Saturday, October 3, 2009

BERPUAKA KAH BAPA BOREK ANAK RINTIK?






Kawe terpanggil untuk meneliti dan cuba memahami erti perkataan ini setelah di beri peringatan oleh seorang sahabat mengenai diri kita sebagai seorang bapa.Kawe sebenarnya tidak paham dengan istilah ini sehingga sekarang samada ianya betul betul atau satu kiasan bahasa untuk menyindir kelakuan manusia sahaja.

Apakah perangai manusia ini satu PUSAKA?Kalau betul ianya satu putaran pusaka memang berpuakalah peel.Apakah "pusaka" ini wajib diwarisi seperti harta mesti dimiliki oleh seorang anak dari seorang bapa dengan perkiraan yang telah ditetapkan oleh Pencipta akan kadarnya?Apakah "pusaka" ini berpuaka seperti HARTA dek kerana haloba manusia mengikut nafsu tamaknya?Apakah "pusaka" ini satu warisan melalui jambatan takdir?Apakah "pusaka" ini satu ajaran yang perlu diperturunkan kepada genarasi seterusnya?

Persoalan ini perlu dicarikan dimana isinya,dimana kulitnya,dimana lorongnya ,dimana jalannya ,dimana tapak mulanya.Anak ber BIN kan bapa semasa lahirnya dan ber BIN kan ibunya semasa jasadnya menghadap Ilahi.Selesai seorang ibu menghantar seorang anak untuk kenali DUNIA cepat cepat disambut oleh si BAPA lalu dibisikkan supaya mencari PENCIPTA dalam kehidupan si ANAK nanti.Apakah ini kebetulan?Apa hikmahnya?Tidakkah ini boleh dikatakan seorang bapa sedang meRINTIKkan seorang anak......kawe fakir dalam ilmu ini...

Apa harapan seorang bapa pada anaknya?Bukankah seorang nelayan mengharap anaknya menjadi tekong bukan awak awak sepertinya walaupun seorang pemborong harapannya.Tidak terlintas dibenak seorang penoreh getah untuk anaknya mewarisi pengalamannya mengajar batang getah bukankah melihat anaknya menjadi guru adalah kepuasaannya.Apakah cita cita seorang pencuri ingin melihat anaknya nanti menjadi seorang ketua perompak dan berita kematian anaknya mati ditembak kerana merompak adalah yang ditunggu tunggunya?Adakah seorang pengamal dadah yang tegar memikirkan hanya cukup bagi anaknya menjadi seorang penagih sahaja ,tiadakah dalam lamunannya untuk melihat anaknya penjadi seorang pengedar dadah yang berjaya?Apakah keghairahan seorang BAPA merenung masa depan ANAK nya ini boleh dianggap satu kegilaan?..Kali ini fikiran kawe jadi pendek.....mohon yang panjang akal membantu...

Seorang anak akan melalui pelbagai proses sebelum bergelar seorang bapa.Setiap manusia mempunyai idola dan ikon .Anak yang belum baligh ibubapa idola dan ikon mereka selepas melepasi tahap ini ikon dan idola mereka mula berubah ada kepada arwah p.ramlee,gemulah Micheal jackson,penyanyi rock,bintang filem,jaguh bolasepak ...kenangkan kembali zaman kita dahulu kala untuk lebih jelas.Anak yang baru kenal dunia perlukan kasih sayang kita dan kita sememangnya kasih dan sayang pada anak kita.Demi tanggungjawab kita tinggalkan anak yang berusia 60 hari kepada jiran sebelah"JAGA" untuk kita keluar mencari setitik susu untuk anak kita.Kita rasa bertanggungjawab dan bangga bila melihat anak kita sihat walafiat,kita merasa puas bila dapat beli pakaian yang cantik cantik untuk dipakai oleh anak kita di pagi raya..terdetik dihati kecil kita inilah hasil penat lelah kita keluar pagi balik malam untuk mencari nafkah untuk anak gembira dan senang.

Dalam keghairahan kita mencari nafkah dan tunai tanggungjawab membesarkan anak,hari saban hari susu yang anak kita minum bukan dari tangan kita walaupun kita yang cari,nasi bukan tangan kita yang suap walaupun kita yang beli,basuh berak dan kencing bukan tangan kita walaupun pampers yang mahal kita yang sediakan.Apakah tidak terlintas dihati kita bahawa kasih sayang anak kita telah tertumpah kepada jiran kita yang bersama 8 jam sehari itu?Atau kita mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan kitalah bapa yang paling bertangungjawab dan paling dikasihi oleh anak kita dalam dunia ini....masing masing ada alasan untuk diri masing masing ...percayalah dengan apa yang anda percaya...

Setelah anak kita meningkat remaja kita menghantar anak kita ke sekolah berasrama penuh dengan alasan untuk mendidik anak kita menjadi manusia yang berguna,pandai,berdikari dan macam2 alasan lain untuk menyatakan bahawa kitalah bapa yang paling bertanggungjawab,hebat,pandai dalam mendidik dan merencanakan masa depan anak kita.Siang dan malam kita bekerja ,siang dan malam kita berdoa akan kejayaan anak kita supaya anak kita berjaya.Kasihankan kita Pencipta memakbulkan doa kita dengan penuh rintahan siang dan malam dan anak kita berjaya menyambung pelajaran di universiti samada didalam atau luar negara .Sekali lagi perasaan bangga dan gembira menhujani lubuk hati kita ,doa kesyukuran untuk menyambut kejayaan anak kita.Manusia mudah lupa diri masa gembira,manusia lalai pada tuhan bila gembira.Termasuklah pada waktu itu kegembiraan kita sambut itu dalam tak sedar kita sedang gembira menjauhkan diri anak dengan kita.....Aaaahhh orang yang tak pandai merencana masa depan anak,orang yang tak ingin tengok kejayaan anak,orang yang tak mahu anaknya maju dan bla bla...akan berfikiran begitu kata hati kecil kita bila mana ada ketika kerinduan kita pada anak kita menerpa...

Sekali lagi doa kita dimakbul Pencipta anak kita berjaya mendapat ijazah ,hati kita puas ,bangga walaupun bayaran untuk kita merasa puas dan bangga itu adalah anak kita hanya mempunyai beberapa bulan saja masa bersama kita dalam setahun.tapi itulah pengorbanan seorang bapa untuk melihat kejayaan anaknya dan pengorbanan seorang anak untuk melihat bapanya merasa bangga dengan kejayaannya. Apakah itu satu pengorbanan?....

Kini anak kita berjawatan besar dan bekerja di bandar besar dan bergaji besar setanding dengan kelulusan yang tinggi.Bangga jua yang menerjah jiwa kita kerana anak kita adalah manusia berguna pada masyarakat dan mempunyai kedudukan yang tinggi.Kini rambut kita sudah berubah warna,gigi sudah mulai gugur,kaki sudah berat untuk melangkah,mata sudah perlu bantuan.Anak kita semakin sibuk dengan tugas seharian sebagai orang besar ,orang penting dalam syarikat ,masa untuk jenguk kita hanya tinggal beberapa minggu sahaja dalam setahun.Sebagai anak yang mengenangkan jasa kita ,setiap bulan anak kita tidak lupa untuk menghulur wang untuk membalas budi kita kerana membesar dan mendidik beliau.Apakah wang dan ringgit satu ukuran bagi seorang anak untuk membalas budi orang tuanya?Apakah wang dan ringgit yang kita mahu dari anak kita untuk mengatakan mereka menghargai penat lelah kita membesarkan mereka?....Renungkan lah....fikirkanlah....

Masa berlalu ,kini anak kita telah mempunyai keluarga sendiri,masa anak kita terpaksa dibahagi untuk kerjaya,keluarga sendiri dan diri kita.Kini hari paling gembira dalam hidup kita adalah hariraya kerana pada hari ini sahaja anak dan cucu kita mempunyai masa dan peluang untuk bersama sama dengan kita...SEKALI DALAM SETAHUN...Tapi sebagai bapa yang mithali hati kecil kita berkata "biasalah anak kita dah mempunyai keluarga sendiri,mempunyai kehidupan sendiri dan perlu merencanakan pula masa depan anak anaknya" Apakah ikhlas hati kita pada masa itu berkata demikian?....Tunggulah masa akan tiba.....

Usia tembaga kita bertukar menjadi emas,tongkat yang pimpin kita untuk berjalan,kerenah dan perangai kita bertukar menjadi kebudakan.Makan dan pakai kita perlu orang lain uruskan.Nasib kita masih baik kerana anak kita mampu untuk menyediakan seorang pembantu khas untuk kita.Apakah tidak terasa dihati kita untuk menerima suapan sesudu nasi dari anak kandung kita?Apakah kita tidak mahu merasai setitis air jatuh ke tubuh kita dari tangan anak kita untuk membersihkan diri kita?Dapatkah lagi hati kecil kita berkata anak kita terlalu sibuk dengan urusan dunianya dan tiada masa untuk mengurus kita?Mungkinkah terpacul keluar dari mulut kita "Anak derhaka,anak tak kenang budi" bila kita di hantar kerumah Kenangan oleh anak kita sendiri?....Boleh kah kita terima KEBOREKAN kita menghantar anak dirumah jiran dulu untuk melapangkan dada kita bila KERINTIKKAN anak menghantar kita kerumah orang orang tua?....Aaahhhh fikiran mattblacqkk sudah gila atau mattblacqkk gila berfikir.......

Singkaplah kisah Ibrahim dan bapanya.....Noh dengan anaknya.....Sesungguhnya kita mempunyai banyak dosa dengan kedua ibubapa kita....

1 comment:

asrisall said...

Tengok gambar demo dgn anak...hehe." anak cerdik, bapa antik"