Terlanjur kawe buat posting mengenai MUKA BUKU menceritakan kelas kelas sahabat yang kawe kategorikan.Disini kawe nak menceritakan satu kisah yang agak menarik bagi kawe mengenai cerita di MUKA BUKU ,mungkin cerita ini tidak menarik bagi demo yang membaca tapi ini blog kawe maka kawelah yang berhak menentukan gappo hak kawe nak muatkan ...hahahaha
Di dinding MUKA BUKU Dato Paduka Ibrahim Ali kawe banyak menconteng lakaran lakaran yang boleh dikatakan kebanyakannya contengan kawe tidak memihak kepada Dato Ibrahim Ali.Ada yang menyokong kawe dan tak kurang juga yang menentang dan memarahi contengan contengan kawe itu dikalangan para penconteng lain di dinding tersebut.
Contengan kawe itu telah mendapat perhatian khusus dari seorang pelakar yang lain yang mana contengan dan lakarannya lebih memihak kepada Dato Paduka Ibrahim Ali.Pertembungan dua contengan dan lakaran yang berlainan ini berterusan dan semakin hebat dengan lukisan lukisan masing masing untuk dilakarkan di dinding tersebut.
Pertembungan lukisan ini tiada tanda tanda akan berakhir dan kawe lebih suka ianya tiada titik noktah....BERBEZA PENDAPAT TIDAK SALAH itu prinsip kawe.Tiada personal melainkan pemikiran yang menyimpang diantara satu sama lain sahaja.
Lukisan lukisan yang kami lukiskan di dinding tersebut agak terang sikit warnanya dan bagi setengah pemerhati mungkin berkata ianya menjuruskan kepada lakaran lakaran peribadi antara kami berdua.Bagi kawe TIADA peribadi hanya berseteru dalam melakarkan lukisan di dinding sahaja ...Pada diri SETERU kawe itu ...kawe tidak mengetahui pendirian beliau ...
Hari ini kawe menerima sepucuk surat dari SETERU kawe ini yang di letakkan dalam peti surat kawe ..setelah membaca dan memahami isikandung suratnya maka kawe dengan penuh rendah diri membalas surat UKHUWAH dari SETERU muka buku ini....
Dibawah ini adalah isi kandung surat tersebut beserta balasan dari kawe...sila baca dan nilailah sebagai pedoman kita semua jika ianya berguna...
SAHABAT:
Aslmkum Sdra,Apa kahabr? lama kita tak bersemang-semang bagaimana perkembangan di kelantan sekarang? nampaknya susah sedikit kita hendak mempersatu orang melayu ini terlalu banyak batu api yang mempunyai agenda tersendiri.tujuan mereka agar sukar diketahui Tohan saja yang tahu. saya sendiri bagimana pun saya tetap sayang orang Islam apa lagi orang melayu bangsa saya. saya tidak peduli siapa memrintah PAS ke UMNO ke yang penting Melayu.Saya agak bimbang apa sebenarnya agenda orang cina dan India ini.Saya amat takut kalu kita jadi singapura,tentu saja orang melayu jadi mangsa pertama.
KAWE:
WBT,
Alhamdullilah kesihatan saya masih dipelihara dengan baik oleh Pencipta.
Terima kasih jua kerana saudara sudi bertanya khabar ,Saya bukan orang politik mohon maaf saya pinta kerana tidak dapat menerangkan perkembangan di kelantan seperti yang saudara pinta.
Kesusahan untuk menyatukan orang melayu bukanlah sesuatu yang perlu di gusarkan dan apa jua rancangan bukan melayu/kafir itu Pencipta tetap ada rancangan untuk mereka.
Saya tak berminat nak bincang pasal PAS atau UMNO yang penting pemerintah jangan ZALIM dan mesti ADIL kepada rakyat.
Saya sudahi dengan sepotong hadis untuk renungan saudara...
Di Masjid Al-Ijabah setelah selesai sembahyang sunat 2 rakaat nabi Muhammad S.A.W berdoa panjang setelah selesai Nabi menghadap para sahabatnya dan bersabda
"'Ada tiga hal yang kudoakan kepada Allah di tempat ini.Dua hal dikabulkan (Ijabah)oleh-Nya dan yang satu lagi tidak dikabulkan.
1.Kumohonkan kepada Allah agar umatku jangan dibinasakan kerana kekering (kelaparan).Permohonanku ini dikabulkan Allah.
2.Kupintakan agar umatku jangan disiksa (dibinasakan) dengan musibah karam (ditenggelamkan).Permintaanku yang kedua ini dikabulkan juga.
3.Kudoakan agar umatku jangan binasa kerana perpecahan(permusuhan) sesama mereka .Doa yang ketiga ini tidak diperkenankan"'
(Riwayat Muslim)
Semoga saudara selalu tenang dengan segala apa yang saudara kerjakan
Wasalam.
SAHABAT:
Terima kasih Sdra Ku,semoga Tohan sentiasa melindungi dan bersama kita dalam apajua bidang dan mudahan kita semua mendapat petunjuk dari nya dan jauh dari bala serta malapetaka. saya sentiasa berdoa semoga umat melayu ini akan bersatu dan tidak ada lagi perpecahan sesama kita. akhirkata semoga sdra dan keluarga seisi rumah sehat walafiat. Wasalam
No comments:
Post a Comment