Wednesday, May 9, 2012

AMANAH YANG MENSIAKAN HARAPAN

BEKAS TIMBALAN PRESIDEN AMANAH SEDANG MENELITI MENU

Beberapa hari yang lalu  kawe berkesempatan untuk duduk bersama beberapa jam dengan bekas Menteri TV UMNO satu ketika dahulu.Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil ini telah keluar dari UMNO kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan kepincangan dan rasuah serta penafian dan kezaliman UMNO terhadap rakyat malaysia.

Sepetang bersama beliau pada hari tersebut banyak juga yang kawe dapat cungkilkan dari minda dan perasaan bekas veteran UMNO ini.Kawe tidak mahu menulis tentang kebobokan UMNO yang diceritakan oleh beliau kepada kawe kerana bagi kawe kemungkaran UMNO tersebut bukan lagi satu rahsia tersembunyi bagi seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang menarik minat kawe adalah mengenai tokoh ini dengan AMANAH dan Ku Li ,sesuai dengan gaya hidup tokoh ini yang mementingkan kecantikan serba serbi dalam memilih jalan kehidupan dan putih yang bersih akan didekati untuk dicintai dalam kehidupan dan pilihan beliau untuk bersama AMANAH adalah satu pilihan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Terkedu tidak terkata kawe bila tokoh mengatakan beliau telah meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Amanah dan menyerahkan kepada Ku Li untuk dimilikinya.Agak lama juga kawe terdiam untuk mencari akal sebelum untuk mendapatkan ayat ayat yang sesuai sebelum bertanyakan beliau kenapa beliau melepaskan AMANAH kepada Ku Li.Akhirnya kawe mencelah dengan berkata Ku li lebih mementingkan dirinya dalam segala tindak tanduknya serta sentiasa mahu dirinya berada dalam kedudukan selamat .

Tokoh ini berkata beliau telah mensia siakan masa selama 3 tahun untuk bersama AMANAH dan Ku Li ...buang masa saya kata beliau. Tokoh ini juga pernah bagi tahu kepada Ku Li bahawa rakyat dibawah sana sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam negara ini ,tinggal lagi rakyat sedang menunggu untuk dipimpin oleh pemimpin2 yang boleh menyakinkan mereka untuk melakukan perubahan.Tan Sri juga beritahu bahawa beliau pernah mendesak Ku Li supaya AMANAH ini bergerak sebagai sebuah parti politik yang pro kepada rakyat yang mahu melakukan perubahan dalam pemenritahan negara tapi jawapan daripada Ku Li amat mengecewakan harapan rakyat ini.

Tambah beliau lagi bila beliau sudah jelas dengan matlamat Ku Li untuk menjadi PM Malaysia dengan cara menanti pihak pihak lain datang menyerahkan jawatan tersebut ke riba beliau tanpa mahu berjuang untuk kepentingan dan memimpin rakyat dari bawah untuk melakukan satu perubahan kepada pemerintahan negara amat amat mengecewakan beliau.

Maksudnya disini bahawa Ku Li berharap pihak BN akan menyerahkan kerusi PM kepada beliau sekiranya kedudukan parti UMNO sudah tenat dan juga Ku Li berharap supaya pihak PR akan memberi jawatan tersebut kepada beliau sekiranya pihak PR sukar untuk membentuk kerajaan setelah menang tipis dlam PRU 13 nanti .Mungkin sekarang telah mencapai cita citanya dan diberikan peluang oleh Najib untuk terus bertanding di Parlimen Gua Musang ...Mungkin juga Ku Li akan dilantik oleh najib sebagai PM Malaysia selepas PRU 13 nanti ..marilah sama sama kita tunggu detik bersejarah tersebut.

Bila mendengar cerita dari bekas Timbalan Presiden Amanah ini ,jelaslah kepada kawe bahawa Ku Li dengan AMANAH ini tiada bezanya PERKASA dengan Braheng Ali ,kedua duanya hanya mempunyai satu matlamat iaitu KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

KAWE INGIN TEGASKAN DISINI DASAR DAN MATLAMAT AMANAH DAN PERKASA KAWE SOKONG TAPI SELAGI KU LI DAN BRAHENG MAHU GUNAKAN PENTAS TERSEBUT UNTUK MENARIK SOKONGAN KEPADA PERIBADI MEREKA MAKA KAWE SERU DITOLAK OLEH SEMUA PIHAK ...CAMPAKKAN GOLONGAN PEMIMPIN SEPERTI INI KE LAUT.

No comments: