Wednesday, January 11, 2012

TAKI AGAH


Malam tadi ahli ahli UMNO tumPAS berpeluang bertemu mata dengan YB Datuk Takiyuddin Hassan salah seorang ahli exco Kerajaan Kelantan dalam satu majlis santai. Dalam forum UT YB ini lebih popular dengan nama TAK1 ,didalam forum UT jugak TAK1 menerima pelbagai kecaman dan kritikan oleh ahli ahli forum UT.Diantara makhluk yang paling kuat mengkritik TAK1 adalah Mattblacqkk Kembali Mencari yang melabelkan TAK1 sebagai AGAH.

Majlis makan durian yang dianjurkan oleh TAK1 sempena tahun melawat kelantan 2012 ini di hadiri oleh persatuan superbike kelantan ,persatuan 4X4 kelantan dan persatuan kereta kurro kelantan ,jumlah kehadiran dalam majlis ini dianggarkan 400 orang dan kawe boleh katakan program ini amat berjaya .

Mungkin ramai yang ingin tahu pendirian kawe mengenai AGAH atau tidak AGAH TAk1 ini bila bersua muka dengan ahli ahli UT.Ada dua pemimpin kelate yang kawe labelkan sebagai AGAH di kelate ini iaitu Datuk Awang Adek Hussien dari UMNO dan Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS.Perlu dijelaskan disini bahawa kawe tidak melabelkan mereka AGAH atas dasar peribadi beliau atau atas kapasiti nama beliau yang diberikan oleh ibubapa mereka.Kawe labelkan mereka AGAH atas kapasiti mereka sebagai seorang yang memikul tanggungjawab dengan jawatan jawatan yang mereka sandang sahaja.

Jaddik menjadi amat tidak releven bagi kawe untuk menilai TAK1 ini sudah  tidak AGAH dalam pandangan kritis kawe setelah bersua muka dengan  beliau semata mata .AGAH yang kawe letakkan diatas topi jawatan DAA dan TAK1 adalah lebih menjuruskan kepada hubungan mereka dengan rakyat yang mereka wakili bukan diantara hubungan mereka dengan kawe .AGAH yang kawe calitkan dibaju jawatan mereka menjuruskan kepada hubungan tanggunjawab mereka dengan orang ramai yang dipertanggungjawabkan kepada mereka bukan tanggungjawab mereka dengan kawe.Jaddik dalam pandangan kritis kawe mereka ini masih AGAH selagi pandangan rakyat terbanyak tidak menukar lakaran atau lukisan AGAH terhadap kedua dua tokoh ini.Kawe juga tidak bertanggungjawab untuk menghilangkan tanggapan AGAH ini pada diri mereka kerana bagi kawe merekalah yang berhak menyapu lukisan yang dilukis oleh rakyat terhadap mereka .Maknanya segala pandangan kritis kawe tersebut tidak menjadi penting jika mereka bersifat bertentangan dengan pandangan kawe ...hahahha..Tiada masalah bukan??

Berbalik kepada pertemuan ahli ahli UT dengan TAK1 ini ,secara jujur kawe akui ahli ahli UT mempunyai sikap sedikit ''NAKAL'' dalam menguji kesabaran mana mana pemimpin yang berhadapan dengan kami samada dialam maya atau di dunia nyata.Walaupun jemputan secara resmi TAK1 telah wakilkan kepada YB Datuk Wan Rahim Abdullah atau lebih dikenali sebagai DWR dalam UT untuk menjemput pihak kami kemajlis makan durian tersebut.Kami ahli ahli UT memilih untuk tidak terus ketempat makan durian sebaliknya memilih untuk duduk minum teh disebuah restoran di seberang jalan sehinggalah TAK1 sendiri sebagai wakil rakyat Bunut Payung datang kemeja kami untuk menjemput kami semua ke tempat makan durian tersebut.Mungkin ada yang ingin mengatakan ahli ahli UT ini AGAH hahahha....Ya kawe akui memang ramai ahli ahli UT yang AGAH terhadap para pemimpin dan pembesar dalam negara malaysia ini .Hanya orang AGAH sahaja mempunya KEAGAHAN untuk mengatakan orang lain AGAH...

Semasa berada di meja bersama kami TAK1 dihujani oleh soalan soalan panas dari ahli ahli UT seperti Mustafa Ahmad, Topeng Perak Unmask 11 ,Basheer Zain ,Yie Bulan Penuh , Ayie Prop, DK Bro ,MekongMazlan Galok ,Saleh Daud dan lain lain lagi .Diantara isu isu yang dibangkitkan oleh pihak kami adalah isu kebersihan dan pengurusan sampah oleh MPKB ,Isu Disco di Kota Bharu ,Isu BMW TAK1, isu KFC serta isu AGAH yang dilabelkan keatas TAK1 .Kesemua persoalan dan isu yang kami bangkitkan dijawab dengan penuh ikhlas dan mesra oleh beliau dengan memberi segala penjelasan penjelasan yang jelas serta teratur kepada pihak kami .Samada jawapan diberikan oleh beliau memuaskan hati kami atau tidak adalah perkara lain yang penting bagi kami adalah ada KEJUJURAN yang tercerna disudut hati beliau dalam memberi segala jawapan kepada persoalan yang dilontarkan.

BENARKAH PEMIMPIM YANG BERANI BERHADAPAN DALAH PEMIMPIM YANG JUJUR??





1 comment:

Anonymous said...

ada lagi generasi hok jenih lagu ni, duk jajo namo YB dengan mengangkat diri sendiri.. pemikiran demo ni tak sesuai doh tuk zaman ni..

cara politik demo ni serupo org umno.. penragai org umno serupo ngan demo.. tak dok disiplin.. raso nk kato, gak kato..

sebenarnya demo la hok agah nyoh.. jenis samad jugak