Monday, January 4, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

2009 telah hilang meninggalkan sambil merentap usia kita dan 2010 datang menyambung untuk ketuaan kita bertambah.

walaupun kaki masih kuat untuk melangkah tapi sudah semakin kurang ligatnya untuk menongkah arus dunia muda .Perkara lama ditinggalkan benda baru diterokai untuk menghadapi tahun baru.

Azam adalah kehendak kita yang diletakkan pada setiap tibanya tahun baru walaupun harapan yang lama masih tak tercapai tetapi setiap tahun perlu diperbaharui dengan yang baru .....KARUTnya azam manusia untuk sentiasa hidup dalam kemewahan,kesenangan,kejayaan,kehebatan dan bla bla bla...sampai bila azam tahun tahun yang mendatang akan berakhir dalam hidup kita?

Bila dilahirkan terus kita berazam untuk hidup dengan sesuatu yang baru ..setiap hari adalah hari yang baru dalam hidup kita ....Apakah kita ada AZAM yang baru untuk meninggalkan dunia ini?

SELAMAT TAHUN BARU DENGAN AZAM YANG BARU DAN JANGAN LUPA SELITKAN SEDIKIT AZAM BARU UNTUK HARI KITA MENINGGALKAN SEGALA AZAM YANG KITA CIPTA INI APABILA DIPANGGIL PENCIPTA YANG SEBENAR.
Post a Comment