Monday, June 7, 2010

MUKA BUKU MERUBAH WAJAH MANUSIA

Lamo kawe tok menulis sini kerana loni sibuk sikit dengan urusan dunia hok tak jumpa titik noktah lagi ni.

Lagi pun loni dok ralit main dengan "muka buku" tapi tidak lah sampai tinggal kijo buat kerana muka buku nihh..Fanomena muka buku bukan saja digemari oleh budak sekolah ,ore muda malah termasuk kepada semua lapisan umur dan masyarakat.Boleh dikatan banyak juga faedah boleh dapat dari muka buku nih..mungkin tidak lama lagi ungkapan melayu "ulat buku"akan bertukar kepada "ulat muka buku"

Kelebihan muka buku ni dapat menjejaki sahabat sahabat lama yang lama putus hubungan ,dapat berhubung dengan keluarga diseluruh pelusok dunia dengan hanya menghadap komputer riba atau hp berkuasa tinggi...mungkin program jejak kasih TV3 akan di lupakan tak lama lagi kerana muka buku ini amat besar peranannya.

Muka buku juga banyak membantu untuk kita mendapat rakan rakan atau kenalan baru dari seluruh dunia ,berdasarkan kepada minat masing.Dunia hari ini juga muka buku menjadi satu alat yang amat berkesan kepada para pemimpin dan ahli ahli politik berhubungan dengan rakyat dan pengikutnya.

Dalam menjalinkan persahabatan yang baru dalam muka buku ini faktor kelas dan kategori sahabat perlu diambil perhatian yang agak mendalam .Dalam perbualan kawe dengan salah sorang kenalan baru kawe di muka buku kawe meletakkan 3 kategori sahabat dalam muka buku ini.Pengkelasan kawe buat adalah Kelas manusia ...kelas malaikat dan kelas syaitan...hehehehe

Kelas manusia ni mungkin dia akan tipu kita ..mungkin dia akan jujur dengan kita...manakala kelas malaikat pula dia akan jujur sejujurnya walaupun kita permainkan mereka....manakala bagi yang kelas syaitan ini dia akan selalu menipu kita untuk keserokan dia..

SELAMAT MENCARI SAHABAT DI MUKA BUKU

No comments: