Monday, September 27, 2010
KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN
Saudara Anuar Safian adalah Ketua Pemuda Umno Kelantan,seorang anak muda yang dari segi akademiknya boleh dikatakan bijak kerana mendapat didikan dari sekolah sekolah dan universiti yang tersohor.Kawe tidak mengenali dengan rapat batang tubuh Anuar Balla ini kerana mungkin sudah ditakdirkan untuk tidak bersua muka didalam dewan yang sama untuk menikmati nasi kawah yang agung di Pengkalan Chepa seketika dahulu.
Apa pun kawe ucapkan tahniah kepada Nuar Balla ini kerana berjaya melonjakkan diri dalam rencah politik di tanah kelahiran kawe sebagai pemimpin pemuda umno.Menurut teman teman yang pernah menyuap nasi dalam tray besi bersama dahalu beliau adalah bukan dari keturunan keluarga yang biasa biasa seperti kebanyakan ggu ggu kawe di dalam pagar tersebut.
Sebagai anak negeri yang sering juga ambil tahu mengenai perkembangan politik di negeri darul naim ini sudah tentulah kawe tidak terlepas peluang dari membaca komen komen dari akhbar ahkbar tempatan mengenai nuar balla ini.
Dalam isu isu politik yang di bangkitkan oleh Nuar Balla ini sebagai Ketua Pemuda Umno Kelantan pada pengamatan amat lemah dan boleh dikatakan terlalu dangkal pemikiran politiknya di hendak disandarkan dengan latar belakang pendidikan beliau.
Kawe amat rapat dengan beberapa kawan kawan nuar balla ini di Kota Bharu dan kami selalu berjumpa dan bersembang demi untuk kekalkan silaturahim yang berpuluh tahun.Kawe ada bagi tahu pandangan kawe mengenai Nuar Balla dalam skop politk orang kelantan kepada ggu ggu supaya menasihati Nuar Balla mengenai pandangan dan komen komen beliau di akhbar yang lebih menonjol kebodohan berpolitik pada pandangan kawe. Bermacam macam reaksi yang kawe terima dari ggu ggu kawe ini ,kebanyakkannya yang negatif yang diluahkan oleh ggu ggu kawe berkenaan Nuar Balla ini.
Cara bagaimana beliau mendapat kedudukan sebagai ketua pemuda bukan lah perkara yang menjadi minat kawe untuk bincang disini walaupun kawe tahu lebih kurang mengenai hal tersebut.Cara pembawakan diri beliau sebagai ketua pemuda umno yang mewakili negeri kawe yang kawe minat untuk berbicara disini.Mungkin ianya tidak memberi apa apa faedah kepada kawe tapi kerana kawe ikuti perkembangan politik di negeri kawe jjadik ianya menjadik satu tarikan kepada kawe untuk menulis .
Kawe boleh bersetuju atau tidak setuju dengan cara pemikiran,ulasan beliau tentang sesuatu isu politik tetapi sebelum ini kawe tiada peluang untuk mengkritik beliau secara terbuka atau secara bersemuka .Ditakdirkan Muka Buku memberi peluang untuk kawe menyatakan pandangan /kritikan kawe kepada beliau dan kawe gunakan peluang tersebut sebaik mungkin untuk menyatakan pandangan kawe terus kepada Nuar Balla.
Tapi manusia yang bernama Nuar Balla ini tidak tahan dikritik ,tidak pandai berhujjah dengan fakta,tidak berjiwa besar sebagai pemimpin dalam bahasa lainnya bolehlah kawe katakan sebagai berotak sempit sebagai pemimpin.Kerana kritikan kritikan kawe di wall FB beliau tentang sesuatu isu kawe dan saudara Mat Kamil Awang (Presiden Farisains) telah dinyahkan dari wall beliau ...hahahaha.
Persoalannya kenapa seorang Ketua pemuda Umno begitu kecil jiwanya? ..Begitu sempit kotak pemikiran politiknya? Bagaimana pula dengan pengikutnya?? Yessss man sahaja ke?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment