SATU NAMA AKAN TERHENTI DIBIBIR RAMAI KERANA EMPUNYA NAMA TERIKUT IKUT DENGAN JALAN YANG BUKAN PILIHANNYA 

Monday, June 17, 2013

HUSAM PENCETUS

 
 
Sedikit keriuhan dalam kecarikan suasana telah berlaku di Kelantan dan telah menarik minat ramai untuk melihat kecarikan itu terjahit dan bercamtum semula walaupun ada juga yang mahu melihat kecarikan itu terputus dua menjadi 2 perkara yang perlu dipisahkan.
 
Kawe lama sudah tidak mencatat apa apa warisan disini kerana kesuntukan waktu yang terbeban dengan usaha untuk menjaga kepentingan orang lain supaya imbuhannya  tidak tergugat.Kali ini kawe menulis bukan kerana Husam menjarakkan ungkapan BLACK dan OUT.Kawe terpanggil untuk menghidupkan jari jemari kawe disini kerana sudah merasa MUAL dengan permainan sesetengah pihak yang cuba menjahit kain terkoyak.Walaupun kawe bukan kaya raya tapi kesanggupan kawe hanya untuk pakai seluar "ssoyok" bukan baju koyak yang dijahit atau ditampal.
 
Merenung dalam ketenangan kata kata Husam dalam video diatas terdapat beberapa percanggahan dengan prinsip kawe.Antaranya kawe tidak bersetuju dengan cara keluar kejalanraya untuk buat huru hara untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dimana mana Negara pun.Tetapi diawal ucapannya Husam telah menutup ruang untuk kawe kritik perhimpunan tersebut dengan Husam melafazkan ucapan terima kasih kepada pihak polis kerana mengeluarkan permit perhimpunan secara aman seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan Negara.Husam juga menegaskan perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan TETAPI satu perhimpunan rakyat untuk menyatakan rasa tidak puashati kepada kerajaan mengikut saluran undang undang yang dibenarkan.
 
Dalam menilai ucapan Husam juga kawe dengan ANGKUH nya akan membuang jawatan Husam sebagai Naib Presiden PAS Malaysia ,gelaran Ahli Yang Berhormat yang melekat pada Husam juga kawe akan pinggirkan,Darjah kebesaran yang diberi Sultan juga kawe rentapkan pada diri Husam dalam ucapanya ini.Tengoklah Husam sebagai seorang pengembala kambing,cerminkan Husam sebagai seorang pengayuh beca,campakkan Husam sebagai seorang petani yang membanting tulang disawah atau seorang nelayan yang gigih melawan gelora laut ganas demi mencari rezeki sesuap nasi.
 
Sebagai seorang nelayan yang sanggup tidak turun ke laut semata untuk bersama sama dengan rakan rakan lain dalam satu perhimpunan untuk tunjukkan perasaan tidak puashati secara aman TIDAK bolehkah untuk melontarkan satu pertanyaan kepada pemimpin yang martabat dewa dalam PAS akan ketidakhadiran mereka?Apakah seorang petani tidak mempunyai perasaan dihati mereka untuk bertanya adakah pemimpin mereka sendiri telah khianat kepada perjuangan yang mereka pimpin?Apakah seorang pengembala kambing tidak boleh berasa bimbang akan pemimpin mereka akan tidak  GAGAH dari sebelum menang setelah menang dalam pilihanraya?
 
Kata kata Husam ini akan meresap disetiap jiwa hamba rakyat yang tahu erti apa itu keringat perjuangan dalam hidup mereka ,setelah dinilai secara lebih dalam lagi maka bukan kawe yang ANGKUH untuk membuang segala jawatan dan darjah kebesaran yang Husam ada TAPI Husam dan diri Husam sendiri yang menghinakan dirinya untuk ditempatkan dirinya  bersama sama merasai denyut nadi rakyat yang daif di Kelantan yang ditipu oleh kerajaan yang rakus berkuasa.Seorang pemimpin rakyat harus memahami keresahan jiwa rakyat ,harus tahu pengorbanan rakyat untuk martabatkan seorang pemimpin untuk pimpin mereka.Harus tahu untuk bawa dan menghala kemana suara yang dikehendaki rakyat.
 
Husam juga dalam ucapannya bangkitkan QArdawi untuk dijadikan contoh ,teladan Qardawi Husam ambil untuk dijadikan sempadan oleh para pembesar PAS di Kelantan .Samada perlu atau tidak Husam menceritakan kisah penerbangan Qardawi dari Qatar ke Mesir untuk bersama sama rakyat Mesir suatu masa dahulu kawe tidak peduli. Kerana yang patut peduli adalah pemimpin pemimpin PAS Kelantan yang sama sama berserban seperti Qardawi.
 
Ucapan Husam ini kawe sifatkan sebagai satu ucapan "PENCETUS" secara berkasta. Rakyat bawahan yang berada dikasta bawah merasakan ucapan ini mewakili mereka MANAKALA para pemimpin atasan yang berada dikasta yang paling atas mungkin merasakan Husam sedang mengecam ,menyindir,memperli,menghentam mereka.
 
Memang tidak patut jika Husam salah seorang pemimpin PAS menyindir barisan pemimpin PAS yang lain dalam apa jua keadaan pun atas alas an menghormati rakan satu jawatan TAPI rakyat terbanyak akan lebih mengutuk Husam jika suara mereka Husam tidak endahkan semata mata untuk menjaga hati rakan rakan sejawatan.Pada kawe husam telah buat satu keputusan yang tepat untuk dirinya membawa suara rakyat dan menjadi tidak patut untuk rakan rakannya yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dibawah.
 
Keberanian Husam untuk berdiri dihadapan rakyat tanpa membelakangi pemimpin yang lain untuk menyatakan/hasrat rakyat kepada pemimpinnya adalah pekara yang patut dicontohi oleh para pemimpin PAS yang lain. Berdirilah dengan kebenaran ,berkatalah dengan benar didepan sesiapa sahaja tanpa gentar untuk kebaikan semua.
 
Pada kawe ucapan Husam ini tiada apa apa yang mengemparkan atau untuk digemparkan oleh pemimpin pemimpin PAS yang lain kerana mereka patut tahu sikap dan pendirian Husam melainkan mereka sudah terlalu masak dengan lakonan Husam .
 
Kawe tidak mengenali Husam seperti mana pemimpin pemimpin PAS yang lain kenali Husam TAPI kawe bernasib baik untuk berhujjah dan berdepan dengan beliau tentang beberapa perkara .Cukup sekadar kawe berkata disini bahawa Husam berpendirian secara peribadi sanggup melihat dan terima untuk kerajaan PAS Kelantan kalah dalam mana mana PRU jika kerajaan negeri sudah gagal atau tidak lagi mempertahankan hak hak rakyat atau membebankan rakyat kerana kerenah pemimpin yang lebih pentingkan diri sendiri dari rakyat terbanyak.
 
Oleh itu kawe berpendapat bahawa ucapan ini lebih menjurus kepada mencungkil keluar kehendak rakyat yang sebenar untuk didengari oleh barisan pimpinan atasan PAS.Mungkin ada yang boleh personal kenapa setelah Husam tidak dilantik menjadi Exco barulah melihat kehendak rakyat dibawah? Kawe berpandangan bahawa Husam melakukan perkara itu pada masa yang tepat kerana sebagai wakil rakyat biasa bermakna beliau sama taraf sahaja dengan rakyat biasa yang lain .Jaddik sebagai rakyat biasa Husam menyampaikan mesej bahawa pimpinan atasan sedang diperhatikan oleh rakyat dibawah .
 
Kawe pernah menyindir Husam secara berdepan setelah kawe tidak berpuashati dengan jawapan yang beliau beri kepada soalan kawe  usulkan kepada beliau dalam satu perkara yang melibatkan kepentingan rakyat Kelantan. Kawe tidak perlu ambil masa yang lama untuk melemparkan kata kata kepada Husam dengan ungkapan " Saya bertanya kepada salah seorang ahli Exco kanan Kerajaan negeri Kelantan dan saya beranggapan saya sudah tidak salah tempat bertanya" ....Samada Husam terusik hati dengan kata kata kawe tersebut bukanlah suatu perkara yang kawe pedulikan untuk kawe gunakan HAK kawe sebagai rakyat untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari seorang pemimpin yang ada jawatan dalam Kerajaan.Husam beri penjelasan kepada kawe mengenai isu tersebut dan walaupun kawe masih tidak berpuashati kepada penjelasan beliau TAPI cukuplah bagi kawe  untuk menilai bahawa keikhlasan dari dirinya untuk menjelaskan.
 
JANGAN MEMBUKITKAN SAMPAH DIBAWAH KARPET KERANA BUKIT ITU PENUH DENGAN ISI KEPALSUAN
 
 
 
 
 
 

 
 

 

Saturday, May 11, 2013

TGNA PATUT AMBIK TANGGUNG JAWAB ....HUSAM TAK PERLU DIBELA



Setelah pru 13 selesai dan kerajaan baru bagi negeri kelantan dibentuk maka sedikit ketidakpuasan hati dikalangan rakyat Kelantan tercerna sedikit apabila Husam Musa dikesampingkan dari menjadi ahli anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri kelantan.

Dihari pembuangan undi dan selepas TGNA menjalankan tanggungjawab beliau untuk kekalkan kerajaan PAS di Kelantan dipusat mengundi beliau telah dikerumuni oleh para wartawan untuk ditanya siapakah MB sekiranya PAS masih boleh membentuk kerajaan keesokan harinya.Jawapan dari TGNA adalah jawatan MB beliau serahkan kepada Sultan untuk tentukannya. Bila membaca jawapan dari TGNA tersebut maka dengan jelas sekali bahawa TGNA sedang bermain politik dalam memberi jawapannya.Mana mungkin seorang MB yang 22 tahun memerintah Kelantan dan seorang Musyridul Am PAS yang mampu menentukan apa yang patut dan tak patut untuk PAS lakukan memberi jawapan sebegitu mudah untuk lepaskan diri dari rasa bertanggungjawab?

Jika diperhalusi jawapan TGNA secara mantik yang biasa diperkatakan bahawa TGNA mempunyai ilmu mantik politik yang amat tinggi maka terpampang jelas disebaliknya bahawa TGNA telah mengaku kepada rakyat Kelantan bahawa beliau telah gagal menjadi seorang penasihat yang baik kepada baginda Tuanku.Itu kawe tafsir secara mantik dalam konteks pemahaman kawe.

Secara langsungnya mungkin boleh ditafsirkan bahawa TGNA ingin beritahu bahawa kuasa untuk melantik MB bukan ditangan beliau.Atau TGNA bermaksud beliau tidak peduli pun siapa MB yang akan dilantik selepas beliau.

Apapun tafsiran yang akan dibuat oleh rakyat kelantan kepada kenyataan yang dibuat oleh TGNA mengenai perlantikan MB baru .Kawe berpandangan bahawa TGNA telah mengambil satu langkah yang amat tidak bijak dari ukuran seorang MB yang berpengalaman selama puluhan tahun memegang jawatan.Satu sikap yang amat amat tidak bertanggungjawab bagi kawe.

Mustahil TGNA tidak mengetahui bahawa selepas beliau meletak jawatan sebagai MB sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat kelantan. Mustahil TGNA tidak sedar bahawa apa yang membuat PAS boleh bertahan dengan utuh di kelantan selama ini adalah kerana aura batang tubuh beliau.Mustahil TGNA tidak perasaan sedikit pun akan nama nama exco yang baru nanti tidak akan mendapat perhatian daripada rakyat kelantan. Bolehkah selepas ini TGNA menjawab dengan ungkapan "Ambo tak tahu kerana tugas ambo sebagai MB telah tamat'?

Akibat melepaskan tanggungjawab secara tidak bertanggungjawab ini maka berlakunya sedikit kucahan dalam proses peralihan kuasa dan lantikan ahli exco baru bagi kerajaan negeri kelantan.Apakah TGNA berada diluar kesedaran bahawa disebabkan sikap lepas tangan beliau ini telah menyebabkan ada pihak lain yang tercalar? Tidak terfikirkah oleh TGNA bahawa dirinya boleh sedikit sebanyak mengelakkan calaran itu dari berlaku dengan beliau ambil tanggungjawab untuk menguruskan tanggungjawab tersebut dengan lebih teratur?

Kawe dengan secara terbuka ingin menyatakan disini bahawa TGNA lah yang menyebabkan secara langsung telah menyebabkan pihak istana atau baginda Sultan Kelantan telah kelihatan mencampuri secara  urusan perlantikan barisan exco kerajaan negeri Kelantan.TGNA seolah olah memberi signal awal awal lagi kepada MB baru untuk membabitkan baginda Sultan  jika ada yang tidak puashati daripada pihak rakyat.

Jika pada hari pembentukkan kerajaan baru negeri kelantan itu TGNA masih lagi angkat sumpah sebagai MB dihadapan baginda Tuanku Sultan dan Husam tidak tersenarai sebagai ahli Exco adalah TGNA sebagai MB akan berkata Sultan tidak mahu kepada Husam untuk dilantik sebagai exco? Kawe yakin dan percaya bahawa TGNA tidak semudah itu untuk mengheret baginda Tuanku Sultan dipandang rendah oleh hamba rakyat Kelantan.Sekuman besarnya hati kawe rasa terkilan dengan sikap TGNA dalam hal ini kerana membiarkan muka Sultan Kelantan dicalarkan dimata rakyat jelata.Apa pun alasan yang cuba diberikan selepas ini MB yang baru telah memuktakmadkan bahawa Sultan Kelantan telah mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan .

APA YANG TELAH BERLAKU TELAH MENCATATKAN SEJARAH KECACATAN TGNA DALAM MEMERINTAH NEGERI KELANTAN YANG BERKESUDAHAN DENGAN CEMERLANG TETAPI PERALIHAN KUASA YANG KELAM KABUT.


Sunday, April 21, 2013

Husam sila ambil perhatian

Wanita yang ramai terlibat menjadi kakitangan sokongan secara kontrak

Sunday, April 7, 2013

TURUNKAN BN ..RAKYAT MALAYSIA DAPAT LABA


Husam Musa akan menjadi pemangkin kepada perubahan yang dimahukan oleh rakyat Malaysia melihat sebuah pemerintahan baru yang lebih menyakinkan dan memberi keuntungan kepada rakyat bukan seperti yang berlaku hari ini. Dengan pengistiharan secara terbuka oleh husam mengenai kerusi Putrajaya yang beliau mahu tandingi untuk menurunkan BN dari tampuk kuasa telah mencetuskan fanomena baru dalam politik Malaysia.

Ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri mahu pun PR tidak merestui kehemdak Husam ini. Ada pihak yang mengatakan Husam mahu bunuh diri sendiri dengan bertanding di Putrajaya kerana disitulah simbol kekuatan BN untuk kekalkan kuasa dalam PRU 13.Jikalau kita imbas kembali sejarah perang dunia kedua dahulu ,Jepun angkat bendera putih bukan kerana tentera Jepun dibomkan dengan ATOM di Kelantan tetapi askar Jepun di kota Bharu meletakkan senjata kerana Hiroshima dan Nagasaki ranap kena atom.

