Bekas KP UMNO dan orang Bachok
Buntu dan mengeluh mungkin itu ungkapan yang paling sesuai diucapkan bila berbicara mengenai kedudukan UMNO Bachok.Mungkin ramai diantara pencinta pencinta UMNO diluar sana tidak bersetuju dengan apa yang akan kawe coretkan nanti ,tapi itu hak mereka untuk menolak kenyataan yang ada didepan mata mereka .Kawe menulis disini bukan untuk mengatakan bahawa parti ini huduh dimata masyarakat tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan mengenai apa yang berlaku dalam masyarakat UMNO sahaja.
Kawe mulakan dengan jentera UMNO di Bachok ,khabar angin yang bertiup kencang bahawa jentera UMNO di Bachok sudah lumpuh dan hampir tak bergerak langsung jika kerusi roda diberi percuma sekalipun.Samaada jentera dari bahagian atau wanita atau pemuda semuanya hilang entah kemana.Kehilangan secara misteri jentera UMNO Bachok ini telah sampai ke peringkat perhubungan UMNO negeri. Dan diberitakan satu ikhtiar telah diambil untuk mengatasi kelumpuhan jentera ini dengan mengerah jentera jentera Kerajaan untuk menjadi nadi utama UMNO Bachok bagi menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.
Kenapa situasi sebegini berlaku ?? Untuk mencari jawapan mengenai kelumpuhan jentera UMNO Bachok ini terlalu banyak sudut pandangan yang patut dintai dan diteropong secara teliti.PERANAN adalah faktor utama yang kawe ingin selami dengan teropong kawe untuk melihat kenapa kelumpuhan jentera UMNO Bachok ini berlaku .
Jika sesiapa masih ingat kawe pernah menulis secara terbuka disini menyarankan Ketua PKR Kelantan supaya meletakkan jawatan kerana cuba membayangkan Dr Zaiyadi Haji Awang Noh sebagai calon PR yang mampu mengalahkan BN di Bachok.Kawe juga pernah mengkritik ZHAN ini kerana sifat penakutnya untuk meyatakan pendirian politiknya walaupun secara tidak resminya sudah 100% beliau menyebelahi pihak PR walaupun secara resminya beliau masih ahli UMNO yang setia diatas kertas.Kritikan kawe ini mengundang kemarahan yang tidak terhingga dari penyokong penyokong PKR dan penyokong ZHAN yang otak kemetot.
Intaian kawe kali ini menjuruskan kepada peranan yang dimainkan oleh ZHAN dalam melumpuhkan jentera UMNO Bachok ..hahahahha .Mungkinkah ZHAN mempunyai pengaruh yang besar dalam memainkan peranan supaya jentera UMNO Bachok lumpuh? Begitu besarkah nama ZHAN ini hingga mampu melumpuhkan jentera UMNO Bachok? Kedua dua persoalan ini kawe serahkan kepada pihak ahli ahli UMNO Bachok untuk menjawab pada diri sendiri.Sedikit gambaran yang boleh kawe berikan hampir 70% keupayaan jentera UMNO Bachok dikuasai oleh ZHAN dizaman beliau menjadi Ketua Pemuda satu ketika dahulu. Itu cerita dulu tapi cerita kini adalah Jentera UMNO BAchok lumpuh ...
Mungkin berita kelumpuhan jentera UMNO Bachok ini merupakan satu berita gembira kepada PAS Bachok yang boleh tidur lena atau sedang tidur lena untuk menghadapi PRU 13 nanti.Namun begitu dalam teropong intaian kawe walaupun jentera UMNO Bachok lumpuh sekarang ini tetapi kedudukan DAA dan bakal bakal calon UMNO yang lain di Bachok semakin kuat .Hahahaha... Mungkin ada pembaca di luar sana berkata kawe membuat satu kenyataan yang tidak masuk akal. Ya..tidak masuk akal demo tapi diterima baik oleh akal kawe .
PERANAN yang dimainkan oleh DAA untuk memenangi kerusi Parlimen Bachok untuk mengejar jawatan Menteri penuh secara tidak langsung telah melumpuhkan jentera UMNO Bachok.Kegilaan begitu ramai yang gila untuk menjadi calon UMNO dalam PRU 13 di Bachok juga telah melumpuhkan jentera UMNO Bachok.Logik diakal kawe mungkin masih lagi tidak terlintas untuk diterima oleh pembaca diluar sana ,tidak mengapa kawe akan cuba membuka secara perlahan lahan minda anda semua .
Semakin DAA perkuatkan dirinya di Bachok maka semakin lemahlah jentera UMNO Bachok ,ini kerana semua rebo rebo disekeliling DAA akan bekerja bermatian matian untuk kemenangan DAA disamping untuk mengejar habuan sekarang atau selepas DAA menang nanti.Tidak dinafikan DAA bekerja kuat untuk kemenangan dirinya di bachok sekarang ini TAPI bukan untuk kemenangan BN Bachok.Ahli ahli UMNO yang tidak bernasib baik untuk duduk dalam kumpulan rebo rebo DAA ini terkapai kapai dalam mencari arah , mereka disisihkan oleh rebo rebo DAA untuk mendekati DAA kerana rebo rebo takut gula yang ada di tangan DAA akan berkurangan jika lebih ramai lagi berada di keliling DAA. Jaddik kesudahannya ahli ahli UMNO ini memikirkan tiada gunanya mereka bekerja untuk UMNO bagi memenangkan BN di Bachok kerana ketua Bahagian sendiri tidak perdulikan BN cuma susah hati takut kehilangan jawatan Menterinya sahaja.
Begitu juga harapan kepada penggila penggila untuk menjadi calon yang lain setiap orang dari mereka ini mempunyai kumpulan mereka sendiri dan setiap kumpulan ini akan bermatian matian boss mereka dicalonkan dan menang dalam PRU.Dalam kerja mereka untuk memastikan Boss mereka dicalonkan ini juga menjadi faktor kepada jentera UMNO BAchok lumpuh.Perebutan untuk menohjolkan diri sebagai mereka adalah calon yang terbaik ini amat menarik kerana mereka terpaksa mencantas rakan sendiri dahulu sebelum berhadapan dengan musuh sebenar iaitu PAS. Jentera UMNO sedang sibuk berperang sesama sendiri dan ini telah melumpuhkan jentera UMNO untuk menghadapi jentera PAS dalam pRU 13 nanti.
Mungkin PERANAN ketiga ketiga pihak ini iaitu ZHAN,DAA dan sigila yang mahu jaddik calon berjaya melumpuhkan jentera UMNO dan memberi nafas lega kepada PAS. Tetapi dalam percaturan ini kawe melihat lebih menguntungkan BN dari PAS dalam menghadapi PRU 13 nanti.Mungkin trend memilih calon bukan memilih parti yang cuba diterapkan dalam strategi kemenangan BN kali ini yang dipoerkenalkan oleh DAA sebagai Ketua Bahagian.Percaturan yang dibuat adalah biar aku menang, UMNO pupus tidak mengapa ...hahahaha..Boleh jaddik sebegitu . Jika ini benar sebagai satu formula BN di Bachok maka UMNO Bachok seratus peratus bergantung kepada kekuatan dan kebijaksanaan seseorang calon nanti dan BUKAN lagi bergantung kepada kekeramatan keris telanjang UMNO.
JIKA DIKRITIK SATU PIHAK MAKA SATU PIHAK LAGI MEMUJI ....JIKA PIHAK MEMUJI DIKRITIK PIHAK YANG MENGEJI MENYOKONG ...JIKA KEDUA DUA PIHAK DIKRITIK MAKA PENGKRITIK DIHINA DAN DIKEJI ....DIMANA KEDUDUKAN ANDA?
1 comment:
I really appreciate your post and you explain each and every point very well.Thanks for sharing this information.And I'll love to read your next post too.
Post a Comment