Thursday, August 18, 2016

Mencari Kembali



Bertahun kawe menyepi dari laman ini.Tiada sebab apa apa yang diperlukan bagi Kawe untuk nyatakan disini kenapa laman Ini dibiarkan usang dan berdebu kerana laman ini adalah milik kawe secara mutlak.

Kini Kawe kembali untuk menyapu debu debu dilaman ini. Pembukaan tirai laman ini adalah dengan merobohkan bangunan tiga tingkat hakmilik Kementrian Kewangan Kerajaan Republik Maldives Di ibu negara yang Bernama Male .

Maldives sebuah negara yang berpulau Pulau Dan sumber utama negara adalah industri pelancongan Dan perikanan.

Diatas tapak yang sedang dirobohkan ini akan dibina sebuah bangunan baru setinggi 25 tingkat yang akan dimegahi oleh rakyat Maldives bahawa ini lag bakal bangunan paling tinggi di negara mereka  nanti .

Cukuplah dulu sebagai pembuka tirai kerana kawe terpaksa bergegas ke Ibrahim Internasional Airport untuk pulang ke tanah air setelah 2 minggu berada disini.

No comments: