Monday, November 15, 2010

BAKAR SARANG TEBUAN ATAU KELAMBU?



Tebuan adalah serangga pemangsa yang berbisa ,sengatan dari tebuan ini boleh membawa maut kepada manusia jika penawarnya lambat sampai.Kawe tertarik dengan kehidupan tebuan ini kerana mereka hidup secara berkelompok dan berpuak dengan rukun dan damai tanpa ada pergaduhan diantara satu sama lain disarang mereka.Kerajinan dan kemuafakatan tebuan ini dalam bekerja keras untuk membina sarang mereka amat menarik untuk direnungi.
Sistem apakah yang dipakai oleh tebuan tebuan ini mengurus tadbir sarang mereka ..pernah anda terfikir? Sistem Raja berpelembagaan kah…komunis kah…Diktator kah ? Mungkin hanya Sulaiman yang benar benar tahu system apa yang dipakai oleh tebuan tebuan ini.
Oleh kerana tebuan ini serangga yang unik dan berbisa maka kawe andaikan system pemerintahannya pun seunik demokrasi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk membina Negara mereka.Walau bagaimana pun tebuan tetap sejenis binatang yang tidak mempunyai akal seperti manusia .Maka kewujudan parti politik dikalangan mereka kawe andaikan tidak dibenarkan demi mengelak pergaduhan,perpecahan sesama mereka .
Apakah mungkin Raja dan Ratu tebuan ini hanya berihat saja diatas singgahsana didalam sarang tanpa ikut serta bertungkus lumus bersama dengan tebuan tebuan yang lain bekerja kuat untuk membina dan menjaga keselamatan sarang.Atau Raja yang berbisa ini amat yakin dengan barisan kabinet menteri yang dilantik yang di ketuai oleh memanda Perdana Menteri dan isteri serta pembesar pembesar yang lain untuk menguruskan segala hal.
Mengikut resam tebuan sepengetahuan kawe mereka
amat setia dan patuh pada Raja mereka .Mungkin PM tebuan ini alahan kepada jenis betina serta berkemungkinan dalam urusan seharian untuk menguruskan amanah yg Di pertanggungjawab oleh Raja serta rakyat jelata tebuan ini dalam mengetuai pembinaan sarang mereka tentulah banyak keputusan2 penting yang perlu Di Buat tak kurang juga strategi2 tertentu. Dengan sifat alahan kepada betina ini Besar kemungkinan PM tebuan ini banyak dipengaruhi oleh pasangannya atau pasangannya sebagai PM yang tidak resmi .

Jika perkara ini berlaku amat malang sekali tebuan yang berbisa menyengat mangsa ini menjadi dayus dek sengatan pasangan betinanya yang lebih berbisa.Itu adalah telahan dari pemikiran seorang manusia yang mempunyai sepohon rambutan dilaman rumah yang risau akan keselamatan diri dan keluarga akan kebisaan sengatan tebuan ini apabila PM tebuan memutuskan untuk membina sarang tebuan didahan rambutan beliau.


Sifat manusia memang tidak dapat lari dari masalah dan kerisauan dalam diri selagi nyawa masih ada untuk menggerakkan jasad.Diluar rumah sarang tebuan menjadi igauan didalam rumah nyamuk yang boleh bawa maut jugak satu malapetaka.Kelambu dipasang oleh insan ini supaya ahli keluarga dapat lena dengan nyenyak diwaktu malam.Dalam kesibukan otan insan berfikir akan keselamatan didalam dan di luar rumah satu jenis lagi makhluk perosak datang menyerang tanpa disedari dan keadaannya .Hanya air jernih dikelopak mata menjadi teman bila insan ini menyedari istananya akan roboh bila bila masa sahaja akibat diserang anai anai dalam diam.


Beberapa hari yang lalu anak bekas seorang  arwah ulamak UMNO yang terkenal di bumi Malaysia tidak setuju dengan kawe bila kawe kata UMNO sudah rosak dan perlu di pupuskan. Budaya marahkan nyamuk kelambu dibakar tidak patut diamalkan oleh ore melayu . Kawe setuju dengan pendapat beliau tapi walaupun kelambu dijaga tapi rumah akan runtuh kerana dimakan anai anai Apa guna??? 
Kawe setuju kelambu tidak dibakar tapi bagaimana sarang tebuan??? Apakah kerana tanah yang diambil oleh tebuan untuk dibuat sarang itu tidak salah maka kita akan biarkan tebuan menyengat kita?? Apakah prinsip bakar sarang tebuan itu salah??? Bila kawe tanya lagi ..Adakah cara yang lebih baik untuk halau tebuan selain dari MEMBAKAR sarangnya ?? ....

No comments: