Tuesday, April 13, 2010

PAK LAH ORE GERTOK LEMBU SALOR



Diantara mutiara dan manik di kedai Pak Lah



Pak Lah sedang melayan pelangan di kedainya



Pak Lah di dalam kedainya



Pintu masuk ke kedai Pak Lah

Hahahaha...jangan terkejut ni bukan di kedai pasir mas kelantan lokasinya.Kawe jumpa kedai pak lah ni di Filipino market Sabah.

Semasa bercuti di Karambunai Sabah baru baru ini bersama dengan keluarga ,walaupun pada plan asalnya program kawe sekeluarga hanya berkisar dengan akviti akviti di dalam Nexus Resort sahaja selama 4 hari.Tapi seperti kebiasaanlah kawe punya program akan ditentukan bila celik mata pagi hari tersebut jaddik segala rancangan awal tu termansuhlah.

Filipino Market ini memang terkenal di sabah dengan jualan mutiara dan maniknya ,jadik kawe ambik keputusan untuk melawat market ini disamping untuk cari ikan keropok yang juga popular di Sabah.

Bila melangkah masuk ke Market ini dan boleh dikatakan semua kedainya menjual mutiara dan manik manik ...hati kecil kawe berdetik ..ini hari boring bagi kawe kerana terpaksa menunggu acara pilih pilih letak,belek belek letak dari kaum wanita yang ada bersama kawe di percutian ini.

Kawe mula fikir strategi untuk tidak terjebak lebih lama dalam kegiatan yang boring ini apa bila tekaan kawe dah mula berjalan seperti di duga ,setelah empat kedai dimasuki pilih pilih tak jadi,belek belek tak jadi beli...hahahaha

Kawe bui cadangan kepada kaum penggila manik dan mutiara ni ...kawe kata lebih baik kita pilih satu kedai yang ada semua barang yang kita rasa nak beli dan kita beli semua barang tu dalam satu kedai sahaja mungkin kita dapat harga murah sikit kerana kita beli banyak barang....cadangan kawe itu diterima oleh akal kaum hawa ini tanpa banyak bantahan heheheheh....So keboringan kawe sekejap lagi akan hilang .

Dalam tengah jalan jalan tu kawe kata lagi ...rasa rasanya kedai yang no 2 kita masuk tadi banyak barang2 dan harga berpatutan....semua setuju dengan cadangan kawe dan dalam hati kawe berkata mudah ke tuhh..walaupun kawe sendiri tak pasti harga tu murah ker tak.Jaddik kami patah balik ke kedai tersebut,setelah beberapa minit berada di kedai tersebut dan beri beberapa cadangan kepada kaum hawa ni dan nampak gaya pun mereka telah leka dan seronok dok pilih letak dalam kedai ni .

Kawe kata pilih dan beli di kedai nih lah ,mereka setuju dan kawe kata pilihlah dulu kawe nak tubik gi hirup udara segar diluar sesambil memasukkan asap yang tak berapa baik kedalam dada kawe.

Semasa asyik menyedut asap dari jenama kegemaran kawe mata kawe melilau melihat keadaan sekekeling di sekitar market ini dan pandangan kawe terpaku kepada satu tulisan yang digantung di pintu masuk .Keinginan kawe membuak buak untuk mengetahui apakah yang ada disebalik tulisan yang digantung itu.Tetapi untuk membuang begitu sahaja punca asap dari jenama kegemaran adalah terlalu mahal harganya di Malaysia sekarang ini hehehehehe....Jaddik kawe habiskan dulu asap yang mahal ini untuk memasuki ke dada kawe walaupun ianya terbukti tidak baik untuk kesihatan ....sekarang untuk merosakkan kesihatan diri sendiri bukanlah sesuatu yang murah hahahha

Setelah sedutan terkahir asap beracun ini dihantar masuk ke dada kawe dan sisa sisa bara yang ada di matikan ditempat yang sepatutnya supaya tidak mengotori bandar Sabah ini kawe melangkah untuk mencari apa yang ada di sebalik tulisan itu.

Setelah masuk kedalam kedai tersebut kawe seorang lelaki sedang sibuk melayani beberapa pelangan yang ada di kedainya dan keadaan agak sesak disitu dan kawe keluar semula.Setelah tiada lagi pelanggan di dalam kedai tersebut kawe kemabali,terus kawe menyapa dalam bahasa Germany kepada si penjual tersebut dan beliau menyambutnya dengan penuh pekat lohghat Germany kawe hehehehe.

Setelah berbual dengan Pak Lah barulah kawe dapat tahu beliau berasal dari Gertok Lembu Salor bilamana kawe menyebut beberapa nama orang tua tua di kawasan tersebut yang telah meninggal dunia dan berkebetulan salah seorang daripadanya adalah saudara juga dengan Pak Lah ini.Dalam ralit berbual itu Pak Lah menceritakan bagaimana kisah beliau berhijrah ke Sabah kerana tugasnya sebagai anggota polis dan bertemu jodoh dengan orang tempatan dan berkeluarga disana .

Sedang asyik berbual itu beberapa orang pelangan datang kembali dan kawe meninggalkan Pak Lah dengan pelanggan untuk kembali kepada penggemar mutiara yang kawe tinggalkan tadi.

Setelah sampai ke tempat mereka yang asyik dengan pilih pilih letak dan belek belek letak itu kawe tengok agak banyak jugaklah yang menjadi pilihan mereka heheheh..Dan untuk tidak membiarkan mereka berada disitu lebih lama kawe kata ...Kawe ada jumpa lagi satu kedai lebih murah harganya ..ore kelate pulok tuh...kawe sarankan selesaikan pilih di sini dan bayar kita kesana pulak hahahahha.....Umpan lebih murah amat mujarab kepada kaum wanita ini dan sentiasa menjadi bagi kawe ....

Setelah bayaran dibuat kawe bawa merek ke kedai Pak Lah untuk acara seterusnya ...Sampai saja di kedai Pak Lah yang ternyata pilihannya lebih banyak dari kedai kedai lain kerana Pak LAh jugak adalah pembekal kepada kedai kedai lain di Market tersebut.

Melihat keghairahan peminat mutiara ini mula melakukan proses rutin mereka ,sekali lagi kawe kena cari jalan untuk hindarkan diri dari rasa boring ini hahahahaah...

Kali ini anak kawe pula yang kawe jadikkan alasan ....Bila kawe menyebut ada sesiapa dahaga air ko?...2 orang yang menyahut hehehehe...Jom kawe kata kita cari kedai minum dan sekali lagi kawe tinggalkan peminat mutiara ini dengan minat mereka dan kawe memilih untuk membasahi tengkuk sambil menyedup asap beracun di sebuah restoren di seberang jalan bersama 2 orang anak kawe yang tidak berapa pandai lagi menceburi acara pilih pilih letak dan belek belek letak ini ....

No comments: