Friday, April 9, 2010

SELUAR SOYYOK



Seluar koyak atau dalam bahasa Germany Selluar Soyyok banyak meninggalkan nostalgia kepada kita terutamanya di zaman kegemilangan era ROCK 80-an.Mungkin ramai diantara kita yang seluar mereka di buang atau dibakar oleh ibubapa masing masing.

Ada yang mengkoyakkan seluar dengan sengaja atau seluar terkoyak tapi pengemarnya ini terus membiarkan untuk dipakai ....Apakah uniknya seluar koyak ini kalau bukan hanya sebagai satu trend pada ketika itu, yang pasti ibubapa kita sakit mata/bbulu mata melihatnya.

Mungkin pada pandangan mata mereka kelihatan seperti budak cabuk,seperti budak fakir/terbiar dengan seluar koyak dan tampal compang camping.Tapi pada kita ianya satu gah mengikuti trend terkini ..hahahahaha.

Kawe ada cerita nak syer pasal seluar soyyok ni...Kawe ada sehelai seluar jean soyyok yang tak muat untuk dipakai lagi kerana proses pemecahan lemak dibahagian perut kawe kurang aktif.

Bila kawe kelik baru baru ni kawe tanya ore rumah kawe dok mana seluar soyyok kawe hok takleh pakai tu ...jawapannya anak kawe minta nak pakai seluar tu kerana kawe tak pakai doh .Kawe tanya lagi bakpo anak kawe nak pakai seluar tu....bakpo tak beli seluar lain ko dia?...Jawapan kawe terima adalah anak kawe keney ko seluar tu ...hehehehe.

Trend baru loni seluar bawah pusat bagi ore tino ...Ni satu malapetaka jugak nih...Pengalaman kawe baru baru ni bila nak beli seluar jean ko anak tino kawe...Kawe siap royat awal awal lagi ko budak hok jual seluar tu toksir hok bawah pusat...Jawapan hok kawe terima dari budak tino hok jaddik promoter tu adalah : Pak Cik ,katanya..Payah sikit loni nak cari seluar budak tino hok tidak bawoh pusat ..fesyen loni bawah pusat belako ..tengangga kawe dengar penjelasan dia.

Parah sikit lagi anak anak kita nak jawab soalan dari cucu kita mengenai masalah seluar ni...hahahahaha.

Anok kawe tanya kawe bakpo suka pakai seluar soyyok....Kawe boleh jawab dengan penuh tokmakniknoh ....Pakai seluar soyyok nih boleh menyedarkan diri kita dalam kehidupan didunia ni...kita boleh insaf/tidak lupa bahawasanya kita ni berasal dari golongan orang2 susah/miskin....Jadikk kalulah kita hidup senang sikit loni janganlah lupa akan asal usul kita dari ore susah kerana orang susah saja yang mampu pakai seluar tampal atau seluar soyyok...Syahdu ke tu bunyi nostalgia seluar soyyok nih...hehehehehe.

Hok kawe dok pening dok mikkir loni adalah lagu mana bila cucu cucu kawe nanti bertanya kepada anak kawe...Bakpo mama berehi pakai seluar bawah pusat?...hahahahaa

Harap harap proses ni tak berlaku kerana loni harga seluar soyyok lebih mahal dari seluar tak soyyok....mungkin kerana nostalgia ,klasik trend kawe tak tahulah....Kalu seluar bawah pusat ni mengalami nasib yang sama seperti seluar soyyok ...Parah tu hahahahaaha..

No comments: