Sunday, May 25, 2014

Kembalinya Mohd Nor Bin Mek ke Rahmatullah





               MENATAP WAJAH ALLAYARHAM BUAT KALI TERAKHIR 

Tepat pukul 8.00 pagi tadi Kawe mendapat panggilan Telefon dari Saudara Mohd Soberi Shafii .Beliau memaklumkan Abe Nor telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 7.30 pagi di Hospital Sungai Buloh.Kawe Tidak terlalu terkejut dengan perkhabaran Dari MSS itu kerana semalam Ambo telah dimaklumkan bahawa berada dalam keadaan yang kritikal berbanding dengan beberapa hari yang lalu semasa Kawe ziarah beliau di hospital bersama MSS dan Dato Wan Rahim. Mss juga memaklumkan upacara pengkebumian akan di lakukan Selepas zohor .

Pukul 9.31 pagi DWR hubungi Kawe dan memaklumkan program kami ke Teluk Anson terpaksa dibatalkan untuk kerana sebagai sahabat kami memilih untuk mengiringi perjalanan terakhir beliau.
Setibanya kami di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat ) Petaling Jaya . Sudah ramai sahabat handai yang telah sampai untuk bersama sama solat jenazah Selepas zohor. 

Kawe dan DWR disambut Oleh Anak lelaki Allahyarham dan mempersilakan kami untuk menatap buat kali terakhir wajah sahabat kita semua. Damai ...itu kata hati Kawe selain bersedekah Fatihah kepada beliau.


         SEBAHAGIAN DARI RAKAN TAULAN MENANTI SAAT UNTUK SOLAT JENAZAH




       SAAT SAAT JENAZAH DIUSUNG SETELAH SELESAI SOLAT JENAZAH UNTUK DISEMADIKAN DI TANAH PERKUBURAN BUKIT KIARA 


             SAAT SAAT JENAZAH ALLAHYARHAM MENGHAMPIRI LIANG LAHAT 

Kesayuan dihati Kawe mula menjelma disaat ini kerana disinilah akan bermulanya saat putus hubungan Kawe dengan Allahyarham .Beliau akan ke barzakh dengan bekalan yang dibawa manakala Kawe masih akan teruskan lagi mengingati saat suka hilai beliau semasa hidup. 

AL - FATIHAH ....SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DISAMPING ANBIYA .

Sunday, May 11, 2014

HARAPAN



Walaupun sekeping Surat yang mempunyai 2 perenggan Ianya Tidak akan mempunyai nilai Jika ditandatangani Oleh Kawe tetapi setelah Presiden PAS Malaysia menjatuhkan dakwat pen untuk mengesahkan Surat itu Benar MAKA impaknya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pelbagai kehendak pandangan.

Dari sudut pandangan UMAT Islam yang Benar Benar Mahu melihat hukum hudud di laksanakan khususnya rakyat Kelantan mungkin mereka beranggapan ini satu HARAPAN yang tertangguh.Bagi golongan bukan Islam yang menentang hudud secara lantang mungkin beranggapan ini kemenangan sementara untuk mereka.

Bagi parti parti politik politik pula mungkin menganggap  ini satu kuasa penyelamat sementara yang dilakukan Oleh PAS untuk mengelakkan perpecahan berlaku samada dalam BN atau PR.

Kawe akan guna satu istilah klasik ore Kelate iaitu " makan Ppong" atau " makan alok" telah berlaku kepada PAS Kelantan dalam Isu ini.Pihak mana yang alak atau pihak mana yang Ppong Tidak Perlu Kawe jelas kan secara terperinci disini.Mereka yang tahu MAKA tahu Lah dan mereka yang Tak tahu atau kabur sila lihat apa yang anda nampak sahaja.

Jikalau kita kembali kepada sejarah perangai dunia Kedua ,peristiwa Hiroshima dan Nagasaki kesanya masih dirasai hingga kini.Tapi Tidak ramai yang ketahui kebenaran disebalik peristiwa yang berlaku. Ada yang mengatakan Jika pada ketika itu Jepun sanggup untuk menerima ATOM yang ketiga dari pihak bersekutu mungkin sejarah akan mencatatkan Bahawa Jepun yang memenangi perang tersebut.

Begitu juga kisah perang di Iraq Tidak lama dahulu .USA boleh jimat kosnya Jika USA Tidak mempercayai Bahawa Iraq Tidak memiliki senjata senjata moden yang boleh Iraq taklukimdunia Selepas penaklukan Iraq terhadap Kuwait. Tapi itu semua Sudah tercatat dalam sejarah dunia sebagai satu peristiwa yang telah berlaku.

Berbalik kepada tajuk HARAPAN diatas itu. Apa HARAPAN ADUN UMNO sokong hudud di dewan negeri ? Apa HARAPAN MP UMNO bawa Isu hudud ke dewan rakyat? Apa HARAPAN Menteri Umno suruh PAS bawa ke Dewan? Apa HARAPAN Timbalan Presiden UMNO jumpa Musyridul AM PAS?

HARAPAN pihak manakala akan terjejas dengan Surat yang di tandatangani Oleh Presiden PAS diatas itu .Mungkin Tidak ramai yang menyedarinya tetapi bila banyak pihak yang menaruh HARAPAN maka akan Ada pihak yang terjejas Demi kepentingan mereka.

Adakah semua pihak dalam UMNO berharapan untuk pihak kerajaan PAS Kelantan terima Jawatan kuasa Teknikal bersama dan begitu juga dalam PAS adakah sebulat suara menerima cadangan yang nampak baik Dari pihak musuh mereka? itu satu Persoalan yang Ada untuk mencari pihak mana yang menerima Kesan tersebut.

Pada pandangan Kawe Jika PAS menerima JK yang dicadangkan Oleh umno itu MAKA itu BUKAN satu HARAPAN yang UMNO Mahu Dari sudut politiknya. Penerimaan JK Oleh UMNO ini akan beri Kesan JANGKA Panjang yang Tidak berkesudahan kepada pihak umno Jika UMNO bersandiwara dalam Isu JK tersebut.Pihak PAS pula Tidak mengalami kerugian apa apa dalam soal ini malah telah menyelematkan desakan awal politik umno terhadap mereka . Sila renung kembali peristiwa Hiroshima dan Nagasaki.

Jika PAS tolak MAKA UMNO berloncatan Gembira tapi situasi Sekarang umno terpaksa cari lambing HITAM .Isu hudud ini pun akan reda Dari diperbincangkan Oleh mana mana pihak. Mungkin Isu JK ROYALTI yang UMNO Cuba sebagai satu formula . 

HARAPAN YANG SEBENARNYA ADALAH HUKUM HUDUD INI BUKAN SATU HARAPAN UNTUK DIPERTARUHKAN OLEH SETIAP UMAT ISLAM SELAIN UNTUK DILAKSANAKAN

Saturday, May 3, 2014

BAPAK AYAM VS PELACUR





Video hiasan tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati




Sekadar hiasan tiada kena mengena dengan hati dan perasaan.

Pelacur di negara kita ini tidak dilesenkan seperti negara negara yang membenarkan pelacur itu sebagai satu kerjaya yang profesional.Kebanyakkan orang bila sebut PELACUR apa yang terlintas difkiran mereka adalah 2 perkara iaitu seks dan wang.

Bila pelacur ini diberi lesen yang sah maka kemungkin untuk kegiatan itu dijadikan satu industri untuk dikembang sebagai sumber ekonomi sudah tentunya akan berlaku.Bila sebut industri maka perkara wajib yang perlu ada adalah MAJIKAN dan PEKERJA.

MAJIKAN kepada pekerja dalam industri ini adalah BAPAK AYAM  dan pekerja kepada majikan dalam industri ini pula adalah PELACUR  dalam istilah kita di malaysia ini.Pertalian saling memerlukan diantara majikan dan pekerja memang tidak boleh dinafikan perkaitannya.

Apa tanggungjawab Bapak Ayam kepada pelacur? Sebagai majikan tempat bekerja mesti disediakan oleh majikan ,masa untuk pekerja juga ditentukan oleh majikan,gaji kepada pekerja adalah perkara yang boleh dirunding sebelum perjanjian diantara pekerja dan majikan ditandatangani oleh kedua dua belah pihak.Maknanya hubungan diantara pekerja dan majikan memerlukan satu ikatan perhubungan yang sah.

Manakala tanggungjawab pelacur kepada bapak ayam pula tidak hanya sekadar mengangkang untuk beri kepuasan nafsu seks kepada pelanggan sahaja.Pelacur mesti berdisiplin dalam mematuhi segala peraturan peraturan yang telah ditetapkan oleh majikannya semasa melacurkan diri.Ada S.O.P ada KPI ada ISO mungkin.

Kedua dua bapak ayam dan pelacur ini hanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk menjana pendapatan .Setiap industri mesti memberi pulangan keuntungan kepada pengusahanya untuk pengusaha tersebut mampu bayar gaji pekerja dan bayar bonus setahun sekali .

Dalam industri ini KEPUASAAN pelangan adalah keutamaan yang amat dititik beratkan oleh pengusaha.Pilihan untuk pengambilan pekerja yang boleh memberi kepuasaan maksima kepada pelanggan adalah fokus utama kepada pengusaha.

Sedar keadaan ini pengusaha perlu benar benar memahami kehendak KEPUASAN pelangan ,justeru itu kawalan terhadap pekerja dalam memberi mutu perkhidmatan perlu diperhalusi dan dikawal rapi.PASARAN juga satu masalah yang perlu diselami oleh pengusaha ini ,penentuan kepada lokasi untuk pemasaran memerlukan satu pengamatan yang tepat .

Soal pembahagian untung ini sudah tentu tidak menjadi isu kepada pengusaha dan pekerja kerana pekerja mesti memastikan dirinya berguna kepada majikan sebagai pekerja supaya imbuhan pendapatan mereka tidak terancam .Perkhidmatan terbaik kepada pelangan adalah aset yang perlu ada kepada setiap pekerja dalam indutri ini.Perdagangan diantara pekerja dan pelanggan tidak akan berlaku kerana pekerja dibayar gaji dan pelangan membayar perkhidmatan KEPUASAN NAFSU tadi.

Pengusaha pula memang boleh ditafsirkan sebagai pedagang yang menberi KEPUASAN kepada pelangan mereka.KEPUASAN pelanggan adalah keuntungan majikan walaupun pekerja yang dapat menikmati KEPUASAN bersama pelangan.

Mangsa kepada industri ini kebiasaannya berpihak kepada pekerja kerana pengusaha hanya mementingkan keuntungan .Selagi pekerja tersebut mampu beri keuntungan yang lumayan selagi itulah pekerja tersebut dijaga dan dipuja.Pekerja yang diberi perhatian oleh majikan biasanya akan merasa amat bangga kerana usaha penat lelahnya bekerja dihargai dan diberi perhatian yang sepatutnya oleh majikan.

Majikan akan mencampak seperti kain buruk sahaja para pekerja dalam industri ini setelah pekerja itu tidak lagi mampu memberi KEPUASAN yang diperlukan oleh pelangan.Bukan salah majikan atau majikan kejam kepada pekerja tetapi itulah kehendak dan tuntutan dalam industri ini.Ada pekerja yang sedar situasi ini TETAPI akan menjadi lebih malang jika pekerja tidak sedar bahawa mereka hanyalah ALAT PEMUAS NAFSU para pelanggan untuk majikan mereka mendapat keuntungan sahaja.

Kini pemikiran BAPAK AYAM ini sudah melata kepada industri industri lain diseluruh dunia dan negara malaysia tidak terkecuali. Bila kita perkatakan tentang sebarang industri maka beberapa perkara yang kita tidak boleh hindari adalah KUASA dan WANG.

Wang ada kuasa boleh dibeli ,KUASA ada maka wang mudah dicari.Kedua duanya ada maka KEPUASAAN sudah menjadi tidak terperi peri.

Manusia sanggup jual apa saja walaupun MARUAH demi WANG.Manusia yang ada kuasa akan beli apa sahaja yang ada dengan kuasa WANG.Urusan jual beli wang dan maruah ini BUKANLAH satu urusan yang mudah untuk difahami oleh semua orang.Kadang kadang ianya akan dizahirkan dengan sebegitu suci dan jujur sekali untuk memastikan segalanya berjalan lancar supaya segala kebejatan dapat dilindungi sesempurna mungkin.

JIKA TERDESAK DENGAN PILIHAN PILIHLAH UNTUK ELAKKAN DIRI DARI DILACURKAN OLEH PIHAK LAIN WALAUPUN HANYA LACURKAN DIRI PILIHAN YANG ADA.










Thursday, May 1, 2014

HUDUD UMNO SOKONG TAPI AKAN LARIKAN DIRI ??




 Hudud menjadi hangat dalam perbincangan seluruh rakyat Malaysia kini.Cetusan dari ahli Parlimen Ketereh di dalam Dewan Rakyat mengenai hudud disambut dengan baik Oleh kebanyakkan orang Islam di Malaysia .Sentapan ini Memang Sudah lama ditunggu Oleh pihak PAS Kelate untuk memuncakkan perjuangan dasar parti mereka.

Berpuluh tahun PAS Kelantan menanti untuk realisasinya tanggungjawab mereka di dunia ini setelah cubaan pertama PAS dahulu dikatakan terhalang dengan kengkangan Perlembagaan negara dan kerajaan majoriti 2/3 yang memerintah ketiga itu.
 Pertalian hudud dengan PAS umpama API dalam SEKAM yang Tidak PERNAH terpadam Akan NIAT mereka untuk menegakkan hukum Islam itu di bumi Malaysia.

Pelbagai sudut patut ditinjau perkembangan hudud ini Oleh seluruh rakyat Malaysia ..Oleh kesemua para pemimpin parti parti politik di Malaysia ini.Kepada UMAT Islam yang teruja dengan perlaksanaan hudud ini mesti sedar dan harus sedar Akan implikasi dari pemimpin Umno Ketereh itu.

Dari sudut politiknya pemimpin Umno Ketereh itu sedang membina Nama dan mencari sokongan padu orang Kelantan kepada beliau untuk hayat politiknya menjadi pemimpin ulung yang mungkin sebaris Nama Ku Li di Kelantan.

Kali ini Kawe cuba untuk berbicara dari sudut kesan kekuatan dan kelemahan kepada PAS dan UMNO jika hudud kali ini berjaya atau gagal.Umum ketahui PAS dan UMNO mempunyai rakan perkongsian masing masing dalam mereka bermusuh dalam peperangan idealogi yang di bawa masing masing. Yang uniknya samada PAS atau UMNO berakan kongsikan dengan bukan Islam dalam perlumbaan mencapai kemenangan ideoalogi mereka.

Sekiranya hudud berjaya dilaksanakan sudah tentulah PAS akan dilihat sebagai sebuah parti yang betul betul istiqamah dalam perjuangan mereka .Apakah mungkin PAS akan lebih didokong Oleh orang Melayu Selepas ini....Itu harapan yang boleh PAS harapkan.

Satu realiti yang harus PAS sedari adalah untuk menjamin kejayaan PAS bawa usul hudud ke parlimen adalah jumlah sokongan yang PAS perlukan .Sokongan daripada DAP dan PKR mungkin amat tipis harapan yang PAS boleh letakkan.Namun demikian tanpa sokongan daripada DAP mahu pun PKR pihbak PAS masih mampu perolehi jumlah undi yang banyak di parlimen nanti.Bagaimanapun  kawe begitu yakin sekali PAS boleh menang undian di parlimen nanti SEKIRANYA pihak PAS berjaya mendapat dan bijak dalam mendapatkan undi dari ahli ahli parlimen yang beragama Islam yang berada di dewan rakyat dihari pengundian nanti.

APakah kesan kepada rakyat diluar dewan nanti bila usul hudud yang dibawa ke parlimen nanti akan mendapat sokongan daripada kesemua ahli ahli dewan rakyat yang beragama Islam dan ditolak oleh semua ahli ahli yang bukan Islam? Konflik agama akan berlaku didalam negara kita? Ketegangan kaum akan berlaku di negara Malaysia diantara melayu dan bukan Melayu? Apakah PAS akan sanggup untuk merelakan perkara ini berlaku demi untuk mencapai kejayaan kepada dasar perjuangan parti mereka? ...............

Apa pula kesan kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional jika usul hudud ini gagal atau berjaya? Kawe akan kupas dan olah kemungkinan kesan kepada kesmua parti parti politik samada dalam BN atau PR satu persatu satu berdasarkan jangkaan kawe.

Kesan kepada Pakatan Rakyat sekiranya usul hudud yang dibawa oleh PAS itu berjaya.
1.Kemungkinan besar perpecahan pakatan anatara PAS..PKR dan DAP akan berlaku.
2.Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh ketiga tiga parti akan terus kekal dengan ihtizam yang kuat untuk jatuhkan BN dalam PRU 14 nanti TAPI kemungkinan yang kedua ini memerlukan kefahaman yang cukup cukup tinggi oleh ahli ahli yang menyokong PR di peringkat bawah.

Kesan kepada Pakatan Rakyat sekiranya usul yang dibawa oleh PAS gagal.
1.Pakatan Rakyat akan berterusan seperti biasa untuk jatuhkan BN dalam PRU 14.
2.Kecurigaan dalam kesetiaan PAS terhadap rakan kongsinya iaitu DAP dan PKR akan tercalar dan mungkin kedua dua parti tersebut akan lebih berhati hati dengan tindak tanduk PAS di masa akan datang.

Kesan kepada PAS jika usul berjaya.
1.Dijangka PAS akan kehilangan undi bukan melayu dikawasan yang PAS bertanding dalam PRU 14 nanti.
2.Dijangka PAS mendapat pertambahan undi melayu sebanyak 20% dalam PRU 14 nanti dan pertambah undi sebanyak itu kepada PAS nanti akan mencerahkan harapan pihak PR dalam menguasai Putrajaya .

Kesan kepada PAS jika usul gagal.
1.PAS akan tetap hilang undi bukan Islam dalam PRU 14 nanti.
2.Pertambahan undi kepada dari orang Melayu akan bergantung kepada apakah sebab yang membawa kegagalan usul yang dibawa oleh PAS tersebut,jika kegagalan disebabkan oleh sabotaj oleh UMNO maka 20% pertambahan undi melayu akan menjadi milik PAS.

Kesan kepada DAP jika usul berjaya.
1.Sokongan bukan Islam kepada DAP masih tetap tidak berubah kerana pendirian DAP jelas kepada mereka bahawa DAP tetap dengan pendirian mereka tidak menyokong hudud walaupun PAS adalah rakan kongsi mereka dalam PR.
2.Sokongan orang Islam kepada DAP juga tidak akan berubah sekiranya DAP terus kekal dalam PR serta jikalau sekiranya wakil DAP daripada kalangan orang islam menyokong usul PAS dan tidak diambil sebarang tindakan tatatertib kerana menyokong pendirian agama dari pertahankan dasar parti.

Kesan kepada DAP jika ususl gagal.
1.Bertambahan sokongan kepada DAP bergantung sejauhmana kelantangan DAP menentang PAS yang mebawa kepada kegagalan usul tersebut di Parlimen.
2.Sokongan orang Islam kepada DAP akan terjejas sekiranya DAP terlalu lantang dan terlalu keras menentang usul tersebut sehinggakan orang Islam terasa DAP menghina agama mereka.

Kesan kepada PKR 

Pada pandangan kawe samada gagal atau berjaya usul hudud ini tidak memberi satu impak yang besar kepada PKR kerana  boleh dikatakan keanggotaan diantara orang islam dan bukan islam dalam PKR adalah seimbang.Malah jika pihak PKR bijak memainkan peranan dengan tidak memihak kepada menyokong atau menolak maka PKR akan menjadi kuasa penenang diantara PAS dan DAP dalam PR.

Kesan kepada BN jika usul ini berjaya.
1.Rakyat akan melihat bahawa BN bukan penghalang lagi kepada perlaksaaan hudud di Malaysia.
2.Orang bukan Islam akan merasa kedududkan mereka dalam BN sudah tergugat kerana parti parti yang mewakili mereka dalam BN gagal dan lemah untuk bawa suara mereka.
3.Kawe tidak tolak kemungkinan perpecahan akan berlaku dalam BN.

Kesan kepada BN jika usul ini gagal.

1.Orang bukan Islam akan kembali menyokong BN semula .
2.Orang Islam akan lari dari BN jika mereka yakin bahawa BN lah yang menyebabkan usul hudud itu gagal.

Kesan kepada UMNO jika usul itu berjaya.
1.Orang Islam akan berterima kasih yang tidak terhingga kepada UMNO kerana mereka tahu dan maklum tanpa sokongan yang kuat daripada UMNO maka usul itu akan gagal.
2.Pergolakan dianatara parti parti kompenan dalam BN dengan UMNO akan berlaku kerana mereka merasakan bahawa UMNO telah menikam dari belakang berkenaan perkongsian mereka dalam BN.

Kesan kepada MCA dan parti parti kompenan  yang lain sekiranya usul hudud berjaya.
1,Kemungkinan parti parti ini akan tinggalkan batu nesan.

Kesan sekiranya gagal.
1.Sokongan bukan Islam kepada parti parti kompenen ini akan kembali semula.
2.Inilah detiknya perlumbaaan saingan baru bagi parti kompenen bukan Islam dalam BN untuk mengorak langkah baru dalam menarik semula sokongan bukan Islam kepada DAP dan PKR.

Itulah adalah sepintas lalu kemungkinan kemungkina atau risiko risiko yang dijangkakan akan memberi kesan kepada semua parti parti politik mengenai usul hudud yang bakal dibawa oleh PAS itu.Hebat bukan cetusan yang di buat oleh MP Ketereh bila beliau kembali berada didalam parlimen semula??

Kita tinjau sedikit halangan halangan yang mungkin akan berlaku dan juga pemudah cara bagi usul hudud ini.

Halangan mungkin berlaku diperingkat Yang diPertua Dewan jika BN tidak bersetuju .Yang mana dalam peraturan dewan usul usul yang dibawa oleh pihak kerajaan akan menjadi keutamaan speaker kerana itu adalah peraturan yang sah.Mungkin penolakan diperingkat ini akan berlaku.

Pemudah cara untuk memastikan usul berjaya adalah bergantung kepada kebijaksanaan orang Islam yang mahu melihat hudud ini dilaksanakan.Jalan paling mudah untuk perkara ini berlaku adalah pihak PAS patut meminta jasa baik UMNO untuk bawa usul kerana Presiden UMNO adalah ketua kerajaan BN dan dalam memenuhi kehendak peraturan dewan maka usul yang dibawa oleh pihak kerajaan perlu diutamakan.

Persoalannya disini adalah adakah PAS sanggup menyerahkan tanggunjawab ini kepada UMNO? Dalam erti kata lain PAS tidak memainkan apa apa peranan dalam membawa usul hudud ke Parlimen selaian dari menyokong usul tersebut.

Persoalan juga adakah pihak UMNO sanggup dan mahu untuk dilihat sebagai rakan kongsi BN yang bertanggungjawab yang merosakkan hubungan harmoni mereka dalam BN yang dibina lebih 50 tahun hanya untuk merealisasikan pihak PAS mencapai kejayaan dalam dasar parti mereka?

UMNO YANG DIKENALI UMUM AKAN SOKONG HUDUD TAPI UMNO YANG DIKENALI UMUM JUGA TIDAK AKAN MEMBAWA USUL HUDUD INI >>UMNO YANG DIKENALI UMUM JUGA AKAN GUNA APA SAJA TIPU DAYA MEREKA UNTUK GAGALKAN HASRTA MURNI PAS INI.JANGKAAN RAMAI UMNO TIDAK AKAN HADIR KE PARLIMEN DIHARI PENGUNDIAN ATAU UMNO HANYA AKAN HANTAR WAKIL UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA KEPUTUSAN NANTI YANG MEMBAWA KEGALALAN KEPADA PAS.

UMNO SUDAH BERSEDIA DENGAN JAWAPAN BAHAWA KESEMUA AHLI UMNO YANG BERADA DALAM DEWAN RAKYAT PADA HARI PENGUNDIAN BERLAKU TELAH MENYOKONG TETAPI MASIH TIDAK MENZCUKUPI KERANA PAS GAGAL UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA RAKAN RAKANNYA DARI PR SEPERTI DAP DAN PKR.....TAHNIAH UMNO.