3
1112008 …Angka dan nombor kadang kala menjadi kegilaan manusia ,tapi angka dan nombor juga banyak membantu manusia dalam mengingatkan sesuatu kejadian,peristiwa,sejarah.Lahirnya kita ada hari dan angka untuk ditanda dan disambut,matinya manusia ada hari dan angka untuk diingati,kahwinnya kita ada hari dan angka untuk dikenang.
Menjejak kaki ditanah gersang yang dahulu kala hanya didiami oleh pengembala kambing yang berpindah randah dari satu bukit pasir ke bukit pasir yang lain untuk meneruskan kehidupan ditanah gersang yang berlatar belakangkan bukit bukit tanpa kehijauan tumbuhan menyegarkan mata.Kehidupan si pengembala pada masa itu masih jauh lagi dengan hari –hari KEHANCURAN walaupun janjinya telah ada kerana pesanan PENGHULU umat masih diikuti dan dihayati dengan taat.
Aku terpilih/dipilih oleh Pencipta untuk menjejak kaki ditanah gersang ini untuk bersama sama dengan ratusan ribu Pembina tanda tanda hari kiamat dari pelbagai Negara dalam dunia ini untuk meneruskan kerja kerja membina tanda hari kecelakaan/kehancuran kepada alam ini,walaupun inilah tandanya kemajuan manusia hari ini,kekayaan manusia sekarang,kekuasaan ekonomi sesebuah Negara di ukur dengan mercu tingginya dapat membina tanda tanda hari kiamat.aahhhh bodohnya manusia ..adakah aku lebih bodoh lagi kerana sanggup mempergunakan kepandaian yang dianugerahkan oleh Pencipta ini untuk terlibat sama dalam pembinaan yang aku tahu untuk merosakkan alam ini HANYA bersandarkan kepada alasan mencari NAFKAH dan mencari REZEKI?
Apakah tangan yang menandatangani surat untuk membuang rezeki yang sudah ada dan tangan yang sama menandatangani surat untuk menerima habuan yang lebih banyak itu tidak dinamakan TAMAK rezeki?Bukankah kita dituntut untuk bersederhana dalam semua perkara termasuklah dalam soal mencari rezeki?Apakah kita sanggup menjawab di depan YANG MAHA BESAR nanti rezeki sedikit dariNya kita buang semata mata untuk mensyukuri rezeki yang lebih banyak dariNya?Tanya diri kita dan niat kita masing masing tiada siapa yang berhak persoal niat kita …..
Kini aku dilontar oleh Pencipta ditanah gersang untuk menikmati rezekiNya,kini aku dijadikan kuli dan hamba kepada cucu cicit pengembala yang kini bermegah dengan emas hitamnya untuk membina tanda tanda KIAMAT untuk mereka.Bila kaki aku jejak saja ditanah gersang ini hati aku terus memberontak kerana bukan ini yang mata aku hendak tengok di tanah gersang ini,bukan hutan ini yang aku nak redah,bukan bukit ini yang aku nak daki .Hutan bangunan batu yang menjadi PAKU yang difikirkan oleh manusia untuk mencantikkan BUMI tuhan ini.Padang dan bukit pasir yang aku bayangkan keindahan di bumi gersang ini sudah tiada lagi secara semulajadinya yang tinggal hanyalah satu warisan untuk pameran tatapan mata.Kini aku menerima habuan rezeki Pencipta untuk merosakkan bumi ciptaanNYA di tanah gersang ini.
Perjanjian telah ditandatangani bermakna persetujuan aku dan penyalur rezeki Pencipta telah selesai ,kini satu beban tugas,kerja,amanah perlu dilakukan kerana rezeki yang lebih banyak menjadi buruan nafsu manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada termasuklah aku juga seorang insan yang bergelar manusia di bumi ini.Apakah ikhlas hati aku menjalankan kerja ini? Hanya aku yang tahu….Apakah jujur hati aku dalam pekerjaan ini?Tiada siapa yang berhak untuk menyoal kejujuran dalam rezeki aku….Apakah berkat rezeki aku ini? Hanya pencipta yang lebih mengetahui…
Manusia dan kepuasan hati tak pernah selesai sebelum mati ,begitulah kelakuan kelakuan manusia yang aku lihat di tanah gersang ini dikalangan sahabat sahabat yang senasib dengan aku menjadi kuli dan hamba kepada cucu cicit pengembala ini.Pelbagai rungutan rasa tak puas hati di timbulkan seperti janji lain bikin lain,cakap tak serupa bikin,kena kerja teruk,dirinya sahaja buat kerja orang lain tak buat kerja dan bermacam macam lagi perihal ketidakpuasan hati manusia yang biasa kita dengar dikeluarkan.Bila aku terdengar rungutan rungutan ini aku hanya tersenyum,kadang kala aku ketawa berdekah dekah bila rungutan ini berterusan dan bila aku dah mula naik muak untuk mendengar maka dalam senyum aku berkata lain kali fikir dulu sebelum terima sesuatu ,lain kali kaji dulu mungkin hujan batu itu lebih selesa dari hujan emas.Jangan tompokan duit dijadikan ukuran kita untuk berfikir sebelum buat satu satu keputusan .
Dalam tersenyum hatiku berkata "'Aku ke tanah gersang bukan untuk menjadi kuli atau hamba kepada cucu cicit pengembala tapi aku datang sebagai hamba dan kuli Pencipta dunia ini yang mencampak aku untuk berkelana,merana,merempat,menjelajah keluasan limpah nikmat rezeki ditanah yang aku pijak ini.Patutkah aku persoal suratan ini?patutkah aku pertikai rencana pencipta ini?patutkah aku lebih layak menentukan apa yang layak untuk aku nikmati lebih dari nikmat yang telah diberikan oleh Pencipta pada aku?""Bukankah memikirkan akan hikmah itu lebih baik dari mempersoal hanya semata menuruti tontonan nafsu hati?MAAF SAHABAT SENYUMAN AKU TIDAK MENGATAKAN HATI YANG TERSIRAT….
6
Setelah separuh dari perjanjian aku dan pengantara rezeki Pencipta aku laksanakan pelbagai perkara yang aku hadapi dan rintangi,suka dan duka adalah satu pengalaman yang tak ternilai yang dianugerahakan oleh Pencipta .Aku mengerti erti kepanasan disiang hari di tanah gersang ini dan aku tahu kesejukan dimalam hari ditanah gersang ini.Aku bertuah dan syukur kerana diberi peluang oleh si Pencipta untuk merasai nikmat ini ,walaupun cucu cicit pengembala tidak lagi merasai nikmat ini kerana ada dikalangan mereka keluar dari tanah gersang bila panas membahang,selamatlah mereka dari kepanasan di bumi sendiri tapi belum tentu mereka akan selamat dari kepanasan di padang Pencipta nanti.
Di separuh perjalanan ini ada dikalangan sahabat sahabat yang tewas ,ada sahabat yang terus gagah ,ada sahabat sahabat yang mengeluh apa pun keputusan yang mereka buat dan tindakan yang mereka ambil tetap aku sanjung dan hormati keputusan mereka.Apa yang mereka cari di tanah gersang ini bukan urusan aku,apa yang mereka mahu di tanah gersang ini bukan kehendak aku untuk tahu.Mereka ada tujuan dan kehendak mereka TAPI aku……….Apa yang aku cari?Apa yang aku mahu?Apa yang aku harapkan?..........
Anugerah percutian bergaji yang diberi oleh Pencipta ini perlu dimanfaatkan ,aku bukan hamba dan pekerja kepada cucu cicit pengembala,aku tak perlu membanting tulang untuk mendapat upah dari cucu cicit pengembala,aku datang kesini atas jemputan Pencipta bukan kerana permintaan cucu cicit pengembala.Dalam pengembaraan ini aku masih tercari cari apa yang aku cari sebenarnya,apa yang Pencipta yang hendak aku cari…..Adakah kekayaan yang aku cari?Pencipta lebih kaya…Adakah kesenangan yang aku cari?Hidup susah adalah resam hamba pada Pencipta…..Kebahagiaan yang aku cari? Bahagiakah mereka yang aku tinggal untuk kembara di bumi gersang ini….
Nikmat aku tak lupa hikmah yang aku temui di tanah gersang ini,lorong lorong dan liku liku bakal laluan DAJJAL aku jejaki di bumi gersang ini .Bukan seruan DAJJAL yang aku ikuti walaupun seruan DAJJAL sudah diterima dan diamalkan oleh cucu cicit pengembala di bumi gersang ini.Seruan DAJJAL mengatasi larangan Pencipta di bumi gersang ini,aku bukan alim bahkan warak jauh sekali tapi ajaran DAJJAL bukan ikutan aku,perintah DAJJAL bukan yang aku junjung walaupun pesanan Pencipta sering aku lupa.
Aku tiada wawasan dalam perjalanan di bumi gersang ini,aku tiada wawasan untuk menjadi jutawan menjelang 2020 seperti mana tanah tumpah darahku akan jadi maju semaju majunya hasil impian/mimpi seorang manusia ..tunggulah masanya .Apakah impian Yahudi untuk memerintah seluruh dunia pada 2020 akan menjadi kenyataan?Tak mungkin terjadi kata hati kecil kita tapi pada hakikatnya cucu cicit pengembala ini penagih rezeki dunia yang utama pada Yahudi,makanan,pakaian,keselamatan cucu cicit pengembala ini dijaga oleh sekutu yahudi.
5
Persetan dengan Yahudi ,pergi mampus dengan iblis yang bersekutu dengan DAJJAL ,pedulikan dengan cucu cicit pegembala yang bermegah sebagai TUAN di tanah gersang ini walaupun ketuanan mereka adalah berkuli kepada DAJJAL yang diawasi Yahudi dalam kesesatan yang dibawa syaitan.Dengan izin Pencipta kaki aku masih gagah untuk memijak dan melangkah ditanah gersang ini untuk mencari apa yang aku cari.
Setiap yang bermula akan tetap dengan berakhirnya ,begitu jualah antara perjanjian aku dan pengantara rezeki Pencipta sudah hampir berakhirlah zamannya.Tiada aku resah dan gulana dengan zaman yang sudah nak berakhir ini dalam perjanjian manusia dan manusia .Janji Pencipta yang lebih hebat,anugerah Pencipta yang lebih mulia.Bila aku ditanya oleh insan insan yang mengasihi /prihatin/ingin tahu …..jawapan yang mampu aku bagi adalah AKU TAK TAHU DAN TAK PEDULI….ya itu jawapan yang benar dari aku walaupun ada yang sangsi dan kurang percaya tapi itulah hakikatnya.Bila ada dikalangan sahabat sahabat yang mengeluh bila perjanjian baru di buat ..Aku tersenyum sendiri sambil berfikir kenapa mengeluh kalau bersetuju.Ada yang menolak mentah mentah ….ini aku setuju walaupun apa sebabnya bukan urusan aku untuk ketahui..Aku hormati pada yang berprinsip.Ada yang CABUT sebelum DICABUT …tahniah aku ucapkan sesungguhnya ketuanan diri kita untuk menjadi hamba kepada Pencipta bukan hamba kepada harapan dan belas ehsan manusia lain.
Kerisauan tidak menjengah diri aku ada sebabnya ,kematian adalah pasti tapi tiada tarikhnya ,Apakah kerisauan aku lebih besar dari waktunya berdepan dengan hamba Pencipta yang akan memisahkan nikmat dunia ini dari aku lebih ringan dari menanti saat berakhirnya satu perjanjian bertarikh dengan manusia yang juga akan di sekat rezekinya oleh makhluk Pencipta yang sentiasa patuh itu?
Hari ini genaplah 365 hari aku dicampak oleh Pencipta untuk menjadi pelancung di tanah gersang ini dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh cucu cicit pengembala yang bertuankan sekutu DAJJAL itu.Menghirup udara segar di pagi hari untuk meneruskan kehidupan di bumi gersang ini rupa rupanya ujian sedang menunggu dari Pencipta .Aku bersama Pembina tanda tanda kiamat yang lain hari ini terlibat dengan satu kemalangan jalanraya yang tragis walaupun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan parah berlaku.Tersentak di benak aku …Apakah ini satu tanda amaran dari Pencipta ?Ucapan syukur kepada Pencipta kerana kami semua selamat.Apakah mesej yang hendak di sampaikan oleh Pencipta ……..Aku tetap berserah .aku pasrah…..
Tawaran dari wakil cucu cicit pengembala untuk aku meneruskan perjalanan di bumi gersang ini telah aku terima tapi kata putus belum aku buat samada terima atau tidak tawaran ini…..Itu tidak penting bagi aku..
Aku akan tetap melangkah dan meneroka seluruh tanah gersang ini jikalau itu yang di kehendaki oleh Pencipta,masih banyak rahsia rahsia dari Pencipta yang aku perlu cungkil dari tanah gersang ini .Segala rahsia cucu cicit pengembala yang bertuankan Dajjal itu akan aku selami dan dalami untuk pedoman sebelum aku menghadap Pencipta nanti.
Malam rehat sementara untuk aku teruskan langkah di pagi hari dan kedatangan hari baru aku sambut dengan penuh syukur untuk menikmati perjalanan usia yang semakin meningkat ,kini aku melangkah dihari hari yang genap dan tarikh keramat perjalanan aku ditempuhi lagi ..Terima kasih Pencipta kerana masih mempertemukan aku dengan 1112009
1 comment:
Salam...
Tak salah cari harta banyak2, asal kita tunaikan hak-hak yang di tuntut.. Makin banyak kita dapat, makin banyak peluang kita untuk menunaikan hak berzakat,..jadi lebih banyak asnaf2 yang memerlukan dan tidak bernasib baik dapat di bantu...
Cuma kita sama2 perlu ingat, makin banyak harta kita kumpul, makin panjang lah barisan kira bicara kita di yaumul mahsyar yang kering gersang...
Agak2 orang lain dah sampai ke destinasi firdaus, kita masih terperangkap dalam trafic jam road block titian sirat, walaupun kita dah ada bawa lesen memandu dan road tax yang sah..Wallahu a'lam.
Post a Comment