Saturday, June 18, 2011

PENGALAMAN DI WAD ICU KOTA BHARU

Mayat menunggu pemandu Van Jenazah "BANGKIT' dari tidur.

Pengalaman adalah satu pengajaran yang tidak akan diperolehi dikelas kelas pembelajaran untuk dipelajari tetapi perlu ditempuhi untuk mendapat pengajaran dari pengalaman tersebut..Pengalaman juga boleh dikongsi secara diceritakan tapi bukan untuk dirasai cuma boleh dijadikan sempadan bila menghadapi teladan.Kali ini kawe ingin berkongsi pengalaman kawe mengahadapi satu suasana yang berlaku di hospital tanpa bersedia dan pengetahuan yang jelas mengenai proses prosesnya.

Minggu lepas setibanya kawe dirumah lebih kurang pukul 10 malam diatas satu urusan diluar rumah sepanjang hari ,belum pun sempat isteri kawe menghidang minuman telefon kawe berdering . Berita yang kawe terima adalah sepupu kawe yang mendapat rawatan dihospital beberapa hari yang lalu disebabkan penyakit yang dialaminya kini telah dimasukkan ke wad ICU.Tanpa membuang masa kawe terus menuju ke hospital untuk melihat sendiri keadaan beliau .Setelah tiba dihospital dan bercakap sepatah dua dengan keluarga terdekat sebelum menuju ke WAD ICU untuk melihat keadaan beliau yang tidak sedarkan diri.Perlu dituliskan disini bahawa kawe tidak mengikat rambut kawe yang panjang itu dengan kemas semasa kawe membuka pintu WAD ICU ini . Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana seorang lelaki yang berambut sepanjang rambut kawe akan keadaannya bila tidak diikat atau disisir dengan rapi ..Bayanglah macam mana pun untuk menghiasi wajah imaginasi anda.Kenapa kawe simpan rambut panjang? Simpan soalan itu tak penting untuk anda tahu ..hahahha

Setelah beberapa minit memerhati keadaan si sakit kawe bertanya kepada seorang "'misi"' yang bertugas di wad tersebut.Seorang perempuan muda ini menjawab semua soalan yang kawe ajukan dengan baik dan kawe amat berpuashati penjelasan yang beliau berikan . Maka fahamlah kawe serba sedikit tentang keadaan si sakit tersebut,walaubagaimanapun "'misi"tersebut menyarankan kepada kawe supaya bercakap dengan doktor sendiri untuk mendapatkan keterangan yang lebih jelas.Kawe bersetuju dengan saranan "'misi'' tersebut dan minta tolong beliau tunjukkan kepada kawe mana satu doktor yang berkenaan.Sebentar kemudian ""misi"" yang peramah itu memaklumkan kepada kawe bahawa doktor berkenaan tiada di dalam wad ketika ini dan bertanya kepada kawe samada nak bercakap melalui telefon ker tak dengan doktor berkenaan ,kawe setuju untuk bercakap menerusi telefon dan beliau berjanji akan memanggil kawe bila panggilan telefon yang menggunakan telefon didalam wad tersebut berjaya menghubungi doktor berkenaan.

Sementara menunggu panggilan semuala dari ''misi'' tersebut kawe kembali semula ke katil si sakit dan memberi "'hadiah"' dengan sekadar yang kawe mampu..Tidak lama kemudian datang seorang wanita muda menghampiri kawe ,dan sebelum beliau sempat membuka mulut kawe terus bertanya adakah dia doktor yang merawat si sakit dengan menyebut nama penuh beliau ,doktor berkenaan hanya mengganguk kepala . Kawe memperkenalkan diri kawe dan memaklumkan kepada beliau bahawa kawe adalah sepupu kepada si sakit.Dan kawe juga dengan bahasa orang kampung telah bertanya kepada doktor berkenaan mengenai keadaan sebenar si sakit. Beliau hanya menjawab segala penerangan telah diberikan kepada isteri si sakit dan meminta kawe rujuk kepada isteri si sakit untuk keterangan lanjut.Kawe tidak berpuashati dengan cara doktor tersebut menjawab soalan dan terus mendesak untuk beliau menceritakan keadaan sebenar si sakit kepada kawe.(Harus dilihat kawe sebagai orang kampung yang ingin maklumat mengenai penyakit si sakit dari seorang doktor yang merawat si sakit) Bila orang kampung bercakap dengan doktor sudah tentulah adab dan beradab dimiliki oleh orang kampung dan segala kecerdikan dan pengetahuan adalah milik doktor.Mungkin kerana tidak selesa dengan kawe terus mendesak untuk tahu doktor berkenaan mula memberi penerangan dalam keterpaksaan dan kawe mendengar dengan penuh perhatian penjelasan sehinggalah sampai kepada satu perkara yang mana penjelasan dari doktor berkenaan pada fikiran kawe ianya perkara yang boleh mengguris hati keluarga si sakit.Kali ini kesabaran orang kampung yang ada didalam diri kawe sudah sukar untuk dikawal.

Untuk menyatakan kepada doktor berkenaan bahawa kawe bukanlah orang kampung yang boleh dianggap sebagai kutu yang sepak kertas di tepi jalan oleh beliau  ,kawe telah menggunakan bahasa "'penjajah"' untuk menyatakan ketidakpuasan hati kawe mengenai penjelasan beliau mengenai ''perkara'' tersebut tapi masih lagi kawe memilih ayat ''penjajah'' yang penuh hemah.Bila bahasa ''penjajah'' disuap ke telinga doktor berkenaan barulah mulut beliau kelihatan manis bila berbicara dengan kawe.Mulut manis kerana bahasa ''penjajah'' adalah amat masam dihati kawe namun demikian ucapan terimakasih dalam bahasa ''penjajah'' tetap kawe suapkan ke telinga beliau untuk mengenyangkan halwa pendengaran beliau tanda penghargaan dari kawe sebelum kawe sudahi dengan salam untuk menyatakan bahawa kawe ,dia dan si sakit sama sama mampu bawa sehelai kain putih kosong sahaja untuk penghakhiran hayat didunia ini.

Setelah selesai berbicara dengan doktor berkenaan dan kawe sudah tahu keadaan sebenar maka kawe keluar dari wad tersebut untuk berbincang dengan keluarga si sakit untuk langkah selanjutnya.Oleh kerana tiada apa apa lagi rawatan yang mampu dibuat oleh pihak hospital terhadap sisakit atau dalam bahasa kasarnya hanya menunggu saat kematian sahaja (itu ukuran diatas kertas pengajian perubatan) bukan lagi kata pemutus yang mungkin dilakukan oleh tuan punya ROH.Walaupun pada hati kawe biarlah segalanya berakhir di hospital jikalau itulah kehendakNYA namun perasaan keluarga sisakit kawe hormati yang mahu jika ajal itu satu TAKDIR si sakit biarlah dirumah. Sekali lagi kawe masuk ke dalam wad berkenaan dan kali ini untuk mendapatkan maklumat bagaimana caranya jika mahu bawa keluar dari hospital untuk dibawa pulang kerumah .Sekali lagi ''misi'' yang peramah itu kawe kunjungi dan beliau menerangkan proses prosesnya kepada kawe dengan jelas.Jam ketika itu menunjukkan pukul 12.30 am dan dalam jangkaan kawe untuk memenuhi semua proses proses tersebut bermakna hampir subuh barulah si sakit dapat dikeluarkan dari wad tersebut.Jaddik kawe mennyarakan kepada keluarga si sakit supaya permohonan dibuat sekarang dan pagi esok selepas subuh atau setelah adanya ambulan barulah keluarkan si sakit dari wad.

Setelah semuanya bersetuju dan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi maka kawe diri untuk pulang kerumah dan berjanji akan datang semula pagi besok untuk pengurusan membawa balik si sakit ke rumah.Setelah tiba di rumah dan membersihkan apa yang patut pada diri sebelum melenakan diri dengan nyaman.Setelah fikiran kawe bersedia untuk memasuki alam mimpi terdengar sayup sayup deringan telefon kawe di kepala tidur .Setelah memeriksa nombor si panggil dalam hati kawe berdetik bahawa ucapan INNALILLAH perlu diucapkan .Tekaan kawe tepat bila sipemanggil memberitau kawe bahawa si sakit telah menghembuskan nafas terakhir beberapa saat yang lalu.Tanpa membuang masa kawe telah mempersiapkan diri untuk bergegas semula ke hospital dan jam pada waktu itu menunjukkan pukul 2 pagi.

Setibanya di hospital dan suasana mata merah dan berair adalah satu perkara yang dijangka dikalangan keluarga terdekat adalah lumrah bila kehilangan seseorang yang disayangi .Kawe tidak membuang masa untuk memujuk perasaan itu kerana kerana kesedihan perlu diluah bila bersedih tetapi keterbatasannya perlu dijaga.Sekali lagi kawe masuk ke wad ICU untuk berjumpa dengan doktor bertugas untuk bertanya proses proses yang perlu dilalui bila berlaku kematian didalam wad.Kali ini seorang doktor lelaki muda yang mempunyai wajah iras keturunan tionghua . Berdasarkan pengalaman kawe pertama dengan doktor perempuan tadi kawe memulakan pertanyaan kawe dalam bahasa ''penjajah'' yang disambut dengan jawapan dalam loghat kelantan 'pelek'' dari doktor muda ini.Mungkin doktor muda tersebut sedar bahawa bahasa 'penjajah'' beliau lebih baik dari kawe dan loghat kelate adalah bahasa komunikasi yang sesuai dengan kawe sebagai orang kampung. Sebagai ore kampung kawe berasa amat selesa dengan cara doktor ini melayan kawe sebagai ore kampung yang memerlukan pertolongan didalam perkara yang kawe tidak tahu.Setelah segala penjelasan diberikan kepada kawe akan proses dan peraturannya ,kawe kemukakan soalan terakhir kawe iaitu dimanakah mayat simati boleh dituntut oleh keluarga simati samada didalam wad atau di rumah mayat?. Jawapan dari doktor tersebut adalah peraturan memerlukan mayat melalui rumah mayat untuk proses terakhir walaupun kematian didalam wad yang dituntut segera oleh tidak memerlukan kendalian dari rumah mayat.

Apa yang dijelaskan oleh doktor berkenaan kawe sampaikan kepada keluarga simati dan jika ada yang ingin mengiringi mayat dari hospital ke rumah boleh lah menunggu di rumah mayat .ITU ADALAH KEFAHAMAN DARI PENJELASAN DOKTOR WAD ICU. Manakala apa yang berlaku didalam wad pula sementara menunggu mayat di bersihkan dan 'dibungkus' dengan elok sebelum dibawa kerumah untuk dimandikan dan dikafankan sebelum ditanam .Persoalan atas kertas juga perlu diselesaikan dengan pihak hospital yang melibatkan bahagian lain yang tidak terletak didalam wad icu tersebut.Pembayaran untuk tambang jenazah van mayat perlu di jelaskan terlebih walaupun segala urusan makluman kepada unit penghantaran mayat dan rumah mayat dilakukan oleh kakitangan dalam wad icu tersebut.Semasa menemani adik kepada simati untuk menyelesaikan urusan kertas di tingkat bawah .Setelah selesai urusan dengan seorang pegawai yang bertugas kawe sekali lagi bertanya tentang tempat untuk menuntut mayat simati samada terus dari dalam wad atau di rumah mayat. Jawab pegawai ini dengan bertanya kepada kawe samada mayat tersebut hendak dimandikan di hospital atau dirumah ? Kawe jawab dirumah ...Maka jawab pegawai tersebut sekiranya mayat tidak dimandikan di hospital BIASA nya tidak perlu lagi untuk dihantar/melalui bilik mayat untuk proses tuntutan mayat MAKNA para petugas dari bilik mayat akan membawa turun mayat dari wad  untuk dimasukkan ke dalam van jenazah dan terus akan dihantar kerumah keluarga simati. Akibat dari PERTANYAAN kawe kali yang kedua ini maka satu KEKELIRUAN telah timbul iaitu tempat menunggu ahli keluarga yang ingin mengiringi mayat ini samada perlu tunggu di rumah mayat atau ditempat mayat dinaiki kedalam van jenazah.