Itu sejarah perang dunia kedua yang sudah tercatat sampai bila bila .Pihak bersekutu telah berjaya catat sejarah kemenangan dengan kebijakkan percaturan yang berani walaupun mereka tahu bahawa jika letupan 2 biji atom itu tidak berjaya buat Jepun tunduk maka mereka akan tunduk kepada Jepun selamanya.Percaturan diatas kertas di Putrajaya memang terang lagi bersuluh bahawa Husam akan kalah dengan bergaya disana.Apakah Husam sudah gila? Apakah Husam sudah hilang akal? Apakah Husam sudah tidak waras? Apakah Husam sudah rosak kotak pemikirannya? Apakah Husam sudah bermacam macam lagi yang boleh dipersoalkan ...

Husam memang gila ,Husam memang hilang akal,Husam memang sudah tidak waras tapi kotak pemikiran Husam masih jauh lagi dari kerosakan yang dirasakan berlaku oleh kebanyakan orang .Hanya kotak pemikiran yang tidak rosak sahaja boleh berfikir dengan cara orang gila berfikir .Hitler gila untuk bunuh Yahudi tapi kotak pemikiran Hitler tidak rosak kerana kegilaannya untuk melihat kepupusan Yahudi.Husam memang hilang akal jika mencagarkan dirinya untuk memenangi kerusi Putrajaya dalam PRU 13 ini.Tapi akal Husam tidak akan hilang jika beliau tewas di Putrajaya.Husam memang tidak waras bagi fikiran orang waras kerana memberanikan diri untuk bertanding di Putrajaya.Tapi kewarasan Husam adalah menjangkaui kewarasan yang ada kepada kadar kewarasan biasa.

Apakah Husam patut menang di Putrajaya? Tiada jalan untuk Husam menang di Putrajaya melainkan kalah dengan bergaya selayaknya untuk beliau. Patutkah Husam tarik diri dari Putrajaya ? Husam tiada keberanian dalam dirinya untuk menjilat semula ludahnya. Patutkah kekalahan Husam di Putrajaya diraikan sebelum pertandingan bermula? Kawe adalah orang pertama yang akan ucapkan tahniah kepada Husam setelah beliau tewas di Putrajaya.

Husam bukan gila nak jaddik MP bila beliau memilih Putrajaya sebagai tempat untuk berlawan.Husam boleh bertanding di Kubang Kerian untuk melangkah dengan selesa ke dewan rakyat.Kegilaan Husam adalah sama seperti kegilaan Hitler mahu hapuskan Yahudi. Hitler gila lakukan kerosakan keatas Yahudi untuk melihat dunia menjadi aman walaupun beliau terpaksa mati dengan gelaran Hitler gila bunuh Yahudi.Melakukan sesuatu perkara yang tidak mampu difikirkan oleh kebanyakan pemikiran waras yang biasa bukanlah bermakna sipelaku tersebut tidak waras tetapi kewarasan biasa itu belum lagi mencapai tahap pemikiran waras yang cukup.

60% KAKITANGAN KERAJAAN DI PUTRAJAYA SEDANG PROTES DALAM DIAM DI PUTRAJAYA TERHADAP BN SEKARANG INI .HUSAM SEMOGA ANTA BERJAYA DENGAN PERCATURAN TERSEBUT.

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU PERPADUAN SELIPAR 2013





Sekurang kurangnya sekali seminggu selipar kawe terlibat dengan perhimpunan mereka dengan satu matlamat.Selipar selipar ini datang dengan pelbagai saiz dan warna .Selipar selipar ini tidak berebut tempat untuk diletakkan,selipar selipar ini tidak bersunggut untuk disusun.Selipar selipar ini tidak melantik KETUANAN selipar diantara mereka.Perhimpunan selipar ini berlaku dengan aman tanpa bertelagahan.Perpaduan selipar ini utuh dengan haluan satu arah walaupun setelah perhimpunan selesai jalan mereka bersimpang siur pelbagai arah.

Selipar hanya mempunyai jasad tapi tidak mempunyai roh sendiri .Roh selipar adalah jasad melayu secara majoritinya di bumi Malaysia ini.Jasad Melayu yang membawa selipar selipar ini perhimpun untuk perpaduan setiap minggu di seluruh Malaysia tanpa ketinggalan .Jasad melayu ini tidak akan lupa hari dan waktu perpaduan selipar setiap minggu.

Saban minggu makan bulan berganti tahun perpaduan selipar ini begitu dijaga oleh jasad melayu untuk menjadi roh kepada selipar selipar ini.Tanpa ada sunggutan dari jasad melayu untuk menjadi roh selipar ini berpuluh puluh tahun lamanya.Begitu hebat sekali jasad melayu menjaga perpaduan selipar di bumi Malaysia ini.

Bagaimana ROH Melayu menjaga perpaduan jasad melayu? Bagaimana ROH Melayu menjaga penyatuan Melayu? Adakah sesetia jasad Melayu menjadi roh kepada selipar ROH Melayu menjaga jasad Melayu?

Perlukah kawe perjelaskan apa itu ROH Melayu? Melayu tidak akan menjadi hebat kerana jasad yang kaku.Melayu tidak akan PERKASA dengan jasad tidak bergerak.Melayu tidak akan dihormati dengan jasad yang kotor .Melayu tidak akan digeruni dengan jasad yang biru dan beku.Melayu tidak akan dipandang tinggi jika mempunyai jasad yang tiada jiwa.Melayu akan dihina jika ada jasad yang otak tidak berfungsi.

Roh perlu ada dalam jasad Melayu untuk menjadik Melayu yang hebat ,Melayu yang perkasa,Melayu yang dihormati,Melayu yang digeruni,Melayu yang dipandang tinggi,Melayu yang tidak dihina.

Roh Melayu memang berfungsi dalam jasad melayu di bumi Melayu ini untuk menggerakkan jasad jasad Melayu supaya tidak kaku.Mari kita nilai cara ROH Melayu berfungsi .

KEJAYAAN ROH MELAYU 

1.ROH Melayu berjaya menggerakkan bibir jasad Melayu untuk berkata Melayu mesti bersatu terutamanya          perpaduan PAS -UMNO untuk menyatukan Melayu.

2.ROH Melayu berjaya membuat bibir Melayu menuturkan bahawa Cina itu anti Melayu.

3.ROH Melayu berjaya buat bibir jasad pemimpin Melayu untuk berkata JIKA BN menang di Kelantan maka pembangunan akan dilakukan.

4.ROH Melayu berjaya buat bibir jasad Melayu melafazkan hukum Allah tidak akan ditegakkan di Malaysia .

5.ROH Melayu berjaya menngerakkan tangan jasad Melayu untuk membenarkan segala bentuk judi dilesenkan.

KEKURANGAN ROH MELAYU  

1.ROH Melayu gagal untuk menggerakkan hati jasad Melayu untuk bersatu tanpa berpaksikan politik kepertian.

2.ROH Melayu gagal untuk menyimpan hasrat anti Cina dihati jasad Melayu didalam dada.

3.ROH Melayu gagal membuka hati jasad Melayu untuk membangunkan orang Melayu tanpa memerlukan BN menang di Kelantan.

4.ROH Melayu gagal menyatukan jasad hati hati melayu untuk berazam melaksanakan hukum Allah di Malaysia.

5.ROH Melayu gagal membentuk jasad hati Melayu bersatu membenci kemungkaran di Malaysia.

Sepintas lalu begitulah kelebihan dan kekurangan ROH Melayu yang mungkin ada beribu ribu lagi yang boleh disenaraikan. 

APAKAH DENGAN SEMANGAT TAHUN BARU 2013 INI AKAN MERUBAH ROH MELAYU?