Kawe membiarkan kekeliruan itu hanya bercelaru dibenak pemikiran kawe sahaja dan kawe tidak memaklumkan ahli keluarga yang lain ,ini bermakna kawe membiarkan mereka menunggu di rumah mayat sepertimana yang diterangkan oleh doktor dalam wad tadi.Kawe juga telah menyuruh adik kepada simati naik semula ke wad untuk melihat samada persiapan mayat dari pihak wad sudah selesai ke belum.Untuk menenangkan celaru yang bermain kotak pemikiran kawe itu maka satu sudut kawe cari untuk menyedut asap beracun masuk kedalam dada kawe . Benar tiada tempat yang dibenarkan untuk merokok di dalam kawasan hospital TAPI ore kampung seperti kawe sukar untuk mematuhi hanya arahan yang tertulis di papan tanda .Tabiat merokok itu buruk dan tidak mematuhi arahan juga satu sifat yang tidak baik jaddik pembaca diluar sana jangan ikut tabiat kawe bila berada dikawasan hospital.Setelah sedutan terakhir kawe nikmati telefon kawe berdering dan bila dijawab adik kepada simati memberitahu kawe bahawa mayat sudah sedia untuk dinaikkan kedalam van jenazah MASALAH nya drebar van jenazah belum sampai manakala mayat sudah berada ditanah menunggu ketibaan drebar van.Kawe hanya jawab OK ..nanti kawe cari driver van dan memutuskan talian telefon.Masalah kawe adalah DIMANA kawe nak cari driver van? Kawe berjalan menuju ke KECEMASAN hospital Kota Bharu untuk bertanya perihal ini.

Kawe bertanya dimana untuk kawe jumpa driver van mayat? Jawab pegawai berkenaan kematian berlaku di wad mana? kawe beritahu di wad icu dan beliau memberitahu kawe bahawa kakitangan dalam wad akan menguruskan driver dan van jenazah . Kawe kata masalah sekarang adalah mayat sudah berada dibawah tapi driver van belum muncul .Mendengar penjelasan kawe tersebut pegawai berkenaan meminta kawe pergi tengok ditempat driver van mayat ditempatkan yang tidak jauh dari unit KECEMASAN hospital kota bharu .Tanpa membuang masa kawe terus menuju ke tempat yang diberitahu . Sampai sahaja dimuka pintu bilik driver van mayat ditempatkan kawe dapati dibahagian dalamnya gelap tanpa ada lampu yang dipasang hanya lampu dipintu sahaja yang dipasang.Tanpa banyak soal kawe terus membuka pintu bilik berkenaan dan kawe dapati terdapat 6 tubuh manusia sedang nyenyak tidur. Mungkin kerana mereka hanya tidur tidur ayam maka salah seorang daripada mereka terjaga bila kawe mengetuk pintu dari dalam bilik.

Kawe terus bagi tahu bahawa mayat sudah siap ..Dalam keadaan terpinga pinga beliau terus menjawab ..ya dia sudah tahu dan ada driver sudah pergi ...Kawe menambah lagi dengan bertanya mayat sudah berada dibawah tapi driver belum tiba...Beliau terdiam dan mula mengejut kawan beliau dan kawe terus meninggalkan bilik tersebut untuk menuju ketempat mayat yang sedang menunggu driver van BANGKIT dari tidur.Sampai ditempat mayat terdapat beberapa ahli keluarga simati yang menemani mayat dan 2 orang petugas dari hospital juga berada disitu. kawe hampiri petugas tersebut dan bertanya apa yang ditunggu lagi dan kenapa tak masukkan mayat kedalam van? Dengan perasaan serba salah seorang daripada petugas tersebut mendekati kawe dan dalam keadaan berbisik memberitahu tahu kawe bahawa driver van belum tiba dan beliau juga menambah "'biasalah bang malam malam ni"' kawe hanya mampu tersenyum sinis mendengar jawapan tersebut .Dalam keadaan demikian kawe menambah lagi untuk membuat keadaan petugas berkenaan rasa lebih serba salah dengan bertanya samada ada pihak yang telah memaklumkan kepada driver van dan pihak mana yang sepatutnya memberi maklum? Pantas petugas tersebut  menjawab bahawa driver van sudah diberitahu dan dalam masa yang sama juga telah meminta temannya untuk pergi melihat/mencari driver van tersebut. Kawe hanya berdiam diri sehinggalah 15 minit kemudian driver van tiba.

Setelah selesai mayat dinaikkan kedalam van mayat petugas tersebut memaklumkan bahawa salah seorang keluarga simati perlu pergi ke rumah mayat kerana sekali lagi urusan kertas perlu diselesaikan ,kawe menjawab bahawa ada keluarga simati menunggu disana dan kawe juga akan kesana.Setibanya di rumah mayat sementara menunggu urusan kertas diselesaikan kawe berbual bual dengan driver van . soalan mudah kawe adalah berapa jumlah van standby setiap malam ? Beliau menjawab 3 buah van. Kawe kata bermakna 6 orang driver akan bertugas setiap malam ..beliau mengangguk setuju. Kawe tanya lagi malam ini dah berapa kematian ..beliau menjawab ini adalah orang yang kedua pada malam ini ....

No comments: